• Tidak ada hasil yang ditemukan

HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM NURUL SYAFINI ABD RAHMAN 1 ABSTRAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM NURUL SYAFINI ABD RAHMAN 1 ABSTRAK"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1218

HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM

NURUL SYAFINI ABD RAHMAN1

nurulsyafini@kuis.edu.my

ABSTRAK

Wasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu yang yatim yang didinding oleh individu tertentu. Terdapat beberapa Negara Islam termasuk Malaysia yang memperuntukkan undang-undang bertulis berkaitan dengan wasiat wajibah dalam undang-undang mereka. Objektif kajian ini berkaitan dengan konsep wasiat wajibah , serta mengenalpasti hakikat sebenar wasiat wajibah di dalam sistem perundangan Islam. Metod kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan dengan merujuk kepada kitab-kitab muctabar dalam pelbagai madhhab yang merupakan maklumat utama di samping merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang lain. Hasil kajian mendapati, terdapat perbezaan dan persamaan di antara wasiat wajibah dengan wasiat ihktiariyyah dan pusaka. Dari segi pelaksanaan, wasiat wajibah mempunyai kedudukan yang kuat dan diberi keutamaan berbanding dengan wasiat ikhtiariyyah dan wasiat yang wajib disisi syarac.

Kata Kunci : wasiat wajibah, harta pusaka

PENGENALAN

Wasiat berasal daripada perkataan wassa yang membawa maksud memerintahkan, menasihatkan atau menjanjikan. Dari segi istilah syarak, wasiat bererti memberi hak milik secara percuma kepada penerimanya oleh seseorang dan pemberian berkenaan akan berkuat kuasa setelah pemberinya meninggal dunia2. Oleh itu wasiat dalam Islam adalah satu usaha yang positif yang secara sedar dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk menambahkan amal kebajikannya seperti ditekankan dalam al-Qur`an dan al-Hadith yang menyifatkan perbuatan wasiat itu sebagai sumbangan atau usaha terakhir yang terpuji daripada seseorang yang bertaqwa. Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, di antara firman Allah S.W.T dan hadith Rasulullah S.A.W berkaitan wasiat:

Firman Allah S.W.T.:

























































1 Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS

nurulsyafini@kuis.edu.my

2 al-Sharbiniy,Shamsuddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Khatib, Mughniy al-Muhtaj ila Macrifah

Macani Alfaz al-Manhaj.1418H/1997M, Beirut: Dar al-Marifah, Jil.3, hlm. 39.

(2)

2218









































Maksudnya:

Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara makruf, ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu setelah ia mendengarnya maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Akan tetapi barangsiapa khuatir terhadap orang-orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan antara mereka, maka tiadalah dosa baginya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.3

Firman Allah S.W.T:                                                       4 Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika ia mahu berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut, kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Demi Allah” kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan keterangan yang kami ketahui sebagai saksi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, kerana jika kami menyembunyikannya, tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa.

Sabda Rasul Allah S.A.W:

"ثراول ةيصو لاف , هقح قح يذ لك ىطعأ دق للها نا" 5

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada masing-masing hak bahagiannya, maka tidaklah boleh berwasiat kepada ahli waris.

3

Semua terjemahan ayat al-Qur`an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur`an, edisi ke-13 (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1996).

4 al-Qur`an, al-Maidah 5:106. 5 Abu Daud, Sunan, Jil.3, hlm. 196.

(3)

3218

Sebagaimana maksud ayat 180 Surah al-Baqarah, pada peringkat awal kedatangan Islam, mewasiatkan semua harta kepada ibu bapa dan sanak-saudara adalah wajib. Walau bagaimanapun kewajipan ini telah dimansukhkan dengan ayat-ayat mawarith dan hadith yang berkaitan dengan pusaka di atas. Namun begitu, amalan wasiat seperti itu masih digalakkan dengan had maksimum 1/3 dan ditujukan kepada selain ahli waris. Prinsip umum yang dianjurkan oleh syarak ialah, pemberian melalui wasiat tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta si mati. Untuk memastikan sama ada sesuatu wasiat itu sah atau pun tidak dan sama ada ianya dilaksanakan dengan betul, maka banyak faktor perlu diteliti berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak.

DEFINISI WASIAT WAJIBAH

Dalam memperkatakan hukum kewajipan berwasiat,6 maka perlulah dibezakan kewajipan yang dikenakan ke atas diri sendiri dan kewajipan terhadap pihak lain. Kewajipan yang dikenakan ke atas diri sendiri seperti yang dikemukakan oleh sebahagian fuqaha` madhhab al-Zahiri, Masruq, al-Zuhri dan al-Shafici berlaku bagi mereka yang ada meninggalkan harta sama ada sedikit atau pun banyak. Bagaimanapun sebahagian yang lain seperti Daud, Qatadah dan Ibn Jarir menekankan bahawa wasiat yang diwajibkan hendaklah ditujukan kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Malah Ibn Hazm berpendapat, kewajipan itu tidak akan gugur dengan kematiannya, malah akan berpindah kepada warisnya atau pentadbir hartanya untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut.

Wasiat wajibah7 adalah sebahagian harta yang telah diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu semasa hayat datuk atau neneknya atau mereka kesemuanya mati serentak sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing, sedangkan kemungkinan orang tua tersebut (datuk atau nenek kepada cucu berkenaan) ada meninggalkan bahagian harta kepada anak-anak mereka yang lain yang merupakan bapa saudara atau ibu saudara kepada cucu berkenaan. Maka dengan kewujudan mereka, menyebabkan cucu yang telah kematian bapa atau ibu terhalang daripada mendapat harta peninggalan datuk atau neneknya.

Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh cucu, maka penggubal undang-undang telah meminjam konsep keadilan yang terdapat dalam sistem wasiat yang memang pada asasnya bertujuan untuk membawa kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi penerima dihadkan sehingga kadar maksimum 1/3 daripada harta peninggalan si mati sepertimana yang dibenarkan dalam wasiat. Undang-undang juga meletakkan syarat bahawa cucu tersebut tidak mendapat apa-apa ganjaran atau hadiah daripada si mati yang sama hadnya dengan had maksimum yang ditetapkan undang-undang. Seandainya ganjaran yang diterima kurang daripada 1/3, undang-undang menetapkan bahawa had tersebut perlu disempurnakan dan digenapkan sehingga sampai had maksimum 1/3.

PENSYARIATAN WASIAT WAJIBAH DI SISI FUQAHA`SERTA SANDARAN-SANDARANNYA

Tiada dalil yang jelas daripada al-Qur`an mahupun sunnah berkaitan wasiat wajibah yang telah dilaksanakan di beberapa Negara Islam pada hari ini. Tiada juga di sana

6 Abu Zahrah,Muhammad ,hlm. 256. 7 ibid.

(4)

4218

madhhab yang secara keseluruhannya menerima konsep wasiat wajibah ini. Tetapi perlaksanaannya bersandarkan kepada ijtihad culama` mutaakhir (terkini) pada zaman ini. Ijtihad mereka pula bersandarkan kepada beberapa dalil, pandangan-pandangan sebahagian fuqaha` serta kaedah-kaedah syariah dan maqasid cammah.

Firman Allah S.W.T :                  Maksudnya:

Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara macruf, ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.8 Kebanyakan para sahabat, fuqaha` tabicin, dan juga imam-imam fiqh dan hadith mengatakan9 bahawa ayat ini menunjukkan wasiat itu adalah wajib.Tetapi kewajipan itu telah dinasakhkan hanya kepada ibu bapa, kaum kerabat serta ahli waris sahaja.Oleh itu hukum kewajipan berwasiat kepada selain daripada mereka masih kekal. Ini adalah pendapat daripada Ibn cAbbas pada satu riwayatnya, Hasan Basri, Saicd b. Musayyab, Masruq, Tawus, Dahaq, Muslim b. Yasar, cAla` b. Ziyad, Ahmad b. Hanbal, Daud Zahiri, Tabari, Ibn Hazm dan lain-lain lagi. Ibn Hazm mengatakan bahawa, wasiat kepada kaum kerabat itu adalah tetap. Jika tidak dilakukan oleh si mati semasa hayatnya, maka wajib kepada ahli waris membahagikan harta si mati kepada kaum kerabat yang bukan ahli waris di atas nama wasiat wajibah selagimana si mati tidak mewasiatkan apa-apa kepada mereka. Sepakat imam-imam yang empat mengatakan bahawa wasiat itu perlulah diberi keutamaan kepada kaum kerabat daripada orang lain. Ini adalah pandangan sebahagian para fuqaha` dari para tabicin, dan ianya adalah salah satu dari riwayat Imam Ahmad b. Hanbal.Sandarannya daripada siasah

syarciyyah yang bersumberkan kepada qawacid fiqhiyyah iaitu “Sesungguhnya jika ketua

negara itu mengeluarkan sesuatu hukum yang sunat ataupun harus, maka ianya menjadi wajib jika dia melihat adanya maslahah cammah”.

Sesungguhnya ijtihad culama` serta perlaksanaannya di beberapa Negara Islam berkaitan wasiat wajibah ini adalah ijtihad yang tepat dan keputusan yang baik.Ijtihad ini berlandaskan maslahah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang terdinding daripada mendapat pusaka, serta mengangkat kesusahan mereka sepertimana yang banyak berlaku pada masa kini.Wasiat wajibah menurut undang-undang ini tiada yang lebih padanya melainkan culama` mewajibkan sesuatu yang sunat atau harus pada asalnya, dan ianya tidak dilarang oleh mana-mana para fuqaha`.

Sesungguhnya wasiat wajibah bersandarkan kepada beberapa pendapat para sahabat dan tabicin, madhhab Zahiriyyah serta Ibn Hazm.Pendapat ini adalah pendapat yang dacif

untuk dilaksanakan kerana ianya bertentangan dengan pendapat madhhab empat dan juga jumhur fuqaha`.Tetapi undang-undang telah mengambil beberapa perkara bersumberkan dari pendapat-pendapat yang dacif dan membina hukum daripadanya untuk maslahah cammah dan

untuk menjaga keadaan kaum muslimin pada hari ini.Undang-undang juga telah mengecilkan

8

al-Quran, al-Baqarah 2, 180

(5)

5218

skop wasiat wajibah ini iaitu hanya diberikan kepada cucu-cucu yang kematian ibu atau bapanya semasa hayat datuk atau neneknya, atau mereka kesemuanya mati serentak. Adapun kaum kerabat selainnya yang tidak dapat mewarisi harta si mati atas sebab-sebab tertentu, undang-undang tidak melarang mereka untuk menerima wasiat ihktiariyyah walaupun wujudnya wasiat wajibah.

HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH

Apa yang kita ketahui pada perbincangan sebelum ini berkaitan hukum berwasiat, jumhur fuqaha` cenderung mengatakan bahawa hukum berwasiat itu tidak wajib tetapi harus. Wasiat yang wajib di sisi syarak dan fiqh ialah apa-apa yang bersangkut-paut dengan hutang, wadicah, hak-hak manusia yang tertangguh juga segala kewajipan-kewajipan syaricyyah yang

dituntut syarak ke atas setiap manusia semasa hayatnya seperti zakat, kifarah dan lain-lain. Undang-Undang Wasiat Wajibah ini adalah perkara baru yang diperundangkan oleh pemerintah. Maka kewajipannya hanyalah terbatas di sisi perundangan sahaja dan tidak di sisi agama Islam itu sendiri. Ianya di bawah kuasa pemerintah yang mewajibkannya ke atas harta si mati untuk diberikan kepada golongan yang layak menerimanya sama ada ia telah diwasiatkan oleh si mati ataupun tidak, juga tidak diambil kira redha ahli waris yang lain.

Qanun Wasiyyah Mesir adalah yang terawal menetapkan dan mengamalkan undang-undang tersebut pada tahun 1946. Diikuti pula selepas itu ialah Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Syria 1953, Undang Ahwal Syakhsiyyah Maghribi 1957, Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Libya 1972, Undang-Undang-Undang-Undang Wasiat Wajibah Jordan 1976 yang diamalkan pada tarikh 1/12/1976, dan Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Emirate yang dikeluarkan pada Disember 2005. Wasiat wajibah ini diberikan kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu semasa hayat datuk dan neneknya atau mereka kesemuanya mati serentak sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing. Di dalam Undang-Undang Perwarisan Islam, cucu tersebut tidak layak menerima apa-apa dari harta si mati kerana si mati ada meninggalkan anak-anak yang lain yang merupakan bapa saudara atau ibu saudara kepada cucu berkenaan. Maka dengan kewujudan mereka, menyebabkan cucu yang telah kematian bapa atau ibu terhalang daripada mendapat harta peninggalan datuk atau neneknya. Ada ketikanya, cucu-cucu berkenaan berada dalam keadaan fakir serta sangat memerlukan, sementara bapa saudara mereka berada dalam keadaan kemewahan dan kaya. Maka, kekallah cucu berkenaan dalam dua keadaan iaitu yatim dan kefakiran. Dengan sebab itu, culama` menjadikan Undang-Undang Wasiat Wajibah ini sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tersebut10.

Wasiat Wajibah dan Wasiat Ikhtiariyyah

Wasiat wajibah mempunyai persamaan11 dengan wasiat ikhtiariyyah dalam beberapa sudut iaitu:

i. Kedua-duanya mempunyai nama yang sama iaitu wasiat.

10 al-Jaburi, Abdullah, hlm. 202 . 11 al-Zuhayli, Muhammad, hlm.586.

(6)

6218

ii. Kadar yang ditetapkan untuk kedua-dua wasiat ini adalah tidak lebih dari 1/3 dari harta peninggalan si mati.

iii. Kedua-dua wasiat ini diberikan terlebih dahulu daripada faraid, bahkan culama` yang memakai hukum Undang-Undang Wasiat Wajibah akan mendahulukannya daripada wasiat ikhtiariyyah.

Kedua-dua wasiat ini juga mempunyai perbezaan12 dalam beberapa sudut iaitu:

i. Asal pada wasiat itu sebenarnya ialah berbentuk ikhtiariyyah dengan kehendak dan redha dari si pewasiat, tetapi wasiat wajibah secara tidak langsung ianya wajib ke atas si pewasiat sama ada dia mewasiatkan hartanya secara redha dan ikhtiyari ataupun dia tidak mewasiatkannya. Maka pada ketika itu, wasiat itu menjadi wajib atas kuasa pemerintah dan perundangan seolah-olah perundangan menjalankan wasiat tersebut atas kehendak si pewasiat.

ii. Bagi wasiat ikhtiariyyah, pewasiat mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan kadar yang hendak dikeluarkan dengan serendah-rendah kadar yang tidak melebih 1/3 dari harta peninggalan, adapun wasiat wajibah pula perundangan yang akan menetapkan kadar yang telah ditetapkan di dalam undang-undang negara. Contohnya, perundangan negara Mesir, Libya, Urdun dan Kuwait menetapkan kadar wasiat wajibah itu mengikut kadar yang akan diperolehi oleh bapa atau ibu kepada cucu jika bapa atau ibunya masih hidup, dengan kadar tidak melebihi 1/3 wasiat.

iii. Di dalam wasiat ikhtiariyyah, sesiapa sahaja boleh menerima wasiat selagimana golongan tersebut bukan di kalangan ahli waris, tetapi di dalam wasiat wajibah pemerintah dan perundangan setiap negara yang mengamalkannya telah menetapkan golongan yang tertentu untuk menerimanya.

iv. Wasiat ikhtiariyyah akan terlaksana dengan qabul daripada penerima wasiat, tetapi berbeza pula dengan wasiat wajibah ianya tidak memerlukan qabul dari penerima, bahkan sabitnya dengan matinya pewasiat. Selain itu, wasiat wajibah tidak ada pemulangan (radd). Jika penerima menolak dan memulangkan semula wasiat tersebut, ianya dikira tabarruc dari mereka.

v. Wasiat wajibah akan dilaksanakan terlebih dahulu daripada wasiat ikhtiariyyah sepertimana yang termaktub di dalam perundangan Mesir perkara 78, Syria perkara 257(2), Libya perkara 496, Kuwait perkara 3.

Wasiat Wajibah dan Pusaka (Mirath)

Wasiat wajibah juga mempunyai persamaan dan perbezaan dengan pusaka13. Di antara persamaannya ialah:

i. Wasiat wajibah berhak diperolehi oleh pemiliknya walaupun tidak diwasiatkan oleh si mati. Begitu juga pusaka, hak ahli waris ke atas harta pusaka telah ditetapkan dan tidak boleh dipertikaikan.

12 ibid.

(7)

7218

ii. Sabitnya wasiat wajibah atas kuasa pemerintah dan perundangan, maka ianya tidak memerlukan qabul daripada si penerima. Begitu juga pusaka, sabitnya ia bersandarkan pada nas syarak yang tidak boleh disangkal lagi kebenarannya.

iii. Pembahagian wasiat wajibah mengikut pembahagian harta pusaka iaitu tiap-tiap lelaki memperolehi dua kali ganda daripada bahagian perempuan, golongan atasan akan

mendinding golongan bawahan. Walaupun pewasiat meletakkan syarat

perlaksanaanya dengan cara lain, syarat tersebut tidak akan terlaksana. Perbezaan di antara keduanya pula ialah:

i. Asal di dalam hukum pusaka, golongan atasan (usul) akan mendinding golongan bawahan (furuc) sehingga ke bawah, tetapi di dalam wasiat wajibah hanya golongan atasan (usul) pada peringkat pertama sahaja yang akan mendinding golongan bawahan (furuc).

ii. Wasiat wajibah adalah ganti kepada pusaka apabila golongan yang berhak tersebut ternafi haknya disebabkan kematian bapa atau ibunya terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, tetapi bagi pusaka pula hak tersebut sudah tertulis dan dinyatakan terlebih dahulu dan ianya bukanlah ganti daripada mana-mana.

iii. Sesungguhnya wasiat wajibah dikira sebagai tabarruc ataupun hibah daripada si pewasiat.

Maka kesimpulannya, wasiat ikhtiariyyah, wasiat wajibah dan pusaka mempunyai persamaan dari segi ketiga-tiganya sabit kepada golongan yang berhak sama ada mereka faqir atau kaya.

BERKUMPUL ATAU BERCAMPURNYA WASIAT IKHTIARIYYAH BERSAMA WASIAT WAJIBAH

Yang dimaksudkan dengan percampuran dalam wasiat itu ialah, berbilang-bilangnya wasiat dalam satu masa sehingga susah untuk dibahagikan berdasarkan 1/3 wasiat yang dibenarkan. Ianya berlaku sama ada waris-waris yang lain memberi keizinan pada wasiat yang melebihi 1/3 itu atau tidak memberi keizinan, tetapi harta peninggalan yang ditinggalkan oleh si mati tidak mencukupi untuk melaksanakan semua wasiat-wasiat yang ada.

Oleh yang demikian, satu kaedah telah dibuat untuk menyelesaikan permasalahan tersebut iaitu, pemberian atau perlaksanaan wasiat wajibah didahulukan dari wasiat-wasiat yang lain, sama ada datuk atau nenek mereka membuat wasiat tentang perkara tersebut atau pun tidak. Ini kerana hak mereka itu ditentukan dan dilaksanakan oleh pemerintah serta perundangan wasiat wajibah sesuatu negara. Jika wasiat tersebut masih di dalam batasan 1/3 wasiat, maka perlaksanaannya tidak memerlukan kepada keizinan daripada ahli waris yang lain. Wasiat tersebut juga tidak akan dicampur atau dikongsi bersama dengan wasiat

ikhtiariyyah yang lain. Seandainya ada baki dari 1/3 selepas pembahagian tersebut, maka

(8)

8218

Kaedah tersebut diguna pakai di dalam perkara 2/272 Undang-Undang Ittihadi No 28 Tahun 2005 untuk Negara Emirate yang memperuntukkan: “Wasiat wajibah didahulukan pemberiannya daripada wasiat ikhtiariyyah dalam batasan 1/3 harta pusaka”14.

Begitu juga halnya iaitu wasiat wajibah menurut undang-undang ini akan didahulukan pemberiannya daripada wasiat wajibah yang wajib di sisi syarak contohnya kifarah, zakat, fidyah, puasa dan lain-lain. Hal ini jelas diperuntukkan dan dinyatakan di dalam perundangan Syria perkara 257(2), Perundangan Mesir perkara 79, Perundangan Libya perkara 497 dan Perundangan Kuwait perkara 3. Perkara ini juga disepakati oleh syarak secara ijmacnya dalam mendahulukan wasiat wajibah daripada pembahagian pusaka15.

KESIMPULAN

Islam adalah agama yang sentiasa mengutamakan kesucian, kesejahteraan, kemurniaan dan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan sama ada dalam aspek ibadah, muamalah mahupun akhlak. Untuk merealisasikan aspek-aspek tersebut, Islam memberi peluang kepada para culama` untuk berijtihad dalam beberapa perkara terutamanya berhubung dengan mucamalah yang melibatkan kepentingan umum.

Hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan amat dititikberatkan dalam Islam. Ini jelas sebagaimana yang dapat dilihat melalui pensyariatan wasiat dalam Islam. Oleh itu, terlaksananya sistem wasiat, hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama Islam tetap terjamin daripada kemusnahan dan kepincangan dalam sesebuah keluarga.

Justeru, untuk menjamin hubungan kekeluargaan agar sentiasa utuh dan tetap, maka ahli-ahli perundangan Islam dalam beberapa Negara Islam telah menggubal satu peruntukan yang dinamakan sebagai Undang-Undang Wasiat Wajibah. Peruntukan itu digubal berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang biasa berlaku dalam masyarakat Islam dan perlaksanaannya adalah lebih bersifat siasah syarciyyah dan maslahah cammah.

Walau bagaimanapun terdapat pandangan-pandangan culama` silam yang mewajibkan wasiat kepada golongan tertentu berdasarkan kepada nas-nas tertentu di dalam al-Qur`an dan hadith Rasulullah s.a.w meskipun pandangan itu lemah disisi jumhur culama`. Kedudukan wasiat wajibah di bawah perundangan di beberapa negara Islam kini adalah lebih cenderung kepada pendapat Ibn Hazm, namun ianya tidak berpegang secara menyeluruh, bahkan peruntukan itu lebih bergantung kepada maslahah cammah.

RUJUKAN Al-Quran

Abu Daud, Sunan. Kitab Al-Wasoya, Bab Maja` Fi al- Wasiyyah Li al-Warith. Jil.3.

Abu Futtuh, Said. 1429H/2008M. Ahkam Mirath Wa Wasiyyah Wa Waqf Fi

al-Fiqh al-Islami Wa al-Qanun. Dubai: Kuliyyah al-Huquq Jamicah cAin Shams.

14 Abu al-Futtuh, Said, hlm.445.

(9)

9218

Abu Zahrah, Muhammad.1409H/1988M. Syarah Qanun al-Wasiyyah. Kaherah:Dar Fikr. Jaburi, Abdullah.1428H/2007M. Ahkam Mawarith Wa Wasoya Fi Syariah

al-Islamiyyah. Kuliyyah al-Syariah Wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Jamicah al-Syariqah.

al-Sharbiniy,Shamsuddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Khatib, Mughniy al-Muhtaj ila

Macrifah Macani Alfaz al-Manhaj.1418H/1997M, Beirut: Dar al-Marifah, Jil.3.

Undang-undang Keluarga Islam Syria 1953, Perkara 257.

Undang-undang Wasiat Mesir, 1946, Perkara 76.

al-Zuhaili, Muhammad.1422H/2001M. al-Faraidh Wa al-Mawarith Wa al-Wasoya. Damshiq: Dar al-Kalimi al-Tayyib.

al-Zuhaili,Wahbah, Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Damshiq, 1417H/1996M, Jil.8.

Nurul Syafini bt.Abd Rahman Jabatan Kefahaman Pemikiran Islam Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43600 Bandar Seri Putra

Selangor, MALAYSIA

Referensi

Dokumen terkait

Mogok kerja yang dilakukan oleh pekerja/buruh tidak sesuai dengan prosedur yang telah ditetapkan dalam UUK maupun keputusan Menteri Tenaga Kerja maka mogok kerja tersebut dinyatakan

Latar belakang penulisan skripsi ini berkaitan dengan keinginan penulis untuk menganalisis pertimbangan hukum Majelis Hakim Tingkat I pada Putusan Nomor

Formulasi Tablet Ekstrak Etanol Buah Mengkudu (Morinda citrifolia, L.) dengan Variasi Laktosa dan Aerosil Sebagai Bahan Pengering.. Di bawah bimbingan Agus Siswanto dan

Jumlah komoditi ternak yang diusahakan adalah sebanyak 6 komoditi yaitu sapi potong, kambing, babi, ayam lokal, itik dan itik manila.. Nilai LQ>1

Universitas Hasanuddin | 29 Bagi kebanyakan orang, kata komunitas akan memasukkan sebentuk perasaan „memiliki‟, atau perasaan diterima dan dihargai dalam lingkup kelompok

6,7 Pengecatan ini dapat digunakan untuk mendeteksi dan menghitung dengan mikroskop jumlah parasit di hapusan darah dan di lapisan eritrosit (buffy coat) pada sampel

Terkait dengan pertanyaan penelitian kedua, yaitu bagaimana dampak keterkenalan merk (brand familiarity) dalam co-branding pada perilaku konsumen, khususnya pada minat beli dan

Pada penelitian ini, kuantifikasi nilai ekonomis aset informasi didasari pada analisis risiko terhadap kerugian finansial yang mungkin terjadi apabila aset