• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEMUKAN LAPORAN AKHIR OJT

N/A
N/A
shikaze315

Academic year: 2023

Membagikan "TEMUKAN LAPORAN AKHIR OJT"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN AKHIR OJT

Disediakan Oleh

MUHAMMAD IRFAN BIN AZMAN

Diploma Teknologi Elektronik

Sesi OJT Tahun 2022

KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

MANJUNG,PERAK

(2)

i PERAKUAN PELAJAR

Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat berdasarkan undang – undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional Seri Manjung adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Saya dengan ini berjanji sekiranya laporan yang dilaksanakan oleh saya melanggar mana – mana syarat yang tertera di atas segala hasil kerja saya akan di gagalkan dan didapati sebgai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang – undang di bawah peraturan Kolej Vokasional Seri Manjung .

Nama Penulis : MUHAMMAD IRFAN BIN AZMAN

No. Kad Pengenalan : 020616-08-0773

Tandatangan : __________________

(3)

ii PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan Latihan Industri dari 4/4/2022 hingga 16/9/2022. Sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman pahit dan manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar latihan industri.

Oleh itu , saya MUHAMMAD IRFAN BIN AZMAN dari 2 Diploma Teknologi Elektronik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site) kerana telah mengizinkan saya mengambil kesempatan yang amat berharga ini untuk menjalani program latihan industri di organisasi tersebut. Sepanjang saya menjalani latihan di Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site) begitu banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah peroleh dalam tempoh 6 bulan saya berada di Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site).

Di bahagian FOL ataupun lebih dikenali sebagai “Front Of Line” saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jika di Kolej Vokasional Seri Manjung saya lebih banyak terdedah dengan pengetahuan teori dan amali hanya didalam bilik kuliah mahupun di bengkel tetapi di Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site), saya dapat menambahkan ilmu dalam bentuk teori, saya juga turut terdedah dengan pekerjaan berbentuk praktikal di mana saya dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan yang telah diperolehi selama saya berada di Kolej.

Dengan segala pengetahuan yang saya peroleh sepanjang 4 tahun di Kolej Vokasional Seri Manjung saya mencuba untuk menggunakan ilmu yang telah disampaikan oleh para pensyarah sebaik mungkin semasa keberadaan saya menjalani sesi latihan industri di Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site).

(4)

iii Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada penyelia saya semasa menjalakan latihan industri ini iaitu JOSEPH MARMETO kerana sudi menerima saya menjalani latihan industri di Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site). Beliau banyak memberikan nasihat dan dorongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada kakitangan Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site) yang sudi memberikan tunjuk ajar,nasihat dan kerjasama dalam urusan kerja seharian dan kata-kata semangat yang tidak mungkin saya lupakan. Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta, tanpa sokongan mereka, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan latihan industri ini

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah di Kolej Vokasional Seri Manjung di atas tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan oleh mereka dalam menyediakan buku laporan industri ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, saya mungkin tidak dapat menerbitkan buku laporan latihan industri saya ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilan buku laporan saya ini.

Sekian, terima kasih.

(5)

iv ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Perakuan Pelajar

i Penghargaan

Isi Kandungan BAB 1 Pengenalan

ii –iii iv –v

1.1 Pengenalan 1 – 2

1.2 Objektif On-Job Training (OJT) 2

1.3 Kepentingan On-Job Training (OJT) 3 1.4 Objektif laporan On-Job Training (OJT) 4 1.5 Kepentingan laporan On-Job Training (OJT)

BAB 2 Latar Belakang Organisasi

5

2.1 Pengenalan organisasi 6

2.2 Latar belakang organisasi 7 – 12

2.3 Misi organisasi 13

2.4 Visi organisasi 13

2.5 Prosedur pekerja organisasi 13

2.6 Carta organisasi 14

2.7 Logo organisasi 15

BAB 3 Ringkasan Mingguan

3.1 Pengenalan 16

3.2 Ringkasan aktiviti mingguan 16 – 26

(6)

v BAB 4 Laporan Teknikal

4.1 Pengenalan 28

4.2 Ringkasan tentang laporan teknikal 29 – 40 BAB 5 Dapatan dan Cadangan

5.1 Pengenalan 41

5.2 Pendapat 42

5.3 Cadangan 43

BAB 6 Kesimpulan

Kesimpulan 44 – 45

Rujukan 46

Lampiran 1 47

Lampiran 2 48

Lampiran 3 49

(7)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Organisasi On-Job Training (OJT)

On-Job Training (OJT) adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar semester akhir di Kolej Vokasional. Program On-Job Training diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kemampuan kerja para graduan. On- Job Training memberikan peluang untuk para pelajar bagi merasai pembelajaran sebelum menceburi alam pekerjaan yang sebenar supaya dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi.

Latihan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar daripada segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi, prosedur dan etika professional sebuah organisasi.

Selain itu, kursus ini membina semangat dan sikap proaktif dalam kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi seorang pelatih yang cemerlang. Unit Perhubungan On-Job Training Kolej Vokasional Seri Manjung telah meletakkan tanggungjawab kepada para pelajar untuk menempatkan diri masing-masing yang akan menjalani On-Job Training di jabata-jabatan kerajaan dan syarikat swasta yang sudi menempatkan para pelajar di organisasi mereka. Oleh itu, para pelajar dapat mempraktikkan ilmu teori dan amali yang telah dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan yang sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi

(8)

2 Saya telah memilih syarikat Carsem (M) Sdn Bhd (S-Site) untuk menjalani On-Job Training. Dalam tempoh hamper enam bulan iaitu bermula dari 4 April 2022 sehingga 16 September 2022, saya telah ditempatkan di MLPL (FOL). Kesimpulannya, On-Job Training ini telah memberikan saya suasana di alam pekerjaan dan telah membuka minda saya sebagai seorang pelajar untuk menilai sesuatu pekerjaan daripada perspektif yang positif.

Diharapkan pelajar dapat membuat persediaan yang rapi dalam mempelajari dengan tekun serta memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan mewujudkan keyakinan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

1.2 Objektif On-Job Training (OJT)

i) Dapat mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebelum berada di dalam alam pekerjaan yang sebenar.

ii) Memupuk semangat berpasukan, sifat amanah dan tanggungjawab serta hubungan yang baik antara pelajar dan pekerja.

iii) Bagi menerapkan kepada para pelajar dengan cara-cara untuk berkomunikasi dengan efektif semasa bekerja.

iv) Mempertingkatkan tahap kemahiran pelajar dalam bidang yang telah diceburi dan dapat mempamirkan keyakinan diri semasa menjalani latihan industri.

v) Dapat meluaskan ilmu pengetahuan secara teknikal seorang pelajar.

vi) Menanam sikap ingin mengetahui perkara-perkara yang baharu semasa menjalani sesi latihan industri.

(9)

3 1.3 Kepentingan On-Job Training (OJT)

On-Job Training (OJT) pada dasarnya bertujuan untuk membolehkan para pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara teori mahupun amali sepanjang berada di kolej serta dapat aplikasikan ilmu tersebut semasa menjalani On-Job Training. Objektif On- Job Training ini adalah seperti yang tertera berikut : -

i) Membolehkan pelajar aplikasikan pengetahuan yang telah diperoleh di tempat kerja.

ii) Memupuk kemahiran berkomunikasi seorang pelajar semasa berada di alam pekerjaan.

iii) Meningkatkan tahap profesionalisme dan etika dalam memenuhi dasar-dasar, prosedur serta aliran kerja dalam sebuah organisasi.

iv) Memupuk semangat kerja berpasukan dan keyakinan diri semasa menjalankan kerja sama ada secara individu mahupun berkumpulan.

v) Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori serta kemahiran yang telah ditempa semasa di kolej.

(10)

4 1.4 Objektif Laporan On-Job Training (OJT)

Sebaik sahaja tamat On-Job Training, setiap pelajar diwajibkan untuk menyediakan sebuah laporan yang lengkap serta mengikut piawai yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional. Ini bertujuan sebagai bukti penilaian keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan. Laporan ini dibuat sebagai satu dokumentasi bagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan.

Laporan ini juga bertujuan sebagai garis panduan dan rujukan kepada pelajar itu sendiri.

Laporan yang telah lengkap akan diserahkan kepada pensyarah yang telah dilantik untuk proses semakan kerana laporan ini merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada pelajar yang telah menjalani latihan industri.

Oleh itu, setiap pelajar hendaklah melatih diri untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan semasa tempoh menghasilkan laporan ini. Oleh itu, penulisan laporan memerlukan pemerhatian yang amat khusus daripada para pelajar supaya ia mengikut format yang betul seperti saiz dan tulisan yang wajib digunakan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah untuk tujuan pemeriksaan serta pihak lain bagi tujuan penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan ini, dapatlah pelajar menerbitkan buku laporan ini dimana dapat mendedakan lagi dan menerangkan dengan lebih terperinci tentang apa yang dapat diperoleh semasa menjalani latihan industri ini. Saya berharap buku laporan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak secara langsung mahupun tidak langsung.

(11)

5 1.5 Kepentingan Laporan On-Job Training

On-Job Training merupakan salah satu syarat yang wajib dilaksanakan oleh para pelajar Kolej Vokasional seluruh Malaysia bagi memenuhi syarat kelayakan sebulum penerimaan segulung Diploma. Selepas pelajar menjalani latihan industri, para pelajar perlu menyediakan sebuah laporan lengkap yang telah mengikut format yang telah ditetapkan.

Laporan ini perlu diserahkan kepada pensyarah yang bertanggungjawab sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa kepentingan yang diperoleh oleh para pelajar daripada laporan On-Job Training ini. Antaranya ialah:

I. Dapat menilai keberkesanan On-Job Training terhadap para pelajar.

II. Laporan ini dapat dijadikan sebagai bahan bukti bahawa pelajar telah menjalani proses On-Job Training.

III. Laporan ini digunakan oleh pensyarah bagi proses penilaian keatas seorang pelajar.

Dengan laporan ini, pelajar akan dapat menilai keberkesanan latihan industri ini, serta dapat melihat sejauh mana ilmu pengetahuan yang telah diperoleh semasa berada di kolej.

Laporan ini juga dijadikan sebagai bukti bahawa seseorang pelajar itu telah menjalani On- Job Training. Dengan adanya laporan ini, pelajar mempunyai satu bukti yang kukuh bahawa mereka telah menjalani proses On-Job Training.

Akhir sekali, laporan ini dijadikan sebagai satu bahan penilaian yang digunakan oleh para pensyarah untuk menilai seseorang pelajar. Laporan ini perlu dinilai oleh pensyarah mengikut spesifikasi pemarkahan yang telah ditetapkan.

(12)

6 BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Syarikat

Carsem (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat atau “industry semiconductor” yang membuat cip-cip elektronik bagi kegunaan pelbagai dan dijual ke serata dunia. Syarikat ini mempunyai tiga kilang berteknologi tinggi, semuanya menggabungkan peralatan yang canggih bagi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh industri automotif, telekom, komputer dan elektronik pengguna.

Carsem (M) Sdn Bhd terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah Front Of Line, dimana proses pertama pembuatan cip di dalam production line. Seterusnya ialah, End Of Line, proses penyiapan cip yang kedua sebelum beralih ke bahagian Test Department dimana proses pengujian cip dijalankan sebelum dipasarkan.

Rajah 2.1.1 Bahagian Hadapan Carsem (M) (S-Site)

(13)

7 2.2 Latar belakang Organisasi

Carsem adalah salah satu anak syarikat kumpulan Hong Leong, perkumpulan syarikat terbesar di Malaysia. Carsem juga adalah pembekal utama pembungkusan dan perkhidmatan ujian turnkey kepada industri semikonduktor, dan menawarkan salah satu pakej dan portfolio ujian terbesar di dunia. Tan Sri Quek Leng Chan ialah pengerusi syarikat pengurusan Hong Leong (Hong Leong Management Company Chairman).

Ditubuhkan pada tahun 1972, Carsem adalah antara syarikat yang paling berpengalaman dalam industri dan ia diiktiraf sebagai salah satu pengeluaran volum unit terbesar. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 9,000 pekerja dan memasang lebih daripada 100 juta unit setiap minggu, lebih daripada 65 peratus daripada jumlah ini adalah produk yang diuji secara elektrik sepenuhnya. Carsem adalah ahli salah satu syarikat yang paling berjaya dan dihormati di Asia Tenggara, Kumpulan Hong Leong, di mana pemasangan dan ujian semikonduktor telah dianggap sebagai perniagaan teras selama lebih dari 25 tahun.

Dua kilang terletak di Ipoh, Malaysia, 90 minit pemanduan dari Pulau Pinang, 2 jam dari Kuala Lumpur dan mempunyai penerbangan harian ke Singapura. Kilang-kilang ini disokong oleh kakitangan R&D extensive dan failure analysis yang luas yang menggabungkan peralatan dan teknologi yang canggih untuk memastikan kualiti produk yang dikeluarkan oleh Carsem memenuhi piawaian yang tepat dan diperlukan oleh automotif, telekom, komputer, dan elektronik pengguna industri.

Kilang China, Carsem-Suzhou, Ltd. yang terletak di wilayah Jiangsu, 50 batu barat Shanghai, memulakan pengeluaran pada tahun 2004. Kilang ini memberi tumpuan kepada pemasangan dan ujian untuk pakej MLP-Micro Leadframe (QFN Format) dan telah menghantar lebih 4 bilion unit di seluruh dunia. Carsem-Suzhou menawarkan bahan-bahan yang sama proses dan standard kualiti sebagai kilang-kilang Malaysia.

(14)

8 Portfolio Carsem terletak pada teknologi pembungkusan dan ujian terkemuka dan merupakan peneraju dunia dalam pembuatan pakej MLP dengan lebih dari 12 bilion unit yang dihantar di seluruh dunia. Pakej X3 MLP ultra kecil yang baru-baru ini diperkenalkan adalah sama dengan garis besar 0201 dan mewakili pakej pengeluaran MLP terkecil dari industri.

Penyelesaian SiP (System-in-Package) Carsem menggabungkan komponen die dan / atau pasif berganda yang dipasang dalam format berasaskan lead frame. Penyelesaian proses Carsem termasuk, teknologi Flip-Chip on Leadframe (FCOL), Chip on Lead (COL) & Copper Clip/Strap. Tiga penyelesaian proses ini ditawarkan dalam rangkaian lengkap pakej Carsem.

Semua kilang Carsem mengekalkan piawaian kualiti bertaraf dunia, setelah mencapai pensijilan ISO / TS 16949, ISO-9001, ISO-14001, ANSI / ESD S20.20 dan mematuhi Sony Green Partner Program.

(15)

9

Rajah 2.2.1 Pensijilan ISO/TS 16949 Rajah 2.2.2 Pensijilan ISO- 9001

Rajah 2.2.3 Pensijilan ISO - 14001 Rajah 2.2.4 Pensijilan ANSI / ESD S20.20

Rajah 2.2.5 Pensijilan Sony Green Partner Program

(16)

10 M-SITE

Ditubuhkan pada tahun 1972, M-Site telah diperolehi oleh Kumpulan Hong Leong pada bulan Jun 1984. Kilang ini mempunyai ruang lantai berjumlah 436,000 kaki persegi (40,500 m²). M-Site difokuskan pada Assembly dan Final Electrical Test pada produk disokong di S- Site.

Kumpulan Produk Yang Dihasilkan Di M-Site:

I.C: SOIC & OSOP (150Mil), SOIC (300Mil), MSOP(3.0mm), SSOP(5.3mm), TSSOP(4.4mm)

MICRO: SC 70, SOT 23, TSOT, SOT66x POWER: TO220, DDPAK, SOT223

Rajah 2.2.6 Carsem M-site

(17)

11 S-SITE

S-Site memulakan operasi pada bulan April, 1992. Kilang ini mempunyai ruang lantai berjumlah 640,000 kaki persegi (60,000 m²). S-Site menyokong Assembly dan Final Electrical Test untuk kedua-dua M-Site dan S-Site.

Kumpulan Produk Yang Dihasilkan Di S-Site:

MLP: QUAD, DUAL (Saw version) SiP: System in Package

I.C: PDIP (300 Mil), QSOP (300 Mil) QFP: MQFP, LQFP

Rajah 2.2.7 Carsem S-Site

(18)

12 CARSEM SUZHOU

Carsem Suzhou memulakan pengeluaran pada bulan Julai 2004. Kilang ini mempunyai ruang lantai 600K persegi (56,000 m²). Carsem Suzhou memberi tumpuan kepada pemasangan dan ujian untuk Pakej Leadframe MLP-Micro (Format QFN) dan produk Laminate.

Kumpulan Produk Yang Dihasilkan Di Suzhou:

MLP: QUAD, DUAL (Saw version) SiP: System in Package

Laminate: LGA, BGA

Rajah 2.2.8 Carsem Suzhou

(19)

13 2.3 Misi Organisasi

‘Carsem will strive toensure Profitable Growth Impressing Customers with Committed and Engaged Employees delivering operational, service and technology excellence’

2.4 Visi Organisasi

‘To be a World Class Company Offering Assembly and Test to semiconductor companies Throughout the World’

2.5 Prosedur Pekerja Organisasi

Masa bekerja bagi syarikat ini adalah 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Jadual di bawah menunjukkan jadual waktu pekerja bagi pekerja-pekerja Carsem

Hari / Waktu 1ST HALF LUNCH BREAK 2ND HALF

Isnin 8am-12pm 12.01pm-12.59pm 1.00pm-5.30pm

Selasa 8am-12pm 12.01pm-12.59pm 1.00pm-5.30pm

Rabu 8am-12pm 12.01pm-12.59pm 1.00pm-5.30pm

Khamis 8am-12pm 12.01pm-12.59pm 1.00pm-5.30pm

Jumaat 8am-12pm 12.01pm-12.59pm 1.00pm-5.30pm

Sabtu OFFDAY

Ahad OFFDAY

Jadual 2.5.1 Jadual Waktu Bekerja

(20)

14 2.6 Carta Organisasi

Jadual 2.6.1: Carta Organisasi Carsem

(21)

15 2.7 Logo Organisasi

Rajah 2.7.1 Logo Carsem

(22)

16 BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan ringkasan aktiviti latihan industri berkaitan rumusan kerja yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang tempoh menjalani On-Job Training di organisasi tertentu sama ada kerajaan ataupun swasta. Rumusan ini dibuat bermula dari minggu pertama sehingga minggu ke dua puluh tiga .

Segala ilmu yang telah saya pelajari serta pengalaman saya sepanjang berada di alam perindustrian ini akan di ceritakan dalam bahagian ini. Sedikit sebanyak dapat saya jelaskan secara ringkas aktiviti dan apa yang saya pelajari sepanjang menjalankan On-Job Training di Carsem (M) Sdn. Bhd.

3.2 Rumusan aktiviti mingguan

MINGGU 1

TARIKH :6/4/2022 HARI :Rabu

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M1 :

I. Melaporkan diri pada organisasi yang telah dipilih.

II. Menjalani taklimat .

III. Mengetahui apa itu semiconductor

IV. Mengetahui mengenai mesin di wirebond.

V. Mengenalpasti bilangan eror pada mesin.

(23)

17 MINGGU 2

TARIKH :15/4/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M2 :

I. Mempelajari bagaimana proses awal FOL.

II. Mempelajari proses menukar kapilari (Change Cap) III. Mempelajari jenis mesin yang terdapat di wirebond

MINGGU 3

TARIKH :22/4/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M3 :

I. Mempelajari cara menggunakan scope.

II. Mempelajari proses mesin bonding unit.

III. Mengetahui mengenai setup mesin

(24)

18 MINGGU 4

TARIKH :29/4/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M4 :

I. Mengetahui komponen-komponen yang terdapat pada mesin II. Mempelajari cara menggunkan High Power Scope

III. Mempelajari cara untuk melakukan proses track in dan track out

MINGGU 5

TARIKH :6/5/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :- WAKTU KELUAR KERJA :-

RUMUSAN M5 :

I. Cuti Hari Raya Aidilfitri daripada 2/5/2022-4/8/2022.

II. Mempelajari cara untuk mengenalpasti mesin yang perlu lakukan proses setup dan change cap melalui webside

(25)

19 MINGGU 6

TARIKH :13/5/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M6

I. Mendapat pengetahuan tetang kesalahan yang sering berlaku ketika bekerja II. Mengenalpasti kesalahan yang dilakukan mesin

III. Mengenalapasti kerosakan yang berlaku pada magazine

MINGGU 7

TARIKH :20/5/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M7 :

I. Mengenalpasti kerosakan pada magazine

II. Mendapat pengetahuan mengenai nama pelanggan dan device setiap produk yang dihasilakan

(26)

20 MINGGU 8

TARIKH :29/5/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M8 :

I. Mengenalpasti kerosakan pada magazine

II. Mempelajari cara untuk memasukkan wire pada kapilari

MINGGU 9

TARIKH :3/6/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M9 :

I. Mengenalpasti kerosakan berlaku pada magazine

II. Melakukan proses memasukkan wire pada kapilari (Trading Wire)

(27)

21 MINGGU 10

TARIKH :10/6/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M10 :

I. Cuti pada 6/6/2022

II. Mengnalpasti kerosakan pada magazine

III. Melakukan proses (Trading Wire) memasukkan wire pada kapilari

MINGGU 11

TARIKH :17/6/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M11 :

I. Mengenalpasti keroskan pada magazine II. Mengetahui mengenai Die Attach (DA)

III. Mengnalpasti kerosakan pada mesin dan error pada mesin IV. Mengenalpasti nombor yang ada pada setiap mesin

(28)

22 MINGGU 12

TARIKH :24/6/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M12 :

I. Mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada mesin II. Mengenalpasti error yang berlaku pada mesin III. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Ecxel

MINGGU 13

TARIKH :1/7/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M13 :

I. Mengenalpasti kerosakan pada magazine II. Mempelajari cara menggunakan mesin Plasma

III. Mempelajari cara melakukan proses index menngunakan mesin Wire bond ASM Eagle 60 AP

(29)

23 MINGGU 14

TARIKH :8/7/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm

RUMUSAN M14 :

I. Mempelajari untuk melakukan index secara automatic II. Mempelajari cara untuk clear track pada mesin

III. Mempelajari mengenai PBI (Post Ball Inspection)

MINGGU 15

TARIKH :15/7/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M15 :

I. Cuti pada 11/7/2022

II. Mengenalpasti mesin yang mempunyai system PBI (Post Ball Inspaction) III. Melakukan proses Simulation untuk mesin plasma

(30)

24 MINGGU 16

TARIKH :22/7/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M16 :

I. Mempelajari apa itu 3rd Optical ? di TPMS II. Mengenalpasti perbezaan warna pada frame

III. Mengenalpasti unit yang tidak reject walaupun mempunyai defect

MINGGU 17

TARIKH :29/7/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M17 :

I. Cuti pada 25/7/2022 dan 26/7/2022

II. Mengenalpasti mesin yang menggunkan sistem PBI ( Post Ball Inspection ) III. Mempelajari cara melakukan proses Decap di Lab Analisis

(31)

25 MINGGU 18

TARIKH :5/8/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M18 :

I. Mempelajari cara melakukan proses Decap II. Mempelajari cara menggunakan mesin X-ray

III. Mempelajari cara untuk mendapatkan ICM dan Cratering

MINGGU 19

TARIKH :12/8/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M19 :

I. Mempelajari jenis defect pada unit II. Menggunakan mesin X-ray

III. Melakukan proses Decap , IMC dan Cratering

(32)

26 MINGGU 20

TARIKH :19/8/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M20 :

I. Melakukan proses Decap , IMC dan Cratering II. Menggunkan mesin X-ray

MINGGU 21

TARIKH :26/8/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M21 :

I. Melakukan proses Decap , IMC dan Cratering II. Menggunkan mesin X-ray

III. Mempelajari cara membuat Cross Section

(33)

27 MINGGU 22

TARIKH :2/9/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M22 :

I. Cuti 30/8/2022 hingga 1/9/2022

II. Melakukan proses Cross Section , IMC dan Cratering

MINGGU 23

TARIKH :9/9/2022 HARI :Jumaat

WAKTU MASUK KERJA :8.00am WAKTU KELUAR KERJA :5.30pm RUMUSAN M23 :

I. Melakukan proses Cross Section , IMC dan Cratering II. Mempelajari cara menggunakan mesin Contact Angle

(34)

28 BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Laporan teknikal

Laporan teknikal ini menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugasan yang telah diberikan mestilah mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat. Ia adalah untuk memastikan segala pengurusan organisasi dapat berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 23 minggu di syarikat yang telah dipilih. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan tugasan yang diberikan dengan baik.

(35)

29 4.2 Ringkasan tentang laporan teknikal

4.2.1 Pengenalan Mesin ‘Wire Bond’

Mesin yang digunakan adalah mesin ‘wirebond’ . Terdapat 3 jenama mesin ‘wire bond’

yang diperolehi syarikat ini iaitu ASM Eagle 60 AP , Twineagle Extreme dan Twineagle Xtreme Gocu . Mesin-mesin ini digunakan untuk menyambungkan diantara die dan lead menggunakan wayar emas atau cooper. Mesin ini menggunakan wayar dan cooper yang berlainan saiz, iaitu saiz 0.8mil, 1.0mil, 1.2mil, 1.3mil, dan 2.0mil. Mesin ini hanya boleh dijalankan selepas melalui proses ‘track in’.

Rajah 4.2.2 ASM Eagle 60 AP

Rajah 4.2.3 Twineagle Xtreme Gocu

(36)

30 4.2.4 Pengenalan Menukar kapilari / Change Cap

Kapilari adalah satu alatan yang digunakan untuk memegang wayar yang akan menjalani proses penyambungan. Proses penukaran kapilari perlu dilakukan apabila kapilari telah mencapai had maksimum penggunaan. Ianya bermula dari 200 ribu sehingga 1200 ribu penggunaan. Proses ini hanya boleh dilakukan oleh atau bersama juruteknik yang terlatih.

Kapilari mempunyai pelbagai saiz, antaranya saiz 0.8 mil, 1.0 mil, 1.2 mil, 1.3 mil, dan 2.0 mil mengikut saiz wayar yang sedang digunakan.

Rajah 4.2.5 Jenis kapilari

Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan proses penukaran kapilari perlu dilakukan, antaranya ialah :

 Kapilari tersumbat

 Kapilari patah

(37)

31 4.2.6 Langkah – langkah menukar kapilari

i. Proses menanggalkan kapilari yang lama

Langkah 1 : Periksa jangka hayat kapilari. (tekan butang (-) hingga jumpa “capi caunt”).

Langkah 2 : Periksa “cap warn” dan “cap stop limit”.

Langkah 3 : Periksa jenis cap yang digunakan.

Langkah 4 : Tekan butang (wclmp) kemudian tekan butang A. Putuskan dan keluarkan wayar daripada cap.

Rajah 4.2.7 Butang (wclmp)

Langkah 5 : Tekan butang (chg cap) @ F1 dan butang 17, masukkan password dan tekan ENTER.Tekan anak panah keatas.

Rajah 4.2.8 Butang ENTER dan anak panah keatas.

(38)

32 Langkah 6 : Bawa “bondhead” ke bahagian bawah kanan untuk memudahkan

proses pemasangan kapilari.

Rajah 4.2.9 Bondhead

Langkah 7 : Pegang cap dengan tweezer dan longgarkan cap skru dengan menggunakan “torque driver”.

Rajah 4.2.10 Torque driver

(39)

33 Langkah 8 : Keluarkan cap, ikut arah bawah bagi mengelakkan “tranduser” rosak.

Langkah 9 : Simpan cap lama yang dikeluarkan pada bekas kapilari yang lama.

Rajah 4.2.11 Bekas menyimpan kapilari

(40)

34 ii. Proses memasang kapilari yang baru

Langkah 1 : Ambil kapilari yang baru dari kapilari stesen.

Langkah 2 : Pegang menggunakan tweezer dan masukkan kapilari kedalam lubang

“tranduser”.

Rajah 4.2.12 Tweezer

Langkah 3 : Pasang kapilari sedikit tinggi dari “tranduser”, kemudian ketatkan skru kapilari.

Langkah 4 : Letakkan kapilari jig dibelakang “spark rod”.

Langkah 5 : Tekan anak panah kebawah dan ratakan kapilari dengan “tranduser”.

Periksa paras kapilari dan “tranduser”, pastikan sama rata.

Langkah 6 : Tolak sedikit badan kapilari dan ketatkan skru kapilari dengan menggunakan “torque driver” sehingga mengeluarkan 8x bunyi klik.

Langkah 7 : Tekan anak panah keatas untuk naikkan semula kapilari.

Langkah 8 : Keluarkan kapilari jig.

Langkah 9 : Simpan bekas kapilari yang baru pada tempat yang disediakan.

(41)

35 4.2.13 Proses melakukan Decap

Proses Decap ini hanya dilakukan apabila diberi arahan oleh seorang jurutera . Oleh itu , Decap ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti defect yang berlaku kepada product yang telah di tolak atau reject . Disebabkan itu, proses Decap hanya dilakukan pada unit yang telah di tolak sahaja . Selain itu , proses decap ini dilakukan didalam makmal ataupun Lab Analysis.

Berikut adalah langkah – langkah untuk melakukan proses Decap:

Langkah 1 : Unit perlu di pateri ke atas PCB board.

Rajah 4.2.14 PCB Board

Rajah 4.2.15 Unit yang telah dipateri

(42)

36 Langkah 2 : Campurkan asid Nitric kedalam bikar .

Langkah 3 : Rendamkan unit yang telah dipateri kedalam asid Nitric tersebut seperti rajah 4.2.16

Rajah 4.2.16 Unit direndam kedalam bikar

Langkah 4 : Cuci unit yang di rendam tadi dengan menggunakan Ultrasonic.

Rajah 4.2.17 Ultrasonic

(43)

37 Langkah 5 : Lakukan inspection atau pemeriksaan dengan menggunkan microscope

setelah dicuci untuk memastikan unit sudah bersih untuk diambil gambar.

Rajah 4.2.18 Microscope

Langkah 6 : Ambil gambar dengan menggunkan High Power Scope.

Rajah 4.2.19 High Power Scope

(44)

38 Rajah 4.2.20 Gambar Defect yang berlaku

(45)

39 4.2.21 Pengenalan Mesin Plasma

Mesin plasma digunakan untuk membersihkan permukaan frame daripada habuk ataupun sebarang anasir yang boleh mengakibatkan berlaku defect terhadapat produk atau unit. Oleh itu , apabila frame dalam keadaan yang baik atau permukaan frame tersebut bersih , mesin wirebond akan kurang berlakunya error . Jenama plasma digunakan oleh syarikat ini ialah Plasma Panasonic .

Rajah 4.2.22 Plasma Panasonic

Rajah 4.2.23 Frame

(46)

40 4.2.24 Pengenalan Contact Angle

Mesin Contact Angle digunakan untuk mengukur sama ada permukaan mempunyai ciri hidrofobik ataupun tidak . Oleh itu , hidrofobik adalah sifat bahan untuk menangkis air.

Berdasarkan pemerhatian interaksi antara molekul antara permukaan dan setitik air apabila titisan bertemu dengan permukaan sebagai contoh minyak , apabila minyak di campurkan dengan air , campuran tersebut akan terpisah . Oleh demikian , mesin Contact Angle ini akan memperlihatkan titisan air ke atas permukaan frame . Disebabkan itu , sekiranya titisan air di atas frame tersebut tinggi , bermakna permukaan frame tersebut mempunyai hidrofobik yang kuat atau permukaan frame tersebut mempunyai kekotoran seperti habuk . Oleh itu , setelah pengukuran ini dihasilkan , frame tersebut akan dimasukkan ke dalam mesin plasma untuk dibersihkan .

Rajah 4.2.25 Mesin Contact Angle

Rajah 4.2.26 Paparan pengukuran

(47)

41 BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Latihan industri yang diadakan oleh pihak Kolej Vokasional merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi.

Berpandukan kepada objektif program latihan industri memang mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukkan.

Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini, bukanlah bertujuan untuk mengguriskan hati pihak terntentu atau merendahkan syarikat ini. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 6 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari pelbagai aspek.

(48)

42 5.2 Pendapat

i. Di sepanjang menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran professional iaitu dalam mengenalpasti tugas sebagai seorang pekerja. Dari itu, saya dapat lihat bagaimana seorang Technician dapat

memainkan peranannya.

ii. Hubungan yang agak baik antara saya, rakan-rakan dan kakitangan di syarikat Carsem (M) Sdn. Bhd. (S-Site) telah mewujudkan suasana yang sangat selesa dan harmoni semasa waktu pekerjaan. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya akan meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.

iii. Latihan industri ini sememangnya melatih kita dalam menggabungkan pengetahuan teori dan amali yang telah kita pelajari sebelum ini dan dapat mengimplikasikan dalam amalan harian supaya dapat meluaskan lagi pengetahuan yang sedia ada.

(49)

43 5.3 Cadangan

Terdapat juga beberapa cadangan untuk dikemukakan antaranya :-

i. Pihak kolej hendaklah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa pelajar yang sedang menjalani latihan industri ini.

Dengan ini, pihak kolej dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara pihak kolej.

ii. Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kolej dapat memberikan penerangan yang lebih jelas tentang skop kerja seseorang pelajar. Hal ini akan lebih memudahkan pihak organisasi untuk memberikan tugasan berkaitan kursus supaya tidak bercanggah dengan kursus pelajaran kita. Ini secara tidak langsung akan menyediakan tempat khas bagi pelajar untuk menjalani latihan industi di syarikat ini dengan teratur dan jayanya.

(50)

44 BAB 6

KESIMPULAN

Setelah menjalani latihan industri selama satu semester ( 6 bulan ) ini, banyak yang saya dapat peroleh dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutaman cara berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Terdapat banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna dapat saya peroleh. Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, secara tidak langsung telah melatih saya untuk menjadi seorang pekerja yang berdisiplin dan menepati masa.

Secara amnya latihan industry ini sepatutnya diteruskan kerana ia berfungsi dalam memberikan manfaat serta faedah kepada seorang pelatih dari segi ilmiah sebelum menjejakkan kaki kea lam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, seorang pelatih akan mendapat satu gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan yang sebenar di samping berusaha menyesuaikan diri dengan tugasan yang telah diberikan semasa waktu latihan industri ini.

Sepanjang menjalani latihan ini, banyak perkara yang telah berubah antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran dan pergaulan sesame rakan sekerja. Ianya secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan lagi sikap toleransi terhadap diri saya sendiri.

Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang masih dapat diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program latihan industri ini ataupun lebih dikenali sebagai On-Job Training (OJT) sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pelatih walaupun terdapat beberapa kelemahan kecil yang boleh memberi impak kepada keadaan, tetapi masih dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.

(51)

45 Kesimpulannya, ketika menjalani latihan industri ini saya dapat menerapkan segala ilmu yang saya telah peroleh semasa menuntut ilmu di kolej dan dapat diimplikasikan kealam pekerjaan terutamnya dalam bidang elektronik ini. Saya juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana dunia pekerjaan yang sebenar serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang tempoh latihan industri ini dijalankan.

Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Carsem (M) Sdn. Bhd.

( S- Site ) serta unit latihan industri Kolej Vokasional Seri Manjung atas segala bantuan yang telah diberikan kepada saya sepajang latihan industri ini berjalan. Saya juga memohon maaf sekiranya saya ada melakukan kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan melibatkan diri dalam latihan industri ini, saya berharap agar segala pengalaman dan ilmu pengetahuan dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya

(52)

46 Rujukan

Internet

1. https://carsem.com/

2. https://www.asm.com/

3. https://m3caai.com/index.php/caai2320/

4. https://web.telegram.org/

5. https://microscope-microscope.org/

6. https://ms.erf-est.org 7. https://www.youtube.com/

8. https://translate.google.com.my/

Tempat Kerja

- Joseph Marmeto , Jurutera , Penyelia - Juruteknik , di Lab dan module

(53)

47 Lampiran 1

Sedang memateri untuk melakukan proses Decap

Sedang melakukan pemerhatian (Inspection) dahulu sebelum di ambil gambar

(54)

48 Lampiran 2

Sedang melakukan proses menangkap gambar

Gambar magazine mengalami kerokasan di bahagian celah untuk memasukkan frame

(55)

49 Lampiran 3

Kawasan kerja di Lab

Mesin Die Attach (DA)

Gambar

Rajah 2.1.1  Bahagian Hadapan Carsem (M) (S-Site)
Rajah 2.2.5 Pensijilan Sony Green Partner Program
Rajah 2.2.1  Pensijilan ISO/TS 16949                   Rajah 2.2.2  Pensijilan ISO- 9001
Rajah 2.2.6  Carsem M-site
+7

Referensi

Dokumen terkait

Pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi informasi saat ini semakin berkembang pesat. Teknologi Informasi juga sangat berpengaruh dalam

Kuliah Kerja Dakwah atau disingkat KKD merupakan suatu upaya Universitas Muhammadiyah Gorontalo untuk memberikan dakwah dalam bentuk ilmu pengetahuan dan teknologi

Kuliah Kerja Dakwah atau disingkat KKD merupakan suatu upaya Universitas Muhammadiyah Gorontalo untuk memberikan dakwah dalam bentuk ilmu pengetahuan dan teknologi

Bagi ilmu pengetahuan, hasil penelitian dapat dijadikan rujukan dalam melakukan perancangan sistem pengkondisian udara desikan padat dengan memanfaatkan tenaga surya

Kuliah Kerja Dakwah atau disingkat KKD merupakan suatu upaya Universitas Muhammadiyah Gorontalo untuk memberikan dakwah dalam bentuk ilmu pengetahuan dan teknologi

Hasil dari penelitian ini dapat memberikan kontribusi yang positif dalam pengembangan ilmu pengetahuan yang dapat menjadi solusi dalam pemberdayaan petani

Program ini bertujuan untuk aplikasi ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian, menumbuhkan minat dan kemampuan akademis untuk mengabdi kepada masyarakat, menciptakan

Manajemen logistik adalah suatu ilmu pengetahuan dan atau seni serta proses mengenai perencanaan dan penentuan kebutuhan pengadaan, penyimpanan, penyaluran dan pemeliharaan serta