A) TAJUK
Pengaruh Penggunaan Teknologi dalam Meningkatkan Kefahaman Pendidikan Islam di Kalangan Pelajar.
1. Teknologi dalam Pendidikan Islam
Pelaksanaan sumber teknologi kontemporari, termasuk aplikasi mudah alih, platform e-pembelajaran, realiti maya (VR), dan pembelajaran berasaskan video, untuk penyebaran kandungan Pendidikan Islam.
2. Kefahaman Pendidikan Islam
Keupayaan pelajar untuk memahami nilai-nilai Islam, prinsip-prinsip akidah, amal ibadah, akhlak, dan konteks sejarah Islam secara mendalam untuk mengintegrasikan unsur-unsur ini ke dalam kehidupan seharian.
B) PENYATAAN MASALAH
Menurut Mohd Rosmadi Mohd Salleh dan Hafizhah Zulkifli (2020), bahawa pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Islam biasanya diajar secara konvensional, iaitu melalui “chalk and talk” dalam kalangan guru. Disebabkan itu rata-rata pelajar mendapati sukatan pelajaran Pendidikan Islam terlalu teori dan sukar dihayati tanpa pendekatan yang interaktif dan kontekstual. Kaedah pengajaran tradisional yang bersifat ceramah dan hafalan menyebabkan minat pelajar merosot serta kefahaman yang cetek terhadap nilai-nilai Islam.
Kajian menunjukkan bahawa integrasi teknologi boleh membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Merujuk kajian lepas, penggunaan multimedia bukan sekadar untuk berhibur sahaja, bahkan multimedia turut memainkan peranan yang sangat signifikan dalam bidang perniagaan, pentadbiran dan juga pendidikan (Abdul Talib, et al., 2019). Sebagai contoh, aplikasi interaktif atau penggunaan multimedia dalam pengajaran mampu merangsang minat dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep Islam yang abstrak.
Namun, menurut kajian Geoffrey F. C. Lim dan Marlissa omar (2024), mengatakan punca guru kurang bersedia dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah kurangnya
latihan, kemahiran teknikal, serta sikap guru sendiri terhadap penggunaan. Ini menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan teknologi dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam Pendidikan Islam.
C) TUJUAN
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis secara sistematik kajian-kajian lepas yang meneliti kesan penggunaan teknologi dalam meningkatkan kefahaman terhadap Pendidikan Islam. Ini termasuk mengenal pasti jenis teknologi yang digunakan, pendekatan pengajaran yang diaplikasikan dan impaknya terhadap pembelajaran pelajar.
D) PERSOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah penggunaan teknologi mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap konsep dalam Pendidikan Islam?
2. Apakah jenis teknologi yang paling berkesan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam?
3. Sejauh mana teknologi membantu pelajar mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka?
E) KRITERIA PEMILIHAN (INCLUSION / EXCLUSION)
KRITERIA INKLUSI (ELIGIBILITY) EKSKLUSI (EXCLUSION)
Jenis Literatur
Artikel jurnal dan buku akademik berkaitan penggunaan teknologi dalam pendidikan Islam
Artikel dan buku yang tidak menyentuh penggunaan teknologi atau bukan dalam konteks pendidikan Islam
Bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia
dan Bahasa English Selain daripada 3 bahasa ini
KRITERIA INKLUSI (ELIGIBILITY) EKSKLUSI (EXCLUSION)
Tempoh Masa
Kajian yang diterbitkan dalam tempoh lima tahun terakhir (2020- 2025)
Kajian sebelum lima tahun terakhir
Indeks Artikel jurnal dan buku dalam Google Scholar dan Scopus
Jurnal tidak tersenarai dalam pangkalan data yang diiktiraf
Negara Kajian dalam dan luar negara Kajian yang tidak relevan
Fokus Kajian
Kajian berkaitan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
Kajian yang tidak menyentuh bidang Pendidikan Islam atau teknologi
F) PANGKALAN DATA (DATABASES)
• Google Scholar
• Scopus
G) KATA KUNCI PENCARIAN (SEARCH TERMS) Google Scholar
• Penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam
• Aplikasi digital untuk subjek Pendidikan Islam
• E-learning Pendidikan Islam
• Teknologi dan kefahaman pelajar dalam Islam
• Teknologi dalam kalangan guru Pendidikan Islam
• Penggunaan teknologi media oleh guru Pendidikan Islam Scopus
• Technology and Islamic and education
• Preparation and Islamic and education and teacher's