• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Kertas Kerja Lawatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Kertas Kerja Lawatan"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.

Bagi subjek Pendidikan Moral penekanan diberikan dalam membentuk satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid kita menjadi insan yang tidak bermoral. Moral juga bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.

Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Moral itu sendiri bermaksud sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan.

Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan dijalankan. Sebelum lawatan guru perlu membuat mesyuarat pembentukan Ajk, menyediakan kertas kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran PPD, kebenaran JPS, kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu memastikan keselamatan murid, dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta permit bas. Selepas lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.

(2)

1.0 Aktiviti Sebelum Lawatan

1.1 Mengadakan mesyuarat penubuhan Ajk pelaksanaan, berbincang mengenai lawatan yang akan dijalankan.

1.2 Menyediakan Kertas Kerja.

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE PENJARA KAJANG

PADA 10 SEPTEMBER 2007

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN MORAL

&

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Kerjasama

(3)

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG ANJURAN PANITIA MORAL DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PIBG SKSB

1.0 DEFINISI

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.

2.0 RASIONAL

2.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.

2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara dengan lebih dekat lagi.

2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.

3.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

4.0 SASARAN

(4)

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU

Seramai 40 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.

6.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 10 September 2007

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat Lawatan : Sekitar kawasan Penjara Kajang 7.0 AJK INDUK

Pengerusi : Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin ( Guru Besar SKSB )

Naib Pengerusi : En. Halimon b. Suratman ( GPK Kokurikulum ) Setiausaha : Pn. Faridah binti Majid

Bendahari : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif

Ajk : Pn. Noor Anita Ishak

Pn. Sarimah bt. Jantan En. Najmudin b. Ya

8.0 AJK KERJA

Ketua Rombongan : Pn. Faridah bt. Majid

Fotografi : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif

Kuiz : Pn. Noor Anita Ishak

Kecemasan : En. Najmudin b. Ya Makanan : Pn. Sarimah bt. Jantan

(5)

9.0 TENTATIF PROGRAM Masa Aktiviti 7.30 pagi 8.00 pagi 8.40 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 1.00 tengah hari 2.00 petang 3.30 petang 4.00 petang 4.45 petang

- Berkumpul di sekolah / pendaftaran - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang - Tiba di Penjara Kajang

- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas. - Menonton Tayangan Video

- Rehat

- Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )

- Makan tengah hari / solat

- Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang dikenakan

- Penyampaian cenderahati - Bertolak balik ke Sungai Buloh - Tiba di SKSB

10.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN PENDAPATAN

10.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00 10.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang ) RM 800.00

Jumlah RM 1320.00

(6)

10.3 Bayaran Pengangkutan RM 350.00 10.4 Makanan ( RM 12 X 40 orang ) RM 480.00

10.5 Cenderahati Penjara RM 50.00

10.6 Topi dan T.shirt RM 400.00

10.7 Edaran RM 40.00

Jumlah RM 1320.00

11.0 CADANGAN AKTIVITI

11.1 Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.

11.2 Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk disemak dan dinilai oleh guru pengiring.

11.3 Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan.

12.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.

1.3 Surat Kebenaran Ibu bapa

1.4 Surat Kebenaran Tempat Lawatan 1.5 Surat Kebenaran Pelancongan

(7)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel. : 03-61561669 No. Fax :03-61571926 Email : [email protected] Tuan: Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( ) Tarikh : 20 Jun 2007 Pengarah, Penjara Kajang, Selangor Darul Ehsan Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil

belajar ke Penjara Kajang. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah butiran lawatan :

Tarikh : 10 September 2007

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Bilangan : 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring

Tujuan : i) Memberi pengalaman baru mengenai corak kehidupan sebagai penghuni penjara.

3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

(8)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ) Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor.

………. ………. ……….

(9)

………. No. Tel : ________________ Kepada,

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan. Tuan,

SURAT KEBENARAN PENJAGA / IBU BAPA

Bahawa saya ibu bapa / penjaga yang bernama __________________________________ No. K/P ________________________ memberi kebenaran kepada pelajar yang bernama ____________________________________ dari kelas ___________ menyertai aktiviti seperti butiran berikut :

Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar Tarikh : 10 September 2007

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Tujuan : Memberi pengalaman baru berkaitan dengan kehidupan seorang banduan.

Tempat : Penjara Kajang Bayaran : RM 20.00

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh aktiviti berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.

4. Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan.

Perakuan dibuat oleh.

Nama : ________________________ Nama saksi : ______________________ No.K/P : _______________________ No. K/P : ______________________ Tarikh : ________________________ Tarikh : ______________________

(10)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH,

47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel. : 03-61561669 No. Fax : 03-61571926 Email : [email protected] Ruj.Tuan: Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( ) Tarikh : 2Julai 2007

Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall, Jalan SU 9, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves,

SELANGOR. Tuan,

Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957 – Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa bagi membawa seramai 40 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang, Selangor pada 10 September 2007.

3. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah telah memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan kepada ibu bapa di sepanjang program ini. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa mengaku bahawa tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku perkara-perkara seperti kemalangan tau kecederaan ke atas anak jagaan mereka di sepanjang program tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ) Guru Besar,

(11)

Selangor.

PERATURAN-PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Borang-borang permohonan untuk perkara-perkara di atas hendaklah dibuat dalam 4 salinan ditambah dua salinan lagi bagi setiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui dan disampaikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak tiga minggu sebelum tarikh melancong dalam negeri Selangor Darul Ehsan / 5 minggu sebelum tarikh perjalanan keluar negeri Selangor Darul Ehsan.

1. Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH

2. Nama Guru Besar/Pengetua : HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ 3. Nama Guru Yang Mengelolakan : PN. FARIDAH BINTI MAJID

Pelancongan

4. Tujuan Lawatan : Memberi pendedahan kepada murid mengenai pengalaman hidup seseorang yang bergelar banduan.

5. Nama Guru-Guru Yang Membantu : 1. PN. NOOR ANITA BT. ISHAK NO K/P 710420-08-6418

2. PN. SARIMAH BT. JANTAN NO K/P 810824-03-5068

3. PN. NORAZUWANI BT. MOHD ARIF NO K/P 760406-08-6134

4. EN. NAJMUDIN B. YA NO K/P 760515-01-6856

(12)

7. Tempat-Tempat Yang Dilawati :

Nama Tempat Tarikh Nama & Alamat Tempat

Bermalam

Dari Hingga

Penjara Kajang 10/09/2007 10/09/2007 Tiada

8. Punca Pendapatan Wang

8.1 Yuran daripada murid-murid seperti senarai ahli dalam borang ini : RM 20.00 seorang X 40 orang RM 800.00

8.2 Punca Pendapatan Lain :

Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00

Jumlah RM 1320.00

9. Nama dan Keterangan mereka yang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan wang.

Nama Jawatan No. K/P Umur Alamat

Pn Norazuwani bt Mohammad Arif

Guru 760406-08-6134 31 thn A-3-3 Kuarters Pendidikan Sungai Buloh,

47000 Sungai Buloh, Selangor.

(13)

10. Penyata Perbelanjaan Bagi Setiap Murid :

10.1 Makanan/Minuman RM 8.00

(sarapan pagi, makan tengah hari minum petang, makan malam)

10.2 Tambang Bas RM 12.00

(14)

1.6 Senarai Nama Peserta

SENARAI NAMA MURID YANG AKAN MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE PENJARA KAJANG PADA 10 SEPTEMBER 2007

Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon

1 Gobinat a/l Ramutthu AF 96570 4 Mawar 15 Jln D/C 3/11 Desa Coalfields, Sg Buloh 013-9806623 2 Muhammad Zulhakim b Zulhelmi L 118388

4 Mawar 4-8 Pangsapuri Bunga Raya, Krts. Hosp. Sg Buloh, Sg Buloh

012-6504588

3 Muhd Ali Husseini b Shari

AF 35641

4 Mawar 142, Kompleks Teratai, Krts Hosp Sg Buloh, Sg Buloh

019-9166827

4 Nicol a/l Kanadasan L 143175

4 Mawar Lot 105 Kg Melayu, Sg Buloh

012-2029498 5 Fadzil Dzil Iqram b

Mohd Ismam

AE 86042

4 Mawar C-2-2 KIP Sg Buloh, Sg Buloh

0134849442 6 Muhd Luqman Hakim

b Halim Nordin

AF 03210

4 Kenanga Lot 33B Kg Selamat, Sg Buloh

019-2264836 7 Thenesh a/l Mutusamy AF

90509

4 Kenanga Lot 109 Kg Melayu Sg Buloh 019-2338139 8 Teguh Firdaus b Despazi L 136639

4 Kenanga Lot 79-8 Kg Melayu, Sb Buloh

013-6778057 9 Muhd Fikri b Jumri AC

41796

4 Kenanga 12 Kg Melayu Sg Buloh 012-6917137 10 Muhd Aikal b Harun L

099088

4 Kekwa Lot 121-C Kg Melayu, Sg Buloh 019-2811469 11 Muhd Hamizan b Ismail AF 89846 4 Kekwa 3F5 Krts Hosp. Sg Buloh, Sg Buloh 014-2374506 12 Muhd Emir Eizaz b

Samsudin

K 968009

5 Kenanga A221 Aprt Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya

012-38827374 13 Muhd Syazwan b Abd

Razak

AC 74226

5 Kenanga No 49A Kg Melayu Tambahan, Sg Buloh

013-91716663 14 Ahmad Nujaid b Abdul

Aziz

AE 45086

4 Kenanga B-1-6 KIPM Sg Buloh, Sg Buloh

(15)

Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon 15 Salfiana bt Zainal AF 93550 4 Kenanga Lot 170 Kg Paya Jaras

Hilir, Sg Buloh

013-6644467 16 Nur ‘Adilah bt AS

Fathnur

AF 90699 4 Mawar B-4-4 KIP Sg Buloh, Sg Buloh

016-6017443 17 Nur Farahana bt Shukri AF 48718 4 Mawar B-3-2 KIP Sg Buloh, Sg

Buloh

013-6402640 18 Sharifah bt Ahmad

Zainudin

AF 32339 4 Mawar C-2-2 KIP Sg Buloh, Sg Buloh

016-3225318 19 Farah Adlina Iwani bt

Md Ghazali

L 098132 4 Mawar 18, Kg Bahagia Bukit Lagong, Sg Buloh

016-6517377 20 Aishah bt Aziz AF 51973 4 Mawar Lot 125 Kg Melayu Sg

Buloh 013-6352809 21 Shazza Nuralia bt Md Shukri L 038944 4 Mawar No 32A Jln 12 Tmn Desa Bkt Indah, Sg Buloh 013-3619429 22 Haiqal Qadrini bt Zainurin

AE 45003 4 Mawar D-2-2 KIP Sg Buloh, Sg Buloh

019-2926958 23 Nur Adleena Zulaikha

bt Zulkifle

L 075062 4 Mawar Lot 84 Kg Melayu, Sg Buloh

012-3050600 24 Norsyafika bt Mohd

Rosli

K 968181 4 Kenanga Lot 128 Kg Melayu Sb Buloh 03-61561658 25 Siti Norhaziliana bt Salim AG 69011

4 Kenanga Lot 118, Kg Melayu Sg Buloh

019-3042961 26 Zuraini bt Junaidi AF 92802 4 Kenanga Lot 24-1 Bkt Lagong,

Sg Buloh

019-3718581 27 Nursyazwani bt Yusof K 992376 4 Kenanga No 1B Kg Sentosa, Sg

Buloh

013-3702460

(16)

28 Nor Atikah bt Sukahar AC 43222 4 Kenanga No 1290 Jln 1D/2 Bdr Baru Sg Buloh, Sg Buloh 012-2242908 29 Nurafizah Dini bt Hamid K 933576 4 Kenanga N0 1A Kg Melayu Sg Buloh 019-3101545 30 Nurafizah bt Hamzah AG 85333 4 Kekwa B-3-9 Pangsapuri Danau Rebong, Sg Buloh 017-2513415

Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon

31 Wan Noor Aliyah bt Mohd Noor

AC 22201

5 Mawar B-110 Aprt Impian, Damansara Damai, Petaling Jaya 013-3497699 32 Aisyah Sakinah bt Shahrin A 094143

5 Mawar JPN 7144 Rumah Guru SK Sg Buloh, Sg Buloh

013-6615816 33 Nurul Izanah bt Ilyas K

931360

5 Mawar Lot 10 Kg Paya Jaras Hilir, Sg Buloh

012-2576972 34 Siti Aisyah bt zulkifli K

830922

5 Kenanga No 2, Bt 13 ½ Kg Melayu Sg Buloh

016-5004743 35 Nor Hasrina Syafiqah bt

Hashim

K 874858

5 Kenanga Lot 133 Kg Melayu, Sg Buloh 013-2085300 36 Nur Suriana bt Shahrizan L 098143

4 Mawar 70A, Kg Sri Indah, Sg Buloh

03-6141689 37 Iman bt Zulhairi L

022357

4 Mawar Lot 115-F Kg Melayu, Sg Buloh 012-2029498 38 Nurfarahadiba bt Rahmat L 034899

4 Kekwa No 18A Kd Melayu Sri Tambahan , Sg Buloh 013-6906421 39 Khairunnisa bt Abdul Razak L 099063 4 Anggerik No 49A Kg Melayu Tambahan, Sg Buloh 03-91716663 40 Khuqmarisha bt Rahamat L 098010 4 Anggerik Lot 71 Km 21 Kg Melaayu, Sg Buloh 016-2040499

(17)

2.0 Aktiviti Semasa Lawatan 2.1 Aturcara lawatan Masa Aktiviti 7.30 pagi 8.00 pagi 8.40 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 1.00 tengah hari 2.00 petang

- Berkumpul di sekolah / pendaftaran - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang - Tiba di Penjara Kajang

- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas. - Menonton Tayangan Video

- Rehat

- Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )

- Makan tengah hari / solat

(18)

3.30 petang 4.00 petang 4.45 petang

keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang dikenakan

- Penyampaian cenderahati - Bertolak balik ke Sungai Buloh - Tiba di SKSB

2.2 Keterangan Aturcara Lawatan i) Pendaftaran

Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan. Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara penting semasa lawatan seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan, mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa menjaga barangan peribadi supaya tidak tertinggal.

ii) Menonton Tayangan

Aktiviti menonton tayangan murid dingatkan supaya tidak membuat bising, menghayati dan membuat catatan perkara-perkara penting. Mereka akan ditayangkan sejarah penubuhan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di penjara.

iii) Melawat Sekitar Kawasan Penjara

Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan penjara. Seperti bilik tahanan, tempat hukuman gantung dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh pelatih penjara yang bakal keluar.

(19)

Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa penghuni penjara sepanjang mereka menjalani tahanan. Keperitan mereka menghadapi hukuman, dapat memberi pengajaran kepada murid-murid.

3.0 Aktiviti Selepas Lawatan 3.1 Pelapor Pengajar

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG

1. Tujuan

1.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.

1.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara dengan lebih dekat lagi.

(20)

1.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

2. Objektif

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.

2.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk

berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

Ajk Keselamatan

Ketua Rombongan : Pn. Faridah bt. Majid

Fotografi : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif

Kuiz : Pn. Noor Anita Ishak

Kecemasan : En. Najmudin b. Ya Makanan : Pn. Sarimah bt. Jantan Kewangan

PENDAPATAN

4.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00 4.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang ) RM 800.00

Jumlah RM 1320.00 PERBELANJAAN 4.3 Bayaran Pengangkutan RM 350.00 4.4 Makanan ( RM 12 X 40 orang ) RM 480.00 4.5 Cenderahati Penjara RM 50.00 4.6 Fail RM 400.00 4.7 Edaran RM 40.00 Jumlah RM 1320.00

(21)

5. Aktiviti

Sepanjang lawatan sehari ke Penjara Kajang setiap murid akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati. Jawapan kepada soalan berkenaan berkisar kepada tempat-tempat yang mereka lawat. Secara tidak langsung murid perlu memberi tumpuan dan pemerhatian semasa mereka melawat sekitar penjara.

Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk disemak dan dinilai oleh guru pengiring. Lembaran kerja ini juga akan digunakan oleh murid untuk membuat laporan selepas daripada lawatan. Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan.

6. Rumusan

Secara keseluruhan lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid melihat sendiri kehidupan sebenar seorang banduan semasa tahanan. Secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang kerana hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pengalaman sehari berada di penjara banyak memberi pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat pada hari itu mungkin berguna pada masa akan dating untuk menjadi insan yang lebih menghargai usia muda dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

(22)

Saya sebagai seorang guru yang membuat lawatan ini rasa amat bertuah kerana dapat berpeluang menjejaki kaki ke penjara. Bukan semua orang berpeluang seperti ini. Seharusnya, kita sebagai guru perlu mengadakan lawatan sebegini memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat membimbang semua pihak. Pihak penjara juga mungkin boleh mengadakan ceramah atau pameran ke sekolah untuk memberi kesedaran di kalangan murid-murid.

3.2 Pelapor Pelajar

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG

Pengerusi : Nurul Shazleen bt. Azlan Naib Pengerusi : Mohd Fahrul b. Hakimi Setiausaha : Nur Aina Fatini bt. Azaman Bendahari : Nur Fia Erieka bt. Amran

Akj : i) Ahmad Ashraf b. Mohd Shamsuddin ii) Erin Jazlina bt. Zakaria

(23)

Pada 10 September 2007, seramai 40 orang murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh telah mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Islam ke Penjara Kajang. Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran sivik kepada para peserta mengenai kehidupan penghuni di penjara. Rombongan yang dipimpin oleh 5 orang guru ini bertolak meninggalkan sekolah kira-kira pada pukul 8.15 pagi.

Setelah hampir satu jam berada di dalam bas berhawa dingin, akhirnya kami tiba di tempat yang dituju. Apabila kami sampai di sana, kami disambut oleh pegawai yang bertugas. Selepas diberi taklimat ringkas oleh beliau, kami menonton tayangan video yang mengisahkan sejarah tentang penubuhan, tempat-tempat khas seperti bilik kurungan, tempat hukuman gantung, dan banyak lagi.

Kemudian, kami dibenarkan berehat selama setengah jam sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya, adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh setiap peserta lawatan iaitu melawat sekitar kawasan penjara. Kami berasa sungguh gerun apabia melihat sendiri tempat dijatuhkan hukuman dan bilik-bilik kurungan. Bilik-bilik ini tak ubah seperti sangkar sempit dan amat tidak selesa. Tidur tidak beralas, malam bertemankan nyamuk dan berselimutkan kesejukan malam yang menggigit tulang penghuni.

Kira-kira jam 2.00 petang, iaitu selepas selesai menjamah makanan tengah hari dan mendirikan solat, kami mendengar motivasi yang diberikan oleh penghuni penjara yang bakal keluar setelah hampir tamat tempoh tahanan yang dikenakan. Bukan itu sahaja, kami juga dinasihatkan supaya menjauhi sebarang jenayah. Sedikit sebanyak, kami menjadi insaf dan berazam untuk menjadi insan yang baik serta dapat menjalani kehidupan yang bebas dan aman.

(24)

Akhirnya, masa untuk pulang pun telah tiba. Sebelum bertolak. Kami menerima cenderahati daripada pihak Penjara Kajang untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Kami dimaklumkan oleh pegawai terbabit, cenderahati ini merupakan hasil kerja tangan penghuni penjara.

Lawatan sambil belajar ini, amat berfaedah walaupun lawatan ini cuma sehari. Kami berasa puas dan yakin pengetahuan yang kami peroleh dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas, mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Kami juga akan kongsi pengalaman yang berguna ini dengan rakan-rakan lain yang tidak berpeluang mengikuti lawatan. Kami juga berharap supaya pada tahun yang akan dating, bilangan penghuni di penjara akan semakin berkurangan. Sesuai dengan harapan Perdana Menteri kita ingin melahiran generasi yang berakhlak, bertamadun dan berilmu.

Laporan disediakan oleh, 15 SEPTEMBER 2007

( NUR AINA FATINI BINTI AZAMAN ) Setiausaha,

Lawatan Ke Penjara Kajang. Rujukan

Abdul Jalil Ali ( 2002 ). Dewan Siswa. Kuala Lumpur. Penerbit Francaisi Media Netwaork Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng ( 1988 ). Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur. Longman Malaysia.

Prof. Dr. Ansory Ahmad, Prof. Dr. Mansoor Fadzil, Prof. Dr. John Arul Phillips (2007).

HBME 1203 Pendidikan Moral Tahun 1. Kuala Lumpur. UNITEM Sdn. Bhd.

(25)

Salleh Long (2006). Pendidikan Bil. Old. 2006 Selangor. Widad Publication Sdn. Bhd. Sumber Internet :

Referensi

Dokumen terkait

Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca

Program – program ini telah dirancang agar ia mampu memberi perangsang kepada murid Sekolah Kebangsaan Bandar supaya menanam minat dan sayangkan mata

Kelab Kebudayaan telah merancang untuk mengadakan lawatan silang budaya ke Yogyakarta yang bertujuan untuk memperkenalkan budaya masyarakat Yogyakarta kepada pelajar

Prosedur ini bertujuan memberi latihan SEMUA guru-guru dan staf sekurang-kurangnya 7 hari dalam tahun semasa untuk meningkatkan kompetensi bagi melaksanakan P & P yang

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Yamtuan Hitam ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah bagi meningkatkan penyertaan murid-murid

1.. Keadah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik amat mustahak didalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada

Melaksana dan berkolaboratif dengan guru dalam aktiviti lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada warga sekolah untuk mendapatkan maklumat secara kontekstual dan

2.0 OBJEKTIF 2.1 Memupuk kerjasama dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan wargasekolah agar lebih menghargai keunikan pelbagai identiti kaum di negara kita.2.2 Memberi