• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SISTEM KEWA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SISTEM KEWA"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1 SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SISTEM KEWANGAN, PERBANKAN DAN PENGEDARAN MATAWANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMASA

PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DARI TAHUN 1967 HINGGA 20171

Oleh Rozan Yunos2

Pengenalan

Sistem kewangan dan perbankan negara yang mantap, stabil dan mampan

adalah merupakan salah satu daripada keperluan utama bagi perjalanan ekonomi

sesebuah negara.

Bagi mempastikan kestablian ekonomi sesebuah negara, ianya

memerlukan asas-asas atau fundamental-fundamental ekonomi yang baik yang

membolehkan ekonomi negara berjalan secara lancar dan membolehkan

pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara tersebut dan sistem kewangan ini

memainkan peranan yang utama di dalam perlaksanaan tersebut.

Sistem Kewangan ataupun Financial System adalah satu sistem yang

mempastikan peredaran matawang yang mencukupi, dan mengadakan dan

memberikan perhubungan yang berjalan lancar, efisyen dan mempunyai kos

perbelanjaan yang efektif bagi menghubungkan di antara penyimpan wang dan

pelabur-pelabur. Sistem kewangan yang dimaksudkan ini adalah termasuk semua

perkara yang berkaitan dengan sektor kewangan seperti institusi-institusi

kewangan, perkhidmatan-perkhidmatan kewangan, pasaran-pasaran kewangan

dan juga instrument-instrumen kewangan.

1 Kertas kerja ini disediakan untuk sebuah buku penerbitan Persatuan Sejarah Brunei mengandungi kumpulan kertas-kertas kerja bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta

(2)

2

Sistem kewangan yang matang yang membolehkan pemindahan daripada

penyimpan-penyimpan wang kepada pelabur-pelabur memainkan peranan yang

sangat penting di dalam fungsi ekonomi negara.

Kertas kerja ini meneliti perkembangan kepada sistem kewangan,

perbankan dan pengedaran matawang di Negara Brunei Darussalam yang

bermula pada bulan Ogos 1967, lebih kurang dua bulan sebelum Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah menaiki

takhta, dengan penubuhan Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)

yang mengambil aleh peranan bagi mengeluarkan matawang negara daripada

Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan British Borneo (Board of

Commissioners of Currency, Malaya and British Borneo) sehinggalah tertubuhnya

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

Sejarah Latar Belakang

Sebelum tertubuhnya Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)

pada bulan Ogos 1967, tumpuan dasar utama sistem kewangan Negara Brunei

Darussalam adalah untuk mempastikan jumlah matawang yang diedarkan bagi

keperluan ekonomi mencukupi.

Ini adalah memandangkan bahawa sistem kewangan pada masa itu

mempunyai jumlah institusi-institusi kewangan yang kecil dan

perkhidmatan-perkhidmatan kewangan yang mudah diurus dan ditadbir.

Pengawalan sistem kewangan negara yang moden bermula semasa

Residen British mulai bertugas di negara ini di bawah Perjanjian 1888 bersama

British dan Perjanjian Tambahan 1906 yang menetapkan bagi seorang Residen

British ditempatkan di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya untuk

menjalankan pemerintahan dan pentadbiran disamping mengetuai pentadbiran

kerajaan di negara ini.

Di antara langkah-langkah pertama atau dasar pertama Malcolm McArthur

selaku Residen British pertama pada bulan Mei 19063 adalah bagi membatalkan

beberapa jenis matawang yang digunakan di negara ini pada zaman tersebut.

(3)

3

Sebelum arahan ini, ekonomi Negara Brunei Darussalam menggunakan

berjenis-jenis matawang. Di antara matawang yang digunakan di negara ini adalah

matawang Kerajaan Penempatan Selat (Straits Settlement Government) di

Republik Singapura, matawang Sabah yang dikeluarkan oleh Syarikat Borneo

Utara yang memerintah Sabah, matawang Sarawak yang dikeluarkan oleh

Kerajaan Rajah Brooke yang memerintah Sarawak, matawang syiling yang

dikeluarkan oleh Sultan Hashim pada tahun 1887, matawang yang dikeluarkan

oleh Kerajaan British bagi kegunaan di negeri-negeri Straits Settlement dan

beberapa matawang lain seperti trade dollar dari Hong Kong dan sebagainya.

Arahan Residen British adalah untuk membatalkan matawang British dan

Mexican Dollar, duit syiling nikel dari Borneo Utara dan menjadikan matawang

Kerajaan Penempatan Selat sahaja sebagai ‘legal currency.’

Pada tahun 19394, barulah tertubuh satu Lembaga Suruhanjaya Matawang

Malaya (Board of Commissioners of Currency Malaya) yang mengeluarkan satu

matawang yang sama (common currency) yang digunakan di Tanah Melayu,

Singapura dan Brunei yang dikenali sebagai Malayan Dollar. Walau bagaimanapun

matawang yang dikeluarkan oleh Lembaga ini yang dicetak di United Kingdom

pada tahun 19405 telah tidak sempat digunakan kerana kapal-kapal yang

membawanya iaitu SS Automedon yang membawa 700,000 keping matawang nilai

$1 dan 100,000 keping nilai $5 telah ditenggelamkan oleh kapal perang German

Atlantis pada 11 November 1940 dan SS Eumanes yang membawa 500,000 keping

matawang $1 dan 100,000 keping matawang $5 juga telah ditenggelamkan

semasa Perang Dunia Kedua.

Selepas tahun 1942, negara-negara di Asia Tenggara telah menggunakan

matawang yang dikeluarkan oleh tentera Jepun yang telah berjaya menakluki

negara-negara di Asia Tenggara sehingga tahun 1945. Matwang Jepun ini dikenali

sebagai 'duit pisang' kerana satu daripada gambar yang digunakan di matawang

tersebut adalah pokok pisang. Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, Kerajaan

British menggunakan semula matawang yang digunakan sebelum peperangan

bermula. Matawang yang digunakan adalah menggunakan gambar King George VI.

(4)

4

Pada tahun 19536, satu Lembaga Suruhanjaya baru telah ditubuhkan yang

dikenali sebagai Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan Borneo (Board of

Commissioners of Currency, Malaya and Borneo). Matawang yang digunakan pada

awalnya adalah menggunakan gambar Queen Elizabeth II.

Di antara matawang baru yang dikeluarkan oleh Lembaga ini bagi

menggantikan matawang yang menggunakan gambar Queen Elizabeth II adalah

matawang dengan nilai $1 dan $10 dimana panji-panji Negara Brunei Darussalam

telah diletakkan di belakang matawang bersama dengan panji-panji negeri-negeri

Malaysia, Republik Singapura, Sarawak dan Sabah.

Matawang $1 lebih dikenali sebagai 'duit kapal' sementara matawang $10

lebih dikenali sebagai 'duit kerabau' kerana kedua-dua matawang mempunyai

kedua objek berkenaan di muka depan mawatang tersebut.7

Sementara itu, sistem kewangan yang ada di Brunei hanya mempunyai

perkhidmatan perbankan dimana ianya mulai wujud selepas Perang Dunia Kedua

apabila HSBC, pada masa itu masih dikenali sebagai Hongkong and Shanghai Bank

membuka cawangannya yang pertama pada tahun 19478.

Mulai tahun 1960, Lembaga Suruhanjaya Matawang, yang telah diubahsuai

di bawah Perjanjian Malaya British Borneo Currency Agreement 1960, telah

menjadi agensi yang unggul bagi mengeluarkan matawang untuk kegunaan di

Malaysia, Republik Singapura dan Brunei.

Dalam pada itu, Malaysia telah berura-ura untuk mengeluarkan duit

matawangnya sendiri.

Pada 5 Ogos 1966, ketiga-tiga Kerajaan Malaysia, Republik Singapura dan

Brunei telah menandatangani satu pindaan kepada klausa 18(a) Perjanjian

Malaya-British Borneo Currency Agreement untuk membolehkan Lembaga

Matawang meneruskan untuk mengeluarkan matawang untuk ketiga buah negara

selama 6 bulan selepas 11 Jun 1967. Perjanjian yang awal adalah bagi Lembaga

Matawang untuk memberhentikan kuasanya untuk mengeluarkan matawang

pada 11 Disember 1966 dan mengeluarkan syiling pada 11 December 1967.

6 Rozan Yunos, Brunei Currency Notes Before 1967, The Brunei Times 30 June 2007 7 Ibid

8 Rozan Yunos, HSBC 60th Anniversary in Brunei (2008)

(5)

5 Penubuhan Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)

Pada 12 Jun 1967, Bank Negara Malaysia, Lembaga Suruhanjaya Matawang

Singapura (Board of Commissioners of Currency Singapore) dan Lembawa

Matawang Brunei (Brunei Currency Board) telah menjadi autoriti bagi

mengedarkan matawang di negara masing-masing.

Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board) adalah ditubuhkan di

bawah Bab 3(1) dari Akta Matawang, 1967 (Currency Act, 1967). Di bawah Bab

9(1) dari undang-undang berkenaan, Lembaga mempunyai hak (sole right) untuk

mengurus dan mengeluarkan matawang kertas dan syiling di Negara Brunei

Darussalam. Menurut Bab 13 dari Akta berkenaan, matawang dan syiling tersebut

adalah sah diperlakukan (legal tender) mengikut nilai yang dicetak (face value),

kecuali jika sekiranya matawang atau syiling tersebut telah rosak ataupun tidak

sempurna.

Menurut Dato John Lee9, Pegawai Kewangan Negara, di sesi Majlis

Mesyuarat Negara 1967, Negara Brunei Darussalam perlu mengeluarkan

matawang sendiri kerana beberapa sebab. Diantaranya ialah terma-terma dimana

matawang Ringgit Malaysia yang akan diedarkan di negara ini tidak dapat

diterima oleh Brunei; Brunei tidak bersetuju bahawa keseluruhan pengawalan

matawang akan terletak di Bank Negara Malaysia dan Brunei tidak diberikan

suara bagi pengawalseliaan mengenai perkara-perkara yang penting seperti

kadar tukaran matawang dan rizab pertukaran asing.

Dato John Lee10 juga menekankan bahawa ekonomi kedua buah negara

Malaysia dan Brunei adalah berbeza. Penyebab-penyebab yang memerlukan

perubahan 'parity' dengan matawang lain mungkin berbeza dan ini memerlukan

satu pihak untuk keluar daripada perjanjian. Memandangkan masalah-masalah

teknikal adalah terlalu banyak untuk diatasi, adalah lebih bersesuaian bagi Negara

Brunei Darussalam mengeluarkan matawangnya sendiri.

Langkah pertama yang dilaksanakan oleh Lembaga Matawang Brunei

(Brunei Currency Board) adalah untuk mempastikan negara mempunyai satu

matawang yang boleh digunapakai oleh semua pihak. Lembaga Matawang telah

mengeluarkan matawanya yang pertama pada 12 Jun 1967 dimana 5 nilai

(6)

6 (denomination) telah dikeluarkan iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100 dan wang syiling

dengan nilai 1c, 5c, 10c, 20c dan 50c.

Kesemua wang kertas dan syiling mempunyai gambar wajah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa'adul

Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang

ke-28. Gambar di belakang wang adalah pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddien.

Matawang ini hanya dikeluarkan bagi tahun 1967 sahaja.

Pada 4 Oktober 1967, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Omar Ali Saifuddien telah bertitah bahawa Baginda akan turun takhta

dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah telah naik takhta selaku Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam yang ke-29.

Penghantaran pertama matawang yang baru ini tiba di Negara Brunei

Darussalam pada 15 Mei 1967 dengan jumlah sebanyak $70 juta11. Ianya dibawa

menggunakan sebuah kapal bernama 'City of Brooklyn' daripada Britain ke Labuan

dan dari Labuan ke Brunei, dengan menggunakan sebuah kapal Kerajaan. Tiga

buah kenderaan berat Jabatan Kerja Raya membawanya ke perbendaharaan. Bagi

mempastikan keselamatannya, dua buah kapal peronda Regimen Askar Melayu

Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Malaysia juga turut

mempastikan keselamatan kapal yang membawa matawang berkenaan.

Pada tahun 197012, matawang kertas yang baru dengan gambar wajah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah dikeluarkan bagi

menggantikan matawang yang dikeluarkan pada tahun 1967. Pada tahun yang

sama juga duit syiling kupronikel $1 juga telah dikeluarkan sebagai syiling

peringatan (commemorative).

Pada tahun 197213, matawang kertas yang baru dengan gambar wajah yang

sama telah diedarkan di dalam tujuh nilai iaitu dengan tambahan

matawang-matawang dengan nilai $500 dan $1,000. Kesemua matawang-matawang kertas melihatkan

11 Borneo Bulletin, 20 Mei 1967

12 Ministry of Finance website. http://www.mof.gov.bn/index.php/component/content/article/18-bcmb/162-inroduction-bunei-currency-a-monetary-board

(7)

7 dibelakangnya gambar Masjid Omar Ali Saifuddien kecuali matawang $1,000 yang

menunjukan gambar Muzium Brunei yang baru dibina.

Set 'proof' syiling yang pertama bagi syiling 1¢, 5¢, 10¢, 20¢, 50¢ and B$1

telah dikeluarkan pada tahun 197914.

Set matawang siri ke-tiga yang baru dengan 8 nilai dengan gambar wajah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang baru dan

pemandangan-pemandangan di Kampong Ayer di belakang matawang telah

diedarkan pada tahun 1989.15 Nilai-nilai matawang adalah $1, $5, $10, $50, $100,

$500, $1,000 dan dengan tambahan nilai yang baru $10,000.

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Menaiki Takhta pada tahun 1992, satu matawang bernilai $25 telah diedarkan

sebagai tambahan kepada matawang-matawang yang sudah diedarkan16.

Percetakan matawang $25 ini adalah terhad.

Matawang plastik ataupun polimer mulai diedarkan pada tahun 1996.17

Sebanyak tiga nilai matawang telah dikeluarkan iaitu $1, $5 dan $10. Tema utama

gambar di belakang matawang ini adalah hutan tropika. Bagi nilai-nilai matawang

yang tinggi, wang kertas masih dikekalkan dan pada akhir tahun 1996, dua nilai

matawang kertas baru dengan nilai $50 dan $100 telah diperkenalkan.

Pada tahun 2000,18 satu lagi matawang kertas nilai $500 yang baru juga

diedarkan. Gambar pemandangan di belakang matawang kertas ini adalah gambar

Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja (Royal Regalia Building).

Pada tahun 2001,19 Lembaga Matawang telah mulai mencetak syiling

sendiri apabila ianya beroperasi di bangunannya yang baru bersebelahan dengan

Bangunan Kementerian Kewangan di Commonwealth Drive.

Sistem Pertukaran Matawang (Exchange Rate System)

14 Ibid

(8)

8 Sebelum 12 Jun 1967, ketiga-tiga Negara Malaysia, Republik Singapura dan

Brunei perlu membahagikan matawang yang dikeluarkan oleh Lembaga

Matawang Malaysia, Singapura dan Borneo di dalam persetujuan untuk

mengadakan matawang masing-masing dimana lebih kurang $1,545.3 juta berada

di pasaran dengan berasaskan aset bernilai $1,689 juta20.

Kesemua matawang tersebut telah digantikan dimana Republik Singapura

telah menggantikan sebanyak $520.1 juta, Malaysia sebanyak $932.7 juta dan

Brunei $23.7 juta. Sebanyak 95.5% dari matawang lama telah digantikan dan asset

Lembaga Matawang tersebut juga dibahagikan menurut Perjanjian Matawang

1960 dimana Malaysia menerima 74%, Republik Singapura 18.3% dan Brunei

7.7%. Bermula 16 Januari 1969, matawang lama tidak lagi digunakan dan

digantikan dengan matawang-matawang baru.

Walau bagaimanapun, perjanjian bagi membolehkan penerimaan

matawang di bawah Perjanjian Kesalingbolehtukaran Matawang (Currency

Interchangeability Agreement; CIA) masih diteruskan di ketiga-tiga negara dimana

sebelumnya Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia21 pada masa itu telah

menekankan akan keperluan bagi ketiga buah negara untuk mempunyai dasar

ekonomi dan kewangan yang selari.

Pada masa itu, matawang-matawang Malaysia dan Republik Singapura

menggunakan 'Fixed Exchange Rate System’ sama seperti matawang-matawang

dunia lain dengan menggunakan emas iaitu satu dolar bersamaan 0.290299 gram

emas.

Walau bagaimanapun, selepas 20 Jun 1973, hanya Republik Singapura dan

Brunei meneruskan Perjanjian CIA yang membolehkan penggunaan matawang

masing-masing di kedua buah negara sehingga sekarang.

Di bawah perjanjian tersebut, autoriti dan bank kedua buah negara

bersedia untuk menerima dan menukar matawang masing-masing tanpa

mengenakan sebarang bayaran. Kedua matawang juga dianggap sebagai

'customary tender' apabila ianya digunakan di negara yang ianya bukan 'legal

tender'.

(9)

9 Dengan menggunakan sistem matawang Republik Singapura, Negara

Brunei Darussalam dengan sendirinya telah menggunakan sistem yang digelar

sebagai 'Currency Board Arrangements'22.

Sistem ini merupakan satu dasar kewangan yang berasaskan komitmen

perundangan yang jelas iaitu untuk bertukar matawang domestik bagi matawang

asing tertentu pada kadar pertukaran yang tetap. Komitmen ini digabungkan

dengan sekatan ke atas pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan

tanggungjawab undang-undang tersebut dipenuhi. Ini menunjukkan bahawa

matawang domestik hanya akan dikeluarkan terhadap pertukaran asing dan ia

kekal disokong sepenuhnya oleh aset asing, tidak memerlukan fungsi bank pusat

tradisional seperti fungsi kawalan kewangan dan meninggalkan sedikit skop

untuk menjalankan dasar monetari secara budi bicara.

Keutamaan utama sistem ini23 adalah untuk mempastikan kestabilan

matawang tidak lagi dipersoalkan.

Pada masa yang sama, negara tidak memerlukan keupayaan untuk

menetapkan dasar kewangan mengikut pertimbangan domestik yang lain, dan

memudahkan bagi penetapan kadar pertukaran.

Ini juga akan memudahkan syarat-syarat perdagangan sesebuah negara,

tanpa mengira perbezaan kedudukan ekonomi antara ia dan negara dagangannya.

Pada kebiasaannya, Currency Board Arrangements mempunyai kelebihan

untuk negara-negara yang kecil dan mempunyai ekonomi terbuka yang

mendapati dasar kewangan yang bebas sukar untuk dikekalkan.

Sistem ini juga dijangka memberikan jaminan untuk kadar inflasi yang

rendah.

Kementerian Kewangan Selaku Pengawalselia Perbankan

Setelah kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984,

Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board) meneruskan peranannya

untuk mengawal sistem kewangan negara melalui pengawalan pengeluaran

matawang Brunei. Walau bagaimanapun, pengawalan sistem kewangan

22 International Monetary Fund, 2004. Classification of Exchange Rate Arrangements and Monetary Policy Frameworks. https://www.imf.org/external/np/mfd/er/2004/eng/0604.htm

(10)

10

khususnya pengawalseliaan bank-bank mulai dilaksanakan oleh Kementerian

Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Januari 1984.

Pada tahun 1993, satu unit khas dinamakan Bahagian Institusi Kewangan

(Financial Institution Division) diketuai oleh seorang Pengarah telah ditubuhkan

di bawah Kementerian Kewangan khusus bagi mengendalikan pengawalselian

institusi-institusi perbankan dan kewangan termasuklah bank-bank,

agensi-agensi kewangan, syarikat-syarikat insurans dan juga syarikat pertukaran dan

penghantaran matawang.

Kementerian Kewangan melalui Bahagian Institusi Kewangan telah

memperkenalkan beberapa undang-undang baru diantaranya termasuklah

Banking Order, 2006, Islamic Banking Order, 2008; International Banking Order,

2000; Finance Companies Act, Chapter 89; Hire Purchase Order, 2006; Pawnbrokers

Order, 2002; dan Money-Changing and Remittance Businesses Act, Chapter 174.

Bagi bagi mempastikan sistem kewangan negara tidak terjejas oleh

kegiatan-kegiatan jenayah, beberapa undang-undang lain juga telah digubal

diantaranya24 ialah Money Laundering Order, 2000; Criminal Conduct (Recovery of Proceeds) Order, 2000; Drug Trafficking (Recovery of Proceeds) Act, 2002; dan

Anti-Terrorism (Financial and Other Measures) Act, 2008.

Selain dari itu Kementerian Kewangan juga mengambil beberapa langkah

lain diantaranya seperti berikut:-

• Menjadi ahli Asia/Pacific Group on Money Laundering (APGML);

• Menubuhkan satu Unit Perisikan Kewangan (Financial Intelligence Unit;

FIU) di bawah Bahagian Institusi Kewangan di Kementerian Kewangan;

• Mengadakan prosedur membuka akaun yang memerlukan keterangan

yang memuaskan mengenai identiti pelanggan. Pemilik sebenar juga

mesti dikenal pasti dan disahkan;

• Mempastikan identiti pelanggan apabila mengadakan hubungan

perniagaan; dan untuk transaksi sekali sahaja apabila wang haram

disyaki dan transaksi tunai melebihi $15,000;

• Menghendaki institusi kewangan melaporkan urus niaga

mencurigakan kepada unit perisikan kewangan; dan

(11)

11

• Melaporkan semua pergerakan rentas sempadan matawang melebihi

$15,000 ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja semasa ketibaan.

Penubuhan Lembaga Matawang dan Monetari Brunei (Brunei Currency & Monetary Board; BCMB)25

Pada 1 Februari 2004, Lembaga Matawang Brunei (Brunei Currency Board)

telah digantikan dengan Lembaga Matawang dan Monetari Brunei (Brunei

Currency & Monetary Board; BCMB) di bawah satu Akta baru yang dikenali sebagai

Perintah Matawang dan Monetari, 2004 yang menggantikan Akta Matawang,

1967. Dengan adanya undang-undang baru ini, keahlian Lembaga juga telah

diubahsuai dan dikukuhkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) Lembaga juga

telah dilantik untuk menjadi Setiausaha kepada Lembaga.

Diantara tugas-tugas Lembaga ialah:

• Mengurus secara cekap pengeluaran matawang dan penebusan

sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah Matawang dan Monetari,

2004;

• Memantau dan mengekalkan rizab luar untuk melindungi nilai

antarabangsa matawang Brunei dengan sandaran yang mencukupi

matawang dalam edaran;

• Untuk menggalakkan kestabilan monetari dengan memastikan tahap

kecairan yang sesuai dan memantau perubahan dalam penunjuk

makroekonomi utama;

• Bertindak sebagai agen untuk Kementerian Kewangan untuk

menerbitkan Sukuk Kerajaan;

• Untuk mengeluarkan syiling-syiling Brunei dan syiling peringatan dan pingat;

• Bertindak sebagai depositori untuk keperluan 'Minimum Cash Balance’

(MCB) bank-bank tempatan untuk Kementerian Kewangan, Tabung

Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund), Bank

(12)

12 Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (Bank Dunia) dan

Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank); dan

• Untuk berhubung dengan institusi antarabangsa seperti Pusat Latihan Southeast Asian Central Bank (South East Asian Central Banks Research

and Training Centre; SEACEN) mengenai isu-isu yang berkaitan dengan

fungsi bank pusat.

BCMB juga meneruskan tanggungjawab bagi mengeluarkan

matawang-matawang baru. Pada tahun 2004, dua matawang-matawang polimer telah diedarkan dengan

nilai $50 dan $100. Gambar di belakang matawang meneruskan tema hutan

tropika yang digunakan bagi nilai $1, $5 dan $10 sebelumnya.

Matawang $100 tersebut telah mendapat Hadiah Emas pada National

Australian Printing Awards ke-22, Sydney, Australia kerana rekabentuk termasuk

pengawalan sekuritinya diantara yang terbaik.

Pada tahun 2006 pula, dua lagi matawang polimer baru dengan nilai $500

dan $10,000 telah diperkenalkan.

Matawang $500 polimer mempunyai perbezaan dimana gambar potret

Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei

yang ke-28 telahpun digunakan. Sementara gambar di belakang adalah gambar

pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddien dan Bangunan Yayasan Sultan Haji

Hassanal Bolkiah. Rekabentuk matawang ini juga telah memenangi hadiah Perak

di National Australian Printing Awards ke-24, Sydney, Australia pada 25 Mei 2007.

Gambar pemandangan di belakang matawang polimer $10,000 pula

menunjukan gambar bangunan Majlis Mesyuarat Negara. Matawang ini juga

mendapat hadiah Emas di National Australian Printing Awards ke-24, Sydney,

Australia.

Pada tahun 2007, Brunei Darussalam dan Republik Singapura menyambut

ulang tahun ke-40 Perjanjian CIA pada 12 Jun 2007.

Bersempena dengan majlis yang penuh bermakna itu, Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan

Yang Terutama Encik Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Singapura

(13)

13 kedua-dua negara dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman di

Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 27 Jun 2007.

Buat kali pertama, BCMB telah mengeluarkan satu matawang peringatan

berjenis polimer yang bernilai $20 untuk memperingati ulang tahun Perjanjian

CIA ke-40 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada Jun

2007.

Reka bentuk hadapan bagi matawang peringatan Brunei pula

menunjukkan wajah muka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam manakala matawang

peringatan Republik Singapura menunjukkan wajah muka Yusof Ishak, Presiden

pertama Republik Singapura. Reka bentuk belakang bagi matawang peringatan

tersebut adalah sama dengan matawang peringatan Republik Singapura bernilai

$20 yang sama-sama dikeluarkan bagi memperingati ulangtahun Perjanjian CIA

ke-40.

Pada tahun tersebut, BCMB juga mengeluarkan matawang polimer $1,000

yang baru. Gambar pemandangan di belakang wang kertas polimer $1,000 yang

baru ini menunjukan bangunan Kementerian Kewangan.

Penubuhan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD)26

Pada 15 Julai 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam bersempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan

Baginda yang ke-64 telah bertitah:

“Insya Allah, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan Beta juga akan melakar satu sejarah baru dalam hal ehwal

kewangan, dengan penubuhan sebuah autoriti monetari yang

digelar Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) atau Monetary

Authority of Brunei Darussalam yang akan berkuatkuasa pada 1

Januari, 2011. Badan ini akan bertanggungjawab, termasuk keatas

(14)

14 dasar-dasar monetari, pengawalseliaan institusi kewangan dan

pengurusan matawang.”

Bermula 1 Januari 2011, BCMB telah digantikan oleh Autoriti Monetari

Brunei Darussalam (AMBD).

Di bawah undaing-undang, AMBD ditadbir oleh sebuah Lembaga yang

diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah,

Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Lain-lain ahli lembaga AMBD

termasuk beberapa orang menteri-menteri kabinet. Mesyuarat pertama telah

diadakan pada hari Isnin 5 Safar 1432 / 10 Januari 2011.

AMBD mengambil aleh tugas-tugas daripada BCMB dan juga daripada

Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit Pengawalan Sistem Perbankan di Kementerian

Kewangan iaitu:

• Bahagian Institusi Kewangan (Financial Institutions Division - FID); • Lembaga Matawang dan Monetari Brunei (Brunei Currency and

Monetary Board - BCMB);

• Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei (The Brunei International

Financial Center - BIFC); dan

• Sebahagian dari Research and International Division (RID)

AMBD ditubuhkan sebagai satu badan korporat yang bertindak sebagai

bank pusat Brunei Darussalam, dan melaksanakan fungsi teras termasuk

penggubalan dan pelaksanaan dasar monetari, pengawalseliaan dan penyeliaan

institusi kewangan dan pengurusan wang.

AMBD ditubuhkan melalui Perintah AMBD, 2010 dimana undang-undang

ini, antara lain, memperuntukkan untuk Lembaga dan perkara yang berkaitan

kepada objek, operasi, pentadbiran, fungsi, kuasa dan kewajipan AMBD termasuk

hubungan antara AMBD dan Kerajaan; hubungan antara AMBD dan bank-bank

dan kewangan institusi; dan pindaan berbangkit dan berkaitan dengan lain-lain

undang-undang bertulis yang mengawal aktiviti dikawalselia oleh AMBD.

(15)

15

• Untuk mencapai dan mengekalkan kestabilan harga dalam negeri;

• Untuk memastikan kestabilan sistem kewangan, khususnya dengan merangka peraturan-peraturan kewangan dan piawaian yang

berhemat;

• Membantu dalam pertubuhan tersebut dan berfungsi daripada sistem pembayaran dan penyelesaian yang cekap dan untuk menyelia mereka;

dan

• Untuk menggalakkan dan mengembangkan sektor perkhidmatan yang kukuh dan progresif.

Selaras dengan pengenalan Perintah AMBD, 2010, Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam juga telah memperkenankan pindaan kepada Perintah Matawang dan

Monetari, 2004 , dinamakan Perintah Matawang dan Monetari (Pindaan), 2010,

yang juga bermula pada 1 Januari 2011.

Perintah ini, antara lain, memperuntukkan bagi pemindahan kuasa BCMB

kepada AMBD, termasuk aset dan liabilitinya. Di samping itu, Perintah ini juga

memperuntukkan penubuhan Kumpulan Matawang untuk tujuan pengurusan

matawang.

Menurut Oxford Business Group dalam buku The Report Brunei Darussalam

201627, Perintah AMBD memberikan AMBD kuasa yang luas pengawalan dan

penyeliaan sektor ini, dengan kuasa suatu pertubuhan perbadanan berkanun. Di

samping menyelia sektor perbankan, AMBD juga menguruskan dasar kewangan

Brunei Darussalam, termasuk perjanjian dengan Singapura, di mana dolar Brunei

adalah dibolehtukar dengan Dolar Singapura. Ini adalah ciri unik sektor

perbankan Brunei, dengan mata wangnya diuruskan dengan berkesan oleh Pihak

Berkuasa Kewangan Singapura, di samping mata wang tempatan.

Dasar monetari negara yang telah dipertanggungjawabkan kepada AMBD

adalah dari itu bagi memastikan kebolehtukaran penuh wang asas dengan kadar

pertukaran tetap iaitu pada nilai setara dengan Dolar Singapura sebagai disiplin

kewangan negara yang menggunakan sistem Currency Board. Perjanjian CIA

(16)

16 antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Singapura

masih diteruskan dnegan tertubuhnya AMBD dimana di bawah perjanjian ini,

matawang Republik Singapura adalah ‘customary tender’ di Brunei dan sebaliknya

bagi matawang Brunei di Republik Singapura.

AMBD juga dipertanggungjawabkan bagi pengeluaran maklumat dimana

maklumat mengenai dengan dasar-dasar kewangan dan perangkaan akan

dikeluarkan melalui laman web AMBD. AMBD juga akan mengeluarkan arahan

dan notis kepada institusi kewangan bila diperlukan.

AMBD adalah autoriti bagi mempastikan kestabilan kewangan dan

pengawalselia sektor kewangan iaitu melalui Jabatan Regulatori yang terdiri dari

Bahagian Penyeliaan Perbankan dan Pasaran Khusus dan Bahagian Penyeliaan

Insurans/Takaful dan Pasaran Modal. Fungsi regulatori dan pengawalselian akan

menggunakan pengawalseliaan samada off-site atau on-site dan menggunakan

pendekatan berasaskan risiko (risk based approach).

AMBD juga meneliti keperluan untuk perlaksanaan Basel II dimana

perjanjian Basel II ini adalah perjanjian bertujuan untuk meminda piawaian

antarabangsa yang mengawal beberapa banyak modal yang perlu dipegang oleh

bank-bank untuk mengawalnya daripada risiko-risiko kewangan dan operasi

yang dihadapi oleh bank-bank. Pada masa ini, bank-bank di Brunei juga sudah

memenuhi keperluan Basel III common equity. Selain dari itu AMBD juga

memenuhi piawaian Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa

(International Organisation of Securities Commissions; IOSCO).

Melalui Financial Intelligence Unit (FIU), AMBD juga bertanggungjawab

mengenai dengan hal ehwal kewangan yang berkaitan dengan jenayah dan

pengganasan dimana terdapat beberapa undang-undang seperti Anti Terrorism

Order, 2011; Anti-Terrorism Order (Amendment), 2012; Anti Terrorism Order

(Amendment)(No.2), 2012; Criminal Asset Recovery Order, 2012 dan Anti Terrorism

(Terrorist Financing) Regulations, 2013.

(17)

17

Menurut satu lapuran akhbar,28sistem kewangan yang berfungsi dengan baik akan membolehkan pemindahan wang yang cekap diantara penyimpan dan

peminjam. Kepentingannya sering diambil mudah.

Mengawal dan menyelia institusi-institusi kewangan merupakan salah

satu fungsi utama AMBD. Jenis-jenis institusi kewangan di bawah pengawalseliaan

AMBD adalah termasuk bank-bank dan syarikat kewangan; bank-bank luar

persisir; syarikat insurans dan takaful; pengantara pasaran modal; syarikat

tukaran wang; perniagaan kiriman wang; dan pengendali pajak gadai. AMBD

sentiasa berusaha untuk memastikan peraturan dan proses penyeliaannya selaras

dengan piawaian tertinggi yang ditetapkan oleh organisasi-organisasi

antarabangsa termasuk Jawatankuasa Basel (Basel Committee), Persatuan

Penyelia Insurans Antarabangsa (International Associations of Insurance

Supervisors; IAIS) dan IOSCO.

Dari segi rangka kerja regulatori, AMBD bukan sahaja mentadbir dan

menguatkuasakan beberapa perundangan, tetapi juga mengeluarkan notis dan

garis panduan supaya memastikan peraturan-peraturan sentiasa relevan dan

terkini mengikut perubahan dan keperluan semasa. Di samping itu, AMBD

sentiasa mengumpul beberapa penunjuk kekukuhankewangan mikro mengenai

sistem kewangan sebagai sebahagian daripada rangka kerja pengawasannya.

AMBD juga mempunyai rangka kerja penyeliaan bagi memastikan semua

institusi kewangan mematuhi peraturan-peraturannya. Rangka kerja ini termasuk

dan tidak terhad kepada pemantauan berterusan secara off-site; pemeriksaan

secara onsite; mengadakan sesi muzakarah dengan ketua-ketua pegawaieksekutif

institusi kewangan; dan berinteraksi rapat antara institusi kewangan dan AMBD

melalui dialog dan perbincangan berterusan.

Bagi melengkapkan rangka kerja ini, AMBD juga menyediakan beberapa

jaringan keselamatan kewangan yang penting untuk mengekalkan kestabilan

sistem kewangan. Satu jaringan keselamatan itu ialah kemudahan ‘lender of last

resort’. Sebagai ‘lender of last resort’, AMBD boleh menawarkan pinjaman kecemasan kepada bank atau kumpulan bank-bank yang mengalami masalah

(18)

18 kewangan dan dengan itu melindungi kestabilan institusi dan sektor kewangan

keseluruhan.

Satu lagi jaringan keselamatan kewangan sedia ada, adalah skim

perlindungan deposit. Skim ini ditadbir oleh Perbadanan Perlindungan Deposit

Brunei Darussalam (Brunei Deposit Protection Corporation; BDPC), yang

menyediakan perlindungan kepada penyimpan-penyimpan deposit bagi deposit

masing masing sehingga maksimum B$50,000 yang disimpan dengan institusi ahli

(semua bank dan syarikat kewangan yang berlesen di negara ini) sekiranya

mereka tidak berupaya memenuhi liabiliti-liabiliti depositnya.

Satu lagi peranan AMBD yang penting dalam menjaga sistem kewangan

adalah mencegah dan menangani jenayah kewangan seperti pengambilan deposit

tanpa lesen, skim cepat kaya atau skim Ponzi, pembersihan wang haram dan

pembiayaan keganasan. Program kesedaran awam sentiasa dijalankan oleh AMBD

untuk mendidik orang awam dan institusi-institusi kewangan ke atas keburukan

jenayah kewangan.

AMBD juga menguruskan susunan Currency Board dan Perjanjian CIA, yang

merupakan dasar berasaskan kepada kadar pertukaran di mana nilai Dolar Brunei

adalah tetap satu-sama-satu dengan Dolar Singapura. Dasar kewangan

berdasarkan kadar pertukaran ini telah dilaksanakan sejak 1967 dan telah

membantu mengekalkan kestabilan nilai Dollar Brunei.

AMBD juga aktif memainkan peranan pembekal infrastruktur kewangan.

Pada bulan September 2012, ia memperkenalkan perkhidmatan Biro Kredit

kepada semua bank-bank berlesen, syarikat kewangan dan Tabung Amanah Islam

di negara ini.

Perkhidmatan ini termasuk mengumpul dan menyatukan maklumat kredit

daripada ahli dan menyerahkannya kepada mereka dalam bentuk laporan kredit.

Pada bulan September 2014, Biro Kredit dilanjutkan perkhidmatannya kepada

orang ramai dengan pengenalan Pertanyaan & Perkhidmatan Penyelesaian

Pertikaian Sendiri (Self Inquiry & Dispute Resolution; SIDR). Perkhidmatan ini

membolehkan orang ramai untuk mendapatkan akses kepada laporan kredit

mereka dan mengesahkan maklumat kredit mereka.

AMBD juga telah melancarkan Sistem Penyelesaian Kasar Masa Nyata (Real

(19)

19 proses pemodenan sistem pembayaran dan penyelesaian Brunei. Ia mengambil

alih 'clearing house' yang dikendalikan oleh Persatuan Bank-Bank Brunei (Brunei

Association of Banks; BAB) pada bulan Disember 2014, yang akan digantikan

dengan Automatic Clearing House (ACH) pada pertengahan 2015.

Beberapa langkah lain juga telah diambil oleh AMBD,29 diantaranya ialah

memperkenalkan beberapa undang-undang baru bagi pasaran modal Brunei iaitu

Perintah Pasaran Sekuriti, 2013 dan Peraturan Pasaran Sekuriti, 2015 yang

berkuatkuasa pada 1 Februari 2016. Undang-undang ini merupakan rangkakerja

bagi menyediakan asas pertumbuhan pasaran modal abad ke-21 yang moden.

Selain itu, pada 4 Mac 2016, AMBD telah menjadi penandatangan penuh

kepada Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala (Multilateral MoU) IOSCO. Ini

akan melengkapkan AMBD dengan alat-alat penguatkuasaan dan pengawalseliaan

bagi pasaran sekuriti dan meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara

penandatangan Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala tersebut.

Bagi usaha-usaha seterusnya, AMBD dan Kementerian Kewangan

berkerjasama untuk mewujudkan pasaran saham nasional dimana ini merupakan

satu langkah utama ke arah meningkatkan pembangunan pasaran modal Negara

Brunei Darussalam.

Pelancaran bursa saham itu dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan

ekonomi dan pengembangan perniagaan melalui membolehkan perniagaan

Brunei untuk meneroka laluan pembiayaan alternatif. Lebih-lebih lagi, ia akan

memudahkan integrasi, serantau terutamanya melalui ASEAN Capital Market

Development dan inisiatif Forum Pasaran Modal ASEAN (Asian Capital Market

Forum; ACMF), dan yang paling penting adalah ianya akan mencetuskan peluang

pelaburan asing yang lebih besar.

AMBD juga sedang melaksanakan Depositori Sekuriti sendiri yang akan

mengautomasikan dan memudahkan pengurusan isu-isu Sukuk kerajaan dan

akan membuka pasaran Sukuk secondary untuk menangani permintaan dan

keperluan para pelabur. Inisiatif-inisiatif ini akan bertindak sebagai pemangkin

dalam memacu pertumbuhan pasaran modal tempatan.

(20)

20 Tugas-tugas di AMBD kekal mencabar walaupun banyak kemajuan telah

tercapai. AMBD akan terus melibatkan industri dan mencari jalan untuk

membangunkan pasaran modal Brunei lagi tanpa menjejaskan kekukuhan sistem

kewangan.

AMBD telah menghasilkan Pelan Sektor Kewangan 10 Tahun 2016 - 2025

Brunei Darussalam yang mana ia telah memperuntukkan Kewangan Islam sebagai

industri utama yang akan dibangunkan dan dipertingkatkan. Kejayaan

rangkakerja ini akan memerlukan kerjasama yang berterusan dan penyelarasan

antara AMBD dan agensi-agensi berkaitan, institusi kewangan dan semua pihak

yang terlibat.

Sejarah Ringkas Perbankan di Negara Brunei Darussalam

Sistem perbankan Negara Brunei Darussalam yang ada adalah

menggunakan dua sistem iaitu terdiri daripada bank bank Islam dan

konvensional. Sistem perbankan yang ada terdiri daripada lapan buah bank -

sebuah bank Islam dan tujuh buah bank konvensional, berserta dengan Tabung

Amanah Islam (TAIB) yang ditubuhkan di bawah undang-undangnya sendiri.

Daripada lapan buah bank ini, tiga adalah bank antarabangsa, tiga

bank-bank serantau dan dua buah bank-bank tempatan.

Di samping itu, terdapat juga tiga buah syarikat kewangan berlesen, dua

konvensional dan sebuah menggunakan kaedah Islam. Ketiga-tiga syarikat

kewangan yang dimiliki anak syarikat tiga bank berlesen sepenuhnya di Brunei

Darussalam.

Selain dari itu, terdapat juga empat buah bank luar pesisir beroperasi

dalam rangka Perintah Perbankan Antarabangsa, 2000 (International Banking

Order, 2000). Pada masa ini hanya terdapat sebuah pemegang pajak gadai berlesen

di Negara Brunei Darussalam.

Undang-undang yang mengawalselia semua bank dan institusi kewangan

yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam adalah seperti berikut30:-

Banking Order, 2006

Islamic Banking Order, 2008

(21)

21 • International Banking Order, 2000

Finance Companies Act, Chapter 89 Hire Purchase Order, 2006

Pawnbrokers Order, 2002

Money-Changing and Remittance Businesses Act, Chapter 174

Mengikut pengkaji-pengkaji sejarah perbankan Brunei31 32, terdapat

beberapa buah bank yang pernah beroperasi di Negara Brunei Darussalam dan

tidak lagi beroperasi pada masa ini. Sejarah ringkas bank-bank yang pernah dan

masih lagi beroperasi di Brunei adalah seperti berikut.

Bank yang pertama ialah sebuah bank yang dibuka oleh Kerajaan pada

tahun 1935 iaitu Post Office Savings Bank. Walau bagaimanapun, selepas Perang

Dunia Kedua, bank ini tidak lagi beroperasi kerana kesemua

dokumen-dokumennya telah musnah semasa peperangan tersebut.

HSBC33 merupakan bank antarabangsa yang terawal membuka

cawangannya di Brunei pada tahun 1947 dengan menggunakan namanya pada

masa itu iaitu Hongkong and Shanghai Bank. Bank ini dalam proses untuk

menamatkan perkhidmatannya di Brunei Darussalam bermula dari tahun 2016.

Selepas itu, satu lagi bank antarabangsa, Standard Chartered Bank

membuka cawangan pertama di Brunei pada tahun 1958.

Bank Malaysia yang pertama iaitu Malayan Bank mulai beroperasi di

negara ini pada tahun 1960. Sebuah lagi bank Malaysia, RHB Bank34 memulakan

operasinya di negara ini pada tahun 1965 di bawah nama United Malayan Banking

Corporation (UMBC). Pada tahun 1996, ia berubah menjadi Sime Darby Bank

sebelum bertukar nama menjadi RHB Bank pada tahun 1999.

Bank tempatan yang pertama iaitu National Bank of Brunei (NBB) mulai

beroperasi pada tahun 1964 tetapi telah ditutup pada tahun 1986 dan

31 M. Shahid Ebrahim dan Tan Kai Joo, 2001. Islamic Banking in Brunei Darussalam. International Journal of Social Economics, Vol. 28, No. 4, 2001 pp 314-337

32 Mohammad Taqiuddin Mohamad, Mohd Yusra Abdullah, Mohd Afifuddin Mohamad, Ummu Zainab Al-Abidah Zainal Abidin, 2013. The Historical Development of Modern Islamic Banking: A Study in Southeast Asia Countries. The African Journal of Business Management, 2013.

(22)

22

dicantumkan dengan Island Development Bank untuk menjadikan satu bank baru

iaitu International Bank of Brunei (IBB)

Sebuah lagi bank antarabangsa, Citibank memulakan operasi di Brunei

pada tahun 1971. Bank ini telah menamatkan perkhidmatannya di Brunei pada

tahun 2014. Sebuah lagi bank Amerika iaitu Bank of America juga mulai beroperasi

pada tahun 1970an dan menamatkan perkhidmatannya dalam tahun 1980an.

Bank Singapura Overseas Union Bank (OUB)35 memulakan operasinya di

Brunei pada tahun 1974. Ia berubah menjadi United Overseas Bank (UOB) pada

tahun 2002 dan telah tutup pada tahun 2015 apabila operasinya telah dijual ke

Baiduri Bank.

Island Development Bank telah ditubuhkan pada tahun 1980. Ia menjadi

International Bank of Brunei setelah bercantum dengan National Bank of Brunei

pada tahun 1986 dan selepas itu menjadi Islamic Bank of Brunei (IBB) pada tahun

1993. Sebuah lagi bank tempatan iaitu Development Bank of Brunei (DBB) telah

ditubuhkan pada tahun 1995 sebelum bertukar nama untuk menjadi Islamic

Development Bank of Brunei (IDBB).

Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) merupakan institusi kewangan Islam

pertama yang bukan jenis bank di Brunei apabila ianya ditubuhkan pada tahun

1991.

Sementara itu sebuah lagi bank tempatan, Baiduri Bank telah ditubuhkan

pada tahun 1992.

Islamic Bank of Brunei (IBB) dengan Islamic Development Bank of Brunei

(IDBB) telah bercantum pada tahun 2006 untuk menjadikannya Bank Islam Brunei

Darussalam (BIBD).

Bank of China (Hong Kong) telah memulakan operasinya di negara ini mulai

tahun 2016. Bank tersebut telah diberikan lesen untuk beroperasi pada bulan

April 2016.36

Sebagai tambahan, empat buah bank luar pesisir yang beroperasi dalam

rangka Perintah Perbankan Antarabangsa, 2000 (International Banking Order,

2000) yang terdiri seperti berikut37:

(23)

23

CIMB Investment Bank Berhad (Brunei)

Overseas-Chinese Banking Corporation (OCBC) Limited

Royal Bank of Canada

Sun Hung Kai International Bank (Brunei) Limited

Rumusan

Perkembangan-perkembangan sistem kewangan dan perbankan di negara

ini memperlihatkan bagaimana keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

bagi mempastikan bahawa kestabilan negara ini bukan saja di peringkat

keselamatan (security) tetapi juga melalui kestabilan sistem perekonomiannya

dan sistem kewangannya kerana tanpa adanya sistem kewangan yang stabil,

negara tidak akan dapat maju dan rakyat dan penduduk tidak akan dapat

melaksanakan kehidupan harian masing-masing.

Di dalam mempastikan kestabilan ekonomi melalui sistem kewangan dan

perbankan negara, Baginda sebagai seorang pemimpin Islam teladan yang moden

dan kontemporari telah dapat memenuhi keperluan-keperluan rakyat dan pada

masa yang sama dapat memenuhi keperluan kehendak agama Islam daripada dua

sudut, iaitu melalui keperluan untuk memenuhi Maqasid Al-Syariah dan juga

keperluan pembinaan negara seperti yang digariskan oleh Imam Al-Mawardi.

Dalam konsep maqasid ini, terdapat beberapa tuntutan yang menghendaki

setiap manusia untuk menyeimbangkan kehidupan akhirat dan dunia dengan

seruanNya untuk mempertahankan lima prinsip tunjang matlamat syariah iaitu

agama, nyawa, harta, akal dan keturunan.

Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan perlu dipertahankan

kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah

satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan

menjejaskan agama dan kehidupan.

Oleh itu, langkah-langkah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam

mempastikan sistem kewangan dan perbankan berjalan lancar bagi

membolehkan masyarakat di Negara Brunei Darussalam mempunyai ekonomi

(24)

24 kepada negara Islam yang lain, adalah memenuhi kewajipan di bawah Maqasid

Al-Syariah tersebut.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga telah berusaha untuk melahirkan

sebuah negara Islam yang berteraskan Kesultanan Melayu Islam bagi pembinaan

bangsa dengan menghidupkan dan memelihara enam sendi utama38 seperti mana

jua yang digariskan oleh Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya ‘Adab al-Dunya wa

al-din’, iaitu:

• Ugama yang ditaati;

• Pemerintahan yang berwibawa; • Keadilan yang menyeluruh; • Keamanan yang merata;

• Kesuburan yang berpanjangan; dan • Harapan dan cita-cita yang besar.

Di dalam mempastikan kestabilan ekonomi, ianya akan menjurus kepada

kesuburan yang berpanjangan dan ini akan menghasilkan negara mewah dan

makmur, ekonominya berkembang dan teratur dan segala keperluan hidup dapat

diperolehi dengan mudahnya dan anggota masyarakat dapat hidup dalam

keadaan rukun damai.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dapat menyediakan dan

menyempurnakan perkara ini dan ini telah dapat dilihat membawa kemakmuran

ke dalam kehidupan rakyat, dan menghindarkan rakyat dari sebab-sebab yang

boleh menyusahkan kehidupan mereka. Dengan demikian, dapatlah Negara

Brunei Darussalam menegakkan kebajikan masyarakat, dan umat, dan

memelihara maslahat dan kepentingan mereka sebagai rakyat di sebuah negara

Melayu Islam Beraja (MIB).

+++++

(25)

25 Rujukan:

Borneo Bulletin 1967. Brunei $ - The Reason Why. Borneo Bulletin, 7 January

1967

Borneo Bulletin 1967. We're in the money. Borneo Bulletin, 20 May 1967

Borneo Bulletin, 1967. Brunei Calm About Cash. Borneo Bulletin, 4 February 1967

Borneo Bulletin, 2015. AMBD as Brunei's Financial Driving Force. Borneo Bulletin,

26 April 2015

Brunei Annual Report 1906

M. Shahid Ebrahim dan Tan Kai Joo, 2001. Islamic Banking in Brunei Darussalam.

International Journal of Social Economics, Vol. 28, No. 4, 2001 pp 314-337

Mohammad Taqiuddin Mohamad, Mohd Yusra Abdullah, Mohd Afifuddin

Mohamad, Ummu Zainab Al-Abidah Zainal Abidin, 2013. The Historical

Development of Modern Islamic Banking: A Study in Southeast Asia Countries.

The African Journal of Business Management, 2013.

Mohd Shauki Abdul Majid, 2014. Pendekatan Wasatiyah Untuk Semua. Utusan

Malaysia 4 April 2014

Oxford Business Group 2016. The Report Brunei Darussalam 2016.

Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Dr Hj Md Zain bin Haji Serudin, 2008.

Kesultanan Melayu Islam Teras Pembinaan Bangsa. Akademi Pengajian

Brunei, UBD

Rozan Yunos, 2007. Brunei Currency Notes Before 1967. The Brunei Times 30

June 2007

Sheng-Yi Lee, 1974. The Monetary and Banking Development of Singapore and

Malaysia. 1974, pp58-59

Rujukan On-Line:

Autoriti Monetari Brunei Darussalam Website. Ucapan Yang Berhormat Pehin

Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman,

Menteri Pendidikan Selaku Timbalan Pengerusi AMBD di Asia Asset

Management 12th Annual Brunei Darussalam Roundtable dengan tema:

Capital Markets Identifying Growth Drivers. 6 September 2016

Autoriti Monetari Brunei Darussalam Website.

(26)

26 HSBC Global Connections.

https://globalconnections.hsbc.com/downloads/treasury_profile-bn-2015.pdf

International Monetary Fund, 2004. Classification of Exchange Rate Arrangements

and Monetary Policy Frameworks.

https://www.imf.org/external/np/mfd/er/2004/eng/0604.htm

Ministry of Finance Website.

http://www.mof.gov.bn/index.php/component/content/article/18-bcmb/162-inroduction-bunei-currency-a-monetary-board

RHB Group Website.

http://www.rhbgroup.com/about-us/our-regional-presence/brunei/

Rozan Yunos, 2008. HSBC 60th Anniversary in Brunei.

http://bruneiresources.blogspot.com/2008/01/hsbc-60th-year-in-brunei.html

Wikipedia. Currency Board. https://en.wikipedia.org/wiki/Currency_board

Wikipedia. Hongkong Bank Corporation.

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Hongkong_and_Shanghai_Banking_Corpo

ration

Wikipedia. United Overseas Bank.

https://en.wikipedia.org/wiki/United_Overseas_Bank

Penghargaan:

Penghargaan kepada YM Pg Reduan bin Pg Rajak, Associate Researcher di Pusat

Kajian Strategik dan Dasar (CSPS) dan Mantan Pengurus Unit Ekonomik dan

Statistik di Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) yang telah memberikan

(27)

27 EXECUTIVE SUMMARY

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN SISTEM KEWANGAN, PERBANKAN DAN PENGEDARAN MATAWANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMASA

PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DARI TAHUN 1967 HINGGA 2017

Abstrak

Sistem kewangan negara yang stabil adalah merupakan salah satu daripada

keperluan asas utama bagi ekonomi sesebuah negara. Sistem Kewangan adalah

satu sistem yang mempastikan peredaran matawang yang mencukupi, dan

mengadakan dan memberikan perhubungan yang berjalan lancar, efisyen dan

mempunyai kos perbelanjaan yang efektif bagi menghubungkan penyimpan wang

dan pelabur-pelabur. Artikel ini meneliti perkembangan sistem kewangan,

perbankan dan pengedaran matawang Negara Brunei Darussalam dari tahun

1967, apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah menaiki takhta, dengan penubuhan Lembaga Matawang Brunei

(Brunei Currency Board) sehingga penubuhan Autoriti Monetari Brunei

Darussalam (AMBD). Kestabilan sistem kewangan di bawah pemerintahan

Baginda telah membolehkan perjalanan ekonomi yang lancar disamping

memenuhi kewajipan Maqasid Al-Syariah dimana selaku seorang Ketua Negara

Islam, Baginda telah berjaya menegakkan kebajikan masyarakat, dan umat, dan

memelihara maslahat dan kepentingan rakyat di dalam sebuah negara Melayu

Islam Beraja (MIB).

Penulis

Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos berkelulusan BA Hons

Law & Economics, Keele University UK; Master of Business Administration (MBA),

Heriot Watt University, UK dan Master in Public Administration (MPA), Harvard

University, USA. Pada masa ini beliau menuntut di Universiti Brunei Darussalam

(28)

28

selaku Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS). Beliau telah

berkhidmat selama 30 tahun di dalam Kerajaan dan pernah memegang beberapa

jawatan utama seperti Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan, Timbalan

Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan Pengarah Urusan Tabung Amanah

Pekerja. Beliau giat berkecimpung dalam bidang penulisan sejarah dan telah

menulis hampir 300 artikel sejarah di Golden Legacy Column, The Brunei Times

daripada 2007 sehingga 2016. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku

disamping membantu dan menterjemah beberapa buku yang lain termasuk

buku-buku mengenai KDYMM Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

Referensi

Dokumen terkait

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 80 ayat (2), Pasal 81 ayat (3), dan Pasal 84 serta dalam rangka memberikan perlindungan Tenaga Kerja Indonesia mulai dari pra penempatan,

Metode pengolahan data dilakukan dengan metode TNA–T (Training Need Assesment Tool). Dalam metode TNA-T dilakukan pengukuran peringkat kemampuan sasaran yang telah

Struktur organisasi ini dapat juga di sebut dengan kerangka dasar yang menunjukkan orang-orang yang ada di dalamnya terdapat tujuan yang telah di tetapkan

Di era digital dan teknologi yang semakin berkembang ini, perpustakaan sebagai pusat informasi yang termasuk didalamnya itu memiliki Koleksi rujukan umum atau

Sehubungan dengan telah dilakukan Evaluasi Penawaran dan Evaluasi Kualifikasi oleh Pokja 389 Biro Administrasi Pembangunan dan Pengadaan Barang/Jasa Sekretariat

Berdasarkan permasalahan yang telah diuraikan dia tas maka dibutuhkan aplikasi yang berbasis mobile application dengan teknologi Java 2 Micro Edition (J2ME) untuk

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh

Kondisi yang ideal dan diharapkan tentang intensitas komunikasi dan motivasi prestasi belajar siswa diharapkan mampu memberikan kontribusi yang efektif dalam