• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGAPAKAH PERLU AMERIKA SYARIKAT TERBAB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MENGAPAKAH PERLU AMERIKA SYARIKAT TERBAB"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG PERANG DUNIA PERTAMA

Amerika Syarikat (AS) merupakan sebuah kuasa besar dunia yang tidak perlu lagi

diperkatakan tentang kehebatan dan kelebihannya. Negara ini merupakan salah sebuah

negara yang mempunyai kuasa veto serta sering dirujuk sebagai ‘polis dunia’. Uniknya

juga, rakyat AS terdiri daripada pelbagai etnik. Namun hal ini tidak menjadi penghalang

buat rakyat AS untuk bersatu membina sebuah negara yang berkuasa di dunia malah terus

mengorak langkah menjadi pendahulu dalam pelbagai aspek dan sektor seperti ekonomi,

teknologi, ketenteraan dan lain-lain. Sebagai salah sebuah kuasa besar, adalah tidak

menghairankan dan mengejutkan jika AS terlibat dalam salah sebuah peristiwa penting

dalam sejarah dunia iaitu Perang Dunia Pertama. Walaupun keterlibatan AS di dalam

peperangan ini dilihat telah melahirkan banyak percanggahan pendapat tokoh-tokoh

politik mahupun sejarah tentang kewajaran AS melibatkan diri di dalam perang ini,

namun demikian AS sendiri mempunyai justifikasi di atas penglibatan mereka di dalam

perang tersebut.

Oleh yang demikian persoalan besarnya di sini ialah ‘Mengapakah perlu AS

terbabit dalam Perang Dunia Pertama?’. Bagi menjawab persoalan tersebut beberapa

aspek seperti reaksi awal AS semasa berlakunya Perang Dunia Pertama dan faktor yang

menyebabkan AS terlibat dalam Perang Dunia Pertama akan dikupas dengan teliti.

Seterusnya, kesan yang dihadapi oleh AS lanjutan dari keterlibatannya dalam Perang

Dunia Pertama juga turut akan disentuh dalam bahagian kesimpulan. Sebelum melihat

kepada reaksi awal AS semasa berlakunya Perang Dunia Pertama, latar belakang Perang

Dunia Pertama itu sendiri perlu ditelusuri. Latar belakang Perang Dunia Pertama dapat

(2)

demikian kerana peperangan ini bermula di kawasan Balkan iaitu di bahagian Tenggara

Eropah yang disebabkan oleh ketegangan di antara Serbia dan Austria-Hungary dan

peperangan ini telah berlangsung selama empat tahun iaitu dari tahun 1914 sehingga

1918.1

Perang ini dikenali sebagai Perang Dunia Pertama oleh kerana ianya melibatkan

30 buah negara daripada enam buah dunia dan didapati telah melibatkan kehilangan

nyawa seramai 15 juta orang. Antara negara utama yang terlibat dalam perang ini

termasuklah Britain, Perancis, Russia, Jerman, Austria-Hungary, Itali dan turut

melibatkan tanah jajahan negara-negara tersebut. Beberapa dekad sebelum perang ini

meletus, negara-negara di Eropah telah menunjukkan sikap kesangsian dan persaingan

yang kuat antara satu sama lain. Situasi ini kemudiannya telah membawa kepada

kebangkitan nasionalisme, perkembangan imperialisme dan ketenteraan serta pakatan

politik yang telah menjadi faktor utama meletusnya perang ini. Joyce Appleby, Alan

Brinkley dan James M. McPherson dalam buku mereka The American Journey telah menyatakan bahawa nasionalisme merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perang

ini berlaku.2

Nasionalisme pada dasarnya bermaksud perasaan cinta pada negara dan bangsa

sendiri. Namun begitu, di Eropah khususnya kebangkitan nasionalisme dilihat sebagai

penyatu serta penggalak kepada pembentukan negara bangsa baru seperti Itali dan Jerman

untuk mereka mengukuhkan kuasa di dunia. Hal ini dibuktikan apabila Itali menjadi

sebuah negara pada tahun 1860-an manakala Jerman pula berjaya disatukan pada

1870-an. Situasi ini dilihat seolah mencabar kedudukan negara yang lebih awal dibina seperti

Perancis dan Britain. Buktinya, Perancis selaku seteru utama Jerman merasa terancam

1 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 485.

(3)

dengan penyatuan Jerman dan masih lagi menuntut wilayahnya yang dirampas oleh

Jerman iaitu Alsace dan Lorraine. Kebangkitan nasionalisme turut berlaku dalam

kumpulan etnik yang berkongsi bahasa serta tradisi yang sama.3 Hal ini dapat dilihat pada

Russia yang menganggap negaranya sebagai pemimpin bagi negara-negara berbangsa

Slav seperti Serbia. Kebangkitan nasionalisme di Eropah ini sedikit sebanyak telah

menyuburkan benih-benih kebencian antara negara yang terlibat dan akhirnya membawa

kepada Perang Dunia Pertama.

Perkembangan imperialisme dan ketenteraan turut menyumbang kepada

berlakunya perang ini. Perkembangan imperialisme berkembang selari dengan hasrat

negara-negara di Eropah yang ingin meluaskan empayar masing-masing. Imperialisme

telah menyebabkan berlakunya persaingan bagi mendapatkan tanah jajahan seperti di

Afrika dan Asia. Hal ini kerana tanah jajahan diperlukan bukan sahaja untuk

meningkatkan status negara yang menjajah malah ianya diperlukan sebagai kawasan

pasaran baru.4 Britain dan Perancis contohnya telah sedia ada mempunyai empayar yang

cukup luas namun mereka menyimpan hasrat untuk meluaskannya lagi bagi

meningkatkan imej mereka sebagai sebuah kuasa besar dunia. Begitu juga dengan Itali,

Jerman dan Russia yang masing-masing cuba meluaskan pengaruh serta empayar

tersendiri dan perkembangan imperialisme ini adalah tidak lengkap tanpa kekuatan

ketenteraan. Kekuatan ketenteraan sama ada tentera darat atau laut sememangnya

diperlukan untuk meluaskan kuasa dan pengaruh sesebuah negara. Oleh itu pada awal

tahun 1900, Jerman, Perancis dan Russia telah meningkatkan jumlah tentera mereka.

Britain pula yang memang terkenal dengan tentera laut terbesar dan terkuat di dunia

semakin merasa disaingi apabila Jerman juga cuba mengukuhkan angkatan lautnya.

3 Joyce Appleby, The American Journey: building a nation, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 2000, hlm. 656.

(4)

Apabila persaingan di antara negara-negara di Eropah semakin sengit, maka

terbentuklah beberapa pakatan politik. Antara pakatan tersebut termasuklah Triple Entente (Kuasa Bersekutu) yang terdiri daripada Perancis, Russia dan Britain manakala

Triple Alliance (Kuasa Paksi) pula terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali.5

Negara-negara yang berada di dalam pakatan yang sama telah berjanji untuk membantu

antara satu sama lain apabila krisis berlaku dan akan melindungi negara-negara kecil yang

bernaung di bawah pakatan mereka. Pembentukan pakatan ini juga bertujuan untuk

mengimbangi kuasa dan mengelakkan daripada dominasi sesebuah negara terhadap

negara lain. Akan tetapi dengan wujudnya pakatan politik ini sebenarnya telah

memburukkan lagi keadaan kerana ianya menyemarakkan persaingan yang sedia ada serta

membina jurang berdasarkan kepentingan masing-masing. Namun begitu, kemuncak

kepada faktor berlakunya Perang Dunia Pertama adalah disebabkan oleh sebuah tragedi

pembunuhan.

Dalam tragedi yang berlaku pada 28 Jun 1914 di Sarajevo iaitu ibu negara

Bosnia, pewaris takhta kerajaan Austria-Hungary iaitu Archduke Franz Ferdinand telah

dibunuh oleh Gavrilo Princip. Beliau merupakan seorang ahli kumpulan nasionalis Serbia

yang dinamakan sebagai kumpulan Black Hand.6 Rentetan dari pembunuhan ini, kerajaan

Austria-Hungary menyalahkan Serbia dan mengancam akan menyerang Serbia. Akan

tetapi, Serbia pula disokong kuat oleh Russia. Apabila tentera Austria-Hungary mula

menyerang Serbia, Rusia juga bersiap sedia dan bermulalah Perang Dunia Pertama pada

tanggal 28 Julai 1914. Pada masa yang sama, Jerman telah mengambil kesempatan atas

alasan mahu melindungi Austria-Hungary selaku sekutunya dan bertindak menyerang

5 Donald A. Ritchie, American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 1999, hlm. 458.

(5)

Perancis melalui Belgium pada bulan Ogos 1914.7 Situasi ini semakin genting kerana

Belgium merupakan negara berkecuali dan tindakan Jerman membuat serangan ke atas

Perancis melalui Belgium begitu ditentang serta mencetuskan kontroversi di Eropah. Hal

ini kemudiannya telah membawa kepada penglibatan Britain dalam Perang Dunia

Pertama.

REAKSI AWAL AMERIKA SYARIKAT (AS) TERHADAP PERANG DUNIA PERTAMA

Jika dilihat dengan teliti, tiada langsung nama AS disebut-sebut sepanjang

kronologi Perang Dunia Pertama. Jadi apakah reaksi AS pada tahap awal semasa

berlakunya perang ini? AS dibawah pimpinan Presiden Woodrow Wilson telah

mengambil jalan selamat iaitu mengamalkan sikap berkecuali.8 Beliau telah

mengumumkan pada 4 Ogos 1914 bahawasanya tidak ada seorang pun warganegara

Amerika yang boleh mengambil bahagian dalam Perang Dunia Pertama secara langsung

atau tidak langsung. Kenyataan beliau disokong oleh rakyat AS dan beliau turut

berpendapat penglibatan AS dalam perang tersebut hanya akan memberi kesan negatif

serta tidak mendatangkan keuntungan kepada AS sendiri. Pada masa yang sama juga,

terdapat segolongan rakyat AS yang menolak penglibatan AS dalam perang serta

menentang sebarang pergerakan yang boleh membawa AS ke dalam kancah peperangan.

Golongan ini dikenali sebagai pacifists. Antara tokoh-tokoh pacifist termasuklah Jane Addams dan Setiausaha AS sendiri iaitu William Jennings Bryan.9 Golongan pacifists ini

menolak kekerasan dan perang sebagai jalan penyelesaian.

7 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 202.

(6)

Dengan itu dapat difahami bahawa AS mengamalkan dasar berkecuali dalam

Perang Dunia Pertama pada tahap awal akan tetapi ianya adalah sukar untuk

dilaksanakan. Hal ini kerana AS mempunyai rakyat dari pelbagai latar belakang. Menurut

bancian pada tahun 1910, didapati bahawa satu per tiga rakyat AS lahir di luar negeri atau

merupakan anak kepada ibu bapa dari luar negeri.10 Jumlah satu per tiga ini mewakili

seramai 32 juta orang rakyat AS. Daripada jumlah 32 juta ini, 10 juta daripadanya datang

dari Jerman dan Austria-Hungary. Mereka jelas-jelas memihak dan menyokong Jerman

dalam perang tersebut manakala rakyat AS yang berketurunan Irish, Czech, Slovak dan

Serbia pula turut memihak kepada Kuasa Paksi. Akan tetapi, rakyat AS yang

berketurunan British serta Kanada memihak dan menyokong Kuasa Bersekutu. Oleh yang

demikian, keputusan untuk menjalankan dasar berkecuali bukanlah suatu perkara yang

mudah buat AS.

FAKTOR KELEWATAN AMERIKA SYARIKAT (AS) MENYERTAI PERANG DUNIA PERTAMA

LOKASI BERLAKUNYA PERANG DUNIA PERTAMA

Tidak dapat dinafikan bahawa dasar berkecuali yang diamalkan oleh AS telah

melambatkan penyertaan mereka dalam Perang Dunia Pertama yang telah pun rancak

berlaku di benua Eropah. Namun begitu di sebalik semua ini AS mempunyai justifikasi

tersendiri tentang mengapa mereka lewat serta tidak melibatkan diri dengan lebih awal

dalam Perang Dunia Pertama. Lokasi berlakunya Perang Dunia Pertama itu sendiri telah

menjadi salah satu faktor mengapa AS tidak melibatkan diri dengan lebih awal dalam

peperangan ini. Seperti yang diketahui, Perang Dunia Pertama meletus di benua Eropah

iaitu di kawasan Balkan yang letaknya beribu batu jauh dari kedudukan AS sendiri.

(7)

Dengan itu secara langsung AS berpendapat bahawa perang tersebut hanyalah perang

yang melibatkan negara-negara di kawasan Balkan dan jelas-jelas tiada kena mengena

dengan AS. Bagi AS adalah lebih baik jika Eropah sendiri yang menyelesaikan masalah

tersebut kerana ianya berlaku di benua mereka. Ada juga golongan yang menentang

penglibatan AS dalam perang ini dan mencadangkan supaya AS menumpukan kepada

masalah sosial dan ekonomi serta pembentukan sebuah negara yang aman makmur agar

dapat menjadi model kepada negara lain.11

KEBERGANTUNGAN NEGARA YANG TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA TERHADAP AMERIKA SYARIKAT (AS)

Seterusnya, antara faktor yang melambatkan penyertaan AS dalam Perang Dunia

Pertama ialah kebergantungan negara-negara yang terlibat dalam peperangan terhadap

AS. Peperangan telah mewujudkan permintaan luar biasa terhadap barangan tertentu.

Negara-negara yang terlibat dalam perang seperti Jerman, Britain, Perancis dan

Austria-Hungary sememangnya tidak dapat memberikan perhatian kepada penghasilan barangan

seperti makanan, pakaian serta peralatan senjata di negara mereka. Hal ini kerana

tumpuan mereka telah dialihkan sepenuhnya kepada peperangan yang sedang

berlangsung. Oleh itu, mereka sangat memerlukan bekalan makanan, pakaian serta

peralatan senjata dari pihak luar. AS dilihat bijak dan melihat keadaan ini sebagai

menguntungkan ekonominya. Kuasa Bersekutu dilihat sangat bergantung kepada AS dari

segi bekalan makanan, peralatan senjata serta bahan mentah perindustrian.12 Buktinya,

pengeksportan senjata api oleh AS telah meningkat dari $500 juta Dolar pada bulan

Januari 1916 kepada $1680 juta Dolar pada bulan Mac 1917.13 Keadaan ini ternyata

11 John M. Blum et. al., The National Experience: A History of the United States, New York: Harcourt, Brace & World, 1963, hlm. 557.

12 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 211.

(8)

merangsang pertumbuhan ekonomi AS pada ketika itu. Dapat dilihat semasa perang

berlangsung, ekonomi AS berkembang pesat, pengangguran hampir terhapus dan upah

juga meningkat dengan banyak. AS juga mampu melancarkan beratus-ratus kapal dagang

dalam setahun dan ini menjadi satu keperluan penting kepada Britain apabila Jerman

semakin agresif menenggelamkan kapal-kapal dagang mereka.14

KEPENTINGAN PERDAGANGAN AMERIKA SYARIKAT (AS)

Kepentingan perdagangan AS juga turut menjadi penyebab mengapa mereka

dilihat lambat untuk terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Perdagangan merupakan

sektor penting yang menjadi tunjang utama ekonomi AS. Oleh yang demikian, bagi

menjamin hal ini AS tidak boleh turut serta dalam perang tersebut dan perlu mengambil

jalan selamat iaitu dengan mengamalkan dasar berkecuali. Dasar berkecuali ini

membenarkan AS menggunakan perairan laut secara bebas dan dengan itu AS dapat

menjalankan perdagangan dengan mana-mana pihak yang sedang berperang. Sebaliknya

jika AS terbabit dalam Perang Dunia Pertama pada tahap awal, kapal-kapal dagang

mereka semestinya tidak dapat menggunakan perairan laut secara bebas dan hal ini akan

mendatangkan kerugian kepada AS. Perdagangan di antara Amerika dengan

negara-negara Kuasa Bersekutu mencecah $824.9 juta Dolar manakala dengan Kuasa Paksi pula

mencecah $169.3 juta Dolar dan jumlah ini terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya

iaitu lebih kurang $2 bilion Dolar pada 1915 dan $3 bilion Dolar pada 1916.15 Dengan itu

AS berjaya menyelamatkan ekonominya daripada kemelesetan. Duta Britain iaitu Cecil

Spring-Rice juga menyatakan perkara yang sama dan hal ini dapat dilihat pada tahun

1914 di mana jumlah eksport Amerika kepada Kuasa Bersekutu terhadap makanan

14 Paul M. Kennedy, terjemahan Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa, Abdul Razak Ator, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar: perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 363.

(9)

berjumlah $40 juta Dollar dan pada tahun 1916 jumlah ini meningkat kepada $1.3 billion

Dolar iaitu sebanyak 32 kali ganda.16

Selain berdagang dengan negara-negara yang berperang, AS juga turut

memberikan pinjaman kewangan kepada mereka. AS telah memberikan pinjaman

sebanyak $2.3 bilion Dolar kepada Kuasa Bersekutu manakala $27 juta Dollar bagi Kuasa

Paksi.17 Namun demikian, faktor-faktor di atas hanya mampu menyekat AS daripada

melibatkan diri lebih awal dalam perang tersebut tetapi faktor-faktor tersebut tidak cukup

kuat untuk menidakkan penglibatan AS dalam kancah Perang Dunia Pertama. Oleh yang

demikian, Presiden Wilson telah mengubah dasar berkecuali AS dalam perang tersebut

dan pada 2 April 1917 beliau telah memberi ucapan peperangan di Kongres. Hal ini

memperlihatkan bahawasanya AS benar-benar komited untuk menyertai peperangan

tersebut. Mengapakah pendirian AS yang pada tahap awal mengambil sikap berkecuali

kemudiannya berpaling dengan menyertai Perang Dunia Pertama? Berikut akan

disenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan AS menyertai Perang Dunia Pertama.

FAKTOR AMERIKA SYARIKAT (AS) MELIBATKAN DIRI DALAM PERANG DUNIA PERTAMA

ISU KAPAL SELAM JERMAN

AS melalui kongresnya telah membuat pengisytiharan menyertai Perang Dunia

Pertama pada 6 April 1917 iaitu kira-kira setahun sebelum perang tersebut tamat.18 AS

dilihat memilih untuk menyertai Kuasa Besekutu iaitu Britain, Perancis dan Russia dalam

peperangan ini dan terdapat beberapa faktor mengapa AS mengubah pendiriannya untuk

16 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 211.

17 Ray Allen Billington, American History After 1865, New Jersey: Adam & Co., 1963, hlm. 145.

18 Franklin Escher, terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954, hlm. 126.

(10)

terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Antara faktor awal yang membawa kepada

penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama ialah isu kapal selam. Pendirian AS untuk

tidak terlibat dalam Perang Dunia Pertama dilihat mula goyah apabila Jerman

menggunakan kapal selam atau U-Boat (undersea boat) bertujuan untuk menyekat bekalan makanan dan peralatan senjata daripada sampai ke pelabuhan-pelabuhan di

Britain.19 Tindakan Jerman menggunakan kapal selam ini adalah kerana Britain dan

sekutunya iaitu Perancis yang telah mengenakan sekatan laut bagi menghalang sebarang

perdagangan dengan Kuasa Paksi. Dalam situasi ini, AS seperti tersepit di tengah-tengah

kerana AS tidak mahu memutuskun hubungan perdagangan dengan Jerman dan pada

masa yang sama AS juga mahu memelihara hubungan baiknya dengan Kuasa Bersekutu.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila pada 4 Februari 1915 Jerman telah

mengumumkan bahawa kawasan perairan Kepulauan British sebagai kawasan perang.

Jerman telah memberi amaran bahawa kapal selamnya akan menahan mana-mana kapal

termasuklah kapal-kapal negara berkecuali seperti AS, memeriksa barangan yang dibawa

serta menurunkan penumpang di dalam kapal yang ditahan.

AS bertindak memberi amaran kepada Jerman jika kapal mereka diserang dan

nyawa rakyat mereka terkorban maka AS akan mengambil tindakan terhadap Jerman.

Keadaan semakin memburuk apabila Jerman kemudiannya mengambil keputusan untuk

menyerang kapal Britain tanpa amaran tidak seperti sebelumnya. Sebagai contoh, kapal

Falaba milik Britain telah diserang oleh kapal selam Jerman tanpa amaran dan melibatkan kematian seorang warga AS bernama Leon C. Thrasher.20

Walaubagaimanapun, isu ini belum cukup kuat untuk menarik AS melibatkan diri dalam

peperangan. Penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama dilihat bertitik tolak pada

tanggal 7 Mei 1915 apabila kapal Britain iaitu Lusitania telah diserang oleh Jerman dan 19 Donald F. Drummond, Five Centuries in America, New York: American Book Co., 1964, hlm. 525.

(11)

menyebabkan 128 orang warga AS terbunuh.21 Seterusnya serangan Jerman ke atas kapal Arabic pula pada 19 Ogos 1915 telah membawa kepada pembunuhan dua orang warga AS.22 Rentetan dari itu mula kedengaran suara dari rakyat AS yang mahukan negara

mereka untuk terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Presiden Wilson bagaimanapun

masih bertegas untuk mencari jalan perdamaian berkaitan isu tersebut dan pada masa

yang sama Jerman juga sebenarnya tidak mahu hubungannya dengan AS terputus.

Dengan itu mereka berjanji untuk tidak lagi menyerang kapal penumpang tanpa amaran.

Namun janji Jerman hanya sekadar janji kerana sekali lagi pada 24 Mac 1916

Jerman telah menyerang kapal Sussex iaitu kapal penumpang Perancis dan mengakibatkan kematian 80 orang serta mencederakan sebahagian besar rakyat Amerika.

Presiden Wilson kemudiannya mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Jerman

jika Jerman masih lagi berpendirian untuk menyerang kapal dagang dan kapal

penumpang. Oleh itu pada 4 Mei 1916, Jerman melalui Sumpah Sussex atau Sussex Pledge telah berjanji kepada AS untuk tidak lagi menyerang kapal dagang dan kapal penumpang tanpa amaran.23 Akan tetapi, Sumpah Sussex ini tidak terlaksana seperti yang

dijanjikan kerana Jerman telah memperbaharui strategi peperangan kapal selam dan

meneruskan serangan terhadap kapal-kapal negara berkecuali. Dengan itu jelas dapat

dilihat Jerman telah melanggar Sumpah Sussex dan kemuncaknya berlaku apabila pada 3

Februari 1917, utusan Jerman telah meninggalkan AS dan hal ini bermaksud terputuslah

hubungan diplomatik di antara Jerman dan AS ketika itu.24 Ada sesetengah pendapat

seperti Samuel Flagg Bemis menyatakan bahawa tindakan Jerman yang mencetuskan

21 Franklin Escher, terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954, hlm. 125.

22 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 489.

23 Donald A. Ritchie, American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 1999, hlm. 460.

(12)

semula serangan kapal selam telah memaksa AS melibatkan diri dalam Perang Dunia

Pertama.25

TELEGRAM ZIMMERMANN

Faktor lain yang mengukuhkan penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Pertama

termasuklah pembongkaran maklumat sulit dalam telegram Zimmermann.26 Telegram ini

dihantar oleh Arthur Zimmermann selaku Setiausaha Luar Jerman kepada Menteri Jerman

di Mexico. Dalam telegram ini terkandungnya pendedahan tawaran rahsia Jerman kepada

Mexico. Melalui telegram tersebut Zimmermann menyatakan bahawa sekiranya

peperangan antara Jerman dan AS berlaku, maka Menteri Jerman harus mengajak Mexico

menyertai pakatan Jerman untuk menyerang Amerika. Bagi menarik minat Mexico untuk

menyertai Jerman, satu tawaran telah dibuat di mana Jerman telah berjanji jika Mexico

bekerjasama dengan Jerman, Jerman akan membantu Mexico mendapatkan wilayah

seperti Texas, Arizona dan New Mexico.27 Wilayah-wilayah ini sebelumnya jatuh ke

tangan AS akibat kekalahan Mexico kepada AS dalam Perang Mexico atau Mexican War. Dalam telegram tersebut juga Zimmermann ada menyebut supaya Mexico berunding

dengan Jepun untuk menyertai pakatan mereka.28

Namun demikian, rancangan licik Jerman dapat dikesan kerana telegram tersebut

berjaya dipintas oleh perisik British. Susulan itu kandungan telegram ini telah disiarkan di

dada akhbar AS pada 1 Mac 1917 dan hal ini telah membawa kepada kemarahan rakyat

AS.29 Di sini jelas terbukti bahawa kedudukan serta keselamatan AS terancam dan mereka

perlu mengambil tindakan bagi mengatasi isu ini. Pada 2 April 1917, Presiden Wilson

25 Samuel Flagg Bemis, The United States As a World Power: A Diplomatic History 1900-1950, New York: Holt & Co., 1951, hlm. 146.

26 Paul M. Kennedy, terjemahan Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa, Abdul Razak Ator, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar: perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 363.

27 Herbert L. Peacock, terjemahan Amri Hasbullah, Zaidah Othman, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 356.

28 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 208.

(13)

telah memberi ucapan dan meminta kebenaran daripada pihak Kongres untuk

mengisytiharkan perang terhadap Jerman.30 Menurut Presiden Wilson, penglibatan AS

dalam perang tersebut bukan untuk kepentingan diri sebaliknya bertujuan untuk

berkhidmat bagi memelihara keamanan dunia. Namun begitu, jika dilihat dari satu sudut

lain, AS sebenarnya bimbang terhadap pengaruh Jerman yang akan membawa kesan

buruk kepada kedudukannya. AS juga tidak mahu pengaruh mereka disaingi oleh Jerman

dan dengan demikian hanya melalui penglibatan dalam Perang Dunia Pertama sahaja

dikira sebagai jalan penyelesaian terbaik buat AS.

PROPAGANDA BRITAIN

Penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama juga berpunca daripada propaganda

Britain. Sebagai kuasa besar dunia Britain sememangnya memainkan peranan yang cukup

besar selama Perang Dunia Pertama berlangsung. Peranan ini termasuklah dengan

melakukan propaganda terhadap AS yang akhirnya berjaya membawa AS ke kancah

peperangan.31 Britain sebenarnya telah lama mengadakan kempen agar rakyat AS

berhati-hati supaya tidak berhadapan dengan kekejaman pihak Jerman. Berita-berita tentang

kekejaman serta penderitaan mangsa perang akibat daripada serangan Jerman sering kali

dihebohkan oleh Britain. Berita-berita ini dihebohkan dan dijadikan isu utama bagi

meraih simpati rakyat AS. Tidak hanya itu, Britain juga membuat tuduhan dengan

menyatakan bahawa Jerman adalah kuasa yang memulakan Perang Dunia Pertama

manakala Kuasa Bersekutu pula sentiasa digambarkan sebagai pihak yang

memperjuangkan keadilan dan berusaha untuk menamatkan penindasan.

Propaganda yang dijalankan kemudiannya menyuburkan perasaan benci rakyat AS

terhadap Jerman dan juga Kuasa Paksi. Hal ini kerana Jerman sering dilihat sebagai

kejam dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat AS juga lama kelamaan dilihat lebih

30 Donald F. Drummond, Five Centuries in America, New York: American Book Co., 1964, hlm. 526.

(14)

cenderung memberi bantuan kepada Kuasa Bersekutu dalam peperangan tersebut.

Sebagai tindak balas terhadap propaganda Britain, Jerman juga cuba untuk melakukan

perkara yang sama. Untuk itu, kerajaan Jerman telah membelanjakan sebanyak $35 juta

Dolar bagi menerbitkan akhbar The Fatherland di AS untuk menyebarkan propaganda bagi pihaknya.32 Namun demikian, langkah itu tidak berjaya mengatasi pengaruh

propaganda yang telah dibuat lebih awal oleh Britain. Hal ini berlaku kerana Jerman

dilihat mempunyai pengetahuan sejarah yang terhad tentang sejarah, pemikiran dan

institusi di AS berbanding Britain. Britain lebih arif dengan suasana dan perkembangan

yang berlaku di AS kerana Britain merupakan bekas penjajahnya. Propaganda Britain

juga dilihat lebih berjaya kerana adanya penglibatan tokoh-tokoh AS yang berpengaruh.

Antara tokoh-tokoh tersebut termasuklah juru cakap AS yang berpengaruh seperti

Theodore Roosevelt, Elihu Root, Leonard Wood, Henry Cabot Lodge dan Charles W.

Eliot dari Harvard.33 Mereka ini adalah nama-nama besar yang telah menjalankan

propaganda bagi pihak Britain. Selain itu, tokoh politik AS juga dilihat cenderung

menyokong Kuasa Bersekutu terutamanya Britain. Antara tokoh politik AS yang dilihat

pro-Britain termasuklah Walter Hines Page iaitu Duta AS ke Britain dan penasihat

peribadi Presiden Wilson sendiri iaitu Kolonel Edward M. House yang sentiasa melihat

bahawa AS perlu campur tangan dalam perang tersebut kerana bimbang kuasa

ketenteraan Jerman akan mengancam demokrasi di AS sekiranya kemenangan Perang

Dunia Pertama berpihak kepada Kuasa Paksi. Oleh yang demikian, apa yang dapat

diperjelaskan ialah propaganda yang dilakukan oleh Britain secara terancang dan efektif

telah mengubah pendirian AS terhadap penglibatannya dalam Perang Dunia Pertama.

Britain juga sememangnya licik kerana menggunakan kedudukan tokoh-tokoh tertentu

bagi mempengaruhi AS melibatkan diri dalam peperangan ini.

32 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 209.

(15)

PERIMBANGAN KUASA & DEMOKRASI

Pada tahun-tahun akhir Perang Dunia Pertama berlangsung, AS telah mulai sedar

bahawasanya mereka perlu berbuat sesuatu atau lebih tepat lagi mengambil tindakan

segera bagi memelihara perimbangan kuasa. AS tidak boleh berdiam diri dan membiarkan

Kuasa Paksi terutamanya Jerman memenangi Perang Dunia Pertama. Hal ini kerana jika

Jerman dan sekutunya menang dalam perang tersebut, perimbangan kuasa serta

kedudukan AS akan terjejas. Sebaliknya AS menaruh harapan supaya Britain dan Kuasa

Bersekutu yang menang dalam peperangan tersebut kerana dominasi Britain di laut

membawa kebaikan kepada AS. Jika dilihat dengan teliti, sejak abad ke-20 lagi kedua-dua

kuasa ini iaitu AS dan Britain sering menekankan kewujudan kepentingan antara

kedua-dua pihak. Walaupun terdapatnya persaingan di antara kedua-dua kuasa ini dalam sektor

perdagangan, namun imperialisme Britain tidaklah mengancam kepentingan AS

terutamanya di Hemisfera Barat.34 Malah, Britain juga sentiasa menyokong konsep

perimbangan kuasa di samping memperakui kuasa AS di Hemisfera Barat. Sekiranya

Jerman menang dalam peperangan ini dan penguasaan tentera laut Britain diambil alih

oleh Jerman, AS bimbang keadaan tersebut akan mengancam kestabilan kawasan

lingkungannya pada masa akan datang.

Keadaan ini kemudiannya telah menyebabkan Presiden Wilson telah memberikan

ucapan peperangan di hadapan Kongres dan meminta supaya Kongres meluluskan

pengisytiharan perang terhadap Jerman. Presiden Wilson cuba meyakinkan rakyat AS

bahawasanya penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama adalah berlandaskan dua

perkara penting iaitu yang pertama AS ingin menyelamatkan demokrasi dan penglibatan

tersebut merupakan satu perang suci menentang pihak yang melanggar prinsip

kemanusiaan. Selain itu, Presiden Wilson juga turut menyatakan bahawa AS melibatkan

(16)

di dalam Perang Dunia Pertama bukan untuk memperoleh koloni sebaliknya untuk

memperjuangkan hak negara baik kecil atau besar dan dunia harus selamat demi

demokrasi.35 Perkara penting yang kedua ialah penglibatan AS dalam peperangan ini pada

masa yang sama dilakukan demi keselamatan negara. Dengan itu rakyat Amerika melihat

tindakan kerajaan mereka melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama adalah ke arah

tujuan untuk menamatkan perang dan juga menegakkan kembali demokrasi di Eropah

yang kian terancam. Kongres kemudiannya telah meluluskan pengisytiharan perang pada

6 April 1917 dan dengan ini secara rasminya AS telah melibatkan diri dalam Perang

Dunia Pertama dengan memihak kepada Kuasa Bersekutu.

KESIMPULAN

AS hanya sempat menyertai Perang Dunia Pertama kira-kira setahun lapan bulan

sahaja kerana Perang Dunia Pertama telah tamat pada 11 November 1918 apabila

gencatan senjata dibuat.36 Pengumuman gencatan senjata ini telah diumumkan oleh

Komander Tentera Bersekutu iaitu Frederick Ferdinand Fosch. Sebelum gencatan senjata

dilakukan, Presiden Wilson yang sentiasa ingin dikenali melalui kepimpinannya yang

bermoral telah merancang satu Persidangan Perdamaian yang membabitkan

negara-negara terlibat dalam Perang Dunia. Lama sebelum Perang Dunia Pertama tamat, beliau

juga telah terlebih dahulu mengutarakan berkenaan Empat Belas Fasal. Empat Belas Fasal

ini telah dikemukakan pada 8 Januari 1918 yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama

antara semua negara, kebebasan laut, hak perdagangan yang sama, mengecilkan saiz

tentera dan membenarkan rakyat memilih untuk membentuk kerajaan sendiri serta yang

paling penting ialah mencadangkan penubuhan Liga Bangsa Bangsa.37

35 George Dunlap Crothers, American History, New York: Holt, Rinehart and Winston, 1964, hlm. 184.

36 Franklin Escher, terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954, hlm. 127.

(17)

Presiden Wilson percaya bahawa idea mewujudkan Liga Bangsa Bangsa adalah

yang paling penting untuk sebuah rancangan ke arah keamanan. Hal ini dapat dilihat

melalui kenyataan beliau iaitu “jika dunia ini adalah tempat yang layak dan selamat untuk

menjalankan kehidupan, maka Empat Belas Fasal ini perlulah dilaksanakan”.38 Beberapa

hari setelah gencatan senjata diumumkan, pada 18 November 1918 Presiden Wilson telah

membuat pengumuman untuk menghadiri satu persidangan di Paris bersama

penasihatnya. Antara yang turut hadir dalam persidangan tersebut ialah Perdana Menteri

England iaitu David Lloyd George, Georges Clemenceau dari Perancis dan Vittorio

Orlando dari Itali. Mereka jelas membawa kepentingan tersendiri di dalam persidangan

tersebut dan bersepakat untuk menghukum Jerman. Dengan itu, Empat Belas Fasal yang

dikemukakan oleh Presiden Wilson sejak dari awal telah ditolak. Penolakan terhadap

Empat Belas Fasal ini akhirnya benar-benar terlaksana apabila Perjanjian Versailles

ditandatangani pada tanggal 28 Jun 1919.39

Perjanjian ini sememangnya berat sebelah terutamanya terhadap Jerman kerana

Jerman dianggap sebagai pihak yang bertanggungjawab mencetuskan Perang Dunia

Pertama dan sebagai hukumannya Jerman dikehendaki membayar ganti rugi kepada

Kuasa Bersekutu di samping jumlah tenteranya dihadkan kepada 100000 orang sahaja,

jumlah angkatan laut dihadkan kepada 6 buah kapal perang sahaja, Jerman juga terpaksa

melepaskan semua tanah jajahanya dan menyerahkan Alsace serta Lorraine kepada

Perancis.40 Melalui Perjanjian Versailles juga Liga Bangsa Bangsa telah ditubuhkan.

Selepas Perjanjian Versailles ditandatangani, Presiden Wilson kemudiannya kembali ke

AS untuk mendapatkan kelulusan Senat berkaitan perjanjian tersebut. Akan tetapi pada

masa yang sama rakyat AS sendiri seperti ramai yang tidak bersetuju dengan perjanjian

38 John Donald Hicks, A Short History of American Democracy, Boston, Mass.: Houghton Mifflin, 1956, hlm. 710.

39 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 501.

(18)

tersebut kerana melalui perjanjian itu AS perlu menyertai Liga Bangsa Bangsa dan

ahli-ahli Senat juga tidak bersetuju dengan hal tersebut. Antara ahli-ahli Senat yang tidak bersetuju

dengan perjanjian ini ialah Henry Cabot Lodge dari Massachusetts, Willian E. Borah dari

Idaho dan Hiram Johnson dari California.41 Bukan itu sahaja, Parti Republikan yang telah

menang pilihan raya pada tahun tersebut juga telah menjalankan kempen untuk menolak

penyertaan AS dalam Liga Bangsa Bangsa. Bagi kebanyakan rakyat AS sendiri,

penglibatan negara mereka dalam Liga Bangsa Bangsa menyebabkan negara mereka akan

melibatkan diri dalam peperangan asing. Mereka sebenarnya sudah letih melihat negara

mereka terlibat dengan urusan luar seperti peperangan yang akhirnya tidak membawa

sebarang faedah kepada mereka. Mereka juga telah banyak berkorban dari segi bekerja

lebih masa, menyertai angkatan tentera dan banyak lagi pengorbanan lain sepanjang AS

terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Kini mereka hanya mahukan kehidupan lama yang

lebih aman dan fokus untuk membangun negara sendiri sahaja.

Presiden Wilson ternyata kecewa dengan keadaan tersebut dan beliau pernah

menyatakan kekecewaan tersebut melalui ucapannya beberapa ketika sebelum beliau

meninggal dunia “kita telah mendapat kesempatan yang baik sekali untuk merebut

pimpinan dunia tetapi kesempatan itu telah kita lepaskan dan tidak lama lagi nescaya

akan kita alami akibatnya”.42 Kenyataan Presiden Wilson ini jelas menunjukkan beliau

gagal dalam memahami hasrat kebanyakkan rakyatnya yang tidak bersetuju dengan

penglibatan AS dalam Liga Bangsa Bangsa kerana tidak mahu AS terbabit dalam

mana-mana perang. Hal ini kerana penglibatan dalam Perang Dunia Pertama telah banyak

memberikan pengajaran buat rakyat AS sendiri. Walaupun Perang Dunia Pertama telah

berakhir dan kemenangan berpihak kepada Kuasa Bersekutu yang telah banyak dibantu

41 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 219.

(19)

oleh AS, akan tetapi keadaan selepas peperangan tersebut adalah lebih memberikan kesan

dalam diri rakyat AS. Perang Dunia Pertama telah mengorbankan seramai 13 juta nyawa

dan setiap jam peperangan berlangsung empat orang askar akan terbunuh manakala

sembilan akan cedera.43

Menurut penulisan Herbert L. Peacock dalam bukuya yang telah diterjemahkan

iaitu Sejarah Eropah Moden, selama Perang Dunia Pertama berlangsung perbelanjaan

perang jika dinilai dari segi matawang dianggarkan sebagai cukup untuk memberikan

setiap keluarga di AS, Kanada, Australia, Britain, Perancis, Belgium, Jerman dan Russia

peruntukan wang sebanyak $500 untuk rumah, $200 untuk perabot rumah dan $100 untuk

tanah malah selebihnya adalah sama dengan seluruh nilai modal Perancis dan Belgium.44

Begitu besar sekali perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh negara-negara yang terlibat

dalam Perang Dunia Pertama dan perbelanjaan ini tidak langsung menguntungkan malah

merugikan pihak yang terlibat termasuklah AS yang telah membelanjakan sebanyak $33

bilion dalam peperangan tersebut.45 Bagi menampung kos perbelanjaan perang yang besar

itu, kerajaan AS telah mengambil pelbagai tindakan seperti meningkatkan cukai serta

mengenakan cukai baru terhadap pelbagai perkhidmatan dan barangan. Hal ini dilihat

membawa beban kepada rakyat AS sendiri dan disebabkan itu rakyat AS tidak mahu lagi

negara mereka terlibat dengan mana-mana perang di dunia.

Selain dari itu, dapat juga dilihat kesan ketara yang lain terhadap AS selepas

tamatnya Perang Dunia Pertama. Kesan Perang Dunia Pertama terhadap AS juga

termasuklah penganiayaan terhadap rakyat AS yang berketurunan Jerman. Walaupun

Presiden Wilson kerap menyatakan bahawa “AS adalah rakan yang ikhlas terhadap orang

Jerman” akan tetapi sentimen anti-Jerman begitu tinggi di AS. Hal ini dapat dilihat

43 Herbert L. Peacock, terjemahan Amri Hasbullah, Zaidah Othman, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 358.

44 Ibid.

(20)

apabila banyak sekolah mengharamkan pengajaran bahasa Jerman.46 Orkestra-orkestra

juga tidak dibenarkan membuat persembahan lagu-lagu dari komposer Jerman seperti

Beethoven dan Schubert.47 Pekerja-pekerja yang mempunyai darah keturunan Jerman

juga ramai yang dipecat dan dibuang kerja berikutan sentimen anti-Jerman yang begitu

tinggi pada ketika itu. Buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis Jerman juga

dikeluarkan daripada perpustakaan dan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan Jerman

sedaya upaya dihapuskan. Hal ini menunjukkan bahawa berlakunya penganiayaan

terhadap rakyat AS yang berketurunan Jerman walaupun mereka tidak memainkan

peranan secara langsung membantu Jerman serta sekutunya dalam Perang Dunia Pertama.

Kesan lain yang paling jelas berlaku di AS selepas tamatnya Perang Dunia

Pertama adalah masalah ekonomi. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, keperluan

tenaga ketenteraan semakin berkurang dan AS mengambil langkah mengecilkan jumlah

angkatan tenteranya supaya kurang daripada 500000 orang. Oleh itu, AS telah

menamatkan perkhidmatan ramai tenteranya untuk tujuan ini. Keadaan ekonomi di AS

juga telah berubah dan menyebabkan ramai ahli-ahli perniagaan meninggal Washington.

Hal ini kerana semasa berlakunya perang ekonomi AS meningkat serta berkembang

dengan pesat akibat permintaan tinggi daripada negara-negara yang terlibat dalam Perang

Dunia Pertama sama ada dari segi bekalan makanan, senjata, pakaian dan juga bahan

mentah lain. Perkembangan ekonomi AS yang pesat ini membawa banyak faedah kepada

rakyat AS seperti meningkatnya kadar upah serta peluang pekerjaan yang banyak. Tetapi,

selepas perang tamat ekonomi AS kembali kepada sedia kala kerana permintaan terhadap

barangan mereka telah berkurang. Keadaan ditambah buruk lagi apabila kerajaan AS

membelanjakan kos yang tinggi untuk membiayai peperangan. Rentetan itu inflasi telah

46 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 220.

(21)

berlaku dan menyebabkan kos sara hidup rakyat AS hampir meningkat dua kali ganda

pada tahun 1919.48 Golongan petani merupakan golongan yang paling terkesan dalam

situasi ini berikutan semasa perang berlaku mereka telah banyak berhutang untuk

meningkatkan serta mengembangkan pertanian mereka kerana permintaan yang tinggi

tetapi selepas perang tamat dan permintaan kembali menurun, ramai di antara mereka

telah bankrap. Inflasi yang berlaku juga telah menyebabkan harga barangan meningkat

dengan mendadak dan perkara ini kemudiannya telah membawa kepada mogok-mogok

umum oleh pekerja dan buruh di bandar-bandar.

Secara keseluruhannya Perang Dunia Pertama yang berlangsung antara tahun

1914 sehingga tahun 1918 telah banyak memberikan kesan khususnya kepada AS.

Walaupun AS melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama di atas kerelaan mereka

sendiri akan tetapi sebenarnya terdapat satu pihak yang bertanggungjawab serta berjaya

mempengaruhi dan mengheret AS ke dalam peperangan tersebut. Pihak ini tidak lain dan

tidak bukan adalah Britain sendiri. Britain ternyata berjaya menyusun strategi dengan

bijak dan rapi bagi memastikan AS akhirnya campur tangan dalam Perang Dunia

Pertama. Britain sejak dari awal menggunakan isu-isu seperti pencerobohan Belgium oleh

Jerman untuk menarik minat AS supaya terlibat dalam perperangan ini. Hal ini kerana AS

yang sememangnya terkenal dengan penegak kepada demokrasi dan nilai-nilai

kemanusiaan pastinya akan menentang perbuatan Jerman sekali gus menyokong Britain.

Selain itu, Britain juga bijak bertindak meraih simpati rakyat AS khususnya dengan

menyebarkan kekejaman yang dilakukan oleh Jerman semasa Perang Dunia Pertama

berlangsung melalui akhbar-akhbar terbitan mereka di AS.

Propaganda yang dilaksanakan oleh Britain di AS juga dilihat begitu berkesan

sekali. Britain sering menonjolkan kepada dunia dan AS khususnya bahawa Jerman

(22)

adalah pihak yang bertanggungjawab memulakan peperangan tersebut manakala Kuasa

Bersekutu hanyalah pihak yang mahu menegakkan keadilan dan menamatkan penindasan.

Dengan itu, AS lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam peperangan tersebut bagi

membantu Britain menegakkan keadilan dan keamanan. Melalui propaganda-propaganda

Britain juga telah berjaya menimbulkan kebimbangan AS terhadap kuasa Jerman yang

mungkin akan menggugat kedudukan serta kepentingannya. Hal ini ditambah lagi dengan

penglibatan-penglibatan tokoh yang berpengaruh di AS dalam menjalankan propaganda

bagi pihak Britain. Britain ternyata tidak mahu menanggung kekalahan kepada Jerman

serta memikul beban perang bersendirian dan dengan itu langkah melibatkan AS dalam

peperangan ini dilihat sebagai satu strategi terbaik. Tegasnya, melalui propaganda licik

Britain terhadap AS yang didasari oleh slogan “untuk menyelamatkan demokrasi bukan

menyelamatkan empayar British”, akhirnya Britain telah berjaya mengheret AS dalam

(23)

RUJUKAN

1. Appleby, Joyce., The American Journey: building a nation, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 2000.

2. Billington, Ray Allen., American History After 1865, New Jersey: Adam & Co., 1963.

3. Blum, John M., et. al., The National Experience: A History of the United States, New York: Harcourt, Brace & World, 1963.

4. Crothers, George Dunlap., American History, New York : Holt, Rinehart and Winston, 1964.

5. Drewry, Henry N., America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984.

6. Drummond, Donald F., Five Centuries in America, New York: American Book Co., 1964.

7. Dulles, Foster Rhea., Twentieth Century America, Boston, Mass.: Houghton Mifflin, 1945.

8. Escher, Franklin., terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954. 9. F. Long, David., The Outward View: An Illustrated History of the United States

Foreign Relations, Illinois: Rand McNally & Co., 1963.

10. Flagg Bemis, Samuel., The United States As a World Power: A Diplomatic History 1900-1950, New York: Holt & Co., 1951.

11. Hicks, John Donald., A Short History of American Democracy, Boston, Mass.: Houghton Mifflin, 1956.

12. Kennedy, Paul M., terjemahan Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa, Abdul Razak

Ator, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar: perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

13. Peacock, Herbert L., terjemahan Amri Hasbullah, Zaidah Othman, Sejarah Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

14. Ritchie, Donald A., American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 1999.

Referensi

Dokumen terkait

Jurnal ini fokus membahas dua permasalahan mengenai urgensi reformulasi Pasal 7 ayat (2) huruf (a) Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2012 tentang Sistem Peradilan

Daya hasil klon KW 30 dan KW 48 lebih tinggi dibandingkan dengan kedua klon pembanding (GC 7 dan ICS 60) dan melebihi r ata-rata klon yang diuji, sedangkan klon KW 23, KW

PENGUASAAN PENGETAHUAN KETERAMPILAN DASAR MENGAJAR SEBAGAI KESIAPAN PRAKTIK PROGRAM PENGALAMAN LAPANGAN DI SEKOLAH MENENGAH KEJURUAN.. Universitas Pendidikan Indonesia

Ibu Dian Wismar’ein, SE, MM, selaku Ketua Program Studi pada Fakultas Ekonomi Universitas Muria Kudus yang telah memberikan ijin untuk melakukan penelitian serta

Vigotksy meyakini bahwa perkembangan kognitif, dalam hal ZBD sangat dipengaruhi oleh lingkungan sosial (sosial budaya) sekolah merupakan salah satu agen budaya yang

benda nyata, gambar, grafik, atau aljabar, menjelaskan dan membuat pertanyaan matematika yang. dipelajari, menyatakan situasi kedalam

Jikalau selama ini salah satu argumentasi teori etika konvensional yang mengukuhkan bahwa cuma manusia yang bisa dimasukkan dalam komunitas moral

[r]