• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008 IMPAK KE ATAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008 IMPAK KE ATAS"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

EKONOMI POLITIK (SKSJ 6043)

KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008:

IMPAK KE ATAS KESELAMATAN INSAN

BRAZIL

NAMA:

AMALIN SABIHA BINTI ISMAIL

(P87324)

PENSYARAH:

(2)

1.0 PENGENALAN

Krisis ekonomi global yang tercetus pada penghujung tahun 2007 dan memuncak pada tahun 2008 hingga tahun 2009 telah menyediakan kesan kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Jika

krisis ekonomi global pada tahun 1930 dianggap sebagai “the great depression”, maka krisis

ekonomi global pada tahun 2008 dikenali sebagai “the great recession” yang mana

kemelesetan ekonomi pasca perang ditandai dengan dua ciri utama. Menurut kajian yang dilakukan oleh Centre on Budget and Policy Priorities (2016), Gross Domestic Product (GDP) sesebuah negara akan menunjukkan penurunan mendadak berbanding kapasiti potensi ekonomi yang boleh dihasilkan oleh negara. Statistik membuktikan bahawa GDP global mengecil sebanyak dua peratus. Selain itu, wujudnya masalah pengangguran yang tidak dijangka bilamana pekerja sedia ada bukan sahaja diberhentikan, malah individu yang ingin memulakan kerja tidak mendapat peluang pekerjaan kerana kurangnya peluang pekerjaan. Kesannya, kadar pengangguran meningkat sehinggakan ia kekal meningkat untuk beberapa tempoh selepas berlakunya kemelesetan ekonomi.1 Justeru, kemelesetan ekonomi bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi negara sama ada ekonomi awam ataupun swasta, tetapi turut mempengaruhi keadaan sosio-ekonomi masyarakat yang begitu bergantung kepada ekonomi negara.2

Krisis ekonomi global pada tahun 2008 yang bermula di Amerika Syarikat (AS) telah menular hampir ke seluruh dunia. Misalannya di negara Eropah seperti di Iceland, sistem kewangan negara hampir runtuh sepenuhnya sehinggakan Iceland terpaksa membuat pinjaman daripada negara-negara jiran dan International Monetary Fund (IMF) bagi menyelamatkan ekonomi negara. Begitu juga di Rusia yang mana kebanyakan pelabur asing menarik pelaburan keluar daripada Rusia hingga menyebabkan pertumbuhan ekonomi Rusia memburuk. Situasi yang sama juga berlaku di negara-negara Afrika terutamanya di Afrika Selatan yang mana pertumbuhan ekonomi mengalami kemerosotan akibat penurunan permintaan dalam sektor perlombongan dan industri. Malah, kebanyakan negara-negara di Afrika terpaksa mengurangkan bajet kesihatan terutamanya bajet untuk penyakit HIV kerana kurangnya bantuan asing yang disalurkan akibat daripada krisis (Shah 2013). Krisis ekonomi yang melanda Afrika ironinya, tidak seharusnya berlaku kerana kelemahan sedia ada integrasi Afrika dengan ekonomi global membolehkan Afrika untuk tidak menerima tempias yang begitu besar.

1 Jumlah pengangguran dunia meningkat daripada tahun 2007 sebanyak 178 juta individu kepada 205 juta individu

pada tahun 2009 (United Nations 2011: iii)

2 Krisis ekonomi global telah menyebabkan anggaran seramai 47 juta hingga 84 juta individu terperangkap di

(3)

Tetapi hakikatnya, krisis ekonomi global tidak dapat tidak, pasti memberi kesan kepada semua pihak.

Selain daripada Eropah dan negara Afrika, Amerika Latin turut tidak terlepas terkesan daripada krisis ekonomi global. Sebelum berlakunya krisis, Amerika Latin dijangka sebagai negara sedang membangun yang akan mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dari sudut pengurangan GDP dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Jangkaan ini telah dibuktikan pada peringkat awal krisis bilamana pertumbuhan ekonomi di Colombia, Mexico, Venezuela semakin perlahan manakala negara yang stabil ekonomi seperti Peru dan Brazil mula mengalami keadaan ekonomi yang sama pada penghujung tahun 2008 (Ocampo 2009: 705). Meskipun Brazil terkesan daripada krisis yang berlaku, namun Brazil yang merupakan negara ekonomi terkuat di blok Amerika Latin menjadi perhatian para penganalisis disebabkan oleh ketahanan Brazil ke atas impak krisis yang membolehkan Brazil memulihkan sepenuhnya ekonomi negara menjelang tahun 2010 berbanding AS yang hanya mula mencatatkan peningkatan GDP pada tahun 2011.

Literatur sejarah memperlihatkan bahawa kekayaan hasil tanaman Brazil iaitu tebu yang menghasilkan gula telah menarik perhatian Portugal untuk menjajah Brazil selama 322 tahun bermula dari tahun 1500 hingga tahun 1822. Kepentingan ekonomi Brazil kepada Portugal mula menunjukkan hasil pada abad ke-17 bilamana Brazil menjadi pengeksport terbesar gula di Eropah dengan menghasilkan sebanyak 9.87 juta kilogram gula setahun untuk dipasarkan kepada golongan elit di Eropah (Ebert 2008: 3). Selain daripada tanaman tebu yang menjadi kepentingan kepada Portugal, Brazil turut memiliki sumber mineral seperti emas dan permata yang mula diterokai sejak tahun 1690-an hingga 1720-an. Kejatuhan pengeluaran emas dan permata pada penghujug abad ke-18 telah menyebabkan Portugal beralih semula kepada sektor pertanian Brazil iaitu kopi, tebu dan kapas yang menjadi sumber eksport terbesar Brazil (Maddison 2001: 71-72). Kekayaan hasil bumi Brazil menjadikan Brazil sebagai antara pengeluar sektor pertanian terbesar di dunia selepas mendapat kemerdekaan pada 7 September 1822. Namun begitu, peralihan sumber ekonomi dunia pada hari ini telah menjadikan sektor pertanian sebagai sektor ketiga terbesar di Brazil dengan peratus GDP sebanyak 5.9% manakala sektor perkhidmatan mendominasi sebanyak 71.9% dan perindustrian sebanyak 22.2%.3 Dari sudut kedudukan eksport dunia, Brazil berada di tempat ke-25 dengan jumlah eksport pada tahun 2015 sebanyak USD$190.1 bilion dengan kepentingan rakan eksport

3 Sektor industri di Brazil merangkumi industri tekstil, kimia, bijih timah, besi, pesawat dan pembuatan rangka

(4)

terbesar Brazil iaitu China (17.9%), AS (15.6%), Jerman (6.1%) dan Argentina (6%) (Central Intelligence Agency 2016).

Dari sudut politik, kemerdekaan Brazil selama 194 tahun (1822 hingga 2016) telah menyaksikan sebanyak empat kali siri peralihan sistem kerajaan yang bermula dengan sistem monarki pada tahun 1822. Memasuki tahun 1889, sistem pentadbiran Brazil beralih kepada pemerintahan kediktatoran dan seterusnya pada tahun 1964 Brazil dikuasai oleh kerajaan tentera. Selepas 21 tahun berada dibawah pemerintahan ketenteraan, Brazil kemudiannya memegang status pentadbiran demokrasi republik berpresiden bermula pada tahun 1986. Ketika pentadbiran Presiden Getulio Vargas pada tahun 1930 hingga 1945 dan tahun 1951 hingga 1954, Vargas telah memulakan dasar ekonomi terbuka tetapi peranan negara masih menjadi keutamaan (Carrasco & Williams 2012: 93). Seterusnya, rampasan kuasa oleh tentera pada tahun 1964 menyaksikan pendekatan “developmentalisme” telah digunakan sebagai alternatif untuk menguruskan ekonomi negara.4 Hasil daripada dasar pergantian eksport (export substitution policy) dan perindustrian yang dipacu oleh negara, Brazil telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang baik sepanjang tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an. Namun begitu, disebalik pendekatan “developmentalism” yang dijalankan, kawalan kerajaan semakin ketat ke atas hak-hak masyarakar untuk berpolitik, wujudnya pelbagai ancaman penyeksaan ke atas golongan yang bertentangan dengan kerajaan dan tapisan maklumat menjadi semakin dominan (Alston et al. 2016: 20).

Ketika pemerintahan Presiden Joao Figueiredo pada tahun 1979 hingga 1985, Brazil mengalami krisis hutang yang membebankan bilamana pelaksanaan dasar developmentalis yang dilakukan oleh rejim ketenteraan telah meningkatkan jumlah hutang asing Brazil sebanyak USD$100 juta. Bebanan hutang yang tinggi menyebabkan Brazil terpaksa meminta bantuan daripada IMF pada tahun 1983 sekali gus berjaya mengimbangkan defisit akaun Brazil. Namun begitu, kadar inflasi meningkat sebanyak 200% pada tahun 1983 dan kemudiannya melonjak naik kepada 600% pada tahun 1987 ekoran kegagalan “Cruzado Plan

untuk mengatasi masalah inflasi negara (Pereira 1999: 105). “Cruzado Plan” diperkenalkan ketika Brazil memasuki fasa peralihan sistem kerajaan berketenteraan kepada kerajaan demokrasi republik berpresiden yang di tadbir oleh Presiden Jose Sarney (1985 hingga 1990) dengan tujuan untuk menyasarkan kadar inflasi kepada kosong dan meningkatkan kadar upah

4“Developmentalism” yang diamalkan oleh Brazil menumpukan kepada perancangan teknokratik secara atas ke

(5)

sebenar (real wage) sebanyak lapan peratus.5 Namun begitu, pelaksanaan “Cruzado Plan

dilihat lemah kerana ia bukan sahaja gagal untuk membasmi inflasi, tetapi turut membawa lebih banyak ketidakstabilan di dalam ekonomi negara (Pereira 1990: 7). Pemulihan ekonomi pasca krisis bermula pada tahun 1995 menerusi “Real Plan” sehinggalah kepada pentadbiran Presiden Lula da Silva pada tahun 2003 telah berjaya menjadikan Brazil sebagai sebuah “the emerging economy” sebaris dengan India dan China serta tergolong di dalam kumpulan BRIC.

Namun begitu, disebalik status “the emerging economy” yang dipegang oleh Brazil sejak tahun

2003, krisis ekonomi global yang tercetus pada tahun 2008 secara langsung telah memberi kesan kepada ekonomi dan keselamatan insan di Brazil.

Krisis ekonomi global yang terkesan ke atas Brazil telah menyediakan beberapa persoalan berbangkit untuk ditinjau. Pertama, sejauh manakah kesan ekonomi global memberi impak ke atas keselamatan insan di Brazil? Sekiranya wujud kesan signifikan, adakah krisis ekonomi global menyediakan justifikasi bahawa isu keselamatan insan di Brazil berpunca daripada krisis ataupun krisis sekadar menjadi tempelan yang memperkuatkan lagi isu keselamatan insan sedia ada di Brazil? Ketiga, sejauh manakah peranan negara berjaya mengurangkan impak krisis sedangkan sejarah telah membuktikan peranan kerajaan ketika pelaksanaan “Cruzado Plan” telah gagal untuk mengurangkan isu krisis pada tahun 1983

walaupun pada akhirnya peranan negara menerusi “Real Plan” berjaya menyelesaikan isu

inflasi Brazil? Akhir sekali, apakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh Brazil bagi

mempertahankan status “the emerging economy” disebalik turun naiknya pertumbuhan

ekonomi Brazil pasca krisis global 2008 sehinggalah ke hari ini? Justeru, bagi merungkai kesemua persoalan ini, penulisan ini akan meninjau teori Keynesian dan konsep keselamatan insan sebagai landas perbincangan isu. Pada bahagian seterusnya, penulisan ini menganalisis faktor berlakunya krisis ekonomi global yang berpunca daripada globalisasi dan kelemahan sistem ekonomi AS. Kemudian, penulisan ini akan melihat impak krisis ekonomi global ke atas keselamatan insan Brazil dengan dimulai dengan keselamatan ekonomi dan seterusnya membawa kepada keselamatan peribadi, makanan, kesihatan dan lain-lain bentuk keselamatan yang signifikan. Seterusnya, penulisan ini akan menganalisis keberhasilan peranan negara dalam menghadapi impak krisis dengan berpandukan rangka masa sebelum krisis dan ketika serta selepas krisis. Pada bahagian seterusnya, pemerhatian akan dibuat terhadap cabaran kontemporari keselamatan insan yang perlu dihadapi oleh Brazil bagi mempertahankan status

5 Dari sudut teknikalnya, “Cruzado Plan” dicedok daripada “Austral Plan” yang dilaksanakan di Argentina

(6)

the emerging economy”. Akhir sekali, penulisan ini akan merumuskan secara padat hasil kajian yang telah dijalankan.

2.0 LANDASAN TEORITIKAL DAN KONSEPTUAL: TEORI KEYNESIAN DAN KONSEP KESELAMATAN INSAN

Keperluan untuk melihat hubung kait krisis ekonomi global dengan peranan negara dalam menangani krisis wajar difahami dari sudut teori Keneysian yang dipelopori oleh John Maynard Keynes. Teori Keynes diangkat menjadi teori popular yang secara komprehensif telah digunakan dalam menghadapi krisi kewangan dunia pada tahun 1930 yang dikenali sebagai “the great depression”. Rentetan daripada krisis tersebut, Keynes telah menekankan betapa

pentingnya peranan negara dalam mengendalikan dasar monetari dan fiskal negara bagi memandu ekonomi negara keluar daripada krisis. Menurut Keynes (2008), negara perlu menunjukkan panduan yang berpengaruh dalam kecenderungannya untuk mengenakan pelbagai bentuk ekonomi seperti percukaian dan penetapan kadar faedah agar negara mempunyai kawalan khusus terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang selama ini telah diserahkan sebulat-bulatnya kepada kapitalisme yang menjadi tangan-tangan ghaib dalam aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, kerjasama di antara kerajaan dan swasta adalah perlu bagi memastikan sosialisasi pelaburan dapat menjana kepada tahap pekerjaan yang baik (Keynes 2008: 346).

(7)

ekonomi yang dijalankan lebih berpihak kepada kepentingan masyarakat berbanding kepentingan peribadi (Cunha et al. 2011: 695).

Idea mengenai peranan kerajaan ketika krisis turut dikembangkan di dalam teori pasca Keynesian yang berhujah bahawa bahawa teori neoklasik gagal untuk melihat perkaitan di antara kewujudan kitaran makroekonomi dengan hutang peribadi (private debt). Menurut teori

neoklasik, hutang peribadi dianggap sebagai “pure redistribution” yang mana ia seharusnya

tidak memiliki kesan signifikan makroekonomi. Namun begitu, teori pasca Keynesian membuktikan bahawa perubahan yang berlaku di dalam hutang berhubung kait dengan agregat permintaan dan agregat pendapatan. Kecenderungan untuk berlakunya hutang di dalam ekonomi kapitalis tanpa adanya campur tangan kerajaan akan mewujudnya peningkatan tahap hutang di dalam GDP negara sehinggakan ia mencetuskan krisis seperti yang pada tahun 1930 dan tahun 2008 (Keen 2015: 2). Oleh itu, Keynes menganjurkan bahawa negara perlu bergerak ke hadapan dalam merangka struktur makroekonomi menerusi dasar monetari dan fiskal bagi membolehkan negara bertahan daripada krisis. Walaupun krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 telah membuktikan campur tangan sepenuhnya kerajaan dalam ekonomi telah mengakibatkan dunia mengalami keboborokan ekonomi yang menggusarkan, namun tidak dapat tidak, campur tangan negara masih lagi relevan di dalam dunia yang semakin bergerak dalam ruang lingkup globalisasi.

(8)

keselamatan negara kerana lebih menekankan kepada individu dan masyarakat sebagai subjek keselamatan (Acharya 2007: 492).6 Disebabkan itu, maka timbul persoalan sejauh manakah keselamatan individu dapat menjadi langkah terbaik dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh komuniti antarabangsa daripada tekanan globalisasi?

Menurut United Nations Development Programme (1994), keselamatan insan terdiri daripada tujuh komponen penting iaitu keselamatan ekonomi, keselamatan makanan, keselamatan kesihatan, keselamatan persekitaran, keselamatan peribadi, keselamatan komuniti dan keselamatan politik.7 Kesemua skop keselamatan ini tidak hanya releven kepada golongan miskin sahaja tetapi turut merangkumi masyarakat atasan yang mana ia merupakan isu sebenar yang semakin membimbangkan (United Nations Development Programme 1994: 3). Sementara itu, menurut Sity dan Zarina (2005), keselamatan insan lebih tertumpu pada untuk siapa keselamatan diwujudkan, hak-hak asasi manusia dan keadilan serta kebebasan. Kesemua aspek penting keselamatan insan membawa kepada kepelbagaian faktor ancaman seperti kebuluran, konflik etnik, pencemaran, perdagangan dadah, pendatang haram, situasi politik tidak stabil dan sebagainya. Memandangkan keselamatan insan bersifat rentas sempadan, maka ia turut diklasifikasikan sebagai isu yang bersifat sejagat di mana ia mempunyai dampak bukan sahaja kepada sesebuah negara tetapi di beberapa buah negara-negara lain (Sity & Zarina 2005: 189-190) sehinggakan sukar bagi negara-negara yang menerima kesan ancaman bagi tiap-tiap keselamatan insan untuk mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan ancaman secara bersama. Isu-isu keselamatan insan menjadi indikator amaran awal terhadap negara bagi membolehkan isu tersebut ditangani dengan sewajarnya sehinggakan keselamatan insan sebenarnya dilihat sebagai suatu tuntutan ke arah pembentukan dasar untuk integrasi sosial (Shinoda 2004: 11).

6 Isu mengenai keselamatan insan menjadi lebih menonjol selepas berakhirnya perang dingin kerana dua sebab.

Pertama, wujudnya peningkatan perang sivil dan konflik dalaman negara yang melibatkan jumlah kematian yang tinggi, penghapusan etnik, pembuangan individu di sempadan-sempadan negara dan penularan wabak-wabak penyakit. Sebab kedua dianggap sebagai paling signifikan yang mana komuniti global mula menyebarkan pendemokrasian yang menekankan kepada hak-hak asasi manusia dan campur tangan kemanusiaan terhadap konflik-konflik kemanusiaan berbangkit (Acharya 2007: 493-494).

7 Keselamatan ekonomi bertujuan untuk memastikan wujudnya pendapatan asas individu manakala keselamatan

(9)

Memasuki fasa globalisasi pada abad ke-21, fokus keselamatan insan bukan lagi tertakluk semata-mata kepada tujuh konsep yang diutarakan oleh Human Development Report pada tahun 1994. Tetapi hakikatnya cabaran yang lebih besar dihadapi pada hari ini bersandarkan kepada keselamatan siber yang meletakkan kebolehan untuk mengawal maklumat, idea dan kepercayaan menerusi jaringan komunikasi, pengkalan data serta sumber-sumber maklumat sebagai suatu alternatif kepada keselamatan yang terjamin (Collins 2016: 9). Namun begitu, pandangan yang diberikan oleh Masys (2016) menyediakan suatu kebimbangan terhadap keselamatan siber bilamana laman jaringan sosial (social network site) menjadi alternatif komunikasi yang membolehkan terorisme, radikalisme dan ekstrimisme keganasan berlaku dengan mudah kerana penyaluran maklumat yang luas tanpa sempadan.

Penerimaan negara terhadap globalisasi telah mendorong kepada berlakunya hubungan pelbagai hala negara dan pasaran tanpa sempadan sehinggakan perbincangan mengenai pembangunan lazim merujuk kepada pertumbuhan ekonomi tanpa melihat kepada pembangunan insan. Pembangunan insan memberi fokus kepada pembentukan keupayaan individu untuk berhadapan dan menangani masalah kemiskinan, buta huruf, penyakit, diskriminasi, halangan terhadap kebebasan berpolitik dan ancaman terhadap konflik keganasan (Acharya 2007: 492). Kesemua isu-isu tersebut ironinya merupakan hasil daripada faktor penjajahan akibat kapitalisme dan perlumbaan pasaran untuk mencapai pertumbuhan ekonomi.

Keperluan untuk menilai pembangunan insan sebagai “vital core” dalam keselamatan insan

(10)

3.0 KRISIS EKONOMI GLOBAL 2008: ANALISIS FAKTOR

Pemerihalan mengenai faktor krisis ekonomi global yang berlaku pada tahun 2008, tidak dapat tidak, pasti menjurus kepada perbincangan globalisasi. Sebelum berlakunya kemuncak krisis pada tahun 2008, data yang dikeluarkan oleh World Bank (2016) menunjukkan bahawa pertumbuhan tahunan GDP dunia pada tahun 2002 hingga tahun 2007 adalah di antara 3.8% hinga 4.5% yang mana ia merupakan antara pertumbuhan ekonomi yang baik selepas Krisis Ekonomi Global yang berlaku pada tahun 1999 hingga 2001. Sementara itu, kadar inflasi dunia menunjukkan peratusan positif di antara 3.4% hingga 5.6% sepanjang tahun 2002 hingga 2007 (World Bank 2016b). Pertumbuhan positif yang dicatatkan sebelum berlakunya krisis memberi pemahaman bahawa dunia sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang mapan, kadar inflasi yang rendah dan sistem monetari yang stabil dengan adanya globalisasi. Kestabilan ekonomi dunia digerakkan oleh faktor globalisasi yang tidak memiliki campur tangan negara dalam mengaturcarakan aktiviti ekonomi. Kewujudan globalisasi dan integrasi ekonomi antarabangsa dalam hubungan kewangan dan perdagangan global telah membuka kepada ruang ekonomi yang lebih besar sehingga ia merancakkan perdagangan negara miskin dan sederhana serta menggalakkan pertumbuhan produktiviti bagi membantu meningkatkan pendapatan dan perbelanjaan negara. Oleh itu, para pembuat dasar beranggapan bahawa tiada lagi keperluan untuk membuat sebarang dasar industri, pelaburan ataupun teknologi kerana wujud kecenderungan terhadap liberalisasi perdagangan, kewangan, penswastaan dan deregulasi (United Nations 2011: 17).

Akibat daripada pergantungan terhadap globalisasi menerusi peranan tangan-tangan ghaib yang sekali gus meminggirkan peranan negara, maka dunia mengalami kebobrokan ekonomi bilamana wujudnya krisis ekonomi global disebabkan oleh faktor kegagalan dasar ekonomi dan kewangan di AS. Faktor globalisasi dalam pasaran kewangan menyebabkan modal dan hutang tidak lagi berada dalam pemerhatian institusi perundangan negara, bahkan, undang-undang sedia ada turut tidak berupaya melindungi risiko yang bakal dihadapi oleh pengamal aktiviti ekonomi. Krisis kewangan di AS tercetus bilamana institusi kewangan di AS mula memberikan akses kredit yang mudah kepada isi rumah sehinggakan hutang peribadi meningkat sebanyak 100%. Pemberian kredit diburukkan lagi apabila pihak bank

membenarkan pinjaman diberikan kepada golongan “sub-prime” dalam urusan jual beli harta

tanah seperti rumah tanpa melihat sejarah kredit “sub-prime” (Helleiner 2011: 70). Pada masa

yang sama, bagi menggalakkan pembelian rumah untuk golongan “sub-prime” terutamanya

(11)

menurunkan kadar faedah secara bersiri daripada lapan peratus pada tahun 2000 kepada enam peratus pada tahun 2007 (Friedman 2011: 10). Walaupun kadar faedah diturunkan, tetapi harga harta tanah dinaikkan sehingga menyebabkan penghutang tidak mampu membayar hutang.

Situasi “house bubble” ini akhirnya membawa kepada krisis kewangan di AS

sehinggakan pasaran saham AS jatuh menjunam dan beberapa syarikat gergasi diisytiharkan bankrap. Misalnya, pada 15 September 2008, Lehman Brothers Bank diisytiharkan muflis kerana gagal untuk meminjam atau menjual aset toksinnya. Seterusnya firma insurans antarabangsa iaitu AIG turut mengalami impak krisis apabila terpaksa mengnasionalisasikan firma kepada kerajaan. Pada masa yang sama, saham syarikat Dow Jones Industrial Average jatuh mendadak daripada 14,165 mata pada Oktober 2007 kepada 6,547 mata pada Mac 2009 (Grusky et al. 2011: 5). Sementara itu, impak ke atas keselamatan insan AS juga jelas kelihatan bilamana sebanyak 138.1 juta pekerjaan gagal untuk diisi bermula pada Disember 2007 manakala sebanyak 129.6 juta pekerjaan tidak diisi setakat Februari 2010. Tambahan pula, kadar pengangguran meningkat daripada lima peratus kepada 10.4 peratus bagi tempoh yang sama (Grusky et al. 2011: 12).

Selain daripada fenomena krisis kewangan yang berlaku di AS, faktor lain yang mendorong berlakunya penyebaran krisis adalah disebabkan oleh wujudnya kejutan harga makanan dan minyak pada tahun 2007 sehingga menyebabkan gangguan ke atas dasar fiskal negara sedang membangun sehingga memaksa berjuta-juta rakyat tergolong dalam kemiskinan. Pada masa yang sama, kejutan harga makanan dan minyak turut berpunca daripada lonjakan permintaan daripada China dan India sehingga menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi (Verick & Islam 2010: 11). Cetusan faktor krisis yang berlaku telah menyebabkan krisis disalirkan kepada negara-negara lain menerusi dua cara. Menurut Gurtner (2010), krisis disalirkan menerusi aliran kewangan bilamana berlakunya keruntuhan tukaran saham (stock exchange) di pusat-pusat kewangan dunia misalnya di negara-negara BRICS. Selain itu, kekurangan dana akibat krisis menyebabkan bank global sukar memberi pinjaman kepada negara sedang membangun sekali gus memberi kesan buruk kepada negara untuk menghadapi krisis. Pada masa yang sama, negara-negara yang bergantung kepada aliran “remmittances

(12)

perkhidmatan. Misalnya India dan China mengurangkan permintaan bahan mentah daripada Afrika menyebabkan Afrika mengalami defisit pendapatan eskport. Bahkan, sebanyak 49 negara miskin sedang membangun mengalami pengurangan pendapatan eksport sebanyak 43.8% pada tahun 2009. Rentetan daripada ketidakfungsian ekonomi dengan baik di peringkat global, maka krisis telah menyebarkan pengaruhnya kepada negara-negara lain sehingga menimbulkan impak ke atas negara yang terlibat.

4.0 IMPAK KRISIS EKONOMI KEWANGAN 2008 KE ATAS KESELAMATAN INSAN BRAZIL

Tinjauan terhadap impak krisis ke atas keselamatan insan Brazil menunjukkan bahawa wujud kesan minima ke atas keselamatan insan di Brazil berikutan campur tangan kerajaan sebelum, ketika dan selepas menghadapi krisis. Walaupun wujud kesan minima, rentetan persejarahan membuktikan bahawa Brazil sudah lama berhadapan dengan isu keselamatan insan yang serius seperti kemiskinan, pendidikan, kesihatan, isu jenayah rentas sempadan yang melibatkan penyeludupan dadah serta senjata api. Namun begitu, penulisan ini berusaha untuk menjelaskan bahawa walaupun krisis ekonomi bukanlah faktor signifikan berlakunya isu keselamatan insan di Brazil, tetapi secara harfiahnya krisis ekonomi global mempunyai kaitan dengan keselamatan insan di Brazil bilamana berlakunya peningkatan kadar kemiskinan yang akhirnya menjejaskan tahap pendidikan dan kesihatan masyarakat. Tercetusnya krisis ekonomi global di AS telah memberi kesan kepada ekonomi Brazil sejak penghujung tahun 2008. Catatan daripada World Bank (2016c) menunjukkan bahawa Brazil mengalami dua kali penurunan kadar pertumbuhan GDP daripada 6.072% pada tahun 2007 kepada 5.094% pada tahun 2008 dan kemudiannya turutn kepada -0.13% pada tahun 2009. Menurut Filho (2011), penurunan GDP Brazil disebabkan berlakunya pengeluaran modal portfolio dan pelaburan langsung asing (FDI) oleh para pelabur daripada Brazil. Selain daripada pengeluaran FDI, wujud peningkatan “profit repatriarion” oleh para pelabur khususnya daripada Multi-National Companies

(MNCs) dan Trans-National Companies (TNCs) yang mana pelabur membawa pulang keuntungan syarikat ke negara asal. Keadaan ini merugikan Brazil kerana hakikatnya, negara lebih banyak memerlukan sumber kewangan bagi menyuntik dana kepada sektor-sektor berkepentingan ketika berlakunya krisis.

(13)

Brazil berkurangan daripada tahun 2008 sebanyak 13.534% kepada 10.851% pada tahun 2009. Justeru, kejatuhan harga komoditi seperti minyak dan sumber bahan mentah seperti bijih besi, kacang soya dan gula akibat kurangnya permintaan khususnya daripada China dan India ketika krisis telah menyebabkan kurangnya pendapatan eksport Brazil (Kingston 2012). Pada masa yang sama, eksport terhadap negara maju seperti AS turut mengalami penurunan yang signifikan. Bahkan, kadar tukaran juga semakin tidak menentu kesan daripada kejatuhan kadar tukaran di AS. Selain itu, kejutan harga komoditi pada ketika krisis telah menyebabkan berlakunya peningkatan kadar inflasi (Filho 2011). Statistik daripada Trading Economics (2016) menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kadar inflasi daripada lima peratus pada tahun 2008 kepada enam peratus pada tahun 2009. Secara dasarnya, kesan krisis ke atas ekonomi Brazil tidaklah terlalu mendalam jika ingin dibandingkan dengan negara Amerika Latin yang lain khususnya Mexico meskipun dari sudut geografinya, Brazil terletak berhampiran dengan AS. Hal ini kerana, ketidakterbukaan dan hubungan yang sederhana dengan ekonomi AS menjadi penampan kepada impak krisis (Grosh et al. 2014: 50).

Rentetan daripada keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika krisis, maka ia telah menyediakan impak ke atas keselamatan insan di Brazil. Impak yang paling jelas terkesan kepada rakyat Brazil adalah dari sudut keselamatan ekonomi. Memandangkan Brazil bergantung sepenuhnya kepada eksport komoditi, maka penurunan eksport komoditi Brazil akibatnya kurangnya permintaan daripada luar telah menyebabkan wujudnya penurunan peluang pekerjaan sebanyak 755,000 berbanding 8.5 juta pekerjaan yang telah disediakan semenjak tahun 2003 (Yun-Lin et al. 2013: 11). Penurunan pekerjaan sebanyak 755,000 dilihat sebagai suatu penurunan yang kritikal kerana ia telah menyebabkan kadar pengangguran meningkat kepada 8.3% pada tahun 2009 jika dibandingkan sebanyak 7.1% pada tahun 2008 (The Global Economy 2016). Malah, disebabkan oleh penurunan eksport komoditi dan dirangsang oleh penurunan FDI di Brazil akibat daripada penarikan modal dan keuntungan TNC dan MNC daripada Brazil, maka sebanyak 400% pekerja tidak mahir telah dikurangkan. Pengurangan pekerja tidak mahir turut memberi kesan kepada peratusan pekerja mahir memandangkan sebanyak 100% pekerjaan telah dikurangkan. Keadaan ini menjadikan Brazil mengalami penurunan sebanyak 500% bagi keseluruhan pekerjaan mahir dan tidak mahir (Grosh et al. 2014: 172).

(14)

menunjukkan bahawa trend kemiskinan di Brazil yang diukur mengikut standard nasional pada tahun 2008 hingga tahun 2009 adalah seramai 27 juta hingga 26 juta. Meskipun berlaku penurunan trend kemiskinan semenjak daripada tahun 2003, tetapi isu ketidaksamarataan masih lagi menjadi isu penting dalam hal ehwal keselamatan insan di Brazil bilamana penerimaan pembahagian pendapatan masih lagi didomonasi oleh golongan kaya sebanyak 58.9% pada tahun 2008 hingga 2009 berbanding golongan miskin dan sederhana yang hanya menerima sebanyak 41.7% pembahagian pendapatan (World Bank 2016e). Malah, ketika krisis melanda, Brazil mencatatkan peningkatan ketidaksamarataan pendapatan untuk golongan termiskin sebanyak 3.2% pada tahun 2009 (World Bank 2016e). Tumpuan kemiskinan masih lagi tertumpu di kawasan utara Brazil yang didiami oleh masyarakat Brazil berkulit hitam berbanding di kawasan selatan Brazil yang didominasi oleh masyarakat kulit putih. Kajian yang dijalankan oleh Gradin (2010) menunjukkan bahawa pendapatan purata yang diterima oleh orang kulit hitam Brazil adalah sebanyak $R5,535 berbanding sebanyak $R9,120 yang diterima oleh orang kulit putih. Jurang pembahagian pendapatan mengikut warna kulit dianggap sebagai diskriminasi kritikal yang dihadapi oleh Brazil walaupun trend kemiskinan mencatatkan penurunan.

(15)

sama, dari sudut ketidaksamarataan struktur pendidikan, pelajar miskin kurang didedahkan dengan aktiviti yang berkeupayaan untuk membina kemahiran kognitif pelajar sehinggakan pelajar miskin tercampak ke dalam sistem pendidikan yang bersifat tabu dan negatif berbanding positif. Kesannya, tahap ketidakhadiran pelajar ke sekolah dan tahap pemberhentian pelajar adalah tinggi (Sandoval 2012: 14-15).

Pada masa yang sama, faktor kemiskinan turut mendorong kepada berlakunya suatu bentuk ketidakselamatan persekitaran, peribadi dan komuniti bilamana wujudnya aktiviti jenayah rentas sempadan yang sehingga ke hari ini masih menjadi cabaran bagi Brazil dalam menghadapi isu-isu keselamatan yang melibatkan dadah, geng dan senjata api. Ironinya, walaupun Brazil bukanlah negara miskin dan telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik di antara tahun 2003 hingga tahun 2007 serta disulami dengan peningkatan jumlah infrastruktur dan peluang pekerjaan yang banyak kerana status “the emerging economy”, namun masalah

ketidaksamarataan dari sudut pendapatan dan isu diskriminasi yang dihadapi di kawasan

favelas dilihat tidak selari dengan status Brazil sebagai sebuah negara ekonomi yang sedang meningkat naik. Miraglia (2016) membahaskan bahawa ketidaksamarataan yang berlaku di Brazil telah menyebabkan isu Transnational Organized Crime (TOC) semakin memburuk bilamana wujud penglibatan daripada masyarakat di kawasan favelas ke dalam TOC bagi mendapat akses kewangan. TOC di Brazil memperlihatkan bahawa pada tahun 2008, Brazil menjadi pusat transit penyeludupan dadah jenis kokain yang paling penting untuk dibawa ke Eropah melalui Afrika Barat dan Afrika Tengah bilamana sempadan Brazil telah didedahkan dengan sumber pengeluaran kokain terbesar di dunia iaitu Colombia, Peru dan Bolivia (United Nations Office on Drugs and Crime 2010: 98).

TOC dijalankan oleh tiga organisasi dadah terbesar dan berpengaruh di Brazil iaitu

(16)

membuktikan bahawa pengaruh globalisasi bukan sahaja menyediakan impak positif kepada negara dalam mewujudkan kebersalingantungan terhadap ekonomi, tetapi pada masa yang sama, globalisasi juga menyediakan paradigma negatif ke atas keselamatan insan Brazil apabila aktiviti jenayah rentas sempadan bergerak selari dengan perkembangan globalisasi. Dari suatu sudut yang lain, jika dilihat di dalam konteks teori sistem dunia, globalisasi berjaya mengalihkan status Brazil daripada negara peripheral kepada semi-pheriperal akibat daripada kedinamikan pembangunan ekonomi yang dijalankan, tetapi disebalik peralihan status negara, tidak dapat tidak, globalisasi sukar untuk mengangkat kepentingan pembangunan insan yang menekankan kepada konsep keselamatan individu berbanding negara ke suatu tahap yang lebih baik.

5.0 ANALISIS PERANAN NEGARA DALAM MENGHADAPI KRISIS EKONOMI GLOBAL

Pengaplikasian teori Keynes yang menekankan kepada peranan negara dalam berhadapan dengan krisis menerusi dasar monetari dan fiskal dapat dilihat menerusi peranan Lula da Silva yang begitu komited menggerakkan kerajaan agar dapat menjadi penampan kepada krisis yang dihadapi. Disebalik keadaan ekonomi dunia lumpuh dan mengalami kesan negatif yang berpanjangan akibat krisis ekonomi global pada tahun 2008, Brazil dilihat bergerak berlawanan dengan norma krisis. Statistik daripada World Bank (2016c) membuktikan bahawa terdapat peningkatan GDP sebanyak 7.5% pada tahun 2010. Pemulihan ekonomi yang luar biasa selepas krisis memberikan justifikasi bahawa ekonomi Brazil mempunyai daya tahan yang kuat. Terdapat beberap faktor yang mendorong kepada daya tahan Brazil terhadap krisis. Pertama, Brazil bertindak dengan bijak untuk tidak menerima bantuan daripada IMF sejurus selepas terkesan daripada krisis sekali gus membolehkan Brazil mengolah dasar ekonominya sendiri untuk berhadapan dengan krisis (Cunha et al. 2011: 701).

(17)

kepada pertumbuhan GDP Brazil pada tahun 2010 (Yun-Lin et al. 2013: 12). Oleh itu, ketiga-tiga faktor tersebut menjadi pendorong yang membawa kepada pemulihan ekonomi Brazil pada tahun 2010 berbanding AS yang hanya berjaya memulihkan kembali ekonominya pada tahun 2011.

Mengambil pendekatan struktur makroekonomi yang dipelopori oleh Keynes, maka peranan yang diambil oleh Brazil dalam menghadapi krisis perlu dilihat daripada dua sudut iaitu sebelum krisis (bermula tahun 2003 hingga tahun 2007) dan ketika serta selepas krisis (tahun 2008 hingga tahun 2011) serta perlu juga ditinjau dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Dari sudut ekonomi, bermula tahun 2003 iaitu ketika Lula da Silva memegang tampuk pemerintahan, beliau telah mengamalkan rangka makroekonomik ortodoks dalam menguruskan dasar ekonomi negara.8 Pada peringkat awal, Central Bank of Brazil (CBB) iaitu bank pusat bagi negara Brazil telah diberikan autonomi pengoperasian lebih luas bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi dicapai berbanding kepentingan politik. Selain itu, CBB menjadi legislator tunggal dalam mengurus hal ehwal institusi kewangan Brazil bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem kewangan. Hasil daripada autonomi pengoperasian yang lebih luas, maka CBB berjaya mengukuhkan rizab tukaran asing Brazil dengan baik. Malah, kadar faedah telah dikurangkan bagi membolehkan masyarakat Brazil membuat pinjaman untuk membuka perniagaan di dalam dan luar negara. Di samping itu, penguatkuasaan yang ketat oleh CBB terhadap institusi kewangan di Brazil telah menyebabkan kurangnya pendedahan institusi kewangan Brazil terhadap pasaran keselamatan pajak gadai (mortgage security market) AS yang mana ia menjadi punca meletusnya krisis ekonomi di AS (Filho 2011).

Tambahan pula, Brazil begitu menekankan kepada hubungan dengan negara-negara sedang membangun yang lain bagi mengurangkan kebergantungan Brazil terhadap negara maju. Sebagai contoh, hubungan Brazil dengan negara anggota BRICS menjadi suatu kelebihan kepada Brazil dalam merangka keperluan dasar ekonomi yang memenuhi kepentingan dan aspirasi negara. Selain itu, Brazil turut tidak memiiki hutang luar negara yang tinggi, malah hutang di dalam negara turut berada pada tahap yang baik (Cunha et al. 2011: 710). Bahkan, menerusi peranan BRICS jugalah, pada hari ini, Brazil menjadi pemberi sumbangan, pinjaman dan geran kepada pasaran dan organisasi antarabangsa menerusi New Development Bank dan Official Development Assistance (ODA) Brazil. Orientasi bantuan

8 Pengamalan dasar ekonomi ortodoks dicedok daripada usaha yang diperkenalkan oleh Fernando Henrique

(18)

ODA Brazil yang yang lebih tertumpu kepada hubungan negara selatan dengan selatan telah menyebabkan Brazil mengeluarkan dana yang banyak bagi membantu negara Selatan. Buktinya, di antara tahun 2005 hingga 2009, Brazil telah membelanjakan sebanyak USD$1.4 bilion untuk kerjasama pembangunan di negara-negara Selatan yang disalurkan menerusi organisasi antarabangsa. Di dalam jumlah tersebut, sebanyak USD$126 juta digunakan untuk bantuan teknikal, USD$139 juta bagi biasiswa pendidikan dan USD$79 juta bagi tujuan bantuan kemanusiaan (Hubner 2012).9 Peranan negara yang dimainkan oleh Brazil sebelum berlakunya krisis ekonomi global pada akhirnya berjaya membantu mengelakkan Brazil daripada terjerumus dalam krisis yang lebih mendalam.

Memandangkan pelaksanaan dasar ekonomi yang baik oleh Brazil sebelum krisis, maka Brazil turut peranan yang baik ketika dan selepas berlakunya krisis menerusi pengenalan dasar monetari dan fiskal. Menerusi dasar monetari, CBB telah mengubah dasar monetari dengan merendahkan “target rate policy” dan meningkatkan likuiditi dalam pasaran interbank. Selain itu, bagi mengelakkan berlakunya inflasi pada kadar yang tinggi, maka Brazil telah mengurangkan kadar faedah asas yang dikenali sebagai Special System for Settlement and Custody (SELIC) daripada 13.75% pada tahun 2008 kepada 8.75% pada tahun 2009. Kesannya, Brazil berjaya mencatatkan penurunan kadar inflasi kepada 4.3% (Cunha et al. 2011: 703). Selain itu, CBB telah mengawal jumlah dana institusi kewangan untuk memberi pinjaman manakala Kementerian Kewangan Brazil telah menyuntik dana sebanyak $R19 bilion untuk kegunaan pelbagai sektor kewangan. Dari sudut dasar fiskal pula, Brazil telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bagi menggerakkan kitaran ekonomi di dalam Brazil. Ketika krisis melanda, negara telah menyuntik dana sebanyak USD$20.4 bilion kepada ekonomi Brazil atas tujuan menggerakkan permintaan yang mana kerajaan telah memberi penekanan ke atas perbelanjaan negara secara besar-besaran, cukai dan subsidi bagi mengelakkan impak negatif krisis ke atas pasaran buruh dan aktiviti ekonomi yang lain (Filho 2011).

Bagi membantu kerajaan tempatan berhadapan dengan krisis, Brazil telah mengalihkan bajet kerajaan persekutuan kepada kerajaan tempatan. Disebabkan oleh kejatuhan hasil fiskal daripada aktiviti ekonomi berskala kecil di kerajaan tempatan, maka kerajaan memindahkan bajet negara kepada kerajaan tempatan sebanyak USD$1.1 bilion bagi mengembalikan semula aktiviti ekonomi yang telah lumpuh. Malah, dana yang diberikan oleh kerajaan pusat

9 ODA Brazil diuruskan oleh Brazil Cooperation Agency yang menyumbang kepada perluasan hubungan Brazil

(19)

membolehkan kerajaan tempatan mengurus pentadbiran tempatan dengan baik. Dari sudut percukaian pula, Brazil telah mengenakan potongan cukai sebanyak USD$7 bilion yang bertujuan untuk merangsang penggunaan (consumptions) dan membantu sektor yang teruk dilanda krisis. Sebagai contoh, cukai ke atas produk industri seperti automobil, peralatan elektrik perumahan dan bahan pembinaan bangunan telah pun dikurangkan. Manakala tempoh pengecualian cukai levi ke atas makanan ruji seperti gandum, roti dan tepung gandung telah dipanjangkan tempoh pengecualiannya (Barros 2010: 4) . Selain daripada pendekatan ekonomi, Brazil turut menggunakan peranan politik dalam menarik semula minat pelabur yang semakin berkurangan akibat krisis. Pada tahun 2008, Brazil telah mereformasikan institusi kehakiman negara dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan setiap keputusan Mahkamah Persekutuan menjadi precedent kepada kes baru sekiranya mendapat persetujuan dua per tiga hakim. Tujuan reformasi institusi kehakiman adalah untuk mengelakkan mahkamah daripada membuat keputusan baru bagi kes yang sama sekali gus mempercepatkan proses perundangan (Carrasco & Williams 2012: 109).

Dari sudut sosial pula, pakej rangsangan ekonomi Brazil dibuat atas dasar perlindungan infrastruktur, perumahan dan kebajikan bagi membantu masyarakat menghadapi isu keselamatan insan yang semakin membebankan ketika krisis. Sebelum krisis melanda, Lula da Silva telah giat memberi tumpuan pelaburan di dalam Growth Accelaration Program (PAC) iaitu sebuah inisiatif yang dilakukan bagi meningkatkan infrastruktur sosial masyarakat seperti membina rumah dan jalan raya serta meningkatkan sistem dan perkhidmatan sanitari, pembentungan, air dan elektrik. Bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka kerajaan telah menggaji rakyat untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan dan perkhidmatan (Bruera 2013). Pada ketika krisis sedang melanda, Brazil giat meneruskan projek-projek infrastruktur PAC dengan melabur sebanyak USD$5 bilion di dalam sektor awam dan swasta untuk projek infrastruktur dan sosial. Menerusi PAC juga, Brazil telah menjalankan program insentif dan subsidi kerajaan bagi pembinaan rumah yang dikenali sebagai Minha Casa dan

(20)

potongan cukai daripada 7% kepada 1% kepada program perumahan Minha Casa & Minha Vida dan 7% kepada 6% bagi lain-lain perumahan (Cunha et al. 2011: 708).

Di samping itu, bagi mengelakkan kemiskinan rakyat akibat daripada masalah pengangguran ketika krisis, maka kerajaan telah mengembangkan manfaat insurans penggangur dengan menyediakan bantuan kewangan sementara kepada penerima gaji berdaftar yang kehilangan pekerjaan. Malah, kerajaan turut menyediakan insurans sebagai sebagai penampan bagi mengelakkan kemiskinan masyarakat. Suatu hal yang menarik telah dilakukan oleh Brazil bagi menangani kemiskinan dan inflasi adalah Brazil telah meningkatkan gaji minimum ketika berlakunya krisis bilamana daripada tahun 2008 hingga tahun 2009, upah pekerja dinaikkan daripada USD$629.00 kepada USD$645.00. Menerusi penambahbaikan manfaat pasaran kerja dan peningkatan gaji minimum, maka sistem kebajikan sosial yang diamalkan oleh Brazil mempunyai lebihan sumber untuk menampung perbelanjaan kebajikan rakyat sekali gus mengurangkan kemiskinan (Ivo & Laniado 2012: 161).10

Pemerihalan mengenai peranan negara dalam mengecilkan jurang kemiskinan tidak boleh tidak, pasti bersangkut paut dengan progam yang dikenali sebagai Fome Zero (Zero Hunger) yang memiliki empat tujuan utama iaitu untuk menjana pendapatan rakyat, memperkukuhkan pertanian keluarga, meningkatkan akses kepada makanan dan memantapkan jaringan, mobilisasi dan kawalan sosial masyarakat (Menezes et al. 2012: 20). Di bawah program Fome Zero, terdapat beberapa inisiatif yang diperkenalkan antaranya adalah Bolsa Familia, National School Meals Program, Food Procurement Program dan banyak lagi. Bolsa Familia yang dimulakan sejak tahun 2003 merupakan contoh klasik inisiatif kerajaan dalam mencapai keselamatan insan yang lebih baik (Leaman 2015: 41). Dari tahun 2003 hingga 2006, sebanyak 11 juta keluarga miskin menerima manfaat Bolsa Familia dengan pendapatan isi rumah meningkat sebanyak 40%. Menjelang tahun 2011, telah mengurangkan kadar kemiskinan Brazil secara drastik daripada 24.9% kepada 11.1% (Neri 2010: 61). Ciri-ciri asas yang ditetapkan oleh Bolsa Familia adalah keluarga yang memiliki pendapatan bulanan di antara $R77.01 hingga $R154 dan pendapatan bulanan bagi kelas kemiskinan melampau di bawah $R77 layak mendapat bantuan kewangan yang ditetapkan oleh Ministry for Social Development and to Combat Hunger (Hellmann 2015: 8).11 Menariknya Bolsa Familia inilah

10 Bertitik tolak daripada sistem kebajikan sosial yang dilaksanakan ketika krisis, maka pada tahun 2009 sahaja,

seramai 55.13 juta rakyat telah menerima manfaat daripada dasar fiskal tersebut (Ivo & Laniado 2012: 161). 11 Syarat pendapatan bulanan bagi keluarga miskin dan miskin terlampau yang ditetapkan adalah berdasarkan

(21)

bilamana kerajaan mewajibkan bantuan kewangan diserahkan kepada ibu keluarga berbanding ayah atas tujuan mengurangkan ketidaksamarataan dalam intra-household (Neri 2010: 62).

Di bawah program Bolsa Familia juga, kanak-kanak berumur sifar hingga enam tahun perlu mendapatkan suntikan vaksin yang diwajibkan oleh pihak kerajaan manakala jagaan prenatal akan dijalankan kepada ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi (Hellmann 2015: 16). Dari sudut pendidikan pula, Bolsa Familia mewajibkan kanak-kanak dan remaja yang berumur di antara tujuh hingga 15 tahun untuk mendaftarkan diri ke dalam instutusi pendidikan. Selain itu, bagi menggalakkan suasana pendidikan yang kondusif dan bermanfaat serta mengurangkan kadar ketidakhadiran pelajar di sekolah, kerajaan telah menaikkan gaji guru khususnya di kawasan utara serta menyediakan latihan pendidikan kepada guru untuk diaplikasikan di sekolah (Alston et al. 2016: 11). Menerusi program Bolsa Familia, seramai 14 juta keluarga berjaya meraih manfaat dan Bolsa Familia diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi Award for Outstanding Achievement in Social Security oleh

International Social Security Institute pada tahun 2014 kerana keberkesanan dan kesungguhan Brazil dalam menjamin keselamatan ekonomi menerusi pengurangan kemiskinan, kesihatan dan makanan masyarakat (Hellmann 2015: 6). Sementara itu, di bawah National School Meals Program, kerajaan menyediakan makanan ketika waktu persekolahan pelajar di sekolah-sekolah awam bagi merangsang pertumbuhan biopsikologikal yang baik serta menggalakkan pembangunan, pembelajaran dan prestasi pelajar serta sekolah dan menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat. National School Meals Program telah berjaya memberi manfaat kepada seramai 45.6 juta pelajar setakat tahun 2012 dan dijangka lebih ramai lagi pelajar memperoleh hasil daripada program tersebut (Menezes et al. 2012: 21).

Selain itu, di bawah Food Procurement Program, kerajaan Brazil berusaha membantu para keluarga petani kecil dan sederhana dengan membeli secara terus hasil pertanian mereka untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah dan keluarga miskin yang lain. Malah, hasil tanaman

tersebut dijadikan “food public stock” bagi meregulasikan harga makanan. Keberkesanan

(22)

pentadbiran Lula da Silva bagi menangani isu keselamatan insan yang bukan hanya berlaku ketika krisis ekonomi global melanda semata-mata, tetapi telah diterapkan sejak beliau memegang tampuk pemerintahan dilihat sebagai refleksi kepada peribadi karismatik beliau yang mana Lula da Silva merupakan presiden Brazil pertama dilantik daripada kalangan bukan elit.12

6.0 CABARAN DALAM MEMPERTAHANKAN STATUS “THE EMERGING

ECONOMY”

Dasar monetari dan fiskal yang diperkenalkan oleh presiden terdahulu Brazil seperti Fernando Henrique Cardoso menerusi “Real Plan” dan Lula da Silva secara positifnya telah berjaya membawa Brazil ke suatu tahap ekonomi yang lebih baik bilamana Brazil berjaya meletakkan negara sebaris dengan kuasa-kuasa ekonomi yang lain seperti China dan India. Status “the emerging economy” yang dirangkul ketika pentadbiran Lula da Silva dan pendekatan “countercyclical” dalam menghadapi krisis ekonomi global pada tahun 2008 menerusi peranan negara sehingga menyebabkan Brazil diiktiraf sebagai antara negara yang mempunyai daya tahan yang kuat dalam menghadapi krisis telah menyediakan beberapa cabaran buat Brazil untuk terus berada dalam kelompok ekonomi terbaik dunia. Ironinya, meskipun matlamat akhir negara adalah bersangkut paut dalam hal ehwal ekonomi, namun cabaran yang perlu dihadapi oleh Brazil khususnya pasca pentadbira Lula da Silva secara keseluruhannya memerlukan penambahbaikan ataupun reformasi semula terhadap dasar yang melibatkan keselamatan insan. Cabaran yang dihadapi oleh Brazil dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu aspek ekonomi, sosial dan politik.

Dari sudut ekonomi, Brazil menghadapi dua cabaran utama. Pertama, Brazil menghadapi cabaran dari sudut bagaimana untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak pelabur asing melabur ke dalam Brazil sebagai salah satu sumber pertumbuhan GDP Brazil. Selepas Brazil berjaya memulihkan semula ekonomi pada tahun 2010, Brazil menunjukkan trend simpanan negara yang semakin menurun. Trend penurunan kadar simpanan di Brazil menurun daripada 19% daripada GDP pada tahun 2008 kepada 15% pada tahun 2012 disebabkan oleh pendekatan “countercyclical” yang digunakan oleh Brazil dalam menghadapi krisis ekoran berlakunya perbelanjaan besar-besaran negara terhadap penggunaan (consumption), suntikan dana dan peningkatan kadar upah minimum. Kesannya, ia mewujudkan isu ketidakyakinan pelabur untuk melabur di dalam Brazil. Selain itu, cabaran

(23)

dalam berhadapan dengan FDI turut diburukkan lagi dengan kadar faedah yang tinggi, cukai yang tinggi dan kurangnya infrastruktur yang kondusif bagi menarik perhatian pelabur di Brazil (Reis 2014: 13-14). Meskipun Brazil telah merangka pelbagai projek infrastruktur menerusi PAC, namun hakikatnya banyak projek-projek seperti jaringan pengangkutan dan fasiliti perkapalan tergendala kerana kelemahan belanjawan dan pentadbiran (Amann & Baer 2012: 415). Malah, program-program besar yang dilakukan di Brazil seperti Piala Dunia pada tahun 2014 dan Sukan Olimpik pada Oktober 2016 sudah pasti telah membantutkan lagi inisiatif kerajaan untuk menambahbaik infrastruktur untuk pelaburan.

Selain itu, sistem percukaian dan peraturan ekonomi yang kompleks melibatkan pelaburan dan perniagaan turut menjadi cabaran terbesar Brazil untuk mengekalkan kelangsungan ekonomi yang berdaya saing. Sistem percukaian dan peraturan ekonomi yang kompleks dengan adanya kadar faedah dan cukai yang tinggi akhirnya membawa kepada

peningkatan kos dalam menjalankan perniagaan di Brazil sehinggakan istilah “Brazil cost

menjadi istilah popular bagi pelabur dan pengamal ekonomi di Brazil (Carrasco & Williams 2012: 112-113). Ketidakterbukaan Brazil untuk menerima pelabur daripada boleh dilihat menerusi statistik yang dikeluarkan oleh World Bank (2016f) yang mana pada tahun 2015, Brazil berada di tempat ke 121 bagi urusan menjalankan perniagaan dan seterusnya meningkat ke tangga 123 pada tahun 2016. Sementara itu, bagi tahap kemudahan untuk memulakan perniagaan pula, Brazil berada di kedudukan 174 dengan tempoh masa selama 119 hari diperlukan untuk memulakan proses perniagaan (World Bank 2016g). Justeru, sebagai sebuah negara yang sudah pastinya tidak mahu meninggalkan ekonominya mundur ke belakang, Brazil seharusnya mula merangsang pelaburan dan kebersaingan pasaran seluas-luasnya dengan mengurangkan kadar faedah dan cukai kepada suatu kadar yang releven bagi semua pihak serta menyediakan infrastruktur yang baik. Brazil seharusnya sudah mula melihat keperluan untuk menstrukturkan semula sistem percukaian dan peraturan ekonomi bagi meningkatkan pelaburan.

(24)

yang lain, pergantungan pendapatan Brazil ke atas eksport komoditi sebenarnya amat berisiko kepada turun naiknya ekonomi Brazil. Ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan mapan, pergantungan yang begitu mendalam ke atas eksport ekonomi gergasi seperti China, India dan AS mendatangkan keuntungan kepada Brazil kerana wujudnya permintaan tinggi sehingga membolehkan ruang pekerjaan untuk masyarakat Brazil dibuka seluas-luasnya sekali gus menambah baik keselamatan insan di Brazil. Namun, sekiranya berlaku krisis, pergantungan terhadap eksport komoditi memberi ancaman kepada hasil negara kerana kurangnya permintaan daripada negara luar sehinggakan peluang-peluang pekerjaan terpaksa ditutup seperti mana yang berlaku di Brazil ketika krisis ekonomi global tahun 2008.

Menurut Casanova et al. (2015), Brazil merupakan rakan dagangan terpenting di China yang mengalami peningkatan eksport komoditi sepanjang tahun 2008 hingga tahun 2014 sebanyak 27%, menjadikan Brazil sebagai negara pengeksport kelima terbesar ke China selepas Venezuela. Justeru, situasi ini menyediakan dilema buat Brazil untuk berhadapan dengan kesan yang bakal disalurkan daripada rakan-rakan perdagangannya sehinggakan situasi yang dialami oleh Brazil wajar dilihat sebagai “...the mirage behind Brazil’s economic

miracle...” (McArdle 2014). Kebergantungan terhadap rakan perdagangan Brazil menyediakan cabaran buat Brazil dalam menilai sejauh manakah ekonomi Brazil bersikap matang dalam berhadapan dengan krisis ekonomi. Hubungan geografi Brazil yang berdekatan dengan AS sudah pasti tidak mampu menjarakkan Brazil daripada menerima kesan krisis. Bahkan, sebarang perubahan sistem mahupun peraturan yang dilaksanakan oleh AS sudah pasti akan memberi kesan kepada Brazil. Selain itu, kapasiti Brazil di dalam BRICS turut menjadi cabaran buat Brazil kerana didominasi oleh dua kuasa besar ekonomi iaitu China dan India yang sememangnya merupakan rakan kebergantungan Brazil.

(25)

luar bandar dan golongan miskin tidak menjadi keutamaan untuk menerima manfaat perbankan dan pekerjaan (Carrasco & Williams 2012: 114-115). Selain daripada isu kemiskinan, Brazil turut berhadapan dengan isu keselamatan kesihatan. Selain daripada ancaman kelaparan, pada hari ini, cabaran terbaru yang perlu dihadapi oleh Brazil adalah ancaman virus Zika yang telah menyebabkan kematian beribu-ribu penduduk di Afrika dan Asia. Persempadanan geografi yang luas dan pergerakan keluar masuk masyarakat dari luar negara ke dalam Brazil yang sukar dikawal dan dipantau menjadikan ia sebagai cabaran terbesar bagi Brazil. Virus Zika yang menular di Brazil sehingga menyebabkan seramai 2,000 individu disyaki menghidapi wabak virus Zika setakat Mac 2016 telah mengundang kekhuatiran kuasa ekonomi dunia seperti AS ekoran sempadan geografi Brazil yang berdekatan dengan AS (Szabo 2016). Penularan wabak penyakit seterusnya memberikan cabaran dari sudut ekonomi Brazil bilamana ancaman penyakit menyebabkan kurangnya tarikan pelabur untuk melabur di Brazil.

Di samping cabaran keselamatan kesihatan, penduduk di kawasan utara Brazil turut mengalami ancaman keselamatan pendidikan. Pada tahun 2010, Brazil mencatatkan peratusan tertinggi di Amerika Latin iaitu sebanyak 18.7% bagi pelajar sekolah rendah yang mengulangi tahun persekolahan (Amann & Baer 2012: 421). Sementara itu, Brazil turut berhadapan untuk dengan cabaran untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kelemahan pendapatan golongan pertengahan dan mengekalkan pertumbuhan untuk jangka masa panjang menerusi pendidikan. Bagi mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan produktiviti, maka tumpuan Brazil seharusnya terletak kepada pembangunan sekolah berasaskan vokasional ataupun teknikal, berbanding sekolah akademik. Walaupun wujud sekolah teknikal di Brazil, namun peratusan kemasukan adalah begitu rendah iaitu sebanyak 14% berbanding 36% di Chile dan 27% di Colombia (Reis 2014: 13). Oleh itu, pembangunan sekolah teknikal sebenarnya merupakan suatu inisiatif yang wajar ditekankan oleh Brazil bagi membolehkan kemahiran kendiri dibina bagi menyiapkan individu untuk berhadapan dengan pekerjaan yang diminati pada masa hadapan berbanding keterpaksaan untuk mengikuti akademik yang tidak sesuai dengan kemahiran yang dimiliki.

Isu keselamatan insan telah cuba dikurangkan oleh kerajaan menerusi beberapa program sosial seperti Bolsa Familia yang mana keluarga diberikan bantuan kewangan setiap bulan untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta

program pendidikan “Science Without Borders” yang bertujuan untuk menghantar 100,000

(26)

produktiviti masyarakat menerusi pendidikan (Carrasco & Williams 2012: 115). Namun begitu, sejauh manakah program-program tersebut benar-benar berjaya untuk mengurangkan ketidaksamarataan dalam masyarakat? Persoalan ini menjadi cabaran buat Brazil kerana dari sudut keberkesanan program, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Misalanya menerusi Bolsa Familia, manfaat kewangan yang disalurkan tidak benar-benar sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana wujud pelbagai takrifan dan kriteria dalam mendefinisikan kemiskinan. Malangnya bagi Brazil, takrifan kemiskinan lebih tertumpu kepada pertimbangan ekonomi sahaja yang melihat kepada pendapatan isi rumah tanpa melihat dengan lebih luas terhadap kekurangan keperluan asas seperti makanan, pakaian, perubatan, peralatan persekolahan dan pengangkutan (Menezes et al. 2012: 35-36). Oleh itu, disebalik berjuta-juta individu menerima manfaat daripada Bolsa Familia, realitinya lebih ramai lagi pihak yang tidak menerima manfaat daripada program ini.

Selain itu, cabaran Brazil dalam mempertahankan status “the emerging economy” turut

terpalit dengan persoalan sejauh manakah tindakan institusional Brazil berupaya dalam mengekang masalah jenayah rentas sempadan yang melibatkan dadah dan senjata api? Isu TOC bukanlah semata-mata berpunca daripada kemiskinan, tetapi hakikat yang harus diterima adalah ia merupakan isu alami (natural issue) yang sejak sekian lama berlaku kerana walaupun tiada kemiskinan sekali pun, keperluan individu terhadap dadah dan senjata api tetap wujud. Bahkan, TOC di Amerika Latin bukan sahaja melibatkan dadah dan senjata api sahaja, tetapi cakupan jenayah yang lain seperti penggubahan wang haram, pemerdagangan hamba seks dan jenayah siber turut menjadi polemik terbesar di Brazil dan Amerika Latin. Secara keseluruhannya pada tahun 2012, Brazil mencatatkan pendapatan “underground market” untuk

aktiviti TOC sebanyak USD$350 juta yang mana ia merupakan pendapatan terbesar Brazil di Amerika Latin (Muggah & Diniz 2013: 4). Pendekatan Brazil dalam menangani TOC menerusi

dasar “South American first” untuk berhadapan dengan isu penyeludupan dadah dan senjata

api, penggubahan wang haram dan jenayah siber sebenarnya dilihat membebankan Brazil. Dari sudut geografi, Brazil dikelilingi sebanyak 10 buah negara jiran yang merangkumi lebih daripada 15,000 kilometer sempadan fizikal dan 7,000 kilometer persisiran pantai. Justeru, keluasan geografi Brazil membataskan kawalan dan pemantauan terhadap pergerakan individu di kawasan sempadan yang kompleks (Finlay & Forman 2014: 20).

(27)

Oleh sebab itu, Brazil sebenarnya masih lagi kekurangan struktur kerjasama keselamatan yang padu dalam konteks menguruskan keselamatan dan pertahanan secara kolektif meskipun Brazil telah menandatangani sebanyak 25 perjanjian bilateral dengan negara jiran, Eropah, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Utara setakat tahun 2013 (Muggah & Diniz 2013: 19). Walaupun wujud kerjasama keselamatan antara negara, namun adakah setiap negara benar-benar komited terhadap usaha yang dijalankan? Sudah pasti wujud perbezaan usaha dan inisiatif oleh negara-negara terlibat dan hasil daripada kerjasama keselamatan turut menyediakan kesan yang tidak mungkin mampu mencapai tahap yang ditentukan atas faktor perbezaan kapasiti setiap negara dalam menangani isu TOC. Tambahan pula, penurunan perbelanjaan pertahanan Brazil semenjak tahun 2010 hingga tahun 2015 yang berada dalam lingkungan 1.35% daripada GDP setiap tahun (World Bank 2016h) menunjukkan isu TOC masih lagi bukan keutamaan.13 Pada masa yang sama, Brazil turut memiliki cabaran untuk berhadapan dengan AS dari sudut keyakinan AS terhadap Brazil sebagai pemimpin yang

berkebolehan untuk memerangi TOC kerana Brazil tidaklah dianggap sebagai “key centre of

influcence” berbanding China, India mahupun Rusia. Oleh itu, isu jenayah rentas sempadan

menjadi cabaran terbesar buat Brazil dalam mengekalkan status “the emerging economy” dan

pengekalan keselamatan insan kerana ia berkait rapat dengan ekonomi dan kepentingan nasional negara.

Akhir sekali, cabaran politik yang dialami oleh Brazil lebih terjurus kepada bagaimana Brazil menangani isu rasuah dalam memacu pentadbiran negara agar dapat membawa ekonomi Brazil setapak lebih maju ke hadapan? Isu ketirisan merupakan isu yang paling berat di Brazil yang berlaku semenjak pemerintahan kediktatoran ketenteraan di Brazil sehinggalah ke hari ini. Meskipun Brazil sudah memasuki fasa pendemokrasian, namun kerencaman sistem politik kepartian menyediakan polemik dalam memerangi ketirisan di Brazil. Brazil mempunyai lebih daripada 20 parti politik yang bersaing sesama sendiri untuk melaksanakan kepentingan parti mahupun individu yang mana rasuah menjadi langkah “terbaik” dalam mencapai sesuatu matlamat. Namun begitu, disebalik pelbagai matlamat yang ingin dicapai, ekonomi Brazil begitu terkesan tindakan ketirisan yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan. Sebagai contoh, skandal rasuah yang melibatkan firma minyak yang dimiliki oleh kerajaan iaitu Petrobras dengan syarikat-syarikat pembinaan terbesar di Brazil telah menyebabkan berlakunya penurunan FDI di Brazil khususnya yang melibatkan industri gas dan minyak.

13 Rentetan bebanan kos pembinaan stadium Olimpik dan pengurusan acara Sukan Olimpik di Rio De Janeiro

(28)

Kesannya, GDP Brazil mengecut sebanyak 3.8% pada tahun 2015, menjadikan ia sebagai penurunan terbesar sejak tahun 1990 (Kiernan & Jelmayer 2016). Walaupun skandal rasuah Petrobras bukanlah faktor tunggal pengecutan GDP Brazil pada tahun 2015, namun dapat ia menjadi justifikasi penting dalam merencanakan kesan rasuah ke atas ekonomi.

Selain itu, kes pendakwaan rasuah terbaru di Brazil yang melibatkan Dilma Rousseff kerana telah memanipulasi akaun kerajaan sehinggakan Rousseff dipecat daripada jawatan Presiden Brazil pada 1 September 2016 (BBC News 2016) memperlihatkan ketirisan dalam kalangan pemimpin masih lagi menjadi dilema buat Brazil dalam berhadapan dengan krisis rasuah. Bahkan, isu ketirisan dalam pembinaan pusat-pusat sukan Olimpik di Brazil sehingga ke hari ini masih lagi menjadi permasalahan kompleks yang perlu ditangani oleh Brazil.14 Justeru, rasuah menjadi polemik yang mungkin sukar untuk ditangani oleh Brazil meskipun pelbagai usaha reformasi institusi dan pentadbiran yang telah dijalankan, dan Brazil perlu menekankan cabaran rasuah sebagai keutamaan dalam mencari penyelesaian yang baik bagi

mempertahankan status “the emerging economy”.

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, krisis ekonomi global tahun 2008 telah memberian kesan sederhana kepada keselamatan insan di Brazil. Meskipun wujudnya impak, perlu ditegaskan kembali

bahawa krisis bukanlah faktor mutlak berlakunya “human insecurity” di Brazil kerana

hakikatnya, tanpa adanya krisis, “human insecurity” tetap akan wujud. Pengaruh globalisasi

yang begitu kuat sehingga aktiviti ekonomi global tidak lagi memerlukan peranan negara untuk turut serta dalam hal ehwal ekonomi telah menjadikan krisis ekonomi global 2008 sebagai

krisis terburuk dalam sejarah dunia berbanding “the great depression” pada tahun 1930 dan

krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998. Selain itu, disebabkan ketiadaan peranan negara sebagai pemain ekonomi yang terbaik jugalah, maka krisis yang dicetuskan oleh isu “ sub-prime” di AS telah meletus menjadi krisis ekonomi global. Bertitik tolak daripada situasi

tersebut, maka Brazil turut terkesan dalam menerima impak krisis. Bermula daripada kesan ke atas ekonomi negara, krisis kemudiannya semakin merebak kepada isu keselamatan insan yang melibatkan pekerjaan dan buruh (pekerja). Ekoran berlakunya peningkatan kadar pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan, maka Brazil terpalit dalam isu alami (natural issue) yang sejak sekian lama membelenggu Brazil iaitu kemiskinan. Walau

14 Carlos Lima iaitu pendakwa raya bagi skandal rasuah berkenaan dengan pembinaan pusat-pusat sukan Olimpik

(29)

bagaimanapun, krisis ekonomi bukanlah faktor mutlak berlakunya masalah kemiskinan di Brazil, tetapi ia sebagai katalis kepada masalah kemiskinan sedia ada. Wajar dikatakan bahawa pengamalan budaya ketidaksamarataan dari sudut upah, pekerjaan, pemilikan, pendidikan, warna kulit dan status menjadi pendorong utama kepada masalah kemiskinan. Justeru, isu kemiskinan tidak hanya bergerak secara tunggal kerana sudah pasti wujud polemik berkesinambungan iaitu isu kesihatan, pendidikan, jenayah rentas sempadan dan bahkan isu politik.

Meskipun terpalit dengan pelbagai isu tabu, krisis ekonomi global tahun 2008 sebenarnya telah menonjolkan kekuatan Brazil sebagai salah satu ekonomi terkuat dunia bilamana Brazil berjaya membuktikan sifat daya tahan ekonomi ke atas krisis. Sifat daya tahan tersebut sudah semestinya meletakkan peranan negara sebagai sumber kekuatan ekonomi. Menerusi pengaplikasian teori Keynes, maka pentadbiran Lula da Silva dilihat telah menggerakkan dasar struktural makroekonomi dengan menekankan pendekatan monetari dan fiskal secara “countercyclical” bagi menghadapi krisis. Tinjauan ke atas peranan negara dalam menghadapi krisis mendapati selain daripada pelaksanaan dasar monetari, Brazil sebenarnya amat menekankan dasar kebajikan sosial yang berusaha untuk mengeluarkan masyarakat daripada terhimpit dengan kemiskinan, kelaparan, kekurangan infrastruktur, isu pendidikan, kesihatan, masalah TOC yang melibatkan dadah, senjata api, pemerdagangan hamba seks dan jenayah siber. Kesannya, pertumbuhan ekonomi Brazil kembali pulih seawal tahun 2010 berbanding ekonomi AS yang hanya pulih sepenuhnya pada tahun 2011 dengan impak krisis dapat dirasai sehingga ke hari ini apabila AS masih lagi bertarung untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Pengaplikasian dasar monetari dan fiskal yang dipandu oleh negara telah membuktikan bahawa walau sebanyak mana pun campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi, ia sebenarnya tidaklah menjadikan situasi negara bertambah buruk. Bahkan, dalam pelbagai keadaan sekali pun, peranan negara masih lagi relevan, pada hakikatnya.

Walau bagaimanapun, setiap hal yang dilakukan oleh negara, pasti memiliki “kesan

pasca” yang tersendiri. Pada hari ini, Brazil menghadapi penurunan pertumbuhan GDP

(30)

countercyclical” yang diamalkan oleh Brazil ketika krisis yang mana Brazil telah membelanjakan berbilion-bilion dana untuk tujuan pelaburan sosial dan pemulihan ekonomi, maka ia telah menyebabkan simpanan negara semakin berkurangan. Justeru, permasalahan inilah menjadi cabaran Brazil pada hari ini untuk terus membawa negara ke peringkat yang

lebih baik demi mengekalkan status “the emerging economy”. Dalam menghadapi cabaran

(31)

RUJUKAN

Acharya, A. 2007. Human Security.

http://www.amitavacharya.com/sites/default/files/Human%20Security.pdf [Diakses pada 22 Disember 2016].

Alkire, S. 2003. A conceptual framework for human security. Centre for Research on Inequality, Human Security and Ethnicity (CRISE) Working Paper 2: 2-52.

Alston, A.J., Melo, M.A., Mueler, B. & Pereira, C. 2016. Brazil in Transition: Beliefs, Leadership, and Institutional Change. New Jersey: Princeton University Press.

Amann, E. & Baer, W. 2012. Brazil as an emerging economy: a new economic miracle?

Brazilian Journal of Political Economy 32(3): 412-423.

Barros, J.R.M. 2010. The Impact of the International Financial Crisis on Brazil. Real Instito Elcano: 1-7.

BBC News. 2016. Brazil President Dilma Rousseff removed from office by Senate. 1 September. http://www.bbc.com/news/world-latin-america-37237513 [Diakses pada 23 Disember 2016].

Bruera, H.F.G. 2013. Lula, the Worker’s Party and the Governability Dilemma in Brazil. New York: Routledge.

Buzan, B. 1991. New patterns of global security in the twenty-first century. International Affairs 67(3): 431-451.

Carrasco, E.R. & Williams, S. 2012. Emerging economies after the global financial crisis: the case of Brazil. Northwestern Journal of International Law & Business 33(1): 81-119. Casanova, C., Xia, Le & Ferreira, R. 2015. Measuring Latin America’s export dependency on

China. BBVA Research Working Paper 15(26): 1-25.

Centre on Budget and Policy Priorities. 2016. Chart book: the legacy of the great recession. 7 Disember. http://www.cbpp.org/research/economy/chart-book-the-legacy-of-the-great-recession [Diakses pada 19 Disember 2016].

Central Intelligence Agency. 2016. Brazil: the world factbook. 10 November. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/br.html [Diakses pada19 Disember 2016].

Cohen, M., Cook, M. & Isaacman, T.D. 2012. Introduction. Dlm, Cohen, M. (pnyt.). The Global Economic Crisis in Latin America: Impacts and Responses, hlm. 1-22. Oxon: Routledge.

Collins, A. (pnyt.). 2016. Contemporary Security Studies. Oxford: Oxford University Press. Cunha, A.M., Prates, D.M. & Filho, F.F. 2011. Brazil responses to the international financial

Referensi

Dokumen terkait

Data yang dikumpulkan adalah tinggi tanaman, jumlah ruas per tanaman, diameter batang, persentase tumbuh ratun pertama dan kedua, umur berbunga, umur panen, bobot biomas segar

Hubungan antara lingkungan kerja (X3) dengan produktivitas kerja (Y), dari hasil penelitian yang telah dilakukan secara bersama-sama variabel bebas mempengaruhi

Kegiatan PPL selain bertujuan memberikan bekal kepada mahasiswa praktikan agar memiliki kompetensi pedagogik, kompetensi kepribadian, kompetensi profesional, dan

4.4 Peranan Letnan Kolonel Eddie Soekardi dalam Upaya Penumpasan PKI- Muso di Madiun hingga Peristiwa Long March Siliwangi .... Ficky Ziaul

Bagaimana hasil yang muncul pada mahasiswa dalam pembelajaran dengan menggunakan situs Astana Gede sebagai sumber belajar untuk mengembangkan kesadaran sejarah

Para akhli Psikologi dan pendidikan pada umumnya berkeyakinan bahwa dua orang anak (yang kembar sekalipun) tidak pernah memiliki respon yang sama persis terhadap situasi

Bagian ini berisi identifikasi dari nama, nomor dan versi (jika ada atau jika sudah ada), dari item perangkat lunak (misalnya sistem operasi, kompilator, perangkat komunikasi, paket

Formula optimal dilakukan dengan melihat hasil uji karakter fisik matrik patch pada masing- masing formula dimana dalam uji karakter fisik matrik patch tersebut dicari respon