Buletin
KELUARAN 1/2015
BILANGAN : 4 http://state.water.gov.my/wp
Pada 18 Mac 2015 Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir Ahmad Husaini Bin Sulaiman Ketua Pengarah JPS Malaysia telah mengadakan lawatan sempena persaraan beliau. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Dato’ Zainor Rahim Bin Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah I. Kedatangan beliau telah disambut oleh Pengarah JPS WPKL iaitu YBhg. Dato' Hj.
Abu Bakar bin Mohd Yusof dan semua kakitangan. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan kakitangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya , JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi telah berjaya menerbitkan Buletin Wilayah untuk tahun 2015.
Tujuan utama penghasilan Buletin adalah sebagai satu medium perkongsian dan penyebaran maklumat tentang aktiviti dan projek-projek penting yang dilaksanakan oleh JPS WPKL . Segala program yang dijalankan adalah fokus kepada keperluan pelanggan dengan objektif utama untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk bandaraya dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat pertumbuhan ekonomi yang berdaya maju.
Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh Timbalan Pengarah JPS Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
PENASIHAT : Ir. Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar PENYELARAS : Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh KETUA EDITOR : Ir Marina Binti Abdul Karim EDITOR/PEREKA GRAFIK : Zarinah Binti Zainal
Penerbitan
Bahagian Korporat, Kualiti Dan ICT Jabatan Pengairan Dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Sultan Salahuddin 50626 Kuala Lumpur
TEL: 03-26981711 FAKS: 03-26932285
Selain itu, Buletin ini juga memaparkan kepelbagaian usaha-usaha dan aktiviti yang telah dijalankan di JPS WPKL. Aktiviti-aktiviti ini menjurus ke arah usaha penambahbaikan secara berterusan untuk meningkatkan mutu pencapaian Jabatan dan juga warganya. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan tugas yang diamanahkan sentiasa mencapai tahap yang cemerlang selaras dengan Dasar Kualiti JPS.
Sebelum mengundur diri, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa dan kakitangan yang telah menyumbangkan artikel, idea dan tenaga dalam menghasilkan buletin ini. Komen anda semua dialu-alukan bagi membolehkan penambahbaikan dibuat untuk keluaran akan datang. Saya berharap buletin ini dapat dikeluarkan setiap tahun.
| 2
| 3 TAKLIMAT PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK
Taklimat ini telah diadakan pada 17 April 2015 bagi menambah pengetahuan pegawai-pegawai JPS Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur berkaitan pengendalian pentadbiran kontrak dengan lebih teratur dan sempurna. Taklimat ini disertai seramai 40 orang kakitangan JPS yang terdiri daripada kakitangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pusat Kawalan SMART dan Pejabat Lembangan Sg Klang (PLSK). Taklimat ini telah disampaikan oleh Sr. Dr. Mahmudah Binti Yahya.
Pada 3 April 2015 wakil dari Syarikat HHE Trading
telah memberi taklimat mengenai produk Innoval
Wire kepada kakitangan JPS Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Taklimat ini telah diadakan di Bilik
Mesyuarat Utama JPS Wilayah Pesekutuan Kuala
Lumpur. Seramai 40 orang kakitangan telah
menyertai taklimat tersebut terdiri dari Ketua
Bahagian, Penolong Pengarah dan Penolong
Jurutera. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi
memberi pendedahan kepada kakitangan
Jabatan ini mengenai fungsi ‘Welcage’ InnoGal
Gabion dan InnoGal WeldFence.
KURSUS MEMBUKA MINDA SEPARA SEDAR (UNMASKING THE
UNCONSCIOUS MIND)
| 4
Seramai 30 orang kakitangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengikuti kursus
‘Unmasking The Unconscious Mind’ yang diadakan pada 28 hingga 30 April 2015 di JPS Ampang.
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Dalina Binti Ismail
dari Quin Consult. Tujuan kursus ini adalah bagi
memberi pendedahan kepada peserta mengenai
fenomena aneh yang berlaku kepada kita setiap
hari. Selain itu kursus ini mengajar peserta
mengetahui dan memahami bagaimana ia
mungkin boleh berlaku dan memberi banyak
keselesaan kepada kita untuk meneruskan
kehidupan seperti biasa serta pada masa yang
sama belajar untuk menghargai kuasa minda
bawah sedar.
PERSARAAN PENGARAH DAN PERTUKARAN KAKITANGAN
Majlis 10 Jun 2015, RABU
| 5
Majlis persaraan Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL), YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof telah diadakan pada 10 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis diserikan dengan kehadiran kakitangan yang bertukar serta bersara.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Encik Sharkawi Bin Mohd Said. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah, Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh.
Seterusnya ucapan daripada yang diraikan dengan dimulakan oleh YBhg.
Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof.
Beliau telah bertugas di JPS selama 36 tahun dari tahun 1979 sehingga 2015.
Sepanjang 4 tahun di JPS WPKL beliau merupakan seorang Ketua Jabatan yang sentiasa ceria dan dihormati.
Turut diraikan ialah empat orang kakitangan yang akan bertukar dan seorang yang bersara. Mereka yang bertukar ialah En. Sharul Nizam bin Abd.
Aziz, Pn. Nurhayati binti Elias, Pn. Nor Faezah binti Rozaini merupakan Penolong Jurutera (J41) yang berpindah ke Bahagian Korporat JPS Malaysia dan Dr Mahmudah binti Yahya merupakan Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan (J48) yang bertukar ke Bahagian Ukur Bahagian JPS Malaysia. Manakala yang bersara adalah En. Shaharudin Bin Yahya merupakan Tukang K3 (R14).
Bagi pihak JPS WPKL, sekalung penghargaan untuk mereka ke atas sumbangan cemerlang di sepanjang perkhidmatan dan semoga maju jaya.
| 8
6 JUN 2015, SABTU
Kelab Sukan Dan Kebajikan (KEJAPS) JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan satu Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK JPS Malaysia 2015 pada 6 hingga 7 Jun 2015 bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan bagi kategori lelaki dan Alamanda, Putrajaya bagi kategori wanita. Setiap negeri telah menghantar pemain- pemainnya termasuk Sabah. Juara kategori lelaki keseluruhan telah dimenangi oleh negeri Kelantan. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Johor A dan ketiga dimenangi oleh negeri Kedah. Manakala juara bagi kategori wanita keseluruhan pula dimenangi oleh negeri Selangor, tempat kedua dimenangi oleh negeri Perak dan ketiga dimenangi oleh negeri Pahang. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof selaku penaung KEJAPS. Majlis juga telah diserikan dengan pemotongan kek berbentuk tenpin bowling sempena persaraan beliau.
Hari Inovasi ini telah diadakan pada 12 Ogos 2015 di perkarangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL).
Tujuan majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai produk-produk inovasi dan mendidik supaya boleh berfikiran kreatif selaras dengan motto hari inovasi JPS WPKL iaitu Inovasi Pemacu Transformasi.
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah JPS WPKL iaitu Ir Hajah Bibi Zarina Binti Che Omar. Majlis diteruskan dengan pembentangan produk inovasi daripada syarikat-syarikat pembekal. Manakala En. Daniel Liew
telah membuat pembentangan mengenai EMS ISO 14001:2008 dan En.
Mohammad Razali selaku wakil pengurusan telah membuat pembentangan mengenai MS ISO 9001:2008. Di dalam majlis ini juga, Jabatan telah memberikan anugerah cetusan idea inovasi kepada Puan Zarinah Binti Zainal kerana idea beliau telah memenangi tempat kedua kategori cetusan idea inovatif pada Hari Inovasi JPS 2014. Majlis diakhiri dengan lawatan Pengarah JPS WPKL ke tapak pameran.
12 OGOS 2015, RABU
JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur