ISU-ISU KEPENGGUNAAN ISLAM SEMASA: ANALISIS
TERHADAP ISU PENGGUNAAN BAHAN BERUNSUR NAJIS
DALAM PRODUK-PRODUK MAKANAN DAN
FARMASEUTIKAL
SITI RAIHANA BT MAT JID
IGA 140039
HUKUM ISLAM SEMASA
(IFGH6322)
Jabatan Fiqh Dan Usul,
KUALA LUMPUR
DISEMBER 2014 SENARAI KANDUNGAN
PENGENALAN 3
ULASAN LITERATUR 6
BAB 1: NAJIS
Definisi Najis 7
Kejadian Najis 7
BAB 2: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM MAKANAN
Definisi Makanan
8
Bahan Najis Dalam Produk Makanan 9
BAB 3: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM FARMASEUTIKAL
Definisi Farmaseutikal 12
Definisi Ubat
Bahan Najis Dalam Farmaseutikal
12
BAB 3: ANALISA HUKUM BAHAN BERUNSUR NAJIS
Hukum Najis Dalam Produk Makanan
16
Hukum Najis Dalam Bidang Farmaseutikal 18
BAB 4: RUMUSAN DAN CADANGAN 20
BIBLIOGRAFI 21
PENGENALAN
Makanan merupakan antara benda asas yang paling penting selepas kewujudan air (H2o). Manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian. Di dalam makanan, terdapat sumber penting kepada badan manusia seperti karbohidrat, protein, mineral, lemak, dan vitamin. Sebagai contoh, karbohidrat adalah untuk penggunaan tenaga di dalam sistem tubuh badan manusia. Kita perlu cukup seimbang dalam pengambilan zat-zat makanan untuk kesejahteraan diri.1
1 Arsip Blog, Pengertian Fungsi Dan Sumber Protein, Karbohidrat, Lemak, Vitamin & Mineral,
Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah 2:168)
Pemakanan adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia kerana ia memberi impak yang besar terhadap tumbesaran dan akhlak seseorang.2 Islam menggariskan panduan dalam pemilihan makanan yang diberi keutamaan dari aspek halal dan baik.3
2 Lokman Ab. Rahman, Isu Halal Tiada Penghujung (Melaka: Alambaca Sdn. Bhd. & PKPU JAKIM, 2009) 31.
3 Nor Musfirah, 139.
c) Makanan tesebut adalah selamat dan tidak memudaratkan.
d) Makanan tersebut tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang dicemari bahan-bahan najis mengikut hukum syara.
e) Makanan tersebut atau ramuannya tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan syara.
f) Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutan, makanan tersebut diasingkan dari makanan lain yang tidak menepati keperluan seperti dalam perkara a) b) c) d) atau e) di atas atau bahan-bahan lain yang telah disahkan najis mengikut hukum syara.5
Sebagai umat Islam yang ingin diredhai Allah di dunia dan akhirat, kita bukan sahaja perlu menjaga kualiti makanan kita, bahkan juga menjaga status kehalalan dan kebaikan makanan yang akan diproses dan dihadam di dalam tubuh kita, seterusnya menjadi ketulan hati. Yang mana akhirnya melahirkan jati diri kita sama ada insan yang baik atau tidak baik. Hati adalah juzuk terpenting dalam diri manusia. Ia ibarat raja atau penguasa dalam diri. Hatilah yang menentukan arah tuju kehidupan. Ramai kalangan umat Islam prihatin tentang makanan yang halal ini sangat sensitif dengan perkara ini. Bayangkan jika ada restoran yang menulis dengan tulisan tangan
“pork free” bagi menyatakan bahawa restoran tersebut tidak menghidangkan makanan haram iaitu khinzir. Bagi restoran yang menulis
perkataan ini sewajarnya memahami tujuannya dan tahu konsep halal dan haram.6
Soal berkaitan isu halal dan haram ini bukan sahaja terletak kepada persoalan tiada hidangan daging yang haram, malah lebih jauh dari itu, iaitu bagaimana makanan ini diperoleh daripada sumber yang halal.7
Manakala dalam bidang farmasi pula, ubat-ubatan tidak terlepas dari penggunaan umum manusia, di mana sumber ubat yang digunakan terdiri dari beberapa kelompok bahan-bahan iaitu sumber manusia, sumber haiwan, sumber tumbuhan, sumber tanah, dan sumber air. Namun begitu, melalui teknologi moden pada masa ini, kebanyakan ubat menggunakan bahan sintetik yang berkait rapat dengan alkohol, gelatin dan dadah. Jadi, sebagai pengguna Islam, isu-isu yang bersangkutan dengan halal dan haram sesuatu ubat itu amat dititikberatkan, supaya kita mendapat mutu dan kualiti kebersihan seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.8
Kajian ini hanya menggunakan kajian perpustakaan. Pengkaji hanya melihat kepada buku-buku tanpa menjalankan kajian di luar. Justeru itu, suatu analisis akan dibuat untuk menilai fenomena di dalam isu-isu kepenggunaan Islam pada masa kini, iaitu penggunaan bahan-bahan tidak halal yang mengandungi unsur najis di dalam sektor pembuatan makanan dan farmaseutikal.
6 Dr. Aminudin Mansor, Pentingnya Isu Halal Dan Haram (Sinar Harian, 2013)
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pentingnya-isu-halal-dan-haram-1.214990 (akses November 27, 2014).
7 Ibid.
ULASAN LITERATUR
Secara umumnya, pengkaji telah membuat sorotan kajian-kajian lepas terhadap tajuk berkaitan dengan bahan berunsur najis dalam produk-produk makanan dan farmaseutikal. Kajian-kajian lepas dilakukan bagi melihat pengkajian yang pernah dilakukan seterusnya mengisi kelompongan yang terdapat pada isu yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji membahagikan sorotan kajian lepas kepada dua pengkelasan iaitu konsep najis, iaitu najis dalam makanan dan najis dalam farmaseutikal, dan hukum bahan berunsur najis.
Bagi isu makanan dan minuman berunsur najis dikupas dalam buku “Halal Food Production”9, Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru”10, “Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut Perspektif Syarak”,11
Kedua: Hukum bahan berunsur najis
Dalam memperkatakan tentang hukum bahan berunsur najis ini, antara kitab-kitab yang menjadi sumber rujukan utama penulis ialah, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari,12Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah,13 Mausu’ah al-Imam
al-Shafie: Kitab al-Umm,14 dan Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh Jamial al-Tirmizi15.
BAB 1 : NAJIS
Definisi Najis
Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik seperti darah, air kencing dan tahi. Najis dari segi istilah dibahagikan kepada dua iaitu najis hakiki dan najis
hukmi. Najis hakiki: Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat. Najis hukmi:
9 Mian N. Riaz dan Muhammad M. Chaudry, Halal Food Production (London: Crc Press, t.t.) 115-120.
10 Mohd Noorizzuddin Nooh, Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru (Negeri Sembilan: USIM, 2007).
11 Nor Musfirah Bt Mohamad, Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut Perspektif Syarak (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012)
12 Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalani, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, Jil. 9, (t.tp., t.p., 2001) 564-565.
13 Abd al-Rahman ibn Muhammad al-Najdi, Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah, jil.21, (Kaherah: Dar al-Wafa’, t.t.) 611.
14 Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Shafie, Mausu’ah al-Imam al-Shafie: Kitab al-Umm, jil. 3, (Beirut: Dar Qutaibah, 1996) 534-535.
Perkara yang merangkumi anggota-angota badan yang menghalang sah solat. Seperti hadas kecil dihilangkan dengan berwuduk, manakala hadas besar dihilangkan dengan mandi.16
Kejadian Najis
1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut. (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mazi)
2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah) 3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis.
**(Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang).17
BAB 2: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM MAKANAN
Definisi Makanan
Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal dan cair. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa,
16 Wahbah al-Zuhaili, 259.
17Cikgu Faizah, Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya,
warna dan bau yang berlainan. Terdapat makanan savouri18 dan makanan manis. Makanan merupakan keperluan asas atau primer setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contoh pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu kurang berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan. Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina, aktiviti seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim dan tahap kesihatan.19
Kita sebagai umat Islam yang ingin menjaga kemaslahatan diri , perlu mengambil kira soal halal dan haram makanan kita. Makanan dibahagikan kepada dua, boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Antara makanan haram seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Telah diharamkan ke atas kamu bangkai binatang, darah, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, dipukul, jatuh dari atas, yang ditanduk, yang mati diserang oleh binatang buas, (kecuali yang sempat kamu sembelih) dan yang disembelih untuk berhala”. (al-Maidah 5: 3)
18 Sejenis herba.
19 Wana & Lynn “Makanan Dan Pemakanan” Perak: Tanjung Malim,
Bahan Najis Dalam Produk Makanan
1) Binatang yang tidak disembelih
Sembelihan bermakna menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.20 Binatang yang disembelih mengikut kaedah ini adalah kaedah terbaik dalam proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.21
Electro Encephalograph (EEG) dipasang pada otak lembu bagi mencatat darjah rasa sakit ketika disembelih. Electro cardiograph (ECG) dipasang di jantung lembu untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar ketika disembelih. Lembu disembelih mengikut syariat islam dan menggunakan kaedah mesin yang digunakan oleh barat.22
Dari hasil kajian prof Schultz dan Dr Hazim di Hannover University Jerman dapat diperoleh kesimpulan bahawa: Penyembelihan menurut syariat islam menunjukan pada 3 saat pertama selepas ternakan disembelih tercatat tidak ada perubahan pada graf EEG, bermakna tidak ada rasa sakit. Setelah itu, ECG pada jantung merakam aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota badan dan mengepamnya keluar. Ia merupakan refleksi gerakan koordinasi antara
20 Wahbah al-Zuhaili, 292.
21 Nizarazu, Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan,
http://www.nizarazu.com/kenapa-haiwan-mesti-disembelih-sebelum-dimakan/ (akses November 28, 2014)
22 Detik Islam, Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih,
jantung dan saraf tunjang. Ketika darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di bahagian leher, grafik EEG tidak naik tetapi turun kepada angka sifar. Ia menepati prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.23
Ia amat berbeza dengan kaedah secara pengsan/ dibius / disetrum / dipukul kepalanya di Barat, yang mana menghasilkan daging yang tidak sihat dan tidak sesuai dimakan. Timbunan darah beku yang tidak keluar selepas ternakan mati merupakan medium bagi bakteria pengurai tumbuh dan merosakkan kualiti daging.24
2) Al-Jallalah
Al-jallalah ialah kategori haiwan yang memakan atau diberi makanan kotor dan najis25 sama ada secara berkala dan konsisten, atau pun sebahagian besar dietnya adalah makanan kotor atau tahi. Haiwan ini pada asalnya adalah halal dimakan, namun disebabkan tabiat pemakanannya yang tidak bersih telah mengakibatkan perubahan bau, warna dan rasa asal isinya.26
Isu semasa berkaitan ternakan haiwan yang boleh diqiyaskan dengan haiwan al-jallalah adalah seperti penternakan ikan patin dan ikan keli yang dibesarkan dan diberi makanan kotoran serta najis, dan lembu Kobe yang diberi minuman wain sejak dari kecil.27
23 Ibid.
24 Ibid.
25 Muhammad bin Mukrim Ibn Manzur, Lisan al-Arab (t.tp., Dar Sadir, 1990) 664.
26 Nazih Hammad, Al-mawad Muharramah wa Najisah fi Ghiza’ wa Dawa’ Baina al-Nazariyyah wa al-Tatbiq, 16.
3) Bakteria
Bakteria merupakan organism satu sel yang terdapat dalam pelbagai saiz dan struktur. Bakteria yang yang menjadi punca pencemaran makanan contohnya seperti Salmonella, Escherichia coli, Staphylococcus aureus, dan Clostridium perfringens.28
Antara isu membabitkan produk bioteknologi seperti yogurt yang dihasilkan daripada aktiviti fermentasi oleh bakteria yang dipencilkan bersumberkan najis bayi. Bagaimanapun, bahan pada asalnya berunsur najis selepas melalui proses pemindahan dan pemencilan bakteria baru melalui kaedah mikrobiologi yang mana bahan akhirnya dikategorikan sebagai halal kerana tidak lagi tercemar dengan najis bayi.29
Ini berteraskan konsep istihalah. Ia dihuraikan sebagai perubahan dan pertukaran sesuatu bahan kepada bahan lain yang meliputi pertukaran zat dan sifat.30 Misalnya, perubahan bentuk fizikal dengan mengekalkan kandungannya seperti air membeku dan berubah menjadi ais.31
Terdapat dua pandangan berkenaannya, pendapat pertama yang memperluaskan pemakaiannya adalah dari kalangan mazhab Hanafi,32 Maliki,33 dan Ibn Hazim al-Zahiri.34 Mereka merealisasikan teori istihalah
28 Sanitasi Makanan, Bakteria,
https://fififini.wordpress.com/punca/mikroorganisma/bakteria/, (akses November 28, 2014).
29 Harian Metro, Najis Halal, Kolum Setempat, (19 Dis 2012) 29.
30 Majlis al-A’lali al-Syuun al-Islamiah, Mausuat Jamal Abdul Nasir fi al-Fiqh al-Islam (t.tp., t.p, 1309H), 7.
31 Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Ali al-Husaini al-Jurjani, al-Takrifat (Beirut: Dar al-Nafais, 2000), 23.
32 Alaudin Ai Bakar bin Mas’ud al-Kasani, Badai’ Sanai’ Fi Tartib al-Syarai’ (Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah, t.t) 442.
33 Muhammad bin Ahmad bin Arafah al-Dusuqi, Hasyiyat al-Dusuqi ala Syarh al-Kabir
(Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah, 1980) 50.
dalam skop yang lebih umum. Mereka menerima teori ini sebagai salah satu proses yang boleh mengubah sesuatu benda najis kepada sesuatu yang suci sama ada terjadi secara semula jadi seperti melalui proses pemeraman arak menjadi cuka atau tidak semula jadi menerusi percampuran dengan bahan lain.35
Pandangan yang kedua menyempitkan realisasi teori istihalah
kepada aspek tertentu sahaja. Pandangan ini didokong oleh ulama dari kalangan mazhab Syafie dan Hanbali. Mereka berpendapat bahawa sesuatu bahan yang najis tidak boleh menjadi suci dengan berubah sifatnya kecuali tiga keadaan. Pertama, arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya. Kedua, kulit binatang yang mati selain daripada anjing dan babi menjadi suci apabila disamak. Ketiga adalah sesuatu yang berubah menjadi haiwan seperti haiwan berubah menjadi ulat kerana berlaku suatu kehidupan yang baru.36
Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia.37
BAB 3: BAHAN BERUNSUR NAJIS DALAM FARMASEUTIKAL
Definisi Farmaseutikal
35, Mohammad Aizat Jamaludin & Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, 174.
36 Wahbah al-Zuhaili, Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, juz 1, cet.4 (Damsyiq: Dar al-Fikr, 1997) 100.
37 E-Fatwa “Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt” JAKIM,
Berkaitan dengan ubat-ubatan atau farmasi.38
Definisi Ubat
Ubat ialah bahan bagi meringankan, merawat, menyembuh, ataupun mencegah penyakit manusia serta meningkatkan taraf kesihatannya. Ubat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan bentuk. Ubat bukan sahaja boleh dimakan ataupun diminum seperti lazimnya, namun boleh juga digunakan dengan pelbagai cara seperti melalui dubur, faraj, suntikan, ditampal di atas kulit, ditanam di bawah kulit, disapu dan sebagainya.39
Bahan Najis Dalam Farmaseutikal
1) Gelatin
Bagi farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras, kapsul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan. Prof. Abdul Karim Alias, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah dari Fakulti Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia menjelaskan terdapat dua jenis gelatin yang dihasilkan di seluruh dunia. Jenis itu ialah jenis A dan jenis B.
1. Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan porcine iaitu babi. Gelatin ini diproses menggunakan asid dan boleh menghasilkan kuantiti gelatin yang banyak dan berkualiti.
2. Gelatin jenis B pula diproses menggunakan alkali ataupun air kapur dan menggunakan sumber tulang serta kulit-kulit haiwan bovine 38 Pusat Rujukan Persuratan Melayu “ Farmaseutikal” Dewan Bahasa dan Pustaka,
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=farmaseutikal (accessed November 09,2014).
seperti lembu, kambing dan kerbau. Gelatin yang dihasilkan sedikit kuantitinya berbanding dengan babi.
2) Alkohol
Dalam ilmu kimia, alkohol adalah sebatian organik di mana kumpulan
hydroxyl (-OH) terikat dengan atom karbon daripada kumpulan alkil. Formula ringkas untuk acyclic alcohol adalah CNH2N+1 OH. Secara umumnya, perkataan alkohol yang terdapat di dalam arak atau minuman keras merujuk kepada alkohol jenis etanol. Etanol haram digunakan dalam Islam sama ada bagi diminum, digunakan pada pakaian ataupun sebarang kegunaan. Perkara ini kerana etanol dihasilkan melalui proses penapaian yang menjadikannya najis. Terdapat beberapa jenis alkohol lain seperti alkohol isopropil (propan-2-ol) atau propanol, alkohol kayu (alcohol metil) atau metanol, dan juga butanol. Pembentukan alkohol ini berdasarkan bilangan kumpulan hydroxyl (-OH) yang terikat dengan atom karbon daripada kumpulan alkil. Berbeza dengan etanol, alkohol jenis ini tidak dihasilkan secara besar-besaran.40
Etanol memberi kesan kepada sistem saraf sentral (otak dan pemikiran) yang menyebabkan rasa mengantuk, mabuk dan ketagihan. Selain daripada itu, pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan kerosakan organ-organ lain termasuklah hati dan penyebab kanser. Manakala metanol mempunyai kesan yang lebih berbahaya kerana ia adalah racun yang boleh menyebabkan keadaan buta dan kematian.41
40 Scribe, Chapter 2: Carbon Compounds, http://www.scribd.com/doc/219239619/Chapter-2-Carbon-Compunds (akses November 29, 2014)
Pada zaman moden ini, alkohol bukan sahaja dihasilkan melalui proses fermentasi (penapaian) karbohidrat daripada buah-buahan dan biji-bijian, bahkan kebanyakannya dihasilkan melalui proses hidrasi alkenes daripada pemecahan petroleum dan juga proses oxo (katalis). Di sini, alken bertindak balas dengan karbon monoksida dan hidrogen. Proses-proses ini disifatkan lebih bersih berbanding proses penapaian.42
Fungsi etanol dalam makanan lebih dikenali sebagai pelarut. Pelarut adalah bahan yang boleh melarut sesuatu bahan lain.43 Pelarut pembawa digunakan untuk membantu penyebaran warna, rasa, agen pengemulsi dan bahan tambahan makanan. Manakala pelarut ekstraksi digunakan untuk mengekstrak minyak dan lemak dari pengeluaran yang belum diolah dan semi-olahan.44
3) Dadah
Dadah pada umumnya adalah bahan yang banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan. Seperti mana arak, dadah juga memabukkan, mengkhayalkan dan menjadikan si penggunanya ketagih. Dadah merosakkan akal, fikiran dan sistem-sistem lain di dalam badan.
42 Culby Halaqah Cinta, Bancuh Alkohol Cikit,
http://culbyhalaqahcinta.blogspot.com/2012_08_01_archive.html (akses November 29, 2014)
43 Noresah bt Baharom et. Al., Kamus Dewan, ed. 3, cet. 7, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002) 770.
Malah menimbulkan pelbagai gejala dan impak buruk yang besar dalam masyarakat.45
Dadah dalam perubatan:
A) Bahan narkotik- bahan ini merujuk kepada candu dan hasil-hasilnya sama ada bersumberkan tumbuhan pokok popi ataupun secara sintetik. Dadah jenis ini digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat penahan sakit bagi menghilangkan kesakitan yang teruk kerana serangan jantung akut, kanser dan sakit bersalin. Contoh ubat yang biasa digunakan adalah morfin dan pethidin serta kodein (ubat batuk).
B) Ganja- dikenali sebagai marijuana dan kanabis terhasil daripada tumbuhan jenis cannabis sativa dan cannabis indica. Dadah jenis ini pernah dijadikan ubat penahan sakit pada suatu ketika dahulu. Sekiranya disalahgunakan, ia menyebabkan mual, muntah, cirit-birit, mata merah, dan kekejangan. Pada dos yang tinggi pula, ia menyebabkan khayal dan menjadikan penggunanya tidak siuman.
C) Kokain- terhasil daripada daun koka. Dalam bidang perubatan, ia digunakan bagi membius dan menghentikan pendarahan. Kokain memberi kesan negatif seperti gangguan bayangan ilusi fantasi dan menghilangkan
perasaan malu. Apabila berlebihan, ia boleh menyebabkan sawan dan membawa kematian akibat sesak nafas dan keracunan.46
BAB 4 : ANALISA HUKUM BAHAN BERUNSUR NAJIS
Hukum Najis Dalam Produk Makanan
1) Binatang yang tidak disembelih
Hukum sembelihan merupakan syarat yang mengharuskan binatang darat dimakan. Tidak ada satu pun binatang yang boleh dimakan
menjadi halal untuk dimakan tanpa disembelih secara syara’.47 Ulama mengatakan hukum haram memakan binatang yang tidak disembelih mengikut syariah Islam48 berdasarkan surah al-Maidah, ayat 3.
2) Al-Jallalah
Pandangan yang mengharuskan makan al-jallalah dikemukakan oleh Hassan al-Basri dan Malik r.a.49 Dalam keadaan ini, Imam Malik mensyaratkan haiwan al-jallalah tersebut dikuarantinkan atau dikurung terlebih dahulu dan berlaku proses perubahan. Proses di sini merujuk perubahan zat di dalam badan haiwan tersebut apabila unsur–unsur kekotoran atau najis yang ada bertukar menjadi suci dan halal untuk dimakan.50
Pandangan kedua pula adalah tidak harus dimakan sebagaimana diutarakan oleh Ahmad ibn Hanbal, al-Shafie dan Abu Hanifah. Ahmad ibn Hanbal mengatakan haram, manakala al-Shafie mengatakan makruh,51 dan Abu Hanifah mengatakan makruh tanzih.52
Sebagaimana maksud sabda Nabi s.a.w.:
47 http://watashi-izuan.blogspot.com/2009/05/tesis-konsep-penyembelihan-binatang-dah.html (akses 5 Disember, 2014)
48 Syeik Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Majmuk Fatawa Wa Maqalat al-Mutanawwiat, juz. 23.
49 Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalani, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, Jil. 9, (t.tp., t.p., 2001) 564-565.
50 Abd al-Rahman ibn Muhammad al-Najdi, Majmuk Fatawa Syeikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah, jil.21, (Kaherah: Dar al-Wafa’, t.t.) 611.
51 Abu Abdillah Muhammad bin Idris al-Shafie, Mausu’ah al-Imam al-Shafie: Kitab al-Umm, jil. 3, (Beirut: Dar Qutaibah, 1996) 534-535.
“Rasulullah s.a.w. melarang daripada memakan daging keldai ternakan dan dilarang makan haiwan
al-jallalah sama ada menunggang dan memakan dagingnya”.53
Pada pandangan penulis, harus memakan al-jallalah sekiranya tidak didapati makanan selainnya. Sekiranya, masih banyak lagi pilihan lauk-pauk, contohnya realiti kita di Malaysia, maka tidak harus memakan al-jallalah kerana terdapat kotoran yang masih melekat pada isi dan darah daging haiwan al-jallalah.
3) Bakteria
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004, telah membincangkan mengenai hukum menggunakan bakteria yang diambil daripada najis bayi sebagai agen pemangkin dalam yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah mutanajjis.54
53 Muhammad Abd al-Rahman ibn Abd al-Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi bi Syarh Jamial al-Tirmizi, “Bab al-At’imah an Rasulillah, Kitab Ma Ja’a fi Akli Luhumi al-Jallalah wa Albaniha”, hadis no. 1884. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1990) 549-550.
diambil-daripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin-Pada pandangan penulis, fatwa lebih diterima pakai kerana bakteria yang asalnya diambil dari najis bayi telah melalui pelbagai peringkat pengasingan di dalam makmal.
Hukum Najis Dalam Bidang Farmaseutikal
1) Gelatin
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah memutuskan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.55
Penulis berpendapat dengan pandangan fatwa kebangsaan yang mengharuskan penggunaan gelatin kerana ia telah melalui pelbagai saringan di dalam makmal dan menggunakan kaedah umum al-balwa.56
2) Alkohol
55 E-Fatwa, Gelatin Dalam Ubat, www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat (akses Disember 1, 2014).
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan alkohol yang terhasil daripada proses selain daripada penapaian adalah suci.57 Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memilih pendapat yang mengatakan alkohol yang dihasilkan mengikut proses ini tidak najis. Begitu juga dengan Fatwa Lajnah al-Azhar dan Fatwa Lajnah Daimah Saudi.58
Nadwah Fikah Perubatan Islam ke-8, anjuran Pertubuhan Ilmu-ilmu Perubatan Islam yang berlangsung di Kota Kuwait dari 22-24 Mei 1995 merumuskan:
“Alkohol tidak najis dari segi syarak. Maka tidak menjadi kesalahan menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci (antiseptik) pada kulit dan kecederaan, ubat-ubatan serta pembunuh kuman. Ia tiada kaitan dengan arak”.59
Resolusi 11, Majlis Akademi Fikah, Jeddah dalam mesyuarat kali ke-3, 1986 memutuskan:
“Diharuskan pesakit Islam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi alkohol dalam kuantiti yang khusus sekiranya tidak didapati ubat-ubatan lain yang bebas alkohol atas nasihat dan preskripsi doktor yang dipercayai lagi amanah”.60
Pada hemat penulis, alkohol yang digunakan di dalam ubat adalah harus untuk kegunaan kerana ia melalui pelbagai proses dan diuji di dalam
57 Yusoff al-Qaradawi, Fiqh Toharah, (Beirut).
58www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat
59http://al-ahkam.net
makmal dan selagi ia tidak mendatangkan illah kemabukan seperti mana arak.
3) Dadah
Penggunaan dadah dalam perubatan, merawat pesakit dalam situasi
dharurat perlu mengambil kira kaedah Usul Fikah berikut:
1. Dharurat mengharuskan perkara yang diharamkan. Namun,
kelonggaran yang diberikan semasa dharurat hanya dihadkan pada waktu darurat itu sahaja.61
2. Kemudaratan yang lebih besar dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan.62
Penulis berpendapat bahawa penggunaan dadah di dalam ubat-ubatan adalah harus selagi mana ia berada di bawah pengawasan orang yang bertanggungjawab terhadapnya.
BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN
61 ‘Uthman Shubayr Qawa‘id Kulliyyah wa Dawabit Fiqhiyah fi Shari‘ah al-Islamiyyah, (Jordan: Dar al-Nafa’is)
Daripada perbahasan di dalam bab-bab yang terdahulu, dapatlah dirumuskan bahawa:
Sehingga kini, Malaysia masih belum dapat menghasilkan produk-produk Muslim sendiri, yang mana tidak melibatkan penggunaan bahan berunsur najis dalam makanan dan ubat-ubatan. Contohnya, semua gelatin di pasaran adalah produk yang diimport dari India, Pakistan, China, Brazil, dan Argentina.63 Sebagai pengguna Muslim, kita perlu mencari alternatif lain yang bersumberkan tumbuhan seperti Vegicaps Soft.
Sains dan teknologi semasa perlu bertindak lebih aktif supaya berupaya menghasilkan sumber bahan alternatif Muslim bagi produk makanan dan juga farmaseutikal yang mana ia bukan lagi diperoleh melalui alami tetapi dapat dilakukan secara sintetik atau menggunakan bahan tiruan yang halal dan baik. Salah satunya adalah menggunakan kaedah bioteknologi.
Masyarakat Islam semasa masih tidak ada kepakaran dalam bidang farmaseutikal kerana ia dipelopori oleh golongan bukan Islam. Isu ini juga masih berpanjangan, kerana belum ada rasa keinginan untuk masyarakat Islam menceburkan diri dalam bidang ini. Sedangkan usaha untuk mewujudkan bahan farmaseutikal yang halal adalah wajib bagi kita sebagai Muslim.
Keperluan kepada lebih banyak kajian sains dijalankan adalah sesuatu yang dititik beratkan untuk menyatakan status halal kepada sumber atau
punca bahan-bahan halal sangat penting sebelum standart piawaian dicadangkan untuk penyediaan panduan industri.64
BIBLIOGRAFI Bahasa Arab:
Al-Dusuqi, Muhammad bin Ahmad bin Arafah. Hasyiyat al-Dusuqi ala Syarh al-Kabir. Kaherah: Dar Ihya’
Kutub al-Arabiyyah, 1980.
Al-Jurjani, Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Ali al-Husaini. al-Takrifat. Beirut: Dar al-Nafais, 2000.
Al-Kasani, Alaudin Ai Bakar bin Mas’ud. Badai’ Sanai’ Fi Tartib al-Syarai’.
Beirut: Darul Kutub al-Ilmiyyah, t.t.
Al-Qaradawi, Yusof. al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah, 1977.
Al-Zuhaili, Wahbah. Fiqh al-Islam Wa Adillatuh. juz 1, cet.4, Damsyiq: Dar al-Fikr, 1997.
Ibn Hazim, Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said. al-Muhalla. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1988.
Ibn Manzur, Muhammad bin Mukrim. Lisan al-Arab. t.tp., Dar Sadir, 1990.
Majlis al-A’lali al-Syuun al-Islamiah, Mausuat Jamal Abdul Nasir fi Fiqh al-Islam. t.tp., t.p, 1309H.
Nazih Hammad. Mawad Muharramah Wa Naiasah Fi Ghiza’ Wa al-Dawa’ Baina al-Nazariah Wa
al-Tatbiq. Damsyik: Dar al-Qalam, 2004.
Bahasa Melayu:
Al-Hillawi, Muhammad. Mereka Bertanya Tentang Islam. Jakarta: Gema Insani Press, 1998.
Anisah Ab Ghani & Muhammad Safri Ismail. “Penentuan Piawaian Alkohol Dalam Makanan Yang
Dibenarkan Dari Perspektif Islam”, no. 7, Jurnal Fiqh 2010.
Bahagian Kawalan Penyakit. Garis Panduan Pengendalian Penyalahgunaan Amphetamine Type Stimulant
(ATS) Dan PSikostimulant Lain Di Peringkat Primer Dan Komuniti. Kuala Lumpur: Pertubuhan
Kesihatan Sedunia Who, 2013.
Harmy Mohd Yusoff, Dr., Syamsul Kamal Abdullah, Ustaz, Rosediani Muhamad. Fikah Perubatan. Kuala
Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd, 2011.
Mohammad Aizat Jamaludin & Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. “Teori Istihalah Menurut
Perspektif Islam Dan Sains: Aplikasi Terhadap Beberapa Penghasilan Produk Makanan” Jurnal
Syariah Jl. 17, Jan-April 2009.
Mohammad Aizat Jamaludin Et. Al. Al-Jallalah: Konsep Dan Fatwa Semasa Di Malaysia. Serdang: UPM,
2012.
Mohd Noorizzuddin Nooh. Penjenamaan Halal Satu Paradigma Baru. Negeri Sembilan: USIM, 2007.
Nor Musfirah Bt Mohamad. Penggunaan Alkohol Dalam Pemakanan Menurut Perspektif Syarak. Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2012.
Noresah bt Baharom et. Al. Kamus Dewan. ed. 3, cet. 7, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2002.
Bahasa Inggeris:
FAO & WHO. Evalution of Food Additives Specifications for The Identity And Purity of Food And Review of
The Tehnological Efficacy of Some Antimicrobial Agents. Rome: Food And Agriculture Organization of
Jabatan Piawaian Malaysia. Malaysian Standart MS 1500, Halal Food Production, Preparation, Handing
And Storage-General Guidelines. cet. 2, Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuan, 2009.
Mariam Abdul Latif. “Istihalah And Istihlak In Perspective”, Academic Journal, vol. 4, Issue 3, p14,
International Journal of Health & Nutrition: 2013.
Mian N. Riaz dan Muhammad M. Chaudry. Halal Food Production. London: Crc Press, t.t.
Laman Web:
Arsip Blog, Pengertian Fungsi Dan Sumber Protein, Karbohidrat, Lemak, Vitamin & Mineral, http://adesbudiana.blogspot.com/2013/10/pengertian-fungsi-dan-sumber-protein.html.
Cikgu Faizah, Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya,
http://inspirasiinformasi.blogspot.com/2011/12/jenis-jenis-najis-dalam-islam-dan-cara.html.
Culby Halaqah Cinta, Bancuh Alkohol Cikit,
Department of Islamic Development Malaysia, Joint Guidelines on Control of Medicines In Islam, Putrajaya: JAKIM,
http://www.islam.gov.my/en/joint-guidelines-control-medicines-islam.
Detik Islam, Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih,
http://detikislam.blogspot.com/2014/10/fakta-sains-haiwan-korban-tidak-sakit.html#
Dr. Aminudin Mansor, Pentingnya Isu Halal Dan Haram (Sinar Harian, 2013),
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/pentingnya-isu-halal-dan-haram-1.214990.
E-Fatwa, Gelatin Dalam Ubat, www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat.
E-Fatwa “Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt” JAKIM,
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-bakteria-yang-diambil-daripada-najis-bayi-sebagai-agen-pemangkin. Nizarazu, Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan,
http://www.nizarazu.com/kenapa-haiwan-mesti-disembelih-sebelum-dimakan/.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu “ Farmaseutikal” Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=farmaseutikal.
Sanitasi Makanan, Bakteria,
Scribe, Chapter 2: Carbon Compounds,
http://www.scribd.com/doc/219239619/Chapter-2-Carbon-Compunds. Wana & Lynn “Makanan Dan Pemakanan” Perak: Tanjung Malim,
http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/makanan-dan-pemakanan.html. http://al-ahkam.net