• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beliau berkata demikian pada Sesi Pengiktirafan Pemenang SUPERB 2021 secara maya hari ini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Beliau berkata demikian pada Sesi Pengiktirafan Pemenang SUPERB 2021 secara maya hari ini"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mengumumkan 23 pemenang SUPERB 2021, program berasaskan 'business pitching' yang bermatlamat untuk memperkasa bakat dan kebolehan belia Bumiputera dalam keusahawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman, berkata

dengan peruntukan keseluruhan sejumlah RM11.5 juta, seramai 19 pemenang SUPERB 2021 memenangi dana sehingga RM500,000 bagi peringkat

pengkomersialan, manakala empat pemenang pada peringkat penciptaan idea dengan dana sehingga RM100,000.

"TERAJU akan mengikuti perkembangan mereka, seperti yang kami lakukan dengan 208 pemenang SUPERB sebelum ini supaya sentiasa dapat memberi sokongan dan peluang rangkaian melalui program serta rakan kongsi sedia ada.

"Ini sekali gus menyokong hala tuju Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030), intipati Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan tumpuan utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang antaranya, meningkatkan

kesaksamaan peluang dan keberhasilan untuk pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Pengiktirafan Pemenang SUPERB 2021 secara maya hari ini.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Ia dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Senarai pemenang diumumkan pada Sesi Pengiktirafan Pemenang SUPERB 2021 yang dijalankan secara dalam talian daripada 786 penyertaan.

Pemenang SUPERB 2021 kali ini terdiri daripada peserta dari Sabah, Terengganu, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Di peringkat akhir, pemenang dipilih daripada 60 finalis berdasarkan potensi inovasi, pengkomersialan, daya tahan serta daya saing global dan setelah melalui beberapa proses saringan, latihan intensif 'accelerator' serta sesi 'pitching' bersama juri-juri terkemuka industri sejak September tahun lalu.

Pertandingan keusahawanan startup, SUPERB dianjurkan oleh TERAJU sejak 2014.

Pada Siri ke-16, ia memperkenalkan segmen latihan intensif 'accelerator' sebagai satu elemen baharu.

'Accelerator' terbabit merangkumi peringkat cetusan idea perniagaan, proses memulakan perniagaan, skil pengurusan, pengetahuan asas perniagaan, pengembangan rangkaian serta kemampanan perniagaan.

Ia juga diselitkan elemen pemupukan jati diri dan integriti supaya para usahawan yang dihasilkan mampu meningkatkan kualiti ekosistem syarikat pemula niaga negara serta bersaing pada tahap global.

Sejak dilancarkan pada tahun 2014, lebih 62 peratus produk dan perkhidmatan dari 208 usahawan SUPERB berjaya dikomersialkan di pasaran tempatan serta

antarabangsa.

Md Silmi menambah, SUPERB 2021 adalah pemangkin untuk belia Bumiputera bertapak dalam bidang keusahawanan, terutama dalam kalangan ekosistem pemula niaga bagi mendapat pendedahan serta memajukan diri.

"Pada SUPERB kali ini, kebanyakan idea perniagaan pemenang adalah daripada aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) ekonomi digital, angkasa dan

aeroangkasa, pertanian dan komoditi, pembuatan serta halal dan makanan.

"Saya kagum dan bangga dengan idea perniagaan pemenang anak tempatan yang mempunyai elemen kebolehlaksanaan yang kalis COVID-19 serta menawarkan penyelesaian kepada isu semasa dan permasalahan masyarakat.

"Ini membuktikan yang mereka berdaya tahan dan mempunyai apa yang diperlukan untuk memajukan lagi negara melalui ekosistem pemula niaga, terutama dalam mendepani era pandemik yang dihadapi berlandaskan keperluan norma baharu,"

katanya.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata usahawan Bumiputera perlu lebih proaktif dan progresif dalam meningkatkan kemahiran perniagaan dan industri.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Katanya, usahawan Bumiputera perlu merebut peluang dan perlu berusaha menempatkan diri mereka di pasaran dunia.

"Untuk itu, kita memerlukan lebih banyak syarikat pemula niaga Bumiputera untuk meningkatkan pembangunan negara dan di sinilahTERAJU memainkan peranan yang penting sebagai Penyelaras utama agenda ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera bertrajektori tinggi melalui program skim permulaan perniagaan SUPERB.

"Saya percaya program ini berupaya mencungkil bakat serta membina kapasiti usahawan Bumiputera untuk bersaing di tahap global," katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted