• Tidak ada hasil yang ditemukan

KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KANDUNGAN KBSM HU RAI A N S U K ATA N P EL AJ A RA N PENDIDI KA N MORAL. RUKUN NEGARA ii. BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)

i H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

KANDUNGAN

RUKUN NEGARA ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN iii

KATA PENGANTAR iv

PENDAHULUAN 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3

PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI PERKEMBANGAN MORAL

7

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

9

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

17

BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

21

BIDANG PEMBELAJARAN 4 : Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

25

BIDANG PEMBELAJARAN 5 : Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

29

BIDANG PEMBELAJARAN 6 : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

34

BIDANG PEMBELAJARAN 7 : Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian

(2)

ii H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(3)

iii H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahir kan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jas mani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, ber keterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(4)

iv H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

KATA PENGANTAR

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstru ktivisme, dan pembelajaran akse s kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan.

Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu.

Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(5)

1 H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

PENDAHULUAN

Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk ke kuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan so sial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.

Prinsip-prinsip itu ialah :

x bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain.

x berpegang teguh pada ajaran agama. x prihatin kepada alam sekitar.

x mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup. x bersemangat patriotik.

x

menghormati hak asasi manusia; dan

x

mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak

tuj uh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan

nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut :

i. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri ii. Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan iii. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar iv. Nilai berkaitan dengan Patriotisme

v. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia vi. Nilai berkaitan dengan Demokrasi

vii. Nilai berkaitan dengan Keamanan dan

Keharmonian Takrifan Pendidikan Moral Tujuh Bidang Pembelajaran

(6)

2

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid mencapai tahap kematangan moral.

Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut. PEMIKIRAN MO RAL PERASAAN MO RAL TINDAKAN MO RAL KESEDARAN HATI NURANI

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH INSAN

BERAKHLAK MULIA

Rangka Konsepsi

(7)

3 H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan ke stabilan negara serta masyarakat global.

Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid : i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang

diperlukan untuk berakhlak mulia;

ii. menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam se kitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;

iii. meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; iv. mengembangkan pemikiran dan perasaan

moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan

v. mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan berkesan.

Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu moral atau kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap kematangan murid.

Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat lajur utama, iaitu :

Laj ur Nilai

Laj ur Kandungan Akademik Laj ur Hasil Pembelajaran

Laj ur Cadangan Aktiv iti Pembelajaran

Matlamat Pendidikan Moral Objektif Pendidikan Moral Tujuan Penerangan Lajur 1 2 Format Empat Lajur 3 4

(8)

4

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan penerangannya yang dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Semakan).

Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kematangan murid bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.

Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh

taj uk pengajaran dan huraian taj uk pengajaran

yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam perkembangan kurikulum dan proses pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap se suatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-ke sannya. Dengan adanya kandungan akademik ini, murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.

Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.

Guru boleh mencerakinkan hasil pembelaj aran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan akademik yang disampaikan.

5 Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran 6 7 1 2 3 4 5 6 7 8 8

(9)

5 H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau

situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diaj ar.

Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu daripada pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran

(10)

6

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

TINGKATAN 2

BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan

Perkembangan Diri LAJUR NILAI

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan

Penerangan nilai :

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK

Tema : Percaya kew uj udan Tuhan asas kesej ahteraan hidup

Taj uk pengaj aran : Agama benteng hidup manusia Huraian taj uk pengajaran :

x Keperluan beragama dalam kehidupan manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan

Tuhan

- Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup

LAJUR HASIL PEMBELAJARAN

Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

i. Berbincang tentang kepentingan agama dalam kehidupan

ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas baik’

Contoh Persembahan Lajur

(11)

7 H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

PEMBINAAN KEMAHIRAN UNTUK PERKEMBANGAN MORAL

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran so sial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka.

Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.

Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran

pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral sendiri.

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku. Kemahiran Utama Kemahiran Mengkaji Masa Depan Kemahiran Pemikiran Kritikal Kemahiran Pemikiran Kreatif Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya Kemahiran Penyelesaian Konflik

(12)

8

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND ID I KA N M O RAL KBSM

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran so sial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Kemahiran Teknologi Maklumat Kemahiran Sosial

(13)

NILAI BERKAITAN DENGAN

PERKEMBANGAN

DIRI

(14)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

(15)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

11

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan

pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Percaya kewujudan Tuhan asas kesejahteraan hidup

Agama panduan hidup manusia

x Keperluan beragama dalam kehidupan manusia

- Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan

- Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup

Mengamalkan ajaran agama

sebagai panduan hidup i. Berbincang tentang kepentingan agama dalam kehidupan ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik

dibalas baik’.

1.2 Amanah

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Amanah menjamin perhubungan yang harmonis

Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang lain

x Sikap amanah dalam setiap perhubungan - Anggota keluarga

- Rakan sebaya - Warga sekolah - Anggota masyarakat

Bersikap amanah dalam hubungan dengan anggota keluarga dan individu lain

i. Melakonkan satu situasi sikap amanah dalam kehidupan

ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam pelbagai situasi

- Koperasi sekolah

(16)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

12

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.3 Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu me mulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Sayang akan diri membentuk peribadi mulia

Perlakuan yang baik membentuk jati diri x Tingkah laku yang merosakkan diri perlu

dijauhi

- Kumpulan kongsi gelap - Pergaulan bebas - Penyalahgunaan dadah - Tabiat merokok

Menghindari amalan yang boleh menjejaskan maruah diri

i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan maruah diri’

ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang menjejaskan maruah diri

1.4 Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Sikap bertanggungjawab menjamin kesejahteraan hidup

Amalan bertanggungjawab menjamin kesempurnaan tugas

x Sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas

- Rumah - Sekolah - Masyarakat

Menjalankan tanggungjawab di rumah, sekolah dan dalam masyarakat dengan sempurna

i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di rumah, sekolah dan dalam masyarakat ii. Main peranan untuk menunjukkan sikap

(17)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

13

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.5 Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia

Tutur kata dan tingkah laku yang selaras dengan norma masyarakat

x Tutur kata dan tingkah laku terpuji - Menghormati orang lain - Berterima kasih atas pemberian x Jauhi sikap negatif

- Angkuh

- Mementingkan diri

Mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang sesuai dengan norma masyarakat

Memerhati tingkah laku rakan di sekolah dan menyenaraikan tingkah laku yang berhemah

1.6 Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi

mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Toleransi menjalin kemesraan

Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang mesra

x Toleransi dalam perhubungan - Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekolah - Masyarakat

Bertolak ansur dan mengawal diri bagi menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain

i. Berkongsi pengalaman tentang sikap bertoleransi dalam menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain. ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap

bertoleransi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.

(18)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

14

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.7 Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Berdikari membawa kejayaan

Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk sikap berdikari

x Keupayaan menyelesaikan masalah - Secara individu

- Secara kumpulan

Berkeupayaan menyelesaikan masalah sendiri secara individu atau berkumpulan

i. Main peranan sebagai anak/murid yang berdikari dalam me mbuat kerja rumah/ sekolah

ii. Menceritakan tentang anggota keluarga yang berjaya atas hasil usaha sendiri

1.8 Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Rajin dan usaha tangga kejayaan

Kegigihan dalam kehidupan seharian x Usaha yang gigih menjamin kejayaan

- Diri - Keluarga - Sekolah

Berusaha dengan gigih demi kepentingan diri, keluarga dan sekolah

i. Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmah berkaitan tema ii. Mewawancara atau kajian kes tentang

(19)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

15

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.9 Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Kasih sayang asas kesejahteraan hidup

Kasih dan sayang semua hidupan di dunia x Sayangi semua hidupan

- Manusia - Fauna - Flora

Menyayangi dan tidak

memusnahkan semua hidupan di dunia

i. Menghayati dan membincangkan lirik lagu bertemakan kasih sayang

ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan rekreasi dan membuat laporan

1.10 Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Keadilan menjamin kesejahteraan bersama

Keadilan membentuk budaya sekolah

x Keadilan di sekolah tanggungjawab bersama - Hukuman dan ganjaran

- Layanan antara murid - Kemudahan

Menerima dan mengamalkan prinsip keadilan di sekolah

i. Menulis esei berkaitan dengan tema amalan keadilan di sekolah ii. Main peranan

- Pelaksanaan prinsip keadilan di sekolah

(20)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

16

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.11 Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Sikap rasional membentuk pemikiran yang matang

Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang bijak

x Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan berdasarkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan

- Bukti yang kukuh - Pengetahuan - Pengalaman

Membuat keputusan setelah

menimbangkan pelbagai faktor i. Menyenaraikan kebaikan membuat keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor.

ii. Mengumpul keratan akhbar tentang kegiatan perlumbaan haram, rasuah, penyalahgunaan dadah dan membuat analisa akibat kegiatan tersebut.

1.12 Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Hidup sederhana asas kesejahteraan bersama

Sikap sederhana dalam hubungan

x Keupayaan mengimbangi kepentingan diri dan orang lain

- Pergaulan

- Membantu mengikut kemampuan diri

Mengambil tindakan dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain

Melengkapkan senarai semak kendiri tentang nilai kesederhanaan dalam hubungan dengan orang lain.

(21)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

17

NILAI BERKAITAN DENGAN

KEKELUARGAAN

(22)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

(23)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

19

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN NILAI

KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Kasih sayang asas keluarga bahagia

Kebahagiaan keluarga tanggungjawab bersama x Kasih dan sayang terhadap anggota

keluarga

x Hubungan keluarga yang harmonis

Menyayangi ibu bapa dan anggota

keluarga yang lain i. Peta minda tentang ciri-ciri keluarga bahagia ii. Main peranan sebagai anak yang

menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain

2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

Pegangan agama menjamin keluarga bahagia

Hormat dan taat kepada ibu bapa tuntutan agama x Kedudukan ibu bapa mengikut perspektif

agama - Islam - Buddha - Hindu - Kristian - Sikh

Memulia dan mentaati ibu bapa seperti yang dituntut agama

i. Menyenaraikan perlakuan yang menunjukkan sikap hormat dan taat kepada anggota keluarga

ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai media dan membincangkan tentang kedudukan ibu bapa mengikut perspektif agama

(24)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

20

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.3 Mengekalkan Tradisi

Kekeluargaan

Menerima, menghormati dan

mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

Tradisi kekeluargaan warisan berharga

Amalan adat menghidupkan tradisi kekeluargaan x Amalan tradisi oleh keluarga sejak

turun-temurun

- Sambutan sesuatu perayaan bersama keluarga

Mematuhi adat dan tradisi yang

diamalkan oleh keluarga Mengumpul gambar beserta penerangan ringkas mengenai adat dan tradisi keluarga dan menghasilkan buku skrap

2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,

meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Tanggungjawab terhadap keluarga ialah satu amanah

Maju diri demi kebahagiaan hidup keluarga x Sikap bertanggungjawab untuk memajukan

diri dan keluarga - Pendidikan - Kerjaya

i. Belajar bersungguh-sungguh untuk kemajuan diri dan keluarga

ii. Menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga

Membina carta roda masa depan yang menunjukkan kemajuan diri dalam pendidikan dan kerjaya

(25)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI BERKAITAN DENGAN

ALAM SEKITAR

(26)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

(27)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

23

BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam

Sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Persekitaran berkualiti kesejahteraan bersama

Keceriaan sekolah tanggungjawab bersama x Tanggungjawab memelihara dan

memulihara persekitaran sekolah - Kebersihan dan penghijauan

persekitaran sekolah

Menjaga persekitaran supaya

sentiasa bersih dan segar i. Menjaga dan menceriakan kawasan di sekolah ii. Membuat penilaian tentang kebersihan

kawasan-kawasan di sekolah

3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Air sumber alam berharga

Air nadi kehidupan

x Kepentingan air dalam kehidupan - Punca air dan kegunaannya - Tanggungjawab menjaga kebersihan

sumber air - Penjimatan air

Menjaga kebersihan sumber air dan

mengelakkan pembaziran i. Menghasilkan poster bertemakan `Air ’ ii. Buku skrap:

(28)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

24

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.3 Kemapanan Alam Sekitar

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Perlindungan santuari hidupan tanggungjawab bersama

Zon persisiran pantai perlu dilindungi x Pembangunan terkawal di zon persisiran

pantai

x Pengekalan kawasan terumbu karang untuk pembiakan hidupan marin

Melibatkan diri dalam melindungi

zon persisiran pantai i. Tayangan video mengenai perlindungan santuari. ii. Mengadakan aktiviti membersihkan

persisiran pantai.

3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Bencana alam ialah fenomena semulajadi

Peka terhadap kejadian bencana alam demi keselamatan bersama

x Kesan bencana alam kepada alam sekitar x Persediaan menghadapi bencana alam

Peka terhadap kejadian dan kesan bencana alam serta mengenal pasti langkah-langkah persediaan dalam menghadapi bencana alam

i. Membina peta aliran yang menunjukkan persediaan yang dibuat dalam menghadapi bencana alam.

ii. Mengumpul maklumat daripada media cetak atau elektronik dan berbincang tentang bencana alam.

(29)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI BERKAITAN DENGAN

PATRIOTISME

(30)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

(31)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

27

BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTIS ME

NILAI

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL

PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI

PEMBELAJARAN

4.1 Cinta akan Negara

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Nikmat dan keselesaan hidup tanda kemakmuran negara

Kemudahan awam dan perkhidmatan sosial negara tanggungjawab bersama

x Perasaan bangga dengan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial negara x Sikap bertanggungjawab menjaga

kemudahan awam dan perkhidmatan sosial yang terdapat dalam negara

Berbangga serta menggunakan sebaik-baiknya segala perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan

Surat kepada sahabat di luar negeri menceritakan tentang rasa bangga tentang kemudahan awam/perkhidmatan sosial yang ada dalam negara

4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara

Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

Raja dan pemimpin ialah payung negara

Kesetiaan kepada raja dan negara ialah kewajipan bagi setiap rakyat

x Tatalaku dalam majlis yang dihadiri oleh pembesar negara

x Taat setia kepada raja dan negara - Hari Keputeraan

- Hari Kebangsaan - Pertabalan Raja

i. Menghormati dan mentaati upacara dan majlis rasmi yang dihadiri oleh pembesar negara ii. Menyokong dan menyertai

program-program sambutan hari kebesaran negara

i. Menunjukkan rakaman pertabalan Yang Di Pertuan Agong/Sultan dan membuat perbincangan tentang tata laku dalam majlis tersebut.

ii. Merancang dan menyertai program Hari Kebangsaan di peringkat sekolah - Melukis/mewarna/mengibar Bendera

Malaysia

(32)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

28

NILAI

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL

PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI

PEMBELAJARAN

4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Sanggup berkorban demi kebajikan masyarakat dan kemakmuran negara

Kesanggupan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

x Sedia mengorbankan masa dan tenaga dalam kerja-kerja amal

- Ekonomi - Kesihatan - Pendidikan - Sukan

Sanggup mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan demi negara

Membuat laporan tentang aktiviti kemasyarakatan yang pernah disertai.

(33)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI BERKAITAN DENGAN

HAK ASASI MANUSIA

(34)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

(35)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

31

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak

Membela, me mberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

Persekitaran mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak

Ibu bapa pelindung kanak-kanak

x Tanggungjawab ibu bapa memastikan anak-anak mendapat kehidupan sempurna - Pendidikan

- Perlindungan

Menyedari kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan perlindungan untuk menjamin kehidupan yang sempurna

Berbincang dan menghasilkan buku skrap tentang persekitaran yang selesa untuk kanak-kanak

- Tempat tinggal - Suasana pembelajaran

5.2 Menghormati Hak Wanita

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Pengiktirafan hak wanita menjamin pembangunan insan

Hak wanita tanggunggjawab bersama x Peka terhadap hak wanita

- Hal-hal kebajikan

- Peluang kenaikan pangkat - Pengeksploitasian - Iklan

Bersikap terbuka dalam mengikfiraf wanita sebagai golongan yang berkebolehan, berpotensi dan bermaruah

Mengumpul maklumat dari media cetak dan media elektronik mengenai pengeksploitasian wanita dan mempamerkan di kelas

(36)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

32

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.3 Melindungi Hak Pekerja

Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Majikan yang prihatin meningkatkan produktiviti negara

Majikan prihatin pekerja berjaya

x Tanggungjawab majikan dalam menjaga kebajikan pekerja

- Keselesaan tempat kerja - Peluang meningkatkan kerjaya - Kemudahan berekreasi

Menerima hakikat bahawa kebajikan pekerja merupakan tanggungjawab majikan

i. Mengumpul iklan kerja dari akhbar dan membuat perbandingan tentang

kemudahan serta faedah yang ditawarkan ii. Simulasi

- Mewawancara dengan pekerja atau majikan tentang kebajikan pekerja

5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya

Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

Golongan kurang berupaya insan ciptaan Tuhan

Prihatin terhadap golongan kurang berupaya x Golongan kurang berupaya memerlukan layanan dan sokongan daripada pelbagai pihak

- Keluarga - Rakan sebaya - Anggota masyarakat

Memberi layanan dan sokongan yang baik kepada golongan kurang berupaya

i. Lawatan ke pusat spastik atau kelas pendidikan khas dan membuat laporan ii. Tayangan video berkaitan golongan

kurang berupaya dan berbincang tentang layanan yang diberi

(37)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

33

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.5 Melindungi Hak Pengguna

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

Kesedaran pengguna tanda masyarakat matang

Pendidikan kepenggunaan asas kepekaan pengguna

x Kepekaan pengguna terhadap hak dan tanggungjawab

- Maklumat tentang barangan dan perkhidmatan supaya mudah membuat pilihan dan mengelakkan penipuan - Perlindungan daripada penggunaan

barangan dan perkhidmatan yang membahayakan

Menyedari dan mengenal pasti hak pengguna untuk mendapat

perlindungan dan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan

i. Mengumpul, membincang dan mempamerkan maklumat tentang hak pengguna daripada media cetak dan elektronik

ii. Menulis surat aduan kepada Persatuan Pengguna tentang barangan/perkhidmatan yang tidak memuaskan

(38)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI BERKAITAN DENGAN

DEMOKRASI

(39)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA

(40)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

36

BIDANG PEMBELAJARAN 6 : NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 6.1 Mematuhi Peraturan dan

Undang-undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Undang-undang menjamin kesejahteraan hidup masyarakat

Undang-undang menjamin keselamatan di jalan raya

x Patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya

x Tidak terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang jalan raya - Perlumbaan haram

- Memandu tanpa lesen

- Memandu dalam keadaan mabuk - Kecuaian pejalan kaki

Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain

i. Mencari maklumat mengenai kesalahan-kesalahan di jalan raya

ii. Ceramah keselamatan di jalan raya oleh pegawai JPJ atau Polis

iii. Mempamerkan keratan akhbar yang berkaitan dan mengadakan perbincangan tentang pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya

6.2 Kebebasan Bersuara

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Kebebasan bersuara mencerminkan keluarga berfikiran terbuka

Amalan bermusyawarah sebagai budaya hidup berkeluarga

x Kebebasan mengeluarkan pendapat dalam perbincangan keluarga

- Perbincangan bersama keluarga dalam pelbagai hal

- Perasaan dan emosi dikawal

Berbincang dengan anggota keluarga dalam suasana yang harmoni

Sketsa atau main peranan sebagai anggota keluarga yang mengamalkan kebebasan bersuara dalam perbincangan secara terbuka dan harmoni

(41)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA

37

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 6.3 Kebebasan Beragama

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kebebasan beragama lambang masyarakat majmuk

Rakyat Malaysia merayakan pelbagai upacara keagamaan

x Kebebasan meraikan upacara keagamaan - Sambutan Maulidur-Rasul (Islam) - Hari Wesak (Buddha)

- Thaipusam (Hindu) - Good Friday (Kristian) - Hari Vasakhi (Sikh)

Meraikan upacara keagamaan sendiri dan menghormati upacara keagamaan orang lain

i. Perbincangan tentang perayaan keagamaan sendiri dan pentingnya menghormati perayaan keagamaan orang lain

ii. Menghasilkan folio tentang perayaan keagamaan di Malaysia

6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Minda yang sihat melalui aktiviti yang bermanfaat

Aktiviti kemasyarakatan dijayakan bersama x Penyertaan dalam aktiviti luar sekolah yang

membina dan berfaedah

- Aktiviti kebajikan dengan masyarakat setempat

Melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan demi pembangunan negara

Menyenaraikan aktiviti luar sekolah yang berfaedah dan mengkaji kesannya

(42)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

38

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 6.5 Sikap Keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

Sikap terbuka tanda kematangan fikiran

Teguran yang membina penting untuk kebaikan bersama

x Pendapat dan teguran diterima dengan sikap terbuka

- Akademik - Kokurikulum

- Bimbingan dan kaunseling

Menerima pandangan dan teguran orang lain demi kebaikan bersama

Main peranan

- Orang yang memberi teguran dan orang yang menerima teguran dalam sesuatu hal.

(43)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI BERKAITAN DENGAN

KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

(44)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

(45)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA

41

BIDANG PEMBELAJARAN 7 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 7.1 Hidup Bersama Secara Aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Perpaduan masyarakat tunggak kesejahteraan negara

Semangat kejiranan membentuk kesejahteraan masyarakat

x Konsep kejiranan sebagai amalan dalam kehidupan bermasyarakat

- Kunjungan Muhibah

(Rumah terbuka, hari keluarga, saling membantu, ziarah-menziarahi)

Menjadi jiran yang baik boleh

dicontohi oleh masyarakat i. Membincangkan ciri-ciri jiran yang baik ii. Projek : membantu jiran dan membuat

laporan

7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Hidup sepakat membawa berkat

Permuafakatan masyarakat untuk kebaikan bersama

x Permuafakatan dalam melaksanakan tugas kemasyarakatan

- Gotong royong - Rukun Tetangga

- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung - Program Permuafakatan

Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti masyarakat untuk kesejahteraan bersama

Melibatkan diri dalam salah satu program komuniti dan membuat laporan ringkas

(46)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

42

NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 7.3 Saling Menghormati antara Negara

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin

kesejahteraan sejagat.

Kesepakatan antara negara menjamin kemakmuran sejagat

Amalan saling menghormati antara negara menjamin kemantapan ekonomi

x Perasaan bertolak ansur dan hormat-menghormati antara negara untuk kesepakatan serantau

Menerima hakikat bahawa perasaan bertolak ansur dan saling

menghormati antara negara menjamin kesepakatan dan pembangunan serantau

i. Menghasilkan buku skrap tentang kesepakatan antara negara serantau dalam pelbagai aspek.

ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang penyelesaian secara diplomasi isu kesempadanan antara negara dan mempamerkan di kelas

Referensi

Dokumen terkait

Menurut pendapat para ahli di atas, pada dasarnya kompensasi adalah dorongan pada seseorang agar mau bekerja dengan baik dan agar lebih dapat mencapai tingkat kinerja

Kota Gorontalo merupakan salah satu kota di Indonesia yang rawan terjadi banjir, hal ini disebabkan oleh curah hujan yang tinggi berkisar antara 106 – 138 mm/tahun, bentuk

[r]

intelligence [9]. Istilah “swarm intelligence” pertama kali digunakan oleh Beni,.. 18 Hackwood, dan Wang [4, 5, 6, 7, 16, 17] dalam konteks sistem robot selular, dimana banyak

Untuk itu, akhir kata kami dari PPWI merekomendasikan : Bagi Anda semua, semua pihak, baik Anda tergabung dalam kelompok masyarakat, pendidik, sekolah, universitas, Departemen

Di istana mahupun dalam lingkungan pemerintahan yang lebih luas, raja yang memerintah bukan hanya didampingi oleh ahli keluarga nuklear mereka tetapi juga keluarga

hasil preparasi dengan teknik evaporasi vakum kemudian dikarakterisasi menggunakan XRD (X-Ray Diffraction) untuk menentukan struktur kristal dan parameter kisi

Seorang wanita, usia 50 tahun, datang ke puskesmas dengan keluhan kaki tidak dapat berjalan sejak 3 minggu yang lalu. Riwayat sebelumnya pasien sering keputihan berbau