Mohd Farmiezie Morni (KUCHING
VOCATIONAL COLLEGE) Automotive
Technology First Batch (2012-2015)
fb: https://www.facebook.com/mieyjie wc:MieyjiTongkatAli96 whtsapp:0146977047
Wednesday, April 27, 2016
RINGKASAN LAPORAN ON JOB TRAINING (OJT)
Laporan ojk tok mestilah ringkas, tapi mudah dipaham. then mun boleh jgn trlalu bnyak penipuan. lagik2 bab latar belakang organisasi ya. agak balit toke ktk org, suroh nya crita latar belakang syarikat ny. tok cuma contoh jak laa, pake rujukan ktk org. yajak lahh.PENGHARGAAN
Setinggi – tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan Juman Enterprise kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan industri di
bengkelnya selama 4 bulan 2 minggu. Khasnya buat Majuman Bin Tembong selaku pengurus di bengkel ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di syarikat ini.
Selain itu, terima kasih saya ucapkan kepada Muhammad Asyraf Bin Majuman telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja dibengkel ini terutamanya perkara yang saya tidak mahir. Pengurus bengkel ini juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya seperti penggunaan alatan terutama yang berkaitan dengan “special tool” dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul. Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja di bengkel terutama dalam bahagian mekanikal telah memberikan saya
pengalaman yang baru dalam selok-belok kerja.
Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan
menamatkan latihan industri selama 4 bulan 2 minggu ini.
BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah saya
menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya.
Dalam tempoh masa 4 bulan 2 minggu bermula pada 24 November 2015 sehingga 26 Mac 2016 , saya telah menjalankan latihan industri di syarikat Juman Enterprise. Dalam tempoh saya berada di syarikat ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan. Selain itu, saya dapat mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di Kolej Vokasional dan mengenali bahan, kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu saya menambah keyakinan diri terhadap
kemampuan saya sendiri.
Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Di dalam latihan industri, saya diberi peluang untuk mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di titikberatkan dalam alam pekerjaan.
1.2 Objektif Latihan Industri
Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus di Kolej Vokasional perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4 bulan 2 minggu . Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Kolej Vokasional Kementeriaan Pendidikan Negeri. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah :
I. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
II. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
III. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
IV. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi semasa latihan industri dijalankan dan dimasa akan datang.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan, setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokaisonal. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh
manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang berkenaan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.
dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran mekanikal dan pembuatan khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.
1.4 Kepentingan Latihan Industri
Kepada pelajar, latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui.
Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.
Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara umum, sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.
BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Sejarah / Latar belakang Syarikat Manjuman Enterprise
Syarikat Juman Enterprise adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan
semenjak 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1998. Ketika itu, EnMajuman berumur 29 tahun. Walau bagaimanapun, pengurus syarikat ini mempunyai pengalaman kerja yang luas kerana beliau bekerja dengan abangnya sendiri yang juga seorang mekanik
selepas tamat persekolah sekitar tahun 1988. Boleh dikatakan beliau sudah bergelar mekanik hampir 28 tahun. Juman Enterprise ini bukanlah syarikat yang besar, tetapi beliau meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Pengurus ini tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang automotif, tetapi beliau hanya belajar dari pemerhatian dan pengalaman dari bapannya sendiri selain usaha dan dan
perjuangannya yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya. Syarikat ini
menyediakan perkhidmatan membaiki, menservis, mengubahsuai dan membaikpulih badan kenderaan.. Segala selok belok pengurusan perniagaan telah dipelajari sebelum menubuhkan syarikat ini. Bengkel ini terletak dikawasan Padawan, Jalan Kuching – Serian, iaitu Kampung Jawa. Hal ini kerana kawasan terbabit berdekatan dengan pusat bandar serta dapat mengurangkan kos pengangkutan untuk membeli peralatan tangan dan sebagainnya. Syarikat ini mempunyai 5 orang pekerja termasuk pengurus yang mempunyai kepakaran tersendiri. Bengkel ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu jam 8 pagi hingga 5 petang.
2.2 Visi Dan Misi
VISI
Untuk menjadikan seseorang pekerja yang berdedikasi, amanah,
bertanggungjawab dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berkesan.
MISI
2.3 Matlamat Syarikat
IV. Berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. V. Mempelbagaikan hasil keluaran.
VI. Mewujudkan warga yang prihatin terhadap tanggungjawab dan amanah
yang diberikan
VII. Memberi peluang maksimum kepada pemilik dan yang berkepentingan.
2.4 Prosedur-Prosedur Pekerja Syarikat
Jadual di bawah menunjukkan masa bekerja di bengkel Juman Enterprise. Ia adalah sama dengan waktu bagi pelajar yang menjalani latihan industri.
2.3.1 : Jadual Waktu Bekerja
Pengurus Syarikat Majuman Enterprise
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan
Oleh itu, bahagian ini akan meringkaskan lagi aktiviti-aktiviti dan tugas yang telah saya jalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu disamping akan memudahkan proses penyemakkan. Hari bekerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diberikan oleh pihak syarikat seperti ketika berlaku nya bencana alam. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kolej Vokasional, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri.
Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di
bahagian penyelenggaraan mekanikal yang lebih kepada kerja-kerja membaikpulih dan menyelenggara kenderaan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 9 jam sehari termasuk waktu berehat selama 1 jam, bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari bermula dari hari isnin hingga sabtu. Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama 18 minggu.
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
2. ‘Top overhaul’ .
1. Menukar ‘waterpump dan hydraulic clutch pump’. 2. Menukar ‘belting’ dan ‘timing belt’
3. Menukar penyerap hentak. 4. ‘General overhaul’.
MINGGU 7 (4 /1/ 2016 – 9 /1/ 2016)
1. Membaikpulih badan kenderaan. 2. Menservis kenderaan.
2. Membaikpulih badan kenderaan. 3. Menukar penyerap hentak. 4. ‘General overhaul’.
2. Menservis kenderaan. 3. Menservis sistem steering. 4. ‘Top overhaul’.
MINGGU 18 (21 /3/ 2016 – 26 /3/ 2016)
1. Menservis sistem steering. 2. Menservis sistem brek. 3. Menservis kenderaan.
BAB 4 : PROSES KERJA
4.1 Langkah Keselamatan
Bab ini menerangkan sesuatu perkara yang perlu diutamakan ketika melakukan proses kerja. Sebelum, semasa dan selepas sesuatu kerja itu dilakukan, banyak perkara perlu dinilai. Sebelum kami memulakan latihan industri, kami telah didedahkan dengan kepentingan menjaga keselamatan. Ketika melakukan latihan industry di bengkel Majuman Enterprise, saya dapati keselamat meliputi dalam pelbagai bentuk iaitu: Keselamatan diri
Keselamatan alat tangan Keselamatan mesin
Keselamatan peralatan elektrik Keselamatan didalam bengkel
Keselamatan merupakan factor yang mesti diambil perhatian dan diamalkan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
BAB 5 : LAPORAN KERJA YANG DIBERIKAN
Pengenalan bab ini menerangkan bahagian kerja yang dilakukan dan dipelajari sepanjang menjalani latihan industri. Semasa menjalani latihan industri saya ditempatkan di bahagian mekanikal. Semasa menjalani latihan saya sentiasa
5.1 Sistem Brek ( menservis ‘master pump’) a) Kapitkan ‘master pump’ pada ragum. b) Tanggalkan takungan bendalir brek. c) Tanggalkan klip lengkung.
d) Keluarkan injap sehala.
e) Keluarkan pepasangan piston ‘master pump’.
f) Periksa badan silinder dan dibahagian dalam ‘master pump’. g) Periksa pepasangan piston.
h) Periksa injap sehala dan takungan bendalir.
i) Pasang semula bahagian-bahagian ‘master pump’. j) Pasang takungan bendalir brek ke ‘master pump’.
k) Uji kendalian ‘master pump’ sebelum dipasang pada kenderaan.
5.2 Sistem Gantungan (mengeluarkan McPherson strut dari pegas gegelung) a) Mampatkan pegas gegelung dengan pemampat pegas.
b) Tanggalkan penutup habuk galas.
c) Tanggalkan nut di bahagian pendakap penyerap hentak.
d) Keluarkan pendakap penebat dan pegas gegelung dengan melonggarkan pemampat pegas perlahan-lahan.
e) Periksa bahagian-bahagian yang diceraikan iaitu: Kerosakan dan kebocoran penyerap hentak.
Kelesuan pegas.
f) Mampatkan pegas gegelung dan pasang semula. Pasang semula bahagian-bahagian yang lain.
BAB 6 : KESIMPULAN
memperingati antara satu sama lain. Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu sendiri.
Dan seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari
kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya. Sekali lagi sebagai hamba Allah s.w.t yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari saya memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak firma sekiranya saya telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan. Tetapi jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya kepada Juman Enterprise ini kerana bagi saya selama 4 bulan 2 minggu saya menjalani latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan, keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya nilai dengan wang ringgit.
Tinggi harapan saya supaya pihak bengkel Juman Enterprise sentiasa menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka apabila terdetik dihati untuk bekerjaya di bengkel ini. Disini saya mendapat banyak kemahiran dan mempelajari sesuatu yang amat berguna dan berkaitan dengan kursus Teknologi Automotif. Kemahiran ini benar–benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan pengajian saya dengan jayanya dan seterusnya melangkah kealam pekerjaan yang sebenar. Program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pergaulan antara rakan–rakan sekerja. Ia banyak mengajar saya agar lebih menitik beratkan hal–hal hubungan social tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am. Namun demikian, sifat ingin tahu juga amat penting bagi membolehkan saya mengumpul seberapa pengalaman dan pengetahuan. Tahap keyakinan saya juga ada bertambah dan kini membuatkan saya lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN
7.1 Komen
syarikat tersebut. Walaupun syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang maju, bagi pandangan saya terdapat juga kelemahan yang boleh menjejaskan pretasi syarikat ini antaranya ialah :
1. Beberapa peralatan yang disediakan oleh majikan tidak mencukupi
dimana terdapat beberapa peralatan mesin yang sering rosak.
2. Sikap segelintir pekerja yang tidak mementingkan ciri – ciri keselamatan.
Contoh seperti tidak menggunakan ‘jack stand’ dan bekerja dikawasan yang basah.
3. Terdapat sesuatu kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan
kerana terdapat masalah dengan barang yang tidak mencukupi atau barang lambat sampai atas sebab kelewatan pihak stor mengeluarkanya. Ini
menyebabkan untuk menghasilkn sesuatu kerja itu akan memakan masa yang panjang.
4. Kekurangan tenaga kerja antara penyebab sesetengah petugas terpaksa
melakukan tugas yang amat berat dan terpaksa menangung beban kerja.
7.2 Cadangan
Sebagai mana yang diketahui, latihan industri adalah salah satu syarat bagi penganugerahan sijil diploma kepada pelajar Kolej Vokasional. Jadi sewajarnya jika semua pelajar dapat mengetahui dan mempelajari selok – belok kerja dan
mempraktikan segala yang telah dipelajari dahulu.
Walaubagaimanapun, disini saya ingin memberikan beberapa cadangan yang difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan syarikat.
1. Sikap bertanggunjawab menjaga peralatan syarikat perlu ditanamkan kepada petugas.
3. Mengadakan satu program khas oleh syarikat kepada pelatih dan pekerja
bagi mendedahkan pelbagai aspek untuk mencungkil bakat – bakat dalam diri mereka.
Selain itu, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang difikirkan wajar kepada pihak Kolej Vokasional.
1. Bagi pandangan saya, wajar pihak Kolej Vokasional memberikan
kelonggaran kepada pelajar untuk memohon tamat latihan industri lebih awal dari tarikh yang diberikan mengikut persetujuan organisasi latihan industri. Hal ini akan memudahkan pelajar menyelesaikan segala urusan yang berkaitan terutama yang menjalani latihan industri jauh dari institusi.
2. Saya juga berharap pihak Kolej Vokasional terutama pihak unit perhubungan memberikan lebih maklumat tentang latihan industri kepada pelajar. Bagi memudahkan dan pelajar lebih bersedia sebelum menjalani latihan industry.
3. Selain itu, maklumat dari segi kandungan penulisan akhir latihan industri
dan penulisan maklumat dalam power point untuk dibentangkan selepas tamat latihan.
IV. RUJUKAN
Penyelia, Muhammad Asyrah Bin Majuman, Syarikat Juman Enterprise.
Penyelia OJT, Encik Shuhor Bin Ahmad, Pensyarah, Unit Teknologi Automotif,
Kolej Vokasional Kuching.
Encik Idhamranizam Hj. Aleh, Pensyarah, Unit Elektronik, Kolej Vokasional
Kuching.
Posted by Farmiezie Morni at 4/27/2016 03:19:00 PM
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest
13 comments:
1.
Nur Amirah December 16, 2016 at 10:49 AM
thanks bro, dptla tahu jgk serba sedikit panduan cara yang betul nk buat laporan ni.. Reply
2.
miss A January 10, 2017 at 3:07 PM
makseh sharing. berguna gilak panduan tok. sik juak buntu gine mikir nak molah laporan ojt tok kelak.
Reply
3.
Eddison January 30, 2017 at 8:40 PM
Bro, ku kat Regas byk juak pa yg dibelajar. Tgh OJT tok Reply
wak luqman February 17, 2017 at 5:27 PM thankz for that format
Reply
5.
nazharul ahsraff March 6, 2017 at 8:39 PM lepas ke macam nie ?
Reply
6.
Syaz Wanie March 24, 2017 at 10:33 AM
tq for sharing ... xoxo... dapat lah idea jugak nak buat laporan Reply
7.
nrulshafiza abubakar March 30, 2017 at 12:40 PM
thank you for yourinformation.. sangat membantu Reply
8.
Nurul Nadiah April 5, 2017 at 12:30 AM makseh bro ...dapat jak idea
Reply
9.
Nurul Nazurah Anisah April 14, 2017 at 10:01 PM ada blog ehhh hahaha makseh aok
Reply
10.
Unknown April 15, 2017 at 7:47 PM thanks lha bro
Reply
AI DI April 18, 2017 at 1:38 PM
bena ya. bengkel kecik nang best. mun aku bandingkan aku ngan kawan aku nok ojt kat syarikat besar dalam 4 bulan ya, kesian juak sebab 4 bulan ya servis jak. aku ngan partner ku banyak dah polah
Reply Replies
1.
Unknown April 25, 2017 at 11:45 PM
tak jugak bro. aku ojt kat syarikat besar. banyak je yg aku belajar. ojt kat syarikat continental lg better dr bengkel biasa
Reply
12.
fayiee lavencie December 10, 2017 at 12:00 PM
tq bro dapat jak idea Reply
Add comment
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Farmiezie Morni (Automotive Technology)
Laman utama
Kejayaan perlukan Usaha
▼ 2016 (1)
o ▼ April (1)
RINGKASAN LAPORAN ON JOB TRAINING (OJT)
► 2015 (4)
It's for U