SURAT BERITA KONSTITUEN
PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SUBANG (P104)
JANUARI - JUN 2021
ISU #17
WONG CHEN
AHLI PARLIMEN SUBANG
Kandungan Isi
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Prakata daripada Wong Chen Tugasan Parlimen
Tugasan Diplomatik
Kemaskini Kebajikan & Kemasyarakatan
Wong Chen dalam Berita
Kata-kata Aluan Pegawai Baru Cerita-cerita Pelatih
Kenyataan Kewangan & Perbelanjaan Peruntukan Perkhidmatan Pejabat
M/S
01
03
04
06
11
12
13
15
16
Warga Subang yang saya kasihi sekalian,
Enam bulan pertama tahun 2021 merupakan sesuatu masa yang ganjil, membingungkan dan menyedihkan bagi Malaysia.
Dalam dua bulan terakhir ini, kita telah dibelenggu sangat teruk dengan jangkitan wabak penyakit dan nampaknya seperti tiada jalan keluar buat masa ini.
Pengisytiharan Darurat pada bulan Januari, yang sepatutnya digunakan untuk memerangi COVID-19, kini telah terbukti hanya merupakan suatu penipuan politik. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia, di mana, setelah Darurat diisytiharkan (bersama-sama dengan penggantungan Parlimen), keadaan wabak semakin buruk dan bukannya bertambah baik.
Ketidakmampuan untuk membendung wabak ini adalah hasil daripada pemerintahan tidak kompeten dan anti demokratik, dan lemah dalam perancangan dasar.
Prakata
daripada Wong Chen
Saya tidak senang hati dalam mengkritik pentadbiran PN tetapi sekarang sudah jelas bahawa tanpa semak imbang daripada Parlimen, ketidakcekapan mereka hanya akan merugikan rakyat Malaysia dalam musim wabak ini.
Walau bagaimanapun, surat berita ini bukanlah berkaitan politik; untuk politik, anda boleh mengikuti siaran aktif media sosial saya. Surat berita ini pada dasarnya adalah kad laporan mengenai apa yang saya dan pejabat saya lakukan sepanjang enam bulan terakhir ini.
Diingatkan bahawa sebahagian besar daripada aktiviti-aktiviti kami sepatutnya berfokuskan pada perundangan, pembuatan dasar dan tanggungjawab fiskal/belanjawan. Kami bukan pejabat yang berfokuskan komuniti seperti ADUN-ADUN atau Ahli-ahli Majlis. Peranan saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk memberi tumpuan kepada isu-isu dasar negara, dan dalam keadaan tertentu menangani perkara antarabangsa dan juga diplomasi.
Perlu juga diingatkan bahawa sejak Langkah Sheraton pada bulan Mac 2020, peruntukan komuniti
kami telah dipotong dengan mendadak sebanyak 97% oleh pentadbiran PN. Kami juga tidak menerima
peruntukan persekutuan untuk perbelanjaan pejabat kami. Hal ini memberikan tekanan yang besar
terhadap kewangan peribadi saya. Oleh sebab tekanan untuk berjimat ini, kemampuan kami untuk
membantu penduduk kawasan Parlimen kami secara kewangan telah dipengaruhi, dan dengan itu mod
asas kami adalah untuk memberi tumpuan kepada penyelidikan dan penggubalan dasar.
Tugasan Parlimen
Walaupun Parlimen digantung sejak pengisytiharan Darurat, ada beberapa perkembangan baru yang ketara bagi saya. Pada bulan Januari, saya telah dipindahkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen, dan dipilih oleh anggota parlimen dalam jawatankuasa itu, untuk menjadi Wakil Ketua. Yang Berhormat Dato’ Sri Hasan bin Arifin (P091 Rompin) ialah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas ini.
Saya telah dipilih untuk menjadi ahli Kumpulan Kerja Sains dan Teknologi untuk Kesatuan Antara Parlimen (IPU). Ini adalah kumpulan kerja beranggotakan 20 ahli parlimen antarabangsa dan saya merupakan salah seorang daripada empat ahli parlimen yang mewakili rantau Asia Pasifik. Saya juga mewakili Parlimen Malaysia pada bulan Jun untuk Mesyuarat Kaukus Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-12 yang bertopik “Memperkukuh Ketahanan Rantai Bekalan Dan Meningkatkan Kesambungan Perdagangan”.
Tugasan Diplomatik
Mengenai perkara yang berkaitan dengan isu antarabangsa dan diplomasi, saya adalah salah seorang daripada lima pengasas SEAC (South East
Asian Community). SEAC adalah visi untuk komunitiserantau alternatif berdasarkan prinsip demokrasi sejagat. Para pengasas bersama saya termasuk:
(a) Sam Rainsy, Ketua Pembangkang, Kemboja;
(b) Kasit Piromya, Mantan Menteri Luar Negeri, Thailand;
(c) Mu Sochua, Mantan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Veteren, Kemboja; dan
(d) Emil Kirjas, Mantan Setiausaha Luar Negeri, Macedonia Utara.
Peranan saya adalah memimpin isu-isu mengenai ekonomi dan perdagangan serantau. Projek yang sedang berterusan ini bermula pada bulan Januari dan selama ini pejabat saya sedang beroperasi sebagai pejabat urus setia.
Saya juga meneruskan tugasan dan penglibatan saya dengan ASEAN Parliamentarians for Human
Rights (APHR) dan telah mengeluarkan beberapakomen akhbar mengenai hak asasi manusia dan
Tugasan Kemasyarakatan
Berkaitan komuniti, walaupun kekurangan dana dan menghadapi cabaran daripada wabak ini, pejabat saya telah meneruskan program bantuan kebajikan tanpa kontak yang kami mulakan tahun lalu. Dalam enam bulan pertama tahun ini, kami telah menyampaikan bantuan kebajikan yang bersasar kepada hampir 300 keluarga di Subang.
Perincian program komuniti kami yang lain akan dibentangkan dalam surat berita ini.
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang berikut; Yang Berhormat Ng Sze Han, Yang Berhormat Michelle Ng, Datuk Bandar MBSJ dan Ahli-ahli Majlis, dan semua pemimpin masyarakat atas usaha terbaik mereka pada masa-masa yang amat mencabar ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai saya, Alethea, Ivan dan Bala. Bala ialah pegawai baru kami dan saya menyambutnya dengan mesra ke keluarga P104.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan saya yang diketuai oleh Encik Leong, atas dedikasi dan sokongan berterusan mereka kepada pejabat kami.
Akhir sekali, saya menggesa semua agar mendaftar untuk vaksinasi walaupun terdapat kekurangan inokulasi. Program imunisasi yang dilaksanakan secara besar-besaran akan membantu memperlahankan penyebaran wabak ini. Vaksinasi juga akan mengurangkan tahap komplikasi kesihatan yang disebabkan oleh virus ini. Dari pihak saya, saya akan terus mendorong peningkatan program vaksinasi melalui perhubungan konstruktif dengan Yang Berhormat Menteri. Teruskan pelitup muka, kebersihan diri dan amalkan penjarakkan fizikal. Duduk di rumah dan kekal selamat.
Yang Ikhlas,
Wong Chen
Persidangan Parlimen
Dengan Pengisytiharan Darurat di Malaysia, Perdana Menteri telah menggantung Parlimen sepanjang tempoh Darurat. Darurat ini dijangka akan berakhir pada bulan Ogos 2021. Baru-baru ini, Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan bahawa Parlimen harus bersidang semula dengan secepat mungkin.
Pada masa penulisan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara telah mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan kesediaan Parlimen untuk bersidang semula, walaupun dengan cara hibrid, tanpa memberikan satu ketetapan. Mesyuarat terakhir Parlimen adalah pada Disember 2020 untuk sesi Belanjawan 2021.
Tugasan Parlimen
Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi
Pada Januari 2021, Wong Chen ditugaskan ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Kewangan dan Ekonomi dan dicalonkan sebagai Wakil Ketua.
Jawatankuasa tersebut telah bermesyuarat hanya sekali sebelum penggantungan Parlimen.
Kumpulan Kerja Sains dan Teknologi Kesatuan Antara Parlimen (IPU)
Wong Chen adalah satu daripada empat anggota Parlimen antarabangsa yang dipilih untuk mewakili semua anggota Parlimen dari rantau Asia-Pasifik untuk Kumpulan Kerja Sains dan Teknologi Kesatuan Antara Parlimen (IPU). Kumpulan ini ditubuhkan oleh Badan Pemerintahan IPU untuk berfungsi sebagai pusat tumpuan parlimen global untuk isu-isu yang berkaitan dengan sains dan teknologi dan kesannya terhadap umat manusia.
Peranan Kumpulan ini adalah untuk memberi inspirasi kepada tindakan parlimen global melalui kerja perundangan dalam bidang sains dan teknologi, dan untuk menyumbang kepada pelaksanaan komponen sains dan teknologi strategi IPU dengan berfokuskan pada etika dan memerangi ketidaksamaan dan diskriminasi yang menghalang akses sejagat kepada sains dan teknologi.
Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA)
Pada 16 Jun 2021, Wong Chen telah mewakili Parlimen Malaysia di Mesyuarat Kaukus Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-12 dengan tajuk “Memperkukuh Ketahanan Rantai Bekalan dan Meningkatkan Kesambungan Perdagangan”. Tuan rumah acara maya ini ialah Parlimen Singapura dan melibatkan sembilan negara ASEAN. Junta tentera Myanmar menghantar pemerhati ke acara tersebut.
Wong Chen mengetengahkan cabaran ekonomi ASEAN dalam masa wabak dan pergolakan politik yang sedang dihadapi rantau ini. Beliau mendesak agar ASEAN dengan bersungguh- sungguh meneroka idea untuk mewujudkan struktur perundangan bersama berdasarkan hak sejagat, kerana pengabaian autoritarianisme yang sedang berlangsung akan membahayakan reputasi ekonomi dan perdagangan di rantau ini.
Beliau berpendapat bahawa penggubal undang-
undang harus terus mendesak pemerintah
masing-masing untuk reformasi sosio-politik
yang akan mempersiapkan rantau ini untuk masa
depan dengan lebih baik. Beliau menyimpulkan
bahawa apabila warga ASEAN bebas dan makmur,
hanya dengan itu hubungan dan perdagangan di
rantau ini akan benar-benar berdaya tahan.
Tugasan Diplomatik
Mesyuarat Diplomatik
ARGENTINA
CUBA
BRAZIL
KESATUAN EROPAH
COLOMBIA
JERMAN T.Y.T. Manuel José
Balaguer Salas
T.Y.T. Florentino
Batista Gonzalez Mario Costelo
T.Y.T. Gunn Roset T.Y.T. Naiyl M.
Latypov
T.Y.T. Andrea Reichlin En. Loy Hui Chien
T.Y.T. David
Malcomson T.Y.T. Dag Juhlin- Dannfelt
T.Y.T. Anne Hung T.Y.T. Charles Hay T.Y.T. Ary Norton de
Murat Quintella T.Y.T. Florentino Batista Gonzalez
T.Y.T. Dr. Peter Blomeyer
NORWAY RUSIA SINGAPURA
AFRIKA SELATAN SWEDEN SWITZERLAND
TAIWAN UNITED KINGDOM
Selama enam bulan ini, Wong Chen meneruskan pertemuannya dengan duta besar dan orang kenamaan
asing dari pelbagai negara.
South East Asian Community (SEAC)
Terbentuk daripada kekecewaan atas ketidakaktifan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) terhadap banyak krisis serantau dan rejim autoritarian, lima Ahli Parlimen bekas dan semasa dari rantau ini dan luar negara telah berkumpul bersama untuk memulakan visi alternatif terhadap sistem semasa ASEAN yang tidak berkesan. Pengasasnya merangkumi:
(a) Sam Rainsy, Ketua Pembangkang, Kemboja
(b) Kasit Piromya, Mantan Menteri Luar Negeri, Thailand
(c) Mu Sochua, Mantan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Veteran, Kemboja (d) Emil Kirjas, Bekas Setiausaha Luar Negeri, Macedonia Utara
(e) Wong Chen, Ahli Parlimen, Malaysia
Prinsip tidak campur tangan ASEAN terus memberi ruang kepada pelanggaran hak asasi manusia dan pengikisan nilai demokrasi di rantau ini. Kumpulan ahli politik yang berpikiran serupa ini telah mengusulkan organisasi multilateral alternatif yang akan menjadi komuniti yang partisipatif dan inklusif, berdasarkan nilai-nilai sejagat demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia, keadilan sosial dan ekonomi.
Oleh sebab ASEAN tidak bertindak atas kekejaman berterusan yang dihadapi oleh rakyat Myanmar, kumpulan ini mengeluarkan kenyataan media dalam satu sidang media bersama pada 17 Mac 2021 yang mengecam pembunuhan tersebut dan mendesak ASEAN untuk mengkaji semula dasar tidak campur tangannya berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Ini diikuti oleh satu lagi sidang media bersama tiga minggu kemudian untuk menekan ASEAN untuk campur tangan, mengakhiri keganasan di Myanmar, berdialog terbuka dengan pemimpin serantau mengenai masalah ini, dan untuk segera mengirim bantuan kemanusiaan.
Setelah melakukan perkara di atas, dan setelah melakukan banyak perbincangan dengan pelbagai pemimpin terkemuka di rantau ini, South East Asian Community (SEAC) dilancarkan pada 12 Mei 2021 dengan sokongan pemimpin berikut:
SEAC terus berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mendokong misi SEAC untuk
mewujudkan komuniti serantau yang lebih terhubung berdasarkan nilai-nilai sejagat.
Kemaskini Kebajikan
& Kemasyarakatan
Bantuan Kebajikan Subang (BKS)
Kawasan Parlimen Subang mempunyai kira-kira 150,000 pengundi dan lebih daripada 318,000 orang penduduk. Dengan ketumpatan tinggi di bawah satu kawasan Parlimen, pejabat P104 Subang sentiasa di bawah tekanan untuk berkhidmat dan memenuhi keperluan semua penduduk kami. Namun, dengan pengurangan peruntukan masyarakat yang berterusan oleh pentadbiran PN, pejabat kami terpaksa mengurangkan usaha untuk membantu golongan daif dari segi kewangan di Subang.
Walau bagaimanapun, pejabat kami telah berjaya memaksimumkan program kebajikan untuk disumbangkan kepada golongan daif yang sedang bergelut dalam wabak ini dengan mengagihkan kesemua peruntukkan daripada Kerajaan Negeri dan penderma kepada program Bantuan Kebajikan Subang.
Peruntukan Kerajaan Negeri
Kanak-kanak Remaja Dewasa Warga Emas 1% Pesakit Penyakit KronikGolongan Daif Ibu /Bapa
Tunggal Orang Kurang Upaya
& Warga Emas Belia
Dermaan
DANA
GENDER - DISAGGREGATION
RM 50,000
24% 60%
15%
RM 10,000
JUMLAH TANGGUNGAN
292
184 170
419
156
61% penerima adalah wanita dan 21% adalah ibu tunggal
KATEGORI
Oleh sebab permohonan untuk bantuan terus mengalir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan, kami berharap agar program ini dapat mencapai objektif dan hasil berikut:
• menyalurkan bantuan sementara kepada golongan daif yang bergelut untuk membekalkan makanan asas kepada rumah tangga semasa tempoh kesukaran ini; dan
• memperkasakan martabat pilihan kepada penerima, dengan membenarkan mereka memilih sendiri keperluan asas yang mereka perlukan, dan hanya membelinya apabila mereka memerlukannya.
Akibatnya, ini mengurangkan pembaziran
makanan dan mengurangkan risiko kesihatan
dan keselamatan terhadap pekerja sosial dan
sukarelawan, yang sebaliknya harus memperoleh,
membungkus dan menghantarkan bantuan
makanan kepada penerima dalam tempoh PKP
yang kritikal ini.
Inisiatif Bantuan Kebajikan Subang menggunakan pangkalan data kami yang telah disahkan dan menggunakan sistem penghantaran tanpa sentuh yang kami usahakan sendiri. Setiap rumah tangga yang disahkan dan diluluskan akan menerima baucar tunai bernilai RM200 (sama ada Giant atau 99 Speedmart) untuk membeli barangan keperluan asas.
Paparan Kes BKS
FARIDAH
Faridah ialah seorang ibu tunggal berusia 38 tahun yang tinggal di SS19 Subang Jaya bersama lima orang anaknya. Berumur antara 6 hingga 14 tahun, Faridah telah menjaga anak- anaknya sendiri sejak kematian suaminya.
Beliau bekerja keras sebagai tukang jahit persendirian dengan membawa pulang sekitar RM1,200 sebulan untuk memberi makan kepada keluarganya. Oleh sebab SOP PKP menganggap kerja tukang jahit sebagai tidak penting, pendapatannya terganggu dan dia bergelut untuk membekalkan makanan asas kepada keluarganya. Baucar tunai RM200 telah membantu meringankan beban ini walaupun buat sementara waktu.
MEENA
Meena ialah seorang ibu tunggal yang tidak bekerja dan menjaga anaknya yang berusia 22 tahun dan merupakan Sindrom Down. Beliau juga menjaga ibunya yang berumur 82 tahun. Beliau baru-baru ini disahkan menghidap barah payudara dan telah kehilangan pekerjaannya. Beliau masih bertahan dengan bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) buat masa ini sambil beliau meneruskan rawatan untuk penyakitnya.
Kewangannya ketat oleh sebab bil perubatan dan kelangsungan hidup harian, dan baucar tunai RM200 ini dapat memberikan kelegaan sementara.
NORA Nora ialah seorang ibu tunggal dengan tujuh
anak di bawah tanggungannya (6-18 tahun), lima
daripadanya ialah anak sendiri dan dua ialah anak
adiknya. Setelah bercerai selama beberapa tahun,
anak-anak ini merupakan tanggungannya sendiri
sahaja tanpa banyak bantuan. Beliau bekerja sebagai
penjual makanan jalanan yang membawa pulang
sekitar RM500 setiap bulan. Beliau juga mendapat
bantuan kebajikan dari JKM untuk menjaga dirinya
dan tujuh anak di bawah jagaannya. Baucar tunai
RM200 ini dapat ditambahkan kepada kewangannya
semasa sekatan PKP ini dan telah membantu
meringankan sedikit beban kewangannya.
Name List
$
PosLaju
Carta Proses
Bantuan Kebajikan Subang
1. DERMAAN 2. PENERIMA
3. TEMU RAMAH
4. PEMBUNGKUSAN
5. PENGHANTARAN
6. PENGESAHAN
7. LAPORAN
LAPORAN AUDIT &
PENDERMA
Peruntukan kerajaan dan derma Kerajaan dan organisasi kebajikan
yang bertauliah mengenal pasti bakal penerima yang layak Temu ramah telefon untuk
pengesahan maklumat peribadi
Bungkuskan baucar tunai ke
dalam pakej individu Hantar bungkusan melalui pos berdaftar
Terima laporan status penghantaran
Hasilkan laporan untuk audit
$
Sudah terima baucar
Hal Ehwal Kemasyarakatan
Jumlah aktiviti kemasyarakatan telah berkurang kerana wabak COVID-19 tetapi kami telah melihat peningkatan dalam masalah perundangan. Kebanyak penduduk kami telah meminta nasihat kami mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan masalah imigresen dan perundangan. Selama tempoh wabak ini, kami telah memerhati peningkatan dalam pertikaian undang-undang. Penutupan berterusan telah menyebabkan banyak kesulitan kepada orang ramai dan pejabat kami sering menjadi harapan terakhir mereka. Sebilangan besar yang datang kepada kami tidak dapat mendapatkan perkhidmatan undang-undang daripada peguam dan pada masa yang sama juga tidak layak mendapat bantuan guaman. Akibatnya, mereka buntu kerana tidak tahu bagaimana menangani masalah undang-undang mereka.
Nasihat undang-undang kami biasanya membimbing mereka dengan cara mereka harus menyelesaikan masalah mereka dan juga menghubungkan mereka kepada pihak berkuasa atau badan yang berkenaan yang mungkin dapat menolong mereka. Kami telah melihat peningkatan kes yang berkaitan dengan pekerjaan seperti pemberhentian yang tidak adil semasa wabak ini dan pekerja yang ingin menuntut gaji yang tidak dibayar.
Persidangan Media dengan PIBG SJK (C) Yak Chee
Penerimaan Tanda Penghargaan daripada Sambutan Tahun Baru Cina
Perayaan Chitrapournami Program Gotong-royong di Pangsapuri Angsana Sumbangan Barangan Keperluan Asas bersama MPP Zone 11 Majlis Perpisahan bagi DSP Tan Nam Seng
Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di IPD Subang Jaya
Vaksinasi COVID-19
Majlis Pemberian ‘Poon Choi’ sempena sambutan Tahun Baru Cina MBSJ bagi tahun 2021
Program “Search & Destroy Dengue”
di USJ 11/4
Focus Group Discussion with MBSJ Program Bersama antara KRT SS15/6
dengan Pusat Aktiviti Warga Emas & JKM
Pautan: https://fb.watch/77M3EJMCyE/ Pautan: https://fb.watch/77M4xYAK8_/
Monday Night Chat
Salah satu kesulitan yang kami hadapi sepanjang tempoh wabak ini adalah penggambaran Monday
Night Chat (MNC) mingguan kami diberhentikan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Oleh itu, kami terpaksa beralih kepada MNC siaran langsung di Facebook. Untuk menjadikan aliran ini lebih menarik, kami telah menjemput tetamu-tetamu khas untuk muncul dalam MNC.
Tetamu Khas
Sehingga kini, empat orang tetamu telah muncul di MNC, YB Nurul Izzah, YB Dr. Lee Boon Chye, Dr. Helmy Haja Mydin dan YB William Leong.
EPISOD 120 EPISOD 113
EPISOD 122 EPISOD 123
Tajuk: Labour Market Trends - Gig Economy
Tajuk: Better Responses to a Pandemic Tajuk: Parliament in Times of Pandemic Tajuk: What to Know About COVID-19 Tetamu: YB Nurul Izzah
(P044 Permatang Pauh)
Tetamu: Dr. Helmy Haja Mydin
(Pakar Pulmonologi & CEO untuk SERI)
Tetamu: YB William Leong (P097 Selayang) Tetamu: YB Dr. Lee Boon Chye (P071 Gopeng)
Pautan: https://fb.watch/77LrX5HttD/ Pautan: https://fb.watch/77M0NxfzXI/
Kata-kata Aluan Pegawai Baharu
Bala Murugan Monogaran
Saya berasa bersyukur dan istimewa untuk diberi peluang menjadi pegawai di pejabat P104 Subang.
Setelah menjadi pelatih beberapa kali dalam beberapa tahun di sini, saya mengakui bahawa kedudukan ini hadir dengan harapan dan cabaran tertentu yang mungkin berbeza dari kebanyakan pejabat konvensional. Harapan untuk mengambil inisiatif, bersifat proaktif, dan sentiasa bersedia untuk apa sahaja; dan cabaran untuk tetap rendah hati walaupun terdedah, tenang di tengah kekacauan, dan sabar ketika menghadapi penentangan. Saya harap masa saya sebagai pegawai akan memberi ruang untuk saya belajar lebih banyak untuk memenuhi harapan ini dan mengatasi cabaran yang mungkin ditujukan terhadap saya dalam pekerjaan ini.
Saya berterima kasih kepada YB Wong Chen atas tawaran ini dan saya berharap untuk berkhidmat di kawasan parlimen P104 Subang, dan secara meluasnya rakyat Malaysia dengan sebaik mungkin.
Sekiranya ini tidak mencukupi, saya akan berusaha lebih keras.
Cerita-cerita Pelatih
Dhaartshini Senguttuvan
Dalam usaha saya untuk lebih memahami institusi dan prinsip demokrasi di Malaysia, saya menyertai pejabat P104 pada waktu yang sangat genting.
Namun, di tengah ketidakstabilan politik, Sidang Belanjawan Parlimen, dan wabak yang berterusan, YB Wong Chen dan pegawainya memastikan program latihan yang mereka reka untuk terus memberi bimbingan kepada individu muda seperti saya.
Saya bukan sahaja diberi akses kepada proses Parlimen, saya juga dapat menyumbang secara aktif kepada penyelidikan yang diperlukan dalam persiapan perbahasan Belanjawan. Melalui bimbingan pasukan P104, saya yakin saya dapat menawarkan perkhidmatan saya dan menceburkan diri dalam tugas baru - walaupun sifat kerja itu sentiasa berkembang dan bervariasi.
Ini bererti saya dapat menyertai semua aspek pembuatan dasar dan juga melayani para konstituen Subang. Hal ini dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai sistem kebajikan Malaysia.
Terutama sekali, saya sangat menikmati sesi libat bersama YB Wong Chen dalam pelbagai bidang dasar. Pada masa saya di sana, saya dapat mengembangkan penghargaan saya terhadap pertimbangan ekonomi dalam pembuatan dasar kerana kepakaran YB Wong Chen dalam bidang tersebut. Ini membolehkan saya menyumbangkan penyelidikan dalam dasar alam sekitar dan reformasi sektor tenaga ke pejabat. Saya sangat berterima kasih kepada YB Wong Chen dan kakitangan P104 kerana memberikan saya peluang yang memuaskan ini.
Daniel Tee Ern Min
Perjalanan saya di pejabat P104 adalah pengalaman yang menyeronokkan dan mencerahkan. Adalah menjadi impian saya untuk mengalami dan memahami kehidupan kerja seorang ahli politik, dan magang ini memenuhi impian itu. Menjadi pelatih di pejabat selalu menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat kerana persekitaran kerja dan budaya pejabat yang sangat mesra.
Sepanjang latihan ini, saya mendapat gambaran sebenar pembuatan dasar, pembuatan undang-undang, dan juga dapat membantu dalam pekerjaan kebajikan masyarakat. Kemuncak magang ini adalah peluang untuk berbual dengan YB Wong Chen sendiri, di mana kami berbincang tentang pelbagai dasar dan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah nasional. Saya dapat memahami pembuatan dasar yang lebih baik secara keseluruhan dan meluaskan pandangan saya terhadap politik Malaysia.
Pengalaman latihan ini adalah pengalaman hebat dan perjalanan belajar
yang bagus bagi saya. Terima kasih keluarga P104 kerana membenarkan
saya menjadi sebahagian daripada pengalaman magang ini. Saya sangat
mendorong sesiapa sahaja yang ingin belajar lebih banyak mengenai
Penyata Kewangan
Balance Sheet
Income Statement (January - June 2021)
Asset RM
Cash and bank balances 449,863
LiabilityLoan from Wong Chen 59,368
Net Asset for the period 390,495
Balance of funds carried forward 408,370
Current year deficit (17,875)
Excess funds for the period 390,495
Federal & State allocation 95,000
Donations 20,000
Interest 227
115,227 Less: Expenses
Federal & State allocation 50,958
Donation spendings 10,000
Salaries, allowances & bonuses 48,741
EPF, SOCSO & EIS 4,418
Rental of premise 10,000
Utilities 5,204
General expenses 3,780
133,102
Net deficit for the period (17,875)
Notes:
1. Balance of funds carried forward from 2020 suspended federal allocation.
2. Allocations received for the following purposes:
State: COVID-19 welfare assistance 50,000 Federal: COVID-19 immunisation 20,000 State: Community emergency 10,000 State: Office expenses 15,000 95,000
Out of which, RM48,800 has been spent for COVID-19 welfare assistance with RM2,158 spent on courier services.
3. These donations were received from the public between March - June 2021.
RM10,000 was spent in May 2021 on welfare assistance.
4. Utilities includes electricity, water, telephone & internet, etc.
N1
N2 N3
N4 N5 N2 P104 Subang Statement of Accounts as at 30th June 2021
P104 Subang komited untuk ketelusan penuh dengan pendedahan akaun dan kewangan pejabat kami
Perbelanjaan Peruntukan sehingga 30 Jun 2021
Perbelanjaan Peruntukan sehingga 30 Jun 2021
Perbelanjaan Derma sehingga 30 Jun 2021
Peruntukan Persekutuan
Pada bulan Januari dan Mei 2021, P104 Subang telah menerima RM120,000 untuk peruntukan masyarakat dari persekutuan kerajaan, di mana RM100,000 adalah untuk persatuan dan kelab, dan RM20,000 adalah untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Sebanyak RM57,400 telah diperuntukkan kepada 52 persatuan.
Peruntukan Negeri
Pada Januari 2021, P104 Subang menerima RM383,332 untuk peruntukan pejabat dan komuniti daripada kerajaan negeri, RM50,000 daripadanya adalah untuk perbelanjaan pejabat dan RM333,332 untuk peruntukan komuniti (RM83,332 adalah baki dana yang dibawa kehadapan dari 2020).
Sebanyak RM50,000 telah diperuntukkan kepada 294 keluarga yang terjejas sebagai bantuan dan sokongan COVID-19, dan RM1,500 untuk bantuan kebajikan sosial umum.
82.7%
13.4%
47.8%
52.2%
50% 50%
Perbelanjaan Pejabat
Kebajikan Sosial
Kebajikan Sosial Tunai & Baki Bank
Tunai &
Baki Bank 3.9%
Persatuan &
Kelab
Tunai &
Baki Bank
Perbelanjaan Peruntukan
Dermaan
Pada Januari 2021, P104 Subang menerima sejumlah
RM20,000 untuk peruntukan pejabat dan masyarakat
daripada dua (2) penderma swasta, di mana RM10,000
adalah untuk perbelanjaan pejabat dan RM10,000 untuk
peruntukan masyarakat. Sebanyak RM10,000 telah
diperuntukkan kepada 50 keluarga yang terjejas sebagai
bantuan dan sokongan COVID-19.
Artikel Berita
• 11 Febuari - Are we to just sing praises of PM, ask opposition MPs | Free Malaysia Today (FMT)
• 8 Mac - Stop party-hopping with new deal for MPs, says PKR man | Free Malaysia Today (FMT)
• 17 Mac - Najib must get access to all 1MDB evidence, says PKR man | Free Malaysia Today (FMT)
• 17 Mac - Forget non-interference in Myanmar crisis, Asean told | Free Malaysia Today (FMT)
• 18 Mac - Malaysia’s getting hotter. Can its leaders rise to the climate challenge? | South China Morning Post (SCMP)
• 28 Mac - It’s a temporary ‘gig’ job, think long term, Wong Chen tells youths | Free Malaysia Today (FMT)
• 29 Mac - End the Grab ‘monopoly’, say PKR leaders | Free Malaysia Today (FMT)
• 8 April - Envoy’s meet with Myanmar minister sends bad message, say MPs | Free Malaysia Today (FMT)
• 10 April - Punish Myanmar’s junta with economic sanctions, Putrajaya told | Free Malaysia Today (FMT)
• 5 Mei - Lack of data despite 400,000 cases is ‘beyond stupidity’, says Wong Chen | Free Malaysia Today (FMT)
• 12 Mei - Regional lawmakers launch new alternative to Asean | Free Malaysia Today (FMT)
• 1 Jun - Wong Chen: ‘Real democracy happens in parliamentary select committees’ | Malaysiakini
• 1 Jun - ‘Dedahkan kriteria untuk penamatan darurat’ | Malaysiakini
• 1 Jun - ‘Respect the rakyat, tell us what you’re doing’: Wong Chen urges emergency panel | Malaysiakini
• 2 Jun - Explain today’s 126 Covid-19 deaths, govt told | Free Malaysia Today (FMT)
• 15 Jun - Why wait until September? Open Parliament now, say MPs | Free Malaysia Today (FMT)
• 28 Jun - Don’t wait, give out aid immediately, says MP | Free Malaysia Today (FMT)
Penglibatan Media
Temu Ramah Radio
• 18 Mac - BFM: The Business Station- How To Push For Better Government Accountability
• 31 Mac - BFM: The Business Station - Ending The Grab ‘Monopoly’
• 2 Jun - BFM: The Business Station - Pemerkasa+: What Would Pakatan Harapan Have Done
Differently?
Perkhidmatan Pejabat
Hal Ehwal Kewarganegaraan dan Imigresen:
• Menyokong permohonan bagi kad pengenalan biru dan pengeluaran surat sokongan
• Membuat penyusulan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia
Hal Ehwal Komuniti:• Menyokong permohonan kebajikan
• Membuat permohonan pengecualian yuran perubatan
• Berhubung dengan pihak kebajikan dan NGO
Hal Ehwal Parlimen:• Membangkitkan isu-isu nasional bagi pihak anda
• Mewakili Subang dalam hal penggubalan dasar
• Memberi maklum balas terkini berkenaan isu nasional
Pejabat kami berkhidmat untuk semua penduduk di kawasan Parlimen Subang yang merangkumi:
USJ 1 - 22; SS 12 - 19; PJS 7, 9, 11, Bandar Sunway; Kinrara Seksyen 1 - 7; Puchong Jaya Timur; Puchong Jaya Barat; Puchong Jaya Utara; Batu 12 & 13; Batu 7 Jalan Puchong; Bandar Kinrara Seksyen 1 - 5;
Pusat Bandar Puchong; Bandar Puteri; Puchong Indah 1 - 2; Puchong Perdana 1 - 2; Puchong Intan
KINRARA N.30 SUBANG JAYA
N.31
Mohon menjadi seorang pelatih di P104 Subang!
Mohon di http://bit.ly/P104Subang-InternshipApplication
Wong Chen Subang Surat Berita Konstituen adalah diterbitkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang. Surat Berita Konstituen Wong Chen Subang adalah produk yang tidak dikawal. Maklumat yang terkandung dalam surat berita ini adalah untuk maklumat am dan bukan bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan, menghasilkan semula atau menyesuaikan apa-apa kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.