Anugerah Bitara
UKM
PENGKOMERSILAN PRODUK
SYARAT DAN PERATURAN
ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
ASAS ANUGERAH
1. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di IPT di mana harta intelek didaftar di IPT berkenaan. Produk tersebut mestilah dikomersialkan melalui syarikat/enterpris berdaftar, memberi impak dari segi penjanaan ilmu, peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan perkembangan ekonomi negara.
2. Anugerah ini juga dibuka kepada produk penyelidikan yang dijalankan di luar negara dengan syarat dua per tiga atau lebih kerja penyelidikannya dijalankan oleh warganegara Malaysia di Malaysia dan berasaskan pemilikan majoriti harta intelek oleh IPT Malaysia.
3. Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang didaftar sebagai harta intelek.
4. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza.
SYARAT PERMOHONAN
Produk yang telah dikomersialkan dan menjana pendapatan (jualan kasar) kepada syarikat/enterpris berdaftar. Untuk layak memohon, nilai jualan kasar kumulatif bagi produk berkenaan mestilah sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu).
IPT dan penyelidik mestilah mendapat pulangan hasil daripada pengkomersialan produk berkenaan (royalti, yuran pelesenan, bayaran perundingan). Yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar/pendapatan pengkomersialan.
KRITERIA PENILAIAN
Penilaian PRODUK akan mengambil kira perkara berikut:
1. Penerangan dari aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna.
2. Segala urusan pengkomersialan mesti melalui pihak berkuasa IPT.
3. Perlu mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian pengkomersialan di antara universiti dan syarikat/enterpris berdaftar.
4. Pernah menerima anugerah dari dalam dan/atau luar negara.
5. Telah menjana nilai jualan kasar kumulatif sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) dalam dan/atau luar negara dan sebahagian daripada pendapatan pengkomersialan tersebut telah disalurkan kepada IPT serta penyelidik.
6. Produk baru atau produk yang mempunyai nilai tambah berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran.
7. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.
8. Mampu menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baru.
9. Terdapat usaha ke arah kelestarian perniagaan termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
10.Penerbitan (akademik/majalah/media massa elektronik) berkaitan produk telah dihasilkan.
11.Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut:
penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan (R&D&C).
URUS SETIA
Borang penyertaan yang telah lengkap berdasarkan semua kriteria di atas hendaklah disampaikan kepada:
Urus Setia
Anugerah Pengkomersilan Produk
d/a Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) Universiti Kebangsaan Malaysia
(U/P: Puan Rohazaini Binti Hasan)
BORANG PERMOHONAN ANUGERAH BITARA
(KATEGORI PENGKOMERSIALAN PRODUK)
NAMA PEMOHON: ...
KELAYAKAN (AKADEMIK DAN/ATAU PROFESIONAL): ...
JAWATAN:...
TEMPOH PERKHIDMATAN SEBAGAI AHLI AKADEMIK: ...
FAKULTI/PUSAT/INSTITUT : ...
NO. TELEFON PEJABAT : ... NO. TELEFON BIMBIT: ...
NO. FAKS : ... E-MEL : ...
NO. KAD
PENGENALAN/MYKAD : - -
SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SAYA ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA: ()
SILA NYATAKAN PENCAPAIAN PEMOHON (Tidak melebihi 250 perkataan)
KATEGORI PENGKOMERSIALAN PRODUK
Nota:
I. Pemohon mestilah ketua penyelidik bagi pembangunan produk ini.
II. Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses yang didaftarkan sebagai harta intelek IPT.
III. Sila guna borang permohonan yang BERASINGAN BAGI SETIAP PRODUK. Sekiranya terdapat lebih daripada satu produk dalam borang yang sama, permohonan tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
IV. Dokumen sokongan yang berkaitan WAJIB disertakan dengan setiap borang permohonan.
LATAR BELAKANG
NAMA
PRODUK : ...
NAMA SYARIKAT/ENTERPRIS BERDAFTAR YANG MENGKOMERSIALKAN
PRODUK : ...
...
NO. PENDAFTARAN SYARIKAT/ ENTERPRIS
BERDAFTAR: ...
MAKLUMAT BERKENAAN KAEDAH PENGKOMERSIALAN PRODUK :...
{Contoh: penyerahan hak milik/jualan sekaligus (assignment/out-right sale), pelesenan melalui syarikat / enterpris berdaftar
TARIKH PRODUK
DIKOMERSIALKAN: ...
Pernahkah anda memenangi anugerah ini? YA TIDAK Sekiranya, YA, sila lengkapkan maklumat berikut:
Nama produk : ____________________________ Tahun anugerah diperolehi :
_______________
1. SENARAIKAN BUTIRAN SEMUA PENYELIDIK YANG TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN PRODUK IAITU PEMOHON DAN PENYELIDIK BERSAMA TERMASUK YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA (JIKA ADA)
Bil.
Nama dan No. Kad Pengenalan*
Kerakyatan Organisasi Bidang Kepakaran
Peratus (%)
Sumbangan Tandatangan
1.
2.
3.
4.
5.
(Jika ruang tidak mencukupi, sila lampirkan senarai tambahan)
2. SILA BERI PENERANGAN PRODUK (TIDAK MELEBIHI 500 PERKATAAN) BESERTA GAMBAR(JPEG resolusi 100 pixel, saiz 3.5cm x 4.5cm) DAN VIDEO PENDEK TIDAK MELEBIHI TIGA MINIT.
PENGAKUAN PEMOHON DAN PENGESAHAN :
Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.
... Tarikh: ...
(Tandatangan Pemohon)
Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah benar.
... Tarikh: ...
(Tandatangandan Cap Rasmi
Pengarah Pusat Inovasi Kolaboratif)
UNTUK KEGUNAAN URUS SETIA
Borang diisi dengan lengkap : YA () TIDAK ()
Disemak oleh : ... ...
(Nama) (Tandatangan dan Tarikh)
KATEGORI ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
FORMAT HURAIAN PRODUK
Sila huraikan/nyatakan perkara berikut berkenaan produk ini mengikut urutan di bawah. Sila sertakan dokumen sokongan sebagai pengakuan bagi setiap pernyataan. Bagi perkara yang ditandakan (*), bukti yang berkaitan WAJIB dilampirkan.
Pelan pemasaran dan ramalan kewangan boleh dilampirkan bagi Perkara 3.1.1, 3.1.2 & 3.1.3 (sekiranya ada).
1. Produk
1.1 Aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna.
*
1.2 Status perlindungan pendaftaran harta intelek. kategori harta intelek (patent, trademark, utility innovation, industrial design, copyright, know-how atau trade secret)
status (pending atau granted) dan nombor rujukan
nyatakan samada paten difailkan di bawah Patent Cooperation Treaty (PCT) dan senaraikan negara yang didaftarkan
*
1.3 Anugerah yang telah diterima.1.4 Keberkesanan dan nilai tambah (value added) berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran. Contohnya dari aspek penjimatan kos, masa, peningkatan produktiviti, dan lain-lain.
2. Pengkomersialan
2.1 Nyatakan jenama yang dengannya produk ini dikomersialkan dan sertakan gambar jenama tersebut (jika berkenaan).
*2.2 Nilai jualan kasar oleh syarikat/enterpris berdaftar sejak mula dikomersialkan sehingga tahun kewangan terkini.
Dokumen berkaitan produk yang perlu disertakan ialah:
i. Salinan perjanjian pengkomersialan yang disahkan; dan
ii. Bukti jualan (invois atau pengesahan jualan oleh juruaudit syarikat) syarikat/enterpris berdaftar; dan
*2.3 Pendapatan pengkomersialan kepada institusi serta penyelidik sejak mula dikomersialkan sehingga tahun kewangan terkini.
Dokumen berkaitan produk yang perlu disertakan ialah:
i. Penyata akaun pendapatan yang sah bagi institusi dan penyelidik.
*2.4 Negara di mana produk telah dipasarkan. Dokumen yang perlu disertakan ialah salinan invois jualan/laporan jualan produk berkenaan yang disahkan oleh juruaudit
syarikat.
*
2.5 Dana yang diperolehi bagi penghasilan dan pengkomersialannya. Ini meliputi fasa penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R & D & C).3. Impak
3.1 Impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara.
3.1.1 Bagaimana ia membantu dalam menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baru.
3.1.2 Tren nilai jualan. Petunjuk tren termasuk carta jualan atau seumpamanya.
3.1.3 Kelestarian perniagaan. Petunjuk kelestarian perniagaan termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk, penjimatan kos dan masa, produktiviti dan pelaburan semula dalam R&D.
3.1.4 Bagaimana produk ini menyumbang kepada kemandirian (self-sufficiency) ekonomi, kelestarian alam sekitar, pembangunan ekonomi dan/atau peningkatan imej negara.
3.1.5 Peningkatan kualiti hidup.
Contohnya: Produk yang mesra pengguna dan/atau mesra alam;
menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan/atau seluruh kehidupan alam.
*3.1.6 Pembangunan modal insan dalam salah satu fasa R & D & C. Contoh dokumen sokongan yang boleh disertakan ialah :
i. Tajuk dan abstrak tesis/disertasi yang berkaitan (disahkan),
ii. Surat pelantikan/penggajian pembantu penyelidik/pasca doktoral dan lain-lain,
iii. Sijil/surat perakuan latihan keusahawanan, latihan industri dan seumpamanya yang berkaitan dengan produk.
3.2 Penerbitan yang berkaitan.
*
3.2.1 Makalah akademik/ buku/ monograf/ bab dalam buku oleh penyelidik.*
3.2.2 Sebaran dalam media oleh badan luar yang berprestij seperti institusi lain, WHO dll.*
3.2.3 Penerbitan lain.Contohnya : Artikel dalam majalah yang berkaitan dengan teknologi atau perniagaan, media massa, laman web.
3.3 Penglibatan pemohon dalam perniagaan.
*3.3.1 Peranan dalam pengkomersialan.
Contohnya : Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham, Pengarah Teknikal dan sebagainya.
3.3.2
*3.3.3 3.3.4
Peranan dalam pengurusan projek Perundingan
Bimbingan dan latihan teknikal oleh perekacipta kepada pengguna.