• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIK"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIKASI

PRINSIP ‘UMUM AL-BALWA: SATU TINJAUAN

Mohd Farhan Md Ariffin1, Muhammad Ikhlas Rosele,2 Muhd Afiq Abd Razak,3 Mohd Anuar Ramli4



Abstrak

Penentuan makanan halal berasaskan hukum Islam begitu penting pada hari ini khususnya. Selain melakukan pendalilan daripada nas, kaedah usul dan kaedah fiqh juga digunapakai. Antara prinsip atau kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kehalalan sesuatu makanan adalah menerapkan pendekatan „umum al-balwa. Oleh itu, kajian dilakukan dengan menganalisis data-data kepustakaan untuk menjelaskan aplikasi prinsip „umum al-balwa dalam penentuan makanan halal. Kajian mendapati bahawa prinsip „umum al-balwa sememangnya digunakan oleh para intelektual Islam dalam menjelaskan dan menentukan hukum sesuatu isu termasuk isu makanan. Namun, penggunaanya tidak meluas dan tidak begitu popular dalam perbahasan fiqh sehingga hari ini.

Kata kunci: „umum al-balwa, halal, makanan, kaedah fiqh.

Pengenalan

Penentuan halal sesuatu makanan merupakan perkara yang dititikberatkan di Malaysia, lantaran mencari makanan halal adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Agama Islam menyeru umatnya untuk mencari makanan yang halal sebagaimana termaktub di dalam firman Allah SWT;

Terjemahan: “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman)

dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah dengan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” [Surah al-Nahl 16: 114]

Di Malaysia, penentuan halal dan haram sesuatu makanan sememangnya diambil berat oleh pihak berkuasa mahupun masyarakat awam. Atas asas itu, isu-isu halal dan haram dalam makanan menjadi perhatian utama oleh setiap lapisan

1

Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). 2 Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). 3 Pelajar Pascasiswazah Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

(2)

masyarakat. Jika diamati, wujud beberapa isu penentuan makanan halal di Malaysia antaranya; isu penarikan balik sijil halal Secret Recipe, isu halal bihun cap masjid, status ikan keli yang diberi makan usus babi, sosej dari usus babi, kontroversi coklat Cadbury dan sebagainya.

Situasi ini memerlukan jawapan dan penilaian hukum yang sesuai dan bersifat semasa. Penilaian sesuatu makanan halal hakikatnya mempunyai garis panduan yang jelas di dalam al-Quran dan sunnah. Namun perkembangan teknologi telah mempengaruhi dan memberi kesan timbulnya isu baru dalam penentuan status makanan. Oleh itu, pengaplikasian kaedah penentuan halal yang komprehensif perlu diketengahkan.

Asasnya penentuan sesuatu makanan tersebut halal ataupun haram adalah tertakluk kepada nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah. Contohnya, haram meminum arak, haram memakan khinzir dan bangkai serta halalnya semua makanan yang baik-baik. Penentuan halal dan haram sesuatu makanan juga boleh dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah usul seperti qiyas, istihalah, istishab, sad al-zarai‟ dan sebagainya. Para ulama juga telah membangunkan kaedah fiqh yang boleh diaplikasikan dalam mengenalpasti status sesuatu makanan.

Antara kaedah yang dibangunkan adalah “ma haram qatluhu harama

akaluhu” [apa yang haram dibunuh, haram juga untuk dimakan], “al-masyaqqah tujlab al-taysir” [kesempitan mendatangkan kemudahan] dan sebagainya. Oleh itu kaedah fiqh ini akan ditekankan dalam artikel ini dalam menentukan status halal sesuatu makanan khususnya aplikasi prinsip „umum al-balwa.

Konsep Makanan Halal

Bagi menjelaskan konsep makanan halal perlu dilihat maksud makanan dan halal secara ringkas. Makanan adalah merujuk kepada semua substansi yang diperlukan oleh tubuh badan selain air dan semua jenis ubat. Fungsi makanan adalah sebagai pembekal tenaga kepada tubuh, meningkatkan tumbesaran dan zat yang mengatur aliran sistem badan.5 Menurut Fortin, makanan dapat dihuraikan sebagai;6

(1) articles used for food or drink for man or other animals, (2) chewing gum, and (3) articles used for components of any other such article

Manakala halal menurut bahasa Arab bermaksud; lawan bagi yang haram.7 Ianya juga bererti menjadi harus.8 Menurut al-Qaradawi, halal dari segi

5 Budiman Chandra, Pengantar Kesehatan Lingkungan (Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran EGC, 2007), 85. 6

Neal D. Fortin, Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice (New Jersey: John Wiley & Son, 2011), 35. 7 Ibn Manzur, Lisan al-„Arab. (Kaherah: Dar al-Ma‟arif, t.t.), 9: 974.

(3)

istilah adalah; perkara yang diharuskan (dibolehkan) yang terlepas daripadanya sebarang ikatan ancaman dari melakukannya dan syariat (Allah SWT) memberi keizinan untuk melakukannya9.

Oleh itu, makanan halal merujuk kepada sesuatu yang bebas daripada komposisi yang dilarang dalam Islam daripada memakannya. Pada dasarnya kebanyakan makanan adalah halal kecuali beberapa makanan yang disentuh secara khusus keharamannya di dalam al-Quran dan sunnah.10 Antara contoh makanan yang haram adalah daging khinzir, bangkai dan binatang yang tidak disembelih atau disembelih atas nama berhala (selain Allah SWT).

Konsep ‘Umum Al-Balwa

„Umum al-balwa adalah gabungan dua perkataan iaitu „umum dan al-balwa. Jika dilihat dari sudut bahasa, perkataan umum membawa maksud meliputi dan menyeluruh. Ia terbit dari kata dasar „amma. Manakala al-balwa pula terbitan dari kata dasar bala. Al-Bala atau al-balwa membawa maksud ujian atau dugaan. Perkataan bala dari sudut bahasa juga diguna pakai dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada bencana dan ujian.

Dari sudut istilah terdapat dua kecenderungan dalam memberi pentakrifan „umum al-balwa. Golongan usuliyyun menyentuh persoalan „umum al-balwa berasaskan perspektif usul fiqh dengan terma fi ma ta‟ummu bihi al-balwa.

Di dalam kitab al-Bahr al-Muhit karya al-Zarkashi, ia bermaksud semua mukallaf berhajat untuk mengetahui hukum perkara itu.11 Manakala al-Isfarayni mendefinisikan ma ta„ummu bihi al-balwa sebagai perkara yang semua mukallaf perlu atau berhajat untuk mengetahui hukumnya untuk beramal dengannya. Disebabkan ia menjadi taklif kepada mereka untuk beramal atau meninggalkannya.

Dari perspektif fiqh, „umum al-balwa bermaksud sesuatu perkara yang buruk atau dibenci namun sukar untuk dihindari atau dielak kerana ia berleluasa dan meliputi sesuatu keadaan.12 Manakala menurut al-Sadlan, „umum al-balwa berleluasanya bencana atau keburukan sehingga menjadi sukar bagi seseorang untuk menghindarinya.13 Wahbah al-Zuhayli pula mendefinisikan „umum al-balwa sebagai meluasnya bala (ujian yang berbentuk kesusahan) sehingga menjadi terlalu sukar untuk seseorang untuk mengelakkan diri darinya.14

9 Al-Qaradawi (1980). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut: al-Maktab al-Islami, 1980), 15. 10 Mian N. Riaz, Muhammad M. Chaudry, Halal Food Production (USA: CRC Press LLC, 2004), 2.

11 Muhammad Ibn Bahadur al-Zarkasyi, al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh (al-Ghardaqah: Dar al-Safwah, 1988), 4: 347. 12 Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad, Qa‟idah Umum Balwa wa Atharuha fi Qadaya Dirasah Fiqhiyyah

al-Mu‟asirah. (Arab Sa‟udi: Wizarah al-Ta‟lim al-„Ilmi, 2010), 1641.

13 Salih bin Ghanim Sadlan, al-Qawa„id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa ma Tafarra„u „Anha, 243.

(4)

Kesimpulannya, prinsip „umum al-balwa adalah sesuatu yang terbentuk bercanggah dengan hukum asal, dan ia sangat berkait rapat dengan keperluan (hajat) umum, serta jika tidak meraikannya maka mendatangkan kesukaran yang lebih teruk.15 Sememangnya sukar difahami pengertiannya jika tidak disertai contoh. Lazimnya „umum al-balwa dikaitkan dengan keadaan najis yang dimaafkan, seperti kes najis burung yang terkena di tempat solat atau tempat tawaf.16 Contoh yang lebih dekat dengan situasi di Malaysia ialah tahi cicak yang terkena sejadah adalah dimaafkan berasaskan prinsip „umum al-balwa.

Salih Ibn 'Abd Allah Ibn Humayd menyatakan „umum al-balwa itu merujuk kepada dua ciri;17

1- Keperluan untuk sesuatu itu diberikan keringanan dalam keadaan umum, iaitu sukar untuk mengelakkannya dan jika tidak diberi keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

2- Sesuatu itu sudah tersebar, iaitu seseorang mukallaf sukar untuk mengelakkan diri daripadanya, atau menghilangkannya, jika tidak diberi keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

Bagi ciri pertama, keringanan perlu diberikan kerana untuk memenuhi keperluan orang mukallaf dan bagi ciri kedua, keringanan perlu diberikan kerana ia sukar untuk dihilangkan.18

Wujudnya prinsip „umum al-balwa adalah berasaskan beberapa faktor, antaranya; kesukaran untuk mengelak daripada sesuatu yang buruk (najis), kekerapan berlaku sesuatu yang buruk itu tinggi, merata dan menyeluruh kejadian perkara tersebut, banyak dan panjangnya tempoh kejadian, kecil dan remehnya sesuatu yang buruk sehingga sukar untuk dihindari dan dibersihkan, kemudaratan wujud jika cuba mengelaknya dan jika berada dalam situasi darurah.19 Faktor-faktor ini perlu diamati dalam mengenalpasti prinsip „umum al-balwa yang berlaku sehingga mendapat keringanan syara‟.

„Umum al-balwa ini antara sebab-sebab keringanan dalam hukum syara‟. Antara sebab-sebab keringanan menurut al-Suyuti adalah; permusafiran, sakit, paksaan, lupa, bodoh, „umum al-balwa (kesukaran) dan kekurangan (seperti kurang umur dan kurang akal, gila).20 Berikutan kesukaran untuk menghindarinya menyebabkan kes „umum al-balwa ini mendapat keringanan syara‟.

15 Mus„ab Mahmud Ahmad Kuwari‟, “Umum al-Balwa wa Atharuha fi Khabar al-Wahid,” (Disertasi Ijazah Sarjana Usul Fiqh, Kuliyyah al-Syari‟ah wa al-Qanun, Universiti Islam, Ghazzah, 2010), 19.

16

al-Zuhayli, Muhammad, al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba‟ah. (Dimasyq: Dar al-Fikr, 2006), 265.

17 Salih bin „Abd Allah, “Raf„ al-Haraj fi al-Syari„ah al-Islamiyyah: Dawabituhu wa Tatbiqatuhu,” (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Kuliyyah al-Syari„ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Universiti Umm al-Qura, 1981), 289.

18 Ibid, 19

Atikullah Hj. Abdullah, „Umum al-Balwa: Konsep, Kedudukan dan Pemakaiannya dalam Penentuan Hukum dalam Fiqh Muamalat,” Jurnal Syariah 13 (2), 2005): 93-112, 100-103.

(5)

Berasaskan kaedah yang disepakati ulama‟ seperti “al-masyaqqah tujlab al-taysir” [kesempitan itu mendatangkan kemudahan] dan “idha daqa al-amru ittasa„a” [jika sempitnya sesuatu urusan, boleh diperluaskan] telah menjadi asas terbinanya hukum „umum al-balwa.21 Oleh itu, „umum al-balwa boleh menjadi sebab keringanan sesuatu hukum serta mengharuskannya. Keringanan disebabkan

oleh „umum al-balwa ini menjadi lambang prinsip toleransi dan kemudahan yang

dibawa syariat Islam.22

Prinsip ini dilihat amat sesuai untuk difahami pada hari ini susulan perkembangan teknologi, sosio budaya dan persekitaran. Aplikasinya boleh menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul. Namun begitu, beberapa garis panduan untuk perlu dipenuhi untuk mengaplikasikan prinsip atau kaedah „umum al-balwa.

Aplikasi Dalam Penentuan Makanan Halal

Berbalik kepada persoalan pemakanan. Banyak isu-isu pemakanan yang timbul pada hari ini seperti ikan yang diberi makan najis, haiwan al-Jallalah, kontrovesi Cadbury, ubat-ubatan dari sumber haram dan seumpamanya. Isu-isu tersebut telah menjadi pertikaian dan perbahasan adakah hukumnya halal untuk dimakan ataupun sebaliknya. Bagi menyelesaikannya, beberapa pendekatan telah digunapakai antaranya; teori istihalah, darurah, „umum al-balwa dan seumpama. Namun artikel ini bertujuan untuk menganalisis pengaplikasian prinsip „umum al-balwa dalam pemakanan secara tuntas.

Prinsip „umum al-balwa ini telah diaplikasikan oleh para ulama dalam bidang pemakanan. Ini kerana ruang lingkup berlakunya „umum al-balwa tidak terhad kepada isu-isu ibadah bahkan mencakupi isu-isu muamalat23 dan pemakanan. Antara contoh-contoh „umum al-balwa yang disentuh dalam perbahasan fiqh adalah;

1- Bijian atau gandum yang terkena tahi dan kencing kerbau tidak dianggap najis.

Sebagaimana maklum dalam amalan pertanian dahulu, penggunaan kerbau untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan amat diperlukan. Kerbau digunakan untuk membajak, tunggangan, pengangkutan hasil pertanian dan sebagainya. Oleh itu amat sukar untuk mengelakkan hasil pertanian daripada terkena tahi dan kencing kerbau tersebut. Kesukaran untuk mengelak hal tersebut berlaku disebut sebagai

21 Ahmad Tijani Harun, “Athar al-Darurah wa al-Hajah wa „Umum al-Balwa fi ma Yahillu wa Yahrimu min al-Mahn wa al-Wazaif Kharij Diyar al-Islam,” (makalah Majma‟ Fuqaha‟ al-Syari‟ah Bi Amirika, Manama, Bahrain, November 2007), 9.

22

Ya‟qub „Abd al-Wahhab al-Bahisin, Raf‟ al-Haraj fi al-Syari‟ah al-Islamiyyah: Dirasah Usuliyyah Ta‟siliyyah (Riyadh: Maktabah al-Rusyd, 2001), 435.

(6)

„umum al-balwa. Oleh itu, hasil pertanian yang terkena tahi dan kencing kerbau tidak dianggap najis dan halal untuk dimakan.

2- Air daripada bekas jilatan kucing tidak dianggap najis.

Kucing mempunyai hukum yang berbeza bukan kerana sifatnya tetapi kerana umumnya ia bersifat jinak dan berada di sekeliling manusia. Sabda Nabi SAW;

Terjemahan: “Sesunggunya ia (kucing) bukanlah najis,

sesungguhnya ia merupakan haiwan yang sering berada di sekeliling kita.” [Hadis riwayat Abu Dawud]

Di dalam kitab „Awn al-Ma„bud menjelaskan bahawa kucing adalah binatang yang wujud di sekitar rumah. Ia akan bermain dan bergesel pada pakaian dan tubuh badan manusia. Sekiranya kucing adalah najis, sudah tentu sukar untuk sentiasa membersihkan tempat yang dilaluinya. Begitu juga kesukaran yang wujud dalam menjaga bekas-bekas air daripada dijilat kucing.

Oleh itu, „illah utama yang wujud berkaitan kucing dan jilatannya tidak najis

adalah darurah yang meluas dan kesukaran untuk mengelak daripadanya.24

Atas alasan itu air bekas jilatan kucing tidak najis dan boleh digunakan untuk berwuduk bahkan diminum. Ia juga terpakai pada makanan yang terkena jilatan kucing kerana asasnya adalah sama iaitu sukar untuk menghindari daripada berlakunya keadaan tersebut (kucing menjilat atau menggigit makanan di rumah).

3- Harus memakan ikan kecil tanpa membuang isi perutnya (yang najis).

Antara perkara yang buruk dan sukar untuk dielakkan dalam pemakanan adalah najis yang terdapat pada ikan-ikan kecil (misalnya ikan bilis). Pada asalnya memakan ikan adalah halal berdasarkan firman Allah SWT;









 



Terjemahan: “Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan

makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu.” [Surah al-Ma‟idah (5): 96)

Ikan yang kecil sukar untuk dibuang isi perutnya lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang banyak. Berasaskan prinsip atau kaedah „umum al-balwa ini telah

(7)

menghalalkan ikan-ikan yang kecil walaupun belum tidak dibuang isi perutnya. Ibn Hajar al-Haythami menjelaskan halalnya ikan kecil yang tidak dibuang isi perutnya sebagaimana berikut;25

Adalah halal memakan ikan kecil dan diringankan apa yang terdapat di dalam rongga badannya (perut) dan tidak dianggap najis isinya.”

4- Halalnya roti yang dibakar dengan menggunakan najis (halal abu najis tersebut yang terkena roti).26

Penggunaan najis sebagai bahan api bukanlah sesuatu yang asing. Hal ini berikutan najis mempunyai gas yang membuatkannya mudah menghasilkan api (seperti gas metana yang wujud dalam najis lembu).27 Bahan api daripada najis juga digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk memasak makanan.28 Bagi masakan yang dimasak menggunakan najis adalah sukar untuk mengelakkan abu bahan bakar tersebut terkena pada makanan.

Oleh kerana itu apabila debu dari bahan bakar yang berupa najis tidak dianggap najis. Ini bermakna makanan yang terkena debu tersebut halal untuk dimakan. Hal ini kerana kesukaran yang wujud untuk mengelakkan debu tersebut daripada terkena makanan menjadi satu keringanan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam perbahasan fiqh, prinsip „umum al-balwa diaplikasikan dalam menentukan halalnya sesuatu makanan. Oleh itu, ia tidak menghalang penggunaan kaedah atau prinsip tersebut untuk menentukan status halal makanan pada masa kini. Tambahan pula kemajuan teknologi pembuatan makanan dan seumpamanya dilihat memerlukan penggunaan metode penentuan halal yang pelbagai dan komprehensif.

Namun begitu, penggunaan prinsip ini hendaklah berasaskan garis panduan atau syarat-syarat tertentu. Berikut adalah garis panduan yang perlu dititikberatkan ketika mengaplikasikan prinsip „umum al-balwa;29

1- Hendaklah „umum al-balwa itu benar-benar berlaku, bukannya sangkaan. 2- „Umum al-balwa yang berlaku adalah kerana tabiat, sifat dan keadaan

sesuatu (penyebab) itu. Bukannya kerana kecuaian atau tindakan manusia. 3- Tidak berniat atau sengaja menjadikan „umum al-balwa sebagai alasan

untuk mendapatkan rukhsah dan keringanan.

4- „Umum al-balwa tidak menjadi penyebab untuk melakukan maksiat.

25 Ibn Hajar al-Haythami, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj (t.tp: Matba„ah Mustafa Muhammad, t.t.), 9: 377. 26 Ibn Nujaym, al-Asybah wa al-Nazair. (Dimasyq: Dar al-Fikr. 1999), 85

27

Brian Williams, Siri Teknologi Baharu: Teknologi Pengangkutan (Kuala Lumpur: ITBM, 2010), 15. 28 Andrew Solway, Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Kuala Lumpur: ITBM, 2011), 9.

(8)

5- Keringanan hanyalah pada keadaan dan ketika wujudnya „umum al-balwa tersebut. Jikalau tiada lagi „umum al-balwa, maka keringanan juga terangkat.

Garis panduan ini wajar dipatuhi untuk menentukan status halal berasaskan prinsip „umum al-balwa. Ia dapat mengelakkan daripada kesilapan dalam menentukan status halal sesuatu makanan. Ia juga dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan kaedah ini, sebagai contoh produk yang diletakkan DNA khinzir untuk menambah keenakannya dan berhujah menggunakan kaedah

„umum al-balwa. Jelas, ia adalah salah dan tidak menepati prinsip keringanan yang dimaksudkan oleh syara‟.

Sebagai penjelasan, konsep „umum al-balwa bukanlah satu kaedah untuk menghalalkan sesuatu produk makanan sepertimana yang berlaku dalam proses istihalah. Ia merupakan satu bentuk keringanan syara‟ yang mirip dengan situasi darurat. Orang yang tersesat di dalam hutan boleh memakan daging khinzir jika lapar dan boleh membahayakan nyawa adalah bentuk keringanan syara‟. Begitu juga halnya seseorang yang diharuskan memakan najis (kekotoran yang bukan hakiki) jika ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Oleh itu, modus operandi „umum al-balwa dapat dijelaskan melalui jadual berikut;

(9)

diserapi unsur najis adalah dengan mengaplikasikan prinsip „umum al-balwa. Jika makanan tersebut menepati prinsip dan garis panduan „umum al-balwa, makanan tersebut dihukumkan halal dan boleh dimakan.

Kesimpulan

Sememangnya didapati prinsip „umum al-balwa menjadi salah satu kaedah untuk memperjelas dan menentukan hukum halal (dalam bentuk keringanan) sesuatu makanan. Namun aplikasinya tidak begitu meluas dalam karangan fiqh silam. Contoh yang diberikan adalah terhad kepada beberapa contoh makanan sahaja. Namun ia tidak menafikan pengaplikasian prinsip ini diiktiraf dalam menentukan kehalalan sesuatu makanan.

Oleh itu, dalam menyelesaikan isu halal dan haram makanan pada hari ini, prinsip „umum al-balwa hendaklah digunapakai. Namun begitu, penggunaannya mestilah tertakluk kepada beberapa syarat dan garis panduan sebagaimana dirujuk.

Rujukan

Abadi, Syarf al-Haq (2005). „Aun al-Ma‟bud „ala Syarh Sunan Abi Dawud. Bayrut: Dar Ibn Hazm.

Ahmad Mokhtar „Umar (2008). Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah.

Qahirah: „Alim al-Kutub.

Ahmad Tijani Harun (2007). “Athar al-Darurah wa al-Hajah wa „Umum al-Balwa

fi ma Yahillu wa Yahrimu min al-Mahn wa al-Wazaif Kharij Diyar al-Islam,”

Paper presented at Majma‟ Fuqaha‟ al-Syari‟ah Bi Amirika, Manama,

Bahrain, November 2007.

Al-Bahisin, Ya‟qub „Abd al-Wahhab (2001). Raf‟ al-Haraj fi al-Syari‟ah al

-Islamiyyah: Dirasah Usuliyyah Ta‟siliyyah. Riyadh: Maktabah al-Rusyd. Al-Burnu, Muhammad Sidqi bin Ahmad (1996). Al-Wajiz fi Idah al-Qawa„id al

-Fiqh al-Kulliyah. Bayrut: Mu‟asasah al-Risalah.

Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad (2000). Umum al-Balwa: Dirasah Nazariyyah Tatbiqiyyah. Riyad: Maktabah al-Rusyd.

Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad (2010). Qa‟idah Umum al-Balwa wa Atharuha fi Qadaya al-Dirasah al-Fiqhiyyah al-Mu‟asirah. Arab Sa‟udi: Wizarah al-Ta‟lim al-„Ilmi.

Al-Haythami, Ibn Hajar (n.d.). Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj. n.p.p: Matba„ah Mustafa Muhammad.

Al-Qaradawi (1980). Al-Halal wa Haram fi Islam. Bayrut : Maktab al-Islami.

Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abdul Rahman (1997). al-Asybah wa al-Nazair fi

Qawaid wa Furu‟ al-Fiqh al-Syafi‟i. Riyadh: Maktabah Nizal Mustafa al-Baz.

(10)

Al-Zarkasyi, Muhammad bin Bahadur (1988). Al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh. Al-Ghardaqah: Dar al-Safwah.

Al-Zuhayli, Muhammad (2006). Qawaid Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba‟ah. Dimasyq: Dar al-Fikr. 265.

Al-Zuhayli, Wahbah (1985). Nazariyyah al-Darurah al-Syar„iyyah Muqaranah

Ma„a al-Qanun al-Wad„i. Bayrut: Muasasah al-Risalah, 1985.

Atikullah Hj. Abdullah (2005). „Umum al-Balwa: Konsep, Kedudukan dan

Pemakaiannya dalam Penentuan Hukum dalam Fiqh Muamalat. Jurnal Syariah, 13 (2): 93-112.

Budiman Chandra (2007). Pengantar Kesehatan Lingkungan. Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran EGC.

Fortin, N. D. (2011). Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice. New Jersey: John Wiley & Son.

Humayd, Salih bin „Abd Allah (1981). “Raf„ al-Haraj fi al-Syari„ah al

-Islamiyyah: Dawabituhu wa Tatbiqatuhu,” Unpublished thesis, Kuliyyah al

-Syari„ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Universiti Umm al-Qura.

Ibn Manzur (n.d.). Lisan al-„Arab. Qahirah: Dar al-Ma‟arif.

Ibn Nujaym (1999). al-Asybah wa al-Nazair. Dimasyq: Dar al-Fikr.

Kuwari‟, Mus„ab Mahmud Ahmad (2010) “„Umum al-Balwa wa Atharuha fi

Khabar al-Wahid.” Unpublished Master Disertation in Usul al-Fiqh, Kuliyyah

al-Syari‟ah wa al-Qanun, Universiti Islam, Ghazzah.

Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli (2011). Sumber Asas Terhadap Penentuan Halal Haram Terhadap Barang Gunaan. In Suhaimi Ab Rahman & Mohammad Aizat Jamaludin (eds.), Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa, 20-37. Serdang: UPM Press.

Nurhidayah Pauzi & Saadan Man (2015). Haiwan Jallalah dari Perspektif Islam: Analisis Fatwa Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Jurnal Fiqh, 12: 57-78.

Raja Nerina Raja Yusof (2014). Halal Marketing. In Marketeer, 2. Selangor: Institute of Marketing Malaysia.

Riaz, M. N. & Chaudry, M. M. (2004). Halal Food Production. USA: CRC Press LLC.

Sadlan, Salih bin Ghanim (1417H). Al-Qawa„id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa ma

Tafarra„u „Anha. Riyadh: Dar Belensiyah.

Solway, A. (2011). Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui. Kuala Lumpur: ITBM.

Williams, B. (2010). Siri Teknologi Baharu: Teknologi Pengangkutan. Kuala Lumpur: ITBM

Referensi

Dokumen terkait

Kepala Bidang Perencanaan dan Pensiun Pegawai pada Badan Kepegawaian, Pcndidikan dan Pelatihan Aparatur di Kabupaten Nduga wawancara tanggal 10 Maret 2015, memberikan infonnasi

Berikut beberapa strategi visual yang dirancang dalam memenuhi kebutuhan target audience : (a) Tiga sub besar materi menggunakan gambar yakni pada sub materi, petunjuk,

dengan menggunakan metode ilmiah. 6) mahasiswa memiliki kemampuan untuk pengumpulan dan pengolahan data atau informasi tentang masalah yang ingin dipecahkan dengan

Aplikasi sistem informasi jadwal perkuliahan ini menggunakan penyimpanan MySQL sebagai database server karena mampu menerima dan mengirimkan data dengan sangat

hasil penelitian menunjukan kelompok eksperimen yang diberikan video tutorial memperoleh hasil peningkatan dalam kemampuan kognitif di bandingkan kelompok kontrol,

Jika Anda memerlukan informasi atau mengalami masalah, silahkan kunjungi situs Web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara Anda lihat

Dan dalam pemenuhan kebutuhan tersebut, perilaku yang dimunculkan akan berbeda dalam menghadapi sesuatu, untuk melakukan kebutuhan secara riligius membutuhkan niat

1) Proses yang terjadi pada pembelajaran keterampilan menyimpulkan isi bacaan 1) intensifnya proses internalisasi penumbuhan minat membaca cepat, (2) proses