• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan Pengenalan Tatacara Pentadbiran Dan Pengurusan Kemasukan Pelajar Ke Kampus

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB PERKARA MUKA SURAT Isi Kandungan Pengenalan Tatacara Pentadbiran Dan Pengurusan Kemasukan Pelajar Ke Kampus"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Isi Kandungan 1

Kata Alu – Aluan 2

1.0 Pengenalan 3 - 6

2.0 Tatacara Pentadbiran Dan Pengurusan

Kemasukan Pelajar Ke Kampus 7 - 10

3.0 Tatacara Pengurusan Pelajar Di Kolej Kediaman 11 - 13

4.0 Lawatan Persediaan dan Persiapan Kepatuhan 14 - 17

5.0 Laporan Kemasukan Pelajar Semula Pelajar Semester Kedua Sesi 2020/2021 Secara Norma Baharu

18 - 31

6.0 Cabaran dan Tindakan yang Diambil Bagi Pengurusan Kemasukan Semula Pelajar Semester Kedua Sesi 2020/2021 Secara Norma Baharu

32 - 33

7.0 Perkhidmatan Pengambilan Pelajar Dari

Lapangan Terbang Ke Kampus UPM 34 - 39

8.0 Pengurusan Bilik Operasi COVID-19 Kolej

Kediaman 40 - 43

9.0 Garis Panduan Langkah Pencegahan COVID-19

UPM 44

10.0 Penghargaan 45

(3)

KATA ALU – ALUAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam “We Love UPM”

Penularan wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kelangsungan dan gaya hidup kita dalam komuniti. Kawalan pergerakan dan limitasi dalam aktiviti harian

terpaksa diamalkan demi membendung

penularan wabak COVID-19.

Sehubungan itu, kemasukan pelajar semester kedua sesi 2020/2021 dilaksanakan secara norma baharu dengan pematuhan yang ketat

terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jawatankuasa ERT UPM.

Proses pendaftaran kemasukan pelajar bermula 4 hingga 31 Mac 2021 berjaya dilaksanakan dengan cemerlang tanpa menimbulkan isu yang tidak terkawal. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada warga kerja yang terlibat terutamanya kepada pasukan dari Kolej Kediaman, Bahagian Perumahan dan Penempatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Keselamatan, Majlis Pewakilan Pelajar, Majlis Pewakilan Kolej Kediaman, Pusat Kesihatan Universiti dan Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, UPM.

Selamat kembali ke kampus diucapkan kepada pelajar setelah setahun aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian berikutan pandemik COVID-19. Sentiasa patuh kepada SOP dan bersama kita perangi wabak COVID-19.

Lindung Diri, Lindung Semua. PROF. DR ARIFIN ABDU

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia

(4)

1.0 PENGENALAN

1.1 PANDEMIK COVID-19

COVID-19 telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehubungan itu, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020. Pengisytiharan tersebut menyebabkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkesan secara langsung kerana masih berada di kampus mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran Semester Kedua Sesi 2019/2020.

1.2 OPS PENGHANTARAN PELAJAR IPT PULANG SEMASA TEMPOH PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN

Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah meminta semua pelajar yang terkandas untuk dihantar pulang dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai Departure Centre (DC) Zon Tengah yang menjadi lokasi pelajar dari IPT lain berkumpul untuk penghantaran ke kampung halaman.

Seramai 80 pegawai UPM dari entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Felo Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar, Pusat Kesihatan UPM, Bahagian Keselamatan UPM dan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM telah terlibat secara langsung dalam misi ini. Misi ini turut mendapat kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Malaysia Airlines untuk penghantaran pulang pelajar ke Sabah dan Sarawak.

Sebanyak tujuh buah bas UPM, 21 buah bas sewaan luar, lima buah kenderaan kecil dan lapan buah bas daripada IPT lain terlibat dalam misi ini. Selain menghadkan bilangan penumpang bagi penjarakan sosial, misi juga dilaksanakan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan seperti mewajibkan pelajar membuat saringan kesihatan sebelum dibenarkan pulang, melaksanakan proses sanitasi ke atas kenderaan, penyediaan pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan bekalan makanan berbungkus. Pelajar turut diiringi oleh Pegawai Perhubungan (liaison officer) sepanjang perjalanan yang bertanggungjawab memastikan kelancaran proses dan menjadi pegawai penghubung dengan pihak PDRM. Pelajar dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran tempat tinggal pelajar sebelum diambil oleh wakil keluarga terdekat.

(5)

1.3 ARAHAN KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE KAMPUS SECARA FIZIKAL BERMULA 1 MAC 2021 OLEH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Setelah setahun sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara atas talian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dan menyedari kepentingan keperluan program pengajian pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19. Justeru itu, KPT telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UPM), pihak pengurusan IPT, KKM, pakar kesihatan dan MKN berkenaan tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal. Selain itu, kajian dan tinjauan yang dibuat oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mendapati majoriti pelajar mahukan sesi PdP diadakan secara dalam talian.

Berdasarkan hasil dan usaha daripada sesi libat urus tersebut, pihak MKN telah bersetuju untuk membenarkan enam (6) kategori pelajar berkeperluan kembali ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac 2021 bagi mengikuti PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian. Enam kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus seawal 1 Mac 2021 adalah seperti berikut:

i) Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas;

ii) Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian;

iii) Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid;

iv) Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom;

(6)

v) Pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan

vi) Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar. Pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian.

1.3.1 Pergerakan pulang pelajar berkeperluan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak

Para pelajar berkeperluan dari Semenanjung yang akan pulang ke kampus IPT di negeri Sabah dan Sarawak diwajibkan untuk menjalani Ujian Swab yang akan dibiayai oleh KKM.

Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus. Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

1.3.2 Pergerakan pulang pelajar berkeperluan dari negeri Sabah dan Sarawak ke Semenanjung

Bagi pelajar berkeperluan dari negeri Sabah dan Sarawak, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala COVID-19.

Selain daripada ketetapan pergerakan pelajar IPT yang dinyatakan di atas, para pelajar turut disaran untuk merujuk kepada SOP Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa.

Pihak IPT juga boleh merujuk kepada SOP Sektor Pengajian Tinggi sedia ada yang telah diwartakan merangkumi aspek pengoperasian IPT bagi semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

(Sumber: Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi pada 31 Januari 2021)

1.4 PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA YANG DIBENARKAN KEMBALI KE KAMPUS UNTUK AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SEMESTER 2 SESI 2020/2021

UPM telah mengambil maklum akan arahan pihak KPT yang mengeluarkan satu kenyataan media pada 31 Januari 2021 berhubung kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal 2020/2021 bermula 1 Mac 2021. Sehubungan itu, UPM mengikuti saranan yang ditetapkan oleh KPT di samping mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 dalam kampus UPM.

KPT menganggarkan hanya 30% jumlah maksimum bilangan pelajar berkeperluan yang akan berada di kampus yang terdiri daripada 6 kategori yang telah ditetapkan untuk mengikuti proses PdP dalam kampus. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar UPM yang tergolong dalam kategori tersebut sahaja akan dibenarkan masuk ke kolej

(7)

Senat pada mesyuaratnya yang ke-686 pada 11 Februari 2021 telah bersetuju membenarkan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Master secara Kerja Kursus bagi program dan kohot kemasukan tertentu untuk kembali ke kampus UPM Serdang bagi mengikuti aktiviti PdP secara hibrid mulai 22 Mac 2021. Bagi pelajar Master secara Penyelidikan dan PhD yang perlu kembali ke kampus, mereka hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui Dekan masing-masing untuk pertimbangan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Kemasukan pelajar dari Semenanjung Malaysia yang memerlukan penginapan dalam kampus dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur untuk tujuan pengawasan selama 10 hari sebagaimana yang ditetapkan oleh Universiti mulai tarikh berikut:

(i) Pelajar Bacelor dan Master secara Kerja Kursus : 6 – 12 Mac 2021 (ii) Pelajar Asasi Sains Pertanian : 28 – 31 Mac 2021

Semua pelajar yang memerlukan penginapan dalam kampus perlu mendapatkan

surat sokongan daripada fakulti/sekolah/pusat masing-masing dan

mengemukakannya kepada Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk pertimbangan dan kelulusan.

Pelajar yang tergolong dalam enam kategori pelajar yang berkeperluan kembali ke kampus, tetapi program dan kohot kemasukan mereka tidak tersenarai dan memerlukan penginapan dalam kampus boleh mengemukakan permohonan kepada BPP mulai 26 hingga 28 Februari 2021 untuk pertimbangan dan kelulusan.

Hanya pelajar yang sihat dan bukan dalam status Person Under Investigation (PUI) sahaja yang dibenarkan untuk kembali ke kampus. Semua pelajar adalah diminta untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM serta semua peraturan lain yang ditetapkan oleh UPM dari semasa ke semasa.

(8)

2.0 TATACARA PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, PTNCHEPA) telah mengeluarkan satu panduan kepada pelajar UPM iaitu Panduan Kemasukan Pelajar ke Kolej Kediaman Secara Berperingkat bagi Semester Kedua Sesi 2020/2021, pada 25 Februari 2021. Panduan ini diedarkan bersama senarai pelajar yang telah dikenalpasti oleh pihak fakulti/pusat/sekolah masing-masing sebagai pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke kampus bagi menjalani PdP secara hibrid.

2.1 TATACARA PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR

Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19 dalam kampus UPM, pihak pengurusan kolej-kolej kediaman UPM telah mengambil keputusan bahawa semua proses dan prosedur berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar lama dan baharu hendaklah dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan seperti mengisi borang deklarasi kesihatan, MySejahtera, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan penjagaan kesihatan diri yang rapi.

2.2 PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR KE KOLEJ KEDIAMAN MENGIKUT ZON, TARIKH & SESI BERMULA 4 MAC 2021 HINGGA 31 MAC 2021

Semua pelajar yang telah mendapat sokongan/pengesahan daripada pihak fakulti/pusat/sekolah masing-masing untuk kembali ke kampus UPM Serdang dikehendaki mematuhi jadual kemasukan ke kolej kediaman secara berperingkat mengikut zon, tarikh dan sesi yang ditetapkan seperti berikut:-

A.

Zon Utara dan Zon Timur (P. Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Tarikh Sesi Pagi

(8.30 pg – 12.30 tghri) Sesi Petang (2.30 ptg – 4.30 ptg) 4 Mac 2021 (Khamis) KC, KTDI, K17, KOSASS, K10, K12 & K14 KOSASS, KPZ, K12, K14 & K17 5 Mac 2021

(Jumaat) KOSASS, KPZ, K12, K14 & K17

KC, KTDI, KOSASS, K10, K12, K14 & K17 6 Mac 2021 (Sabtu) KC, KTDI, KOSASS, K10, K12 & K17 KPZ, K12, K14 & K17

(9)

B.

Zon Tengah (Selangor, Perak, W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya)

Tarikh Sesi Pagi

(8.30 pg – 12.30 tghri) Sesi Petang (2.30 ptg – 4.30 ptg) 7 Mac 2021 (Ahad) KC, KTDI, KOSASS, K10, K12 & K14 KOSASS, KPZ, K12, K14 & K17 8 Mac 2021

(Isnin) KOSASS, KPZ, K10, K12 & K14,

KC, KTDI, KOSASS, K12, K14 & K17 9 Mac 2021 (Selasa) KC, KTDI, KOSASS, K10, K12 & K14 KTDI, K10, K12, K14 & K17

C.

Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

Tarikh Sesi Pagi

(8.30 pg – 12.30 tghri) Sesi Petang (2.30 ptg – 4.30 ptg) 10 Mac 2021 (Rabu) KC, KTDI, KOSASS, K10, K12 & K14 KPZ, K12 & K14 11 Mac 2021 (Khamis) KOSASS, KPZ, K12 & K14 KC, KTDI, KOSASS, K10, K12, K14 & K17 12 Mac 2021 (Jumaat) KC, KTDI, KOSASS, K10, K12, K13

(Semua Zon) & K14

KTDI, KOSASS, K10, K13 (Semua Zon), K14 &

K17

D.

Pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER) di K13.

i.

28 Mac 2021 (Ahad)

Zon Utara (P. Pinang, Kedah dan Perlis)

ii.

29 Mac 2021 (Isnin)

Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang)

iii.

30 Mac 2021 (Selasa)

Zon Tengah (Selangor, Perak, W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya)

iv.

31 Mac 2021 (Rabu)

Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

E.

Kemasukan pelajar dari Sabah dan Sarawak adalah bergantung kepada tarikh tiket penerbangan masing-masing sepanjang tempoh 4 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021.

2.3 PERMOHONAN UNTUK MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN

(10)

kolej kediaman, hendaklah mengemukakan perrmohonan ke BPP melalui emel BPPUPM@upm.edu.my mulai 26 Februari 2021 hingga 28 Februari 2021.

Pelajar dalam kategori berkeperluan menjalani praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas, tetapi namanya tidak disenaraikan dalam senarai yang diedarkan bersama panduan berkenaan hendaklah mengemukakan permohonan kepada dekan fakulti/sekolah atau pengarah pusat masing-masing mulai 26 Februari 2021 hingga 28 Februari 2021.

Pelajar yang tidak mempunyai akses talian internet yang baik atau tidak mempunyai persekitaran yang kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian hendaklah mengemukakan permohonan kepada dekan fakulti/sekolah atau pengarah pusat masing-masing mulai 12 Mac 2021 hingga 19 Mac 2021.

Keputusan permohonan pelajar ini telah dimaklumkan melalui emel pelajar. 2.4 SARINGAN DAN PENILAIAN RISIKO JANGKITAN COVID-19

Pelajar DIWAJIBKAN mengisi borang soal selidik Permohonan Memasuki Ke Kolej Kediaman UPM Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Pelajar (menerusi pautan:

https://forms.gle/bsQfZyVX6nxCryBT9) sehari sebelum tarikh kemasukan ke kolej kediaman.

Pelajar turut DIWAJIBKAN membuat Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 UPM (melalui alamat url: https://ertcovid19.upm.edu.my) pada hari kemasukan ke kolej kediaman dengan mengemukakan paparan keputusan saringan tersebut kepada pihak berkuasa keselamatan.

Borang Pemantauan Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 UPM juga WAJIB diisi oleh pelajar pada setiap hari sepanjang tempoh berada di kolej kediaman.

Pelajar juga DIWAJIBKAN mengisi MySejahtera dan Health Declaration Form sewaktu mendaftar di kolej kediaman.

Pelajar yang berada dalam status Person Under Investigation (PUI) atau pelajar yang diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk self-quarantine di rumah adalah sama sekali tidak dibenarkan memasuki kampus.

Sekiranya didapati bergejala, pelajar tersebut akan dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenarkan untuk memasuki premis kolej kediaman. Pelajar bergejala akan ditempatkan di blok/aras pengasingan yang disediakan di setiap kolej bergantung kepada saranan, nasihat dan kebenaran daripada pihak PKU. Pelajar yang telah diberi kebenaran oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) atau Dekan Fakulti untuk menjalani PdP dalam kampus sahaja dibenarkan untuk datang ke kampus.

Di samping itu, pelajar juga WAJIB mendapatkan kebenaran daripada YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) terlebih dahulu untuk kebenaran menginap di kolej kolej kediaman (emel: tnchepa@upm.edu.my).

(11)

Pelajar yang sakit ketika tiba di kolej-kolej kediaman, diminta memaklumkan kepada para petugas untuk dirujuk kepada PKU untuk tindakan seterusnya.

(12)

3.0 TATACARA PENGURUSAN PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN 3.1 TATACARA PENGURUSAN KEHADIRAN PELAJAR

Kehadiran pelajar dan pengiring ke dalam kampus akan dipantau dengan teliti oleh pihak berkuasa UPM. Untuk itu, Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) bertanggungjawab untuk memastikan hanya pelajar yang berisiko rendah dibenarkan masuk ke kolej kediaman.

Kemasukan ke kolej-kolej kediaman hanya dihadkan melalui pintu masuk terkawal yang telah ditetapkan sahaja bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

Kenderaan pelajar dan pelawat dinasihatkan diletakkan di kawasan yang dibenarkan sahaja untuk mengelakkan kesesakan dan menghalang lalu lintas.

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar di Pejabat Am kolej masing-masing dan mendaftar MySejahtera sebelum memasuki blok kediaman. Waktu pendaftaran bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa ahli keluarga ke blok kediaman bagi mengelakkan kesesakan (crowded) dan menyukarkan penjarakan fizikal.

Pelajar yang telah mendaftar akan diberikan Slip Kebenaran Tinggal di Kolej (slip berwarna kuning) yang mesti dipamerkan jika diminta sepanjang berada dalam kawasan kolej kediaman.

Pelajar yang berurusan dengan petugas kolej ketika pendaftaran perlu mengambil langkah-langkah seperti mengukur suhu badan, penjarakan fizikal (jarak 1 meter), sentiasa memakai pelitup muka (face mask) dan mengamalkan kebersihan diri. Pelajar yang dibenarkan hadir akan ditempatkan di blok kediaman yang telah ditetapkan bagi memudahkan pemantauan oleh pihak pengurusan kolej.

Pelajar- pelajar juga menjalani proses pengawasan selama 10 hari di kolej kediaman masing-masing sebelum menjalani PdP di fakulti/sekolah, dan dipakaikan gelang pengawasan. Gelang pengawasan hanya boleh dibuka oleh pihak kolej kediaman selepas tempoh pengawasan tamat.

3.2 TATACARA PENGURUSAN DIRI DI KOLEJ KEDIAMAN

Pelajar DIWAJIBKAN berada di kolej kediaman masing-masing sepanjang masa dan mengurangkan pergerakan keluar masuk.

Pelajar hanya boleh dibenarkan keluar dari premis kolej kediaman dengan mendapatkan Slip Kebenaran Sementara Bagi Pelajar Keluar dan Masuk di Kolej (slip berwarna hijau) dengan kebenaran daripada Pengetua Kolej dan mana-mana pegawai yang diarahkan oleh Pengetua berdasarkan empat (4) justifikasi berikut:

i. Urusan kecemasan (contoh: kematian, sakit dan urusan mahkamah) beserta dokumen sebagai bukti.

(13)

iv. Urusan Latihan Industri, praktikal, makmal, studio dan lain-lain (beserta surat kebenaran dari Fakulti dan Majikan)

Pelajar yang perlu menjalani Latihan Industri di dalam atau di luar kampus dibenarkan untuk tinggal di kolej kediaman. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang dibenarkan tinggal di kolej kediaman TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI bekerja sambilan di luar kampus.

Pelajar perlu menjaga kesihatan diri masing-masing sepanjang berada di kolej kediaman. Jika ada pelajar yang demam dan bergejala, perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kolej atau PKU dengan kadar segera. Penempatan pelajar yang sakit sama ada di hospital atau bilik pengasingan yang disediakan di kolej bergantung kepada nasihat dan saranan pihak PKU.

Pelajar diminta untuk membawa semua peralatan keperluan peribadi yang mencukupi dan perlu mematuhi notis-notis penting yang dipamerkan oleh pihak pengurusan kolej masing-masing dari semasa ke semasa.

Pelajar yang hadir ke kolej kediaman adalah tertakluk kepada pematuhan SOP yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Pelajar yang gagal mematuhi arahan seperti dinyatakan di atas dikira melanggar SOP yang ditetapkan dan akan dikenakan tindakan TATATERTIB termasuk akan ditarik balik kebenaran menginap dengan serta-merta dan akan diminta pulang ke rumah masing-masing.

(14)
(15)

4.0 LAWATAN PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN KEPATUHAN 4.1

LAWATAN PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN KEPATUHAN PROSES KEMASUKAN PELAJAR SECARA NORMA BAHARU Ahli Pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), PKU, PPKKP dan BKU telah mengadakan lawatan ke semua kolej kediaman pada 3 Mac 2021 untuk memantau persiapan dan persediaan kolej kediaman menerima kemasukan pelajar secara norma baharu.

Lawatan juga bertujuan memastikan persediaan yang dibuat patuh kepada SOP dan tatacara yang telah ditetapkan demi kelancaran proses pendaftaran

kemasukan pelajar bermula pada 4 hingga 31 Mac 2021.

Hasil lawatan mendapati semua kolej kediaman patuh kepada SOP seperti yang ditetapkan oleh MKN, KPT, dan Jawatankuasa ERT UPM.

Tahap persiapan yang ditunjukkan cemerlang dan rapi.

4.2 SEKILAS PANDANG LAWATAN PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN KEPATUHAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Penerangan tatacara pentadbiran dan pengurusan kemasukan pelajar di Kolej Kediaman oleh Pengerusi Jemaah Pengetua, Prof. Madya Dr. Amini Abdullah

(16)

Pengambilan suhu dan pengisian borang deklarasi kesihatan adalah wajib dan indikator utama mengesan pelajar bergejala serta layak mendaftar di Kolej

Kediaman

Penerangan mengenai bilik isolasi oleh Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dr. Mohd Rafee bin Baharuddin

(17)

Lawatan ke dewan pendaftaran di kolej-kolej kediaman

(18)
(19)

5.0 LAPORAN KEMASUKAN PELAJAR

5.1 JUMLAH PELAJAR MENDAFTAR KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER KEDUA SESI 2020/2021.

Sejumlah 5259 daripada 7046 pelajar memohon telah mendaftar untuk tempoh 4 hingga 31 Mac 2021 bagi mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran Semester Kedua Sesi 2020/2021 secara hibrid di dalam kampus.

(20)

5.2 BILANGAN KEMASUKAN PELAJAR BERMULA 4 – 31 MAC 2021 MENGIKUT ZON DAN FAKULTI/INSTITUT/PUSAT.

(21)

5.3 KEMASUKAN PELAJAR ASASI SAINS PERTANIAN

Kemasukan pelajar Asasi Sains Pertanian adalah seramai 778 orang bermula 28-31 Mac 2021 di Kolej Tiga Belas.

Atas faktor jangkitan COVID-19 kepada beberapa orang pelajar di Kolej 13, Lokasi penginapan Asper telah dipindahkan ke Kolej Pendeta Zaba (KPZ).

Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP) telah melaksanakan satu soal selidik kepada kepada 775 orang pelajar Asper berkenaan sokongan pelajar asper untuk terus kekal di KPZ. Seramai 567 responden telah memberikan maklumbalas setelah 3 hari soal selidik ini dijalankan. Seramai 54% bersetuju untuk kekal dan 46% tidak.

5.4 TABURAN KEBERADAAN PELAJAR SEHINGGA 31 MAC 2021.

Taburan keberadaan pelajar mengikut kolej kediaman dan termasuk pelajar di luar kampus sehingga 31 Mac 2021 adalah sebagaimana berikut:

BIL KOLEJ TEMPATAN ANTARABANGSA

JUMLAH MENGIKUT JANTINA JUMLAH KESELURUHAN L P L P L P KAMPUS SERDANG 1 KTDI 76 164 2 1 78 165 243 2 KC 86 155 3 0 89 155 244 3 KOSAS 196 244 2 0 198 244 442 4 KPZ 366 652 3 2 369 654 1023

(22)

6 K12 247 648 2 4 249 652 901 7 K13 69 54 0 6 69 60 129 8 K14 305 515 15 2 320 517 837 9 K17 224 578 0 0 224 578 802 JUMLAH 2149 3617 35 18 2184 3635 5819 10 KMR 8 17 18 32 26 49 75 11 KPU 0 11 7 23 7 34 41 JUMLAH 8 28 25 55 33 83 116 JUMLAH K.SERDANG 2,157 3,645 60 73 2217 3718 5935 12 MLK 118 361 4 4 122 365 487 KAMPUS BINTULU 13 KSR 394 476 1 1 395 477 872 JUMLAH KESELURUHAN 2,669 4,482 65 78 2,734 4,560 7,294

Data keberadaan pelajar ini adalah termasuk pelajar luar kampus sepanjang tempoh PKP/B.

5.5 LIPUTAN MEDIA

5.5.1 UPM | Pelajar Kembali Secara Berperingkat Di 2 Kampus.

6,500 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dijadualkan kembali ke kampus di Serdang, Selangor dan 1,200 di Bintulu, Sarawak bagi mengikuti sesi pembelajaran secara hybrid.

Proses dilakukan secara berperingkat mulai hari ini hingga 31 Mac 2012. Liputan terperinci boleh dilayari di Saluran YouTube Buletin TV3, 4 Mac 2021.

https://youtu.be/IddHTfZlEwY

5.5.2 Liputan secara siaran langsung (LIVE) SOP dan tatacara proses kemasukan pelajar ke kampus UPM di Buletin Astro AWANI pada 6 Mac 2021.

(23)

Liputan terperinci boleh dilayari dalam saluran Youtube Astro Awani

https://youtu.be/kPnSpTHDFwQ

5.5.3 LENSA IPT EDISI SABTU, 27 MAC 2021 di Berita Jam 3.00 pm TV1 - Tayangan Video Kemasukan Pelajar.

Liputan terperinci boleh dilayari di

(24)

5.5.4 Artikel di Media

i) Pelajar zahir keterujaan, gembira dapat kembali ke kampus | Astro

Awani

ii) 7,700 pelajar UPM mula hadir ke kampus | Astro Awani

iii) 7,700 pelajar UPM masuk semula kampus - Utusan Digital

(25)

5.6 WARNA-WARNI PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER KEDUA SESI 2020/2021.

5.6.1 Bagi memastikan proses pendaftaran kemasukan pelajar berjalan lancar, HEPA dengan kerjasama Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) menyediakan video Tatacara Kemasukan Semula Pelajar ke Kampus - YouTube .

(26)

5.6.2 Sumbangan Makanan dan Minuman Kepada Petugas Barisan Hadapan UPM yang terdiri daripada petugas (staf dan pelajar) yang terlibat dalam pengurusan kemasukan pelajar semester kedua sesi 2020/2021.

(27)

5.6.3 Susuk comel anak-anak mahasiswa UPM yang terdiri daripada Majlis Pewakilan Pelajar dan Majlis Perwakilan Kolej menyantuni ibubapa yang mengiringi anak masing-masing dengan mengedarkan roti dan air di pintu masuk kampus dan kawasan kolej kediaman dan bertugas mengawal trafik serta membantu mengangkat barang keperluan pelajar mendaftar.

Edar roti kepada ibubapa.

(28)

Membantu mengangkat barang keperluan.

(29)

5.6.4 Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr Arifin Abdu kelihatan menyantuni rider FOOD PANDA Malaysia yang terjatuh motor semasa beliau meninjau kemasukan pelajar di kolej kediaman pada 7 Mac 2021. Kejadian berlaku di Simpang 4 antara Kolej Pendeta Za'ba, UPM dan Pusat Kesihatan Universiti UPM. Turut hadir membantu Dr Mohd Hafiz Mohd Zaid Pengetua KPZ dan beberapa org felo KPZ serta MPK, KPZ. Rider hanya mengalami kecederaan ringan.

Rider tersebut juga kebetulan pelajar Fakulti Pertanian, UPM yang sedang menangguh pengajian bagi membantu menyara keluarga. Pelajar/rider akan kembali menyambung semula pengajian pada 22 Mac 2021.

Menghulurkan sumbangan kepada pelajar tersebut bersama dengan Ketua dan Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.

(30)

5.6.5 Terima kasih Prof Arifin, TNC HEPA kerana menyantuni MPP UPM dan Pegawai Bahagian Keselamatan UPM yang bertugas di pintu-pintu utama UPM untuk kemasukan pelajar semester 2 sesi 2020/2021.

(31)
(32)
(33)

6.0 CABARAN DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL BAGI PENGURUSAN KEMASUKAN SEMULA PELAJAR SEMESTER KEDUA SESI 2020/2021 SECARA NORMA BAHARU

6.1 CABARAN

Pengurusan kemasukan semula pelajar ke kampus setelah setahun tidak berada di kampus berikutan pandemik COVID-19 adalah di luar rutin Universiti Putra Malaysia (UPM) khasnya kepada pasukan entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Kemasukan pelajar dilaksanakan secara norma baharu dan pelbagai tatacara serta SOP perlu dibangunkan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 di kampus. Timbul pelbagai reaksi yang diterima dari semua pihak samada di peringkat pelajar, ibu bapa, kakitangan, ahli pengurusan UPM dan juga masyarakat.

Antara reaksi, aduan, komen, kekangan dan halangan yang diterima adalah seperti berikut:

i) Pelajar mengadu tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan dalam tempoh pengawasan dari segi agihan bilik dan perkhidmatan kafeteria di kolej kediaman.

ii) Pelajar mengadu tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan pelajar keluar kampus setelah tempoh pengawasan tamat.

6.2 TINDAKAN YANG DIAMBIL

Pihak entiti HEPA telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan pengurusan kemasukan pelajar berjalan lancar dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti. Antara Tindakan yang diambil adalah:

i) Membangunkan tatacara terperinci pendaftaran kemasukan dan pengurusan pelajar di Kolej Kediaman.

ii) Menyediakan video tatacara pendaftaran kemasukan pelajar di Kolej Kediaman.

iii) Menyediakan ruang maklumbalas kepada pelajar untuk memberikan komen, aduan dan pandangan dalam pelbagai medium komunikasi termasuk melalui penggunaan media sosial (Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube). Pendekatan ini diambil bagi memastikan tiada komunikasi breakdown atau salah faham antara pelajar dan pihak universiti.

iv) Mengemaskini tatacara pengurusan pelajar keluar kampus mengikut keadaan dan keperluan semasa termasuk membenarkan pelajar keluar dari kampus untuk mendapatkan barang keperluan asas.

(34)
(35)

7.0 PERKHIDMATAN PENGAMBILAN PELAJAR DARI LAPANGAN TERBANG KE KAMPUS UPM

7.1 TATACARA PENGURUSAN PENGANGKUTAN PELAJAR

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) dengan kerjasama Seksyen Pengurusan Kenderaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) mengambil inisiatif menyediakan Perkhidmatan pengambilan pelajar dari lapangan terbang ke kampus UPM. Perkhidmatan pengangkutan tersebut disediakan bagi memudahkan pergerakan pelajar pulang ke kampus semasa pandemik COVID-19 disamping memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjaga.

Tatacara pengurusan pengangkutan pelajar adalah pelajar dari Sabah, Sarawak, Labuan dan juga pelajar dari Semenanjung yang telah membeli tiket penerbangan untuk kembali ke UPM pada Mac 2021 dikehendaki mengisi maklumat perjalanan supaya proses penjadualan perjalanan bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) dan Lapangan Terbang Bintulu ke UPM Kampus Bintulu dapat dirancang dengan teliti melalui pautan google form berikut:

Link Google Form:

https://forms.gle/uv5TXsdRa7dAPFpv6 *Tarikh tutup: (28/3/2021, 11.50PM)*

(36)

Proses pengambilan pelajar di lapangan terbang ini turut dibantu oleh pegawai BHEP, Felo Kolej Kediaman dan MPP.

Seramai 50 petugas yang terdiri daripada 5 pegawai, 20 Felo, 7 pemandu bas dan 23 MPP terlibat dalam proses pengambilan pelajar di lapangan terbang

7.2 BILANGAN PELAJAR YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

Sejumlah 448 pelajar telah menggunakan perkhidmatan pengangkutan ke kampus iaitu sejumlah 234 pelajar dari Sabah, Labuan dan Sarawak telah menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari KLIA 1 dan KLIA 2 ke UPM kampus Serdang.

(37)

Manakala sejumlah 214 pelajar dari Semenanjung, Sabah dan Labuan menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari Lapangan Terbang Bintulu ke UPM Kampus Bintulu.

(38)

7.3 BINGKISAN PENGAMBILAN PELAJAR DARI LAPANGAN TERBANG

(39)
(40)
(41)

8.0 PENGURUSAN BILIK OPERASI KOLEJ KEDIAMAN UPM 8.1 LATARBELAKANG

Bilik Operasi Kolej Kediaman UPM beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama diumumkan oleh Kerajaan pada 18 Mac 2020. Bilik ini beroperasi dengan aktif semenjak dari pengumuman tersebut hingga 31 Ogos 2020.

Bilik Operasi ini dibuka semula pada 14 Oktober 2020 berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 12 Oktober 2020

Tujuan utama pembukaannya adalah untuk memastikan kebajikan pelajar yang masih berada di dalam kampus terjamin dan terpelihara.

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

8.2 TUGASAN DAN FUNGSI BILIK OPERASI

Tugasan di Bilik Operasi ini merangkumi pelbagai aspek seperti mengemaskini data keberadaan harian pelajar di kampus, dan menjawab panggilan pelajar berkaitan dengan penempatan serta proses pembelajaran di UPM sepanjang tempoh PKPB. Selain itu, Bilik Operasi ini juga berfungsi untuk menguruskan kelulusan permohonan bagi para pelajar yang ingin kembali ke kolej kediaman. Berikut merupakan empat (4) kategori pelajar yang dibenarkan untuk kembali ke kolej kediaman:

i) Menghadapi masalah capaian internet;

ii) Pelajar tahun akhir/ pasca-siswazah yang telah mendapat kelulusan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) dan perlu

(42)

iii) Menghadapi masalah dari segi fasiliti pembelajaran;

iv) Kes-kes khas yang diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), TNC AA atau Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Prosedur permohonan ini telah diselaraskan di peringkat Pejabat TNC HEPA, TNC AA, PKU, Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) dan pengurusan kolej-kolej kediaman. Proses pengurusan isolasi dan pengambilan barang/ bahan pembelajaran juga merupakan fungsi yang termaktub dalam skop pelaksanaan Bilik Operasi ini.

Menerima sumbangan untuk agihan kepada pelajar dan petugas yang berada di Kampus semasa Perintah Kawalan Pergerakan/Bersyarat (PKP/PKPB).

Di samping itu, Bilik Operasi ini turut menguruskan sumbangan daripada pihak luar untuk diagihkan kepada pelajar di semua kolej kediaman. Sehingga Disember 2020, hasil kutipan sumbangan daripada pelbagai syarikat, badan kesukarelawanan (NGO) mahupun agensi kerajaan yang bernilai RM 53,208.60 telah disalurkan kepada para pelajar (B40 dan Asnaf) dan petugas yang masih berkhidmat di kampus dalam tempoh PKPB. Barangan ini termasuklah bahan makanan, bahan masakan dan barangan keperluan peribadi para pelajar di kolej kediaman.

(43)

Pelajar antarabangsa menerima sumbangan

Sudut penempatan sumbangan

8.3 PETUGAS BILIK OPERASI

Petugas di Bilik Operasi ini terdiri daripada pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK). Bermula 1 Januari 2021, pengurusan ini telah diambil alih oleh Bahagian Perumahan dan Penempatan Pelajar (BPP) yang diketuai oleh Encik Mohamed Shukri Mohamed Noor.

(44)

8.4 MAKLUMAT OPERASI

Lokasi : Kolej Pendeta Za’ba, UPM

Masa Operasi : 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari

(45)

9.0 GARIS PANDUAN LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 UPM

9.1 Garis Panduan Langkah Pencegahan COVID-19 Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia mengambil maklum berkaitan Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular mengikut situasi semasa.

Sehubungan itu, Jawatankuasa ERT UPM telah membangunkan Garis Panduan Langkah Pencegahan COVID-19 Universiti Putra Malaysia dan diedarkan kepada semua warga UPM melalui info@upm.edu.my pada 15 Mac 2021.

Garis Panduan Langkah Pencegahan COVID-19 boleh dirujuk di Appendix 1. Warga UPM dinasihatkan untuk sentiasa peka kepada maklumat terkini yang akan disampaikan melalui info@upm.edu.my, Laman Web Rasmi UPM dan Media Sosial Rasmi UPM.

(46)

10.0 SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Bahagian Perumahan dan Penempatan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Keselamatan Kolej Canselor Kolej Tun Dr Ismail

Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah Kolej Pendeta Za’ba

Kolej Sepuluh Kolej Dua Belas Kolej Tiga Belas Kolej Empat Belas

Kolej Tujuh Belas Kolej Sri Rajang Majlis Pewakilan Pelajar Majlis Pewakilan Kolej Kediaman

Pusat Kesihatan Universiti

Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

(47)

Appendix 1

Referensi

Dokumen terkait

Dokumen bertulis yang diisi oleh kontraktor/ vendor dan perlu disemak oleh pemula dan diluluskan oleh pihak COSHE sebelum dibenarkan masuk dan melakukan sebarang

Bagi pelajar dari luar Negeri Sabah yang tiba di luar daripada waktu yang ditetapkan akan dibawa ke kolej kediaman dalam kampus untuk proses pendaftaran dan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: 1. Metode Pembinaan Anak Tunarungu di SLB-B Yayasan Pembina Pendidikan Luar Biasa Kota Makassar yaitu social case work dengan

Walau bagaimanapun, sekiranya tempoh masa ketibaan pelajar dari luar negara dan jadual penerbangan ke Sabah atau Sarawak melebihi 24 jam, maka pelajar dikehendaki

Dimaklumkan bahawa terdapat penambahan pada dokumentasi Sistem Pengurusan ISO Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan

Pelajar antarabangsa perlu mengisi borang kebenaran hadir ke kampus melalui Sistem ETIKA (http://etika.unimap.edu.my) semasa dalam tempoh berada di pusat kuarantin. Borang

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke