• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTERNATIONAL ISLAMIC ECONOMIC SYSTEM CONFERENCE (I-iECONS 2021)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "INTERNATIONAL ISLAMIC ECONOMIC SYSTEM CONFERENCE (I-iECONS 2021)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

25

INTERNATIONAL ISLAMIC ECONOMIC SYSTEM CONFERENCE (I-iECONS 2021)

Audit Syariah Sektor Awam (ASSA): Isu dan Cabaran

Mustafa Mohd Hanefah

1

, Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin

2

, Zurina Shafii

3

, Supiah Salleh

4

, Nurazalia Zakaria

5

1,2,3,4,5Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800

Nilai, Negeri Sembilan Malaysia E-mail: mustafa@usim.edu.my

Hairul Nizam Yusoff

Bahagian Hubungan Antarabangsa, Penyelidikan & QAR, Jabatan Audit Negara Malaysia, Kompleks F Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia

1. Pengenalan

Audit adalah suatu proses yang dijalankan oleh juruaudit disektor awam dan swasta untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyelewangan, manipulasi akaun ataupun kewangan di syarikat ataupun organisasi seperti kementerian, jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan lain-lain. Secara umumnya, audit boleh didefinisikan sebagai pemeriksaan ataupun penyemakan system, operasi dan aktiviti entiti berkenaan berdasarkan kerangka yang sedia ada.

Audit disektor swasta adalah untuk menjaga kepentingan pemegang saham dan semua pemegang taruh. Di sektor awam tujuan audit adalah untuk menjaga kepentingan orang awam atau rakyat. Dalam dunia kewangan, institusi kewangan Islam (IKI) telah memainkan peranan penting dalam system kewangan negara sejak 40 tahun yang lepas (Kamaruddin et al., 2019). Bukan sahaja di Malaysia bahkan diseluruh dunia. Sejak 40 tahun yang lepas sistem kewangan Islam telah dikenali dan diiktiraf oleh seluruh dunia sebagai sistem kewangan yang adil yang tidak amalkan riba.

Bagi memperkemaskan institusi kewangan Islam, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan Shariah Governance Framework (SGF) pada tahun 2010 dan dikuatkuasakan pada tahun 2011 (BNM, 2011). Beberapa organ atau fungsi telah diperkenalkan dalam SGF. Salah satunya ialah audit syariah utk IKI. Disamping semakan syariah (shariah review), pengurusan risiko syariah (shariah risk management) dan penyelidikan Syariah (shariah research), audit syariah (shariah audit) telah ditekankan oleh BNM yang perlu dijalankan oleh IKI.

Audit syariah dapat disebut sebagai fungsi yang memberikan penilaian independen terhadap kualitas dan keberkesanan pengendalian dalaman, sistem pengurusan risiko, proses pemerintahan serta kepatuhan keseluruhan operasi, bisnis, urusan dan kegiatan dengan syariah (BNM, 2019). Dengan kata lain, audit syariah adalah alat atau prosedur untuk memberi jaminan kepada para pemangku kepentingan bahawa operasi organisasi sesuai dengan undang-undang dan prinsip syariah (Hanefah & Kamaruddin, 2019).

Terdapat beberapa objektif dalam melakukan audit syariah. Pertama, amalan audit syariah akan memastikan keberkesanan struktur, proses dan pengawasan pengurusan tadbir urus syariah. Kedua, amalan audit syariah akan memastikan tahap kepatuhan terhadap prinsip Syariah. Ketiga, amalan audit Syariah akan menilai keberkesanan kawalan dalaman dalam menguruskan risiko syariah. Akhirnya, amalan audit syariah akan memantau susulan tindakan terhadap aktiviti / peristiwa / transaksi tidak patuh syariah yang telah dikenal pasti yang dilaporkan untuk pembetulan atau tindakan lain yang diperlukan untuk memastikan kepatuhannya terhadap syariah (Hanefah et al., 2020).

Pada masa ini, pelaksanaan audit syariah telah dilakukan secara meluas di institusi berkaitan kewangan Islam. Ini termasuk bank Islam, takaful dan institusi kewangan Islam yang lain. Namun, terdapat bukti yang terhad mengenai

(2)

26

pelaksanaan audit syariah di sektor berasaskan syariah lain seperti syarikat patuh syariah di bawah pasaran modal Islam, koperasi Islam dan bahkan institusi awam berasaskan syariah di bawah sektor awam.

Sebagai institusi yang berlandaskan syariah, adalah diharapkan agar mereka dapat mencontohi nilai-nilai Islam dalam semua aspek. Mana-mana syarikat Islam khususnya institusi kewangan Islam perlu mempunyai model tadbir urus syariah yang boleh dipercayai dan strategi yang tepat yang akan mendorong pelaksanaan tadbir urus korporat syariah yang mantap dan berkesan dalam persekitaran Islam (Hassan, 2010). Institusi berasaskan syariah ini mempunyai pihak berkepentingan seperti pemegang saham, anggota, pengurusan, pekerja dan masyarakat secara amnya. Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri berkaitan dengan kelangsungan institusi untuk menegakkan prinsip dan nilai syariah. Salah satu cara untuk melindungi kepentingan pihak berkepentingan ini adalah dengan memastikan operasi patuh syariah dan menawarkan perkhidmatan patuh syariah (Shafii et al., 2014). Oleh itu, wujud keperluan bagi pelaksanaan audit syariah di semua institusi berdasarkan syariah selain institusi yang berkaitan dengan kewangan Islam terutamanya institusi berasaskan syariah di sektor awam untuk memastikan bahawa tadbir urus syariah berjalan dengan lancar dan seterusnya meningkatkan tahap keyakinan pihak berkepentingan.

Berdasarkan hujah di atas, kajian ini bertujuan untuk membincangkan isu dan cabaran pelaksanaan audit syariah terutama bagi institusi berasaskan syariah di sektor awam.

2. Kaedah

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keperluan isu dan cabaran audit syariah terutama bagi institusi awam yang berpusat di Syariah. Institusi awam berasaskan syariah dipilih sebagai tumpuan kerana beberapa sebab.

Pertama, dana awam Islam seperti zakat, wakaf dan juga deposit yang dikumpulkan dan diuruskan oleh institusi awam yang berasaskan syariah adalah besar. Sebagai contoh, institusi awam berasaskan Ssyariah seperti institusi zakat dan wakaf menyumbang lebih daripada RM3 bilion untuk setiap tahun (JAWHAR, 2019). Sementara itu, entiti amanah awam yang menguruskan penyimpan awam dianggarkan membentuk sekitar 42% daripada jumlah modal pasaran Bursa Malaysia (Gomez et al., 2018). Selain itu, beberapa sektor industri utama ekonomi Malaysia turut dikuasai oleh entiti amanah awam ini (Salman & Wan Hashim, 2018).

Reka bentuk kajian dibuat secara sistematik untuk memastikan kesahan kajian. Dalam kes ini, kesahan dalaman melibatkan proses mencari isu dan cabaran audit syariah di sektor awam di Malaysia. Sementara itu, kesahihan luaran berkaitan dengan generalisasi keperluan tersebut dan kaitannya untuk memastikan amalan pematuhan syariah di sektor awam ini (Merriam & Tisdell, 2015).

Untuk kajian ini, kesahan dalaman dijamin dengan menentukan metodologi kualitatif dan kaedah persampelan yang akan digunakan. Berdasarkan objektif, kajian ini bersifat kualitatif yang menggunakan penyelidikan dokumen sebagai kaedah analisis utama. Oleh itu, kajian ini mengaplikasikan penyelidikan perpustakaan yang komprehensif mengenai audit syariah dan pelaksanaan audit di sektor awam terutama dalam konteks Malaysia. Pelbagai sumber atas talian dan luar talian dipertimbangkan. Sumber utama pengumpulan data untuk tinjauan termasuk berita dan laporan yang diterbitkan mengenai keperluan amalan audit syariah di sektor awam di Malaysia. Manakala, untuk kesahan luaran, kajian ini tidak memerlukan untuk memastikan pengesahan kerana sifat kajian adalah berdasarkan kaedah eksplorasi (Yin, 2014).

3. Perbincangan Audit Syariah Sektor Swasta

Dalam sektor swasta khususnya audit syariah telah memainkan peranan penting untuk memastikan bukan sahaja kawalan dalam organisasi adalah cekap dan berkesan tetapi juga mematuhi prinsip-prinsip syariah. Audit syariah telah memastikan semua aktiviti entiti berkenaan mematuhi syariah. Ini meliputi tadbir urus, pengurusan,operasi dan kewangan.

Audit dalaman banyak tertumpu kepada kecekapan system kawalan dalaman dan operasi, termasuk prosedur kewangan. Hanya audit syariah boleh memastikan semua aktiviti adalah mematuhi syariah. Sebarang aktiviti yang tidak mematuhi syariah seperti wang tidak patuh syariah akan mengakibatkan risiko kepada entiti berkenaan.

Pelbagai risiko terpaksa dihadapi – termasuk risiko kewangan, operasi dan reputasi. Ini bermakna skop audit syariah lebih luas daripada audit operasi yang dijalankan baik dalam sector swasta mahupun sektor awam.

(3)

27

Hampir empat tahun, IKI telah memainkan peranan dalam ekonomi Malaysia. Audit syariah telah melakukan semua aktiviti IKI tambahan syariah. Pemegang saham dan pelabur cukup yakin dengan aktiviti IKI yang dikawalselia oleh Jawatankuasa Syariah dan audit berdasarkan syariah dijalankan.

Audit Syariah Sektor Awam (ASSA)

Bagi sektor awam, audit yang dijalankan telah membantu pihak pengurusan di kementerian persekutuan, kerajaan negeri, agensi dan juga badan-badan berkanun termasuk Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Untuk memastikan fungsi kerajaan berjalan dengan baik tanpa sebarang pemyelewangan, maka audit yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) adalah amat penting. Ini adalah kerana kerajaan menggunakan duit rakyat dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat. Akauntabiliti adalah penting dan diutamakan dalam kedua-dua sektor.

Semua laporan kewangan dan audit awam dibentangkan di parlimen setiap tahun agar akauntabiliti kerajaan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa jenis audit yang dilaksanakan di sektor awam:

a. Audit Operasi

Audit ini akan meliputi semua operasi jabatan ataupun agensi berkenaan. Operasi akan merangkumi beberapa aspek termasuk kecekapan system kawalan dalam. JAN akan berpandukan kepada undang-undang dan peraturan JAN untuk melaksanakan audit jenis ini.Prosedur Parlimen akan digunakan sebagi panduan untuk melaksanakan audit jenis ini.

b. Audit Kewangan

JAN akan menyemak semua laporan kewangan , akaun dan proses berpandukan standard-standard perakauan dan tatacara yang sediada. Paling penting ialah penyata kewangan disediakan mengikut tatacara kewangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

c. Audit ‘Regulatori’/Pematuhan

Audit regulatori ataupun pematuhan dijalankan oleh JAN untuk memastikan setiap perbelanjaan oleh jabatan ataupun agensi adalah berpandukan peraturan ataupun tatacara kewangan. Amat penting iala samada semua perbelanjaan telah diluluskan oleh jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan.

d. Audit Ekonomi dan Kecekapan (Economy and Efficiency)

Jenis audit ini adalah untuk memastikan semua sumber yang dipertanggungjawabkan telah diuruskan dengan cekap. Apa yang penting ialah setiap sumbder yang diperolehi adalah pada kos yang munasabah dan memberi manfaat yang tinggi kepada organisasi.

Isu dan Cabaran Audit Syariah Sektor Awam

Audit syariah telah dilaksanakan di sektor swasta (IKI) lebih daripada sepuluh tahun. Prestasi keseluruhan IKI telah meningkat setelah audit syariah dilaksanakan di IKI. Pematuhan kepada syariah telah diutamakan. Keyakinan pelabur dan pemegang saham juga menunjukkan peningkatan terhadap operasi IKI didalam dan luar negara. Tetapi pelaksankaan audit syariah juga telah menghadapi banyak cabaran dalam tempoh tersebut. Antaranya ialah:

1. Pengetahuan audit syariah

Semua pihak tidak memahi ataupun tiada pengetahun bagaimanakah audit syariah boleh dilaksanakan.

Ini termasuk pihak pengurusan dan juruaudit dalam.

2. Tiada kepakaran

Audit yang dilaksankan ialah audit operasi bukannya audit syariah. Semasa audit syariah diperkenalkan, tiada juruaudit yang ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini.

3. Tiada latihan

Memandangkan audit syariah adalah unik dan memerlukan ilmu tentang syariah, maka juruaudit dalam tiada peluang untuk mendapat latihan seperti audit operasi.

Sektor awam juga memerlukan audit syariah khususnya di MAIN, institusi baitulmal, zakat dan wakaf. Ini adalah kerana kesemua entiti ini adalah entiti yang berasaskan syariah. Tetapi masalah dan cabaran untuk pelaksanaan audit syariah adalah seperti IKI dahulu. Semua isu dan cabaran yang telah dihadapi oleh IKI dihadapi oleh institusi berasaskan syariah di sektor awam di Malaysia sekarang.

(4)

28

Disamping itu, terdapat juga beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh sector awam dalam pelaksanaan audit syariah. Antaranya ialah:

1. Mandat

Untuk melaksanakan shariah audit dalam mana-mana sektor perlukan mandat yang jelas. Mandat penting sebagai punca kuasa bagi membolehkan audit syariah dilaksanakan dalam sektor awam.

Mandat melaksanakan pengauditan dalam sektor awam terletak kepada Ketua Audit Negara. Perkara 105- 107, Bahagian VII Perlembagaan Persekutuan berkenaan peruntukan kewangan. Akta Audit 1957 menjelaskan lebih lanjut berkenaan tanggungjawab, kuasa dan peranan Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun Persekutuan, Negeri-Negeri dan pihak-pihak berkuasa awam dan badan-badan yang ditentukan yang lain yang tertakluk kepada pengauditan oleh Ketua Audit Negara. Akta Audit juga menjelaskan bentuk pengauditan yang boleh dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara.

Dalam konteks audit syariah, peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit tidak menjelaskan secara jelas sama ada ketua Audit Negara boleh melaksanakan audit shariah dalam sektor awam. Peraturan kewangan Kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan mahupun Akta Tatacara Kewangan juga tidak menyentuh berkenaan keperluannya untuk melaksanakan audit shariah.

Sebagai perbandingan Institusi Kewangan Islam (IKI), mandat untuk melaksanakan pengauditan shariah juga tidak dinyatakan secara jelas dalam Akta-akta berkaitan (BAFIA 1989, Akta Perbankan Islam 1983, Akta Takaful 1984). Bagaimanapun, pelaksanaan audit syariah tertakluk kepada garis panduan Bank Negara Malaysia, Shariah Governance Framework 2010. Dalam soal ini, Bank Negara Malaysia merupakan pihak berkuasa bagi mengeluarkan garis panduan mahupun peraturan berkaitan dengan operasi IKI.

Maknyanya, perlu ada mandat yang jelas berkenaan pelaksanaan audit syariah dalam sektor awam.

2. Standard Perakaunan

Sehingga kini, belum ada standard perakaunan khusus diwujudkan berkaitan dengan syariah diperkenalkan bagi tujuan penggunaan dalam sektor awam. Standard perakaunan semasa yang digunakan adalah standard yang diterima pakai oleh Jabatan Akauntan Negara, Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS).

Isu standard perakaunan bagi pihak berkuasa agama atau institusi agama perlu diberikan perhatian. Perkara ini penting kerana Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan supaya terimaan daripada zakat, baitulmal,fitrah atau hasil agama Islam perlu diakaunkan ke dalam kumpulan wang yang berasingan daripada akaun kerajaan. Kajian mendapati wujud keperluan bagi menghasilkan atau mengeluarkan standard perakaunan bagi menangani soal bagaimana seharusnya terimaan khusus berkaitan dengan agama Islam direkodkan ( Fathiyyah, 2019).

Institusi awam yang beroperasi untuk kepentingan umat Islam seperti Lembaga Tabung Haji pula menyediakan laporan kewangannya mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, dengan beberapa istilah diselaras menurut prinsip dan kehendak Syariah.

Secara umum, belum ada standard perakaunan berasaskan syariah yang lengkap diwujudkan dan diterima pakai. Usaha AAOIFI memperkenalkan standard perakaunan berasaskan syariah adalah satu usaha yang baik. Namun, ianya adalah untuk IKI dan dari segi penerimaan pemakaiannya termasuk dalam sektor awam masih belum menyeluruh.

Malaysian Accounting Standard Board (MASB), badan yang mengeluarkan standard perakaunan untuk diterima pakai di Malaysia juga tidak mengeluarkan standard perakaunan syariah yang berasingan.

Sebaliknya, standard sedia ada disaran digunakan untuk semua transaksi atau peristiwa berkaitan syariah kecuali ada keperluan atau isu berkaitan syariah yang perlu ditangani.

(5)

29

Isunya, bagaimana pengauditan penyata kewangan berasaskan syariah boleh dilaksanakan dalam sektor awam sekiranya standard perakaunan berasaskan syariah belum diwujudkan atau diterima pakai sepenuhnya (dalam kes AAOIFI). Isu lain, adakah standard perakaunan yang ada ketika ini mesra syariah dan boleh diaplikasikan dalam konteks perakaunan syariah untuk sektor awam?

Selain standard perakaunan, standard pengauditan juga berhadapan isu sama. Pengauditan dalam sektor awam menggunakan standard pengauditan International Standards of Supreme Audit Institution (ISSAI) yang dikeluarkan oleh International Organization of Supreme Audit Institution (INTOSAI). Secara umum, dari sudut pengauditan penyata kewangan, standard pengauditan ini merujuk kepada standard pengauditan yang dikeluarkan oleh International Auditing and Assurance Standards Board (IAASB).

Biarpun standard pengauditan yang ada ini boleh diadaptasi dalam melaksanakan pengauditan syariah, namun isu-isu penting dalam pengauditan berkaitan, antaranya persampelan, materialiti dan penilaian risiko syariah perlu penekanan. Berapa sampel yang sepatutnya diperlukan bagi membolehkan juruaudit mengeluarkan pendapatnya? Berapa tahap materialiti yang sesuai bila audit syariah hendak dilaksanakan?

Apakah konsep materialiti yang boleh diaplikasi dalam pengauditan syariah? Bagaimana pula risiko dinilai apabila melaksanakan audit syariah? Apakah risiko-risiko utama yang perlu ditekankan apabila audit syariah hendak dilaksanakan? Semua persoalan ini belum dapat dijelaskan kerana tiada standard pengauditan khusus berkenaan audit syariah diwujudkan untuk rujukan. Tambahan pula, pengauditan dalam sektor awam tidak terhad kepada pengauditan penyata kewangan tetapi juga meliputi pematuhan dan prestasi. Keperluan standard pengauditan perlu disesuaikan mengikut jenis pengauditan yang dilaksanakan.

4. Kesimpulan

Rumusannya, adalah tidak dapat dinafikan bahawa institusi awam berasaskan syariah di sektor awam di Malaysia mempunyai isu dan cabaran dalam pelaksanaan audit syariah seperti mana yang dihadapi oleh sektor swasta (IKI) suatu ketika dahulu. Namun, pelaksanaan ini adalah perlu kerana audit syariah akan memastikan status patuh syariah di dalam operasi institusi di sektor awam ini. Dengan pelaksanaan audit syariah di sektor awam, ia bukan sahaja dapat memastikan status patuh syariah, tetapi pada masa yang sama ia dapat melengkapi ekosistem ekonomi Islam terutamanya di Malaysia.

Penghargaan

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Institute of Accountants (MIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk bantuan kewangan di bawah geran Shariah Audit Best Practice Guidance (USIM/MG/MIA/FEM/SEPADAN-S/70120) bagi penghasilan penulisan ini.

Rujukan

BNM. (2010). Shariah Governance Framework. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM. (2019). Shariah Governance Policy Document. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM).

Bakar, F.A., Ku Ismail, K.N., Derashid, C., Sawandi, N., Syahir, M., & Ishak, A.W. (2019). Perakaunan Hasil Wakaf bagi Majlis Agama Islamb Suhaimi Ishak, +IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management Vol. 9, No.1, 2019, pp. 85 – 101.

Gomez, E. T., Padmanabhan, T., Kamaruddin, N., Bhalla, S., & Fisal, F. (2018). GLICs and Corporate Ownership. In Minister of Finance Incorporated (pp. 95-148). Singapore: Palgrave Macmillan. https://doi.org/10.1007/978-981-10-4897-5_3

Hanefah, M. M., & Kamaruddin, M. I. H. (2019). Shariah Governance and Assurance in Islamic Financial Sectors. Negeri Sembilan: USIM Press.

Hanefah, M. M., Shafii, Z., Salleh, S., Zakaria, N., & Kamaruddin, M. I. H. (2020). Governance and Shariah Audit in Islamic Financial Institutions (2nd Ed.). Negeri Sembilan: USIM Press.

Hasan, Z. (2010). Shari’ah Governance in Islamic Financial Institutions and the Effect of the Central Bank of Malaysia Act 2009. Journal of International Banking Law and Regulation, 3, 105-108.

JAWHAR. (2019). Statistik Kutipan Zakat Seluruh Malaysia. Putrajaya: Department of Waqf, Zakat and Hajj (JAWHAR). Available [Online] at, http://baitulmal.jawhar.gov.my/zkt_ statistik_stat.php (accessed 17 June 2021).

Kamaruddin, M. I. H., Hanefah, M. M., & Shafii, Z. (2019). Disclosure on Investment Account by Islamic Financial Institutions (IFIs) in Malaysia: Gaps between Malaysia Standards and AAOIFI Standards. In M. M Hanefah & M. I. H. Kamaruddin (Eds.), Shariah Governance and Assurance in Islamic Financial Sectors (pp. 146-176). Negeri Sembilan: USIM Press.

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2015). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation (4th Ed.). San Francisco, California: John Wiley & Sons.

(6)

30

Salman, A., & Wan Hashim, A. (2018). GLCs, GLICs and Market Efficiency. Kuala Lumpur: Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Shafii, Z., Ali, N. A. M., & Kasim, N. (2014). Shariah Audit in Islamic Banks: An Insight to the Future Shariah Auditor Labour Market in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 145, 158-172. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.06.023

Yin, R. K. (2014). Case Study Research: Design and Methods. Thousand Oaks, California: Sage Publications.

Referensi

Dokumen terkait

5 KELURAHAN TIMBAU, KECAMATAN TENGGARONG, KAB KUTAI KARTANEGARA, KALIMANTAN TIMUR TELP.. KUTAI KARTANEGARA - KALIMANTAN TIMUR

Saran yang diberikan untuk penelitian selanjutnya adalah dengan menganalisis dampak dari lingkungan kerja terhadap waktu proses pada masing-masing tipe pekerjaan... Proses

Berdasarkan hasil penelitian yang peneliti telah lakukan pada SMK Negeri 1 Sukoharjo, maka dapat disimpulkan sebagai berikut : (1) terdapat pengaruh yang

Penerapan PHT dalam pertanian antara lain dengan menanam tanaman yang sehat dengan pola tanam dan pergiliran tanaman yang tepat, menggunakan varietas yang tahan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa penerapan model pembelajaran kooperatif metode Two Stay Two Stray terbukti dapat meningkatkan (1) keterampilan guru dari 2,8

Effect dan Rogalski Effect Terhadap Abnormal Return Saham dan Trading Volume Activity (Studi Kasus Pada Perusahaan LQ45 yang Terdaftat di Bursa Efek Indonesia)”.

705,600 Upah minimum untuk jenis usaha Kendaraan Bermotor, komponen serta jasa penunjangnya, barang logam dan jasa pembuatannya, industri elektronik dan jasa