• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pandangan fuqaha Maliki terhadap jualbeli sukuk pada zaman Marwan al-Hakam: satu analisis ringkas / Mohd Asyadi Redzuan … [et al.]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pandangan fuqaha Maliki terhadap jualbeli sukuk pada zaman Marwan al-Hakam: satu analisis ringkas / Mohd Asyadi Redzuan … [et al.]"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

iii

Editors

Hasan Bahrom

S. Salahudin Suyurno

Abdul Qayuum Abdul Razak

(3)

iv

© Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Melaka 2015

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM Melaka terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hasan Baharom

Proceedings of the 1st international Islamic heritage conference / Hasan Bahrom, S.Salahudin Suyurno, Abdul Qayuum Abdul Razak

978-967-0637-13-6

1. Islamic Heritage 2. Civilization I. Hasan Bahrom II. S.Salahudin Suyurno III. Abdul Qayuum Abdul Razak

Reka bentuk kulit : Mohd Zaid bin Mustafar

Dicetak di Malaysia oleh :

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA,

KM 26 JALAN LENDU,

78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia Tel: +606 558 2058

(4)

v

CONTENTS

PRAKATA i

KATA ALUAN REKTOR UITM MELAKA ii

ARTS

A DOCUMENT OF IBÂDI JURISPRUDENCE RELATED TO THE

ARCHITECTURE OF MOSQUES 1

Benkari Naima

RE-THINKING THE DEPICTIONS OF TWO-DIMENSIONAL ‘LIVING BEINGS’

IN CONTEMPORARY ISLAMIC ART 15

Lina Kattan

REVIVING THE CLASSICAL ISLAMIC ARCHITECTURAL DESIGNS OF

MOSQUE IN TIN MINING AREA: KINTA VALLEY, PERAK, MALAYSIA 25

Wan Noor Anira Hj Wan Ali @ Yaacob, Norasikin Hassan, Khalilah Hassan & Ameri Mohd Sarip @ Shariff

TOWARDS A CONCEPTUAL FRAMEWORK OF ANIMATED INFOGRAPHICS

IN AN ISLAMIC CONTEXT 38

Nur Nazihah Rahim, Nik Zulkarnaen Khidzir, Anuar Mohd Yusof & Khairul Azhar Mat Daud

QUR’AN AND SPLENDOR OF ISLAMIC CALLIGRAPHY: DEVELOPMENT OF

IRANIAN CALLIGRAPHY UNDER INFLUENCE OF QUR’AN TRANSCRIBING 49

Mahdi Sahragard

PLANT AND LANDSCAPE DESIGN: REFLECTION FROM THE QURAN AND

HADITH 60

Khalilah Hassan, Nur Huzeima Mohd Hussain, Norizan Mt Akhir & Mazlah Yaacob SUSTAINABLE AND DIVERSE ISLAMIC ART: A SOCIAL AND CULTURAL

EXPERIMENT IN AUSTRALIA 70

Abdul Attamimi & Majdi Faleh

KUFI LARI’: THE HYBRID OF KHAT KUFI TO UPHOLD THE MALAYS’

IDENTITY IN DIGITAL ART APPLICATION 81

Mohd Amin bin Mohd Noh, Mohd Fauzi bin Harun, Nik Narimah bt Nik Abdullah, Zaharah bt Hj. Ramli & Nor Fariza bt Baharuddin

(5)

vi

KONSEP SENI DALAM ISLAM: SATU SOROTAN 89

Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Md Dahlan, Mohd Farhan Abd Rahman & Norsaeidah Jamaludin

GENDER

CANNING CHILDREN: ABUSE OR EDUCATE? 101

Ekmil Krisnawati Erlen Joni & Salmiah Salleh

THE WISDOM OF POLYGAMY IN ISLAM: THE LAW AND CUSTOMARY

PRACTICE IN AFGHANISTAN 114

Hekmatullah Muradi & Nasir Ahmad Yousefi

PERBEZAAN TANGGUNGJAWAB PERIBADI PELAJAR DI KOLEJ

UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) 125

Siti Marhamah binti Kamarul Arifain, Atini Alias, Farrah Wahida Mustafar & Faudziah Yusof

CULTURE

VOLUNTEER TOURISM FOR MUSLIM COMMUNITY DEVELOPMENT: APPLYING SOCIAL EXCHANGE THEORY FOR CROSS CULTURE BENEFITS 133 Nik Rozilaini binti Wan Mohamed, Ahmad Rozelan bin Yunus, Mohd Hasrul Yushairi bin Johari & Mashita binti Abdul Jabar

ﺪﻳﺮﻓ ﱐﺎﺴﻧإ ثاﺮﺗ لﺎﺒﻴﻧﺎﺑرﻮﺷآ ﺔﺒﺘﻜﻣ

140

ﺮﻣﺎﻋ دﻼﻴﻣ ةﲑﲰ & ﱐﺎﺟﻮﻣ لﺎﻤﻛ ناو

POLITIC

ﻞﳊا ﻮﻫ ﻲﻣﻼﺳﻻا ﻲﺋﺎﻨﳉا مﺎﻈﻨﻟا

ﱂﺎﻌﻟا ﰲ ﻦﻣﻸﻟ

148

ةرﺪﻴﺣ يﺪﻌﺳ

ﻖﻴﻘﲢ و ﺔﺳارد ،ﺔﻴﺑوروﻻا ﻚﻴﻟﺎﻤﳌا ﻊﻣ ﺲﻟﺪﻧﻻا ﰲ ﺔﻴﻣﻼﺳﻻا ﺔﻴﺳﺎﻣﻮﻠﺑﺪﻟا تﺎﻗﻼﻌﻟا

158

ثاﺮﶈا دﻮﻠﻴﻣ مﺎﺼﻋ & مﻼﺴﻟا ﺪﺒﻋ قرﺎﻃ

(6)

vii

ﺔﻤﻠﺴﳌا ﺔﻟوﺪﻟا ﻖﺣ

ﺎﻫداﲑﺘﺳا ﺲﻴﻟو ﺎﻬﺟﺎﺘﻧا ةوﺮﺿو ﺔﻴﺑﺮﳊا ﺔﺤﻠﺳﻷا كﻼﺘﻣا

165

ُـﻧ

ﻚﻨﺣ ﻢﻴﻌـ & ﺪﻤﳏ ﺖﻨﺑ ﺔﻓرﺎﻌﻟا رﻮﻧ

EDUCATION

رﺎﺒﻴﻠﻣ ﺔﻘﻄﻨﻣ ﰱ ﺔﻤﻠﺴﳌا ﺔﻣﻷا ﺮﻳﻮﻄﺗ ﰱ ﺔﻴﻓﺎﻘﺜﻟاو ﺔﻴﻤﻴﻠﻌﺘﻟا ةرﻮﺜﻟا رود

،

ﺪﻨﳍا ﻻﲑﻛ

175

يو ﻲﻛ ﱪﻛأ ﻰﻠﻋ

ISLAM AND EDUCATION 182

Nasiruddin Mizy

ISLAM AND HIGHER EDUCATION: THE ROLE OF ISLAMIC-BASED

UNIVERSITIES IN URBAN DEVELOPMENT 190

Nur Rafidah Asyikin binti Idris

LEARNING ORAL PRESENTATION IN A COLLABORATIVE ENVIRONMENT

IN TERTIARY CLASSROOMS: ISLAMIC PERSPECTIVES 201

Juritah Misman & Mardziah Hayati Abdullah

PENDIDIKAN ISLAM DENGAN AKHLAK MORAL PELAJAR: SOROTAN

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM 213

Siti Noorbiah Md Rejab, Najahudin Lateh, Hanifah Musa Fathullah Harun, Nur Zahidah Jaafar & Nur Hidayah Zainal

FAKTOR AGAMA SEBAGAI FAKTOR UTAMA MENGUBAH TINGKAH LAKU

SEORANG BANDUAN 222

Ahmad Zaidi Johari, Mohd Izam Ghazali & Alis Puteh

HISTORY

PARADIGMA ILMU KITAB JAWI DI ALAM MELAYU: SATU PENGENALAN 226

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ahmad Farid Abdul Jalal, Badlihisyam Mohd Nasir, Wan Zailan Kamarudin Wan Ali, Abdul Halim Ismail, Nor Adina Abdul Kadir & Zurina binti Mohamed Noor

ANALISIS KEBANGKITAN VOLGA BULGARIA 922M 236

(7)

viii

LAKSAMANA PĪRĪ REIS DAN SUMBANGANNYA KEPADA KARTOGRAFI

DAWLAH CUTHMĀNIYYAH 247

Ahmad Sobrie Haji Ab Rahman & Roziah Sidik @ Mat Sidek

SOCIETY

مﻼﺳﻹا ﰲ قﻼﻄﻟا ﺔﻳﺮﻈﻧ

:

ﺔﻴﻧاﺮﺼﻨﻟاو ﺔﻳدﻮﻬﻴﻟا ﻊﻣ ﺔﻧرﺎﻘﻣ ﺔﺳارد

259

وﺪُﻏﺮُﻏ ﻢـﻴﻫاﺮﺑإ ﻦﺑ نﺎـﻤﺜﻋ

A QUALITATIVE STUDY ON WIFE ABUSE IN MUSLIM FAMILIES: WHY

WOMEN ENDURE? 278

Mariny Abdul Ghani, Noor Azizah Ahmad & Azizul Mohamad

HIMA AS A MODEL FOR NEIGHBOURHOOD OPEN SPACE PLANNING 290

Khalilah Hassan, Siti Syamimi Omar & Izrahayu Che Hashim

ةﻼﺼﻟا كرﺎﺗ ﻢﻜﺣ

301

ﺶﻴﲪ قرﺎﻃ

ASPEK-ASPEK TIDAK PATUH SYARIAH DALAM AMALAN JAMPI DI

MALAYSIA 307

Juriah Mohd Amin, PM Dr Huzaimah Ismail & PM Supani Husain

LELAKI BERPAKAIAN SEPERTI PEREMPUAN: ANTARA GENDER IDENTITY DISODER, UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 316 Yuhanza binti Othman, Ida Rahayu binti Mahat, Mimi Sofiah Ahmad Mustafa & Marziana Abd Malib

GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA: PENDEKATAN ISLAM DAN PERANAN

PEMIMPIN DALAM USAHA PENCEGAHAN 328

Rajwani Md. Zain, Khairullah Mokhtar & Mushaddad Hasbullah

PEMAHAMAN SERTA PENGAMALAN MAKANAN SUNNAH DAN SUNNAH PEMAKANAN WARGA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG

335 Siti Fairuz Sujak, Noor Syahida Md Soh, Azizah Md. Kasah, Siti Zaleha Syafiee, Noraishah P. Othman, Rohaya Sulaiman, Nor Fazlin Uteh & Zuliana Zoolkefli

(8)

ix SCIENCE AND TECHNOLOGY

HARM REDUCTION IN CARTILAGE TISSUE ENGINEERING EXPERIMENTATION: A COMPARATIVE REVIEW BETWEEN ISLAMIC AND CONVENTIONAL ETHICS

346 Muhammad Aa’zamuddin Ahmad Radzi, Abdurezak Abdulahi Hashi, Zainul Ibrahim Zainuddin, Rozlin Abdul Rahman, Norhamiza Mohamad Sukri, Mohd Yusof Mohamad, Noorhidayah Md Nazir, Wan Ahmad Dzulkarnain Razali & Munirah Sha’ban

THE IMPACT OF SCIENCE AND TECHNOLOGY TOWARDS RURAL

COMMUNITY IN UNDERSTANDING ISLAM 359

Abdul Hapes bin Mohammed & Nurul Diana bt Mohamed Iqbal

KERANGKA TEORI E-WASIAT 366

Zainal Fikri Zamzuri, Noormala Rabu, Abdullah Hj Said & Mohd Fauzi Md Isa

KAJIAN TINJAUAN LITERATUR TERHADAP APLIKASI MUDAH ALIH

BERUNSURKAN ISLAM “ISLAMIC MOBILE APPS” 373

Ronizam Ismail, Shahrul Niza Samsudin, Wahid Ab Sulaiman, Norzaimah Zainol & Dina Syafini Zaid

ECONOMICS

ﺔﻳﻮﺑﺮﻟا ةﺪﺋﺎﻔﻠﻟ ﻲﻣﻼﺳﻹا ﻞﻳﺪﺒﻟا ﺔﻴﻋﺮﺸﻟا ﺔﺑرﺎﻀﳌا

388

ﺮﻤﻋ ﻦﺑ ﷲاﺪﺒﻋ

يﺪﻴﻌﻠﺑ

AWARENESS OF CASH WAQF AMONG THE MALAYSIAN MUSLIMS 409

Wan Musyirah binti Wan Ismail, To’ Puan Prof Dr Rokiah binti Embong, Nur Hayati binti Abd Rahman, Noor Rafhati binti Romaiha & Nur Hazwani binti Mohamad Roseli DELIVERING CONVENIENT SERVICE AND BETTER ZAKAT DISTRIBUTION

MANAGEMENT THROUGH UITM PULAU PINANG eZAKAT SYSTEM 421

Naemah Abdul Wahab, Saiful Nizam Warris, Jamal Othman & Muhammad Che Saad

KEUSAHAWANAN TANI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 432

Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Hj Abas, Sarah Dina Mohd Adnan, Mariam Farhana Md Nasir & Hamidah Jalani

(9)

x FINANCE

A STUDY OF THE ATTRACTIVENESS ON ISLAMIC PAWNBROKING AT

AR-RAHNU MAIDAM KUALA TERENGGANU 443

Najdah bt Abd Aziz, Syahrul Hezrin bin Mahmud, Nurul Syazwani binti Ahmad, Adida binti Muhammud, Asmawati@Fatin Najihah bt. Alias & Rubiah Abu Bakar

EXAMINING THE DIFFERENCES BETWEEN AR RAHNU AND CONVENTIONAL PAWN BROKING IN COMPATIBILITY TOWARDS MAQASID SHARIAH

455 Salbiah Nur Shahrul Azmi, Nazimah Hussin & Rohaida Basiruddin

THE MAIN FACTORS THAT INFLUENCE THE PUBLIC TO PURSUE ISLAMIC PAWN BROKING (AR-RAHNU) COMPARE TO THE CONVENTIONAL PAWN BROKING IN KUALA TERENGGANU

467 Rubiah Abu Bakar, Najdah bt Abd Aziz, Syahrul Hezrin bin Mahmud, Norliyana binti Zulkifli Mohd, Adida binti Muhammud & Asmawati@Fatin Najihah bt. Alias

THE AWARENESS OF EFFECTIVE FINANCIAL PLANNING AMONG THE STUDENTS OF FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT UITM MELAKA CITY CAMPUS

476 Mohd Sufian bin Ab Kadir, Mohd Fuad bin Othman, Nur Izzati binti Abas, Saloma binti Mohd Yusoff, Maymunah Ismail, Sharina Shariff

PANDANGAN FUQAHA MALIKI TERHADAP JUALBELI SUKUK PADA

ZAMAN MARWAN AL-HAKAM: SATU ANALISIS RINGKAS 501

Mohd Asyadi Redzuan, Mohd Farhan Ahmad, Siti Noor Ain Aziz & Shahidatul Ashikin Shahran

PENILAIAN KESAHAN INSTRUMEN PELABURAN EMAS PATUH SYARIAH

(IPEPS) DENGAN MENGGUNAKAN MODEL PENGUKURAN RASCH 506

Najahudin Lateh, Ghafarullahhuddin Din, Muhammad Rahimi Osman, Ezani Yaakob & Salmy Edawati Yaacob

PHILANTHROPHY

DANA KHAIRAT: PENGALAMAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 515

(10)

xi PHILOSOPHY

THE SIGNIFICANCE OF RELIGIOUS KEY TERMS AND THEIR NEW MEANINGS IN AL-FARUQI’S AL-TAWHID: ITS IMPLICATIONS FOR THOUGHT AND LIFE

520 Fadzilah Din

LEGASI MAZHAB SYAFI’I DI MALAYSIA: ANTARA KEKANGAN

TRADISIONALISME DAN TUNTUTAN LIBERALISME 526

Muhammad Ikhlas Rosele, Mohd Anuar Ramli, Mohd Farhan Md. Ariffin & Syamsul Azizul Marinsah

KAJIAN PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI TERHADAP KENABIAN

BERDASARKAN KITAB RASAIL AN-NUR 535

Muaz bin Hj. Mohd Noor, Faizuri bin Abdul Latif, Mohd Zaid bin Mustafar , Mohd Khairul Nizam bin Mohd Aziz, Muhammad Taufik Md Sharipp, Mohd Norazri bin Mohamad Zaini & Mohd Paidi bin Noman

PANDANGAN HAMKA TERHADAP AYAT-AYAT EMBRIOLOGI DALAM

TAFSIR AL-AZHAR 547

Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad, Sharifah Norshah bani bt Syed Bidin & Kamarul Shukri bin Mat Teh

KAJIAN TURATHIY DAN ‘ILMIY TERHADAP BUAH-BUAHAN DAN HERBA

YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN DAN AL-HADITH 556

Mohd Asmadi Yakob, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak, Khadher Ahmad, Nurulwahidah Fauzi, Khalijah Awang, Rozana Othman & Mohd Rais Mustafa

LANGUAGE AND COMMUNICATION

MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM TERKINI PEMBENTUKAN AKHLAK

DALAM KALANGAN PELAJAR 571

Aina Sabariah Md. Isa & Huzaimah Hj Ismail

FAMILY COMMUNICATION MANAGEMENT FROM MUSLIM ADOLESCENT

PERSPECTIVE 581

Aziyah binti Abu Bakar

KEBERKESANAN DAKWAH MELALUI LAMAN JARINGAN SOSIAL DALAM

MEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM 593

A.Rauf Ridzuan, S. Salahudin Suyurno, Rusydi Kamal, Fakrulnizam Jafri, Dzaa Imma Abd Latif & Siti Nurshahidah Sah Alam

(11)

xii

ﲔﻤﻠﺴﳌاو مﻼﺳﻹا ﻰﻠﻋﺎﻫراﺮﺿأو ﺔﺜﻳﺪﳊا مﻼﻋﻹا ﻞﺋﺎﺳو ﺪﺋاﻮﻓ

:

ﺎًﺟذﻮﳕ ﺖﻧﱰﻧﻹا

600

ﻼــﻴﺳ ﺪّﻤﳏ ﲔﻣﻷا ﺪّﻤﳏ

THE ROLE OF PARENTAL COMMUNICATION IN DEVELOPING MUSLIM PERSONALITY: AN OVERVIEW OF PARENTAL ACCEPTANCE-REJECTION THEORY

606 Aini Faezah Ramlan, S. Salahudin Suyurno, Muhammad Shafiei Ayub, Rosilawati Sultan Mohideen & Norazlinda Hj Mohammad

PERANAN LAMAN JARINGAN SOSIAL DALAM MENGUKUHKAN UKHWAH

KEKELUARGAAN 614

Rosilawati Sultan Mohideen, Abdul Rauf Ridzuan, Aini Faezah Ramlan, Fakhrulnizam Jafri & Faridah Hanem Ab. Rashid

KESAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP PERPADUAN UMMAH

DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA 620

Afiqah Mior Kamarulbaid, Abd Rauf Ridzuan, Siti Nur Fadzilah Abdullah, Efina Hamdan & Mohd Hilmi Bakar

PENCARIAN TEMAN HIDUP BERLANDASKAN ISLAM MELALUI LAMAN

JARINGAN SOSIAL 627

Fakrulnizam Jafri, Abdul Rauf Ridzuan, Rusydi Mohamad Kamal, Rosilawati Sultan Mohideen & Nur Alyani Mohd Shukri

AN ADVERTISING MEDIA: THE RELATIONSHIP OF ADVERTISING MESSAGE, IMAGE AND LANGUAGE USAGE TOWARDS SENSITIVITY IN ISLAMIC PERSPECTIVE

636 Norazlinda Hj. Mohammad, Norida Abu Bakar, Nurliyana Kamilah Khairul Anuar, Siti Nur Fadzilah Abdullah, Aini Qamariah Mohd Yusof

HIKMAH DALAM BERDAKWAH SEBAGAI MANHAJ RABBANIYYAH: SATU

SOROTAN DEFINISI 645

S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohamad Shafiei Ayub, Muaz Mohd Noor, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz, Mohd Zaid Mustafar & Abdul Qayuum Abdul Razak

PEMBIKINAN FILEM ISLAM DI MALAYSIA: PERJALANAN DAKWAH ATAU

PELABURAN KOMERSIL 651

Shafezah Abdul Wahab, Siti Najah Raihan Sakrani & Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim

(12)

xiii MANAGEMENT

THE EFFECTS OF SERVICE QUALITY TOWARDS CUSTOMER

SATISFACTION OF ISLAMIC BANK IN KUANTAN PAHANG 659

Maz Izuan Mazalan, Faresya Zunaida Mohd Zubair & Rozman Mohd Yusof

COMPATIBILITY OF PLANTS APPLICATION WITH ISLAMIC VALUES IN

THE MALAY LANDSCAPE OF KOTA BHARU CITY 680

Nur Hafizah Ramle & Nik Ismail Azlan Rahman

THE IMPLEMENTATION OF SHARIAH COMPLIANT HOTEL: A CASE STUDY

OF PULAI SPRINGS RESORT BERHAD 688

Zuliana binti Zoolkefli, Nor Fazlin binti Uteh, Ruqaiyah binti Ab Rahim & Noor Syahida binti Md Soh

A DETERMINANT MODEL FOR ISLAMIC MANAGEMENT 692

(13)

xv

Prakata

Sejarah warisan Islam telah memberikan impak yang cukup besar kepada perkembangan

dunia hari ini. Ia bukan sahaja memberi sumbangan kepada aspek kerohanian malah turut

menyumbang kepada aspek ekonomi, politik, pendidikan, sosial, kesenian, kebudayaan.

sains dan teknologi. Perkembangan ini memperlihatkan bahawa pentingnya ketamadunan

ilmu kepada ketamadunan dunia. Perkara ini selaras dengan tuntutan al-Quran yang

me-nyatakan dengan jelas bahawa Allah SWT memuji sesiapa yang berusaha menuntut ilmu

dan juga bertaqwa kepadaNya. Namun sejak akhir-akhir ini, sumbangan hasil pensejarahan

Islam sering dipandang sepi oleh generasi muda. Sejarah warisan Islam tidak lagi dijadikan

panduan dan iktibar dalam melebarkan ketamadunan ilmu Islam. Mereka lebih tertumpu

kepada ketamadunan Barat yang dikatakan ‘kaya’ dengan khazanah ilmu. Sedangkan

ke-majuan hari ini seharusnya berlandaskan kepada ketamadunan Islam.

Penelitian atau pengkajian mengenai warisan Islam perlu direncanakan sebagai

ketamadu-nan dunia. Idea-idea baru mengenai sejarah warisan Islam perlu diketengahkan, Oleh yang

demikian, menerusi 1

st

International Islamic Heritage Conference (IsHeC 2015) dilihat

akan dapat membantu kepada perkembangan produksi seterusnya menjana idea-idea baru

khususnya untuk memperkayakan kajian dalam bidang sejarah warisan Islam kepada

ma-syarakat. Dengan penganjuran seminar ini secara tidak langsung membantu untuk

menja-linkan hubungan antara para sarjana dalam bidang sejarah warisan Islam. Ini adalah satu

cabaran dan membuka peluang baru untuk membina satu perpaduan intelektual merentas

sempadan dunia.

Buku ini merupakan kompilasi diskusi ilmu antara para ilmuan yang terlibat secara langsung

dalam pembentangan kertas kerja mereka dalam 1

st

International Islamic Heritage

Confer-ence (IsHeC 2015) daripada pelbagai platform ilmu Islam antaranya Kesenian,

Ketamadu-nan, Komunikasi, Pendidikan, Kewangan, Sains dan Teknologi dan lain-lain lagi. Semoga

curahan ilmu melalui penulisan ini mampu memberi sumbangan dalam menambah khazanah

ilmu Islam kepada masyarakat.

Editor,

1

st

International Islamic Heritage Conference (IsHeC 2015),

Akademi Pengajian Islam Kontemporari,

(14)

xvii 1st InternatIonal IslamIc HerItage conference (IsHec 2015)

Kata Aluan Rektor UiTM Melaka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, dengan limpah kurniaNya serta

keiz-inanNya, kejayaan penganjuran 1st International Islamic Heritage Conference 2015 yang

berlangsung di Hotel Mahkota Melaka pada 11-12 November 2015, telah menghasilkan

banyak kertas kerja yang amat bermutu. Justeru, buku ini mengumpulkan puluhan penulisan

para ilmuan dan cendekiawan dari dalam dan luar negara untuk bacaan semua.

Pelbagai isu telah dikupas termasuklah perihal seni Islam, budaya, politik, gendar,

pendi-dikan, sejarah, kemasyarakatan, sains dan teknologi, ekonomi, kewangan, falsafah, bahasa

dan komunikasi, kedermawanan dan pengurusan. Pembaca juga akan mendapati buku ini

memuatkan kajian-kajian yang komited melaksanakan usaha mengintegrasikan antara ilmu

duniawi dan ukhrawi. Ini membuktikan kesegaran keilmuan tamadun Islam itu sendiri.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan komitmen umat dalam memartabatkan

perintah Ilahi dalam kehidupan duniawi sebagai jambatan ukhrawi. Sekaligus ia bakal

memberi manfaat pada alam sejagat.

Pihak UiTM Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih atas

se-gala sokongan dalam bentuk material, tenaga dan sebagainya dalam merialisasikan seminar

ini. Buat semua penaja yang telah memberikan sumbangan kepada wacana ini, sekalung

penghargaan diucapkan. Semoga seminar dwi tahunan ini akan terus diperkasakan demi

mengangkat martabat umat melalui kecemerlangan tamadun Islam yang diakui telah terbukti

diseluruh jagat.

Sekian, terima kasih. Wassalam

PROF. MADYA DR MOHD ADNAN BIN HASHIM

Rektor ,

UiTM Melaka.

(15)

501

501

PANDANGAN FUQAHA MALIKI TERHADAP JUALBELI SUKUK PADA

ZAMAN MARWAN AL-HAKAM: SATU ANALISIS RINGKAS

Mohd Asyadi Redzuan Mohd Farhan Ahmad

Siti Noor Ain Aziz Shahidatul Ashikin Shahran567

Abstract

This paper aims at exploring the characteristics of sukuk during the reign of Marwan bin al-Hakam as well as elucidating the opinions of Malikis on the issue of tradability of that sukuk based on Malikis’ classical literatures. By using library research methodology, this study has found that sukuk was given during the period of Marwan bin al-Hakam on the basis of responsibility of government to provide financial rights or assistance to the government servant as well as to the needy. Majority of the Malikis disapproved the second sale of sukuk (ta’am al-jar) on the ground that this sale is considered as ‘sale of food’ without taking its possession which is prohibited by the Prophet Muhammad p.b.u.h. The logical premise that can be drawn upon this study is that sukuk may not be sufficient to constitute an independent property. Thus, the tradability of sukuk is subject to the types of its underlying asset.

Kata kunci: Sukuk, Marwan bin al-Hakam

Pendahuluan

Perkataan sukuk secara linguistiknya dikatakan telah digunapakai semenjak zaman Marwan al-Hakam. Penggunaan kalimah ini pada zaman tersebut dilihat lebih merujuk kepada suatu dokumen yang membuktikan wujudnya hak-hak tertentu. Telah diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat r.a bahawa mereka melarang sukuk ini diperdagangkan. Justeru penulisan ringkas ini cuba membahaskan isu penjualan sukuk pada zaman tersebut dalam konteks mazhab Maliki. Kertas kerja ini juga akan cuba meninjau penggunaan nomenklatur sukuk pada zaman tersebut serta melihat implikasi perbezaan pendapat tersebut terhadap pengamalan kewangan semasa. Diharapkan kertas kerja ini dapat memberikan sedikit sumbangan atau input terhadap masyarakat dalam usaha untuk memperkasakan pengetahuan muamalat khususnya di Malaysia.

Penggunaan Sukuk Pada Zaman Marwan al-Hakam568

Terma sukuk telah direkodkan dalam beberapa riwayat dalam kitab Muwatta Imam Malik antaranya ialah569:

ِرﺎَﺠْﻟا ِمﺎَﻌَﻃ ْﻦِﻣ ِﻢَﻜَﺤْﻟا ِﻦْﺑ َناَوْﺮَﻣ ِنﺎَﻣَز ﻲِﻓ ِسﺎﱠﻨﻠِﻟ ْﺖَﺟَﺮَﺧ ﺎًﻛﻮُﻜُﺻ ﱠنَأ ُﻪَﻐَﻠَـﺑ ُﻪﱠﻧَأ ٌﻚِﻟﺎَﻣ

ْﻦِﻣ ٌﻞُﺟَرَو ٍﺖِﺑﺎَﺛ ُﻦْﺑ ُﺪْﻳَز َﻞَﺧَﺪَﻓ ﺎَﻫﻮُﻓْﻮَـﺘْﺴَﻳ ْنَأ َﻞْﺒَـﻗ ْﻢُﻬَـﻨْـﻴَـﺑ َكﻮُﻜﱡﺼﻟا َﻚْﻠِﺗ ُسﺎﱠﻨﻟا َﻊَﻳﺎَﺒَﺘَـﻓ

ﱢﻲِﺒﱠﻨﻟا ِبﺎَﺤْﺻَأ

َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﻪﱠﻠﻟا ﻰﱠﻠَﺻ

ﺎَﺑﱢﺮﻟا َﻊْﻴَـﺑ ﱡﻞِﺤُﺗَأ َﻻﺎَﻘَـﻓ ِﻢَﻜَﺤْﻟا ِﻦْﺑ َناَوْﺮَﻣ ﻰَﻠَﻋ

َﻞْﺒَـﻗ ﺎَﻫﻮُﻋﺎَﺑ ﱠﻢُﺛ ُسﺎﱠﻨﻟا ﺎَﻬَﻌَـﻳﺎَﺒَـﺗ ُكﻮُﻜﱡﺼﻟا ِﻩِﺬَﻫ َﻻﺎَﻘَـﻓ َﻚِﻟَذ ﺎَﻣَو ِﻪﱠﻠﻟَﺎِﺑ ُذﻮُﻋَأ َلﺎَﻘَـﻓ ُناَوْﺮَﻣ ﺎَﻳ

567Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Johor, Segamat.

568 Nama sebenar ialah Abu Abd al-Malik Marwan bin al-Hakam bin Abi al-‘As, seorang Umawi dan

Qurasyi. Dilahirkan di Mekah, dibesarkan di Taif serta menetap di Madinah. Diangkat sebagai khalifah Dinasti Umayyah selepas kemangkatan Yazid bin Muawiyah. Lihat: Abu Jaa’far al-Tabari (1387h), Tarikh al-Tabari, Beyrut: Dar al-Turath, j. 5, h. 530; Mawsu’ah al-‘Alaam, Wizarah al-Awqaf al-Misriyah, j. 2, h. 7.

569Imam Malik bin Anas bin Malik al-Asbahi al-Madani (2004),Muwatta, Beyrut: Dar Ihya al-Turath,j. 2, h.

(16)

502

1st InternatIonal IslamIc HerItage conference (IsHec 2015)

502

502

َـﺒَـﻓ ﺎَﻫﻮُﻓْﻮَـﺘْﺴَﻳ ْنَأ

ِسﺎﱠﻨﻟا يِﺪْﻳَأ ْﻦِﻣ ﺎَﻬَـﻧﻮُﻋِﺰْﻨَـﻳ ﺎَﻬَـﻧﻮُﻌﱠـﺒَﺘَﺘَـﻳ َسَﺮَﺤْﻟا ِﻢَﻜَﺤْﻟا ُﻦْﺑ ُناَوْﺮَﻣ َﺚَﻌ

ﺎَﻬِﻠْﻫَأ ﻰَﻟإ ﺎَﻬَـﻧوﱡدُﺮَـﻳَو

Mafhumnya: Sesungguhnya sukuk telah diberikan kepada manusia pada zaman Marwan bin al-Hakam dan mereka melakukan transaksi dengannya sebelum sebelum komoditi itu berada dalam pemilikan. Telah datang Zaid bin Thabit serta seorang sahabat Nabi s.a.w menghadap Marwan serta berkata, “Adakah engkau telah menghalalkan jualbeli riba wahai Marwan? Berkata Marwan, “Aku berlindung daripada Allah daripada perkara tersebut dan apakah maksud perkataan mu?”, Berkata mereka, “ Pembeli sukuk telah menjual sebelum komoditi tersebut berada dalam pemilikannya”, Kemudian Marwan pun menghantar sepasukan tentera untuk mengambil kembali sukuk tersebut untuk dipulangkan kepada pemiliknya.

Berdasarkan riwayat ini, perbincangan dalam kertas kerja ini akan memfokuskan kepada dua sub-tajuk iaitu ciri-ciri sukuk pada zaman Marwan bin al-Hakam serta isu jual beli sukuk pada zaman ini.

a) Ciri-ciri Sukuk Pada Zaman Marwan al-Hakam

Sebelum membincangkan ciri-ciri sukuk pada zaman Marwan al-Hakam, kita lihat dahulu asal-usul perkataan sukuk. Sukuk secara literalnya merupakan perkataan plural dalam bahasa Arab, berasal daripada perkataan sakk ( ﻚﺻ ). Ia merupakan perkataan yang dipinjamkan daripada Parsi. Perkataan sakk merujuk kepada al-kitab (dokumen). Telah berkata Abu Mansur sepertimana yang tertulis di dalam Lisaan al-Arab, “sakk merupakan sesuatu yang ditulis atau termaktub di dalamnya suatu obligasi atau perjanjian”. Dengan kata lain, sukuk merupakan suatu dokumen bertulis, yang dikeluarkan oleh pemerintah atau kerajaan kepada masyarakat. Pemegang sukuk ini mempunyai hak untuk mendapatkan hak-hak sepertimana yang telah tertulis dalam dokumen tersebut. Hak-hak tersebut kebiasaannya berupa makanan atau pemberian yang dijamin oleh pihak pemerintah atau kerajaan583F

570.

Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam riwayat di atas yang mana ia merupakan satu dokumen yang diterbitkan oleh kerajaan atau pemerintah pada zaman Marwan bin al-Hakam kepada individu atau kumpulan tertentu. Penerbitan dokumen ini dilakukan samada merujuk kepada pembayaran gaji (contoh: sukuk yang diberi kepada para qadhi, tentera atau pekerja awam) atau pemberian kepada golongan yang memerlukan dengan tujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka (contoh: sukuk yang diberi kepada golongan fakir miskin). Dokumen ini menyatakan bahawa pemegang sukuk ini berhak terhadap suatu harta atau pemberian daripada kerajaan584F

571.

Berdasarkan perbincangan di atas, dirumuskan bahawa ciri-ciri sukuk pada zaman ini ialah seperti berikut:

a) Suatu dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan atau pemerintah.

b) Diberikan kepada golongan yang berhak. Ia bukan suatu sekuriti yang dijual kepada rakyat untuk mendapatkan dana.

c) Memberikan hak kepada pemegangnya terhadap suatu kurniaan atau harta (kebiasaannya harta daripada baitul mal).

d) Aset pendasarnya terdiri daripada komoditi (kebiasaannya berupa barang makanan)

570Ibn Manzur, Abual-Fadl Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram al-Ansari(1990), Lisan al-‘Arab, Bayrut:

Dar Sadir, Jil. 10, h. 457.

571 Mawsu’ah Syuruh Muwatta(2005), cetakan al-Qahirah, jld. 16, h. 551; Abu al-Walid Sulaiman bin

Khalaf bin Sa’ad al-Qurtubi al-Baji al-Andalusi (1332H), Muntaqa Syarh Muwatta, bijawaz Muhafazah Misr: Matba’ah al-Sa’adah, j. 4, h. 285.

(17)

503

503

Maka sukuk pada zaman ini boleh dikatakan ianya bukan merupakan satu instrumen untuk meraih pembiayaan atau mendapatkan pinjaman sepertimana fungsi yang dimainkan oleh sekuriti hutang atau bon yang wujud dalam sistem kewangan moden pada masa kini. Ia juga bukan lahir daripada aktiviti jual beli. Penerbitan sukuk pada zaman ini juga bukan bertujuan untuk mengumpulkan dana, tetapi lebih kepada untuk tujuan penganugerahan daripada pihak kerajaan kepada rakyat, atau gaji kepada pekerja atau bantuan kepada fakir miskin atau pihak yang memerlukan. Sukuk ini pula dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Harta tersebut kebiasaannya dalam bentuk komoditi berupa makanan.

Hal ini berbeza dengan penggunaan sukuk pada masa kini yang mana ia telah berfungsi sebagai satu instrumen untuk meraih modal atau pembiayaan. Ia juga telah menjadi salah satu instrumen penting dalam pasaran modal Islam. Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) telah mendefinisikan sukuk sebagai:

“Sijil-sijil yang mempunyai nilai yang sama, mewakili atau membuktikan tanda penerimaan sijil tersebut dan menggunakannya sebagaimana yang telah dirancang, atau hak terhadap saham atau aset ketara, manfaat dan perkhidmatan, atau ekuiti daripada suatu projek yang diberi atau ekuiti daripada aktiviti pelaburan tertentu, selepas selesai proses pelangganan572”.

Berdasarkan takrifan yang telah ditetapkan oleh AAOIFI di atas, sukuk merupakan satu pembuktian wujudnya hak sama ada ke atas aset, servis atau manfaat daripada aset tersebut dan ianya bukan merupakan satu obligasi hutang yang ditanggung oleh penerbit instrumen tersebut. Nilai sukuk bersandarkan kepada aset pendasar (underlying asset). Tatacara jualbeli sukuk juga bergantung kepada jenis aset pendasar. Sekiranya aset pendasar terdiri daripada hutang dalam bentuk wang dan pembeliannya pula juga dalam bentuk wang, maka ia tertakluk kepada peraturan jual beli matawang (bay al-sarf).

Sementara itu, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS) pula mentakrifkan sukuk dengan definisi yang lebih luas:

“Dokumen atau sijil yang mewakili nilai sesuatu aset”573

Berdasarkan takrifan di atas, menurut MPS, sukuk tidak hanya dihadkan pengertiannya dengan merujuk kepada instrumen kewangan berasaskan ekuiti malah boleh juga merujuk kepada instrumen kewangan berasaskan hutang atau membuktikan wujudnya obligasi hutang. Ini bererti, instrumen yang diterbitkan dengan bersandarkan kepada hutang belum terima dikategorikan sebagai sukuk574. Suruhanjaya Sekuriti (SC) menggunapakai istilah sukuk untuk semua jenis bon Islam. Walaubagaimanapun istilah tersebut mesti digunakan bersama-sama dengan prinsip-prinsip syariah seperti ijarah untuk transaksi berasaskan sewa,

murabahah, bay bithaman ajil, salam dan istisna‘ untuk transaksi berasaskan hutang atau

mudarabahdan musharakahuntuk transaksi berasaskan ekuiti.

b) Pandangan Fuqaha Maliki terhadap Penjualan Sukuk Pada Zaman Marwan al-Hakam

Marwan bin al-Hakam telah membenarkan amalan penjualan sukuk sepertimana yang telah direkodkan dalam riwayat di atas.Tindakan Marwan ini telah ditegur oleh Zayd ibn Thabit atas alasan Marwan telah membenarkan amalan riba. Hasil daripada teguran tersebut, Marwan

572AAOIFI (2010), Al-Ma’ayir al-Syar’iyah, h. 238.

573Wan Abdul Rahim Kamil (2007), “Islamic Capital Market Securitisation: Asset-backed”, (Kertas Kerja

Islamic Markets Programme, anjuran Securites Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Kuala Lumpur, 1-6 Julai 2007), h. 39.

574 Wan Abdul Rahim kamil (2007), “Overview and Recent Developments of Global Islamic Capital

Markets”, (Kertas Kerja Islamic Markets Programme, anjuran Securites Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur, 1-6 Julai 2007), h. 13-14.

(18)

504

1st InternatIonal IslamIc HerItage conference (IsHec 2015)

504

504

telah menghantar sekumpulan pasukan untuk menarik balik penjualan sukuk tersebut serta mengembalikan semula sukuk tersebut kepada tuan empunya yang asal575.

Sebahagian besar ulama berpandangan pengharaman jualbeli sukuk ini terpakai untuk jual beli yang kedua. Sebagai contoh, seorang tentera telah dikurniakan oleh kerajaan bekalan makanan yang akan diterima dalam tempoh enam bulan pada masa akan datang. Hak ini dibuktikan melalui penerbitan sukuk. Namun sebelum tiba tempoh tersebut, tentera tadi telah menjual sukuk itu kepada jirannya. Kemudian jirannya pula menjual sukuk itu kepada pihak lain sebelum makanan itu berada dalam pemilikannya. Jual beli yang dilarang dalam contoh ini ialah jual beli di antara jiran dan pihak ketiga tadi kerana ia termasuk dalam kes jual beli makanan yang belum dimiliki. Asas kepada hujah ini ialah:

1) Dalam riwayat di atas, terdapat teks yang berbunyi ”hazihi sukuk tabaya’aha al-nas thumma baa’uuha”. Ini menunjukkan wujudnya dua kali jual beli.

2) Teks ”wayaruddunaha ila ahliha” pula ditakwilkan sebagai sukuk itu dipulangkan kepada penjual kedua, bukannya pemilik asal sukuk tersebut. Sekiranya kita menggunakan analogi ini kepada contoh di atas, sukuk tersebut akan dipulangkan semula kepada jiran, dan bukannya kepada tentera. Hal ini menunjukkan bahawa jual beli yang kedua sahaja sah.

3) Jualbeli pertama tidak mengandungi makna pertukaran (mu’awadhat) kerana ianya merupakan kurniaan daripada kerajaan kepada pekerja atau rakyatnya, sama seperti hibah atau hadiah. Justeru telah disepakati pemegang sukuk ini boleh menjual sukuknya walaupun aset pendasar kepada sukuk tersebut belum berada di bawah penguasaannya. Manakala individu yang telah membeli sukuk ini daripada pemilik yang asal tidak boleh menjual sukuk ini kepada pihak lain kerana ia mengandungi makna mu’awadhat. Sekaligus ia tertakluk kepada hadis yang melarang menjual makanan sebelum ianya dimiliki (bay al-mabi’ qabla qabdh).

4) Aset pendasar kepada sukuk tersebut ialah komoditi berupa makanan. Oleh itu, ia perlu patuh kepada larangan Baginda daripada menjual makanan sebelum ianya dimiliki. Sekiranya komoditi yang menjadi aset pendasar tersebut bukan daripada jenis makanan, menurut pandangan Imam Malik ianya diperbolehkan kerana tidak termasuk dalam larangan hadis tersebut.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, boleh dikatakan bahawa sukuk pada zaman ini hanyalah satu dokumen yang menjamin hak si pemegang ke atas suatu harta. Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan sukuk tidak dianggap sebagai sejenis harta yang mempunyai nilai intrinsik atau dengan kata lain ianya tidak memiliki karakteristik harta yang tersendiri, malah peraturan pemindahan pemilikan sukuk adalah bergantung kepada jenis harta atau hutang yang mendasari kepada penerbitan dokumen tersebut. Hal ini dibuktikan lagi daripada kata-kata zaid bin thabit terhadap Marwan sepertimana dalam riwayat di atas, “atuhillu bay al-riba ya marwan”. Ungkapan ini sebenarnya menjelaskan kerisauan Zaid terhadap pengamalan ini kerana ia akan membuka ruang kepada masyarakat untuk melakukan jual beli Inah sekaligus membawa kepada pintu riba. Kerisauan ini memberi isyarat yang jelas, pada pandangan penulis, untuk menyatakan sukuk tidak mempunyai ciri-ciri harta yang tersendiri, sepertimana barang-barang berharga yang boleh dijualbeli pada apa jua harga sekalipun.

Kesimpulan

Sukuk pada zaman Marwan bin al-Hakam merupakan satu dokumen yang dikeluarkan oleh pemerintah kepada indidividu atau golongan tertentu. Dokumen ini menunjukkan bahawa pemegang dokumen ini berhak untuk mendapat suatu harta daripada perbendaharaan negara atau dikenali sebagai baitul mal. Harta tersebut kebiasaannya dalam bentuk komoditi. Sukuk ini pula dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Setakat ini tiada bukti yang menunjukkan sukuk ini dikeluarkan oleh individu. Penerbitan sukuk pada zaman ini bukan bertujuan untuk

(19)

505

505

mengumpulkan dana, tetapi lebih kepada untuk tujuan penganugerahan daripada pihak kerajaan kepada rakyat, atau gaji kepada pekerja atau bantuan kepada fakir miskin atau pihak yang memerlukan.

Sukukdalam konteks moden pula merupakan sejenis instrumen yang lahir daripada proses pensekuritian. Pensekuritian merupakan satu proses di mana berlakunya pengumpulan aset-aset yang tidak cair, dan penjualannya untuk mendapatkan kemudahcairan (liquidity). Aset pendasar kepada kebanyakan sukuk pada zaman moden ini ialah dalam bentuk wang. Hutang dalam bentuk wang ini disekuritikan dan kemudian dijual dalam pasaran kedua. Tujuan sukuk ini diterbitkan ialah untuk mendapatkan dana bagi tujuan pembiayaan.

Rujukan

al-Kasānī, ‘Ala’ al-Dīn Abū Bakr b. Mas‘ūd (t.t), Badāī’ al-Sanāī’ fi Tartib al-Syarā’ī’, Kaherah: Zakariyyā‘AlīYūsuf.

al-Nawāwī, Muhy al-Din Abū Zakariyyā Yahyā b. Syarāf (1985), al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab(Juz 1-Juz 9 oleh al-Nawāwī, Juz 10-Juz 12 oleh ‘Alī b. ‘Abd al-Kāfi

al-Subkidan Juz 13-Juz 20 oleh Muhammad Najib al-Muti‘i), Beirut: Dār al-Fikr. al-San‘ānī, Muhammad b. Ismā‘īl (1987), Subūl al-Salām,Beirut: Dār al-Kitāb al-‘Arabī.

al-Sarakhsi, Syams al-Din (1978), al-Mabsūt, Beirut: Dār al-Ma’rifah.

al-Syawkānī, Muhammad b. ‘Alī b. Muhammad (1357H), Nayl al-Awtār, Kaherah: al-Matba’ah al-‘Uthmāniyyah al-Misriyah.

al-Tirmīdhī, Abū Isā Muhammad Ibn ‘Isā ibn Sawrah (t.t), Sunan al- Tirmīdhī, Riyad: Maktabah al-Ma’ārif li al-Nasyri wa al-Tauzi’.

al-Zuhaylī, Wahbah (2004), al-Fiqh al-Islāmiwa Adillatuh, Damsyik: Dār al-Fikr.

Abū Dāwud, Sulayman b. al-Asy’ath al-Sijistānī al-Azdī (t.t), Sunan AbīDāwud, TNTT: Dār Ihyā’ al-Sunnah al-Nabawiyyah.

Ibn Majah, Abu‘Abd Allāh b. Muhammad b. Yazid (t.t), Sunān Ibn Mājah, Riyad: Maktabah al-Ma‘ārif li al-Nasyr wa al-Tauzī’.

Ibn Manzur, Jamal al-Din Muhammad Bin Mukarram (1990), Lisān al-‘Arab. Beirut: Dār Sādir.

Ibn Qudāmah, Abū Muhammad ‘Abd Allāh b. Ahmad b. Muhammad (1994), al-Mughnī,

Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Rushd, Abū al-Walīd Muhammad b. Ahmad (1986), Bidāyah al-Mujtahid wa Nihāyah al-Muqtasid,Beirut: Dār al-Jīl.

Mawsūah Al-Fiqh Al-Islā(1990) Kaherah: Dār al-Kitāb al-Misrī.

Muslim b. al-Hajjāj b. Muslim al-Qusyayrī al-Nisābūrī, Abū al-Husayn (t.t), Sahih Muslim, Kaherah: Matba’ah Muhammad ‘AliSubayh wa Awladih.

Wizarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah al-Kuwayt(1986), al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, Jil. 4, t.t.p.: t.p.

Asmak Ab. Rahman (2000), “Peranan Sekuriti Hutang Swasta Islam dalam Pasaran Modal di Malaysia” (Disertasi Sarjana Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Azizi Che Seman (2002), “Bay’ al-Dayn, Bay’ al-‘Inah and IPDS in the Malaysian Islamic

Capital Market”, Jurnal Syariah, Jil. 10 Bil. 1.

Bank Negara Malaysia (2007), Shariah Resolutions in Islamic Finance, Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Nathif J. Adam & Abdulkader Thomas (2004), Islamic Bonds: Your Guide to Issuing, Structuring and Investing in Sukuk, London: Euromoney Books.

Saiful Azhar Rosly & Mahmood M. Sanusi (1999), “the Application of Bay' al-‘Inah and Bay' al-Dayn in Malaysian Islamic Bond”, International Journal of Islamic Financial Services, vol. 1, no. 2.

Suruhanjaya Sekuriti (2007), Resolutions of the Securities Commission Shariah Advisory Council, Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.

Referensi

Dokumen terkait

Minahasa ini dirancang dengan proses pengerjaan mulai dari perencanaan konsep desain hingga perancangan berdasarkan tema yaitu “Arsitektur Perilaku” sehingga

Akibat hukum dari suatu akta yang se- harusnya dibuat dihadapan PPAT tetapi ka- rena penerima hak tidak memenuhi syarat mendapatkan suatu hak atas tanah maka ak- tanya harus

Dengan tingginya rasio leverage menunjukkan bahwa perusahaan tidak solvable artinya total hutangnya lebih besar dibandingkan dengan total asetnya (Horne,1997),

◦ Pada bagian NA memang ada analisis ttg UU PKDRT tetapi dikatakan bahwa bentuk keluarga yang dimaksud tidak sesuai dengan Indonesia.. Faktanya, di dalam kehidupan keluarga di

Pertamanan dengan pengusaha desa Kandangan tersebut dimanfaatkan oleh Moh Riski untuk sharing dan berdiskusi dan yang paling penting dukungan untuk membangun

Pemenang Hibah Peningkatan Kapasitas Dosen Muda Tahun 2021 dimohon untuk unggah revisi proposal sesuai dengan format proposal Hibah Peningkatan Kapasitas Dosen

EVALUASI UNJUK KERJA KANAL PENGATUR DAYA PADA PENGOPERASIAN REAKTOR TERAS 78 RSG-GAS. Pengendalian operasi reaktor RSG-GAS digunakan suatu kanal pengatur daya. Kanal pengatur

AHMAD SOPYAN, M.Pd NIP... AHMAD SOPYAN,