• Tidak ada hasil yang ditemukan

10 program kongsi rezeki empowerNCER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "10 program kongsi rezeki empowerNCER"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

10 program kongsi rezeki empowerNCER

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 11, 2021 @ 4:17pm bhnews@bh.com.my

GEORGETOWN: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bekerjasama dengan panel penyedia perkhidmatannya di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merangkumi Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dalam melaksanakan lebih daripada 10 program 'Berkongsi Rezeki Ramadan Bersama empowerNCER'.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John, berkata pihaknya berharap semua program yang dilaksanakan NCIA dengan bantuan penyedia perkhidmatan berkenaan serta semua yang terbabit sepanjang Ramadan membawa manfaat kepada peserta secara khususnya serta masyarakat setempat secara amnya.

"Hasil usaha ini, para peserta akan berasa lebih bersemangat untuk meneruskan usaha mereka dalam meningkatkan pendapatan masing-masing, serta berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, matlamat utama program diadakan adalah memperkenalkan program modal insan NCER secara meluas kepada pemimpin dan masyarakat setempat di seluruh Wilayah Utara serta memberi sedikit keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

"Seperti yang diketahui, Program empowerNCER: Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dirangka berpandukan keperluan sosio-ekonomi dan industri di setiap daerah di NCER.

"Program ini menggunakan pendekatan bagi meningkatkan kemahiran rakyat setempat supaya mereka mampu bersaing dan merebut peluang keusahawanan.

"Peserta program empowerNCER akan mempelajari kemahiran yang bakal membolehkan mereka menjadi usahawan dan memulakan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan yang mana secara langsung akan dapat membantu mengeluarkan mereka dan keluarga dari dibelenggu kemiskinan serta mewujudkan ekosistem keusahawanan di kawasan setempat," katanya.

Terdahulu, pada 11 April lalu program berkenaan dimulakan di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang sebelum bergerak ke Perlis disusuli Kedah dan berakhir di Perak.

Di Pulau Pinang, Program Bersama Komuniti empowerNCER diadakan yang mana peserta kursus pendawaian elektrik empowerNCER memberi khidmat tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

Sebanyak 15 unit pendingin hawa diservis oleh peserta kursus pendawaian elektrik di Masjid Bagan Nyior Juru bagi persediaan menyambut Ramadan manakala di Perlis, program anjuran empowerNCER iaitu "Program Berkongsi Rezeki Ramadan Bersama empowerNCER Perlis" diadakan pada 30 April membabitkan pemimpin dan komuniti setempat seperti wakil rakyat, agensi kerajaan bagi membantu komuniti yang kurang bernasib baik serta peserta program modal insan NCER.

Sementara di Kedah, Program "Bingkisan Mawaddah Syawal" empowerNCER Pendang diadakan pada 3 Mei lalu yang mana terdapat penyampaian baju raya kepada wakil Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Penyerahan Starter Kit kepada empat peserta JomNiaga@NCER yang berjaya menamatkan kursus antaranya Kursus Seni Solekan, Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan serta Kursus Merekabentuk dan Pengeluaran Jahitan Kreatif.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Program terakhir adalah "Barber for Charity empowerNCER" yang dilaksanakan di Rumah Nur Kasih Ulu Sepetang yang terletak di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.

Seramai 23 anak yatim mendapat perkhidmatan gunting rambut secara percuma oleh peserta kursus Dandanan Rambut Lelaki empowerNCER.

Program itu diuruskan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertujuan membantu anak-anak yatim dalam persiapan raya dan mengeratkan lagi hubungan empowerNCER dengan masyarakat setempat.

Terdapat beberapa lagi acara berkongsi rezeki seperti pengagihan bubur lambuk dan aktiviti kemasyarakatan lain untuk penduduk setempat terutama insan yang kurang bernasib baik sempena Ramadan diadakan di daerah terpilih di seluruh Wilayah Utara dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Referensi

Dokumen terkait

• Emphasis on self- reliance and hard work; • Practical knowledge and skills; • Physical strength and good health; VALUES AND SKILLS IMPORTANT TO SURVIVAL ON THE FRONTIER... •

Histopathology of Fibroblast Cells in Incisional Back Wound Healing of Rat on Day 7th: A Placebo Gel Group, B 15% Binjai Leaves Gel Extract Group, C 15% Ramania Leaves Gel Extract Group