Title Pengalaman KGMS: Suatu kenangan Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad
Copyright © 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad
MALAMAMAL
KESA TUAN GURU-GURU MELA YU SINGAPURA
JUMAAT 3 JUN 1988 JAM 8.00 MALAM
CANNING ROOM, WESTIN STAMFORD & WESTIN PLAZA RAFFLES CITY, SINGAPURA
TETAMU TERHORMAT
YANG BERHORMAT DR AHMAD MATT AR MENTERI SEKITARAN DAN MENTERI BERTANGGUNGJA WAB BAGI EHWAL
MASY ARAKAT ISLAM
* Penubuhan KGMS,
Dalam Mesyuarat Agung K.has pada 10 Mei 1946 yang diadakan di Sekolah Melayu Kota Raja, guru-guru Melayu Singapura memutus- kan untuk membubarkan Persekutuan Guru- guru Melayu Singapura (nama baru bagi Perhim- punan Guru-guru Melayu Singapura) yang di tubuhkan pada tahun 1926. Sebagai gantinya guru-guru telah memutuskan untuk menubuh- kan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS).
Persekutuan/Perhimpunan yang bercorak kebajikan semata-mata itu dibubarkan, diganti- kan dengan kesatuan sekerja (trade union) yang akan menumpukan ke:;iatannya untuk membela nasib ahli-ahlinya iaitu guru-guru Melayu Singapura sambil mengutamakan soal-soal pelajaran- dan pendidikan guru-guru serta masalah persekolahan anak-anak dan masya- rakat Melayu.
Pendaftaran KGMS sebagai kesatuan sekerja telah terdaftar pada 13 Jun 1947.
Walaupun KGMS telah sama-sama aktif menubuhkan Kesatuan Persekutuan-perse- kutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (sekarang Malaysia) di Klab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pad a bulan April 194 7, malah pada tahun 1947 itu, Yang Dipertua KGMS (almarhum Cik gu Haji Abdul Rahman b Mohd Said) telah dilantik menjadi Yang Dipertua KPGMS menggantikan YDPnya yang meletak- kan jawatannya, namun apabila KGMS terdaf- tar di bawah Trade Union Ordinance pada 13 Jun 1947 itu, KGMS terpaksa menarik diri dari KPGMS kerana KPGMS (pada masa itu) masih merupakan persatuan kebajikan sedang- kan KGMS sudah menjadi kesatuan sekerja.
Bagaimanapun, kerjasama dalam hal-hal yang mengenai kebajikan dan kepentingan bersama masih sentiasa berjalan dengan baik;
apalagi setelah negeri-negeri di Semenanjung menjadi Persekutuan Tanah Melayu dan perse- kutuan-persekutuan guru-guru Melayu di PTM itu menukar dasarnya menjadi kesatuan sekerja.
Setelah menjadi kesatuan sekerja, dalam banyak ha!, kegiatan KGMS merupakan "per- tentangan pendapat" antara kerajaan kolonial Singapura sebagai majikan dengan KGMS mewakili ah1i-ahlinya sebagai pekerja. Dalam satu keadaan, ahli-ahli KGMS yang menjadi buruh kerajaan dan menjadi alat kerajaan ter- paksa melaksanakan dasar kerajaan (sebagai majikan), manakala dalam keadaan Jain KGMS (sebagai kesatuan sekerja) berhak pula menegur dan mencela segala ketidakadilan majikan yang dilakukan terhadap buruhnya, malah KGMS berhak pula menuntut kesaksamaan yang wajar.
* Markas KGMS
Pada masa bernama perhimpunan dan per- sekutuan, kerajaan kolonial meminjamkan kita bangunannya (bekas Sekolah Melayu Rochoh) di No 52, Palembang Road, sebagai rumah per- sekutuan (pejabat persekutuan) dan tempat guru-guru datang bermain catu r dan billiard!
Tetapi, apabila persekutuan menjadi kesatuan sekerja yang kegiatan dan tindakannya sudah
\ berlainan, maka kerajaan mengambil balik'.
bangunan itu dijadikan sekolah pertukangan (craft school) bagi kanak-kanak lelaki.
Hal yang demikian itu telah membawa KGMS keluar dari bangunan itu berpindah
"menumpang" di tempat kediaman YDPnya, almarhum Cik ·gu Abdul Rahman b Mohd Said, di No I, Lorong H, Teluk Kurau. Dari situlah operasi kegiatan KGMS dilancarkan.
Dalam paoa itu, menerusi pementasan- pementasan yang diusahakan oleh Badan Kesenian KGMS di Happy World (sekarang:
Gay World) dan di New World, derma pem- binaan rumah kesatuan mulai dikumpulkan. Saya masih belum Jupa bagaimana saya berla- kun sebagai Laksamana Perwira J aya dalam
"Keris Sempana Riau" (Disember 1951) dan sebagai Si Bongkok dalam "Si Bongkok Tanjung Puteri" (1953).
Menerusi Mesyuarat Agung ke-10 dalam tahun 1956 barulah KGMS memutuskan untuk mengenakan "derma tetap" kepada ahli-ahlinya sebanyak seringgit sebulan atau $10.00 per- orang, sehingga tercapai matlamat tidak kurang daripada $35,000.00 (pada masa itu jumlah wang $30,000.00 itu adalah terlalu besar!) untuk membina rumah Kesatuan.
Dengan pengumpulan derma rumah kesatuan demikian itu, KGMS telah dapat membeli sebidang tanah di Dunbar Walk, East Coast Road, dengan harga $6,714.00 pada tahun 1958. Plan rumah sudah disipakan, ran- cangan memperhebat pengumpulan dana rumah kesatuan telah dilaksanakan (masa itu belum ada idea "walkaton" atau "jog.a-walk") tetapi masalah yang menggagalkan pembinaan rumah di Dunbar Walk itu ialah adanya squatters (penduduk haram) di tanah itu.
Penduduk haram itu tidak mahu keluar dari situ melainkan KGMS memberinya rumah tempat tinggal dan wang pampasan yang sukar disetujui oleh KGMS. Kerana Jambatnya pem- binaan rumah di Dunbar Walk itu, banyak ahli yang mulai kehilangan kepercayaan · ada yang putus hara~1 . maka akibatnya: pengumpulan dana rumah kesatuan menjadi Jembap (pada masa itu sistem check-pff belum diperkenal- kan).
JKP KGMS mengubah rancangannya untuk menjual tanah yang di Dunbar Walk itu dan'- membeli rumah yang di No 89, Still Road, dalam tahun 1965. Dalam Penyata Tanggungan dan Harta KGMS berakhir 31 Disember 1965 · terdapat catatan:
Tanah di Dunbar Walk senilai Rumah 89 Still Road
Bayar cukai tanah Dunbar Walk Cukai pintu 89 Still Road
$ 5,902.35 37,100.00 106.30 524.40 Benarlah bahawa alam m1 tiada kekal.
Pembangunan Singapura dan peluasan Still Road yang menggugat rumah kesatuan kita itu hanyalah penyebab semata-mata. Hakikatnya rumah itu sudah tua, kurang sesuai dijadikan rumah kesatuan (walaupun dia sudah kita guna- kan lebih dari pada 20 tahun). Rumah itu perlu diubahsuai. Inilah yang sebenarnya meminta
perhatian yang penuh dan tindakan yang serius sekalian ahli kesatuan.
* Perjuangan KGM~
1. tuntut gaji
Memperjuangkan kehendak perlembagaan 2(a) dan 2(b), dari semenjak tertubuhnya, tidak berhenti-henti KGMS mengemukakan memo- randum, menuntut perbaikan dan berunding dengan kerajaan tentang tanggagaji guru-guru Melayu dari semua peringkat: bermula dari suruhanjaya gaji Trusted.. Benham.. Cowgill dan membawa ke suruhanjaya gaji Staff Side.
Hasil daripada tuntutan, desakan, perundi- ngan dan penerimaan bersyarat KGMS, guru- guru (yang ahli KGMS dan yang bukan ahli) telah menerima perbaikan gajinya; bukan sahaja guru-guru yang teraltih, malah guru-guru dalam latihan dan guru-guru agama juga menikrnati hasil perjuangan KGMS itu.
Sekadar untuk tatapan; mungkin dapat menjadi renungan kepada yang suka berfikir, saya salinkan surat dari guru-guru agama ten- tang ~a.tu daripada keberhasilan perjuangan KGMS itu:
Yang Dihormati Yang Dipertua
Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura Dengan Kesejahteraannya.
Tuan,
Ucapan Terima Kasih
Ada/ah dengan hormatnya saya memak- lumkan bahawa sebagaimana yang telah diketahui bahawa Latihan Guru-guru Agama yang tuan perjuangkan itu telah pun dilaksana- kan oleh Kementerian Pelaj,1ran Singapura sejak pertengahan bulan Jun yang lalu.
Nyatalah bahawa perjuangan Kesatuan dalam latihan Guru-guru Agama ini telah pun berjaya.
Meskipun masanya telab berlalu bampir dua bulan, namun belumlah terlambat untuk saya bagi pihak rakan-rakan sejawat menyam- paikan kesyukurannya terhad~p Allah dan ucapan terima kasib yang tiada batasnya kepada Kesatuan yang telah begitu ghairah memper- juangkan perkara tersebut dari masa ke semasa, perundingan demi perundingan dengan tidak jemu-jemunya.
Tuan,
Sebenarnya kesungguhan dan kesanggupan guru-guru agama menyertai latihannya selamq dua tahun itu adalah kerana did orang oleh kese- daran dan jauh pandangannya terhadap pela- jaran murid-murid yang didiknya, di samping menambah pengetahuan untuk dapat menye- suaikan diri mereka dengan masa angin peru- bahan sekarang, lebih dari itu mereka ingin dapat kedudukan yang sama dengan lain-lain guru. Mudah-mudahan hal ini sentiasa dalam perhatian Kesatuan.
Sekian sahaja, salam bahagia dari guru-guru agama kepada tuan dan sekalian Jawatankuasa Pengelola. Terima kasih.
27 Julai 1965.
}-format dari saya.
(tt) Othman jantan bp. Guru-guru Agama
2. majudiri ahli-ahli
Selain daripada perjuangan memeperbaiki taraf hidup dengan menuntut gaji yang muna- sabah, ilmu yang bertambah dan latihan yang sesuai, KGMS telah menubuhkan badan-badan kegiatan untuk para ahlinya mempertajam bakat mereka sambil berkhidmat dalam bidang yang sejajar dengan ketrampilan dan keupa- yannya . . . .
Badan-badan kegiatan yang ditubuhkan itu ialah Badan Kebajikan, Badan Penerangan dan Persuratan, Badan Kesenian dan Kebudayaan, Badan Permainan, Badan Pelajaran dan Badan Rumah Kesatuan. Badan-badan itu dianggotai oleh jawatankuasa kecil yang memikirkan, me- ngatur dan melaksanakan kegiatan tertentu bagi pihak KGMS apabila KGMS dihubungi dan diminta kerjasama oleh badan-badan luar.
3. mambangun masyarakat
(A) Menerusi Badan Penerangan &
Persuratan, KGMS telah menganjurkan pertemuan dengan penulis, pengarang dan ahli bahasa di Singapura lalu menubuhkan Lembaga Baha~a Melayu pada 1 September 1950 untuk memajukan bahasa Melayu di Singapura. Dalam tahun-tahun '50 dan '60-an, Lembaga Bahasa Melayu bergilir-gilir dengan Asas 50 mengadakan ceramah bahasa melalui Radio Malaya, Singapura (sekarang SBC).
(B) KGMS telah menganggotai Panitia Kongres Persuratan Melayu yang pertama, mengadakan kongres itu di Singapura pada 12 dan 13 April 1952; kemudian menyertai kongres keduanya di Seremban pada 31.12.
1953 hingga 2.1.54; dalam kongres itu KGMS telah mencadangkan supaya perkembangan bahasa dan sastera Melayu moden disalurkan menerusi tulisan rumi. Keputusan itu telah dihalusi dan dibawa ke kongres ketiga pada 16 hingga 21 September 1956 yang akhirnya ditubuhkan jawatankuasa ejaan kongres, Melindo dan setelah selesai konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia terbentuk pula MBIM (sekarang sudah jad' MABBIM) yang bertugas menyusun dan menyekatakan ejaan rumi baru (yang kita pakai sekarang).
(C) KGMS telah mempelopori penubuhan Jawatankuasa Pelajaran Melayu Singapura yang dianggotai oleh 54 buah pertubuhan Islam pada tahun 1954; kemudian mendaftarkan jawatankuasa itu sebagai badan gabungan bagi pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan nama Majlis Pelajaran Melayu dalam tahun 1955. MPM memperjuangkan pelajaran Melayu di Singapura. KGMS telah sama MPM membantah rancangan re-orientasi pelajaran bagi sekolah Melayu dan menuntut diadakan sekolah yang menggunak:,n bahas:i Melayu sebagai penghantar pelajaran dari peringkat rendah, menengah dan pra-U.
(D) Dalam tahun 1957, KGMS bersama- sama pertubuhan-pertubuhan budaya Melayu menubuhkan Lembaga Tetap Kongres menurut keputusan kongres ketiga KPBMM 1956. Dan telah menganggotai panitia Kongres Kebudayaan Melayu (bahagian selatan) yang mengadakan kongres itu di Melaka pada akhir tahun 1957.
Majlis Pelajaran Melayu dan Lembaga Tetap Kongres ialah di rumah KGMS semenjak di No 1 Lorong H Teluk Kurau, ikut pindah ke 89 Still Road hinggalah sebelum pertubuhan- pertubuhan itu terbubar dengan sendirinya setelah tidak berfungsi lagi.
KGMS tidak menjadi kerabat Majlis Pusat yang ditubuhkan dalam tahun 1968 kerana kerabat Majlis Pusat ialah pertubuhan bukan- politik yang terdaftar di bawah Registry of Societies sedangkan KGMS terdaftar di bawah
Registry of Trade Union! ·
Dalam pelibatannya dengan pergerakan di luar KGMS, banyak pemimpin KGMS yang ter- libat secara langsung dan aktif di sana. Mentelah pula apbila Singapura merdeka pada tahun 1965 KGMS banyak terlibat dengan soal-soal kebangsaan. Hal demikian menjadikan seolah- olah KGMS memberi keutamaan kepada masalah kebangsaan dan mengurangkan perha- tiannya terhadap kepentingan ahli-ahlinya.
Saya turunkan di bawah ini: tulisan saya yang telah disiarkan menerusi Berita Kesatuan bilangan 3 keluaran April-Mei 1968 sekadar untuk' tnelihat gambaran tentang peristiwa itu.
Rakan-rakan sejawat ...
Pada 13hb Jun 1968 ini, umur Kesatuan kita akan genap 31 tahun,. Ini jelas menun- jukkan babawa kita telah sama-sama berjuang memelibara dan membaiki keadaan hidup kita selama 21 tahun. Selama 21 tahun itu Kesat·Jan telab mengambil bahagian yang cergas; bukan sahaja dalam gerakan guru-guru tetapi juga dalam gerakan-gerakan yang mengenai orang Melayu khasnya dan rakyat Singapura umum- nya. Kita telah bersama-sama menghidup dan menggerakkan Maj/is Pelajaran Melayu; kita telah bersama-sama mengasas dan mengis1 Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud; kita telah bersama-sama menyertai gerakan-gerakan per- guruan dan pendidikan di Singapura ini; kita telah mengerati gerakan pelajaran serantau ma/ab sedunia di mana-mana peluang terbuka.
Semenjak Singapura merdeka, Kesatuaa telah banyak menghabiskan masa untuk ber- bagai-bagai gerakan kebangsaan sehingga kadang-kadang seakan-akan lupa kepada anggota-anggotanya sendiri. Semenjak merdeka kita lebih banyak memikirkan soal-soal kebang- saan dan ini menyebabkan tenaga yang ditum- pukan kepada anggotanya sendiri menjadi agak kurang seimbang. Hubungan jabatan pertad- biran kita dengan anggota-anggota seakan-akan menjadi longgar! Pungutan yuran, misalnya, menjadi kurang pesat padahal belanja urusan bertambah besar; kemusykilan-kemusykilan anggota agak lambat diselesaikan dan pelbagai hal-hal remeh kurang mendapat perhatian.
Kelemahan-kelemahan ini berlaku bukanlah kerana ]awatankuasa tidak bekerja, tetapi ialab kerana perhatian kita terlalu tertumpu keluar.
Kita harus menyertai seberapa boleh gerakan- gerakan kebangsaan walaupun terpaksa mengor- bankan kepentingan diri sendiri. lnilah yang menyebabkan perbatian keluar dan ke dalam kita menjadi kurang seimbang!
telah diperkemas, disamping memperjuangkan kebangsaan, kepentingan-kepentingan anggota diperhatikan leb·h berat. Dalam tahun ini Kesatuan telah menganjurkan kelas-kelas: Kursus Musik untuk · anggotanya; kursus pimpinan (sekarang disebut bimbingan) untuk anggota-anggota yang hendak masuk periksa upgrading (penataran) TUOS ke SITC dan masuk periksa MCE atau sebagainya sedang diaturkan. Langkah menuntut perbaikan gaji guru-guru agama sedang diperhebat. Dalam pada itu usaba memnugut derma pertahanan Singapura · daripada anggotanya sedang dijalankan juga.
Saya percaya bahawa rancangan ini hanya akan berjaya jika mendapat sokongan yang penuh daripada sekalian anggota. Hanya inilah yang dipinta oleh pucuk pimpinan Kesatuan daripada anggota-anggotanya. Berilah sokongan yang dipinta itu, perkukuhkanlah perpaduan insya-Allah Tuhan akan mengabulkan segala cita-cita yang kita perjuangkan. Dengan sokongan dan perpaduan itu akan dapatlah kita menghadapi cabaran-cabaran yang sedang meranjau didepan kita sekarang. Ada 1001 ranjau yang sedang mencabar kita dan anak kita yang mesti kita tempuhi dengan penuh berani, dan percayalah bahawa hanya dapat kita lalui itu semua dengan perpaduan dan sokongan anggota sekalian!
Tunjukkanlah perpaduan dan berilah sokongan saudara-saudara sekalian mulai sekarang!
Muhammad Arif[ Ahmad Timbalan Yang Dipertua.
Semua yang dikisahkan di atas ialah merupakan pengalaman KGMS yang masih tersemat dalam kenangan saya. Saya telah mula tidak aktif di KGMS semenjak pertukaran JKP KGMS 1969-1970 iaitu semenjak saya keluar dari General Hospital setelah dirawat di situ selama 42 hari.
Kebanyakan pejuang yang telah rnenjayakan KGMS dalam zaman yang dikisahkan tadi sudah pencen; ada yang sud ah meninggal dunia. Kebanyakan apa yang dinikmati oleh guru-guru sekarang ini, secara langsung atau tak langsung, adalah hasil dari kegigihan, keikhlasan dan prakarsa pejuang- pejuang itu, yang telah berjuang dengan motto KGMS: bekerja dan berbakti.
Sarna seperti buah durian yang kita makan sekarang ialah r.asil tanaman (bukan tumbuhan) datuk nenek kita, maka adalah wajar jika kita menanam durian yang terjamin QCnya untuk dinikmati oleh anak cucu kita pula!
SEKlAN
Oleh
HAJI MUHAMMAD ARIFF AHMAD