KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6 SERI AL-UMMAH, CHEMOR
2023
KE
KUALA LUMPUR - MELAKA
Disediakan oleh : Ahmad Hanif Bin Gema Hadi
▸ Baca selengkapnya: kertas kerja hari graduasi tahun 6
(2)1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”, maka Seri Al Ummah telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.
2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara,maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.
3.0 OBJEKTIF
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.
4.0 DESTINASI
Kuala Lumpur dan Melaka.
5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN
Tarikh : 12 September - 14 September 2023 Hari : Selasa-Khamis
Masa : 7.00 pagi (Selasa) – 9.00 malam (Khamis)
6.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan kepada murid-murid TAHUN 6.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perbelanjaan RM Kuantiti Jumlah Bayaran
1 Bayaran Bas 2600.00 4 10,400.00 76.00
2 Pusat Sains Negara Percuma 138 - -
3 Petrosains KLCC 9.00 138 1242.00 9.00
4 Muzium Samudera, Samudera fasa 2, TLDM 3.00 138 414.00 3.00
5 Melaka river cruise 7.00 138 966.00 7.00
6 The Shore Oceanarium, Melaka 21.00 138 2898.00 21.00
6 Sarapan x2 8.00 x2 138 2208.00 16.00
7 Makan tengahari x2 9.00 x2 138 2208.00 18.00
8 Makan malam x2 10.00 x2 138 2760.00 20.00
9 Lodging 30.00 138 4140.00 30.00
10 Penginapan KIV KIV KIV KIV
Bayaran Seorang Murid 200.00
8.0 TENTATIF LAWATAN
MASA TUJUAN
SELASA , 12/12/2023
-6.00 pagi -Berkumpul di Seri Al Ummah / Taklimat
lawatan
-7.00 pagi -Bas bertolak ke Kuala Lumpur
-10.00 pagi -Tiba di Pusat Sains Negara
-1.00 tengahari -Bertolak ke Masjid Negara
-1.30 tengahari -Solat Zohor dan makan tengahari
-3.00 petang -Bertolak ke Petrosains KLCC
-5.30 petang -Bersiar-siar di esplanade KLCC
-6.30 petang -Bertolak ke Melaka/singgah RnR/solat
Maghrib/makan malam
-9.30 malam -Tiba di penginapan/Kembara mimpi
RABU, 13/12/2023
-6.00 pagi -Subuh/persiapan diri
-7.30 pagi -Sarapan
-.8.30 pagi -Bertolak ke Muzium Samudera,Samudera
Fasa 2 dan Muzium TLDM
-12.00 tengahari -Makan tengahari/Solat Zohor
-3.00 petang -Bertolak ke Kota A Famosa
-6.00 petang -Bertolak pulang ke penginapan
-7.00 petang -Pengurusan diri/Solat Maghrib
-8.00 malam -Makan malam
-9.00 malam -Berangkat ke Jonker Walk/Melaka River
Cruise
-10.30 malam -Berangkat pulang ke penginapan/Solat Isyak
-11.00 malam -Kembara Mimpi
KHAMIS, 14/12/2023
-6.00 pagi -Solat Subuh/Persiapan diri
-7.30 pagi -Sarapan pagi
-8.30 pagi -Bertolak ke Taman Rekreasi Melaka
-10.00 pagi -Bertolak ke The Shore Oceanarium Melaka
-1.00 petang -Bertolak ke Masjid Al-Azim Melaka
-3.00 petang -Bertolak pulang ke Perak
-9.00 malam -Dijangka tiba di Seri Al-Ummah
9.0 KESELAMATAN
Bagi memastikan kesalamatan murid sepanjang lawatan ini, kami telah mencadangkan pembahagian guru dan murid seperti berikut:
-Jumlah Murid: 138 murid -Jumlah Guru: 20 guru
-Pembahagian : 1 guru = 6-7murid
Sepanjang lawatan murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan akan diiringi oleh beberapa orang guru sesuai jadual pembahagian kumpulan murid yang akan disediakan oleh AJK Keselamatan.
Setiap kumpulan akan dibekalkan ‘tour-guide flag’ sebagai tanda kepada murid sepanjang lawatan.
10. JAWATANKUASA
Penasihat : Ust. Fadzil Bin Zakaria Pengarah : Cg.Suhaili Asmavi Pengerusi : Ust. Ahmad Hanif Naib pengerusi : Ust Rabbani Setiausaha : Cg. Nina Syakila Bendahari : Cg. Anis Fatiha Naib bendahari : Cg. Farhana AJK Dana dan sumbangan :
AJK Penginapan :
AJK Makanan :
AJK Pengangkutan dan tugas khas : AJK Disiplin dan rohani : AJK Kebajikan dan keselamatan :
AJK Dokumentasi :
AJK Kebersihan :
11.0 PENUTUP
Semoga dengan lawatan sambil belajar ini dapat memberi manfaat kepada murid dari segi pengatahuan dan pengalaman.Selain memberi peluang kepada murid untuk mengamalkan sifat Al-Hikmah yang dipelajari ketika diluar sekolah, murid juga dapat menimba ilmu baru ketika berada di negeri orang.Besar harapan kami para guru untuk memberi pengalaman manis ini kepada seluruh murid tahun 6 2023.Segala pertimbangan dan perhatian yang diberikan oleh guru besar dan pihak pengurusan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
_______________________
Ahmad Hanif Bin Gema Hadi AJK Lawatan Tahun 6 2023