• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.Sharifuzah Osman.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "1.Sharifuzah Osman.pdf"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan perkaitan antara motivasi dengan komitmen terhadap organisasi. Motivasi dalam kajian ini diukur melalui tiga bentuk motivasi iaitu altruistic, intrinsik dan ekstrinsik. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti tahap motivasi dan komitmen keorganisasian serta pengaruh latar belakang responden terhadap pembolehubah terikat. Bagi menjalankan kajian, seramai 217 kakitangan MADA Alor Star telah dipilih sebagai sampel kajian. Borang soal selidik menjadi instrumen utama bagi mendapatkan maklumat. Daripada 217 borang yang telah diedarkan, sebanyak 187 borang soal selidik telah dikembalikan. Pakej perisian SPSS telah digunakan bagi mempersembahkan data ke dalam dua bentuk iaitu deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati latarbelakang responden iaitu umur, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan dan kumpulan perkhidmatan tidak mempunyai perbezaan motivasi dan komitmen kerja yang signifikan. Responden lelaki dan wanita walau bagaimanapun mempunyai perbezaan komitmen kerja yang signifikan tetapi tidak berbeza dari segi motivasi. Majoriti responden didapati mempunyai tahap motivasi dan komitmen kerja yang tinggi dengan catatan peratusan bagi kedua-dua pembolehubah adalah 84.0 peratus dan 84.5 peratus. Ujian korelasi pearson mengesahkan bahawa ketiga-tiga motif motivasi mempunyai hubungan positif dengan komitmen kerja. Namun hasil analisa regresi pelbagai menunjukkan bahawa motif ekstrinsik menjadi penyumbang utama kepada komitmen kerja iaitu sebanyak 37.3 peratus. Manakala motif altruistic menyumbang sebanyak 2.9 peratus. Motif intrinsik tidak mempunyai pengaruh terhadap pembolehubah terikat yang dikaji. Kajian ini mencadangkan agar perhatian yang seimbang diberikan terhadap motivasi ekstrinsik dan altruistic. Pengenalpastian motif motivasi yang sepadan dengan konteks sektor awam diharap dapat meningkatkan lagi komitmen kerja kakitangan awam.

iv

Referensi

Dokumen terkait

A high density array of BFO nanoislands in a large area showed both ferroelectricity of individual nanoislands obtained by piezoresponse force microscopy PFM and macroscopic magnetism

[A ] CUSTOMER ACTIVTY [B] NAMRIA ACTION [C] OFFICE/PERSON RESPONSIBLE/ LOCATION [D] DURATION* [E] DOCUMENTARY REQUIREMENTS S[F] AMOUNT OF FEES [G] 1 Receive