• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Perniagaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Perniagaan"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN PERKHIDMATAN

MAKANAN (GTN 311)

RANCANGAN

PERNIAGAAN

JUICIA CORNER

(JC)

TARIKH DISIAPKAN: 10 MEI – 12 MEI

2012

(2)

KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

5.0 SKOP PERNIAGAAN

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL DAN PENGELUARAN

8.0 PEMASARAN

Sharifah Suraya bt Syed Mustaffa 105178

Salasiah bt Muhamed Puji 105177

Nurul Nadia bt Yusof 105174

Anis Ellyanna bt Mansor 105161

(3)

9.0 ASPEK KEWANGAN

10.0 SANITASI DAN KESELAMATAN

11.0 JUSTIFIKASI dan PENUTUP

LAMPIRAN

1.0 – PENGENALAN

1.1 Industri minuman berkhasiat dan konfeksioneri (confectionery) merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Produk makanan ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan keperluan dan gaya hidup mereka yang semakin mementingkan pemakanan yang sihat, dan penjagaan kesihatan.

1.2 Bermula dengan minat yang mendalam terhadap pembuatan jus buah buah-buahan, dan makanan berbentuk pastri (tart buah-buahan), disusuli dengan permintaan yang semakin meningkat, kami telah membuat keputusan untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang untuk menubuhkan Juicia Corner (JC) serta akan mendaftarkan syarikat ini secara rasmi pada Jun 2012.

1.3 Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di kawasan universiti atau pusat pengajian, dimana terdapatnya komuniti pelajar yang besar. Peluang ini membolehkan kami mempromosi dan menjual produk kami dengan lebih berkesan. Pemilik premis ini bakal menyediakan khidmat penjualan dan tempahan untuk cafeteria dan kantin kawasan sekitarnya. 1.4 Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai

usahawan bumiputra dalam memperluaskan produk makanan halal, Juicia Corner (JC) berharap dapat menjadi syarikat berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.

(4)

2.0 – TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

2.1 Tujuan kertas kerja ini disediakn adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Juicia Corner (JC) yang menjalankan perusahaan minuman jus buahan, dan konfeksioneri (tart buah-buahan) memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA, seterusnya untuk memohon pembiayaan berjumlah RM 60,000.

2.2 Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak R M60,000 merangkumi sebanyak RM 5,100 adalah modal awal pemohon manakala bakinya yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini.

2.3 Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut: - Pembelian mesin dan alat kelengkapan

- Pengubahsuaian kedai

- Pembayaran gaji pekerja untuk bulan pertama

2.4 Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Rgt LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut:

(5)

2.4.1 Nilai Pembiayaan : RM60,000.00 2.4.2 Kadar Keuntungan : 5%

2.4.3 Keuntungan Pembiayaan : RM3,000.00 setahun 2.4.4 Jumlah Pembiayaan : RM12,000.00 setahun 2.4.5 Bayaran Balik Bulanan : RM1000.00 sebulan

3.0

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

3.1 Nama Syarikat : Juicia Corner (JC)

3.2 Alamat Syarikat : No. 3 Jalan Hj. Mustaffa Raja Kamala, 35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.

3.3 Alamat Operasi : No. 3 Jalan Hj. Mustaffa Raja Kamala, 35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan. 3.4 Alamat E-mel : juiciac@gmail.com 3.5 No. Tel / Fax : 05-4552525

3.6 No. Daftar Perniagaan : Jun 2012 [cadangan] 3.7 Tarikh Daftar Niaga : Jun 2012 [cadangan]

3.8 Aktiviti Perniagaan : Produk minuman jus buah-buahan, dan makanan konfeksioneri

(6)

3.9 Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera ) 3.10 Modal Permulaan : RM 60,000.00

3.11 Bank Berurusan : Maybank [cadangan] 3.12 Alamat Bank : Tanjung Malim [cadangan] 3.13 No Akaun Bank : [cadangan]

3.14 Pelan lokasi : rujuk lampiran 1

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

4.1 Nama Pemilik : Sharifah Suraya binti Syed Mustaffa 4.2 Jawatan : Pengurus

4.3 Alamat : No. 3 Jalan Hj Mustaffa Raja Kamala 35900 Tanjong Malim

Perak Darul Ridzuan 4.4 Telefon : 010-8112233

4.5 E-mel : shayaez_jc@gmail.com 4.6 No. Kad Pengenalan : 901101-08-5332

4.7 Tarikh Lahir : 01 November 1990 4.8 Bangsa : Melayu

4.9 Agama : Islam 4.10 Taraf Perkahwinan : Bujang

4.11 Kelulusan Akademik : Ijazah Sains Kesihatan (Dietetik), USM 4.12 Pengalaman Kerja : i) Pegawai Dietetik

(7)

ii) Pembantu Restoran 4.13 Kursus Dihadiri : i) Asas Usahawan ii) Skim Latihan Galakan

Perniagaan 2011

5.0 SKOP PERNIAGAAN

5.1 Aktiviti Perniagaan

5.1.1 Mempromosi dan menjual minuman (jus buah-buahan segar) dan makanan konfeksioneri (tart buah-buahan) sebagai jualan utama di premis perniagaan

5.1.2 Menyediakan tempahan tart buah-buahan untuk kawasan dalam lingkungan 25 km meliputi kawasan perumahan, sekolah, university, kolej, pejabat/syarikat, cafe dan restoran serta kedai stesen minyak.

5.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan

5.2.1 Kafe Juicia Corner ini menawarkan produk seperti berikut: a) Pembuatan jus buah-buahan

b) Pembuatan tart buah-buahan 5.2.2 Manakala perkhidmatan adalah seperti

(8)

a) Menerima tempahan untuk majlis keramaian seperti majlis hari jadi dan majlis makan.

b) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk tart buah-buahan bagi jamuan mesyuarat, fórum kecil, perjumpaan minum petang dan sebagainya.

5.3 Potensi Perniagaan

5.3.1 Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di sekitar kawasan Tanjung Malim daerah Batang Padang. Ini kerana Tanjung Malim merupakan Bandar kecil yang berdekatan sempadan Selangor, Ulu Bernam dan Rawang.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

6.0 Struktur Organisasi

6.1 Fungsi dan Tangggungjawab

Pemasaran Pembuatan

(9)

6.1.1 Pemilik / Pengurus

a) Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek.

b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.

c) Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

d) Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

6.1.2 Bahagian Pemasaran

a) Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.

b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan kawasan sasaran.

c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna terhadap kualiti produk.

d) Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk diperkenalkan kepada pelanggan.

e) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.

6.1.3 Bahagian Pembuatan

(10)

b) Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.

c) Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap yang terbaik.

d) Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara dengan baik dan selamat digunakan.

e) Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.

6.1.4 Bahagian Jualan

a) Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

6.2 Gaji dan Ganjaran

6.2.1 Perniagaan Juici Corner sentiasa memastikan hubungan yang baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan pakej gaji yang berpatutan. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk tahun yang pertama adalah seperti di bawah:

(11)

Jawatan Gaji (RM) Socso (RM) KWSP (RM) Jumlah (RM) 1. Pengurus 2. Pekerja 1 3. Pekerja 2 4. Pekerja 3 5. Pekerja 4 4,800.00 900.00 900.00 900.00 900.00 55.00 24.00 24.00 15.00 15.00 165.00 86.00 86.00 55.00 55.00 5,000.00 1,000.00 1,000.00 1,000.00 1,000.00 Jumlah sebulan 8,400.00 123.00 447.00 9,000.00 Jumlah setahun 100,800.00 1596.00 5364.00 108,000.00 6.3 Strategi Pengurusan

6.3.1 Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:

(12)

a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja.

b) Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di samping latihan pengurusan dan pemasaran. c) Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi

perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan.

d) Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya.

(13)

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL & PENGELUARAN

7.1 Kemudahan Asas

7.1.1 Premis perniagaan ini terletak di kawasan universiti di mana terdapat komuniti para pelajar. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi kemudahan mengakses internet (Wifi), bekalan elektrik dan air telah lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik kerana terletak tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa kolej dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung. Susun atur peralatan dalam kedai ini masih dapat

(14)

memberikan suasana tenang dan sesuai untuk dijadikan persinggahan sementara untuk menghilangkan penat.

7.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki

7.2.1 Memandangkan perniagaan ini dijalankan atas konsep minuman, jadi tidak banyak peralatan dan kelengkapan kedai yang perlu dimiliki. Antara aset dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti berikut:

7.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan

7.3.1 Selain peralatan dan kelengkapan asas yang sedia ada, pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan.

7.4 Stok Bekalan Bahan Mentah

7.4.1 Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Bekalan bahan-bahan tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dalam alat kelengakapan yang sedia ada.

7.5 Senarai Pembekal Barang

7.5.1 Juicia Corner telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan bahan mentah membuat jus dan tart. Pembekal tersebut ialah:

No. Nama Syarikat Pembekal Produk Dibekalkan 1. FAMA Agro Bazaar

Plus Highway - R&R Ulu Bernam

(15)

2. Kasih Bakery

No. 5, Taman Muhibbah ,Jalan Ketoyong, 35900 Tanjong Malim,

Perak.

TEL : 013-3112705

Membekalkan tart

7.6 Susun Atur Premis Niaga

7.6.1 Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 2. 7.7 Strategi Pengeluaran

7.7.1 Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti:

a) Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen. b) Sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan merujuk kepada maklum balas pelanggan.

c) Memberikan kemudahan yang sesuai dan selesa untuk pelanggan bersantai.

d) Memberikan banyak pilihan buahan-buahan dan ‘toppings’ untuk pilihan pelanggan.

8.0 PEMASARAN

8.1 Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan

8.1.1 Syarikat menyediakan pelbagai jenis minuman dan pastri tart. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:

No Jenis Buah Kuantiti

1 Tembikai 1/18 2 Tembikai susu 1/6 3 Mangga 1/2

(16)

4 Nenas 1/6 5 Pisang 1 6 Jambu 1/6 7 Buah naga 1/8 8 Oren 1 9 Epal 1 10 Kiwi 1/2 11 Anggur 100g 12 Strawberi 1

No. Jenis Topings

1 Aiskrim Vanila 2 Coklat ‘sprinkle’ 3 Ceri

4 ‘Cocktail’ Del monte 5 Perasa strawberi 6 Coklat chips Jenis Belian

NO. Jenis Harga

1. JUS 1 1 jenis buah RM 4.00 2. JUS 2 2 jenis buah RM 7.00

(17)

3. JUS 3 3 jenis buah RM 10.00

Jenis Jumlah Harga

Topings 1 jenis ‘topings’ RM 1.00

NO. Jenis Harga

1 Tart kiwi RM 3.50 2. Tart strawberi RM 3.50 3. Tart anggur RM 3.50

8.2 Kumpulan Sasaran

8.2.1 Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:

a) Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi (UPSI).

b) Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya. c) Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitarnya.

d) Pelanggan restoran. e) Internet (Laman Web). 8.3 Kawasan Pasaran

(18)

8.3.1 Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometer persegi atau dalam radius 5 (LIMA) kilometer. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi: a) Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan sekitar daerah batang padang.

b) Kawasan kantin dan di UPSI.

c) Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di sekitar. d) Kawasan restoran dan di sekitarnya.

e) Stesen minyak yang berhampiran. f) Masjid dan surau di sekitar.

8.4 Pesaing

8.4.1 Di kawasan perumahan Tg. Malim ini sendiri telah terdapat beberapa pengusaha kecil kecilan yang mengusahakan perniagaan yang berlainan konsep. Namun begitu, mereka mengusahakan perniagaan yang lebih merangkumi pelbagai menu seperti makanan dan minuman. Kelainan yang kami bawa adalah jus buah yang disediakan adalah berlainan daripada jus di gerai kebiasaanya. Di antara pesaing tersebut ialah:

Nama perniagaan Produk ditawarkan Kekuatan Kelemahan 1.Perniagaann Frozen Food Lot Penjaja Roti,frozen food (karipap dan samosa), kek dan lain-lain -Terletakberhadapan dengan jalan utama -Terletak sebaris dengan kedai-kedai makan - Merupakan tempat kunjungan pelajar universiti -Nama perniagaan yang tidak jelas - Tiada promosi - Baru beroperasi - Kedai yang tidak menarik

2.Azimah Roti Roti dan pastri

- Premis perniagaan yang strategik. - Baru beroperasi - Pilihan jenis roti masih terhad

- Baru beroperasi - Pilihan jenis roti masih terhad 3. Coffee Cafe Minuman -Terletak di hujung -Sudah lama

(19)

pelbagai kopi dan aneka donut simpang jalan -Dikenali penduduk beroperasi -Tidak dapat sambutan -Tiada aneka menu 8.5 Saiz Pasaran

8.5.1 Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi.

8.6. Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah: Saiz Pasaran = Angka berpotensi(%) X Bilangan penduduk Maka saiz pasarannya ialah;

Saiz pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u 8.6 Kuasa Beli Pelanggan

8.6.1 Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 (ENAM PULUH LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di kawasan perumahan Tg. Malim dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH PERATUS) angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,660 (TIGABELAS RIBU ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 (Rgt SATU RATUS DUA PULUH EMPAT RIBU dan EMPAT RATUS) sebulan. Butir-butir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah:

Kumpulan

(20)

1.Penduduk Tmn Seri Malim 65,000 13,000 RM4 x 2 kali sebulan x 13,000 104,000.00 2.Pekerja di pejabat dan pasaraya 500 100 RM5 x 12 kali sebulan x 100 6,000.00 3.Penduduk

sekitar Taman 800 160 RM5 x 8 kalisebulan x 160 6,400.00

4.Sekolah - 2 buah 2000 400 RM2 x 10 kali sebulan x 400 8,000.00 Jumlah 68,300 13,660 124,400.00 8.7 Syer Pasaran

8.7.1 Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 8.4), didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada rumah dan sebagainya. Oleh itu sasaran syer pasaran dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS).

8.8 Anggaran Jualan

8.8.1 Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada formula:

Jumlah anggaran = Syer pasaran(%) X Kuasa beli

= 20% X RM124,400.00 = RM24,880.00

Maka itu menjadikan, RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan.

(21)

8.9.1 Promosi

Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Juicia Corner bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:

a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.

b) Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar seperti syarikat -syarikat untuk mendapatkan kontrak membekal secara berkekalan. c) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen bas, kolej-kolej dan sebagainya. (rujuk lampiran 3)

d) Memasang banner sebagai salah satu langkah mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk. (rujuk lampiran 3)

e) Mempromosikan kedai di saluran mediamassa seperti internet dengan menyediakan akaun ‘facebook’ dan ‘twitter’ untuk tujuan pemasarn.

f) Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.

g) Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.

8.9.2 Lokasi

Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan jalan besar UPSI, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan\ pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik. (rujuk lampiran 1)

(22)

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran\ iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.

8.9.4 Produk

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya. Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

9.0 BELANJA, MODAL DAN PENGURUSAN

Butir – butir yang terkandung dalam di dalam perbelanjaan mengurus Juicia Corner adalah seperti berikut:

Jenis perbelanjaan 1 bulan pertama (RM)

Gaji dan elaun pengurus 5000.00 Gaji pekerja 4000.00

(23)

Utiliti - Bil air - Bil elektrik - Gas memasak 50.00 100.00 80.00 Alat tulis dan belanja pejabat 50.00 Iklan dan promosi 500.00 Penempahan Tart 1200.00 Insurans kedai

Insurans pekerja 300.001000.00

Jumlah 1 bulan 12,280.00

Modal buka perniagaan (Bulan pertama)

No. Perkara Jumlah

(RM)

1. Lesen PBT/ROB 500.00 2. Deposit dan sewa premis 2800.00 3. Iklan dan promosi 500.00 4. Insurans - Kedai - Pekerja (5 X RM 200) 300.00 1000.00 Jumlah 5100.00

Modal membeli bahan mentah (2 hari)

No. Bahan Harga seunit

(RM) Harga per kilo (RM) Unit Kos 1. Tembikai 2.00 2 4.00 2. Tembikai susu 4.00 2 8.00 3. Mangga 1.00 3.00 5 15.00 4. Nenas 1.50 5 7.50 5. Pisang 2.50 2 5.00 6. Jambu batu 2.00 4 8.00 7. Buah naga 6.00 3 18.00 8. Oren 8.00 3 24.00

(24)

9. Epal merah 1.00 24 24.00 10. Epal hijau 1.50 24 36.00 11. Kiwi 1.33 10 13.33 12. Anggur 14.00 2 28.00 13. Strawberi 1.00 40 40.00 14. Ais 4.00 5 20.00 17. Aiskrim vanilla 8.00 3 24.00 18. Ceri 5.00 2 10.00 19. Egg tart 0.80 100 80.00 Jumlah 364.83

Modal membeli bahan kering (2 hari)

No. Bahan Harga seunit (RM)

Harga per kilo (RM)

Unit Kos

1. Gula 2.20 3 6.60 2. Cocktail Del monte 10.00 5 50.00 3. Coklat chips 6.00 2 12.00 4. Coklat sprinkle 4.50 2 9.00 5. Perasa strawberi 11.00 3 33.00 6. Susu segar Dutch lady 5.60 10 56.00 7. Bekas minuman plastic 0.50 100 50.00 8. Straw saiz M 5.00 2 10.00 9. Tisu 0.10 100 10.00 10. Beg plastic 0.10 100 10.00 11. Kotak tart 0.50 50 25.00

Jumlah 271.60

Senarai Mesin, Alat Kelengkapan, Perabot, Peralatan Kebersihan dan Lantai

Jenis Harga Seunit

(RM)

Bil Jumlah (RM) MESIN

Mesin pengisar Philips HR2707

ALAT KELENGKAPAN

Dapur gas

Tart chiller/display (3 kaki)

119.00 115.00 850.00 5 1 1 595.00 115.00 850.00

(25)

Fruit chiller/display (6 kaki) Chiller display cabinet Penapis air (Bio-Aura)

Kabinet dapur berbentuk “L” siap sinki Rak pinggan

Mangkuk buah Tray besi

Papan pemotong buah Pisau Chef jenama Kiwi Pisau pemotong buah Dulang plastik

Balang kaca isi topping Sudu besi

Senduk kecil Penyepit

Measuring spoon Piring

Periuk bertangkai saiz besar Periuk bertangkai saiz kecil Pemanas air elektrik

PERABOT Kerusi makan Meja makan Meja bar Lampu dinding Lampu gantung Air-conditioner York 3095.00 2445.00 650.00 4130.00 116.00 4.50 8.90 6.50 4.30 2.00 3.50 15.00 0.50 1.00 2.50 1.50 2.00 150.00 85.00 95.00 65.00 105.00 215.00 75.00 79.00 1600.00 1 1 2 1 1 13 13 7 7 3 20 7 10 7 15 6 20 1 1 1 6 3 2 2 1 3 3095.00 2445.00 1300.00 4130.00 116.00 58.50 115.70 45.50 30.10 6.00 70.00 105.00 5.00 7.00 37.50 9.00 40 150.00 85.00 95.00 390.00 315.00 430.00 150.00 79.00 4800.00

(26)

LG LCD TV 42” Meja pengurus Kerusi pengurus Cermin solek

PERALATAN KEBERSIHAN

Tong sampah kecil

Tong sampah hitam saiz besar Mop

Baldi mop Baldi Penyapu

Kain lap Good Morning

LANTAI DAN PINTU

Lantai dapur &ruang hadapan (23.1 ft X 16.5 ft)

Dinding ruang hadapan ( 13.2 ft X 5 ft) Dinding ruang dapur

13.2 ft X 10 ft 9.9 ft X 10 ft Dinding kaca (10 ft X 10 ft) Pintu (7 ft X 3.3 ft) Pintu kayu CAT cat 1450.00 105.00 75.00 65.00 17.90 12.90 9.50 5.90 3.90 6.90 1.50 7.50 6 6 6 40 40 100 1 1 1 1 3 2 2 2 2 2 10 382 132 264 198 1 1 5 1450.00 105.00 75.00 65.00 53.70 25.80 19 11.80 7.80 13.80 15.00 2860 792 1584 1188 4000 924 500

(27)

Jumlah 1172 33,359.20

10.0 SANITASI DAN KESELAMATAN

10.1 Kebersihan makanan

- Makanan yang dijual perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan diperolehi oleh pengguna dalam keadaan yang bebas dari kontaminasi, penyingkiran atau penambahan atau tidak diperlukan.

- Memastikan bahan basah dan kering diperiksa setiap hari untuk pantauan kualiti.

(28)

- Memastikan segala bahan disimpan pada tempat dan suhu yangs sesuai.

- Mengelakkan buah-buahan dan tart terdedah di luar/ suhu bilik terlalu lama untuk mengekalkan kesegarannya.

- Menggunakan penyepit, sudu dan sarung tangan ketika terlibat dengan penyediaan makanan.

10.2 Kebersihan peralatan

- Elakkan persentuhan dengan makanan yang sudah dibersihkan dan menggunakan peralatan yang sesuai.

- Kesemua peralatan yang digunakan untuk memasak dan menyediakan makanan hendaklah sentiasa dicuci, dilap, dikerigkan dan disimpan di tempat yang sepatutnya.

10.3 Kebersihan pekerja

- Memastikan pengendali makanan tidak mengidap sebarang penyakit ketika bekerja (mendapatka suntikan kesihatan).

- Memastikan pakaian pekerja bersih setiap hari, sesuai, dan memakai penutup kepala apabila mengendalikan makanan.

10.4 Kebersihan persekitaran

- Menyediakan ‘dispenser area’ di suatu sudut dalam kedai, dimana pekerja akan membuang segala sisa dalam kedai ke sana.

- Menyediakan tong sampah besar di luar kedai, dan memastikan pekerja akan membuang sampah ke tong tersebut setiap hari sebelum tamat waktu kerja.

- memastikan kebersihan tandas, sinki dan surau supaya tidak berbau dan bebas kuman.

(29)

- Memastikan kesemua ruang dan barangan didalam restoran dijaga dan dibersihkan dengan baik dan terkawal.

10.5 Prosedur pelupusan makanan

10.5.1 Makanan (jus dan tart) yang tidak habis dijual biasanya akan diberikan secara percuma kepada pekerja.

10.5.2 Sisa makanan (tart), bekas minuman, tisu dan plastik yang kotor serta buah-buahan yang buruk, busuk dan lembik tidak akan melalui longkang, tetapi diasingkan dan diletakkan di dalam plastik sampah yang khas (polyethylene).

10.5.3 Plastik sampah yang mengandungi sisa makanan tadi akan dibuang ke dalam tong sampah besar yang disediakan di belakang kedai sebelum dikutip oleh Majlis Perbandaran Tanjong Malim dan dilupuskan di pusat pelupusan sampah.

10.5.4 Longkang dan kawasan belakang akan diperiksa. Jikan terdapat sebarang sisa makanan yang tertinggal atau terjatuh, ia akan dibersihkan dengan segera untuk mengelakkan daripada tersumbat atau berbau.

11.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Oleh kerana kedai kami terletak di kawasan insititut pengajian dan berhampiran pelbagai kemudahan lain seperti bank dan perhentian bas, kami yakin kedai kami mampu bertahan dan menjadi pilihan pelanggan. Walaupun terdapat beberapa persaingan disana, tetapi kedai kami merupakan satu-satunya kedai yang menawarkan menu ringkas dengan suasana santai, dan dapat memberi kelainan kepada pengunjung. Diharapkan, kedai kami ini akan terus maju dan berkembang pesat di masa akan datang.

(30)
(31)

LAMPIRAN 2 (Susun Atur Kedai)

Keluasan kedai = 7m x 5m

(32)

(33)

Referensi

Dokumen terkait

hubungan menyediakan lingkungan dengan makanan sehat di rumah dengan status gizi anak, 5) Tidak ada hubungan menggunakan makanan sebagai hadiah dengan status gizi anak, 6) Tidak

Kepuasan kerja adalah sikap dan perasaan seseorang yang positif terhadap pekerjaan yang ia kerjakan yang terjadi karena adanya hubungan baik antara sikap dari karyawan

Oleh yang demikian, pihak pengurusan perlu mengambil langkah dalam memastikan pekerja sentiasa berpuas hati kerana pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah

Ganjaran untuk Pekerja adalah upah dan gaji para pekerja yang terleibat dalam proses produksi yang bekerja pada sektor formal ( pegawai negeri dan pegawai swasta

Platform media sosial menyediakan peluang yang hebat untuk berinteraksi dengan pelanggan disamping menjalin hubungan perniagaan. Usahawan boleh mendapatkan idea-idea, maklum balas,

6) Sentiasa meneliti nombor acara yang sedang dijalankan. 7) Menyediakan peserta yang menang atau wakilnya untuk menerima hadiah. 8) Memastikan kebersihan dikawasan rumah

Bagi memastikan program lawatan yang diatur tidak mengalami sebarang masalah, guru, PPM dan pelajar perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap- sedia untuk mengikuti

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan persepsi pekerja genarasi X 25 hingga 35 tahun dan generasi Boom 35 tahun ke atas terhadap faktor dorongan ganjaran wang, bonus, pakej