Bil
Perumpamaan
Makna
2
Seperti bulan dipagar bintang Gadis jelita yang dikelilingi perawan-perawan cantik3
Bagai ayam disambar helang Orang yang hilang dengan tiba-tiba dan tidak diketahui khabar beritanya (DBP)4
Bagai cicak makan kapur Beroleh malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahannya (Sasbadi)5
Bagai air titik ke batu Kesukaran memberi pengajaran kepada orang yang degil6
Bagai pelita kehabisan minyak Orang yang telah hilang serinya7
Bagai perian pecah Suara yang tidak merdu8
Seperti bertih digoreng Bunyi berdetus-detusan (DBP)9
Bagai belanda minta tanah Diberi sedikit lalu hendak minta banyak (Sasbadi)10
Seperti duduk dalam duri Sangat gelisah (Sasbadi)11
Seperti embun di hujung rumput Kasih sayang yang mudah hilang (Sasbadi)12
Seperti gunting makan dihujung Membalas dendam atau berbuat sesuatu dengan diam-diam atau perlahan-lahan tetapi berhasil (Sasbadi)13
Seperti harimau menyembunyikan kukunya Orang yang menyembunyikan kelebihannya (Sasbadi)Bil
Perumpamaan
Makna
14
Seperti katak disimbah air Orang yang terkulat atau berdiam diri (Fajar Bakti)15
Seperti langit dengan bumi Banyak sekali bezanya (Sasbadi)16
Seperti melukut di tepi gantang Tidak dianggap penting (Utusan)17
Seperti mentimun dengan durian Orang yang lemah melawan orang yang kuat tidak akan menang (Utusan)18
Seperti pacat kekenyangan Sehabis makan di rumah orang lalu pergi (Sasbadi)19
Seperti pungguk rindukan bulan Di alam percintaan (Sasbadi)20
Seperti rumput di tepi jalan Hidup dalam kemiskinan (Sasbadi)21
Seperti tikus jatuh ke beras Suka dan senang sekali (Sasbadi)Rujukan:
1. Peribahasa Sekolah Menengah – Asiah Abdul Rahman (DBP)
2. Kamus Peribahasa – Mohd Tajuddin b. Hj. Abdul Rahman (Fajar Bakti)
3. Kamus Peribahasa Bergambar – Asraf, Rosnita Abdullah, Surinah Adam (Sasbadi)