• Tidak ada hasil yang ditemukan

Memulakan karangan keperihalan / pendapat / perbincangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Memulakan karangan keperihalan / pendapat / perbincangan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Memperhalusi Penulisan Karangan:

Memulakan karangan keperihalan / pendapat / perbincangan Objektif permulaan karangan:

• Menarik perhatian pembaca

• Memperkenalkan tajuk / mengaitkan isi dengan tajuk

• Memberi gambaran umum tentang isi yang ingin diperkatakan / menentukan haluan penulisan

Teknik 1: Definisi

Seperti mana yang ditakrifkan dalam Kamus Dewan edisi ketiga, doktor ialah seseorang yang berkelayakan atau bertauliah untuk mengamalkan perubatan; yang meliputi tugas seperti memeriksa dan merawat pesakit malah menjalankan pembedahan jika mempunyai kepakaran. Penyanyi pujaan pula ialah seseorang biduan yang menjadi idola atau sanjungan para peminatnya. Kedua-dua profesion ini dapat dijadikan kerjaya yang memberi kepuasan kepada seseorang individu; namun, jika disuruh memilih di antara kedua-duanya, saya akan memilih untuk menjadi seorang doktor.

Teknik 2: Gambaran Suasana

Kereta limousine hitam yang meluncur laju segera berhenti di pangkal Stadium Tertutup Singapura. Kelibatnya yang kelihatan dari kaca gelap tingkap kereta mula menggetarkan hati peminatnya. Kemunculannya kemudian disambut dengan suasana yang gegak-gempita oleh tepukan gemuruh serta laungan namanya yang bertalu-talu. Setiap langkahnya menuju ke pentas menemukannya dengan tangan-tangan yang ingin mencapainya. Dialah idola. Dialah penyanyi pujaan. Sesungguhnya tiada kerjaya di dunia yang dapat memberikan pengalaman sedemikian rupa melainkan kerjaya pilihan saya ini.

Teknik 3: Pendapat (tokoh atau umum) / Kenyataan

Setiap insan pastinya punya impian dan cita-cita. Ada yang ingin menyarungkan jubah putih dengan stetoskop yang terlekap di leher. Ada pula yang ingin membuat persembahan gemilang di atas pentas. Doktor dan penyanyi pujaan merupakan dua kerjaya yang popular di kalangan remaja yang melihat prestij dan populariti sebagai sesuatu yang diutamakan dalam hidup mereka. Sekiranya saya dapat memilih di antara kedua-duanya, yang akan saya pilih adalah menjadi seorang doktor.

(2)

Teknik 4: Persoalan

Bagi seseorang, tamatnya alam persekolahan mungkin bererti dia akan berhadapan dengan jalan yang bercabang yang boleh merubah haluan hidupnya. Sebagai contoh, dilema sama ada untuk menjadi seorang penyanyi pujaan atau doktor. Dalam membuat pilihan, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan. Apakah kelayakan atau bakat yang dimiliki? Apakah jurusan atau bidang yang diminati? Dapatkah kerjaya yang diceburi memberi kepuasan atau memenuhi sesuatu cita-cita yang tersemai dari usia yang muda? Adakah seseorang itu bebas membuat keputusan sendiri atau perlu menurut pilihan ibu bapa? Persoalannya, berapa pentingkah wang ringgit atau status bagi seseorang individu itu?

Teknik 5: Fakta / Statistik

Saban tahun, saingan bagi kemasukan ke fakulti perubatan di universiti tempatan merupakan di antara yang paling sengit kerana permintaannya tinggi sedangkan peruntukannya terhad. Hanya 5% lulusan terbaik peperiksaan GCE peringkat ‘A’ sahaja yang benar-benar mempunyai peluang untuk merealisasikan impian mereka. Hakikat ini telah mendorong saya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang doktor.

Teknik 6: Peribahasa / Kata-kata hikmat

Pepatah Melayu ada mengingatkan ‘jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya.’ Apa jua bidang kerjaya yang ingin diceburi perlulah disertakan dengan usaha dan iltizam yang tinggi sebelum kejayaan dapat diraih. Ada kata-kata hikmat yang menyatakan bahawa, ‘kejayaan terhasil daripada 1% inspirasi dan 99% kesungguhan.’ Justeru, tiada bezanya jika saya menjadi seorang doktor atau penyanyi pujaan kerana saya perlu bekerja keras bagi kedua-duanya untuk membuktikan kebolehan saya. Namun, saya lebih cenderung untuk menjadi seorang penyanyi atau artis pujaan kerana kerjaya ini lebih menitikberatkan kreativiti dan gaya individu.

Teknik 7: Sejarah / Latar belakang

Tahun 2004 merupakan detik bersejarah dalam arena muzik tanah air dengan penabalan Taufik Batisah sebagai Idola Singapura yang pertama. Dengan sekelip mata, namanya menjadi sebutan ratusan peminatnya. Kehidupan warga Singapura ini berubah untuk selama-lamanya. Peristiwa ini benar-benar mendorong saya untuk menjadi seorang penyanyi.

(3)

Teknik 8: Dialog (sangat-sangat tidak digalakkan bagi karangan jenis ini)

“Dengar sini, ayah mahu kau ambil jurusan sains agar dapat melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan,” ujar si ayah.

“Tapi, ayah cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang penyanyi,” bantah si anak.

“Tiada tetapi dalam soal ini. Seorang penyanyi tiada masa depan yang cerah di negara ini. Faham?” bentak si ayah, mengakhiri perbualan tadi.

Senario di atas barangkali biasa berlaku di antara seorang anak dengan ibu bapanya kerana masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza tentang kerjaya pilihan. Selayang pandang, pendapat si ayah tadi agak benar, namun, seperti anaknya, saya juga menyimpan harapan untuk menjadi seorang penyanyi pujaan suatu hari nanti. Teknik 9: Gabungan (mana-mana dua teknik yang sesuai digabungkan)

Setiap insan pastinya punya impian dan cita-cita. Ada yang ingin menyarungkan jubah putih dengan stetoskop yang terlekap di leher. Ada pula yang ingin membuat persembahan gemilang di atas pentas. Dalam membuat pilihan, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan. Apakah kelayakan atau bakat yang dimiliki seseorang? Apakah jurusan atau bidang yang diminatinya? Dapatkah kerjaya yang diceburinya memberi kepuasan atau memenuhi sesuatu cita-cita yang tersemai dari usia yang muda? Adakah seseorang itu bebas membuat keputusan sendiri atau perlu menurut pilihan ibu bapa? Persoalannya, berapa pentingkah wang ringgit atau status bagi seseorang individu itu?

(4)

Isi Karangan

• Mengandungi 4-5 isi utama yang dihuraikan secara berkesan dengan fakta, alasan- alasan yang sesuai dan contoh-contoh yang relevan

• Isi tersusun rapi dan mempunyai tautan yang jelas Pemerengganan

Objektif perenggan:

• Membincangkan satu perkara pokok

• Memperjelaskan perkara yang dibincangkan dengan memberikan huraian atau bukti dan contoh-contoh yang relevan / sesuai

Teknik Yang hendak saya

katakan ialah …..

Saya berkata demikian kerana …..

AYAT JUDUL (Idea Utama)

AYAT HURAIAN

(Pernyataan-pernyataan yang menyokong idea utama) AYAT BUKTI

(Contoh-contoh yang menyokong idea utama) PENEGASAN AYAT JUDUL

Contoh / Bukti yang saya ada ialah …..

(Mengukuhkan Idea Utama)

Sekali lagi hendak saya katakan bahawa ….. Contoh perenggan

Tugas seorang doktor amat mulia sekali (AJ). Doktor menyelamatkan nyawa walaupun kadang kala nyawanya sendiri terancam (AH). Ketika tercetusnya wabak SARS pada tahun 2003 yang lalu, para doktor yang berhadapan dengan pesakit demam panas setiap hari mengambil risiko dijangkiti penyakit SARS yang boleh membawa maut itu (AB). Namun, mereka tetap menjalankan tugas biarpun ada di antara rakan seperjuangan yang akhirnya terkorban nyawa (AB). Justeru, jelaslah bahawa tugas seorang doktor itu murni, seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan orang lain (Penegasan AJ).

(5)

Penutup Karangan

9 Lembut (bukan didaktik / bersyarah) tetapi berkesan 9 Merumuskan secara umum

9 Jangan mengulangi isi sekali lagi 9 Mengandungi:

- Kesimpulan / Rumusan - Cadangan / Harapan - Pendirian / Penegasan

Contoh penutup karangan

Kesimpulannya, saya memilih kerjaya sebagai seorang doktor kerana ingin berbakti kepada masyarakat (Kesimpulan / Rumusan). Saya bukan sahaja ingin berkhidmat di hospital setempat malah di kawasan darurat seperti kawasan-kawasan yang dilanda ombak tsunami baru-baru ini (Cadangan). Saya berharap saya akan dapat memanfaatkan ilmu dan kepakaran yang sudah saya perolehi apabila benar-benar diperlukan (Harapan). Saya akan tetap memilih untuk menjadi seorang doktor biarpun ditawarkan wang ringgit yang berlipat ganda sebagai seorang penyanyi kerana kerjaya ini lebih bererti buat diri saya (Penegasan / Pendirian).

(6)

Memulakan karangan naratif / cereka / imaginatif Teknik 1: Kronologis / Mengikut urutan peristiwa

Kelopak mata kiri Amirah ‘terhenjut-henjut’ sekali lagi. Dia menjadi sedikit gelisah. Kata orang, itu petanda hendak berjumpa dengan seseorang yang sudah lama tidak ditemui. Siapa agaknya? Amirah tertanya-tanya dirinya. Amirah tersentak sejenak apabila pintu rumahnya tiba-tiba diketuk. Dia bergegas menuju ke pintu lalu membukanya. Seorang lelaki berbadan sasa tercegat di muka pintu itu. Amirah seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya itu.

Teknik 2: Akhir cerita

Amirah menatap sepuas-puasnya gambarnya ketika baru berusia dua tahun bersama ibu dan ayahnya. Banyak pahit maung kehidupan yang terpaksa dia lalui bersama ibunya sejak ditinggalkan oleh ayahnya. Kemunculan semula ayahnya dalam kehidupan mereka berdua, walaupun hanya untuk seketika, sudah cukup untuk mengubati luka yang telah lama berbisa di hatinya. Namun, kini ayahnya telah pergi sekali lagi; pergi untuk selama-lamanya.

Amirah terkenangkan…… Teknik 3: Gambaran suasana

Pangsapuri yang didiami seorang anak gadis dengan ibu tunggalnya itu terasa aman dan tenteram. Gambar-gambar mesra si ibu dan anak yang menghiasi tembok-tembok ruang tamu bagaikan halwa bagi mata yang memandang. Keceriaan yang terserlah dari setiap sudut kediaman ini amat berbeza dengan suasana rumahtangga yang pernah dilalui Amirah dan ibunya bertahun-tahun yang lalu.

Teknik 4: Watak

Amirah seorang siswazah yang berjaya. Walaupun dia dibesarkan di sebuah rumah sewa dua bilik oleh seorang ibu tunggal, dia tidak pernah merungut atau menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak maju dalam pelajaran. Berkat ketekunan dan kegigihannya, dia kini mampu menyara kehidupannya dua beranak dengan agak mewah. Amirah tidak pernah sesekali bertanya kepada ibunya di mana ayahnya berada.

(7)

Teknik 5: Dialog

“Encik ini cari siapa?” tanya Amirah sebaik sahaja dia melihat seorang lelaki yang tidak dikenali tercegat di muka pintunya.

“Amirah, kau sudah tidak mengenaliku?”

Amirah termangu mendengar jawapan itu. Tiba-tiba suara ibunya kedengaran dari belakang.

“Apa yang awak mahukan lagi daripada kami? Belum puaskah awak memperlakukan kami selama ini?”

Membincangkan unsur-unsur naratif:

9 Tema:

Isu / hal / persoalan utama yang diketengahkan 9 Latar:

Bila & di mana peristiwa ini terjadi? Bagaimana keadaan masyarakat di tempat peristiwa itu berlaku?

9 Plot:

Urutan peristiwa (Permulaan, Kemuncak, Peleraian) Kemuncak

Konflik Peleraian Permulaan

Plot bergerak dengan adanya unsur-unsur dramatik seperti konflik / pertentangan / cabaran / saspens / kejutan

9 Teknik penceritaan:

Penceritaan sesuatu peristiwa meliputi teknik imbas kembali, imbas muka, dialog, monolog

9 Sudut pandangan:

Siapa sebagai pengisah cerita (orang pertama atau ketiga) 9 Watak:

(8)

Penutup Karangan

9 Konflik atau pertentangan sudah terlerai / cabaran diatasi 9 Watak utama berkembang, misalnya:

- menjadi lebih matang - menjadi lebih insaf - menebus kesalahan

- membuktikan kebolehannya - mengatasi kesukaran / dugaan

- mempelajari sesuatu tentang latar belakang dirinya - menjalin hubungan erat dengan seseorang

9 Hukum alam ‘yang jahat dihukum, yang baik mendapat kemenangan’ 9 Jangan mengakhiri cerita dengan mimpi atau membunuh diri

9 Mengandungi (salah satu atau lebih): - Iktibar / Pengajaran / Teladan - Hiburan

(9)

Referensi

Dokumen terkait

Penyusun karya tulis ilmiah ini dilakukan dalam rangka memenuhi salah satu syarat untuk mencapai gelar Ahli Madya Keperawatan pada Fakultas Ilmu Kesehatan

Berdasarkan hasil survei di lapangan dan analisis yang dilakukan dapat disimpulkan faktor penyebab terjadinya banjir di sekitar Tukad Loloan yaitu kondisi eksisting

Tujuan penelitian ini adalah memetakan lokasi dan kapasitas dari informasi inventarisasi mata air di Kecamatan Cidahu, mengkaji variasi dari data deret waktu mata air yang

Cara kerja :  steam yang dihasilkan boiler ini dapat menggunakan tipe water tube atau fire tube boiler, hasil steam yang dihasilkan memiliki kapasitas yang besar dan tekanan

Hal ini karena pada masa itu, panca indera anak sedang dalam keadaan peka, sehingga perlu dilatih dengan berbagai permainan yang menarik, yang indah, karena

Untuk melihat higiene pemerahan dari masing-masing peternakan diuji petik dengan mengambil satu seri sampel yang terdiri atas usapan tangan pemerah, air yang digunakan

Efektivitas Elektrokoagulasi Terhadap Waktu Proses pada Pengolahan Limbah Cair Songket dengan Rapat Arus 85 A/m 2 ..... Songket

Tingkat penyangraian yang semakin meningkat dari light menuju dark menyebabkan penurunan kadar air biji kopi sangrai yang setara pada biji kopi mentah (GB) dan biji kopi