• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Harta dalam Perspektif Hukum Islam

N/A
N/A
Fatin Faz

Academic year: 2024

Membagikan "Pengurusan Harta dalam Perspektif Hukum Islam"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 2-3

2.0 DEFINISI, HUKUM DAN SYARAT-SYARAT WASIAT 3-4

3.0 PERUNTUKAN BERKAITAN WASIAT 5-6

4.0 ANALISIS KES WASIAT 6

4.1 IBRAHIM BIN HAJI ABU BAKAR LWN MOHD. SHE BIN MOHD ALI

DAN ABDUL RAZAK BIN MOHAMAD 6

4.1.1 FAKTA DAN ISU KES 6

4.1.2 ALASAN PENGHAKIMAN 6-9

4.1.3 ANALISIS KES 9-10

4.2 NIK SALMA ZAIDAH BINTI HAJI WAN ZAID LWN NIK HASNAH

BINTI NIK DAN SEORANG LAGI 10-11

4.2.1 FAKTA DAN ISU KES 10-11

4.2.2 ALASAN PENGHAKIMAN 11

4.2.3 ANALISIS KES 12-14

4.3 MAT HASSAN BIN DAUD V LIMAH BT SALMAN & ORS. 14-15

4.3.1 FAKTA DAN ISU KES 14-15

4.3.2 ALASAN PENGHAKIMAN 15-16

4.3.3 ANALISIS KES 16-20 4.4 PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN LWN FARIDAH CHIN DAN SEORANG LAGI 20-21 4.4.1 FAKTA DAN ISU KES 20-21

(2)

4.4.2 KEPUTUSAN MAHKAMAH 21

4.4.3 ANALISIS KES 21

5.0 KESIMPULAN 22

6.0 RUJUKAN 23

1.0 PENDAHULUAN

Pada masa ini, isu yang hangat dibincangkan adalah isu berkaitan pengurusan harta orang Islam. Terdapat beberapa kaedah pengurusan harta orang Islam di Malaysia seperti wasiat, pembahagian harta melalui kaedah faraid, hibah dan lain-lain. Wasiat merupakan instrumen yang penting di dalam perancangan harta orang Islam dan pemberian harta tersebut akan berlaku setelah kematian pewasiat. Kaedah wasiat adalah amat digalakkan kepada umat Islam bagi mengelakkan berlakunya isu pertikaian harta di antara keluarga dan saudara-mara yang akhirnya akan memecahbelahkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, penulisan ini bertujuan untuk menganalisis beberapa kes wasiat yang terdapat di Malaysia.

Sepertimana yang kita telah pelajari, di Malaysia mengamalkan dua undang-undang iaitu undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah. Pembahagian bidangkuasa telah dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Perundangan, Senarai 1, Perlembagaan Persekutuan. Pentadbiran harta pusaka terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 4(e)(1) Senarai 1, Jadual Kesembilan1 samada melibatkan harta pusaka yang tidak berwasiat atau harta pusaka yang berwasiat.

1 Senarai I—Senarai Persekutuan

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut:

(i) Kontrak; perkongsian, agensi dan kontrak khas yang lain; majikan dan perkhidmat; rumah inapan dan tuan rumah inapan; perbuatan salah boleh dakwa; harta dan pindah hakmiliknya serta

hipotekasinya, kecuali tanah; bona vacantia; ekuiti dan amanah; perkahwinan, perceraian dan kesahtarafan; harta dan taraf perempuan bersuami; pentafsiran undang-undang persekutuan; surat cara boleh niaga; akuan berkanun; timbang tara; undang-undang persaudagaran; pendaftaran perniagaan dan nama perniagaan; umur dewasa; budak-budak dan orang belum dewasa;

pengangkutan; pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir;

kebankrapan dan ketidakmampuan bayar; sumpah dan ikrar; batasan; penguatkuasaan bersaling penghakiman dan perintah; undang-undang keterangan;

(3)

Dalam kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin2, Mahkamah Rayuan Syariah telah memutuskan bahawa bidang kuasa dalam perkara probet dan surat kuasa tadbir terletak di bawah kuasa Persekutuan dan penggunaan peruntukan tersebut terpakai ke atas orang Islam. Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes Azzaharuddin bin Mohd Nadzir lwn Nordin bin Mohd Nazir & Lain-lain3 telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan isu pengisytiharan sesuatu harta pusaka.

Mahkamah Syariah bagaimanapun berbidang kuasa berkaitan dengan perkara seperti penentuan waris, kadar bahagian dan pembahagian harta. Semuanya itu tertakluk kepada hukum syarak.

Tindakan dan prosiding berkaitan dengan tuntutan harta wasiat akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil sekalipun melibatkan wasiat orang-orang Islam. Ini disebabkan hal- hal pentadbiran dan pengurusan wasiat adalah tertakluk di bawah Akta Persekutuan iaitu Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Walau bagaimanapun, Mahkamah Sivil perlu merujuk kepada undang-undang Islam terlebih dahulu sekiranya kes tersebut melihatkan pihak yang beragama Islam terutamanya dalam pengesahan wasiat orang-orang Islam.

Di peringkat negeri, institusi yang terlibat dalam pentadbiran harta pusaka ialah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG). Seksyen Pembahagian Pusaka yang mengendalikan harta si mati yang meninggalkan harta tidak alih sahaja atau meninggalkan harta tidak alih dan harta alih seperti duit simpanan dan sebagainya dan nilainya tidak melebihi RM200,000 dan tidak berwasiat mengikut Akta Wasiat 1955.

Undang-undang yang berkuat kuasa ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 (Akta 98). Selain itu, Amanah Raya Berhad (ARB) pula bertanggungjawab untuk menguruskan harta si mati yang meninggalkan harta alih sahaja dan nilainya tidak melebihi RM600,000 berpandukan kepada Seksyen 17(1) Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 (Akta 532).

Untuk harta si mati yang melebihi RM200,000 samada harta alih atau gabungan harta alih dan harta tidak alih perlulah membuat tuntutan pembahagian harta di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mendapatkan Geran Mentadbir Harta.

2.0 DEFINISI, HUKUM DAN SYARAT-SYARAT WASIAT

Wasiat berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang memberi maksud menyambung, menyampaikan dan memberikan hak pemilikan setelah kematian. Wasiat dari sudut istilah

2 [1998] 6 MLJ 556

3 [2009] 4 ShLR 106

(4)

pula bermaksud pemberian atau sumbangan seseorang kepada seseorang atau pihak lain setelah meninggal dunia sama ada melalui percakapan mahupun tidak. Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie, wasiat merupakan pemberian suatu hak yang dilaksanakan setelah kematian pewasiat sama ada melalui lafaz mahupun tidak. Manakala berdasarkan pendapat Abdul Karim Zaidan, wasiat adalah pemberian hak milik kepada seseorang secara sukarela setelah kematian pewasiat sama ada berupa benda mahupun manfaat.4 Wasiat dari perspektif undang-undang bermaksud iqrar atau pengakuan seseorang yang dilakukan pada hayatnya ke atas hartanya atau manfaat bagi menyempurnakan sesuatu bagi makna kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh syarak dan dilaksanakan setelah seseorang itu mati.5

Pensyariatan wasiat telah disebut di dalam al-Quran dan juga hadis. Allah S.W.T telah memerintahkan agar seseorang itu berwasiat melalui ayat 106 surat al-Ma’idah yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang daripada kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi, lalu kamu ditimpa bahaya kematian.”

Nabi Muhammad SAW turut menggalakkan agar seseorang itu membuat wasiat sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam hadis yang bermaksud :

“Tiada hak (patut) bagi seorang Muslim, mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya.” (Hadis riwayat alBukhari dan Muslim)

Pada peringkat permulaan Islam, hukum membuat wasiat adalah wajib. Akan tetapi hukum tersebut telah dinasakhkan oleh ayat mawarith iaitu di dalam surah Al-Nisa’ ayat 11,12 dan 176.6 Walaubagaimanapun, berwasiat masih digalakkan di dalam Islam dengan had yang telah ditetapkan iaitu ⅓ daripada harta pusaka dan diberi kepada bukan ahli waris. Akan tetapi, hukum berwasiat adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu.

Pertama, hukum berwasiat menjadi wajib sekiranya terdapat tanggungjawab syarie yang mesti dilaksanakan seperti zakat, haji, melaksanakan hutang dan sebagainya. Kedua, hukum berwasiat menjadi sunat sekiranya berwasiat kepada kaum kerabat yang memerlukan

4 Haji Mohammad Traifor bin Ahmad Rusdi. (2020). Wasiat, hukum, prosedur dan pengalaman di mahkamah

syariah perak. Hlmn 4.

5 Dr Akmal Hidayah Halmi, Wasiat dan hibah: hukum dan prosedur. Hlmn 1.

6 Haji Mohammad Traifor bin Ahmad Rusdi. (2020). Wasiat, hukum, prosedur dan pengalaman di mahkamah

syariah perak. Hlmn 4.

(5)

dan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka serta kepada orang miskin dan untuk kebaikan di jalan Allah. Seterusnya, hukum harus berwasiat sekiranya berwasiat kepada sahabat atau orang kaya yang bukan dari golongan berilmu dan beramal soleh. Ketiga, adalah makruh sekiranya pewasiat merupakan seorang yang kurang berkemampuan dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta. Akhir sekali, adalah haram sekiranya seseorang itu mewasiatkan perkara yang haram.7

4.0 PERUNTUKAN BERKAITAN WASIAT

Di Malaysia, sehingga kini hanya hanya tiga buah negeri yang telah memperuntukkan undang-undang khusus berkaitan wasiat iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Selangor merupakan negeri pertama yang memperuntukkan undang-undang berkaitan wasiat menerusi Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999.

Manakala bagi peruntukan berkenaan wasiat di negeri-negeri lain di Malaysia selain Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, rujukan ke atas penguatkuasaan wasiat hanya berdasarkan peruntukan am dalam Akta atau Enakmen pentadbiran undang-undang Islam atau Enakmen atau Ordinan Mahkamah Syariah masing-masing8.

Bagi penentuan kesahihan sesuatu wasiat perlu difailkan di Mahkamah Syariah dengan mengemukakan pembuktian melalui keterangan saksi atau dokumen keterangan yang lain yang boleh memuaskan hati Hakim untuk menentukan kesahihan sesuatu wasiat atau kelayakan seseorang waris. Prosiding mengenai wasiat di negeri-negeri selain Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituntut berdasarkan peruntukan hukum syarak sepertimana yang dinyatakan dalam Akta atau Enakmen atau Ordinan Tatacara Mal Negeri- Negeri.

Berkenaan dengan harta si mati orang Islam yang mempunyai wasiat, harta-harta ini perlulah dibuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil oleh pewaris bagi mendapatkan Geran Probet walaupun nilai harta kurang daripada RM200,000. Sekiranya terdapat gabungan harta alih dan harta tidak alih, pewaris perlu membahagikan harta tidak alih ke JKPTG selepas mendapatkan Geran Probet di Mahkamah Tinggi Sivil. Kemudian baru dibawa ke Mahkamah Syariah bagi menentukan kesahihan wasiat tersebut.

7 Ibid

8 Asni, M. F. A. H. M., & Sulong, J. (2016). Fatwa on wajibah will and uniformity of provision in the malaysian states fatwa: fatwa berhubung wasiat wajibah dan keseragaman peruntukannya dalam fatwa negeri- negeri di malaysia. al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 5(1), 1-15.

(6)

Walaupun telah diperuntukkan hal-hal wasiat terletak di bawah kuasa Persekutuan, namun masih terdapat juga beberapa kelompongan undang-undang bertulis yang memihak kepada orang Islam. Kesannya, undang-undang Sivil juga terpakai walaupun melibatkan perwarisan Islam. Walaupun enakmen wasiat di sebahagian negeri di Malaysia telah digubal, ia hanyalah bersifat substantif sahaja dan tidak merangkumi bidang kuasa prosedur untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir Wasiat orang Islam. Hal ini disebabkan bidang kuasa tersebut termasuk dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan sepertimana yang termaktub di dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97] dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] telah menjelaskan bahawa sebarang harta si mati yang ditinggalkan melalui wasiat adalah tertakluk di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Tinggi Sivil. Begitu juga pentadbiran harta pusaka si mati yang sebahagiannya berwasiat dan sebahagiannya pula tidak adalah turut termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil.

4.0 ANALISIS KES-KES WASIAT

4.1 IBRAHIM BIN HAJI ABU BAKAR LWN MOHD. SHE BIN MOHD ALI DAN ABDUL RAZAK BIN MOHAMAD

4.1.1 FAKTA DAN ISU KES

Perayu iaitu Ibrahim bin Haji Abu Bakar yang merupakan cucu tiri kepada si mati iaitu Azhari bin Mohd Ali telah membuat tuntutan terhadap pengesahan wasiat atau hibah yang dibuat oleh si mati ke atasnya berkaitan sebidang tanah HSD 389 PT 1885 Mukim Pekan, Pekan, Pahang. Perayu mendakwa bahawa si mati telah berwasiat dan didengari oleh beberapa orang saksi sebelum si mati meninggal dunia dan semua saksi telah membuat surat akuan sumpah berkenaan lafaz si mati tersebut. Defendan-defendan yang merupakan waris kepada si mati telah membantah tuntutan yang dibuat oleh perayu kerana mereka tidak mengetahui langsung berkenaan wasiat dan pemberian tersebut dan mereka memohon untuk memfaraidkan sahaja harta tersebut. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak tuntutan perayu terhadap pensabitan wasiat dan hibah dengan alasan surat akuan tersebut bukan merupakan surat wasiat si mati kerana tidak ditandatangani oleh si mati dan urusan pindah milik tanah tidak berlaku ketika si mati masih hidup.

(7)

Isu kes ini adalah sama ada rayuan perayu bagi pensabitan hibah dan wasiat yang dibuat oleh si mati iaitu Azhari bin Mohd Ali berkenaan sebidang tanah HSD 389 PT 1885 boleh disabitkan atau sebaliknya.

5.0 KESIMPULAN

Wasiat merupakan satu instrumen pembahagian harta. Menurut jumhur fuqaha’, wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris melainkan mendapat persetujuan daripada kalangan ahli-ahli waris yang lain.. Perkara ini boleh dirujuk di dalam Seksyen 26 Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor (1999) yang mana dilihat bertepatan dengan pandangan jumhur:

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diveri persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.”

Pendokumentasian wasiat merupakan suatu elemen yang penting dalam perancangan harta pusaka. Hal ini kerana pembahagian pusaka akan menjadi lebih mudah sekiranya terdapat surat hitam putih yang menjadi pembuktian wasiat telah dibuat. Perkara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya isu perebutan harta. Hal ini sering terjadi apabila si penerima wasiat tidak sempat menerima harta wasiat sebelum pewasiat meninggal dunia.

Kebiasaannya akan berlaku pertikaian terhadap harta yang diwasiatkan oleh si mati terutamanya daripada ahli-ahli waris. Maka dengan adanya surat wasiat dapat mengelakkan daripada berlakunya pertikaian dan perebutan harta wasiat ini.

Pembentukan wasiat itu perlulah dibuat selaras dengan kehendak syarak dan undang- undang terlebih dahulu. Hal ini bagi mengelakkan daripada timbulnya masalah di kemudian hari samada untuk mengesahkannya di Mahkamah Syariah atau untuk melaksanakannya di agensi-agensi lain yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.

(8)

6.0 RUJUKAN

Ahmad, K., & Zainol Abidin, A. P. (2017). Kedudukan dhawi al-arham di dalam sistem pembahagian pusaka Islam: Satu sorotan di Negeri Kedah Darul Aman. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan. Bangi: Kolej Universiti Islam Malaysia.

Al-‘Allamah ‘Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri. Hasyiah I'anah al-Thalibin 'ala Hall Alfazh Fath al-Mu'in. Hlmn 254.

Al-Khatiib, As-Syarbini. 1978. Mugni al-Muhtaj, Dar al-Fikr : Beirut. Hlmn 397.

Dr Akmal Hidayah Halmi, Wasiat dan hibah: hukum dan prosedur. Hlmn 1.

Haji Mohammad Traifor bin Ahmad Rusdi. (2020). Wasiat, hukum, prosedur dan pengalaman

di mahkamah syariah perak. Hlmn 4.

Intajalle, F. M., Abdullah, L., & Yaacob, A. M. (2015). Instrumen Pembahagian Harta Pusaka

Islam di Singapura= Instrument of Islamic Inheritance Distribution in Singapore. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 204(3959), 1-19.

Syeikh Dr. Wahbah Zuhaili. Fiqhul islam wa adillatuha.

Referensi

Dokumen terkait

9 / 1975, dan khusus bagi orang Islam berlaku juga ketentuan yang diatur dalah KHL Pasal 35 UUP mengatur tentang Harta Benda dalam Perkawinan, yaitu “ Harta benda yang

Kekuasaan orang tua terhadap harta benda anak meliputi pengurusan dan menikmati hasil. Berikut ini dikemukakan beberapa peraturan terkait dengan kekuasaan orang tua

Tujuan penelitian ini adalah mengetahui bagaimana penyelesaian sengketa harta bersama jika dilihat dari sistem hukum islam dan sistem hukum perdata dan untuk mengetahui cara

Hal ini didasarkan pada hadist Rasulullah SAW yang artinya :”orang Islam tidak dapat mewarisi harta orang kafir, dan orang kafir pun tidak dapat mewarisi harta

Pengertian orang yang tidak mempunyai ahli waris menurut hukum Islam lebih luas cakupannya daripada pengertian yang dimaksudkan oleh kaedah pembahagian harta

Pasal ini sesuai dengan ketentuan mengenai tidak adanya percampuran harta kekayaan pribadi suami istri baik sebelum maupun sesudah perkawinan menurut hukum Islam, sebagaimana yang

Apabila harta wakaf telah dijual,maka hasil penjualannya boleh dibelikan apa saja (benda wakaf lain, sejenis atau tidak sejenis), asalakan harta yang dibeli itu

Mengenai harta bawaan ini Kompilasi Hukum Islam mengatur lebih lanjut dalam Pasal 87 ayat 1, bahwa harta bawaan dari masing-masing suami dan istri dan harta yang diperoleh