Panduan Penanaman Jagung Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Harizamry's Secara Ringkas Proses Penanaman Jagung. Pemilihan Kawasan - Pilih kawasan yang berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan. - Kawasan janganlah berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong atau beruk yang sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar. - Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya tanah bukit atau kebun atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi semusim sekali. - Berhanpiran dengan jalan bagi memudahkan untuk mengangkut keluar jagung.
Pemilihan Benih - Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat permintaan di pasaran. Antara jenis yang popular ditanam ialah: a. jagung manis (mas madu), b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu racun selalu sebab ulat pun suka hinggakan batang pun dimakan ulan sebab rasanya sangay manis, c. jagung korea – kini ditanam oleh
kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit berbanding jagung lain. d. Jagung hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar dan panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).
Bantuan Jabatan Pertanian - Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga bantuan seperti baja, racun dan juga pembajakan (jika ada). - Ataupun cuba cari pihak yang boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil sudah dapat dijual. Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga vitamin secara kredit. Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong setengah). Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung
pastinya perlu tahu secara kasar kos dan juga pulangan. Sebagai contoh diberikan kos dan pulangan bagi tanaman jagung seluas satu ekar ( 1 relong setengah).
Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan baja dapat dijimatkan maka kos akan berkurangan. Sekiranya hujan berkurangan mungkin perlu pam air dan ini akan meningkatkan kos juga. Pendapatan untuk semusim ialah: Pendapatan Kasar - Kos Pendapatan Kasar = RM4,500 Kos = RM1,000 Pendapatan Bersih = RM3,500 Dalam setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam jagung 4 kali/musim. Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x RM3,500 = RM15,000. Terdapat lagi pendapatan sampingan iaitu
memproses batang jagung menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan dibincangkan kemudian.
Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu
dibajak. Ini adalah kerana batas yang sedia ada masih boleh digunakan. Proses Kerja - Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu. -
Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor. - Menyemai benih jagung di dalam tray. Ini adalah contoh tray yang digunakan untuk menyemai benih jagung ataupun apa-apa tanaman yang sesuai. Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray. Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray. Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram
sebaliknya tutup dengan plastik atau tikar untuk 2 malam ditempat yang berbumbung bagi mengelak terkena hujan. Boleh ditindan antara try. Lepas dua hari pindahkan ke kawasan lapang dan tidak berbumbung serta siram sedikit sahaja. Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga, siram setiap hari. Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput di batas yang telah dibuat supaya bila jagung dipindahkan ke batas, rumput sudah tiada. Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke batas tanaman. Batas Jagung - Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan ditanam 2 baris dalam satu batas. Jarak antara baris ialah 1 kaki dan jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 – 20 inci. Jarak antara pokok dengan tepi batas lebih kurang 6 inci. Lihat pada ilustrasi gambar di bawah.
Pembajaan awalan. Selepas seminggu anak jagung ditanam dibatas, perlu diberi baja awalan – iaitu kita meletak beberapa biji baja ditepi perdu pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena batang jagung kerana ia akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok jagung dan
masukkan baja ke dalam lubang tersebut.
Pembajaan seterusnya 1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan dan
menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan ketinggiannya hamper satu kaki maka kita perlu berikan baja tambahan. Kebiasaan yang
Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau dalam gambar di atas. Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam lubang kemudian timbus. Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu ditimbus perdunya untuk menguatkan sokongan pokok supaya tidak tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas dicangkul dan diletakkan ditepi perlu pokok.
Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu diberikan seperti baja urea ataupun baja garam.
Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak perlu diberikan. Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini akan menyebabkan pokok terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning. Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air maka perlu berusaha untuk dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan sampai daun bergulung (maksudnya sudah kekeringan air). Jika ini berlaku akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.
Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok kurang baja atau sekadar nak tambah kesuburan.
Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di bahagian perdu dan itu tandanya pokok dalam keadaan subur. Tunas tersebut perlu dibuangkan. Jika ada bela lembu boleh berikan tunas itu kepada lembu.
Meracun Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang memakan daun atau pucuk jagung. Mungkin seminggu sekali perlu
meracun dan ianya bergantung kepada tahap serangan ulat.
Penjagaan tongkol jagung Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari ke atas, pucuk jagung akan menjadi bulat tandanya bunga jagung akan keluar. Selepas bunga jagung kembang maka putik jagung juga akan mula mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung. Pada peringkat ini peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga menyengat dan juga bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan putik
jagung tidak dimakan ulat apabila jagung mula berisi. Dalam sepokok akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang kedua dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada pembesaran jagung pertama. Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung sayur. Terdapat juga penanam jagung menyimpan kedua-dua tongkol tersebut.
Menuai hasil Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang ditanam. Apabila rerambut jagung sudah murah kehitaman atau gugur terus bererti jagung sudah boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit kulit jagung untuk lihat isinya di mana jika sudah berwarna kuning pekat
Pemasaran Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat dipasarkan dengan segera maka seelok-eloknya perlu dicari pasaran terlebih awal sebelum jagung dapat dituai. Kadang-kadang
terdapat pemborong yang bersetuju untuk membeli tetapi apabila tiba masa menuai ia tidak mahu membelinya pula. Jadi eloklah jika mempunyai ramai pemborong bagi memastikan tiada risiko tidak ada pembeli.
Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah mestilah sesuai dan subur. Hanya pada peringkat sebulan yang pertama sahaja terdapat banyak kerja sedikit iaitu menanam, membaja,
mengembur dan menimbun. Selepas selesai proses menimbun maka hanya meracun sahaja. Posted by Anak Cameron at 3/22/2008 10:09:00 PM Reactions: Labels: Jagung, Panduan, Penanaman