• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sasar 700 peserta sertai Sehari Bersama Jakim 2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Sasar 700 peserta sertai Sehari Bersama Jakim 2022"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Sasar 700 peserta sertai Sehari Bersama Jakim 2022

oleh NORSHAHZURA MAT ZUKI18 Oktober 2022

Program Sehari Bersama Jakim 2022 akan menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat kepada pengunjung.

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyasarkan 700 peserta akan menyertai program Sehari Bersama Jakim 2022 yang akan diadakan di Auditorium Jakim, Putrajaya pada 20 Oktober nanti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, program itu dianjurkan oleh Jakim menerusi Bahagian Pengurusan Halal dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Kecil Malaysia dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai sektor industri.

Menurutnya, seramai 500 peserta dalam kalangan peniaga, pengusaha, pengilang berstatus mikro, kecil dan sederhana manakala selebihnya adalah 200 pelajar dari institusi pendidikan tinggi di Malaysia akan menyertai program itu.

“Program ini memberi fokus terhadap agenda penyaluran maklumat dan informasi pensijilan halal Malaysia seterusnya membangkitkan kesedaran dalam kalangan usahawan terhadap kepentingan Sijil Pengesahan Halal Malaysia khususnya kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana di Malaysia.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

”Program Sehari Bersama Jakim 2022 menyasarkan empat objektif utama iaitu

memperkasa kesedaran pengusaha mikro, kecil dan sederhana terhadap kepentingan pensijilan Halal Malaysia. Program ini juga memperkasa jaringan kerjasama dan menghubungkan di antara pengusaha mikro, kecil dan sederhana dengan pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dalam pensijilan Halal Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Hakimah berkata, program itu dijangka akan memberi kesedaran kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana mengenai manfaat pensijilan Malaysia seterusnya

menyertai keluarga Halal Malaysia dan menerokai pasaran tempatan dan antarabangsa secara bersama.

“Program ini juga akan mewujudkan platform perkongsian pintar dan strategik kepada pengusaha mikro, kecil dan sederhana mengenai kepentingan bagi

mewujudkan kolaborasi di antara pengusaha-pengusaha dalam rangkaian bekalan makanan,” jelasnya.

Beliau berkata, program Sehari Bersama Jakim akan melibatkan beberapa pengisian penting termasuk seminar daripada pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia berkenaan kepentingan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan keperluan- keperluan terkini, Klinik Halal Malaysia dan Pameran Halal Malaysia.

“Turut diadakan ialah perkongsian maklumat bersama agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan agensi terlibat dalam membangun rantaian E-Bekalan Digital, kesedaran halal kepada pengguna dan pendedahan halal kepada pelajar.

“Program itu juga mengadakan pertandingan kulinari bagi produk makanan halal antara pelajar untuk menyuntik kesedaran halal, jualan secara kendera saji dengan kerjasama SME Mobile Truck Association Malaysia dan Islamic Fashion Presentation,”

kata Hakimah.

Referensi

Dokumen terkait

PIYAKORN WHANGMAHAPORN LEVEL OF STUDY DOCTOR OF PHILOSOPHY IN PUBLIC ADMINISTRATION FACULTY GRADUATE COLLEGE OF MANAGEMENT SRIPATUM UNIVERSITY YEAR 2011 ABSTRACT The purpose of

Following the hypotheses, this research measures results in several ways: 1 According to the number of campaigns either launched or successful, 2 With the amounts targeted or raised at