11 Cerita Sosial
Adab
Siri Akhlaq oleh Izaida Ibrahim
Dedikasi khas untuk anak-anak Autism Spectrum Disorder
Direka dengan Visual Sokongan
Tahun penerbitan: 2015. Cetakan pertama. Hakcipta terpelihara ©
Ditulis dan diterbitkan oleh: Izaida Ibrahim
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, dan lain-lain yang bertujuan komersial sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
ISBN: 978-967-13306-1-6 Dicetak di Ireland.
1
* IBU BAPA DAN GURU: SILA BACA PANDUAN INI DAHULU.
Cerita sosial digunakan sebagai salah satu cara intervensi perilaku untuk meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak melalui kombinasi isyarat visual dan lisan. Walaupun kaedah cerita sosial kebanyakannya menjurus ke arah keperluan khusus kanak-kanak secara individual dan unik untuknya, saya percaya bahawa apa-apa cerita sosial boleh dikongsi dengan kanak-kanak lain untuk membantu mereka membina kesedaran tentang konsep perbezaan individu, terutamanya jika ia melibatkan pengajaran konsep adab sosial umum.
Tujuan bahan ini adalah untuk mengajar kanak-kanak Muslim yang mengalami masalah sosial dan perilaku, disasarkan terutamanya untuk kanak-kanak Muslim yang didiagnosis dengan Autism Spectrum Disorder (ASD), dari umur 3 tahun dan seterusnya, bergantung kepada tahap intelek kanak-kanak dan kecekapan sosial mereka. Ia memberi tumpuan kepada adab sosial mengikut Syariah (mengandungi beberapa pesan dari Nabi dan Al-Quran) yang dijelaskan dengan cara yang lebih mudah untuk difahami kanak-kanak, In shaa Allah.
Gunakan buku ini mengikut tahap kecekapan bacaan kanak-kanak dan kefahaman. Berikut adalah cadangan untuk ibu bapa/guru bagi menggunakan buku ini dengan berkesan: Kecekapan
membaca
Tahap kefahaman bahasa
Cadangan metod penggunaan buku ini Belum boleh
membaca
Belum dapat memahami
Bercerita dan gunakan kandungan visual dalam buku untuk mengajar kemahiran adab sosial Belum boleh
membaca
Kefahaman tahap rendah
Ibu bapa/guru bacakan dan tunjukkan ilustrasi dalam buku dan menjelaskan lagi kepada kanak-kanak. Ini boleh dilakukan semasa waktu khas membaca, atau menjadikan ia sebagai bacaan sebelum tidur. Boleh membaca, tetapi belum cekap Kefahaman tahap sederhana
Ibu bapa/guru dan kanak-kanak boleh membaca bersama-sama, bergilir-gilir atau membetulkan kesilapan pada bacaan kanak-kanak, di mana perlu. Bincangkan kandungan dan ilustrasi visual. Metod ini juga boleh dilakukan semasa waktu khas
membaca, atau menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan sebelum tidur.
Boleh membaca dengan baik
Memahami bahasa dan interaksi
gambar dengan baik
Untuk kali pertama, ibu bapa/guru harus bersama-sama duduk dengan kanak-kanak dan
membincangkan cerita sosial itu. Apabila kanak-kanak sudah dapat memahami konsep cerita, mereka boleh membaca buku ini sendiri.
2 Diharapkan selepas membaca buku ini, ibu bapa/guru boleh mempraktikkan disiplin adab di rumah dan di sekolah seiring dengan konsep cerita. Sebagai contoh, apabila seorang kanak-kanak menunjukkkan satu tindak balas sosial yang tidak sesuai, kandungan visual dan lisan dalam buku ini boleh ditunjukkan kepada kanak-kanak itu untuk mengingatkannya tentang kepentingan adab dan pengajaran Islam mengenainya. Ibu bapa boleh mengambil gambar imej-imej visual sokongan dalam buku ini, dan mencetaknya untuk digantung pada dinding seperti poster peringatan, dan lain-lain. Pendekatan pelbagai dan berulang-ulang dalam menggunakan buku ini adalah sangat disyorkan untuk memastikan kanak-kanak dapat memahami konsep adab dan mempraktik adab yang sesuai, In shaa Allah.
Adab Islami boleh difahami kebanyakan kanak-kanak ASD (berdasarkan tahap intelek mereka). Adalah penting bagi ibu bapa dan guru Muslim untuk mengajar sekurang-kurangnya asas aqidah seperti siapa Allah dan Nabi Muhammad sebelum atau semasa membaca buku ini bagi memastikan keberkesanan menggunakan cerita sosial dalam buku ini. Contohnya, berceritalah tentang siapa Allah dengan selalu menimbulkan persoalan siapa menciptakan dunia ini dan semua makhluk-Nya. Ceritakan Nabi Muhammad sebagai seorang pemimpin dan guru bagi seluruh manusia, dan pentingnya untuk menjadi Muslim yang baik jika mahu ganjaran besar dari Allah. Ajarkan selalu secara lisan dan visual (gunakan gambar, video atau demonstrasi) mengikut tahap intelektual dan kefahaman mereka. Berceritalah walau anak itu non-verbal. Gunakan kreativiti anda untuk menyampaikan maklumat anda kepada mereka!
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru Muslim harus mengajar dan menanamkan adab dalam kanak-kanak autisme mereka dengan cara yang mereka dapat fahami. Gunakan buku ini:
a) ketika masa khas membaca
b) Sebagai bahan bacaan sebelum tidur
c) Berulang kali: 'Ulang, ulang, ulang' adalah kunci
d) Satu syarat yang penting: ibu bapa dan guru Muslim MESTI menunjukkan dan menjadi contoh yang baik kepada mereka (menunjukkan adab yang baik)
e) Doa: Ibu bapa tidak boleh berputus asa dan sentiasa beringat untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak.
Saya berharap buku ini akan memberi manfaat kepada semua ibu bapa, guru dan anak-anak Muslim ASD. Semoga Allah memberkati keluarga Muslim yang punya kanak-kanak ASD dan memberi kita kesabaran yang kuat dalam mendidik dan membesarkan anak-anak ASD, Ameen. Assalamualaikum wbt.
Izaida Ibrahim, The Muslim Psych.
3
Saya boleh baca
Bismillah
4
Saya boleh baca Bismillah.
5
Sebelum melakukan sesuatu, saya ucapkan
Bismillah.
makan
minum
baca
keluar
ke tandas
tidur
BISMILLAH
MULA
KEMUDIAN
6
7
Setiap Muslim mesti ingat baca Bismillah.
Saya seorang Muslim. Oleh itu, saya mesti ingat
baca Bismillah.
8
Dengan membaca Bismillah, setiap kebaikan yang
saya buat adalah kerana Allah.
Allah sayangkan orang yang suka baca Bismillah.
9
Saya boleh
ucapkan
Alhamdulillah
ALHAMDULILLAH
10
Saya boleh ucapkan Alhamdulillah.
Makna Alhamdulillah ialah “segala puji bagi Allah”.
ِه ِ دُ ْ حَ ْا
11
Apabila selesai melakukan sesuatu, saya ucapkan
Alhamdulillah.
makan
minum
baca
ke luar
ke tandas
KEMUDIAN
ALHAMDULILLAH
MULA
bangun tidur
12
Apabila mendapat hadiah, saya ucapkan terima
kasih dan Alhamdulillah.
MULA
KEMUDIAN
Terima Kasih
13
Saya bersyukur kerana mendapat keluarga
bahagia. Alhamdulillah.
Keluarga saya
14
Saya ucapkan Alhamdulillah sebagai tanda puji dan
terima kasih kepada Allah.
Nabi Muhammad berpesan untuk sentiasa
bersyukur kepada Allah.
هاللَّ
Terima kasih
Allah!
15
Saya boleh berbuat
baik
16
Saya boleh berbuat baik kepada semua.
keluarga
tumbuhan
haiwan
17
Saya boleh berbual dengan baik.
berkata yang baik
Saya berkata yang baik agar tidak
sakitkan hati orang
Saya bercakap dengan lembut
agar tidak menganggu orang lain
tangan pada diri
sendiri
Tangan saya tidak boleh memukul,
menolak, mencubit atau menyentuh
bahagian peribadi orang lain
18
Saya boleh berbuat baik dengan keluarga dan
kawan-kawan.
bergilir-gilir
kongsi permainan
kongsi makanan
tunggu, sabar
19
Berbuat baik membuatkan saya gembira.
20
Allah mengingatkan kita untuk sentiasa berbuat
baik.
Jika kita berbuat baik, Allah akan membalas
kebaikan kita.
saya baik hati
21
22
Saya boleh
membantu
23
Bantu-membantu adalah amalan mulia. Saya boleh
membantu orang lain.
Saya boleh membantu membuat kerja rumah.
bantu
kemaskan permainan
cuci kereta
siram pokok
24
Apabila kawan-kawan saya perlukan bantuan, saya
boleh bantu.
25
Jika saya tidak dapat bantu kawan, saya beritahu
orang dewasa.
26
Jika saya perlukan bantuan, saya akan beritahu
kawan atau orang dewasa.
Apabila meminta bantuan, saya bertanya dengan
baik dan ucapkan terima kasih.
TOLONG…
27
Muslim yang baik suka membantu orang
memerlukan.
Allah sayangkan orang yang suka membantu.
28
Saya boleh berbual
dengan baik
29
Apabila mulakan perbualan dengan Muslim lain,
saya berikan salam, “Assalamualaikum”.
Apabila mulakan perbualan dengan yang bukan
Muslim, saya katakan, “Selamat sejahtera”.
Jika orang memberikan salam, saya perlu jawab,
“Waalaikumsalam”.
ASSALAMUALAIKUM
beri salam
WAALAIKUMSALAM
30
Apabila orang bercakap dengan saya, saya beri
perhatian.
orang bercakap
dengar,
beri perhatian
TUNGGUtunggu, sabar
Saya tunggu mereka habis
bercakap sebelum
membalas percakapan
mereka
31
Saya boleh berbual dengan baik.
katakan yang baik
Saya berkata yang baik agar tidak
sakitkan hati orang
Saya bercakap dengan lembut
agar tidak menganggu orang lain
tangan pada diri
sendiri
Tangan saya tidak boleh memukul,
menolak, mencubit atau menyentuh
bahagian peribadi orang lain
32
Nabi Muhammad berpesan untuk berkata yang
baik-baik. Jika tidak, lebih baik kita diam.
Bercakap kata-kata kesat adalah tidak dibenarkan.
berkata yang baik
…
…
diamkan diri
33
Apabila berbuat kesalahan atau tersilap, saya
minta maaf dan beritahu yang sebenar.
Berbohong adalah perbuatan tidak baik.
SAYA MINTA MAAF.
SEBENARNYA…
34
Saya suka berbual dengan keluarga dan
kawan-kawan.
Berbual dengan mereka membuatkan saya
gembira.
35
Saya boleh jaga
kebersihan
36
Saya boleh jaga kebersihan diri dan persekitaran.
home
37
Selepas aktiviti bermain dan belajar, saya boleh
bersihkan ruang permainan.
kemaskan permainan
38
Saya boleh jaga kebersihan badan.
cuci tangan
berus gigi
39
KEMUDIAN
MULA
makan
n
ke luar
ke tandas
cuci tangan
tangan kotor
Apabila tangan kotor,
saya cuci tangan.
40
Dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian dari
iman.
41
Saya sukakan kebersihan.
42
43
Saya boleh membaca doa.
Saya berdoa kepada Allah untuk memberi
kehidupan gembira kepada semua.
berdoa
44
Saya boleh berdoa SEBELUM dan SELEPAS:
WAKTU BERDOA
ABC
SEBELUM & SELEPAS
makan
bersiar-siar
belajar
ke luar
45
Saya boleh berdoa pada bila-bila masa.
Nabi Muhammad mengajar banyak doa untuk
aktiviti harian kita.
46
Saya boleh minta ibu dan ayah untuk mengajarkan
doa-doa harian.
BOLEH AJARKAN
DOA UNTUK
47
Allah menyukai orang-orang yang berdoa
kepadaNya.
berdoa
48
49
Sabar adalah perbuatan baik.
Saya boleh bersabar.
Apabila menunggu, saya cuba bersabar.
TUNGGU
50
Apabila susah menunggu dengan sabar, saya cuba
bertenang.
tenang
marah
sedih
JIKA
51
Kadangkala saya tidak dapat apa yang saya mahu.
Saya cuba bersabar.
52
Apabila bergilir-gilir bermain dengan kawan, saya
tunggu dengan sabar.
bergilir-gilir
TUNGGU
53
Jika saya amalkan bersabar, saya akan mendapat
ganjaran besar di dunia dan di syurga.
Allah sayangkan orang-orang yang bersabar.
TUNGGU
tunggu, sabar
54
Saya boleh meminta
maaf
55
Saya boleh meminta maaf apabila melakukan
kesalahan.
SAYA MINTA MAAF…
SEBENARNYA…
56
Apabila tidak sengaja melakukan kesilapan, ianya
tidak mengapa.
57
Apabila meminta maaf, saya mesti benar-benar
maksudkannya.
minta maaf
SAYA MINTA
MAAF…
SEBENARNYA
58
Meminta maaf adalah kelakuan terpuji.
Ia menunjukkan saya berani mengakui kesilapan
saya.
berani
minta maaf
SAYA MINTA
MAAF.
SEBENARNYA…
59
Jika orang lain meminta maaf pada saya, saya
maafkan mereka.
SAYA MINTA MAAF…
SEBENARNYA…
60
Allah sayangkan orang yang suka memohon
ampun kepadaNya dan memaafkan orang lain.
berdoa
61
Saya boleh menjaga
badan saya
62
63
Saya perlu banyak bersenam dan makan makanan
yang sihat.
senaman
64
Apabila makan:
MULA
KEMUDIAN
BISMILLAH
Gunakan:
tangan kanan
makan
65
Saya perlu jaga keselamatan diri dan elak dari
perkara bahaya.
jauhkan
66
Apabila jumpa benda kecil dari
permaidani, lantai atau tanah,
saya tidak letak dalam mulut.
Apabila terjumpa benda tajam,
67
Apabila lantai licin,
saya berjalan perlahan-lahan.
Apabila keluar ke tempat awam, saya pegang
tangan ibu atau ayah.
Saya tidak merayau seorang diri.
pegang tangan
68
Sebagai Muslim, menjaga keselamatan dan
kesihatan badan adalah penting.
Saya seorang Muslim. Oleh itu, saya mesti cuba
menjaga badan saya dengan baik.
69
Saya boleh
bertenang
70
Apabila rasa marah atau sedih, saya boleh cuba
bertenang.
marah
sedih
JIKA
CUBA
71
Menyakitkan diri sendiri dan orang lain adalah
tidak baik.
72
Setelah bertenang, saya tidak lagi rasa marah atau
sedih.
tenang
73
Apabila marah, Nabi ajarkan
beberapa cara untuk bertenang.
Saya boleh:
1.
Saya ucapkan A'uzubillah
2. Jika berdiri, saya cuba duduk.
Jika masih marah, saya baring.
berdiri
duduk
baring
للهاب ذوعأ
(Aku berlindung dengan Allah)
PILIH & CUBA
74
Apabila marah, Nabi ajarkan
beberapa cara untuk bertenang.
Saya boleh:
3. Cuba diamkan diri
sehingga rasa tenang
…
…
…
diamkan diri
PILIH & CUBA
4. Ambil
wudhu’
75
Perasaan marah datang dari bisikan syaitan,
76
Nabi Muhammad berkata orang yang benar-benar
kuat adalah orang yang mampu kawal perasaan
marahnya.
Apabila saya bertenang, saya rasa lega dan
gembira.
‘11 cerita sosial adab’ untuk kanak-kanak Muslim yang mendapat diagnosis Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah satu bahan bantuan pengajaran kemahiran perilaku sosial dan adab sebagai seorang anak Muslim. Kandungan buku ini sesuai diserapkan sebagai sebahagian kokurikulum dalam program intervensi awal kanak-kanak ASD.
Buku ini disasarkan terutamanya untuk kanak-kanak dari umur 3 tahun dan seterusnya, bergantung kepada tahap intelek kanak-kanak dan kecekapan sosial mereka. Ia memberi tumpuan kepada adab (mengajar adab sosial) mengikut Syariah (mengandungi beberapa pesan dari Nabi dan Al-Quran) yang dijelaskan dengan cara yang sangat mudah untuk difahami kanak-kanak, In shaa Allah.
Buku ini disertai dengan sokongan visual yang boleh membantu meningkatkan kefahaman kanak-kanak ASD. Pendahuluan buku disertakan dengan panduan penggunaan untuk ibu bapa dan guru bagi memastikan penggunaan visual sokongan yang efektif.
Cerita 1: Saya boleh baca Bismillah
Cerita 2: Saya boleh ucapkan Alhamdulillah Cerita 3: Saya boleh berbuat baik
Cerita 4: Saya boleh membantu
Cerita 5: Saya boleh berbual dengan baik Cerita 6: Saya boleh jaga kebersihan Cerita 7: Saya boleh berdoa
Cerita 8: Saya boleh bersabar Cerita 9: Saya boleh meminta maaf
Cerita 10: Saya boleh menjaga badan saya Cerita 11: Saya boleh bertenang
Penulis mempunyai dua ijazah sarjana dalam bidang psikologi. Beliau merupakan seorang ibu yang mempunyai anak-anak autism. Dengan bantuan ibu bapa dan guru, penulis berharap buku cerita sosial ini dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial dan adab di kalangan kanak-kanak Muslim ASD.