• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1 PENGENALAN

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang tela diperkenalkan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai salah satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan didik hibur ini berfokuskan kepada proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu agar ianya menjadi lebih menarik dan seronok untuk diikuti oleh murid-murid. penghayatan dan apresiasi juga diberikan kepada Kseusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah Menengah.

Secara amnya, didik hibur boleh didefinisikan sebagai satu strategi dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat santai dan menyeronokkan. Murid akan memperolehi keseronokan yang total dalam mempelajari Bahasa Melayu melalui aktiviti didik hibur yang terancang dan sistematik. Didik hibur ini dilaksanakan secara penyerapan dalam Bahasa Melayu dengan berfokuskan kepada aktiviti menggunakan dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan berpantun.

Pelaksanaan didik hibur ini mempunyai objektif tersendiri. Menurut Modul Kursus Didik hibur dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia (2010:4), antara objektif pelaksanaan didik hibur ialah murid dapat memahami lirik lagu secara didik hibur. Hal ini membawa maksud murid dapat memahami maksud tersurat dan maksud tersirat yang terkandung di dalam seni kata lagu yang diberikan. Objektif yang seterusnya ialah murid berupaya untuk memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita serta memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

Kesimpulannya, melalui pelaksanaan didik hibur ini, kerajaan berharap agar penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa melayu dapat ditekankan. Kaedah pengajaran diharapkan akan menjadi lebih interaktif iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.

(2)

2 Soalan 1: Bagaimanakah didik hibur dapat memberi impak kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah?

Pelaksanaan penyerapan teknik didik hibur di dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah. Teknik didik hibur ini memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam keadaan yang seronok dan santai serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Pelaksanaan teknik didik hibur menekankan kepada 4 komponen iaitu nyanyian, cerita, puisi dan lakonan.

Aktiviti nyanyian dalam didik hibur merupakan satu aktiviti yang disarankan di dalam didik hibur kerana ianya melibatkan kepelbagaian aktiviti dalam proses pembelajaran. Aktiviti nyanyian di dalam Bahasa Melayu merupakan satu aktiviti yang memberi pengalaman baru kepada murid-murid. Hal ini menyebabkan murid lebih tertarik kerana aktiviti nyanyian merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan murid berpeluang untuk belajar dalam situasi yang menyeronokkan. (Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu, 2010:7)

Teknik didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid dalam proses pembelajaran. Menurut Gagne di dalam karya Choong Lean Keow PhD (2008:24) menyatakan bahawa dengan adanya minat yang ditunjukkan oleh murid maka proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Murid juga akan lebih mudah untuk menerima mesej yang cuba disampaikan oleh guru melalui aktiviti didik hibur yang dilaksanakan. Murid akan lebih mudah mengingat kembali perkara-perkara yang dipelajari dengan lebih baik melalui aktiviti nyanyian berbanding dengan aktiviti lain. Hal ini demikian kerana penggunaan rentak, irama juga melodi boleh menerapkan perkataan secara berkesan ke dalam minda murid.

Selain daripada bernyanyi, komponen lain bagi didik hibur ialah bercerita. Menurut Kamus Dewan Bahasa (2000), bercerita merupakan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Komponen bercerita di dalam aktiviti didik hibur memberi impak yang sangat besar dalam proses pembelajaran murid-murid. Menurut Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu,(2010:13), melalui aktiviti bercerita ini, daya imaginasi murid-murid dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian berlaku apabila murid-murid cuba untuk memasuki alam cerita yang disampaikan oleh guru dan cuba menggambarkan seolah-olah mereka berada di dalam cerita tersebut. Mereka seolah-olah menjadi watak di dalam cerita

(3)

3 tersebut. Aktiviti bercerita turut manyemai rasa empati dalam kalangan murid. dalam cerita seringkali melibatkan perubahan emosi seperti sedih, gembira dan menderita dalam watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut. Perubahan emosi yang terdapat di dalam cerita ini memboleh murid untuk menghayati tema cerita yang cuba disampaikan dan memahami isi cerita secara keseluruhannya.

Aktiviti didik hibur turut menjadi medium menyampaikan pesanan positif kepada murid-murid tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh melalui aktiviti bercerita. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka dalam buku Stategi Pendidikan Bahasa Melayu (1994:210) menyatakan bahawa bercerita merupakan satu cabang seni dan disetiap penghujung sesuatu cerita pasti terselit pengajaran yang perlu diteladani oleh murid-murid dalam kehidupan sebenar mereka. Misalnya cerita rakyat yang bertajuk „Si Tanggang‟ yang diceritakan semula oleh murid dan mereka sendiri akan mengemukakan pengajaran yang perlu diteladani melalui cerita tersebut kepada rakan-rakan mereka berdasarkan pemahaman mereka tentang cerita tersebut. Hal ini demikian menunjukkan bahawa pelaksanaan didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran berupaya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kalangan murid-murid sekolah.

Menurut Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu (2010:13), aktiviti didik hibur turut memupuk daya kreatif dan estetika dalam kalangan murid. Misalnya dalam aktiviti didik hibur iaitu aktiviti bercerita. Guru boleh menyediakan beberapa kad yang mengandungi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Murid akan diminta untuk bercerita berdasarkan perkataan-perkataan yang teah disediakan oleh guru. Melalui aktiviti ini, murid akan cuba untuk mengasah fikiran mereka dalam membina ayat di dalam minda mereka sebelum mereka mula bercerita. Mereka akan menggunakan daya kreatif yang mereka punya dalam menghasilkan cerita yang menarik perhatian guru dan rakan-rakan. Hal ini demikian menunjukkan bahawa aktiviti didik hibur yang diterapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) memberi impak yang positif dalam diri murid sekolah.

Murid juga diberi peluang untuk mengekspresikan perasaan mereka melalui aktiviti didik hibur ini. Peluang mengekspresikan perasaan ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti bercerita. Kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai banyak cerita-cerita rakyat yang memberi banyak pengajaran kepada masyarakat dan cerita rakyat ini sesuai untuk dijadikan bahan bagi membantu murid dalam mengekspresikan perasaan mereka. Misalnya cerita rakyat „Si Tanggang‟ boleh diceritakan kepada murid di dalam kelas. Cerita ini membolehkan murid

(4)

4 untuk menyuarakan perasaan serta pendapat mereka tentang cerita tersebut. Mereka akan cuba mengaitkan mesej yang disampaikan melalui cerita rakyat dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran yang diperolehi melalui cerita tersebut akan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka.

Selain daripada bercerita dan bernyanyi, lakonan juga merupakan komponen didik hibur yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Berlakon murupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid-murid kerana ianya dijalankan dalam situasi yang santai . Lakonan dapat melatih murid memahami pelbagai aspek kehidupan kerana menerusi lakonan mereka akan memberi pengalaman sebenar kepada murid. Menurut Edgar Dale didalam buku Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran edisi kemas kini karya Noriati A. Rashid (2012:26), pengajaran berdasarkan pengalaman langsung murid dapat mempercepatkan ataupun memudahkan penyampaian mesej kepada murid.

Merujuk kepada Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu (2010:19), lakonan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dapat menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan penglibatan pelajar di dalam proses pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Hal ini demikian kerana murid akan mudah merasa bosan dengan pengajaran yang bercorak sehala sahaja. Pengajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya mereka boleh mengambil bahagian dalam pembelajaran tersebut. Guru pula berperanan dalam memberi contoh yang berkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar bagi memudahkan pelajar menerima apa yang ingin di sampaikan oleh guru. Antara contoh aktiviti didik hibur yang boleh di lakukan bagi meningkatkan penglibatan murid di dalam proses pengajaran ialah aktiviti lakonan. Guru memberi satu situasi yang mudah dan ianya boleh dilakonkan oleh murid-murid dan sudah pasti murid akan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung tanpa disedari oleh mereka.

Sementelahan itu, melalui aktiviti didik hibur, murid juga dapat memperbaiki tatabahasa serta meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian mereka. Misalnya melalui aktiviti lakonan yakni pelajar akan diminta untuk berlakon dengan menggunakan Bahasa Melayu yang standard dan baku. Penggunaan Bahasa Melayu dan kosa kata di dalam lakonan tersebut akan diaplikasikan oleh murid di dalam situasi sebenar mereka di luar bilik darjah. Melalui aktiviti bercerita juga, murid dapat berfikir dan menyusun ayat yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu mesej di dalam fikiran mereka. Hal ini demikian

(5)

5 jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan teknik didik hibur di dalam pengajaran sekolah rendah memberi impak yang positif dalam kalangan masyarakat.

Komponen terakhir dalam didik hibur ialah puisi. Pada peringkat sekolah rendah, puisi tidak ditekankan namun pantun lebih ditekankan. Pada arus pembangunan ini, masyarakat Melayu semakin lupa akan keindahan bahasa klasik yang diturunkan oleh nenek moyang terdahulu. Pelaksanaan teknik didik hibur ini diharapkan dapat mengekalkan semngat cinta akan bahasa Melayu di dalam kalangan murid agar ianya tidak luput ditelan zaman. Melalui aktiviti berpantun, semangat cinta akan Bahasa Melayu dapat dipupuk di dalam kalangan murid. Aktiviti ini melatih murid supaya mereka lebih peka kepada keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam pelbagai jenis pantun.

(6)

6 Soalan 2: Huraikan dengan terperinci cara-cara apresiasi bahasa dalam didik hibur dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

Proses penyampaian pengajaran di dalam kelas boleh disampaikan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi. Berdasarkan perubahan kurikulum yang telah berlaku, satu pembaharuan telah diperkenalkan kepada murid-murid sebagai satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran bahasa melayu (Portal Rasmi KPM, 2013). Kaedah tersebut dikenali sebagai didik hibur.

Melalui aktiviti-aktiviti didik hibur, proses apresiasi bahasa dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan. Hal ini demikian kerana menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), fokus pelaksanaan didik hibur adalah untuk penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu dan apresiasi bahasa dalam kalangan murid.

Berlakon merupakan salah satu daripada komponen didik hibur yang juga merupakan cara apresiasi bahasa dapat diaplikasikan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Aktiviti lakonan boleh dijalankan di dalam kelas, seperti mana yang tedapat di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya dihasilkan pada soalan empat. Berdasarkan RPH yang telah saya hasilkan, didik hibur melalui aktiviti lakonan pada langkah set induksi bertujuan untuk menarik perhatian murid terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pada langkah set induksi ini, murid diminta untuk berlakon menjadi pembeli dan guru sebagai penjual buah-buahan. Murid dan guru menggunakan laras bahasa yang betul dalam melakonkan watak sebagai seorang pembeli dan penjual. Melalui lakonan ini, peningkatan laras bahasa yang digunakan oleh murid akan berlaku secara tidak langsung yakni mereka akan cuba untuk menggunakan bahasa baku dalam pertuturan mereka. Kesalahan dalam penggunaan bahasa akan dibetulkan oleh guru. Pengalaman berlakon ini kemudiannya akan diaplikasikan oleh murid di dalam kehidupan seharian mereka sama ada di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana murid akan lebih mudah memahami sesuatu melalui pengalaman lakonan berbading dengan penggunaan bahasa semata-mata. Ianya selaras dengan teori Kon Pengalaman Edgar Dale (1969) yang menyatakan bahawa pembelajaran abstrak akan berlaku apabila murid sudah memilik maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak. Lakonan merupakan sesuatu yang konkrit kerana ianya memberi pengalaman langsung kepada murid. Aktiviti lakonan ini membantu penggunaan bahasa yang betul dalam pertuturan murid dan menjadi salah satu cara murid menghargai Bahasa melayu

(7)

7 sebagai Bahasa Kebangsaan kita. Oleh yang demikian ianya perlulah dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Selain daripada lakonan, nyanyian turut menjadi cara apresiasi bahasa dalam didik hibur dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, aktiviti nyanyian dipilih pada RPH yang telah dihasilkan pada soalan empat. Guru meminta murid untuk menyanyikan lagu yang bertajuk „Berniaga Usaha Mulia‟ dengan menggunakan irama lagu „Rasa Sayang Hei‟. Melalui aktiviti ini, murid akan lebih tertarik dengan proses pembelajaran dan pengajaran kerana mereka diberi peluang untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Gagne di dalam karya Choong Lean Keow PhD (2008:24) menyatakan bahawa salah satu daripada prinsip pembelajaran ialah suasana yang menyeronokkan. Suasana yang menyeronokkan akan memotivasikan murid untuk berinteraksi dan melibatkan diri secara aktif serta menyumbang kepada keberkesanan proses penyampaian pembelajaran dan pengajaran. Melalui aktiviti nyanyian ini, murid akan lebih mudah untuk mengenal pasti sebutan-sebutan perkataan dengan betul dan tepat. Walaupun proses pengajaran disampaikan melalui aktiviti nyanyian, namun penggunaan perkataan adalah sepenuhnya daripada Bahasa Melayu dan tidak terdapat singkatan perkataan di dalam seni kata lagu yang diberikan kepada murid. Hal ini demikian bagi memastikan murid menggunakan bahasa yang betul walaupun dalam nyanyian. Aktiviti nynyian ini melahirkan murid yang menghargai serta menggunakan bahasa Melayu yang betul dan bukannya bahasa rojak semata-mata. Melalui seni kata lagu juga, nilai-nilai murni turut diterapkan agar menjadi amalan bagi murid dalam kehidupan seharian mereka.

Dengar kawan nasihat ini,

kalau kita hendak berniaga,

Amalkanlah sikap murni,

Tentu orang akan percaya

Ayat-ayat di atas merupakan rangkap pertama bagi seni kata lagu “Berniaga amalan mulia‟. Melalui rangkap ini, murid bukan sahaja belajar menyebut sebutan dengan betul tetapi juga nilai-nillai murni yang perlu ada dalam diri mereka. Murid akan faham bahawa pengamalan nilai-nilai murni dapat menjadikan mereka orang yang dipercayai ramai. Penerapan nilai-nilai murni melalui didik hibur ini turut melahirkan murid yang bakal menjadi pemimpin yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka kelak. Sekiranya guru terus menerus menjalankan aktiviti sebegini maka murid akan lebih mudah memahami dan mentafsir bahasa

(8)

8 yang mengandungi pelbagai makna dalam seni kata lagu seterusnya ianya boleh membantu murid-murid untuk mempertingkatkan perbendaharaan kata di samping memperkukuh kemahiran berbahasa mereka. Ianya merupakan satu langkah dalam mengapresiasikan bahasa dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, melalui aktiviti nyanyian yang di jalankan di dalam didik hibur, murid berpotensi untuk mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding dengan aktiviti lain. Hal ini dinyatakan di dalam Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu (2010:7). Rentak, irama dan melodi boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak dengan berkesan. Sebagai contoh di dalam RPH yang telah dihasilkan di pada soalan empat, penggunaan irama lagu “Rasa Sayang Hei” memudahkan murid untuk menyanyikan lagu tersebut menggunakan lirik yang baharu. Penggunaan lirik yang baharu ini disuaikan dengan irama lagu „Rasa Sayang Hei‟ yang sedia ada. Murid akan lebih mudah untuk mengingati perkataan-perkataan serta mesej yang cuba disampaikan melalui nyanyian lagu ini berbanding dengan secara lisan daripada guru sahaja.

Didik hibur melalui aktiviti nyanyian turut dapat menyumbang kepada kerjasama antara murid di dalam kelas. Kerjasama ini kemudiannya akan mempereratkan lagi perpaduan antara murid di dalam kelas dan akan diamalkan oleh mereka dalam kehiduapan seharian mereka. Misalnya melalui aktiviti mentafsir maksud perkataan yang bergaris di dalam seni kata lagu yang telah diberikan di dalam kumpulan. Murid akan cuba untuk berbincang dan memberi pendapat mereka tentang maksud perkataan yang ingin dicari. Melalui aktiviti ini, kerjasama dalam kalangan murid dapat dipupuk dan murid akan belajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dengan menggunakan bahasa yang betul. Dapat dilihat dengan jelas bahawa apreiasi bahasa dapt diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti didik hibur yang dirancang di dalam RPH yang telah dihasilkan.

(9)

9 Soalan 3: Teori pemerolehan bahasa mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur. Justifikasikan teknik didik hibur dalam teori pemerolehan bahasa.

Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad di dalam karya mereka Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu (2012:53), teori-teori pemerolehan bahasa merujuk kepada teori yang berfungsi untuk membantu seseorang memahami dan mengorganisasikan pengalaman dan memberi makna rujukan yang sesuai. Terdapat banyak teori pemerolehan bahasa antaranya ialah Teori Behavioris, Teori Kognitif, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalis.

Teori Behavioris merupakan satu teori yang dominan dan banyak mempengaruhi aspek di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Teori ini dipelopori oleh Skinner, Thorndike dan Pavlov. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof di dalam karyanya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2011:32), salah satu cirri pembelajaran berasaskan teori Behavioris ialah sesuatu gerak balas diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Hal ini demikian membawa maksud bahawa sesuatu perlakuan murid itu akan berulang dengan adanya ganjaran yang berbentuk penghargaan ataupun pujian. Misalnya di dalam RPH yang telah dihasilkan pada soalan empat, aktiviti nyanyian telah dipilih sebagai aktiviti didik hibur di dalam kelas. Pada langkah yang pertama di dalam RPH, guru memilih seorang murid untuk menyanyikan lagu “Berniaga Usaha Mulia”. Kemudian guru memberikan peneguhan positif berbentuk pujian kepada murid yang menyanyikan lagu tersebut sebelum meminta semua murid menyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai. Peneguhan yang diberikan kepada murid yang pertama telah memotivasikan murid yang lain untuk cuba menyanyikan lagu tersebut dengan sebutan juga nada yang tepat agar guru turut memberikan peneguhan kepada mereka. Secara tidak langsung, terbitnya gerak balas positif serta penglibatan murid dapat dipupuk melalui teori ini. Hal ini membantu dalam pencapaian objektif yang telah dirancang iaitu menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian. Guru perlu memberikan peneguhan yang berterusan ataupun berkala agar isi pelajaran yang dipelajari dapat diperkukuhkan.

Selain itu, Tuan Jah Tuan Yusof di dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2011:32) turut menyatakan bahawa salah prinsip pengajaran bahasa berdasarkan Teori Behavioris ialah latihan pembelajaran yang diperkukuhkan. Hal ini demikian membawa maksud bahawa pengulangan sesuatu gerakan akan memberikan satu pengukuhan terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Berpandukan RPH yang telah dirancang, guru meminta murid untuk mengulangi nyanyian lagu “Berniaga Usaha Mulia” sebanyak dua kali. Hal ini selaras dengan pandangan E.L Thondike di dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu karya

(10)

10 Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:57) yang mengatakan bahawa jika proses pengulangan sering dilakukan, maka semakin banyak aktiviti terlaksana. Melalui pengulangan nyanyian ini, sebutan dan nada murid diperbetulkan sehingga mereka mampu menyanyikan lagu ini dengan sebutan serta nada yang betul dan sempurna.

Teori pemerolehan bahasa yang seterusnya ialah Teori Kognitif. Teori ini menganggap bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak setelah menerima bahan dalam bentuk ransangan daripada pancaindera. Berdasarkan buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu hasil karya Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:73), isi kandungan pembelajaran dan pengajaran haruslah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak dan yang paling relevan ialah daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baharu. Misalnya di dalam aktiviti RPH yang telah dirancang pada langkah satu yakni pengunaan lagu “Rasa Sayang Hei” untuk aktiviti didik hibur yang menjadi pengetahuan sedia ada murid. Murid pernah menyanyikan lagu tesebut malah terdapat murid yang telah menghafal lagu tersebut. Kemudian guru mengedarkan seni kata lagu yang baharu untuk dijadikan seni kata lagu “Rasa Sayang Hei”. Melalui langkah ini, murid-murid akan melalui fasa asimilasi iaitu murid mencuba untuk menyatukan informasi yang baharu iaitu seni kata lagu yang baharu dengan sturuktur kognitif yang sudah dimiliki iaitu lagu asal “Rasa Sayang Hei”. Kemudian ianya diikuti dengan akomondasi iaitu perubahan yang berlaku dalam struktur kognitif murid. Pada peringkat ini, keupayaan murid berfikir dalam bahasa berada pada tahap yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Peringkat terakhir ialah peringkat ekilibrium yakni kesinambungan dalam diri murid telah berlku. Maka akan berlakunya perubahan struktur kognitif dalam diri murid melalui aktiviti ini. Hal ini demikian menunjukkan perkaitan antara teori kognitif dan aktiviti didik hibur yang telah dirancang.

Selain itu, Gagne di dalam buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu hasil karya Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:71) menggariskan beberapa fasa thap pengolahan kognitif yang terjadi dalam pembelajaran. Fasa-fasa tersebut melibatkan proses membangkitkan perhatian murid, menyatakan tujuan pembelajaran pada murid, merangsang ingatan juga menyampaikan bahan rangsangan. Kesemua fasa ini terkandung di dalam RPH yang telah saya sediakan iaitu pada peringkat set induksi. Pada peringkat set induksi ini, guru menggunakan helaian wang yang bercetak untuk menarik perhatian murid dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Guru turut menggunakan aktiviti didik hibur iaitu berlakon sebagai penjual buah-buahan dan murid sebagai pelanggannya. Melalui aktiviti didik hibur ini, ingatan murid terangsang untuk mengingat kembali pengalaman mereka semasa membeli

(11)

buah-11 buahan dan mereka akan menggunakan atau mengaitkan pengalaman lalu mereka dalam melakonkan watak mereka. Berdasarkan aktiviti lakonan yang dijalankan, penggunaan laras bahasa yang digunakan oleh murid akan meningkat kerana guru akan membetulkan jika terdapat kesalahan terhadap laras bahasa yang digunakan oleh murid. Hal ini demikian menunjukkan proses pengolahan kognitif serta penggunaan laras bahasa melalui aktiviti didik hibur di dalam kalangan murid sekolah rendah.

Teori Mentalis juga merupakan salah satu teori pemerolehan bahasa yang sering diaplikasikan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Noami Chomsky merupakan salah seorang daripada pelopor kepada teori Mentalis ini. Beliau berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa atau dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD). Peranti ini membolehkan manusia untuk mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012:74)

Teori Mentalis melibatkan penekanan terhadap beberapa perkara antaranya ialah pengajaran berpusatkan murid. Menurut Choong Lean Keow PhD di dalam karyanya Murid dalan Alam Belajar (2008:106), pengajaran berpusatkan murid merupakan pembelajaran melibatkan murid secara aktif. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid untuk membina dan memperolehi kefahaman masing-masing mengenai isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini demikian menunjukkan penglibatan murid termasuklah dalam penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru. Misalnya melalui aktiviti yang saya rancang di dalam RPH saya iaitu menyanyi lagu “Berniaga Usaha Mulia” pada langkah yang pertama. Melalui aktiviti ini, guru meminta semua murid untuk menyanyikan lagu “Berniaga Usaha Mulia” dengan berpandukan seni kata lagu yang diberikan. Murid-murid diminta untuk menyanyikan lagu ini dengan sebutan serta nada yang betul dan tepat. Semua murid terlibat dalam menyanyikan lagu ini dan hal ini menunjukkan penglibatan murid secara aktif di dalam kelas. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan oleh guru menunjukkan bahawa guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan murid yang menjalankan aktiviti nyanyian ini sepenuhnya.

Teori yang terakhir dalam teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Interaksionalis. Teori ini melihat bahasa sebagai alat berkomunikasi yang melibatkan mental dan linguistik. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof di dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2011:39), perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.

(12)

12 Murid-murid perlu didedahkan kepada interaksi linguistic supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat.

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Oleh yang demikian, berdasarkan RPH yang telah dirancang, terdapat aktiviti secara berkumpulan telah dirancang. Pada langkah yang kedua dalam RPH yang telah dirancang, guru telah meminta murid untuk mengkaji maksud perkataan yang bergaris yang terdapat di dalam seni kata lagu „Berniaga Usaha Mulia‟ secara berkumpulan. Hal ini demikian secara tidak langsung memerlukan murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing tentang perkataan-perkataan yang berkaitan. Melalui interaksi di dalam kumpulan, guru juga dapat menyemai nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan tolak ansur di dalam pasukan ataupun kumpulan masing-masing. Penggunaan teori ini membolehkan laras bahasa murid dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana murid akan berinteraksi secara lisan di dalam kumpulan mereka melalui perbincangan yang dijalankan. Hasil daripada interaksi yang dijalankan, murid berupaya untuk mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan rakan serta memilih perkataan-perkataan yang sesuai dalam menyampaikan mesej secara lisan. Oleh yang demikian, aktiviti perbincangan yang dirancang oleh guru adalah bersesuaian dan memenuhi keperluan murid memandangkan murid dapat belajar bertutur dengan masyarakat sekeliling mereka dengan intonasi dan gaya betul melalui sesi perbincangan yang dijalankan dalam bilik darjah.

(13)

13 Soalan 4: Menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH), selama 60 minit yang berkaitan dengan teori pemerolehan bahasa serta menerapkan teknik didik hibur secara maksimum untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 2 Aspirasi

Bilangan Murid : 24 Orang

Tarikh : 20 Ogos 2013

Masa : 9.10 pagi hingga 10.10 pagi

Tema : Ekonomi

Tajuk : Mari Berniaga

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :

i. Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian. ii. Membina 3 daripada 5 ayat tunggal menggunakan

perkataan yang diberikan dengan betul.

Standard Kandungan : 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur

Standard Pembelajaran ; 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.

Pengetahuan Sedia Ada : - Murid pernah menyanyikan lagu “Rasa Sayang” - Murid pernah melihat orang berniaga

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

: - Ilmu : Matematik

- Nilai : Berbudi bahasa, kejujuran, Kerjasama, Yakin - Keusahawanan

- Teknologi Maklumat dan Komunikasi – belajar melalui TMK

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

: 1. Kemahiran Berfikir - Menyelesaikan masalah dan merumus

(14)

14 2. Pembelajaran Kontekstual - Menghubung kait isi

pelajaran dengan pengalaman ke pasar malam. 3. Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal, interpersonal,

Kinestetik, Muzik dan Verbal linguistik

Sistem Bahasa : Kosa Kata – Pelanggan, Usahlah, Elakkan, Peniaga Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, lembaran kertas yang mengandungi lirik

lagu, Komputer riba, LCD, alat pembesar suara, helaian wang yang bercetak dan buah-buahan tempatan

Masa /

Langkah Isi Pelajaran

Aktiviti Pembelajaran dan

Pengajaran Catatan

Set induksi (8 Minit)

Barangan yang digunakan bagi urusan menjual beli

- Wang

- Buah-buahan tempatan

Contoh soalan:

a) Apakah kegunaan wang dalam kehidupan kita ? b) Berapakah nilai wang yang ditunjukkan? c) Dimanakah tempat buah-buahan tempatan sering dijual?

c) Apakah item yang digunakan untuk membeli buah-buahan di pasar malam?

Jawapan jangkaan: a) Wang untuk membeli

barangan keperluan kita.

1. Guru menunjukkan pelbagai jenis wang Ringgit Malaysia yang bercetak kepada pelajar. 2. Guru menunjukkan

beberapa jenis buah-buahan tempatan kepada pelajar.

3. Guru berlakon menjadi peniaga buah-buahan dan memanggil beberapa orang murid untuk

berlakon menjadi pembeli.

4. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan wang dan buah-buahan tempatan. 5. Guru mengaitkan isi

pelajaran dengan jawapan yang diberikan oleh murid. KBT: I. Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal, Verbal linguistic dan kinestetik II. Pembelajaran Kontekstual: Tajuk dikaitkan dengan pengalaman murid EMK: -Keusahawanan Nilai: -Berbudi bahasa -Kejujuran BBM: - Helaian wang

(15)

15 b) Buaha-buahan selalu

dijual di pasar malam. c) Item yang digunakan

untuk membeli buah-buahan ialah wang.

yang bercetak -Buah-buahan tempatan

Langkah 1 (20 Minit)

Lagu „Berniaga Usaha Mulia‟.

Lirik lagu:

Rasa sayang hei, rasa sayang, sayang hei, hei lihat nona jauh, rasa sayang, sayang hei.

Dengar kawan nasihat ini, kalau kita hendak berniaga, Amalkanlah sikap murni, Tentu orang akan percaya.

Mari kawan kita berniaga, cari peluang usahlah lupa, pelanggan perlu kita jaga, Elakkan segala tipu daya.

Mari kawan kita berusaha, sikap rajin usahlah lupa, tentu kita akan berjaya, maju bangsa maju negara.

(Irama lagu “Rasa Sayang Hei‟)

1. Guru mengedarkan helaian kertas yang mengandungi seni kata lagu iaitu lagu „Berniaga Usaha Mulia‟.

2. Guru meminta murid untuk membaca kuat lirik lagu terlebih dahulu. 3. Guru memperdengarkan

lagu „Rasa Sayang‟ kepada pelajar.

4. Guru menyanyikan lagu „Berniaga Usaha Mulia‟ dengan menggunakan muzik lagu „Rasa Sayang‟.

5. Guru memilih murid secara rambang untuk menyanyikan lagu ini secara individu dengan sebutan yang betul. 6. Guru meminta semua

murid menyanyikan lagu ini dengan sebutan yang betul.

7. Murid diminta untuk menyanyikan lagu Berniaga Usaha Mulia‟ sekali lagi. KBT: I. Kecerdasan Pelbagai: Intrapersonal , Muzik dan Verbal linguistic EMK: -TMK Nilai:

-Yakin dan teliti

BBM:

-Helaian kertas yang mengandungi seni kata lagu -LCD

-Komputer riba -Alat pembesar suara

(16)

16 Langkah 2

(10 Minit)

- Kosa Kata: perkataan-perkataan yang bergaris di dalam seni kata lagu .

- Murid mencari makna perkataan

- Contoh perkataan:  Pelanggan – orang

yang melanggan atau membeli di sesebuah kedai

Aktiviti i

1. Guru memanggil beberapa orang murid untuk menyatakan maksud seni kata lagu mengikut rangkap. 2. Guru memberi

peneguhan terhadap jawapan yang diberikan dan menerangkan maksud senia kata lagu mengikut rangkap. Aktiviti ii

1. Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.

2. Guru meminta murid membaca perkataan yang bergaris. 3. Guru meminta setiap

kumpulan mencari maksud bagi perkataan yang bergaris di dalam seni kata lagu „Berniaga Usaha Mulia‟.

4. Guru memanggil beberapa orang murid untuk membaca makna perkataan yang bergaris. 5. Guru memberi

peneguhan terhadap jawapan yang diberikan oleh murid. KBT: I. Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah Nilai: -Bekerjasama -Teliti BBM: -Helaian kertas yang mengandungi seni kata lagu

Penilaian Objektif: Pemerhatian melalui jawapan yang diberikan oleh murid.

(17)

17 (15 Minit) menggunakan perkataan

yang bergaris di dalam seni kata lagu.

- Contoh ayat:  Beliau merupakan pelanggan tetap di sini. Jawapan jangkaan pengayaan;  Lupa – ingat  Berjaya – gagal  Pelanggan – penjual  Usahlah – hendaklah

1. Guru meminta murid untuk menyalin perkataan yang bergaris di dalam buku latihan masing-masing.

2. Murid diminta untuk membina ayat tunggal menggunakan perkataan bergaris yang terdapat di dalam seni kata lagu. 3. Ayat tunggal yang dibina

perlulah berdasarkan maksud yang telah dicari pada langkah

sebelumnya.

4. Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca ayat tunggal yang telah dibina. 5. Guru memberi

peneguhan terhadap ayat yang telah dibina oleh murid.

Aktiviti ii Pengayaan

1. Murid diedarkan dengan helaian kertas yang mengandungi beberapa perkataan yang

terkandung di dalam seni kata lagu

2. Murid diminta untuk mencari perkataan antonim bagi

perkataan-I. Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah Nilai: -Bekerjasama -Teliti BBM: -Helaian kertas yang mengandungi seni kata lagu

Penilaian Objektif: Pemerhatian melalui ayat yang dibina oleh murid

(18)

18 perkataan yang diberikan

di dalam lembaran kerja. 3. Murid membina ayat

tunggal dengan

menggunakan perkataan tersebut.

Pemulihan

1. Melengkapkan petak kosong di dalam seni kata lagu.

2. Murid diminta untuk melengkapkannya sambil bernyanyi.

Penutup (6 Minit)

- Rumusan isi pelajaran

- Contoh nasihat yang diberikan:

 Kita haruslah jujur dalam urusan membeli belah.  Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dalam kehidupan seharian kita. - Menyayanyikan lagu „Berniaga Usaha Mulia‟

1. Beberapa orang murid diminta untuk membuat rumusan tentang tajuk yang dipelajari.

2. Guru memberi peneguhan terhadap respon yang diberikan oleh murid. 3. Guru memberi nasihat

kepada murid berkaitan dengan isi pelajaran pada hari ini.

4. Guru meminta semua murid menyanyikan lagu „Berniaga Usaha Mulia‟ sekali lagi. KBT: I. Kecerdasan Pelbagai: Intrapersonal , Muzik dan Verbal linguistic II. Kemahiran Berfikir : Merumus EMK: -TMK Nilai: -Yakin BBM: -LCD -Komputer riba -Alat pembesar suara Refleksi:

(19)

19 KESIMPULAN

Pelaksanaan didik hibur di dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu pelaksanaan yang membawa banyak manfaat kepada guru mahupun kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi semakin menarik dan bermakna kerana ianya menerapkan unsure-unsur seni dalam pembelajaran. Penyampaian oleh guru turut mempengaruhi kehendak pelajar untuk belajar. Dengan adanya pelaksanaan didik hibur ini, murid akan bepeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan di sampaing menimba ilmu yang ingin disampaikan oleh guru.

Guru turut disarankan untuk menggunakan strategi pengajaran dan pemblajaran yang pelbagai melalui dokumen standard KSSR ini. Kesemua strategi yang digunakan berdasarkan pemilihan standard pembelajaran yang diinginkan. Guru juga digalakkan menggunakan krativiti sendiri dalam memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Hal ini demikian akan membantu dalam penyampaian pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga, guru diharapkan dapat menerap kemahiran-kemahiran bernilai tambah. Terdapat banyak elemen kemahiran bernilai tambah yang boleh diterapkan oleh guru. Selain daripada itu, guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni serta semangat patriotik dalam proses pengajaran mereka. Semua elemen ini akan melahirkan pelajar yang bukan sahaja maju dalam akademik tetapi juga melahirkan individu yang mempunyai minda kelas pertama yang diinginkan oleh negara.

Natijahnya, subjek ini membantu bakal guru dalam menjalani tugasan mereka kelak. Pelaksanaan didik hibur diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid dalm penguasaan Bahasa melayu dari hari ke hari.

(20)

20 RUJUKAN

Adenan Ayob, Khairudin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kreativiti dan Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Portal Rasmi Sektor Pengurusan Akademik (2010). Strategi Perlaksanaan MBMMBI. Dirujuk pada 19 Ogos 2013 di laman sesawang:

http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php?option=comcontent&view=articcle&idd=88 %3Ambmmbi&catid=1%3Alatest-news&itemid=1

Tuan Jah Tuan Yusof. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil pengendapan enzim yang ditunjukkan pada Gambar 2 mencapai aktivitas tertinggi pada konsentrasi aseton 90% dengan aktivitas sebesar 7,585 U/mL.. Enzim hasil pemekatan

Alasan memilih aluminium .sebagai material yang dijadikan prototype dan untuk pengembangan dalam dunia medis, khususnya ring external fixation, dan secara umum dapat

bahwa untuk mempercepat pelaksanaan kegiatan Pekerjaan Pembangunan serta memperhatikan kemampuan keuangan daerah yang timbul akibat dari Pelaksanaan kegiatan tersebut, maka

Indonesia bahkan disebut sebagai salah satu negara yang tidak memenuhi standar minimumdalam memerangi perdagangan manusia (trafficking in person).Indonesia merupakan

Dari Tabel 13 dan Tabel 15 dapat disimpulkan bahwa Tingkat Partisipasi Sekolah di Propinsi Jawa Timur Wilayah Kota status belum / tidak pernah bersekolah mengalami penurunan

Kesimpulan dari penelitian ini adalah bahwa web service telah diimplementasikan pada sistem informasi Bandung N-Max Community, dan berdasarkan pengujian telah dapat

Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan bahwa siswa yang berada pada kategori kreatif adalah salah seorang siswa yang memiliki kemampuan matematika tinggi dan

Ciri khas wilayah pada kurikulum inti yang dimiliki oleh program studi arsitektur sangat berpengaruh dari faktor potensi dan keunikan wilayah yang ada pada area