LAPORAN AKHIR ON-THE JOB TRAINING (OJT)
OLEH
MOHAMAD ZHARIF BASYIR BIN ZAINAL ABIDIN
DI
PROKEL MANAGEMENT SDN. BHD.
LOT 1-5 TINGKAT 2, MENARA PERBADANAN, JALAN TENGKU PETRA SEMERAK,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Kepada Latihan Industri
On-The Job Training (OJT) adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar di Kolej Vokasional. Program On-The Job Training (OJT) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan. On-The Job Training (OJT) memberi peluang kepada pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi.
Latihan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi, prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu, kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.
Unit Perhubungan On-The Job Training (OJT) Kolej Vokasional Pasir Mas telah diberi tanggungjawab untuk menempatkan para pelajar yang akan menjalani On-The Job Training (OJT) di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat swasta yang sudi menempatkan para pelajar di tempat mereka. Oleh itu, para pelajar boleh mempraktikkan ilmu teori dan amali yang dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan yang
sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.
Konklusinya, On-The Job Training (OJT) ini banyak memberi pengalaman dan sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari perspektif yang positif. Diharapkan pelajar membuat persediaan rapi dengan memantapkan ilmu, memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan mewujudkan keyakinan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
1.2 Objektif On-The Job Training (OJT)
On-The Job Training (OJT) merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus On-The Job Training (OJT) dan pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri.
Antara objektif On-The Job Training (OJT) diadakan adalah :
1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
3. Mengamalkan kerja berpasukan.
4. Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam memenuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi
5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut format yang ditetapkan.
6. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani On-The Job Training (OJT) dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat.
Melalui penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangka masa lebih kurang 4 bulan bermula pada 5 Disember 2016 hingga 7 April 2017 seperti yang ditetapkan oleh pihak BPTV.
Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh pensyarah. Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan Kolej Vokasional. Di mana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik.
1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT) Kepada Pelajar
Persaingan dalam merebut peluang pekerjaan amat sengit pada masa kini. Melalui latihan perindustrian, pelajar akan didedahkan tentang suasana sebenar alam pekerjaan. Pelajar juga memperoleh pelbagai faedah dari On-The Job Training (OJT) antaranya adalah:
Mendedahkan para pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ia amat penting untuk menanam sikap pandai mengurus masa dalam diri para pelajar supaya segala tugas yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja di dalam firma atau masyarakat. Ia dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun pelanggan yang wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja.
Kebanyakan firma yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja yang sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar Kolej Vokasional sudah mempunyai pengalaman bekerja semasa menjalani latihan industri.
Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di firma selama empat bulan, para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang alam pekerjaan dan dapat mengawal situasi jika berada di pejabat atau lokasi bekerja satu hari kelak.
Para pelajar tidak lagi merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada boleh menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja kelak. Ia membantu meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar.
Dengan adanya pengalaman selama empat bulan menjalani latihan industri, para pelajar serba sedikit dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja apabila sudah bekerja kelak. Ia
membantu para pelajar menyemai sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kerja yang diberikan kepadanya.
Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang kepentingan hidup hormat- menghormati di antara satu sama lain sewaktu berada di tempat kerja. Sifat ini penting bagi memastikan segala urusan pejabat berjalan lancar tanpa sebarang konflik di antara pekerja.
Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan polisi-polisi am peraturan-peraturan firma agar tidak dikenakan sebarang tindakan oleh firma atau jabatan serta mendidik menjadi seorang yang lebih disiplin. Pelajar dapat diberi pendedahan secara langsung, malah mendidik pelajar agar
lebih bersikap profesional, dinamik dan kreatif.
1.5 Hasil Pembelajaran
On-The Job Training (OJT) memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi- polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. On-The Job Training (OJT) ini akan membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
*NOTA
MASUKKAN SEMUA MAKLUMAT BERKAITAN SYARIKAT/ORGANISASI
-Sejarah Syarikat/Pengenalan Syarikat/Latar Belakang -Visi, Misi, Objektif
-Piagam Pelanggan -Logo
-Carta Organisasi
-Perkhidmatan
2.1 Pengenalan Organisasi
Prokel Management Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat Kumpulan PKINK yang menjalankan aktiviti pengurusan harta milik PKINK. Ditubuhkan pada 30 Oktober 1986 dan mula beroperasi pada 1 Disember 1986 dengan modal saham berbayar RM100,002 dan modal saham dibenarkan RM500,000.00.
2.2 Misi Prokel
Menyediakan perkhidmatan berkualiti, cekap, berpengalaman dalam bidang pengurusan harta dibantu oleh warga kerja yang komited serta teknologi terkini.
2.3 Visi Prokel
Berazam untuk menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab dan berwibawa dalam bidang pengurusan harta.
2.4 Logo
Rajah 2.4 Logo
2.4 Objektif
1. Kutipan sewa mencapai tahap ‘Standard Industri’ dalam bidang sewaan tanpa mengabaikan tanggungjawab sosial.
2. Penyelenggaraan bangunan secara optima dengan kawalan kos tidak melebihi bajet.
3. Memajukan modal insan dan diurustadbir secara telus dan berhemah.
2.5 Aktiviti
1. Mengendalikan pengurusan sewa dan pemasaran premis kosong milik PKINK.
2. Menyelenggara perkhidmatan mekanikal, elektrikal, struktur dan peralatan awam di bangunan milik PKINK.
3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan kebersihan.
4. Menyediakan perkhidmatan pengurusan perlindungan insurans harta.
5. Menyediakan perkhidmatan pengurusan keselamatan harta.
6. Menyediakan perkhidmatan pengurusan cukai bandar.
7. Mengurus perkhidmatan tempat letak kereta.
8. Menjalankan aktiviti pengurusan projek selaku perunding kontraktor.
9. Mempromosikan Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh dan mengendalikan operasi bot Kelantan River Cruise.
10. Mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan Syarikat Kumpulan PKINK.
11. Sebagai Event Manager bagi expo, pameran, karnival dan medium pemasaran yang lain.
2.6 Anak Syarikat PKINK
Hartanah & Pembinaan
1. PKINK Bina Sdn. Bhd. (Kelkon Sdn. Bhd.) 2. Binaraya PKINK Sdn Bhd
3. Profil Impian Sdn Bhd
4. Sinaran Pantai Timur Consortium Berhad 5. Kijang Kuari Sdn. Bhd.
6. SPP Development Sdn Bhd Perkhidmatan
1. Permodalan Kelantan Berhad 2. Infra Quest Sdn Bhd
3. Ascii Line Sdn Bhd 4. UB Consult Sdn Bhd
5. ICT Incubator Centre Sdn Bhd 6. Prokel Management Sdn Bhd
7. Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn Sdn Bhd) 8. KPJ Perdana Specialist
Sumber Galian
1. Kelstone Sdn Bhd Agro-Bisnes
2. Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd 3. Damai Sdn Bhd