• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8

MAFHUMNYA:

Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur’an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw).

Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu terpesong dari landasan sebenar. (1)

(Bahkan Kitab itu) sebagai panduan dan pengawasan bagi memberi amaran dengan azab seksaan yang perit

terus darinya (kepada yang kufur)

dan sebaliknya menyampaikan berita gembira

kepada orang-orang yang beriman dan beramal dengan amal soleh yang mereka akan mendapat balasan yang terbaik. (2)

(2)

2

Mereka (yang beriman dan beramal soleh itu)

akan kekal menerima balasan baik untuk selama-lamanya. (3) Dan (Kitab ini) memberi amaran keras

Kepada pemfitnah-pemfitnah (kufur)

yang menjaja bahawa Allah itu memiliki anak. (4)

Sebenarnya mereka tidak mempunyai ilmu (tentang ketuhanan ini) dan kurang diajar oleh datuk nenek mereka.

Sungguh menjijikkan dan pembohongan yang besar apa yang keluar dari mulut mereka itu.

Mereka hanya bercakap perkara yang bohong. (5)

Tafsiran:

KONSEP :

‘Alhamdulillah’, yang membawa erti syukur, puji, puja kerana sesuatu anugerah, HANYA LAYAK diberi kepada Allah sahaja. Ini bererti bahawa Allah sahajalah yang berhak disyukuri, dipuji dan dipuja sebagai Penganugerah segala-galanya kepada kita, yang semua datangnya dari Dia. Ini kerana setiap sesuatu yang wujud itu adalah

sebagai nikmat dari nikmat-nikmat kurniaanNya, dan HANYA Dia sahaja yang menganugerahkan semuanya itu.

‘Alhamdulillah’ itu dibahagikan kepada 3 kategori iaitu PERKATAAN, PERBUATAN dan HAL KEADAAN.

Perkataan: Bererti lidah kitalah yang menyatakan pujian dan pujaan ke atasnya, kerana Allah telah memuji diriNya sendiri atas lidah-lidah nabi dan rasul-rasulNya. Dalam surah ini Allah memulakannya dengan mensyukuri diriNya sendiri yang telah menurunkan Al-Qur’an ke atas Muhammad saw sebagai nikmat agungNya kepada manusia.

Perbuatan: Jika kita bersyukur, bererti kita akan ikuti kesyukuran itu dengan amalan yang melibatkan anggota

(3)

3

badan kita dalam beribadah, berkebajikan dan dengan niat semata-mata KERANA Allah. Tujahan kita ialah Allah. Syukur ini akan membawa kita kepada ikhlas. Ikhlas bererti kita mengharapkan Rahmat Allah dalam semua amalan baik kita.

Hal Keadaan Bersyukur: Bererti ianya melibatkan aspek roh dan hati kita. Iaitu apabila kita mengucapkan syukur, pujian dan pujaan kepada Allah, maka kita harus sekali bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna dari segi ilmu dan amal, dan berakhlak dengan akhlak yang diredhai oleh Yang Kita Puja itu, iaitu Allah.

Aku bersyukur, dan hanya Allah sahaja yang layak disyukuri KERANA Dialah yang telah menurunkan Al-Qur’an

ke atas hambaNya, Rasulullah saw.

Al-Qur’an adalah sehebat-hebat nikmat Allah dan yang TERBESAR, yang menyebabkan kita memuji dan memujaNya serta mengutarakan syukur kita kepadaNya. Allah sahaja yang layak dipuji kerana telah menurunkan Al-Qur’an ke atas Rasulullah saw untuk semua umat manusia dan penurunannya adalah sebesar-besar nikmat dari semua nikmat-nikmatNya, kerana bimbingan Al-Qur’an itu kepada manusia ke arah kebahagiaan dunia dan Akhirat.

Dan Dia tidak menjadikannya sebagai Kitab yang songsang menentang kebenaran,

yang membawa kepada kebatilan.

(4)

4

Allah menjadikan Al-Qur’an itu memandu kita ke arah jalan yang lurus (Siratul Mustaqim).

Iaitu jalan yang tidak melampaui batas, tiada berlebih-lebihan, dan bernilai untuk maslahah ugama Allah

(Islam) dan dunia, maka sesungguhnya Al-Qur’an itu akan bersifat sempurna dan bersifat terus-kekal membimbing kepada keimanan dan amal baik.

Tujuan Al-Qur’an itu sekali lagi untuk memberi khabar amaran kepada mereka-mereka yang kufur pada Allah

dengan penyediaan azab yang sangat pedih ke atas mereka dan yang didatangkan sendiri oleh Allah.

Iaitu untuk menghukum mereka yang tidak mahu berterima kasih atau bersyukur pada Allah dan menolak Allah walaupun pada hakikatnya mereka adalah ciptaan Allah. Ianya meliputi azab di dunia dan di Akhirat nanti atau kedua-duanya sekali.

Dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal soleh,

bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam balasan yang baik itu

(5)

5

Tujuan kedua ialah untuk memberi khabar gembira kepada orang yang BERIMAN dan yang melakukan amal soleh, iaitu semua amal baiknya, untuk keredhaan Allah sahaja. Sebagai ganjaran kepada keimanan dan amal soleh mereka, mereka disediakan dengan syurga dan segala nikmat yang ada di dalamnya. Ganjaran ini akan KEKAL selama-lamanya kepada mereka.

Dan juga Al-Qur’an itu memberi amaran

kepada orang-orang yang berkata “Allah mempunyai anak”. (4) Sebenarnya mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya

dan tidak juga oleh datuk nenek mereka.

Tujuan ke tiga ialah untuk memberi AMARAN KERAS kepada pembuat-pembuat fitnah yang menyatakan bahawa Allah mempunyai anak. Mereka ialah dari kumpulan Quraisy yang mendakwa mereka menyembah malaikat, yang dikatakan sebagai anak-anak perempuan Allah. Mereka sebenarnya mewarisi dakwaan ini dari datuk nenek mereka yang juga JAHIL tentang Allah. Mustahil bagi Allah memiliki anak.

Besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka, mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5)

(6)

6

Begitu besar sekali PEMBOHONGAN mereka itu, dan apa yang terkeluar dari mulut mereka semuanya bohong. Di antara perkataan mereka ialah mengenai kekufuran mereka, penyamaan Allah dengan yang lain dan mereka menyatakan seolah-olah Allah perlu kepada anak.

Disimpulkan dari ayat-ayat di atas:

1. Al-Qur’an adalah sebesar-besar nikmat Allah yang pernah dikurniakan kepada hamba-hambanya; menjelaskan Akidah Tauhid pada manusia.

2. Al-Qur’an sekali-kali tidak menampilkan

perkara-perkara karut yang tidak berasas, TETAPI membimbing manusia ke arah Siratul Mustaqim, dunia dan Akhirat. Ini akan menjelaskan kepada minda kita, memberi ingatan kepada yang kufur dan memberi khabar gembira kepada yang beriman.

3. Al-Qur’an menganjurkan supaya kita banyak

membaca, berpegang dan beramal dengan ajaran-ajarannya, di samping beramal soleh selama kita berada di dunia ini.

Ayat-ayat 6-8:

Maka jangan-janganlah pula engkau (wahai Muhammad), di atas sebab-sebab (perbuatan dan) keengganan mereka

beriman dengan Al-Qur’an ini membinasakan dirimu, kerana terasa amat dukacita dan murung! (6)

(7)

7

Sesungguhnya Kami telah menjadikan

apa-apa yang berada di atas mukabumi ini sebagai perhiasan. Matlamat kami ialah untuk menguji

bagi menentukan siapakah di antara mereka

yang benar-benar melaksanakan amal terbaik (di atasnya). (7) Dan kemudiannya,

Kami akan jadikan apa-apa yang berada di atas bumi itu musnah, tandus dan gersang (di akhir dunia nanti). (8)

Tafsiran:

Ibnu Kathir mencatitkan tafsiran Ayat 6 dengan berkata:

“Rasulullah sangat sedih dengan Musyrikin Mekah yang didakwahnya itu kerana mereka tidak mahu beriman pada Allah dan menjauhkan diri mereka dari Al-Qur’an dan keimanan. Kesedihan yang digambarkan ini seolah-olah boleh memusnahkan diri baginda sendiri.”

Mujahid, pentafsir agung, dalam mentafsirkan Ayat 6 ini berkata:

“Seolah-olah Allah mengatakan pada Rasulullah: ‘Janganlah kamu wahai Muhammad, terlalu sedih ke atas mereka itu, tetapi teruskanlah menyampaikan risalah tauhid Aku kepada mereka. Sesiapa yang diberi hidayah, maka ianya adalah untuk diri mereka, dan sesiapa yang tidak diberi hidayah, itu adalah pilihan mereka.’”

Jika orang-orang musyrikin Mekah ini terlalu cintakan dunia dan keindahannya, maka ketahuilah bahawa Allah ciptakan dunia dengan hiasannya itu, bukan untuk mereka kekal menikmatinya. TETAPI matlamat sebenarNya ialah untuk MENGUJI mereka dengan ujian-ujianNya, sehingga hasil ujian ini akan menyerlahkan siapa di antara mereka yang banyak berbuat amal soleh dan beriman padaNya. Inilah pengertian Ayat 7.

(8)

8

Allah yang mencipta bumi ini, akan menjadikannya tandus dan gersang, yang akhirnya akan dihancurkan apabila Kiamat berlaku. Pada masa itu, apalah ertinya keduniaan pada mereka yang terlalu bergantung pada dunia ini? Inilah sisipan pengertian Ayat ke 8.

Muhammad bin Ishak sewaktu mentafsirkan ayat ini berkata:

“Bumi dan apa yang berada di atas dan di dalamnya akan musnah hancur, tempat kembali ialah kepada Allah. Oleh itu wahai Muhammad, janganlah engkau berputus asa dan janganlah engkau berdukacita di atas apa yang engkau dengar dan lihat dari kaum Musyrikin itu.”

Disimpulkan dari pengertian 3 ayat di atas:

1. Rasulullah rasa KECEWA dan dukacita yang teramat sangat atas keengganan Musyrikin Mekah beriman dengan Al-Qur’an. Ertinya tanpa Al-Qur’an, dakwah itu tidak akan dapat mengetuk hati mereka untuk tunduk pada Allah. Bagaimana pula dengan kita yang tidak membaca, tidak menghayati dan was-was tentang Al-Qur’an ini?

2. Rasulullah rasa terlalu kecewa dalam dakwahnya itu

kerana:

a) Perbuatan menolak Al-Qur’an bererti menolak

Iman dan Islam.

b) Rahmat yang ada di dalam diri Rasulullah tidak

sanggup untuk melihat keingkaran yang mereka lakukan itu, yang menjauhkan mereka dari kehidupan sebenar.

c) Tidak sempurnalah peranan Rasulullah dalam

menjalankan dakwahnya dan dalam menyatakan persediaan ubudiah, kepada mereka.

d) Kesungguhan Rasulullah dalam berdakwah

(9)

9

3. Apabila mereka menolak Al-Qur’an, bererti mereka menolak Iman. Maka hiduplah mereka dalam dunia yang fana ini, mengharapkan ianya kekal. Ingatlah, bahawa dunia dan bumi ialah tempat untuk Allah menguji dan melihat Iman dan amal kita. Ia telah dijadikan untuk dimusnahkan nanti, atau berlakulah kemusnahan dari masa ke masa, lantas manusia itu pasti akan rugi jika terus beriman dengan bumi tetapi tidak beriman dengan PENCIPTA bumi itu sendiri.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian, hipotesis yang menyatakan bahwa faktor komitmen organisasi merupakan faktor yang paling dominan berpengaruh terhadap kinerja pegawai pada Kantor

" performance adalah hasil kerja yang dapat dicapai oleh seseorang atau sekelompok orang dalam suatu organisasi, sesuai dengan tanggung jawab masing-masing,

Zat hara merupakan salah satu komponen penting dalam ekosistem perairan yang memiliki manfaat bagi organisme untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Penelitian ini bertujuan

Pendekatan fenomenologi menggunakan pola pikir subjektivisme yang tidak hanya memandang masalah dari suatu gejala yang tampak, akan tetapi berusaha menggali makna

Jenis yang paling sedikit ditemui adalah Balanophora dioica yang hanya tersebar di dua lokasi di Gunung Talang, Pada penelitian ini jenis yang hanya di temukan

Kepala Instalasi Laboratorium klinik ( Dokter Spesialis Patologi Klinik) mengusulkan alat Kepala Instalasi Laboratorium klinik ( Dokter Spesialis

Sarung tangan yang kuat, tahan bahan kimia yang sesuai dengan standar yang disahkan, harus dipakai setiap saat bila menangani produk kimia, jika penilaian risiko menunjukkan,

Dari analisis data diperoleh hasil: (1) terdapat hubungan daya ledak otot tungkai dengan hasil lompat tinggi gaya flop mahasiswa program studi pendidikan olahraga dengan