• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS SEMANTIK MEDAN MAKNA MEMASAK.

N/A
N/A
哟哟

Academic year: 2023

Membagikan "ANALISIS SEMANTIK MEDAN MAKNA MEMASAK."

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS SEMANTIK MEDAN MAKNA MEMASAK.

AHLI KUMPULAN:

NAMA NO.MATRIK

ANG CHAN ZHI 151580

NURUL IZZAH BINTI ZAIDIN@ZAIDI 151627

ONG YI TING 151578

SALIMAH BINTI SALLEHAJIH 147447

TAY XIN XUAN 151306

WAKTU TUTORIAL: SELASA 3-4 PETANG

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HMT 321 SEMANTIK BAHASA MELAYU

TARIKH PENGHANTARAN: 16 JUN 2023

(2)

PENGENALAN

Menurut Saeed (2009) medan makna ialah kumpulan leksem yang tergolong dalam aktiviti atau bidang pengetahuan tertentu seperti istilah dalam memasak atau pelayaran.Medan makna juga merupakan satu susunan set perkataan yang saling bertautan di bawah sesuatu domain (Lehrer, 1974). Lehrer (1974) telah mengemukakan contoh iaitu

‘gelas, bekas’ boleh dikaji bersama-sama dengan ‘mangkuk’, ‘cawan’, ‘pasu’ dan perkataan lain yang membawa makna ‘bekas’.

Menurut Lobner (2013) medan makna ialah sekumpulan perkataan yang perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat pertama ialah perkataan-perkataan tersebut terdiri daripada kategori yang sama. Syarat kedua ialah makna perkataan mempunyai persamaan dalam sesuatu bidang. Syarat ketiga ialah perkataan dalam bidang yang sama mempunyai hubungan makna yang saling berkait. Syarat keempat ialah medan leksikal adalah lengkap kerana meliputi semua hubungan makna yang relevan. Contohnya, apabila seseorang menyebut leksikal ‘kediaman’, maka leksikal yang berkaitan dengannya ialah rumah teres, bungalow, istana, kondominium, rumah berkembar dan rumah panjang.

Menurut Indirawati (2019) domain semantik mengandungi sejumlah kata yang berkolokasi dalam medannya. Kolokasi ialah perkataan-perkataan yang wujud bersama- sama dan dapat dikaitkan dengan hubungan sintagmatik. Asmah (2008) menjelaskan bahawa kolokasi sebagai hubungan sintagmatik yang memberikan makna dan diterima oleh penutur natif. Hubungan sintagmatik merupakan susunan kata yang mempunyai hubungan secara mendatar dan membawa makna tertentu. Contohnya, perkataan ‘memandu’

mempunyai hubungan sintagmatik dengan ‘kereta’ dan ‘membaca’ mempunyai hubungan sintagmatik dengan ‘buku’.

Data kajian ini diperoleh daripada aplikasi AntConc sebagai metodologi kajian untuk mengumpulkan dan menganalisis data. Pengkaji mengambil data korpus tentang leksikal ‘memasak’ melalui aplikasi AntConc. Perkataan ‘memasak’ didefinisikan sebagai aktiviti membuat atau mengolah makanan seperti lauk-pauk, kuih-muih dan makanan lain supaya masak (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017). Biasanya, proses ‘memasak’

melibatkan haba dan bahan mentah untuk menghasilkan sesuatu. Menurut J. Trier (1931)

(3)

setiap leksikal mempunyai medan makna sendiri. Medan makna ‘memasak’ merangkumi banyak perkataan yang mempunyai kaitan dengannya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Medan Makna bagi ‘memasak’ dalam bahasa Melayu

Berdasarkan Rajah 1 didapati bahawa medan makna ‘memasak’ membawa 12 medan makna berbeza yang mempunyai maksud lebih spesifik. Perkataan ‘memasak’

merupakan superordinat bagi subordinat yang lain seperti ‘merebus’, ‘menanak’,

‘menggoreng’, ‘mengukus’ ‘menumis’, ‘memanaskan’, ‘merendang’, ‘memanggang’,

‘membakar’, ‘mencelur’, ‘menggulai’ dan ‘memasak’.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk:

(a) menghuraikan medan semantik bagi leksikal ‘memasak’ berdasarkan data korpus yang wujud dalam aplikasi AntConc.

(b) menganalisis komponen makna bagi medan semantik ‘memasak’.

memasak

merebus menanak menggoreng

menumis

mengukus memanaskan

merendang memanggang

membakar mencelur

menggulai memasak

(4)

ANALISIS LEKSIKAL

Bahagian ini akan membincangkan medan makna leksikal ‘memasak’ iaitu leksikal

‘merebus’, ‘menanak’, ‘menggoreng’ dan ‘menumis’. Kajian ini akan menganalisis makna dan kolokasi leksikal terpilih dalam medan makna leksikal ‘memasak’.

Analisis leksikal ‘merebus’

Perkataan ‘merebus’ ialah salah satu cara memasak dengan menggunakan air.

Perkataan ‘merebus’ bermaksud memasak sesuatu dalam air yang mendidih (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017). Bahan utama dalam proses ‘merebus’ ialah air. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap bahan makanan akan dicelupkan dan dimasak dalam air yang mendidih sehingga bahan makanan itu masak. Terdapat tiga cara ‘merebus’ iaitu merebus dalam air mendidih iaitu 100 darjah celsius, merebus dalam air di bawah titik mendidih iaitu 71 hingga 82 darjah celsius dan merebus dalam air yang sedikit (Hamidah dan Komariah, 2013). Leksikal ‘merebus’ perlu mempunyai objek yang wajib hadir untuk melengkapkan maknanya. Perkara ini selari dengan pandangan Newman (1974) yang menyatakan bahawa makna leksikal ‘merebus’ tidak lengkap sebagai istilah ‘memasak’

tanpa objek nominalnya. Hal ini dikatakan demikian kerana maksud ‘merebus’ menjadi tidak lengkap dalam fikiran manusia sehingga objeknya ditentukan. Jadual 1 menunjukkan kolokasi bagi leksikal ‘merebus’.

Jadual 1: Kolokasi bagi ‘merebus’

Kolokasi bagi ‘merebus’

Kolokasi kanan Kekerapan

telur 11

air 9

Makanan laut (sotong, udang, ikan, ketam) 7

ubi 7

Sayur-sayuran 2

Berdasarkan Jadual 1 didapati ‘merebus’ kerap berkolokasi dengan perkataan

‘telur’, ‘air’, ‘makanan laut’, ‘ubi’ dan ‘sayur-sayuran’. Leksikal ‘merebus’ berkolokasi dengan ‘telur’ seperti dalam contoh ayat (1) hingga (2):

(1) Selain menjimatkan masa untuk merebus telur, ianya mudah dan tidak mengotorkan..

(5)

(2) Setelah tiba di rumah, emak Manurogo segera merebus telur tersebut untuk dimakan mereka suami isteri.

Ayat (1) menunjukkan bahawa ‘merebus’ berkolokasi dengan telur. Ayat (2) pula menunjukkan bahawa emak Manurogo segera ‘merebus telur’ setelah tiba di rumah.

Kolokasi ‘merebus’ dengan telur menunjukkan ‘merebus’ merupakan kaedah memasak yang pantas dan mudah. Masa ‘merebus telur’ adalah singkat iaitu selama 5-10 minit.

(Muhamad Faras Arhab et al., 2022). Rajah 2 menunjukkan bahawa bahan asas untuk merebus telur ialah air dan periuk. Bahan-bahan asas tersebut senang disediakan. Oleh itu,

‘merebus telur’ menjadi pilihan utama masyarakat kerana teknik memasak ini mudah dilakukan.

Rajah 2: merebus telur

Sumber: https://www.cnnindonesia.com/gaya- hidup/20180329225421-262-287002/tips-merebus-telur-agar-

matang-sempurna

Leksikal ‘merebus’ juga berkolokasi dengan ‘makanan laut’ seperti dalam contoh ayat (3) dan (4). Ayat (3) dan (4) menunjukkan ‘merebus’ berkolokasi dengan ‘makanan laut’ seperti ‘udang’ dan ‘ketam’.

(3) ... itu Ayang dan Atiah pun sudah boleh diharap merebus dan menjemur udang.

Ayat (3) menunjukkan bahawa Ayang dan Atira sudah pandai membuat udang kering dengan menggunakan teknik ‘merebus’ dan ‘menjemur udang’. Perkara ini menunjukkan bahawa udang kering ini memerlukan teknik ‘merebus’ dan ‘menjemur’.

(4) ‘Ratu Latah membuat persembahan yang baik apabila merebus ketam yang mengambil masa yang singkat untuk masak ...’

(6)

Ayat (4) pula membawa makna bahawa masa ‘merebus ketam’ hanya memerlukan sedikit masa untuk memasak. Masa untuk ‘merebus ketam’ sememangnya hanya memerlukan 10- 15 minit.

Selain itu, kajian ini didapati ‘merebus’ juga berkolokasi dengan ‘ikan bilis’ seperti dalam contoh ayat (5):

(5) ... sebuah bot besar yang lengkap dengan peralatan untuk merebus ikan bilis.

Ayat (5) pula menunjukkan bahawa ‘ikan bilis’ direbus di atas bot sebelum dijemur. Hal ini bermakna cara memasak ‘ikan bilis’ dengan teknik merebus. Sebelum ‘merebus ikan bilis’, ia akan dibasuh dengan air laut lalu direbus di dalam air masin selama 3-5 minit seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 (Samsudin, Rokiah dan Mohd. Zainal, 1987).

Rajah 3: merebus ikan bilis Sumber: Info JPKK Kg Air Tawar

Rajah 3 menunjukkan proses ‘merebus ikan bilis’ di atas bot sebelum kembali ke darat.

Analisis leksikal ‘menanak’

Perkataan ‘menanak’ membawa makna memasak nasi dalam periuk, kawah dan lain-lain. Perkataan ‘menanak’ juga bermaksud memasak sesuatu dengan merebusnya sahaja (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017). Menanak merupakan cara memasak nasi dalam periuk dengan direbus sahaja dan tidak dikukus (Kamus Besar Bahasa Indonesia, 1988). Nasi, bubur, lemak merupakan hasil daripada pembuatannya secara menanak. Jadual 2 menunjukkan kolokasi bagi leksikal ‘menanak’.

Jadual 2: Kolokasi bagi leksikal ‘menanak’

Kolokasi bagi menanak

(7)

Kolokasi kanan Kekerapan

nasi 60

pulut 8

minyak 7

beras 5

Berdasarkan Jadual 2 didapati bahawa ‘menanak’ berkolokasi dengan perkataan

‘nasi’, ‘minyak’, ‘pulut’ dan ‘beras’. Leksikal ‘menanak’ berkolokasi dengan ‘nasi’ seperti dalam contoh ayat (6) hingga (10):

(6) Ayah membasuh beras dan menanak nasi.

(7) Maka dilihat oleh Hanuman maharesi itu menanak nasi dengan periuk kecil.

(8) ... yang menyediakan kayu api, memasak gulai ikan dan menanak nasi di dalam sebuah kawah besar.

(9) Caranya ialah apabila anda menanak nasi, cedoklah air yang telah mendidih sebanyak segelas.

(10) Dengan terkocoh-kocoh, dia menanak nasi untuk makan tengah hari.

Ayat (6) menunjukkan bahawa ‘menanak nasi’ wujudnya anomali kerana frasa ‘menanak nasi’ sebenarnya adalah menanak beras menjadi nasi. Menurut Hasmidar Hassan (2007) struktur frasa ‘menanak nasi’ tidak menyalahi rumus tatabahasa sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kata kerja ‘menanak’ ialah kata kerja transitif yang harus diikuti oleh objek, iaitu daripada golongan frasa nama sebagai pelengkap. Maka, ayat (6) membuktikan bahawa ‘menanak nasi’ merupakan kiasan melompat dan perkataan ‘nasi’ adalah lebih sesuai untuk berkolokasi dengan leksikal ‘menanak’. Berdasarkan ayat (7) dan (8) didapati

‘menanak nasi’ mesti menunjukkan adanya peralatan atau instrumen seperti periuk dan kawah. Hal ini menunjukkan bahawa ayat ‘menanak nasi’ memerlukan peranan semantik instrumen, iaitu menanak nasi perlu diikuti dengan medium yang digunakan bagi melaksanakan perbuatan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dan 5. Periuk nasi memudahkan proses ‘menanak nasi’ kerana tidak memerlukan sebarang pemantauan api atau suhu. Periuk nasi akan mengatur suhunya secara automatik sehingga beras lembut dan masak (Husna, 2021). Ayat (9) menunjukkan bahawa air adalah sangat penting dalam

‘menanak nasi’ dan mempunyai sukatan yang tertentu berdasarkan kuantiti nasi yang ditanak. Sukatan air yang diperlukan untuk menanak nasi adalah berbeza mengikut kuantiti

(8)

dan jenis beras yang digunakan (Husna, 2021). Ayat (10) menunjukkan bahawa nasi mesti dimasak dengan cara menanak dan nasi merupakan makanan ruji dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk mendapatkan tenaga makanan.

Rajah 4 : menanak nasi Rajah 5 : menanak nasi Sumber: https://iluminasi.com/bm/cara-masak-nasi-yang-

paling-basic-dan-simple.html

Sumber: https://jendelaips.ulm.ac.id/2020/

07/11/jurnalistik-mangawah-budaya-memasak-nasi- orang-banjar/

Leksikal ‘menanak’ juga kerap berkolokasi dengan ‘minyak’ seperti dalam contoh ayat (11) hingga (13):

(11) Orang-orang perempuan sudah berjam-jam, sejak pagi bergotong-royong menanak minyak di dapur di belakang rumah.

(12) Amalan bergotong-royong menanak minyak ini seingat-ingatnya sudah dibuat sejak dia masih ...

(13) mereka tidak akan menanak minyak sendiri.

Berdasarkan ayat (11) dan (12) didapati ‘menanak minyak’ lazimnya dilakukan secara bergotong-royong dalam kalangan masyarakat Melayu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Ayat (13) turut membuktikan bahawa ‘menanak minyak’ sukar dijalankan secara berseorangan. Proses ‘menanak minyak’ menggunakan masa dan tenaga kerja yang banyak.

Hal ini dikatakan demikian kerana penyediaannya agak rumit dan memerlukan tempoh masa yang lama. Minyak dihasilkan dengan cara ‘menanak’ santan segar daripada kelapa kampung. Santan akan ditanak dengan menggunakan kayu api sehingga terhasilnya minyak dan tahi minyak. Minyak Nyior Tanak tidak akan rosak jika diawet sehingga 2 tahun (Karolina, 2020). Hal ini bersesuaian dengan segelintir masyarakat Melayu yang gemar menumis sambal nasi lemak dengan menggunakan Minyak Nyior Tanak.

(9)

Rajah 6 : menanak minyak

Sumber: https://www.ajnn.net/news/minyak-goreng-curah-mahal-warga-aceh-barat-beralih-konsumsi- minyak-kelapa/index.html

Analisis leksikal ‘menggoreng’

Perkataan ‘menggoreng’ bermaksud memanggang atau memanaskan sesuatu dalam kuali kering yang menggunakan minyak atau memasak sesuatu dengan tidak menggunakan minyak (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017). Bahan utama yang digunakan untuk menggoreng ialah kuali dan minyak. Jadual 3 menunjukkan kolokasi bagi leksikal

‘menggoreng’.

Jadual 3: Kolokasi bagi leksikal ‘menggoreng’

Kolokasi bagi menggoreng Kolokasi kanan Kekerapan

ikan 2

ikan bilis 2

telur 1

nasi 1

Berdasarkan Jadual 3 didapati leksikal ‘menggoreng’ kerap berkolokasi dengan perkataan ‘ikan’, ‘ikan bilis’, ‘telur’ dan ‘nasi’. Leksikal ‘menggoreng’ berkolokasi dengan

‘ikan’ seperti dalam contoh ayat (14):

(14) Bagiku, tahu menggoreng ikan, memasak nasi dan merebus ‘mi Maggi’ sudah cukup.

(10)

Berdasarkan ayat (14) frasa ‘menggoreng ikan’ merupakan cara memasak yang paling asas dan senang dikuasai. Kaedah ‘menggoreng’ adalah kaedah yang biasa digunakan oleh masyarakat kerana proses menggoreng adalah tidak kompleks. ‘Menggoreng ikan’ tidak memerlukan waktu memasak yang lama dan bahan senang disediakan. Masyarakat cenderung menggoreng ikan kerana lebih cepat disiapkan.

Leksikal ‘menggoreng’ juga kerap berkolokasi dengan ‘ikan bilis’ seperti dalam contoh ayat (15):

(15) Pada malam itu, ibu memerah santan, merebus telur, menggoreng ikan bilis, serta menumis sambal.

Berdasarkan ayat (15) didapati penggunaan frasa ‘menggoreng ikan bilis’ dalam korpus menunjukkan perkataan ‘menggoreng’ berkolokasi dengan ‘ikan bilis’. Hal ini membuktikan ikan bilis digoreng untuk menjadi komponen dalam hidangan nasi lemak.

Ikan bilis perlu digoreng untuk menjadi masakan yang rangup. Ikan bilis perlu digoreng untuk menghilangkan air dalamnya supaya lebih tahan lama. Newman (1974) telah menggunakan istilah ‘deep-fry’ iaitu goreng celur sebagai salah satu kaedah menggoreng.

Maka, ikan bilis menggunakan kaedah goreng celur kerana menggunakan minyak yang sedikit.

Analisis leksikal ‘menumis’

‘Menumis’ dapat didefinisikan sebagai memasak lauk, sayuran dan lain-lain dengan menggunakan minyak atau lemak (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017). Hal ini bermakna minyak masak dan lemak merupakan asas dalam proses menumis. Jadual 4 menunjukkan kolokasi bagi leksikal ‘menumis’.

Jadual 4: Kolokasi bagi leksikal ‘menumis’

Kolokasi bagi menumis

Kolokasi kanan Kekerapan

Sambal 7

Sayur 7

(11)

Bawang putih 4

Ikan 3

Udang 1

Berdasarkan Jadual 4 didapati ‘menumis’ kerap berkolokasi dengan perkataan

‘sambal’, ‘sayur’, ‘bawang putih’, ‘ikan’ dan ‘udang’. Leksikal ‘menumis’ berkolokasi dengan ‘sambal’ seperti dalam contoh ayat (16) hingga (17):

(16) Pada malam itu, ibu memerah santan, merebus telur, menggoreng ikan bilis, serta menumis sambal.

(17) Pukul 3.00 petang, fokus Siti Hajar yang sedang menumis sambal nasi lemak sebagai persediaan untuk jualan hari ...

Ayat (16) dan (17) menunjukkan frasa ‘menumis sambal’ merupakan proses penyediaan nasi lemak. Hal ini bermakna sambal menjadi salah satu makanan yang wajib dalam nasi lemak. Dalam konteks ini, sambal yang dimaksudkan ialah cili kisar. Cili kisar perlu ditumis dalam tempoh masa yang agak lama supaya terhasilnya sambal yang masak.

Leksikal ‘menumis’ juga berkolokasi dengan ‘sayur’ seperti dalam contoh ayat (18):

(18) ... dia sudah belajar memasak bubur, menggoreng ikan dan menumis sayur kangkung.

Berdasarkan ayat (18) didapati ‘menumis’ berkolokasi dengan sayur kangkung. Hal ini demikian kerana sayur kangkung lebih sesuai dimasak dengan cara ‘menumis’. Buktinya:

(18’) ... dia sudah belajar memasak bubur, menggoreng ikan dan merebus sayur kangkung.

Berdasarkan ayat (18’) sayur kangkung tidak sesuai dimasak dengan cara ‘merebus’. Hal ini demikian kerana sayur kangkung hanya perlu direbus untuk makanan yang tertentu sahaja seperti yong tau foo dan pecal. Dalam konteks ini, kebanyakan sayuran seperti sawi, kubis dan sebagainya lebih sesuai dimasak dengan cara ‘menumis’. Lazimnya, masyarakat gemar ‘menumis sayur’ kerana sayur yang ditumis lebih sedap dan menyelerakan. Proses

‘menumis sayur’ merupakan proses yang sangat mudah.

(12)

4.0 ANALISIS KOMPONEN MAKNA BAGI MEDAN SEMANTIK ‘MEMASAK’

Menurut Lyons (1981) analisis komponen makna ialah satu cara yang bersistem dan berekonomi untuk menerangkan hubungan makna yang didukung oleh leksikal dalam sesuatu bahasa. Menurut Nida (1975) (dalam Indirawati Zahid et al, 2012: 264) model analisis komponen yang menganalisis makna rujukan kata dengan pemberian fitur bagi sesuatu item leksikal. Pemberian fitur iaitu tanda (+) yang merujuk pada fitur yang dimiliki dan tanda (–) pula merujuk pada fitur yang tidak dimilik.

Kata kerja bagi medan makna ‘memasak’ merupakan kata kerja dinamik yang melibatkan proses. Menurut Abdullah Hassan (1974) kata kerja dinamik ialah kata kerja yang menyatakan sesuatu perbuatan. Saeed (2009) berpendapat bahawa resultatif ialah proses yang dilihat sebagai mempunyai titik penamat. Maka, frasa ‘memasak nasi’

bermakna resultatif, yakni nasi yang hasil daripada ‘memasak’.

Analisis komponen makna dilakukan terhadap leksikal merebus, menanak, menggoreng dan menumis berdasarkan bahan yang dimasak seperti telur, udang, ubi, ikan bilis, nasi, minyak, ikan, sayur-sayuran serta sambal seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5 : Analisis Komponen Makna bagi Medan Makna ‘Memasak’

Leksikal Komponen Makna

Merebus Menanak Menggoreng Menumis

Telur + - + -

Udang + - + +

Ubi + - + -

Ikan bilis + - + +

Nasi + + + -

Minyak - + - -

Ikan + - + +

Sayur-sayuran + - - +

Sambal - - - +

Jadual 5 menunjukkan analisis komponen makna bagi medan makna ‘memasak’

memiliki komponen makna yang berbeza masing-masing. Komponen makna yang dimiliki oleh leksikal ‘merebus’ iaitu [+ telur, + udang, + ubi, + ikan bilis, + nasi, – minyak, + ikan,

(13)

+ sayur-sayuran, – sambal]. Hal ini bermakna telur, udang , ubi, ikan bilis, nasi, ikan dan sayur-sayuran dapat direbus dengan menggunakan bahan air tetapi minyak dan sambal tidak sesuai dengan cara merebus. Leksikal ‘menanak’ pula ialah [– telur, – udang, – ubi, – ikan bilis, + nasi, + minyak, – ikan, – sayur-sayuran, – sambal]. Hal ini bermakna nasi dan minyak sesuai dimasak dengan cara menanak. Bagi leksikal ‘menggoreng’, komponen makna ialah [+ telur, + udang, + ubi, + ikan bilis, + nasi, – minyak, + ikan, – sayur-sayuran, – sambal]. Hal ini bermakna telur, udang, ubi, ikan bilis, nasi dan ikan dapat dimasak dengan kaedah menggoreng tetapi minyak, sambal dan sesetengah sayur tidak sesuai dengan cara menggoreng. Bagi leksikal ‘menumis’, komponen makna ialah [– telur, + udang, – ubi, + ikan bilis, – nasi, – minyak, + ikan, + sayur-sayuran, + sambal]. Hal ini bermakna hanya udang, ikan bilis, ikan, sayur-sayuran dan sambal sesuai dengan cara

‘menumis’.

KESIMPULAN

Melalui analisis leksikal dalam korpus, dapat disimpulkan bahawa semua leksikal ini mempunyai konsep yang berlainan dalam bahasa Melayu di Malaysia. Setiap leksikal dalam bidang memasak mempunyai konsep yang tertentu untuk melihat perkataan yang berkolokasi dengannya. Kaedah memasak yang berbeza menyebabkan penggunaan kata kerja yang berbeza dalam medan makna ‘memasak’.

Leksikal yang telah dianalisis dalam medan semantik ‘memasak’ ialah ‘merebus’,

‘menanak’, ‘menggoreng’ dan ‘menumis’. Leksikal ‘merebus’ dan ‘menanak’ selalu digunakan dalam konteks yang berkaitan dengan air. Leksikal ‘merebus’ cenderung berkolokasi dengan makanan yang bertekstur keras. Leksikal ‘menanak’ cenderung berkolokasi dengan makanan ruji. Leksikal ‘menanak’ juga sesuai digunakan untuk proses penghasilan minyak. Leksikal ‘menggoreng’ dan ‘menumis’ pula selalu digunakan dalam konteks yang berkaitan dengan minyak. Kolokasinya bergantung kepada jenis masakan sama ada memerlukan minyak yang banyak atau sedikit. Perkataan ‘menggoreng’ biasanya berkolokasi dengan makanan yang rangup atau garing selepas digoreng. Leksikal

‘menumis’ selalu berkolokasi dengan bahan yang dikisar dan makanan lembut.

(14)

Pengkaji dapat memahami medan makna ‘memasak’ dalam masyarakat Melayu yang mempunyai pelbagai cara dalam konteks berbeza. Melalui analisis komponen makna, perbezaan yang ketara antara leksikal dalam medan makna ‘memasak’ telah menunjukkan setiap leksikal mempunyai fitur dan ciri tersendiri. Maka, makna leksikal dapat dianalisis berdasarkan komponennya untuk membezakan makna kata dalam medan semantik

‘memasak’.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1974). The morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemaskini Panduan Bahasa yang Baik. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Professional Publishing.

Hasmidar Hassan. (2007). Frasa Anomali: Satu Analisis Pragmatik. Jurnal Pengurusan, 7(2): 22-40.

Nurul Husna Mahmud. (2021). Cara elak nasi mentah. Harian Metro. Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/WM/2021/08/741914/cara-elak-nasi-mentah

Indirawati Zahid. (2020). Domain Semantik, Kata Kerja Dan Kolokasi Dalam Iklan Produk Kecantikan Wanita.Issues in Language Studies, 9(1): 28-50.

Lobner, S. (2013). Understanding Semantics (2nd ed.). London: Routledge.

Lyon, Johns. (1981). Language, Meaning, and Contexts. Suffolk: Fontana Paperbacks.

Lehrer, A. (1974). Semantic Field and Lexical Structure. London: North-Holland Publishing Company.

Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa (Indonesia). (1988). Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan

(15)

Karolina. (2020). Minyak Nyior Tanak. Facebook. Dipetik daripada https://www.facebook.com/karolinawh/photos/a.896343750529316/16987315302 90530/

Muhamad Faras Arhab et al. (2022). Pengaruh Teknik Pemasakan Dan Waktu Terhadap Karakteristik Tingkat Kematangan Telur Ayam Negeri. Pasundan Food Technology Journal (PFTJ), 9(1): 14-18.

Newman, A. (1974). A semantic analysis of English and Hebrew cooking terms. Lingua, 37(1): 53-79.

Nida, E. A. (1979). Componential Analysis of Meaning: An Introduction to Semantic Structure. The Hague: Mouton Publishers.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2017). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saeed, J. I. (2009). Semantics third Edition. United Kingdom: Blackwell Publisher Ltd.

A. Samsudin, M. Rokiah dan I. Mohd. Zainal. (1987). Pengeringan Ikan Masin Dan Bilis Dengan Alat Pengering Suria. MARDI Res. Bull, 15(2): 79-88.

Trier, J. (1931). Der deutsche Wortschatz im Sinnbezirk des Verstandes. Heidelberg: Winter.

Referensi

Dokumen terkait