• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN A. IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHAGIAN A. IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN A

Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 23, diberikan empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu merupakan jawapan yang betul. Lorek jawapan yang betul

dan tulis angka jawapan kamu dalam kertas OAS yang disediakan.

_________________________________________________________________________________

IMBUHAN (20 markah)

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan

karangan di bawah ini.

Ulam memang sedap dimakan. Ia merupakan (1)_____ kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau direbus. Ulam juga biasanya dimakan bersama nasi dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan.

Ulam diambil dari berbagai-bagai

(2)_____ tumbuhan yang boleh dimakan. Ini

(3)_____ pucuk, daun, biji, buah, ubi dan

bunga. (4)_____ lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang boleh dimakan. Ia (5)_____ daripada tumbuhan kecil dan melata sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar.

Ulam-ulaman yang dikunyah dan ditelan mentah atau sekadar (6)_____ biasanya mudah dijumpai dan didapati di sekitar rumah sahaja. Pokok-pokok ulam juga mudah untuk ditanam dan dijaga. (7)_____ nya, ulam dimakan bersama sambal belacan dan nasi putih. Ulam seperti kerabu dan sayuran boleh

(8)_____ sebagai makanan harian.

Ulam-ulaman (9)_____ pelbagai khasiat. Generasi lama masyarakat Melayu yang

(10)_____ pemakanan ulam rata-rata lebih

sihat. Mereka jarang diserang penyakit.

1 (1) bergelar (2) digelar (3) gelaran (4) menggelarkan 2 (1) bahagian (2) pembahagian (3) terbahagi (4) sebahagian 3 (1) kemasukan (2) memasukkan (3) memasuki (4) termasuk 4 (1) Mendapat (2) Pendapat (3) Pendapatan (4) Terdapat 5 (1) menggolongkan (2) penggolongan (3) segolongan (4) tergolong 6 (1) celuran (2) dicelur (3) tercelur (4) penceluran 7 (1) Dibiasakan (2) Kebiasaan (3) Membiasakan (4) Terbiasa 8 (1) dijadikan (2) kejadian (3) menjadi (4) terjadi 9 (1) kandungan (2) mengandung (3) mengandungi (4) terkandung 10 (1) amalan (2) diamalkan (3) mengamalkan (4) pengamalan 1

(2)

PERIBAHASA (10 markah)

Arahan: Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai bagi setiap item dalam petikan

karangan di bawah ini.

Mak Lela merenung jam di dinding biliknya. Sudah pukul dua pagi. Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh anak sulungnya, Azmi, pada ketika itu? Dia amat rindu akan anaknya yang sedang menjalani perkhidmatan negara. Namun, dia faham akan tanggungjawab anaknya dan harus merelakan anaknya pergi dengan (11) putih hati.

Mak Lela sering terbayang-bayang gurau senda Azmi bersama adik-adiknya. Hubungan mereka (12) sangat rapat. Tidak hairanlah jika adik-adiknya juga merasakan ketiadaannya itu.

Sudah lima tahun ayah Azmi meninggal dunia. Sejak itu, Mak Lela terpaksa (13) kerja keras dengan bermati-matian demi membesarkan Azmi dan anak-anaknya yang lain. Mujurlah Mak Lela (14) ada bakat menjahit. Dapatlah dia mengambi tempahan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga

Tiba-tiba, Azmi pun pulang. Mak Lela (15) berasa senang melihat kepulangan anaknya itu. Dia amat bersyukur anaknya dalam keadaan sihat dan selamat.

11 (1) ikhlas (2) gembira

(3) bertungkus-lumus (4) bersungguh-sungguh

12 (1) bagai isi dengan kuku (2) air dicincang tiada putus (3) bagai aur dengan tebing

(4) seperti pahat dengan

penukul 13 (1) tahan uji (2) besar hati (3) banting tulang (4) tulang belakang 14 (1) mempunyai peluang (2) mempunyai keinginan (3) mempunyai kebolehan (4) mempunyai kesabaran 15 (1) baik budi (2) berani mati (3) lapang dada (4) tangan terbuka 2

(3)

GOLONGAN KATA (10 markah)

Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Tiada siapa yang dapat menduga.

Keputusan tersebut memang hadir

sebagai sesuatu yang (16)__________. Guru dan kawan-kawannya juga turut berasa sedemikian.

Pada masa yang sama mereka berasa (17)________ dan gembira di atas keputusan Nora. Sijil yang baru diterimanya ditatap Nora. Keputusan

peperiksaan yang amat cemerlang

(18)__________ di sijil itu. Hingga ke

saat ini, Nora masih tidak percaya apa

yang dilihatnya. Dia tidak

(19)__________ untuk pulang ke rumah

dan memberitahu ibunya akan keputusan peperiksaannya itu.

Namun, setibanya di rumah, dia

menunggu masa yang baik untuk

(20)___________ ibunya. Semasa ibunya

sedang melipat pakaian, dia pun menunjukkan keputusannya itu kepada ibunya. Sesaat kemudian, ibu Nora memeluknya nya erat-erat. Linangan airmata membasahi pipi ibu Nora. Dia tahu anaknya itu telah berusaha gigih

untuk mendapatkan keputusan

tersebut.121 3 para . 16 (1) mendadak (2) mengejutkan (3) menggegarkan (4) menggoncangkan 17 (1) megah (2) bangga (3) bongkak (4) sombong 18 (1) tercatat (2) tersusun (3) terpancar (4) terpandang 19 (1) rela (2) sabar (3) malas (4) berani 20 (1) menjerit (2) melaung (3) membilang (4) memberitahu 3

(4)

KEFAHAMAN 1 (10 markah)

Arahan: Baca petikan karangan dibawah ini dengan teliti.

Lagenda merupakan cerita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Lagenda merupakan kisah-kisah yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang bersejarah. Antara lagenda yang terkenal di dunia Melayu ialah Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan Singapura Dilanggar Todak.

Kebanyakan lagenda ini seringkali disampaikan dari satu generasi ke generasi menerusi lisan. Melalui kisah-kisah lagenda, dapat diceritakan semula sejarah serta keadaan penduduk pada masa itu. Selain itu, lagenda turut mengandungi pengajaran yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak dan anak-anak muda.

Lagenda bukan sahaja terkenal di kawasan Nusantara seperti Singapura, Malaysia dan Indonesia. Ada juga lagenda Barat yang amat terkenal seperti Don Juan, El Dorado, Odysseus dan bermacam-macam lagi.

Antara lagenda yang diketahui ramai ialah lagenda Robin Hood. Robin Hood merupakan seorang pemuda yang berani mengambil harta orang kaya lalu memberikan harta ini kepada orang-orang yang kurang bernasib baik. Perbuatannya itu bukan sesuatu yang positif dan tidak patut dicontohi walaupun niatnya adalah untuk membantu orang miskin. Sepatutnya, Robin Hood memikirkan cara lain untuk membantu golongan ini.

Kini, dengan pesatnya perkembangan teknologi, semua orang dapat mencari dan membaca bahan-bahan bacaan legenda melalui ruang siber yang tersedia pada masa terluang mereka. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak pengajaran yang boleh diraih daripada lagenda-lagenda ini.

(5)

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

21. Lagenda adalah _______________________ .

(1) cerita yang bersejarah

(2) keadaan penduduk pada masa itu

(3) kisah yang tidak dapat dipastikan kebenarannya (4) cerita yang terkenal di kawasan Nusantara sahaja

22. Pengajaran di sebalik lagenda _________________________.

(1) boleh didapati melalui alam siber (2) disampaikan hanya menerusi lisan (3) bertujuan untuk menghidupkan sejarah

(4) dapat dicontohi oleh kanak-kanak dan anak muda

23. Perbuatan Robin Hood untuk mengambil harta orang kaya merupakan ___________________________.

. (1) sesuatu yang positif

(2) sesuatu yang tidak patut dicontohi

(3) niat murni untuk membantu golongan yang miskin (4) cara lain untuk membantu orang-orang yang miskin.

24. Kemudahan teknologi membolehkan pembaca mencari ______________________.

(1) kebenaran lagenda Melayu (2) bahan bacaan lagenda setiap masa (3) cerita lagenda Barat seperti Robin Hood

(4) bahan bacaan lagenda yang tersedia di ruang siber

25. Perkataan diraih dalam teks bermaksud ________________________.

(1) didapati (2) diterima (3) dikumpul (4) dinasihati SELESAI BOOKLET A 5

(6)

BAHAGIAN B

Dari SOALAN 26 hingga SOALAN 39, tulis jawapan kamu dalam tempat kosong yang disediakan dalam Kertas Soalan ini.

FRASA (8 markah)

Arahan: Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling

sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

Pemberita: Encik Johan, saya Dahlan Jailani, wakil dari ‘Majalah Pelajar’. Tahniah di atas kejayaan anda memenangi ‘Anugerah Pelajar Cemerlang’.

Johan: Oh, terima kasih! Sebenarnya anugerah yang saya terima ini adalah hasil usaha dan tenaga semua orang yang telah (26) ________.

Pemberita: Kalau tidak menjadi keberatan, bolehkah saya (27) ________?

Johan: Sudah tentu boleh. Mereka yang saya maksudkan ialah kedua orang tua saya.

Pemberita: Wah, mereka (28) ________!

Johan: Saya sungguh berasa terhutang budi kepada mereka. Pengorbanan mereka tidak akan dapat saya lupakan. Jasa mereka (29) ________ untuk saya nyatakan di sini.

Pemberita: Terima kasih Encik Johan. Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi buat para pelajar kita untuk terus belajar hingga ke menara gading sekaligus meraih kejayaan yang mereka impikan.

Johan: Terima kasih.

6 (1) terlalu banyak

(2) tahu siapa mereka

(3) bertungkus-lumus dan bekerja keras

(4) berlonjak kegembiraan mendapat berita baik ini (5) tentu berasa bangga akan pencapaian awak ini (6) memberi saya perangsang dan dorongan selama ini

(7)

Sesi Bermain Buih Sabun

Khas buat kanak-kanak

berumur 6 tahun ke bawah

3-5 petang

Kefahaman 2: Rangsangan Grafik (10 markah )

Arahan: Teliti brosur berikut.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA ANDA!! Anjuran Kelab Masyarakat Woodlands Rise

18 Jun 2016 Dewan Serbaguna

Kelab Masyarakat Woodlands Rise 9 pagi hingga 8 malam

** ARTIS UNDANGAN **

NABILAH HUDAH & RON AZIZ

dari 12 tengah hari hingga 3 petang

7

Bengkel Bermain Sepatu Roda Hanya untuk kanak-kanak

yang berusia di antara 10 hingga 12 tahun

Pertandingan Permainan

Tradisional Sekeluarga

Batu Seremban, Congkak,

Tarik Upih dan Sepak Takraw

Bermain

Layang-layang

dari jam 5

petang

Semua

dipersilakan

MURAH!!

Tiket $20

untuk 4

orang

anggota

keluarga

Cabutan Bertuah!

Hadiah Pertama: Sebuah Kereta Zedan Hadiah Kedua: Sebuah Komputer Riba Zone

(8)

Arahan: Berdasarkan brosur di halaman 7, pilih jawapan yang paling sesuai bagi Soalan 30 hingga Soalan 32. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. Bagi Soalan 33, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di halaman 4.

30. Tujuan utama brosur ini adalah untuk mengumumkan tentang .

(1) permainan layang-layang

(2) kemunculan beberapa orang artis

(3) aktiviti yang boleh dilakukan bersama kanak-kanak (4) karnival keluarga anjuran sebuah kelab masyarakat

31. Karnival ini diadakan _.

(1) di Kelab Masyarakat Woodlands Rise (2) dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang (3) untuk menyambut kedatangan Ron Aziz

(4) hanya untuk 4 orang di dalam sebuah keluarga itu sahaja

32. Semua pengunjung boleh melibatkan diri di dalam aktiviti .

(1) bermain buih sabun (2) bermain layang-layang (3) belajar bermain sepatu roda

(4) pertandingan permainan tradisional

SOALAN JAWAPAN

30 31 32

(9)

33. Seorang sepupu yang seusia kamu, Aiman, dari Malaysia, akan menghabiskan hujung minggunya bersama keluarga kamu. Memandangkan ayah kamu sibuk dengan tugasnya, dia telah meminta kamu untuk merancang aktiviti yang dapat dilakukan bersama-samanya. Berdasarkan kegiatan-kegiatan yang dipaparkan di bosur di halaman 7, kamu perlu meyakinkan ayah kamu untuk membawa kamu sekeluarga ke karnival itu.

Gunakan informasi dalam brosur di halaman 7 untuk melengkapkan pesanan ringkas di bawah ini. (4 markah)

9

Ayah, hujung minggu ini dapatlah kita bawa Aiman ke sebuah karnival keluarga yang bukan sahaja menghiburkan tetapi________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____

(10)

KEFAHAMAN 2 (22 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Tahan hati.

Itulah prinsipku. Padaku, jika seseorang itu tabah dan tidak menyerah kalah serta berbekalkan usaha yang gigih, pasti dia dapat mencapai cita-cita atau impiannya.

Aku mempunyai azam yang kuat untuk menjadi seorang doktor. Walaupun keluargaku miskin, ibu bapaku mendorong aku dan kedua-dua adik-beradikku, Zetty dan Haziq, supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Ini semua agar kami dapat merasai kemewahan, kesenangan hidup dan menjadi orang-orang yang dihormati.

Bapaku bekerja sebagai pemandu teksi dan ibuku mengambil upah menjahit baju dan mengemas rumah orang demi untuk membiayai yuran sekolah kami adik-beradik. Walaupun kami miskin harta-benda, kehidupan kami tidak miskin dengan nilai-nilai murni. Berkat didikan baik oleh ayah dan ibu, kami tidak pernah mengeluh atau bersungut di atas kemiskinan kami. Malah aku, Zetty dan Haziq berasa sangat bangga terhadap pengorbanan ibu bapa kami. Kami bertiga telah berjanji pada diri sendiri untuk belajar dengan bersungguh-sungguh hingga ke menara gading. Lagipun, kami amat faham dan menyedari bahawa kejayaan kami adalah impian mereka juga.

Akhirnya, berkat dorongan ibu bapa dan kegigihan aku sendiri, aku berjaya masuk ke universiti dalam aliran perubatan. Dalam keadaan keluarga yang kais pagi makan pagi, tidak dapat aku nafikan zaman pendidikan di universiti memang sukar. Namun aku gagahi semua itu. Bukan aku seorang sahaja yang melalui kesukaran itu, malah adik-adikku juga. Zetty memilih bidang undang-undang manakala Haziq bidang perniagaan. Keceriaan yang terpancar pada wajah ibu dan bapa kami tatkala kami menjejakkan kaki ke universiti menjadi sumber kekuatan kami bertiga untuk terus berjaya.

Sekarang aku bergelar Doktor Zalina, pakar dalam perubatan kanak-kanak. Tidak sia-sia pengorbanan ibu dan bapaku selama ini. Zetty pula menjadi seorang peguam yang berwibawa. Haziq, seorang usahawan yang terkenal. Walaupun kami telah berjaya, kami tidak sesekali melupakan jasa ibu bapa kami yang telah mendorong kami.

(11)

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 10, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.

34. Apakah cita-cita penulis?

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

( 2 markah )

35. Mengapakah penulis perlu tahan hati?

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

( 2 markah )

36. Mengapakah ibu bapa penulis mendorong penulis dan adik-beradiknya supaya belajar bersungguh-sungguh? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ( 4 markah ) 11

(12)

37. Bagaimanakah ibu bapa penulis membiayai yuran sekolah penulis adik-beradik? ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ( 4 markah )

38. “Walaupun kami miskin harta-benda, kehidupan kami tidak miskin dengan nilai-nilai murni.” Jelaskan pernyataan ini.

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ( 4 markah )

39.Pada akhir petikan, Zalina menyatakan yang mereka tiga beradik tidak akan melupakan jasa kedua orang tua mereka. Bayangkan kamu Zalina. Kamu mahu menulis nota untuk ibu bapa kamu. Dalam nota kamu, nyatakan dua perkara yang telah kamu pelajari dari ibu bapa kamu. Tulis nota kamu di tempat kosong yang disediakan. ( 4 markah ) ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 12

(13)

40. Terdapat perkataan dalam petikan yang mempunyai maksud yang sama dengan frasa di bawah. Kenal pasti perkataan tersebut. Kemudian tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. ( 2 markah )

(a) sesuatu yang diberikan sebagai galakan

_______________________________________________________________

(b) mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang

_______________________________________________________________

SELESAI BOOKLET B

(14)

SI LING PRIMARY SCHOOL

2016 SEMESTRAL ASSESSMENT ONE PRIMARY FIVE - MALAY LANGUAGE BOOKLET A 1 3 11 1 21 3 2 3 12 1 22 4 3 4 13 3 23 2 4 4 14 3 24 4 5 4 15 3 25 1 6 2 7 2 16 2 26 6 8 1 17 2 27 2 9 3 18 1 28 5 10 3 19 2 29 1 20 4 BOOKLET B 30 4 31 1 32 2

33 menarik dan banyak perkara yang boleh dipelajari. (1m) Kami dapat mengikuti Bengkel Bermain Sepatu Roda (1m) serta bermain layang-layang beramai-ramai (1m) ATAU mengambil bahagian dalam pertandingan permainan Tradisional Sekeluarga (1m) 34 ...menjadi seorang doktor (1m)

35 ...supaya penulis dapat mencapai cita-cita (2m)

36 supaya mereka dapat merasai kemewahan (1m), kesenangan hidup (1m), dihormati orang (1m)

37 ...bapa penulis bekerja sebagai pemandu teksi pada siang hari (1m) sementara ibunya mengambil upah menjahit baju (1m) dan mengemas rumah orang (1m)

38 ...mereka tidak pernah mengeluh atau bersungut di atas kemiskinan mereka (1.5m) dan tidak melupakan jasa ibu bapa yang telah mendorong mereka (1.5m)

39 ..penting untuk belajar bersungguh-sungguh (1.5m), terus gagahi apa juga kesukaran yang hadir (1.5m)

40 a) dorongan b) berwibawa *1m untuk bahasa.

Setiap kesilapan ejaan dipotong 0.5 markah. Setiap kesalahan bahasa dipotong 1 markah. Markah maksimum yang dipotong adalah 1 markah

Referensi

Dokumen terkait

Adanya fluktuasi nilai tukar mata uang tertentu yang terjadi di pasar foreign exchange bisa menimbulkan risiko kerugian bagi banyak perusahaan yang memiliki eksposur

Berdasarkan latar belakang masalah tersebut, maka penulis tertarik untuk melakukan penelitian yang penulis tuangkan dalam bentuk skripsi dengan judul “Nilai-Nilai

01 Persentase pemangku kepentingan yang menerima bimbingan/pelayanan penyusunan laporan dana kampanye, audit dana kampanye, pendaftaran Partai Politik dan Anggota DPD sesuai

Pengembangan kompetensi tersebut diharapkan dapat menjadi bekal bagi peserta didik untuk berkomunikasi dalam kehidupan bermasyarakat secara cerdas, santun, dan bermartabat

(3) Pelaksanaan Pelindungan Setelah Bekerja sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dan ayat (2), dilakukan oleh Perangkat Daerah Provinsi yang melaksanakan urusan

Jalur Langsung 1. Oleh karena itu, maka dapat disimpulkan bahwa hipotesis penelitian Ha6 dan Ha7 yang menyatakan: 1) “Terdapat hubungan tidak langsung yang

Alasan penulis memilih variabel resiko audit, kompleksitas tugas, dan jasa-jasa selain jasa audit sebagai variabel independen adalah berdasarkan penelitian terdahulu

Berdasarkan tabel diatas diperoleh hasil perhitungan analisis determinasi diketahui bahwa R square (R 2 ) sebesar 0,189 atau sebesar 18,9% gaya kepemimpinan