• Tidak ada hasil yang ditemukan

SJK (C) FOON YEW 1 UJIAN BULANAN (2) TAHUN 2015 BAHASA MELAYU TAHUN 4 UJIAN PEMAHAMAN MASA : 1 JAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SJK (C) FOON YEW 1 UJIAN BULANAN (2) TAHUN 2015 BAHASA MELAYU TAHUN 4 UJIAN PEMAHAMAN MASA : 1 JAM"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

SJK (C) FOON YEW 1

UJIAN BULANAN (2) TAHUN 2015 BAHASA MELAYU TAHUN 4

UJIAN PEMAHAMAN MASA : 1 JAM

NAMA : MARKAH : KELAS : 4 ( ) TARIKH : Kertas soalan ini mengandungi 10 muka surat.

Jawab semua soalan.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Ah Meng sedang ___________tingkap kelas sambil menyanyi.

A mengelap C membasuh

B menyapu D membilas

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Fatimah dan Nurul __________ sampah di padang sekolah.

A mencuci C mengutip

B membersihkan D membuang

3. Sandran menyanyi sambil __________ gitar.

A mengecat C melukis

(2)

4. Cikgu Najib mengingatkan semua murid __________ beratur semasa menaiki bas sekolah.

A kepada C supaya

B atau D sambil

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Salina melayari internet____________ mencari maklumat tentang alat muzik tradisional.

A jika C malahan

B supaya D untuk

6. Jovan tersenyum __________ melambai tangan ke arah ibunya .

A sambil C atau

B tetapi D dari

Soalan 7 berdasarkan gambar.

7. Adik dan kawan-kawannya sedang ______________ televisyen .

A menonton C mengawasi

B mendengar D memerhati

8. Majlis perkahwinan anak perempuan Encik Mohsin _____________ dengan meriah.

A berada C terjadi

(3)

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Sandy sedang ____________ sepucuk surat kepada sahabat baiknya.

A membaca C melukis

B menulis D melihat

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Masilan jatuh tersungkur apabila ____________ batu.

A tersepak C terpijak

B terkena D tersentuh

11. _____________kah yang memakai baju yang berwarna merah itu?

A Siapa C Bila

B Apa D Mengapa

12. Awak membeli buku ini di ________________ ?

A bila C mana

B apa D berapa

13. _______________kah yang dilakukan oleh abang di halaman rumah?

A Berapa C Bagaimana

B Mengapa D Apa

14. Rosmani telah menunggu Zizan _________________ pukul 8.00 pagi hingga sekarang.

A dari C di

B daripada D Kepada

(4)

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Layang-layang adik telah tersangkut ____________ dahan pokok itu.

A di C pada

B kepada D ke

16. Nancy memasukkan dua sudu gula ___________ dalam air kopi itu.

A pada C dari

B di D ke

17. “___________ sungguh bangga melihat rakyat jelata hidup aman damai,”titah Sultan Mahmud.

A Beta C Saya

B Patik D Kami

18. “Mari___________ pergi ke perpustakaan,” kata Lin Lin kepada Susan.

A kami C mereka

B kita D saya

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19.”____________ perlu beratur semasa membeli makanan di kantin,” kata Cikgu Rosmery kepada murid-muridnya.

A Saya C Kamu

(5)

20. Stadium Bola Larkin menjadi _________ apabila perlawanan bola sepak itu diadakan pada waktu malam.

A terang-benderang C lintang-pukang

B pucat-lesi D lauk-pauk

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21. Puan Sita Dewi memasukkan ____________ ke dalam masakannya.

A semak-samun C riuh-rendah

B segar-bugar D rempah-ratus

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22. Emak menghidangkan ____________ yang sangat lazat untuk kami sekeluarga.

A lauk-pauk C pucat-lesi

B compang-camping D sorak-sorai

23. Kakak sedang memberi ______________________ kepada adik untuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru.

A tunjuk ajar C ruang tamu

B temu duga D alat tulis

(6)

Soalan 24 berdasarkan gambar di bawah.

24. Doktor Mustafa Kamal sangat kacak dan memakai _______________ .

A surat C surat khabar

B kertas lukisan D kaca mata

25 Adik mengikut kakak ke kedai buku untuk membeli _____________.

A kaca mata C telur ayam

B alat tulis D pasar raya

26. Pilih ayat tunggal yang betul.

A Ah Seng sedang membaca cerita buku di ruang tamu. B Membaca buku cerita Ah Seng di ruang tamu.

C Buku cerita di ruang tamu membaca Ah Seng.

D Ah Seng sedang membaca buku cerita di ruang tamu. 27. Pilih ayat tunggal yang betul.

i. Datuk dan nenek sedang berbual-bual di halaman rumah. ii Nani menolong ibunya memasak di dapur.

iii Jason masuk ke biliknya lalu berbaring di atas katil. iv Kok Meng bercita-cita ingin menjadi seorang ahli bomba.

A i dan ii C i, ii dan iii

B ii dan iv D i, ii dan iv

28. Pilih ayat majmuk yang betul.

A Keletihan Kamal kerana tertidur di ruang tamu. B Kamal tertidur di ruang tamu kerana keletihan. C Tertidur kerana Kamal keletihan di ruang tamu. D Di ruang tamu keletihan kerana Kamal tertidur.

(7)

29. Pilih ayat majmuk yang betul.

A Budin dan David akan bermain bola petang ini jika hari tidak hujan. B Budin dan David akan bermain bola petang ini agar hari tidak hujan. C Budin dan David akan bermain bola petang ini tetapi hari tidak hujan. D Budin dan David akan bermain bola petang ini supaya hari tidak hujan.. 30. Pilih ayat majmuk yang betul.

i. Ramli memandu kereta sambil mendengar lagu. ii Naim dan Nurudin sedang memancing di sungai. iii Rizal berlari lintang-pukang supaya dikejar anjing. iv Najwan membuka pintu lalu masuk ke dalam rumah.

A i dan ii C i, ii dan iii

(8)

Soalan 31-35 berdasarkan petikan di bawah.

NBR/BM/Thn 4/MS 1

31. Di manakah habitat “aku” dapat hidup subur?

A Tanah berpasir C Tanah panas

B Tanah rata D Tanah liat

32. “Aku” dapat digunakan untuk membuat?

A Kicap C Minyak

B Garam D Gula

33. Apakah nama lain yang selalu diberi kepada “aku”?

A Pokok banyak guna C Pokok tidak berguna B Pokok guna-guna D Pokok seribu guna 34. Apakah yang terjadi apabila “aku” sudah tua?

A Boleh dibuat sarung ketupat C Boleh dibuat titi

B Boleh dibuat penyapu lidi D Boleh dibuat pencucuk sate

35. Siapakah “aku” dalam petikan di atas?

A Pokok kelapa C Daun kelapa

B Air kelapa D Buah kelapa

Aku banyak terdapat di tepi pantai dan di kampung-kampung. Tanah berpasir ialah habitat yang paling aku senangi. Selain sejuk, tanahnya lembap dan subur. Tiupan angin menyebabkan daunku melambai-lambai seperti menari-nari. Aku juga dikenali sebagai “pokok seribu guna”.

Segala yang terdapat di tubuhku pasti ada kegunaanya. Buahku boleh dimakan ketika muda, airku boleh diminum. Airku ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai penawar dan ubat. Manakala, buahku boleh diparut dan diperah untuk mendapatkan santan dan minyak. Santan tersebut boleh dijadikan bahan masakan seperti gulai dan kari. Batangku tinggi dan kurus. Apabila sudah tua, batangku pula boleh dibuat titi untuk menyeberangi parit-parit kecil.

Selain itu, daunku yang berwarna hijau boleh dianyam untuk dibuat sarung ketupat. Lidiku pula boleh dibuat penyapu dan juga pencucuk sate. Manakala, tempurungku boleh jadikan kraf tangan atau barangan cenderahati. Sabutku pula boleh jadikan bahan bakar. Oleh demikian, banyaklah kegunaan aku ini kepada manusia.

(9)

Soalan 36-40 berdasarkan petikan di bawah.

NBR/BM/Thn 4/MS 9

NBR/BM/Thn 4/MS 9

36. Apakah pekerjaan Puan Fatimah Zahra?

A Penenun songket C Pengemar songket B Pereka songket D Pelukis songket

37. Corak-corak songket yang ditenun oleh Puan Fatimah Zahra bermotifkan A Tampuk manggis, bunga tanjung dan balung ayam

B Tampuk mangga, bunga raya dan balung ayam C Tampuk manggis, bunga kenanga dan balung ayam D Tampuk mangga, bunga tanjung dan balung ayam

RBK/BM/Thn 4/MS 9 Puan Fatimah Zahra seorang penenun songket. Beliau sangat mahir menenun songket. Songket-songket yang dihasilkan oleh beliau sangat cantik dan halus tenunannya. Menurut beliau, proses menyiapkan sepasang kain songket memakan masa yang agak lama. Oleh itu, sifat sabar dan tekun menjadi tunjang utama dalam pembuatan songket.

Corak-corak songket yang ditenun oleh Puan Fatimah Zahra bermotifkan alam semula jadi. Antaranya ialah corak tampuk manggis, bunga tanjung dan balung ayam. Songket ditenun menggunakan benang sutera atau kapas yang digabungkan dengan benang emas atau perak. Biasanya kain songket dipakai semasa majlis perkahwinan. Selain itu juga, kain songket boleh dibuat barangan kraf tangan, kasut, beg tangan dan alas meja. Banyak pelanggan yang menggemari songket hasil tenunan beliau. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Puan Fatimah Zahra berharap agar dapat meluaskan perniagaan songketnya hingga ke luar negara. Beliau akan terus gigih mengusahakan perniagaan songketnya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Songket yang diusahakan oleh beliau merupakan warisan keluarganya.

(10)

38. Bagaimanakah sifat yang perlu ada dalam pembuatan songket? A Sabar dan penyayang C Tekun dan prihatin B Sabar dan tekun D Tekun dan berhati-hati

39. Biasanya bilakah kain songket akan dipakai? A Semasa perayaan

B Semasa pergi bersiar-siar C Semasa menenun songket D Semasa majlis perkahwinan

40. Berikut ialah barangan yang boleh dihasilkan daripada kain songket, kecuali A Alas meja

B Beg tangan C Stoking D Kasut

(11)

Jawapan pemahaman 1. A 2. C 3. B 4. C 5. D 6. A 7. A 8. B 9. B 10. A 11. A 12. C 13. D 14. A 15. C 16. D 17. A 18. B 19. C 20. A 21. D 22. A 23. A 24. D 25. B 26. D 27. B 28. B 29. A 30. D 31. A 32. C 33. D 34. C 35. A 36. A 37. A 38. B 39. D 40. C

Referensi

Dokumen terkait

Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan

Selain itu, Encik Chan Lee menegur pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka berhampiran dengan pili bomba.. Beliau meminta mereka supaya mengalihkan

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pengalaman berniaga kepada ahli kelab. Sebanyak

Hal ini disebabkan, dengan menggunakan pengangkutan awam, jumlah kenderaan dapat dikurangkan seterusnya mengurangkan asap yang dikeluarkan daripada kenderaan. Di samping itu,

Seterusnya, membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan dapat memberi peluang kepada semua