1Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul. [ 25markah] Simbol
Bangsa yang meremehkan bahasanya sendiri ialah bangsa yang tidak mengamati sejarahnya.
Dalam hal ini, sejarah tidak harus ditekuni hanya di permukaan, iaitu sebagai rentetan peristiwa, laporan-laporan kerajaan, catatan-catatan fakta, atau seumpamanya. Sejarah tidaklah sebegitu kering sifatnya. Sastera ini terkandung segala nilai, budi, budaya, dan tradisi bangsa yang menghidupinya.
Daripada perjalanan sastera bangsa yang panjang inilah kita dapat mengamati selok-belok dan alur perkembangan bangsa sejarah hingga sekarang. Muhammad Haji Salleh bersungguh-sungguh menuntut kita untuk menyelak lembar-lembar sastera yang hampir hilang dimamah ketidakpedulian bangsanya sendiri. Hikayat sepertiSulalatus SalatindanHikayat Hang Tuahserta tokoh pengarang terdahulu seperti Tun Sri Lanang dan Ahmad Rijaluddin sudah tidak diendahkan lagi. Dibalik gesaan untuk kembali kepada akar sastera bangsa, Muhammad Haji Salleh tidak pula mengabaikan tanggung jawabnya sebagai “orang lama” dalam sastera. Dunia Ialah sebuah Aksara secara umumnya boleh diperihalkan sebagai sebuah pengantar kepada pengarang besar dan tradisi sastera dunia daripada dahulu hingga hari ini, termasuklah karya mereka yang telah diterjemahkan dengan bagus (kebanyakannya ke dalam Bahasa Inggeris).
“Dalam sastera,” ujar Muhammad Haji Salleh, “kita menjadi pemikir. Namun dalam teknologi, kita umumnya hanya konsummer konyol.” Sastera serius memerlukan pengarang yang berfikir serta pembaca yang ikut sama berfikir dengannya. Kedua-duanya, pengarang dan pembaca, mengalas tanggung jawab sebagai penerus kepada tradisi sastera bangsa. Sastera harus digali dalam sejarah bangsa sendiri dan di ceduk dari sejarah bangsa lainnya, sesuai dengan sifat bahasa itu sendiri yang mendapat rupanya sekarang melalui pinjaman dari bahasa-bahasa besar lain. Sekurang-kurangnya, pesan inilah yang terpencar di sepanjang muka surat dalam Dunia Ialah Sebuah Aksara
Simbol