• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengetahuan Ibu Tunggal Terhadap Strategi Pengurusan Stres Di Kawasan Bangi Farhana Ahmad & Mohd Akil Muhamed Ali Fakulti Pengajian Islam, UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengetahuan Ibu Tunggal Terhadap Strategi Pengurusan Stres Di Kawasan Bangi Farhana Ahmad & Mohd Akil Muhamed Ali Fakulti Pengajian Islam, UKM"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1770

Pengetahuan Ibu Tunggal Terhadap Strategi Pengurusan Stres Di Kawasan Bangi Farhana Ahmad & Mohd Akil Muhamed Ali

Fakulti Pengajian Islam, UKM

___________________________________________________________________________ Abstrak

Stres dalam kehidupan adalah lumrah dan dirasai oleh semua makhluk Tuhan. Namun, sekiranya keadaan tersebut tidak terkawal ia turut memberikan kesan negatif terhadap keharmonian jiwa dan jasad. Kajian difokuskan terhadap ibu tunggal kerana cabaran berat demi membesarkan anak-anak sekaligus bertindak sebagai ketua keluarga yang mencari sumber rezeki. Sudah semestinya situasi sebegini mengundang stres dalam kalangan ibu tunggal. Pengkaji berpendapat keadaan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan ibu tunggal mengenai konsep stres ataupun kerana kegagalan mereka mencari solusi yang berkesan untuk menangani stres. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti sejauhmana tahap pengetahuan ibu tunggal di Bangi terhadap konsep stres serta strategi pengurusan stres. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan sejumlah 40 orang ibu tunggal di kawasan perumahan Council Homes, Bangi dan nilai Alpha Cronbach yang dihasilkan adalah α = 0.858. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan ibu tunggal mengenai konsep stres dan strategi pengurusan stres berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah berada ditahap sederhana menurut penilaian min yang diukur. Kesimpulannya, didapati terdapat kekurangan kajian yang menumpukan secara jelas terhadap aspek keagamaan dalam menangani isu stres dan strategi pengurusan stres. Justeru itu, artikel ini wajar untuk dibincangkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya ibu tunggal sendiri terhadap penyelesaian masalah stres dalam kehidupan mereka seharian.

Kata kunci: Stres, Ibu Tunggal, Strategi Pengurusan Stres, Al-Quran dan Al-Sunnah

__________________________________________________________________________________

Pengenalan

Sejajar dengan usaha masyarakat kini untuk mengapai peluang kehidupan yang baik, adalah lumrah dan sunnatullah apabila berlakunya krisis atau ketegangan dalam kehidupan. Situasi ini juga boleh dikatakan sebagai stres. Stres dalam kehidupan adalah lumrah dan di rasai oleh semua makhluk Tuhan. Namun sekiranya keadaan tersebut tidak terkawal ia turut memberikan kesan negatif terhadap keharmonian jiwa dan jasad tubuh kita, serta menimbulkan pelbagai penyakit fizikal dan mental, masalah sosial, kekurangan produktiviti serta kualiti kehidupan. (Hatta Sidi , 2003: 1)

________________________________________ *Corresponding author. Tel: +019-5253329 E-mel: wardatul87_atturajahgirl@ yahoo.com.my

(2)

1771

Sesungguhnya benarlah firman Allah s.w.t dalam kalamNya yang suci iaitu:

              1 

Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) ; Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. 2

Jelas pada kita bahawa stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri setiap manusia. Ia adalah fitrah manusia apabila berlakunya reaksi semulajadi tubuh badan kita terhadap ransangan fizikal dan emosi. Gejala keruntuhan akhlak masyarakat kini sebenarnya merupakan salah satu faktor membuktikan bahawa kegagalan mereka menangani stres dalam kehidupan. Stres yang melampau dan terlebih dos akan menimbulkan keresahan dan keletihan dalam jiwa. Jikalau jiwa ini tidak diberi kerehatan dan di ubati dengan perkara-perkara yang mendidik sudah semestinya jiwa tersebut akan lemah dan akhirnya akan mati. Pada tahap ini, manusia yang jiwanya kosong dan lemah akan hilang pedoman. Hal demikian akan mengakibatkan mereka ini memilih jalan mudah dengan mengambil dadah, alkohol, melakukan jenayah dan pelbagai cara lagi dengan niat untuk menenangkan minda secara mudah. Sedangkan perkara yang dilakukan akan membawa kepada kerosakan yang maha besar dan penyelesaiannya menyimpang dari nas-nas agama Islam.

Pahrol Mohamad Juoi (2011) menyatakan bahawa bagaimana solusi yang terbaik untuk kita menghadapi setiap dari krisis ketegangan supaya ia tidak meracik kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita. Sesuatu yang dirasakan amat perlu diberi perhatian oleh setiap individu muslim pada hari ini adalah dengan mengembalikan semula setiap jiwa mereka kepada hak fitrah penciptaan manusia sebagai khalifah dan hamba di atas muka bumi. Bagi mencapai misi memakmurkan bumi, Allah s.w.t mengurniakan kita pelbagai kekuatan dan nikmat dalam diri kita. Allah s.w.t bekalkan juga kita Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai “manual kehidupan” untuk dipatuhi supaya selagi mana kita yakin dan berpegang teguh

1

al-Qur'an, al-Ma’arij 70:19-21

2

Semua terjemahan ayat-ayat al- Qur'an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Qur'an (30 juz), cetakan ke 13 (Kuala Lumpur : JAKIM , 2002).

(3)

1772

kepada ajaran agama, kita akan mampu menghadapi apa jua keadaan tanpa merasakan tekanan stres yang melampau.

Kajian yang akan pengkaji jalankan ini adalah bertitik tolak daripada kajian lepas, Chua Bee Seok dan Getrude Grace Cosmas (2007) dalam penyelidikan bersama yang bertajuk Stres dalam kalangan ibu tunggal . Kajian yang dijalankan menyentuh kepada beberapa perkara iaitu mengenal pasti sumber stres yang di alami dan strategi daya tindak yang boleh digunakan bagi mengurangkan stres. Seterusnya, kajian ini lebih memfokuskan sumber stres kepada ibu tunggal, kesan sumber stres ke atas tahap masalah kesihatan mental dan strategi daya tindak yang sesuai digunakan oleh ibu tunggal dalam proses mengadaptasi stres. Secara keseluruhannya, Chua Bee Seok dan Getrude Grace Cosmas merumuskan bahawa majoriti ibu tunggal mengalami sumber stres ketidakfungsian interaksi di antara ibu dan anak (stres yang ditimbulkan akibat daripada persepsi ibu bahawa anak-anak tidak memenuhi jangkaannya dan interaksi ibu dengan anak tidak rapat serta terdapat sebahagian ibu yang menyifatkan bahawa anaknya adalah elemen negatif dalam hidupnya) berbanding sumber stres mempunyai anak bermasalah dan distres peranan sebagai ibu. Namun, jika dilihat kajian Chua Bee Seok dan Getrude Grace Cosmas lebih tertumpu kepada kesan sumber stres dan strategi daya tindak terhadap masalah kesihatan mental iaitu lebih kepada aspek psikologi dan kesihatan tanpa memberi tumpuan terhadap perspektif keagamaan dan kerohanian untuk mengendalikan strategi pengurusan stres dan kesan pengurusan stres yang sesuai terhadap jati diri ibu tunggal. Ini kerana perbincangan yang menyeluruh terhadap strategi pengurusan stres serta kesan positif jika dijalankan oleh ibu tunggal khususnya akan menghasilkan satu kajian yang sempurna dan berkualiti. Oleh yang demikian, berdasarkan kajian tersebut, pengkaji berasa terpanggil untuk mengkaji secara lebih mendalam mengenai strategi pengurusan stres terhadap ibu tunggal di Malaysia.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Malaysia mendefinisikan ibu tunggal di Malaysia sebagai seorang balu, janda, isteri yang digantung tak bertali, isteri yang menjadi pencari nafkah utama keluarga (breadwinner), wanita yang mempunyai tanggungan anak, ibu bapa, dan ahli keluarga yang tidak berkeupayaan seperti ahli keluarga OKU. Manakala, kriteria-kriteria ibu tunggal yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia semasa bancian penduduk dalam tahun 2000 termasuk perempuan yang menjadi ketua isirumah, balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama. (SUHAKAM, 2012)

(4)

1773

Bertepatan itu, pengkaji melihat kewajaran yang besar agar kajian ini di jalankan dengan lebih teliti dan berkesan. Pengkaji ingin mengkaji dengan lebih mendalam dan terperinci berkaitan isu stres ini bagi mengenal pasti apakah punca yang mendorong sebahagian ibu tunggal mengalami stres dalam kehidupan harian yang kadangkalanya mencetuskan perlakuan yang tidak bermoral, jenayah berat, atau perkara lain yang tidak wajar. Pengkaji begitu yakin jauh dari lubuk hati ibu tunggal sama ada mereka ini dalam kalangan wanita yang kematian suami ataupun diceraikan tidak mahu hidup mereka menderita sedemikian rupa. Oleh itu, pengkaji berpendapat tanpa kaedah atau strategi pengurusan stres yang benar dan tepat berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sudah semestinya mereka ini akan lebih jauh meyimpang dari jalan sebenar agama Islam. Hal ini jika tidak dititikberatkan akan memberi kesan buruk yang berlarutan serta akan memusnahkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian lapangan dan reka bentuknya adalah kajian soal selidik. Populasi kajian adalah terdiri dari golongan ibu tunggal yang beragama Islam. Mereka adalah ahli Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH) kawasan Bangi dan juga merupakan penghuni kawasan perumahan tempat kajian iaitu perumahan Council Homes, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor. Sebanyak 40 borang kaji selidik diedarkan dan 36 daripadanya berjaya memberi respon.

Persatuan ini terkenal dalam kalangan penghuni yang tinggal di kawasan perumahan sekitarnya. Selain itu, persatuan ini bergerak aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama NGO dan Badan Kerajaan dalam memberi sinar baru kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka. Fokus utama kajian ini ialah untuk menganalisis tahap pengetahuan konsep stres dan mengkaji strategi responden dalam menangani stres dalam kehidupan mereka.

Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Item-item soalan dibina sendiri oleh pengkaji yang diadaptasi daripada pengkaji terdahulu serta hasil temubual bersama Yang Di Pertua Ibu Tunggal PITRAH, Khadijah Masrah dan menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua pernyataan yang digunakan dalam instrument kajian ini (Ahmad Sunawary Long, 2008: 59). Terdapat empat pembahagian soalan seperti di Jadual 1 berikut :

(5)

1774

Jadual 1 : Pembahagian soalan

Bahagian Soalan-soalan Bil.

Item

A Latarbelakang Responden 6

B Pengetahuan terhadap Konsep Stres 11

C Punca Stres dalam Kalangan Ibu Tunggal 15

D Strategi Pengurusan Stres berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah:-

Strategi berdasarkan Aktiviti Harian Strategi berdasarkan Aktiviti Keagamaan

7 8

Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Data dianalisis untuk mengetahui tahap pengetahuan konsep stres dan mengkaji strategi responden dalam menangani stres dalam kehidupan mereka. Secara keseluruhannya tahap pengetahuan responden terhadap konsep stres dan juga strategi pengurusan stres berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah dapat dinilai dan diinterpretasikan dengan tiga tahap skor min. Skor min (1.00 - 2.49) adalah diinterpretasikan sebagai rendah, (2.50 - 3.50) sebagai tahap sederhana dan (3.51 - 5.00) sebagai tahap tinggi. Pembahagian tahap-tahap ini adalah berdasarkan cara pentafsiran oleh Sanger et. al (2007).

Hasil Kajian

Kajian ini melibatkan 40 orang ibu tunggal daripada PITRAH, namun hasil daripada 40 soal selidik yang diedarkan hanya 36 sahaja lengkap untuk dianalisis. Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A berkaitan maklumat demografi, bahagian B menyentuh pengetahuan terhadap konsep stres, bahagian C berkenaan punca stres dan seterusnya bahagian D membincangkan strategi pengurusan stres berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Namun, perbincangan dalam artikel ini hanya menyentuh pada tiga bahagian sahaja iaitu bahagian A, B dan D.

Hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut: Latar Belakang Demografi Responden

Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada ibu-ibu tunggal yang majoritinya kaum melayu serta beragama Islam. Tahap umur mereka pula majoriti dalam lingkungan umur 36-50 tahun. Majoriti responden yang terlibat menjalankan perniagaan sendiri iaitu rata-ratanya mereka merupakan usahawan. Responden juga secara majoriti diketahui

(6)

1775

memiliki tahap pendidikan PMR/SPM/Setaraf serta masing-masing majoritinya pernah mempunyai tahap pendidikan agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Berikut adalah perincian mengenainya

Jadual 2 : Taburan Demografi Responden

Variabel Sampel Kajian Kekerapan Peratusan

Umur 25 tahun -35 tahun 1 2.8

36 tahun -50 tahun 18 50

51 tahun ke atas 17 47.2

Institusi Pekerjaan Kerajaan 4 11.1

Swasta 4 11.1

Sendiri 24 66.7

Lain-lain 4 11.1

Bidang pekerjaan Profesional 2 5.6

Pendidikan / Pentadbiran 5 13.9

Pertanian / Usahawan 16 44.4

Lain-lain 13 36.1

Tahap Sarjana muda / Sarjana / Dr 1 2.8

Pendidikan Falsafah

Tertinggi STPM / STAM / Diploma 6 16.7

SPM / PMR / Setaraf 29 80.6

Tahap Universiti 1 2.8

Pendidikan Sek Men Keb Agama 17 47.2

Agama Pondok 3 8.3

(7)

1776 Pengetahuan terhadap Konsep Stres

Pandangan responden mengenai pengetahuan mereka terhadap konsep stres dapat dilihat dengan nyata di bahagian ini. Bahagian ini bukan sahaja menilai pengetahuan responden malahan dapat mengenal pasti adakah responden sedang mengalami stres dan seterusnya ke langkah mencari strategi menyelesaikan stres tersebut.

Jadual berikut, menunjukkan skor min yang sederhana untuk tahap pengetahuan responden terhadap konsep stres. Secara keseluruhan pula dapat dirumuskan tahap pengetahuan responden terhadap konsep stres adalah 2.73 dan diinterpretasikan sebagai berada di tahap yang sederhana.

Jadual 3 : Pengetahuan terhadap konsep stres

Bil Item STS TS TP S SS Min

Kekerapan dan Peratusan Tahap

1. Saya dapati saya sukar untuk tidur walaupun dalam keadaan letih 5 (13.9%) 10 (27.8%) 10 (27.8%) 8 (22.2%) 3 2.83 (8.3%) Sederhana 2. Saya mudah naik marah atau

melenting apabila tidak mendapat apa yang saya hajati

5 (13.9%) 20 (55.6%) 4 (11.1%) 5 (13.9%) 2 2.42 (5.6%) Sederhana 3. Saya berasa sukar berfikir atau

membuat keputusan tentang sesuatu yang bersangkut paut dengan kerjaya saya

15 (41.7%) 10 (27.8%) 9 (25.0%) 2 2.94 (5.6%) Sederhana

4. Saya sering memikirkan atau dihantui perkara-perkara atau peristiwa buruk yang sudah berlalu 4 (11.1%) 11 (30.6%) 8 (22.2%) 8 (22.2%) 5 2.97 (13.9%) Sederhana

5. Saya selalu melepaskan

kemarahan terhadap anak-anak

walaupun mereka tidak

melakukan apa-apa kesalahan

6 (16.7%) 19 (52.8%) 2 (5.6%) 5 (13.9%) 4 2.50 (11.1%) Sederhana

6. Saya kerap murung dan merasa bosan dengan perkara yang saya lakukan seharian

6 (16.7%) 16 (44.4%) 8 (22.2%) 3 (8.3%) 3 2.47 (8.3%) Sederhana 7. Saya selalu berada dalam

gangguan emosi jika gagal selesaikan masalah 3 (8.3%) 17 (47.2%) 5 (13.9%) 8 (22.2%) 3 2.75 (8.3%) Sederhana

8. Saya berasa tidak selamat kerana bimbang saya akan kehilangan atau diberhentikan kerja 5 (13.9%) 13 (36.1%) 12 (33.3%) 3 (8.3%) 3 2.61 (8.3%) Sederhana

(8)

1777

MIN KESELURUHAN 2.73

Sederhana

Strategi Pengurusan Stres berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah

Sebanyak 15 persoalan telah ditimbulkan dalam bahagian ini untuk menilai strategi pengurusan stres berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Strategi pengurusan stres dibahagikan pula kepada dua bahagian iaitu pertama, Strategi Berdasarkan Aktiviti Harian dan keduanya Strategi Berdasarkan Aktiviti Keagamaan. Responden telah memberikan jawapan yang positif dan peratusannya dapat dilihat melalui jadual berikut.

A. Strategi Berdasarkan Aktiviti Harian :

Strategi pengurusan stres melalui aktiviti harian, peratusan tertinggi responden iaitu 50% adalah kepada kenyataan setuju bahawa mereka sentiasa melibatkan diri dan ke depan apabila persatuan mengadakan aktiviti. Ini diikuti dengan kenyataan 47.2% responden yang bersetuju bahawa mereka sering mengisi masa lapang dengan menyertai program yang di anjurkan persatuan ibu tunggal. Sebanyak 47.2% responden juga setuju dengan kenyataan bahawa mereka cuba mendapatkan khidmat kauseling daripada mana-mana pihak sekiranya tidak mampu menyelesaikan masalah. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa responden yang menyatakan persetujuan mereka dengan melakukan aktiviti harian bersama rakan-rakan serta dengan menahan sikap beremosi dan sentiasa cuba mengelakkan persengketaan dapat menjamin kepada strategi pengurusan stres yang efektif dan berkesan. Nilai peratusan mereka bersetuju dengan kenyataan tersebut iaitu sebanyak 41.7%.

Jadual 4 berikut menunjukkan skor min tertinggi adalah pandangan responden

mengenai strategi pengurusan stres berdasarkan aktiviti harian. Secara keseluruhan pula dapat dirumuskan bahawa responden sejumlah 3.53 iaitu pada tahap sederhana tinggi memilih mengisi masa lapang dengan menyertai program yang di anjurkan persatuan ibu tunggal.

9. Saya berasa sukar untuk mengawal situasi atau keadaan ketika berada di tempat kerja atau di rumah 2 (5.6%) 16 (44.4%) 8 (22.2%) 8 (22.2%) 2 2.78 (5.6%) Sederhana

10. Saya sering merasakan rendah diri dengan kehidupan saya dulu dan sekarang

4 (11.1%) 9 (25.0%) 9 (25.0%) 11 (30.6%) 3 3.00 (8.3%) Sederhana 11. Saya sukar membuat keputusan

ke atas sesuatu perkara

3 (8.3%) 16 (44.4%) 6 (16.7%) 8 (22.2%) 3 2.78 (8.3%) Sederhana

(9)

1778

Jadual 4 : Strategi Pengurusan Stres berdasarkan Aktiviti Harian

Bil Item STS TS TP S SS Min

Kekerapan dan Peratusan Tahap

1. Saya sering mengisi masa lapang saya dengan menyertai program yang di anjurkan persatuan ibu tunggal

2 (5.6%) 6 (16.7%) 5 (13.9%) 17 (47.2%) 6 3.53 (16.7%) Sederhana

2. Saya sentiasa berkomunikasi dengan keluarga untuk meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi

3 (8.3%) 8 (22.2%) 8 (22.2%) 14 (38.9%) 3 3.17 (8.3%) Sederhana

3. Saya sentiasa mempunyai masa untuk bertemu rakan-rakan persatuan 9 (25%) 8 (22.2%) 15 (41.7%) 4 3.39 (11.1%) Sederhana

4. Saya sentiasa melibatkan diri dan ke depan apabila persatuan mengadakan aktiviti 7 (19.4%) 8 (22.2%) 18 (50%) 3 3.47 (8.3%) Sederhana

5. Saya sentiasa meluangkan masa beriadah bersama-sama keluarga tersayang 1 (2.8%) 6 (16.7%) 12 (33.3%) 14 (38.9%) 3 3.33 (8.3%) Sederhana

6. Saya sentiasa menahan sikap emosi dan sentiasa cuba mengelakkan persengketaan dengan sesiapa 2 (5.6%) 7 (19.4%) 5 (13.9%) 15 (41.7%) 7 3.50 (19.4%) Sederhana

7. Saya cuba mendapatkan khidmat kauseling daripada mana-mana pihak sekiranya tidak mampu menyelesaikan masalah 5 (13.9%) 12 (33.3%) 17 (47.2%) 2 3.44 (5.6%) Sederhana

Min Keseluruhan Strategi Pengurusan Stres 3.40 Berdasarkan Aktiviti Harian Sederhana

B. Strategi Berdasarkan Aktiviti Keagamaan :

Pada bahagian ini memaparkan pandangan responden mengenai strategi pengurusan stres melalui aktiviti keagamaan. Terdapat lapan persoalan yang ditimbulkan untuk dijawab oleh responden. Penanda aras tahap keperihatinan yang sama iaitu tinggi, sederhana dan rendah masih digunakan untuk tujuan ini dan akan dihuraikan dalam jadual skor min. Berikut dipaparkan dahulu peratusan tahap keperihatinan responden dalam setiap persoalan secara keseluruhan dan terperinci.

(10)

1779

Jadual berikut menunjukkan majoriti responden iaitu sejumlah 52.8% adalah bersetuju dengan kenyataan bahawa melibatkan diri dengan program keagamaan dari badan persatuan ibu tunggal mahupun dari luar mampu menjamin kepada strategi pengurusan stres melalui aktiviti keagamaan yang sangat berkesan. Manakala sebanyak 47.2% responden pula bersetuju bahawa melakukan solat sunat ketika masa terluang dan dengan melakukan suruhan agama hati akan menjadi lebih tenang. Perincian mengenai pernyataan ini dan lain-lain diterangkan dalam rajah-rajah berikutnya.

Berdasarkan jadual, dapat dilihat skor min tertinggi pandangan responden strategi pengurusan stres berdasarkan aktiviti keagamaan adalah 3.83 iaitu dengan yakin dengan ketentuan Allah Taala ke atas diri dan anak-anak. Terdapat juga beberapa persoalan lain yang berada pada tahap tinggi, namun demikian secara keseluruhan tahap keprihatinan mereka dalam bahagian ini adalah sederhana.

Jadual 5 : Strategi Pengurusan Stres berdasarkan Aktiviti Keagamaan

Bil Item STS TS TP S SS Min

Kekerapan dan Peratusan Tahap

1. Saya suka melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan yang dianjurkan surau dan masjid

3 (8.3%) 7 (19.4%) 5 (13.9%) 14 (38.9%) 7 3.42 (19.4%) Sederhana

2. Saya sentiasa membaca Al-Quran dan terjemahannya untuk memahami dan menghayatinya 1 (2.8%) 7 (19.4%) 10 (27.8%) 14 (38.9%) 4 3.36 (11.1%) Sederhana

3. Saya selalu melakukan puasa sunat setiap hari isnin dan khamis 2 (5.6%) 8 (22.2%) 10 (27.8%) 14 (38.9%) 2 3.17 (5.6%) Sederhana

4. Saya sering melakukan solat sunat ketika masa terluang

2 (5.6%) 7 (19.4%) 6 (16.7%) 17 (47.2%) 4 3.39 (11.1%) Sederhana 5. Saya yakin dengan melakukan

suruhan agama hati saya lebih tenang 3 (8.3%) 4 (11.1%) 1 (2.8%) 17 (47.2%) 11 3.81 (30.6%) Tinggi

6. Saya yakin dengan ketentuan Allah Taala ke atas saya dan anak-anak 2 (5.6%) 4 (11.1%) 3 (8.3%) 16 (44.4%) 11 3.83 (30.6%) Sederhana

7. Saya suka melibatkan diri dengan program keagamaan

1 (2.8%) 3 (8.3%) 7 (19.4%) 19 (52.8%) 6 3.72 (16.7%) Sederhana

(11)

1780

dari badan persatuan ibu tunggal mahupun dari luar

8. Saya sering bersama anak-anak berjemaah ketika solat sama ada di rumah, surau atau masjid terdekat 1 (2.8%) 5 (13.9%) 10 (27.8%) 16 (44.4%) 4 3.47 (11.1%) Sederhana

Min Keseluruhan Strategi Pengurusan Stres 3.52

Berdasarkan Aktiviti Keagamaan Sederhana

Berdasarkan borang kaji selidik dan jawapan responden didapati ibu tunggal masih berpandangan positif terhadap strategi pengurusan stres berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Responden jelas memahami kepentingan pengurusan stres yang efektif dan berkesan dalam kehidupan mereka harian dan diharapkan mereka mampu menerapkan strategi pengurusan stres ini terhadap jati diri mereka pada masa akan datang.

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Terdapat beberapa implikasi penting daripada dapatan ini. Antaranya adalah seperti berikut: Implikasi kepada Ibu Tunggal

1. Ibu tunggal perlu sentiasa bersedia mengubah cara hidup ke arah lebih produktif, berani, tabah dan sanggup menghadapi segala cabaran dengan semangat yang positif. 2. Ibu tunggal perlu memanfaatkan persatuan sebagai tempat untuk mendapatkan segala

maklumat, sesi kaunseling serta menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan sesama mereka dan persatuan.

3. Ibu tunggal haruslah yakin dan percaya dengan segala ketentuan Ilahi ke atas mereka dan anak-anak serta perlu berusaha mencari jalan untuk keluar daripada cengkaman stres dalam kehidupan harian.

4. Ibu tunggal juga perlu berusaha menjalinkan hubungan yang baik sesama anak-anak serta masyarakat, hasil sikap yang positif jika ditonjolkan mampu menjadikan ibu tunggal contoh terbaik dalam kalangan masyarakat.

(12)

1781 Implikasi kepada Persatuan Ibu Tunggal

1. Penubuhan Persatuan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH) merupakan satu tapak permulaan yang baik. Melalui persatuan, suara ibu tunggal dapat disampaikan bagi menyuarakan hak dan pembelaan jika benar-benar mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan sempurna.

2. Persatuan ibu tunggal perlu bergiat aktif dengan mengadakan program-program yang boleh membantu mereka yang bermasalah ataupun tidak. Melalui penubuhan

persatuan ini, pelbagai program boleh dilakukan seperti mengadakan seminar dan bengkel bagi bertujuan mendidik dan menambahkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam aspek guaman, kemahiran hidup dan ilmu keibubapaan. Implikasi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak Baitulmal atau Zakat Negeri perlu memberi perhatian khusus kepada ibu tunggal yang menghadapi masalah kewangan agar memudahkan saluran bantuan kewangan kepada mereka. Bantuan kewangan yang dimaksudkan bukanlah dengan menghulurkan wang tanpa melakukan sebarang usaha sebaliknya ia perlu dipelbagaikan modal bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan.

2. Pihak JKM juga disarankan agar sentiasa prihatin dan peka terhadap jumlah sebenar golongan ini serta permasalahan yang dihadapi mereka tanpa mengira faktor agama dan bangsa.

Implikasi kepada Masyarakat

1. Masyarakat juga perlu melihat sudut yang positif terhadap kehidupan ibu tunggal. Kewujudan ibu tunggal itu bukan satu kesalahan tetapi ia satu pilihan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, masyarakat harus membantu sedaya upaya serta mengiktiraf sumbangan ibu tunggal terhadap

pembangunan ekonomi dan sosial.

2. Masyarakat harus menyedari bahawa tanggungjawab ibu tunggal sangatlah berat. Mereka perlu diberi perhatian dan sokongan moral daripada masyarakat sekeliling kerana disamping bekerja mereka juga menjaga serta membesarkan anak-anak. Walaupun tidak berada dalam institusi kekeluargaan yang lengkap iaitu mempunyai seorang ayah, namun generasi daripada keluarga ibu tunggal inilah yang diharapkan

(13)

1782

akan menjadi tonggak negara pada masa akan datang sekiranya dididik dengan penuh perhatian dan kasih sayang daripada seorang ibu.

Kesimpulan

Ibu tunggal adalah insan yang berhadapan dengan ujian getir kerana terpaksa memikul dua tanggungjawab dalam satu masa. Pertamanya, mereka mengalami reaksi emosi selepas perpisahan, saraan hidup, perkembangan sosial dan sebagainya. Keduanya, ibu tunggal dapat meningkatkan kemahiran mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran serta mendapat kejayaan duniawi dan ukhrawi. Di samping itu, pendidikan Islam berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan perkara utama yang perlu diberikan kepada anak-anak sebelum mereka memahami perkara lain.

Kebijaksanaan ibu tunggal dalam mendidik anak-anak mereka secara psikologi amat penting kerana mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan mudah terpengaruh. Penekanan kepada pendidikan akhlak juga penting dalam diri anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam gejala-gejala negatif seperti menagih dadah, mencuri, bergaduh, dan sebagainya. Ibu tunggal juga merupakan insan yang perlu diberikan kedudukan yang sewajarnya agar mereka tidak berasa tersisih daripada masyarakat. Masyarakat hendaklah memberi perhatian kepada mereka untuk mengembalikannya ke arah yang lebih positif. Kedudukan dan status mereka sebagai ibu tunggal merupakan ketentuan Ilahi yang perlu diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

RUJUKAN

Ahmad Sunawary Long. 2008. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi. Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua Bee Seok dan Getrude Grace Cosmas . 2007. Stres Dalam Kalangan Ibu Tunggal . Sabah, Universiti Malaysia Sabah. Penerbit UMS.

Chua Yan Piaw. 2006. Asas Penyelidikan Statistik: Buku 2. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill Education.

Hatta Sidi, Ruzanna Zamzam, Mohamed Hatta Shaharom (2003) . Menjaga kesihatan jiwa teknik mengurus stres : Panduan mengurus stres menggunakan teknik-teknik yang efektif. Pahang. PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd.

(14)

1783

Pahrol Mohamad Juoi, 2011. Manfaat Stres untuk orang beriman. Stres Manfaat dan Mudarat. Majalah Solusi Isu No. 36. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd.

Sanger et. al. 2007. dlm. Perspektif Guru j-QAF Terhadap Islam Hadhari: Kajian Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 8.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) . 2012 . Laporan Seminar: Memperkasakan Hak-Hak Ibu Tunggal Di Malaysia. Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Model yang digunakan untuk mengetahui faktor-faktor yang memengaruhi penempatan TKI pada beberapa negara Asia adalah model regresi data panel. Variabel bebas yang digunakan

Kemudian, Forjim berencana akan melakukan standarisasi kemampuan wartawan anggota Forjim sehingga mampu meningkatkan profesionalitas."Jangan sampai ada pernyataan

Sedangkan pemberitaaan mengenai flu burung, korupsi anggota DPR Papua Barat, Korupsi dana haji, Pembebasan Schapelle Corby dan pemilu 2014 bertendensi

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi karyawan terhadap kepuasan kerja dan aspek yang paling dominan dalam kepuasan kerja karyawan pada PT Mitra Wibowo dan

Untuk melakukan seleksi terhadap calon penerima beasiswa Bidikmisi, maka pemerinta mengeluarkan persyaratan minimal yang harus dipenuhi antara lain merupakan siswa

Misalnya Mind sendiri menurut Mead adalah penafsiran terhadap akal dan budi pengerti dari masing- masing individu, dengan kata lain ialah proses interaksi manusia

Dalam persekitaran kini, kredibiliti media didapati bukan lagi satu-satunya faktor yang menjadi penentu atau rujukan bagi penggunaan media, tetapi khalayak kini

Dari setiap siklus pembelajaran yang peneliti amati, terlihat perkembangan motivasi belajar matematika siswa terhadap pembelajaran dengan Model Time Continuum dengan