• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akaun Pelaburan Bertempoh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Akaun Pelaburan Bertempoh"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

1

Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan

Berakhir 31 Mac 2016

(2)
(3)

1

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016

Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016

1.0 Maklumat Utama Dana

Pemegang Akaun Pelaburan yang Dihormati,

Tahniah kerana menjadi pemegang Akaun Pelaburan Bertempoh Bank Islam, iaitu akaun pelaburan yang direka untuk memenuhi keperluan pelaburan anda. Akaun Pelaburan Bertempoh merupakan yang pertama seumpamanya yang berasaskan kontrak Wakalah. Ianya diperkenalkan di dalam sistem perbankan Islam Malaysia pada bulan Jun 2015 selaras dengan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013). Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Akaun Pelaburan Bertempoh yang berikut bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016.

1.1 Nama Produk

Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) - Di

bawah Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) ini, pemegang akaun pelaburan, sebagai muwakkil atau prinsipal, memberikan kuasa kepada Bank sebagai wakilnya untuk menjalankan aktiviti pelaburan patuh syariah bagi mencapai jangkaan pulangan hasil daripada pelaburan tersebut.

1.2 Jenis Akaun Pelaburan

Akaun Pelaburan Tidak Terhad - merujuk jenis akaun pelaburan yang mana pemegang akaun pelaburan memberikan mandat kepada Bank untuk membuat keputusan muktamad tanpa menetapkan apa-apa sekatan atau syarat tertentu.

1.3 Objektif Pelaburan Dana

Menjana pulangan berkadar sederhana dalam tempoh pelaburan yang dipersetujui berasaskan profil risiko aset tersebut.

1.4 Strategi Pelaburan Dana

• Untuk memastikan pelaburan mencapai objektifnya sejajar dengan alokasi aset bagi melindungi portfolio pelaburan.

• Pada masa ini, Bank melabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan dengan tujuan untuk melindungi prinsipal dan menjana

pulangan yang stabil.

1.5 Ciri Akaun Pelaburan

Akaun Pelaburan Bertempoh. Tempoh pelaburan minimum ialah 1 hari hingga maksimum 10 tahun.

1.6 Alokasi Aset Pelaburan

Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan yang sedia ada serta mempunyai rekod pembayaran yang baik bagi menghasilkan pendapatan yang stabil.

1.7 Profil Pelabur

• Kategori Pelabur: - Pelanggan Korporat - Agensi Kerajaan - Universiti

- Syarikat, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perkongsian - Perniagaan Lain & Entiti Bukan

Perniagaan

• Pelabur yang memerlukan tempoh pelaburan jangka pendek atau sederhana • Pelabur yang memerlukan

portfolio pelaburan patuh Syariah

• Pelabur dengan toleransi risiko yang rendah

• Pelabur yang inginkan pendapatan yang stabil

Para pelabur dinasihatkan supaya memahami beberapa perkara penting seperti berikut: • Amaun prinsipal pelaburan tidak dijamin • Pelaburan ini tidak dilindungi oleh

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Walau bagaimanapun, struktur produk telah direka untuk mengurangkan risiko kehilangan prinsipal. Sekiranya berlaku kecairan, pemegang akaun pelaburan diutamakan dalam mempunyai hak untuk portfolio aset daripada pemiutang bercagar yang lain.

1.8 Penilaian Aset Yang Disandarkan

Penilaian akan dijalankan setiap bulan yang merupakan sebahagian daripada proses untuk menentukan pulangan kepada pelabur. Pulangan akaun pelaburan ini akan dipengaruhi oleh prestasi aset yang disandarkan. Amaun prinsipal dan pulangan tidak dijamin dan pelanggan/pemegang akaun pelaburan menghadapi risiko tidak mendapat sebarang pulangan. Jika pelaburan ditebus awal, pelanggan/pemegang akaun pelaburan mungkin mengalami kerugian sebahagian atau keseluruhan jumlah prinsipal yang telah dilaburkan.

1.9 Dasar Pembayaran Keuntungan

Pendapatan akan dibayar pada tarikh matang atau sebarang kekerapan bayaran (untuk pelabur dengan tempoh melebihi 15 bulan), seperti yang dipersetujui oleh pihak Bank dan Pelabur (contohnya, berasaskan bulanan / suku tahunan / setengah tahunan / tahunan).

1.10 Penyata Bagi Sebarang Perubahan

Tiada perubahan pada objektif, strategi, sekatan dan had pelaburan dalam tempoh suku tahunan ini.

(4)

2.0 Penyata Risiko

Di Bank Islam, Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab utama untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan operasi dan aktiviti perniagaannya dengan menetapkan kecenderungan risiko dan tahap toleransi yang konsisten dengan objektif keseluruhan perniagaan Bank serta profil risiko yang bersesuaian. Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah yang dibantu oleh Bahagian Pengurusan Risiko memastikan terdapat pengawasan yang berkesan terhadap pembangunan strategi, dasar, prosedur dan infrastruktur untuk menguruskan risiko Bank.

3.0 Prestasi Dana

3.1 Prestasi bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016

Tempoh Saiz Dana RM’000 Pulangan Aset (ROA) Pelaburan (ROI) Pulangan

16 Jan 16 - 15 Feb 16 214,793 4.53%

Berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui

semasa pelaburan dibuat, tertakluk pada Terma &

Syarat 16 Feb 16 - 15 Mac 16 183,756 4.55%

16 Mac 16 - 15 Apr 16 219,824 4.57% 16 Apr 16 - 15 Mei 16 216,748 4.53%

Nota:

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Risalah Pendedahan Produk (PDS), Terma & Syarat dan Notis Pengesahan Pelaburan.

3.2 Peruntukan Aset

Portfolio Pembiayaan Perumahan

4.0 Pembayaran Keuntungan

4.1 Penyata Untung & Rugi

AKAUN PELABURAN WAHEED

Penyata Untung & Rugi Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016

Januari 2016 Februari 2016 Mac 2016

RM RM RM

Pendapatan daripada Pembiayaan 790,106 751,899 873,464

Perbelanjaan Langsung * -

-Elaun Bagi Penjejasan Pembiayaan (30,812) (29,299) (37,312)

Pendapatan Bersih 759,294 722,600 836,152

Pulangan ke atas Aset 4.55% 4.57% 4.53%

Pulangan ke atas Pelaburan Berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui semasa

pelaburan dibuat, tertakluk pada Terma & Syarat Nota:

i) Pulangan ke atas Pelaburan untuk Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) adalah berdasarkan jangkaan pulangan yang dipersetujui semasa pelaburan dibuat, tertakluk pada Terma & Syarat.

ii) Secara umumnya, berdasarkan sifat pelaburan produk, kadar Pulangan ke atas Pelaburan dijangka melebihi kadar pulangan Deposit Bertempoh-i (Tawarruq).

(5)

3

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016

4.2

Kajian Portfolio Pembiayaan Perumahan Setakat 31 Mac 2016

Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Lokasi di Malaysia

17.9% 18.6% 16.1% 6.6% 40.8% Tengah Timur Utara Selatan Malaysia Timur

Sebanyak 40.8% daripada jumlah Portfolio Pembiayaan Perumahan adalah dari wilayah Tengah. Ini menunjukkan pembiayaan kami lebih tertumpu kepada kawasan maju seperti Lembah Klang.

Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Baki Tempoh Matang Kemudahan

Sebahagian besar daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan mempunyai tempoh matang lebih daripada 15 tahun. Ini akan memastikan kestabilan dalam aliran pendapatan kami yang dapat memberikan manfaat kepada profil pulangan pelaburan terutamanya untuk pelabur jangka panjang.

Kualiti Aset

(6)

5.0 Tinjauan dan Prospek Ekonomi

Sentimen dikalangan para peniaga serta pengguna masih mencatatkan prestasi yang rendah. Sebagai contoh, Index Kondisi Perniagaan (BCI) dan Indeks Sentimen Pengguna (CSI) berada pada 92.9 mata dan 72.9 mata pada suku pertama 2016. Kedua-dua indeks tersebut kekal mencatatkan bacaan dibawah paras 100 mata yang sekaligus menandakan permintaan domestik yang dijangka akan lebih mencabar berikutan sentimen yang lemah. Begitu juga dengan kadar pengangguran pada bulan Februari yang secara konsistennya mencatatkan bacaan 3.4 peratus untuk tiga bulan berturut-turut. Angka ini menunjukkan bahawa pasaran buruh berada dalam keadaan yang agak lembap memandangkan kadar pengangguran ini melebihi tren jangka panjang iaitu 3.3 peratus. Walaubagaimanapun, sektor luaran menunjukkan prestasi yang baik apabila pertumbuhan eksport meningkat sebanyak 1.4 peratus pada suku pertama 2016 berbanding penguncupan sebanyak 2.7 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas. Namun, jumlah import pula mencatatkan pencapaian yang kurang memberangsangkan apabila menurun sebanyak 0.2 peratus pada suku pertama 2016 berbanding pertumbuhan positif 0.3 peratus pada tahun lepas. Sehubungan dengan itu, jumlah lebihan imbangan dagangan meningkat kepada RM23.9 billion pada suku pertama 2016 berbanding RM21.3 billion yang dicatatkan pada tahun yang lalu. Berdasarkan ini, ekonomi Malaysia dijangka akan dipacu oleh permintaan luaran berikutan kelembapan didalam enjin pertumbuhan domestik yang disebabkan sentimen yang lemah. Meskipun berhadapan dengan suasana ekonomi yang mencabar, pihak kerajaan dilihat berupaya untuk merangka dasar yang mampu untuk menstabilkan keadaan ekonomi melalui perlaksanaan dasar pengurusan permintaan. Selain itu, kemasukan modal asing serta kestabilan didalam rizab antarabangsa akan memastikan kecairan didalam sistem kewangan akan kekal berada dalam keadaan yang baik dan sekaligus dapat merangsang keyakinan para pelabur. Di samping itu, struktur pasaran modal yang matang akan dapat menjurus penggunaan modal yang lebih cekap dan dapat disalurkan ke sektor-sektor yang lebih produktif serta bersesuaian dengan tahap risiko yang diambil. Secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi dijangka akan berlegar sekitar 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2016 berikutan peningkatan didalam permintaan luaran serta perbelanjaan kerajaan terutamanya bagi perlaksanaan projek-projek yang berkaitan dengan infrastruktur.

6.0 Tinjauan Pasaran Hartanah

Laporan Pasaran Hartanah terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), menunjukkan penurunan 8% dalam nilai transaksi pasaran hartanah negara kepada RM149.9 billion pada tahun 2015. Penurunan ini adalah yang pertama dalam tempoh enam tahun. Rekod penurunan terakhir dicatatkan pada tahun 2009 dimana nilai transaksi jatuh kepada 8.3%. Secara umum, pasaran hartanah kediaman dijangka terus mengalami aktiviti sedehana akibat ‘Cooling Measures’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan, ‘Goods and Services Tax’ (GST), iklim politik dan ekonomi semasa negera dan kelemahan Ringgit. Sementara itu, tiada langkah-langkah selanjutnya yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan ini bersesuaian dengan mekanisma bekalan dan permintaan yang akhirnya menentukan nilai hartanah. Nilai hartanah kediaman yang sedia ada yang terletak di Lembah Klang terutamanya dikawasan yang ternama dan terkenal seperti TTDI, Damansara, Taman Lucky dan Bangsar dijangka akan menyemarakkan kenaikan harga disebabkan akses yang baik kepada kemudahan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT dan juga disebabkan oleh penawaran bekalan baru yang sangat terhad ke dalam pasaran. Sementara itu, hartanah kediaman sedia ada di kawasan seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, USJ, Puchong, Cyberjaya, Kajang dan Semenyih yang kesemuanya terletak dalam Negeri Selangor akan terus mengalami peningkatan nilai disebabkan oleh pembinaan MRT1 dan lanjutan LRT Kelana Jaya Line dan Ampang Line yang hampir siap manakala MRT2, LRT3 dan DASH dijangka memulakan pembinaan pada 2016.

(7)

5

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016

Disediakan oleh:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

“LAPORAN PRESTASI DANA INI DISEDIAKAN SEMATA-MATA UNTUK MANFAAT PEMEGANG AKAUN PELABURAN DAN TIDAK BOLEH DISALIN, DIPETIK ATAU DIRUJUK SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA TANPA KEBENARAN BERTULIS BANK ISLAM TERLEBIH DAHULU. BANK ISLAM TIDAK

AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SESIAPA SAHAJA SELAIN PIHAK YANG DIKENAL PASTI DALAM LAPORAN PRESTASI DANA INI BAGI MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI”

Referensi

Dokumen terkait

Sebanyak 5 spesies burung rangkong ditemukan dilokasi tersebut yaitu rangkong badak (Buceros rhinoceros), rangkong gading (Rhinoplax vigil), julang mas (Rhyticeros

Akaun Pelaburan Tidak Terhad: merujuk akaun pelaburan dengan mandat diberikan kepada Bank untuk menguruskan portfolio Akaun Pembiayaan.. 1.3 Objektif

Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada bagi menghasilkan keuntungan yang stabil.. 1.7

Bank akan memperuntukkan dana pemegang akaun pelaburan dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada bagi menghasilkan keuntungan yang stabil.. 1.7

Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada yang menjana keuntungan yang stabil.. 1.7

Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada bagi menghasilkan keuntungan yang stabil.. 1.7

Berdasarkan latar belakang yang telah diuraikan, maka rumusan masalah pada penelitian ini, yaitu : “Bagaimanakah karakteristik (tipe, jumlah susunan sel, bentuk, dan

Provinsi Kabupaten/Kotamadya Kecamatan Lead Time Jakarta DKI Jakarta Jakarta Selatan Mampang Prapatan 4. Jakarta DKI Jakarta Jakarta Selatan