• Tidak ada hasil yang ditemukan

Riba Punca Kemelesetan Ekonomi Dunia Rum

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Riba Punca Kemelesetan Ekonomi Dunia Rum"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

" RIBA' PUNCA KEMELESETAN EKONOMI DUNIA "

(19 Disember 2008 / 21 Zulhijjah 1429H)

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. Pada hari ini, mimbar akan membicarakan tajuk: "RIBA' PUNCA KEMELESETAN EKONOMI DUNIA".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

(2)

Menurut Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi bahawa krisis kewangan sejagat yang dialami ketika ini berpunca daripada sikap mengabaikan peraturan tuhan dan membenarkan amalan riba' yang diharamkan oleh Islam berleluasa. Dalam masa yang sama, masalah ini telah membuka mata masyarakat dunia kepada potensi sebenar kejayaan sistem kewangan Islam yang dilaksanakan di Malaysia dan beberapa negara Islam lain di seluruh dunia dalam menangani kemelesetan ekonomi.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kini, adalah masa dan medan terbaik buat negara-negara Islam dan umatnya, memperkukuh struktur dan produk kewangan Islam serta mengetengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi dunia. Pertumbuhan sebanyak 15 peratus setahun sistem perbankan Islam, mencerminkan ia bakal menjadi peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan ciri-cirinya yang tersendiri menyaingi sistem kewangan Barat. Sistem kewangan Islam bersifat lebih adil kepada pelabur dan pengusaha, di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan dunia seperti yang berlaku sekarang ini.

(3)

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 278-279:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada

Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Krisis yang dihadapi di Amerika Syarikat dan Eropah hari ini telah membuktikan sistem kewangan Barat yang mengamalkan riba', terdapat begitu banyak kelemahan, ketempangan dan ketidakseimbangan. Ini berbeza dengan sistem kewangan Islam yang bebas riba', dilihat semakin kukuh dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan. Fakta ini disokong oleh ramai pengkaji yang mengakui kesan positif ekonomi dunia kini beralih kepada sistem kewangan Islam yang berdaya tahan tinggi serta mempunyai pelan dan dana jangka panjang seperti institusi zakat, wakaf, baitulmal, sedekah, hibah dan banyak lagi di samping beberapa produk-produk baru dalam produk ekonomi Islam.

(4)

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ini ingin menarik perhatian para jemaah kepada satu kegiatan dalam sistem ekonomi Barat yang bergerak dalam masyarakat hari ini ialah Ceti Haram. Ceti haram atau along adalah agensi yang tidak berdaftar secara sah dengan Kementerian Kewangan, tetapi bergerak secara aktif menipu dan memperdaya orang ramai dengan tawaran pinjaman yang dikenakan bunga yang berganda. Terdapat ceti haram yang telah menyalahgunakan lesen meminjam wang dan kadar bayaran yang dikenakan kepada peminjam melebihi 18% setahun. Merujuk laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), terdapat 1,600 kes ceti haram direkodkan dalam tempoh kurang dari dua tahun di mana mereka memperolehi pendapatan sebanyak RM12 juta sehari.

Mimbar ini bimbang dengan keadaan kemelesetan ekonomi dunia yang akan menyebabkan keretakan institusi keluarga, meningkatnya jenayah, bertambahnya kes membunuh diri, menjual maruah diri, penindasan, keruntuhan moral dan sebagainya. Justeru itu, semua pihak diseru agar sentiasa menyediakan perancangan kewangan yang mapan melalui perbelanjaan berhemah dan menjauhi budaya berhutang dan riba' bagi mengelakkan kehancuran masa depan individu, masyarakat dan negara.

Jalanilah hidup secara yang dituntut oleh Islam iaitu bersederhana dan mengikut kemampuan diri. Amalkan budaya rajin berusaha kerana Allah SWT mengasihi mereka yang bekerja dengan tangan sendiri dalam mencari rezeki yang halal. Islam tidak menyekat umatnya mencari kesenangan asalkan ia dengan cara yang diredhai.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

(5)

Pertama: Bersama-sama mendokong produk kewangan Islam yang sedang dilaksanakan sekarang di samping berusaha memartabatkan sistem ekonomi Islam;

Kedua: Bersama-sama melemahkan produk-produk kewangan Barat yang bertentangan dengan syariat Islam, khususnya kegiatan ceti-ceti haram yang sedang berleluasa di negara kita; dan

Referensi

Dokumen terkait

Kemudian ditinjau dari aspek tujuh indikator pemahaman konsep pada daya serap siswa bahwa daya serap tertinggi terdapat pada indikator mengklasifikasikan dengan

$udukan dial indikatr diletakkan di spindel mesin, arbr< tesbar< mandrel dicekam pada c(uck penepat pembagi dan ujung dial disentu(kan pada arbr kemudian meja digerakkan

M eteorologi mengenal sistem skala dalam melakukan sebuah analisis. Skala global merupakan skala meteorologi yang paling luas. Skala global dapat mempengaruhi fenomena meteorologi

Kuncinya terdapat pada kata-kata eis dikaiosunen (har. ‘kepada kebenaran; TB “sehingga kebenaran diperoleh”). Ini lagi-lagi memperlihatkan bahwa Taurat dicabut

Melalui sistem informasi untuk manajemen persediaan barang maka bagian gudang akan terbantu dalam mengelola seluruh transaksi keluar masuknya barang di gudang dan dapat

Menurut Pendit (1999) yang dikutip oleh Andiani (2014:7) dalam buku berjudul Pengelolaan Wisata Konvensi bahwa Usaha jasa konvensi, perjalanan insentif, dan

Pada penelitian ini dikaji adalah peningkatan solusi jarak terpendek dari strategi pergantian steady state dan generational dalam algoritma berevolusi untuk penyelesaian

Hal mengenai orang yang melakukan ini sudah diatur dalam Pasal 27 ayat (1) Undang-Undang nomor 11 tahun 2008 tentang Informasi dan Transaksi Elektronik yang berbunyi,