• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kursus i-think Secara Bersemuka Kepada Guru dan Pengetua/ Guru Besar (KiSB) Bahan Rujukan Kendiri KiSB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kursus i-think Secara Bersemuka Kepada Guru dan Pengetua/ Guru Besar (KiSB) Bahan Rujukan Kendiri KiSB"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

Kursus i-THINK Secara Bersemuka

Kepada Guru dan

Pengetua/ Guru Besar (KiSB) 2017

TUJUAN:

Bahan Rujukan Kendiri diguna pakai oleh peserta kursus dua minggu

sebelum menghadiri KiSB sebagai persiapan dan pendedahan awal

terhadap Program i-THINK yang akan dipelajari semasa kursus.

OBJEKTIF:

1.

Memastikan guru dan pengetua/ guru besar mendapat

pengetahuan asas tentang Program i-THINK

2.

Memastikan guru dan pengetua/ guru besar melaksanakan

tugasan diberi di akhir latihan kendiri.

(2)

KANDUNGAN

Pengenalan 3

Gambaran Keseluruhan 7

Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran 8

Huraian Peta Pemikiran 11

Bingkai Rujukan 27

(3)

PENGENALAN

Program i-THINK

Program ini bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kemahiran befikir merupakan salah satu daripada 6 ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing pada peringkat global sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

 Pengetahuan

 Kemahiran berfikir

 Indentiti nasional

 Kemahiran memimpin

 Kemahiran dwibahasa

 Etika dan kerohanian

Program i-THINK merupakan satu program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

i-THINK membawa maksud innovative THINKING (Pemikiran Inovatif). Membudayakan penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu murid berfikir kreatif, kritis dan inovatif. Di samping itu, dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Definisi KBAT

Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (KPM, 2013)

Program i-THINK juga merupakan salah satu inisiatif memperkukuhkan KBAT di dalam bilik darjah yang dapat membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir,

(4)

menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid serta membantu murid ke arah menjadi pelajar Abad Ke-21.

Enam Titik Permulaan Bagi Membudayakan Kemahiran Berfikir

Terdapat Enam Titik Permulaan untuk membangunkan dan memupuk budaya berfikir di kalangan murid.

 Penyoalan reflektif

 Kemahiran berfikir

 Pemetaan Visual

 Rangkaian Kolaboratif

 Membangunkan Kecenderungan Peribadi

 Penstrukturan Persekitaran Penyoalan Reflektif

Mencerminkan pemikiran dan pembelajaran anda. Penyoalan Reflektif adalah penggunaan soalan untuk menarik perhatian murid bukan sahaja melalui apa yang mereka tahu (memori fakta) tetapi juga bagaimana mereka mengetahuinya (fikiran kritis) dan mengapa ianya sebegitu (penaakulan). Penyoalan Reflektif membolehkan murid untuk berfikir tentang pemikiran mereka iaitu metakognitif. Berfikir tentang pelakuan dan sikap murid yang berkesan iaitu Kecenderungan. Berfikir tentang bagaimana mereka bekerjasama dengan orang lain untuk menambahkan nilai pembelajaran mereka iaitu Rangkaian Kolaboratif.

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir merupakan penggunaan proses berfikir atau kognitif yang nyata. Ahli psikologi, saintis kognitif dan pendidik telah membangunkan banyak model dan teori yang berbeza untuk mendefinisikan dan menyusun pelbagai jenis kemahiran berfikir, Lazimnya, model-model ini akan dibahagikan antara kemahiran aras rendah dan tinggi. Biasanya teori-teori ini merangkumi penerangan mengenai proses

(5)

pemikiran asas untuk menjana dan menyusun maklumat seperti mensintesis, menganalisa, menilai dan mereka cipta.

Pemetaan Visual

Pemetaan Visual merupakan penggunaan alat visual untuk memetakan idea. Fikirkan graf, urutan masa dan gambarajah van dalam penggunaan harian di sekolah. Memandangkan kebanyakan maklumat yang kita perolehi adalah secara visual, penggunaan kaedah Pemetaan Visual merupakan kaedah yang berkesan untuk memproses maklumat. Pemetaan Visual merangkumi jaringan sumbangsaran, pengurus grafik, peta konsep atau rajah di samping bahasa visual yang biasa diaplikasi di seluruh sekolah seperti Peta Pemikiran.

Rangkaian Kolaboratif

Rangkaian kolaboratif ialah pembelajaran bersama. Terdapat banyak model dan teknik untuk mewujudkan kumpulan kolaboratif di dalam bilik darjah dan sekolah. Pembelajaran kolaboratif di sekolah boleh digalakkan dengan saling berkongsi pengetahuan dan saling berhubung dengan rakan sekerja yang lain, pemikiran saling bergantungan. Teknologi baru telah mengubah cara bagaiman kita boleh berkongsi dan memperolehi pengetahuan. Kini media sosial merupakan salah satu kaedah baru untuk berkongsi maklumat dalam kumpulan.

Membangunkan Kecenderungan Peribadi

Membangunkan kecenderungan peribadi merujuk kepada perlakuan yang diamalkan oleh pelajar-pelajar yang berjaya. Pendidik yang berminat dalam bidang pemikiran biasanya bermula dengan membezakan antara kemahiran berfikir atau kemahiran kognitif dengan perlakuan dan sikap yang dipanggil kecenderungan. Kemahiran kognitif mungkin merangkumi penaakulan, sebab dan akibat manakala kecenderungan merangkumi sikap gigih atau menguruskan sifat impulsif. Kecenderungan lazimnya dikatakan dengan kecerdasan emosi dan perkembangan sifat empati pada orang lain.

Penstrukturan Persekitaran

Penstrukturan persekitaran ialah bagaimana ruang fizikal di susun dan sumber digunakan. Penstrukturan fizikal bilik darjah, sekolah dan kawasan persekitaran

(6)

akan memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran. Susun atur tempat duduk murid dalam bilik darjah dan kemudahan untuk mengakses bahan pembelajaran merupakan sebahagian daripada penstrukturan persekitaran. Penggunaan sumber yang didapati dari dalam dan persekitaran sekolah serta dalam komuniti yang lebih luas adalah penting untuk menarik perhatian murid.

Dengan itu, sebanyak lapan (8) peta pemikiran diperkenalkan dalam program i-THINK digunakan sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)

di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.

Kursus i-THINK Secara Bersemuka (KiSB)

Kursus KiSB mempunyai dua fasa iaitu kendiri dan bersemuka.

Fasa pertama - kendiri, peserta kursus diberi bahan rujukan KiSB untuk dibaca selama dua minggu sebagai persediaan sebelum menghadiri kursus bersemuka. Dalam tempoh tersebut peserta kursus juga diminta menyiapkan tugasan diberi. Fasa kedua - bersemuka, peserta kursus dikehendaki menghadiri kursus secara bersemuka bersama jurulatih kebangsaan di pusat latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mendapat pengetahuan dan pendedahan yang lebih mengenai Program i-THINK serta hubungan antara lapan peta pemikiran dan proses pemikiran yang berkaitan dalam membudayakan kemahiran berfikir di sekolah. Manakala pengetua dan guru besar pula akan didedahkan dengan modul kepimpinan dalam membudayakan KBAT di sekolah.

Peraturan Asas

Peraturan asas yang perlu diikuti sepanjang KiSB:

 Berfikir di luar kotak

 Bersedia menerima idea-idea baru

 Bersedia mengambil beberapa risiko

 Bersedia menerima kesilapan

(7)

GAMBARAN KESELURUHAN

Proses pembelajaran melibat penggunaan pelbagai proses pemikiran. Kadangkala satu proses pada satu-satu masa dan kadangkala melibatkan pelbagai kombinasi proses pemikiran yang berlainan.

Pembelajaran berkesan dan efektif hadir apabila guru dapat mengenal pasti proses pemikiran atau proses-proses pemikiran yang boleh digunakan untuk menjalankan tugas tertentu atau menyelesaikan masalah.

Selain itu pembelajaran berkesan dan efektif datang daripada keupayaan untuk mengimbas kembali tugas atau masalah yang telah dijalankan serta boleh mengenal pasti proses pemikiran atau proses-proses pemikiran yang telah digunakan. Proses-proses pemikiran adalah sebagai salah satu hasil dari inisiatif penyelidikan sains kognitif dengan lapan proses pemikiran yang asas.

(8)

PETA PEMIKIRAN DAN PROSES PEMIKIRAN

Apakah Peta Pemikiran?

Peta Pemikiran merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam lapan bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentasi kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan ilustrasi Peta Pemikiran seperti dalam Jadual 1 berikut.

Jadual 1: Peta Pemikiran dan Proses Pemikiran

1. Peta Bulatan

Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks

 Peta bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.

 Sebagai contoh, jika mahu berkongsi idea tentang sistem suria, tulis perkara yang muncul dalam fikiran dalam lingkungan bulatan luar.

2. Peta Buih

Proses pemikiran: Menerangkan atau memerihalkan menggunakan adjektif

 Peta buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik.

 Sebagai contoh, jika mahu memahami tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang menerangkannya dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitanya.

3. Peta Buih Berganda

Proses pemikiran: Banding beza

 Peta Buih Berganda membantu menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan membanding dan membeza.  Sebagai contoh, jika mahu membandingkan

(9)

kapal terbang dan kereta api, senaraikan persamaan antara kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di tengah menakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.

4. Peta Pokok

Proses Pemikiran: Membuat pengelasan

 Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh.

 Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan kumpulan-kumpulan tersebut.

5. Peta Dakap

Proses Pemikiran: Hubungan seluruh-bahagian

 Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada cirri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi.

 Sebagai contoh, jika mahu memahami peta dunia, senaraikan semua benua, dan seterusnya negara-negara di setiap benua.

6. Peta Alir

Proses Pemikiran: Urutan

 Peta Aliran membantu menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam sesuatu proses supaya dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu.

 Sebagai contoh, jika ingin tahu langkah-langkah untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkah-langkah yang perlu diambil dan susun dalam urutan yang harus diikuti.

(10)

7. Peta Pelbagai Alir

Proses Pemikiran: Sebab dan akibat

 Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya.

 Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kesan-kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini berlaku, senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan kesan kerosakan gigi di sebelah kanan.

8. Peta Titian

Proses Pemikiran: Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan)

 Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitanantara satu sama lain supaya dapat memahami hubungan yang serupa (analogi).

 Sebagai contoh, jika ingin mengetahui hubungan antara haiwan dengan anaknya, mulakan dengan menamakan sesuatu haiwan dan anaknya, yang anda tahu, kemudian senaraikan pasangan-pasangan yang lain. RF

(11)

HURAIAN PETA PEMIKIRAN

1.

Peta Bulatan

Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut. 3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut. 4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan

topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbang saran).

5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik? 2. Bagaimana anda tahu tentang...?

3. Adakah anda tahu bahawa...?

4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini? 5. Apakah yang anda fikir tentang...?

PETA BULATAN

(CIRCLE MAP)

Proses Pemikiran:

MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS (DEFINING IN CONTEXT)

CADANGAN PENGGUNAAN  Meningkatkan kosa kata  Sumbangsaran idea dalam

penulisan

 Menguji pengetahuan sedia ada murid

 Menguji pemahaman murid selepas pengajaran dan pembelajaran

KATA KUNCI  Konteks/senaraikan  Jelaskan

 Tuliskan semua yang anda tahu ...

 Sumbangsaran  Kenalpasti

 Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada

(12)

Contoh Hasil Kerja Murid

Sastera Sekolah Menengah

(13)

2. Peta Buih

Langkah Membina Peta Buih

1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.

2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif/kata sifat bagi topik tersebut.

3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4. Senaraikan seberapa banyak kata/frasa adjektif berkaitan sama ada positif/negatif. Warna yang berbeza boleh digunakan.

5. Contoh:

Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas Frasa Adjektif – bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.

Soalan-soalan berkaitan

1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar?

2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini? 3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?

4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini? CADANGAN PENGGUNAAN  Adjektif  Fakta  Pendapat KATA KUNCI  Terangkan  Jelaskan

 Gunakan lima pancaindera untuk menerangkan ...  Kualiti  Sifat  Ciri-ciri PETA BUIH (BUBBLE MAP)

Proses Pemikiran

:

PENERANGAN MENGGUNAKAN KATA / FRASA ADJEKTIF

(14)

Contoh Hasil Kerja Murid

Pendidikan Moral Sekolah Rendah

(15)

3. Peta Buih Berganda

Langkah Membina Peta Buih Berganda

1. Lukiskan dua bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis dua topik (objek/idea) yang ingin dibandingkan.

2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara dua bulatan utama.

4. Sambungkan semua bulatan dengan dua topik utama menggunakan garis lurus. 5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara dua topik, gabungkannya

dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.

6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan satu topik sahaja.

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah persamaan dan perbezaan antara dua topik ini? 2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?

CADANGAN PENGGUNAAN  Membanding beza ciri-ciri

bentuk 2D dan 3D

 Membandingkan sifat manusia  Membandingkan dua idea

KATA KUNCI  Bandingkan  Bezakan  Persamaan  Bezakan antara .... dengan ...  Perbezaan

PETA BUIH BERGANDA

(DOUBLE BUBBLE MAP)

Proses Pemikiran

:

MEMBANDING BEZA

(16)

B.MALAYSIA Contoh Hasil Kerja Murid

Matematik Sekolah Rendah

(17)

4. Peta Pokok

Langkah Membina Peta Pokok

1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.

2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.

3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan. 4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori. 5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

Soalan-soalan berkaitan

1. Bagaimanakah anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan? 2. Bolehkah anda mengasingkan/mengelaskan objek-objek ini

mengikut kumpulannya?

3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini? 4. Apakah contoh bagi setiap kategori ini?

5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih? 6. Adakah kaedah yang lebih baik untuk mengelaskan bahan/alatan ini?

CADANGAN PENGGUNAAN  Mengelaskan kumpulan haiwan  Mengelaskan jenis alatan muzik  Mengelaskan elemen penting cerita  Mengkategorikan kosa kata

KATA KUNCI  Kelaskan

 Asingkan  Kategorikan

 Kenal pasti antara idea utama dan penjelasannya

PETA POKOK

(TREE MAP)

Proses Pemikiran

:

MEMBUAT PENGELASAN (CLASSIFYING)

(18)

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Arab Sekolah Rendah

(19)

5. Peta Dakap

Langkah Membina Peta Dakap

1. Digunakan untuk mengkaji/menganalisis objek secara fizikal/maujud. 2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya. 3. Tuliskan bahagian/pecahan utama.

4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

5. Lukiskan ({ ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah nama objek ini?

2. Apakah bahagian/komponen utama objek ini?

3. Apakah komponen yang lebih kecil bagi setiap komponen utama objek ini? 4. Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada...?

5. Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambar rajah ini?

CADANGAN PENGGUNAAN  Matematik (nilai tempat nombor)  Komponen alatan muzik

 Analisa struktur objek

KATA KUNCI  Sebahagian daripada ...  Tunjukkan struktur ...

 Ambil sebahagian daripada ...  Kenal pasti struktur

 Komponen fizikal  Anatomi PETA DAKAP (BRACE MAP)

Proses Pemikiran

: HUBUNGAN SELURUH-BAHAGIAN (WHOLE – PARTS RELATIONSHIP)

(20)

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Arab Sekolah Rendah

(21)

6. Peta Alir

Langkah Membina Peta Alir 1. Tuliskan tajuk (peristiwa/langkah)

2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan/membina/membuat...

3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.

4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya. 5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.

6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu). 7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah

langkah utama berkenaan.

8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah tajuk bagi peristiwa ini?

2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa?

3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?

4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang sedang di bincang?

5. Apakah yang berlaku selepas itu?

6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?

CADANGAN PENGGUNAAN  Sains (proses dan kitaran hidup)  Penyelesaian masalah

 Peristiwa sejarah dan garis masa  Proses menanam sayur (KH)

KATA KUNCI

 Susunkan mengikut aturan yang betul

 Ceritakan/kira semula  Kitaran

 Tunjukkan proses  Selesaikan masalah ...  Mengkaji corak (trend)

PETA ALIR

(FLOW MAP)

Proses Pemikiran

:

URUTAN (SEQUENCING)

(22)

Contoh Hasil Kerja Murid

Pendidikan Islam Sekolah Rendah

(23)

7. Peta Pelbagai Alir

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.

2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.

3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.

4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa. 5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah

kanan.

6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja. 8. Cadangan Topik – Saya berjaya dalam peperiksaan.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah sebab dan kesan peristiwa ini?

2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (sebab/cause) 3. Apakah pengajaran di sebalik peristiwa ini?

4. Apakah yang akan berlaku jika ... berlaku? CADANGAN PENGGUNAAN

 Analisis sejarah  Meramalkan kejadian  Pengurusan sikap

KATA KUNCI  Sebab dan kesan

 Bincangkan kesan/pengajaran

 Apakah yang akan berlaku sekiranya... ?  Jika ... maka ...

 Terangkan perubahan ...  Mengenal pasti pengajarannya

 Mengenal pasti keputusan daripada ...  Apa yang berlaku jika ...

PETA PELBAGAI ALIR

(MULTI – FLOW MAP)

Proses Pemikiran

:

SEBAB DAN KESAN

(24)

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

(25)

RF as as as 8. Peta Titi

Langkah Membina Peta Titi

1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan

faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri. 2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang

mengaitkan analogi.

3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan.

4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.

5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak.( ). 6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.

7. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang bererti sama seperti pada peta titi. Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah faktor penghubung antara dua contoh ini? 2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan? 3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?

4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan? 5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?

CADANGAN PENGGUNAAN  Konsep Sains  Peristiwa Sejarah  Perkaitan Matematik KATA KUNCI  Kenalpasti perkaitan  Meneka peraturan  Simbol  Analogi  Kesetaraan

Relating factor = RF = Faktor penghubung

as = sama seperti/seperti mana /seperti juga/sama dengan

PETA TITI

(BRIDGE MAP)

Proses Pemikiran

:

ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA, MENCARI FAKTOR PENGHUBUNG)

(26)

Contoh Hasil Kerja Murid

Bahasa Melayu Sekolah Rendah Cara membaca peta titi di atas:

Antonim bermula ialah berakhir sama seperti antonim berjaya ialah gagal sama seperti antonim jujur ialah penipu…...

Bahasa Melayu Sekolah Menengah Cara membaca peta titi di atas:

Simpulan bahasa ringan tulang bermaksud sikap rajin bekerja sama seperti simpulan bahasa ulat buku bermaksud suka membaca sama seperti simpulan bahasa ala kadar bermaksud seadanya.

(27)

BINGKAI RUJUKAN

Gambar A Gambar B

Apakah perbezaan antara gambar A dan B?

Apakah Bingkai Rujukan (Frame of Reference)?

Bingkai rujukan merupakan rangka fikiran tentang apa yang difikirkan berdasarkan pemikiran berikut:

1. Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu?

2. Apakah maklumat yang mempengaruhi peta pemikiran anda? 3. Mengapa maklumat itu penting?

Peta ini mempunyai Bingkai Rujukan

(28)

Membina Bingkai Rujukan

“Bingkai rujukan boleh digunakan dalam semua lapan Peta Pemikiran. Ia adalah ‘Bingkai Metakognitif’ dan meminta murid berfikir tentang apa yang telah difikirkan sebelum ini. Ia digunakan oleh murid untuk memikirkan kembali sumber rujukan bagi isi-isi yang telah mempengaruhi pemikiran mereka.” (Hyerle & Yeager, 2007)

Keterangan:

1. Bingkai rujukan dilukis pada bahagian luar Peta Pemikiran setelah semua maklumat di dalamnya sudah diisi.

2. Ia bertujuan untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

3. Contohnya: Ibu bapa

Huraian: Ia bermaksud maklumat yang didapati telah diambil daripada ibu bapanya.

Kata Kunci:

1. Bagaimana kamu tahu tentang topik ini? 2. Adakah maklumat tersebut kamu dapat

(29)

ARAHAN

:

Terdapat tiga bahagian yang perlu diisi dan dibawa ketika sesi

perjumpaan KiSB.

TUGASAN KENDIRI

KURSUS i-THINK KEPADA GURU

DAN PEMIMPIN SECARA

BERSEMUKA (KiSB)

2017

(30)

BAHAGIAN A:

Arahan: Sila jawab SEMUA soalan.

1. Terdapat _________ peta pemikiran.

2. Sila namakan jenis-jenis petak pemikiran

Peta Pemikiran a b c d e

(31)

Peta Pemikiran

f

g

h

3. Namakan proses pemikiran bagi setiap peta

Proses Pemikiran a b c RF as as

(32)

Proses Pemikiran d e f g h RF as as

(33)

BAHAGIAN B

Bina peta pemikiran yang sesuai untuk menjelaskan punca dan kesan obesiti di Malaysia.

BAHAGIAN C

Sila bawa satu peta pemikiran hasil kerja murid semasa kursus.

Maklumat Peserta:

Nama Penuh (mengikut kad Pengenalan):

Nombor Kad Pengenalan: Nombor Telefon Bimbit: Kod Sekolah:

Nama dan Alamat Sekolah:

Tandatangan Peserta: Disahkan oleh JU KiSB:

__________________________ ____________________________

Nama: Tarikh: Cop sekolah:

(34)

Gambar

Gambar A  Gambar B

Referensi

Dokumen terkait

Secara keseluruhan, semakin tinggi nilai kadar selulosa juga akan membuat nilai breakdown voltage juga akan meningkat juga, namun pada kertas press yang direndam dalam minyak

(1) Sub Bagian Kelembagaan mempunyai tugas mengumpulkan bahan penyusunan pedoman dan petunjuk teknis pembinaan dan penataan Organisasi dalam lingkungan Pemerintah Daerah

Dalam ketidakpastian, pengambil keputusan tidak dapat memusatkan perhatiannya hanya pada satu kolom saja, namun untuk seluruh tabel sehingga tidak jelas tindakan mana yang

Pada bagian kedua, cengkeraman budaya patriarki tak berhenti sampai di situ, dalam scene yang memperlihatkan keluarga sedang makan bersama secara lesehan telah

Tugas Akhir yang berjudul “ Pengukuran Risiko Kredit Obligasi Korporasi dengan Credit Value at Risk (CVaR) dan Optimalisasi Portofolio Menggunakan Metode Mean Variance

Sedangkan mahasiswa yang belum merasakan adanya pemanfaatan internet dalam kuliah adalah sebanyak 33,6% (39 mahasiswa), sedangkan yang tidak menjawab sebanyak 2,6% (3

Pembelajaran Teradun: Pembelajaran yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod dalam talian (online) dan mod bersemuka (onsite) yang merangkumi aktiviti kursus

Secara khususnya kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk meneliti outcome dan impak profail peserta kursus, kompetensi diri dari aspek sikap mereka terhadap kursus-kursus