• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBIJAKAN ISLAM DALAM TRANSFORMASI SISTE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEBIJAKAN ISLAM DALAM TRANSFORMASI SISTE"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KEBIJAKAN ISLAM DALAM TRANSFORMASI SISTEM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

Suatu Tinjauan ke Atas Sistem Pendidikan Islam

Solahuddin Ismail1 solahuddin@uum.edu.my

Basyiroh Ismail2 basyirohismail@yahoo.com Mohd Aderi Che Noh PhD3

aderi@ukm.edu.my

Kertas kerja ini dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam Siri ke-10 anjuran Fakulti Pendidikan UKM & Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) di Kota Kinabalu Sabah pada 15 - 17 Disember 2014.

Abstrak

Islam yang mula bertapak di Nusantara semasa masyarakatnya berada dalam pluralisme agama. Kepelbagaian agama yang dianuti sebelumnya telah disatukan di bawah panji-panji Islam melalui proses pendidikan. Ia terus berkembang hingga membentuk sebuah empayar Islam bergelar Kesultanan Melayu Melaka. Namun kolonialisme barat telah merungkai kesepaduan Islam dengan memecah sempadankan Nusantara mengikut jajahan takluk mereka. Tetapi Islam terus berasimilasi dengan sistem yang dibawa oleh penjajah walaupun berada dalam keadaan yang tertekan. Sistem pendidikan Islam yang menjadi tunjang agama turut sama berubah mengikut haluan semasa. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sistem ini terus berkembang mengikut kesesuaian dan permintaan semasa masyarakat. Transformasi yang dibuat berasaskan keperluan pendidikan negara merupakan satu kebijakan Islam dalam mengurus sistem pendidikan agar ia sentiasa menepati citra rakyat tanpa bercanggah dengan sistem pendidikan

„mainstream‟ yang sedia ada. Persoalannya, apakah bentuk transformasi yang

dilakukan sehingga sistem pendidikan Islam berupaya mengharungi cabaran untuk terus kekal hingga kini?. Perbincangan ini dirungkai berpaksikan tiga garis masa iaitu pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial. Ia sangat perlu untuk melihat ujuran transformasi yang berlaku ke atas Sistem Pendidikan Islam di Malaysia.

Kata kunci: Islam, Pendidikan, Pendidikan Islam, Transformasi Sistem Pendidikan Islam, Kebijakan Islam

1

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kerajaan Universiti Utara Malaysia. 2

Calon Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 3

(2)

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan aspek yang amat penting dan sangat diambil perhatian di dalam Islam. Ia sebagai asas dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia dan beradab bagi mendepani kehidupan sosial manusia yang amat mencabar dewasa ini. Islam yang telah berkurun lama bertapak di bumi Malaysia senantiasa mengangkat ilmu dan pendidikan dan melaksanakannya sesuai dengan perkembangan masa dan perubahan masyarakat. Transformasi yang dilakukan berasaskan keperluan semasa menjadikan pendidikan Islam di Malaysia sentiasa relevan dan mendapat perhatian. Untuk melaksanakan transformasi agar Islam dan alam pendidikannya dapat dilihat sentiasa segar dan rasional, pihak yang bertanggungjawab seperti para ulama dan kerajaan telah berganding bahu dalam memastikan sistem pendidikan Islam yang diterapkan kepada masyarakat berkeupayaan untuk membentuk insan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam mempertahankan keutuhan Islam sebagai agama ke atas diri, bangsa dan negara.

Agenda ini telah dilaksanakan secara berterusan dan konsisten oleh gabungan ilmuan dan kerajaan yang menghasilkan natijah akhir sistem pendidikan Islam seperti yang sedia ada pada masa kini. Polisi dan dasar yang diimplimentasi melalui sistem pendidikan sekarang telah bejaya meletakkan pendidikan Islam setanding dengan pendidikan konvensional mutakhir malah ia lebih baik kerana wujud gabungan agama dan akademik yang beupaya membuah pulangan terbaik bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. Keseimbangan yang ditonjolkan melalui sistem pendidikan Islam seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk melahirkan Muslim yang tahu peranan diri mereka sebagai hamba dan khalifah Allah

SWT yang mempunyai amanah besar untuk meng’imarah’kan bumi dengan seadilnya.

(3)

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Aspek pendidikan menjadi keutamaan di dalam Islam. Ia sebagai asas utama untuk mengenal Pencipta, memahami maqqasid syariah (yang terkandung di dalamnya tentang kewajipan bagi setiap Muslim untuk memelihara agama, nyawa, akal fikiran, harta benda dan keturunan) serta membentuk akhlak mulia. Sumber utamanya adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Ilmu dan segala macam disiplinnya adalah merupakan teras kepada pendidikan. Oleh yang demikian, menuntut ilmu itu merupakan kefarduan bagi setiap Muslim (hadis riwayat Ibnu Majah) dan mereka akan diangkat martabatnya di sisi masyarakat (surah al-Mujadalah: 11). Kedudukan ini merupakan anugerah yang amat besar kerana pendidikan dapat mengangkat tamadun bagi sesuatu bangsa. Ia juga sebagai langkah untuk mempersiapkan diri mendepani cabaran di dunia dan bekalan untuk kehidupan di akhirat.

Hasan Langgulung (1979) mendefinisikan pendidikan sebagai proses merubah dan memindah nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui pengajaran, latihan dan indoktinasi. Ia juga merupakan proses menyampai dan menimba ilmu (pengetahuan) bagi membangunkan nilai intelektual dan keyakinan diri manusia untuk mematangkan diri manusia dalam menjalani kehidupan sebenar. Segala pengalaman yang diperolehi melalui pancaindera dan maklumat yang dicerap secara berstruktur digabungkan untuk membentuk tingkahlaku manusia yang berkemahiran dan berakhlak mulia.

Pendidikan Islam pula merupakan proses mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah bagi melahirkan insan yang beriman dan bertakwa serta mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata (Abdul Halim el-Muhammady, 1991). Proses ini akan membentuk prinsip hidup manusia yang lebih unggul bagi mengenali Pencipta, alam semesta dan diri sendiri secara kolektif dan serentak tanpa terpisah di antara satu sama lain. Ia sejajar dengan saranan Allah SWT (surah al-Alaq:1-5) yang memerintahkan manusia membaca dan menulis supaya wujud perbezaan di antara manusia dan makhluk-makhluk lain di bumi. Empat teras yang sangat ditekankan dalam pendidikan Islam iaitu membaca, mengajar, menulis dan mengetahui menjadi suatu kebijakan bagi Islam dalam mengurus sistem pendidikannya. Dengan demikian, pendidikan Islam sangat mementingkan proses menuntut ilmu secara berterusan di sepanjang hayat Muslim kerana usaha ini dapat membangunkan potensi diri manusia secara menyeluruh dan seimbang. Ia juga dapat membentuk dwi fungsi Muslim selaku hamba Allah SWT dan Khalifah Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab tesendiri dalam memakmurkan alam dengan iman dan pengetahuan yang diperolehi.

(4)

keupayaannya boleh mengubah perjalanan hidup manusia menjadi lebih baik dan bertamadun. Alam dapat dilestarikan dengan saksama dan kebenaran akan muncul untuk memberi kebahagiaan dalam hidup manusia.

Kedudukan pendidikan Islam di Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh rakyatnya. Konsep dan falsafah pendidikan secara Islamik telah diperkenalkan sejak Islam mula bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke 13M lagi (Wan Hussein Azmi, 1980). Pendidikan pada waktu tersebut sangat menekankan pembentukan akidah masyarakat melalui ilmu teologi. Ilmu tentang ketuhanan, konsep hamba, masalah kepercayaan kepada perkara ghaib bermatlamat untuk mengikat jiwa masyarakat supaya sentiasa menjaga nilai iman (kepercayaan) agar tidak berlaku kegelinciran akidah. Demikian juga disiplin ilmu syariah yang berkisar tentang persoalan ibadah seperti sembahyang, perkahwinan, jual beli dan banyak lagi yang secara tidak langsung berusaha membentuk nilai insani dalam diri masyarakat ke arah pengabdian diri secara mutlak kepada Allah SWT. Kedudukan akidah dan syariah diperkukuhkan dengan ilmu akhlak melalui amalan tasauf sebagai langkah untuk memantapkan nilai iman dalam diri. Pendekatannya adalah bersifat tradisional. Keadaan ini secara tidak langsung telah membentuk kerangka konsep dan falsafah pendidikan Islam di dalam diri Muslim walaupun ia tidak tertulis secara jelas.

Modenisasi dan globalisasi yang melanda setelah mencapai kemerdekaan turut memberi kesan tehadap sistem pendidikan Islam di Malaysia. Ia telah membentuk satu paradigma baru ke atas konsep dan falsafah pendidikan itu sendiri. Kepelbagaian disiplin ilmu yang wujud hasil dari sekularisme telah membuka ruang baru dalam pendidikan Islam. Ia perlu diintegrasikan mengikut acuan Malaysia agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Halatuju dan matlamat pendidikan Islam perlu jelas dan selari dengan dasar pendidikan negara. Pada tahun 1988M, falsafah pendidikan Islam telah dibentuk dan diperkenalkan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan Islam negara dengan matlamat untuk melahirkan Muslim yang berketerampilan dan sempurna yang mengetahui peanan dan tanggungjawab mereka selaku hamba dan khalifah untuk memakmurkan negara. Ia adalah seperti berikut:

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

kesejahteraan abadi di akhirat”.

(5)

aksiologi dan logik telah diselaraskan melalui pembentukan kurikulum yang jelas melibatkan aspek keimanan, ilmu, akhlak, penghayatan, amalan dan matlamat untuk melahirkaan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia. Ia dirangka untuk pelajar Muslim memperolehi kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat (Asmawati Suhid dan Fathiyah Mohd Fakhruddin, 2012).

Falsafah dan konsep pendidikan ini membuktikan kebijakan Islam dalam memanipulasi suasana dan keadaan agar ia sentiasa selari dengan peubahan zaman. Ilmu yang diikat dengan wahyu telah memberi pedoman untuk Muslim mengangkat diri mereka secara bersama dengan dasar pembangunan negara. Rangkuman ilmu agama dan akademik (sekular) telah menjadikan Muslim lebih berkeyakinan untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan pembangunan negara. Malah ia telah memberi kelebihan kepada kerajaan kerana nilai tambah ilmu agama yang ada pada pekerja Muslim sedikt sebanyak dapat mengurangkan penyelewengan dalam mengurus pembangunan negara.

TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam telah mengalami begitu banyak sekali transformasi sejak ia mula bertapak hingga ke hari ini. Ia dibuat sedemikian bagi memastikan sistem pendidikannya sentiasa berdaya saing disamping memenuhi perubahan dasar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Semasa zaman pemulaan Islam dan pra kolonial, pendidikan Islam hanya memperkenalkan asas ilmu Islam yang bersifat fardu ain dan fardu kifayah. Tempat pengajian terletak di surau, istana, rumah dan masjid (Fazlullah Shuib, 1995). Kaedah ini dinamakan sebagai sekolah Al-Quran. Setelah Islam stabil, nilai pendidikan telah diangkat ke tahap yang lebih tinggi menerokai ilmu tasawuf dan ketuhanan. Buktinya, tertulis di dalam Sejarah Melayu terutama semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Majlis ilmu khususnya di rumah guru mula mendapat perhatian. Ramai pelajar dari dekat dan jauh telah datang belajar. Keadaan ini telah menyebabkan guru memikirkan kaedah baru untuk membantu pelajar terutama yang datang dari jauh. Maka guru bekerjasama dengan masyarakat telah membina rumah-rumah kecil yang dikenali sebagai pondok untuk penginapan pelajar (Abdullah Jusuh, 1990). Pengajian ini dikenali sebagai sekolah pondok. Kaedah yang digunakan adalah secara halaqah dan bersifat tradisional.

(6)

menguntungkan dari aspek peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi. Namun masyarakat Islam tidak terpikat dengan sekolah kolonial kerana menganggapnya sebagai agenda tersembunyi kolonial untuk mengembangkan dakyah Kristian kepada rakyat. Penubuhan sekolah Islam ala Inggeris seperti Madrasah al-Hamidiah di Limbong Kapal Kedah (1906), Madrasah Iqbal di Singapura (1907), Madrasah al-Hadi di Melaka (1915) dan Madasah al-Mashoor di Pulau Pinang (1926) masih kurang meyakinkan masyarakat Islam Tanah Melayu untuk menerima sistem pendidikan bersifat dualisme yang menggabungkan ilmu agama dan akademik (sekular).

Zaman awal kemerdekaan kurang menampakkan masyarakat Islam Tanah Melayu cenderung untuk memilih pendidikan alternatif sama ada sekolah Melayu atau pun Sekolah Inggeris. Fasa awal kemerdekaan masih memperlihatkan kekuatan pendidikan Islam. Institusi pendidikan tradisional seperti sekolah pondok masih kukuh dan mendapat pemintaan yang sangat tinggi. Minda masyarakat masih meyakini bahawa ia adalah sistem pendidikan terbaik pada masa tersebut. Bentuk pengajian tradisional kekal mendominasi ruang pendidikan Islam masyarakat. Sekolah al-Quran dan sekolah Pondok sangat menarik perhatian rakyat bagi kelangsungan pendidikan anak-anak mereka walaupun ia dijalankan secara tidak formal dan berada dalam keadaan serba kekurangan.

Walaupun sistem pendidikan Islam tradisional kekal menguasai pasaran pendidikan Tanah Melayu, ia sedikit sebanyak telah menimbulkan masalah kepada sistem pentadbiran. Ini berlaku akibat dari acuan pentadbiran kolonial memerlukan sijil sebagai bukti kelayakkan bagi menjawat sesuatu jawatan dalam pentadbiran temasuklah institusi keagamaan. Maka institusi pendidikan Islam ala Inggeris yang tidak diminati sebelumnya telah diberi pengiktirafan dan diangkat sebagai institusi pendidikan Islam formal bagi melahirkan para birokrat agama untuk turut terlibat dalam jawatan pentadbiran negara. Maktab Mahmud (1936), Kolej Islam Kelang (1955)

dan banyak lagi telah giat melahirkan ‘ulama bersijil’ sebagai memenuhi keperluan pentadbiran

tersebut. Ia menjadi pencetus kepada kelahiran sistem pendidikan formal seperti yang ada pada masa kini dan ia dikenali sebagai sekolah agama moden.

Secara umum, sistem pendidikan Islam formal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat pelaksanaan iaitu sistem pendidikan Islam pra sekolah, sistem persekolahan Islam dan sistem pengajian tinggi Islam. Ia dibentuk bagi menjana ilmu bermula dari peringkat asas hingga ke peringkat tertinggi mengikut acuan moden/barat supaya nilai ilmu yang dipelajari berupaya untuk bersaing dengan sistem pendidikan sekular sedia ada. Disiplin ilmu dunia dan akhirat telah digabungkan untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja mendalami ilmu keagamaan tetapi juga memperolehi ilmu keduniaan supaya pelajar memperolehi keseimbangan pendidikan di dalam kehidupam mereka.

(7)

Kurikulum asas Islam telah diterapkan seperti bacaan al-Quran, fardu ain dan amalan cara hidup Islam. Ia juga sebagai langkah untuk kanak-kanak Islam mendapat pendedahan awal pendidikan formal sebelum memasuki sekolah rendah (Mahyuddin Ashaari: 2004). Perkembangan ini diikuti oleh PARTI Islam SeMalaysia (PAS) dengan menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pada 1988. Ia kemudiannya berkembang sehingga membentuk pelbagai institusi pra sekolah dengan pelbagai kaedah pengajian seperti yang sedia ada pada masa kini. Walaupun banyak institusi pendidikan Islam pra sekolah dibina, namun konsep dan falsafahnya adalah sama dalam membentuk kanak-kanak Islam menjadi Muslim yang sejati berasaskan panduan Al-Quran dan sunnah.

Kelangsungan pendidikan agama diteruskan lagi ke peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu sekolah rendah/menengah kerajaan dan sekolah rendah/menengah swasta. Sistem yang digunakan adalah sama seperti kurikulum, buku teks dan tahap peperiksaan. Cuma mungkin kelebihan sekolah rendah/menengah swasta lebih memberi penekanan dalam aspek pembelajaran subjek agama. Penubuhan Sekolah Rendah Islam (SERI-1989) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI-(SERI-1989) diasaskan untuk mewujudkan rangkaian pendidikan Islam swasta setaraf dengan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan. Ini kerana Sekolah Menengah Agama Kerajaan menawarkan tempat yang sangat terhadap kepada pelajar Islam. Justeru penubuhan sekolah swasta Islam menjadi alternatif kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anak mereka terlibat dengan sistem tersebut.

Pada masa kini, terdapat pelbagai sekolah agama sama ada milik kerajaan atau pun swasta. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. Mohd Kamal Hasan (1993) membahagikan sekolah agama kepada empat jenis iaitu sekolah agama/Arab di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah agama/Arab di bawah kerajaan negeri, sekolah agama/Arab di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan sekolah agama/Arab peringkat rendah dan menengah. Manakala Richard G. Kraince (2009) membahagikan sekolah agama di Malaysia kepada lima jenis iaitu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Swasta, Sekolah Agama Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan.

Di peringkat pengajian tinggi pula, ia bertapak dengan penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK-1965) di Istana Nilam Puri Kelantan. Ia di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Seramai 43 orang pelajar dalam dan luar negara seperti Brunei dan Singapura telah diterima masuk ke YPTIK pada peringkat awal penubuhannya. Mereka menduduki Kuliah Syariah wa al-Qanun. Pada tahun 1966M, Ma’ahad

(8)

mendapat pengiktirafan ijazah yang mereka keluarkan dan pusat pengajian di Nilam Puri dijadikan kampus untuk persediaan atau pra ijazah bagi para pelajar pengajian Islam sebelum mereka memasuki Akademi Islam Universiti Malaya (Abdullah Muhammad Zain at all., 2005).

Manakala Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi ditubuhkan pada tahun 1970M hasil gabungan antara Kolej Islam Malaya dengan UKM. Terdapat tiga jabatan yang dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Islam UKM iaitu Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin dan Jabatan Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Kuliah pengajian dikendalikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab (Abdullah Muhammad Zain at all.). Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak pula ditubuhkan pada tahun 1983M di bawah Akta Syarikat (Compony Act) oleh Kerajaan Malaysia dengan tajaan bersama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Negara-negara Islam lain seperti Libya, Mesir, Maldives, Arab Saudi, Pakistan, Turki dan Bangladesh. Penubuhan UIA di bawah Akta Syarikat bertujuan untuk membolehkan kuliah pengajian diajar dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab kerana perundangan Malaysia hanya membenarkan penggunaan bahasa Malaysia. UIA mempunyai empat fakulti yang dinamakan sebagai ‘kulliyah’ iaitu Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Kulliyah Ekonomi dan sains Pengurusan, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Kulliyah Perubatan. Ia juga mempunyai sebuah pusat matrikulasi sebagai persediaan dari kalangan pelajar Malaysia untuk memasuki UIA (Abdullah Muhammad Zain at all.2005). Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai wujud hasil naik taraf Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Ia ditubuhkan pada tahun 2000M dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kumpulan pelajar pertama adalah seramai 200 orang. KUIM mempunyai empat fakulti iaitu Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (Abdullah Muhammad Zain at all., 2005).

Jaringan ilmu yang semakin melebar dalam arus modenisasi sebenarnya memberi kelebihan kepada sistem pendidikan Islam tidak formal untuk bergerak dengan lebih pesat. Kepelbagaian medium boleh dijana untuk memperkayakan lagi kegiatan pendidikan Islam. Wujud dua bentuk pendekatan yang popular yang diguna pakai untuk menyebarkan ilmu agama bagi menjadikan sistem pendidikan Islam tidak formal ini lebih efisyen dalam tindakan mereka mendidik masyarakat tentang Islam. Ilmu melalui sistem ini boleh disampaikan secara santai dan tidak mendesak serta terbuka luas kepada masyarakat umum.

(9)

agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Kebanyakan program keagamaan ini disampaikan dalam bentuk pendidikan umum seperti syarahan, forum dan sebagainya. Wujud juga institusi yang menggunakan bentuk pengajian talaqqi dengan menggunakan kitab tertentu seperti Ihya Ulumuddin karangan al-Ghazali, Hadis Empat Puluh karangan Imam Nawawi, Mustika Hadis keluaran jabatan Perdana Menteri dan sebagainya. Inilah kelebihan sistem pendidikan Islam tidak formal yang sentiasa memperkayakan ilmu agama melalui majlis-majlis ilmu agar ia dapat dihayati dan diamalkan sepanjang hayat Muslim.

Kedua, penggunaan laman media elektronik dan laman media sosial seperti radio, television dan internet dalam menyebarkan dakwah Islam. Hal ini telah dilakukan oleh Radio dan Television Malaysia (RTM), Radio IKIM, TV al-Hijrah dan sebagainya. Pelbagai program keagamaan dipersembahkan kepada penonton bagi mendekatkan diri masyarakat dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan ruang maya telah digunakan secara maksimum oleh pendakwah untuk menyampaikan ilmu agama. Pelbagai laman sesawang dicipta dalam pelbagai bahasa untuk memberi kemudahan kepada masyarakat mendapatkan ilmu. Namun, harus diingat bahawa pembaca seharusnya menyemak semula bahan agama yang diperolehi dengan guru yang berautoriti bagi menentukan kesahihan ilmu-ilmu tersebut. Langkah ini perlu agar ilmu melalui laman sesawang terbukti tulin dan selari dengan kehendak ajaran Islam.

PENUTUP

(10)

RUJUKAN

Abdul Halim Mat Diah, 1989, Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdullah Ishak, 1995, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, KL; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Jusuh 1990, Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Muhammad Zain at all., 2005, Pendidikan Islam di Malaysia: Dari Pondok ke Universiti, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmawati Suhid dan Fathiyah Mohd Fakhruddin, Gagasan pemikiran Falsafah Dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju dan Cabaran dalam Journal of Islamic and Arabic Education, 4 (2) 2012

el-Muhammady Abdul Halim, 1991, Pendidikan Islam; Falsafah, Disiplin dan Peranan Pendidik, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Fadzlullah Shuib, 1995, Kecemerlangan Ilmu dalam Sejarah dan Tamadun Islam: Penginstitusian Ilmu di Zaman Abbasiyah 750-1258, KL; Pustaka Warisan.

Hasan Langgulung, 1997, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahyuddin Ashaari, Sejarah Pendidikan ABIM dalam Jurnal Pendidikan Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM, jil. 10 bil. 4, 2004.

Mohammad Redzuan Othman, 2005, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur; Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Kamal Hasan at all., Konsep pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Agama dan Arab di Malaysia dalam Ismail Ab. Rahman, 1993, penyut, Pendidikan Islam di Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

(11)

Richard G. Kraince, Reforming Islamic Education In Malaysia: Doctrine or Dialogue? in Robert W. Hefner, 2009, (edt.), Making Modern Muslim: the politics of Islamic Education In Southeast Asia, Honolulu: University Of Hawai’i Press.

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu ajang kegiatan bergengsi dalam dunia musik adalah pertunjukan langsung atau yang bisa disebut konser, konser menurut kamus bahasa Indonesia memiliki

Seberapa besar tingkat volume penjualan perusahaan merupakan elemen penting dalam bisnis apapun termasuk bisnis perumahan terutama untuk menjalankan keberlangsungan

Dari data di atas diketahui bahwa biosurfaktan mampu mendeteksi penyakit mastitis, dilihat dari reaksi positif yaitu berupa perubahan viskositas susu akibat kandungan

Ketepatan SPPT, sanksi, pelayanan pajak, pendapatan wajib pajak, dan pemahaman wajib pajak secara simultan berpengaruh signifikan terhadap kepatuhan wajib pajak dalam

Alat ukur ini menawarkan kemudahan untuk memahami caranya tentukan posisi saat ini (as-is) dan posisi masa depan (to-be) dan memungkinkan organisasi membuat

Persamaan Unsur-unsur garis pada ke 3 Rumah Adat ini adalah pada susunan lantainya yang memanjang mempunyai arti luas dan lebar, di karenakan pada Rumah Adat

Dari hasil wawancara terhadap 75 responden didapatkan data bahwa 75 orang (100%) berpendapat bahwa faktor pelayanan kesehatan sudah baik.Dalam penelitian ini

Data Dosen Tetap Yang Bidang Keahliannya Sesuai Dengan Bidang Ps Untuk Tahap Akademik..