• Tidak ada hasil yang ditemukan

bicara patrotisme - eHebahan - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "bicara patrotisme - eHebahan - UKM"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

KENYATAAN MEDIA

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PROGRAM : BICARA PATROTISME

Fakulti Pendidikan UKM telah mengadakan program Bicara Patrotisme pada 22 Ogos 2022 di bilik Majlis Bangunan Canselori UKM. Program ini adalah anjuran kerjasama daripada Fakulti Pendidikan, Pusat Kesatria dan Universiti Negeri Yogjakarta dijalankan secara Hybrid.

Isu berkaitan patriotisme sering dibincangkan diperingkat global bahkan turut ditekankan dalam sistem pendidikan bertujuan untuk membangunkan semangat jati diri generasi muda yang menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Isu ini juga sering dikaitkan dengan perjuangan yang menjiwai kepentingan bangsa dan negara. Selain itu, semangat patriotisme dapat menonjolkan semangat juang yang tinggi bagi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Namun, permasalahan yang sering kali wujud ialah kurangnya pengetahuan dan kesedaran masyarakat dalam mencapai hasrat ini. Justeru, program ini merupakan satu platform yang terbaik untuk memberi kefahaman, meningkatkan komitmen dan tanggungjawab masyarakat terhadap bangsa dan negara.

Bicara Patriotisme ini dijangka akan memberikan pemahaman mengenai konsep patriotisme disamping menyuburkan komitmen dan tanggungjawab rakyat terhadap bangsa dan negara. Menerusi sesi deklamasi sajak dan pidato bertemakan patriotisme, isu ini dapat dibincangkan dengan lebih mendalam dan peserta dapat memahami pelbagai perpektif patrotisme dalam pelbagai konteks yang berbeza (tempatan dan antarabangsa). Disamping itu, bicara ini merupakan

(2)

platform terbaik buat UKM bagi mengembangkan dan menguatkan jaringan antara universiti di peringkat global seterusnya meyumbang kepada kerjasama dan perkongsian kepakaran dalam pelbagai aspek termasuklan penyelidikan dan inovasi pada masa hadapan.

Bicara patrotisme ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan, Industri dan Masyarakat UKM, Profesor Dato Norazah Nordin. Sebelum bicara dimulakan upacara dengan perbarisan Gimik Kesatria daripada Pusat Kesatria UKM. Terdapat dua sesi yang dijalankan dalam program ini iaitu ucaptama dan deklamasi sajak. Bagi sesi ucaptama disampaikan oleh tiga orang pemidatoiaitu:

Pemidato pertama

Dr. Ir. I Nengah Putra A, ST., M.Si (Han).,IPU., CIPA., ASEAN Eng.

Laksmana Pertama TNI Pemidato kedua

Mej. Khairul Nizam Taib (TUDM)

Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Pemidato ketiga

Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Manakala bagi sesi deklamasi sajak disampaikan oleh : Pendeklamasi pertama

Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang

Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pendeklamasi kedua Prof. Dr. Farida Hanum,

M.Si., Universitas Negeri Yogyakarta

(3)

Hasil daripada bicara ini akan dapat bertukar dan berkongsi hasil penyelidikan mereka melalui mekanisme pembentangan dalam sesi pidato bertemakan patriotisme. Selain itu, peserta dan pembentang dapat mengemukakan pengalaman dan idea dalam mendepani isu dan cabaran penerapan patriotisme dari konteks tempatan dan antarabangsa. Seterusnya, peserta dan pembentang dapat bertanyakan soalan dan memberi cadangan dalam memupuk kesedaran patriotisme dan meningkatkan unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen dan tanggungjawab rakyat terhadap bangsa dan negara.

Sebarang makluman berkaitan boleh ditonton di laman facebook iaitu https://www.facebook.com/fpend.ukmn

FAKULT PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(4)

Referensi

Dokumen terkait