• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1993 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1993 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Title Mamoir

Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1993 Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

roam I - Mas 1993 0606 0900

. MAMOIR ..

1 RINGKASAN BIODAT�

Nama sebenar:

NanJ.a pena:

Tarikh lahir:

Tempat lahir:

MUHAMMAD ARIFF bin AHMAD [Haji 1975, 1983]

M.Arba, P.L.Rajaudang, M.Foerida, Mas, S.P.10, Mas Malaya, Mas Tanjung Malim, Perwira Jaya, Minamoria.

Sabtu, 06 Disember 1924

=

09 Jamadil-Awal 1343.

25 Outram Road, Singapura.

Kerakyatan: SINGAPURA.

Kad Pengenalan/Paspot Singapura (pink)" No xxxx415/J.

Status perkahwinan: Kahwin [Sarinah ht Haji Haniff (Hajah 1983)] 12.12.1953 + 4 anak [21elaki + 2perempuan]

Persekolahan dan Pendidikan

Kelulusan dan Kelayakan Kursus lain

Pekerjaan [ sekarang]

Pemah Jllenjawat:

= Muhammad Shahrir 14 Oktober 1954

= Shahrazat 05 September 1955

= Shahrulbariah 16 Januari 1963

=

Muhammad Shahperi 22 Februari 1965.

1933 - 1937 Sekolah Melayu Tanglin Besar, 1938 - 1940 Sekolah Melayu Tanglin Tinggi,

1942 Syonan Nippon Gakuen,

1943 Syonan Tokubetu Si Sihan Gakko, 1945 - 1949 Sultan Idris Training College, Tg Malim.

Perguruan SITC Tanjung Malim, Malaya 1959 Sijil Pelajaran Malaysia (sendiri) 1965

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (sendiri) 1966 Linguistik [Melayu] IMS Universiti Singapura 1967 Edon Measurment & Evaluation di IE 1969.

PESARA [Pegawai Pelajaran Kanan (SEO3)]

PENULIS BEBAS (sastera & budaya)

[pt] Pensyarah Bahasa dan Kebudayaan di NIE,

[pt] Penulis Khas (bahasa & budaya) di Derita Harian, [pt] Penulis Skrip (Sari Bahasa & Mestika Pusaka) di

Radio Warna SBC.

[pt] Ketua Editor Kht SEKATA ijoumal bahasa) MBMS.

mantan Guru Sekolah Melayu 09.11.1940 - 31.12.1959

mantan Pensyarah TIC & IE 01.01.1960 - 09.09.1979

mantan Editor MEKAR (MOE) 10.09.1979 - 31.01.1981

mantan Editor Kht Warita MUIS 01.06.1977 - 31.05.1988

mantan Anggota Pengarah SBC 01.02.1980 - 31.01.1987

mantan Penulis Khas IRK CDIS 01.03.1983 - 22.02.1987

(3)

Anugerah dan Kehonnatan:

Hadiah Sastera [penghargaan] 1965 esei Hadiah Sastera [penghargaan] 1967 novel Pingat Bakti Setia 1980 Jasawan Majlis Pusat PPBMS 1984 Jasawan Persuratan PWMS 1987

Jasawan Guru KGMS 1987

Cultural Medallion (literature) 1987 NBDC Book Award (poetry) 1990 Anugerah Jasa Cemerlang MUIS 1991 Anugerah Tun Seri Lanang MBMS 1993

2 KARYA (CETAKAN) 2.1 Buku-buku Teks:

1. Jalan Bahasa Mudah [tata bahasa] 1957 2. Bahasa Negaraku bk 1 - 6 1959-1962 3. Asas Tatabahasa [menengah] 1964 4. Panduan Tatabahasa Melayu [umum] 1982

Geliga Limited Marican & sons Pustaka Melayu Kader Brothers

mamoir [2]

5. Asas Bahasa Melayu Baru [+YL] bk 1 - 4 1983-1985 6. Pengetahuan Islam [+SAJ] bk 1 - 2 1983-1984 7. Buku kerja Pengetahuan Islam - 4 buku 1985-1986 8. Sari Mestika Bahasa bk 1 - 3 [edit] 1988-1989

Pan Pacific Book Distr.

CDIS+MUIS CDIS+MUIS CDIS+MOE 9. Buku Bahasa (Melayu)- 8 buku [edit] 1990-1993 Lang Center MOE 2.2 Bacaan Tambahan bagi kanak-kanak:

. 1. Tok Sumang 2. Sri Tri Buana 0awi]

3. Duabelas Orang Masyhur 0awi]

4. Dang Anum 0awi]

5. Adam Kena Hujan [drama]

6. Pak Pandir Modem

7. Skrip Vedio ETV [IRK] - 8 skrip 2.3 Antologi Puisi:

1. Puisi elayu Baru [bersama]

2. Pancaran Sajak [bersama]

3. Gema Temasik [bersama]

4. Tiga Wama Bersatu [bersama]

5. Jangan Tak Ada [sendiri]

6. Mengenangmu (1933-1986) [bersama]

2.4 Antologi Cerpen:

1. Mekar dan Segar [bersama]

2. Sembilan [sendiri]

3. Expressi [bersama]

4. Temasik [bersama]

1957 1957 1958 1958 1965 1966 1986

1961 1967 1981 1987 1988 1989

1959 1964 1975 1987

Geliga Limited Geliga Limited Geliga Limited Geliga Limited Marican & sons Pustaka Melayu CDIS+MOE

Dewan Bahasa & Pustaka KL.

Pustaka Melayu Majlis Pusat PPBMS

Dewan Bahasa & Pustaka KL Angkatan Sasterawan 50 Dewan Bahasa & Pustaka KL

Oxford University Press KL Ghani & sons

Pustaka Nasional

Dewan Bahasa & Pustaka KL

(4)

2.5 Novel:

1. Sarah Pengarang Kecil 2. Siapa Sangka Oawi]

3. Menangkap Perompak Minigang 4. Pipi Kirinya Bercalar

5. Mail Mahu Kawin

2.6 Buku-buku lain:

1. Bahasa Jiwa Bangsa [ makalah bahasa]

2. Dinamika Budaya [bersama Nadwah]

3. Rasan dan Kesan [kertaskerja bersama]

4. Bicara tentang Adat dan Tradisi

2. 7 Karya-karya lain:

1. Puisi

2. Cerpen/cereka 3. Esei

4. Naskah Drama

5. Naskah Ceramah (a) Ceramah Radio (b) Ceramah Majlis

1957 1958 1972 1973 1976

mamoir [3)

Pustaka Melayu Geliga Limited Pustaka Nasional Pustaka Nasional Pustaka Nasional

1990

Berita Harian/Times Publications.

1991

Majlis Pusat PPBMS

1992

JBMS+MENDAKI

1993

Pustaka Nasional.

6. Skrip Radio [siaran Radio Malaya Singapura; RTS dan SBC/Warna]:

(a) Pengajaran Bahasa (b) Ulasan Buku-buku ( c) Mestika Pusaka ( d) Sari Bahasa ( e) Sebutan Baku

7. Kerta-kertas kerja [seminar; simpusium; bengkel dll].

(5)

marnoir [4]

3 PENGALAMAN BERKARYA 3.1 Jadi Tukang Cerita 1

Semenjak di bangku sekolah lagi, iaitu ketika masih belajar dalam Darjah III di Sekolah Melayu Tanglin Besar [dalam tahun 1935-36

2]

saya telah mulai berkarya - bukan menulis te­

tapi bercerita. Semenjak saya tahu membaca, semangat gemar membaca dan menceritakan semula apa yang saya baca, telah saya miliki.

Saya tidak pasti sama ada kerana tahu membaca itu maka saya gemar membaca atau pun kerana saya gemar membaca maka saya cepat tahu membaca; yang pasti ialah selain dari­

pada buku teks sekolah dan buku-buku bacaan tambahan seperti cerita-cerita

Pu/au Emas, Pu/au Karang, Sang Lomeri, Cerita-cerita Jenaka

[yang mengandungi kisah-kisah

Pak Pandir, Pak Belalang, dan Lebai Malang

], Hikayat-hikayat

Bayan Budiman, Malim Deman, Malim Dewa, Malim Kundang, Awang Sulung Merah Muda

dan yang sebagainya, telah saya baca juga surat-surat khabar

Warta Malaya, Warta Ahati, Warta Jenaka

dan majalah

Tanah

Melayu

dan

Bu/am Melayu

yang dilanggani ayah saya, Ahmad bin Karso (almarhum).

Dalam tahun 1935, ketika berumur sepuluh tahun dan baru menduduki darjah II, sekolah Melayu, telah saya baca terjemahan buku

Melawat

ke

Eropah Tengah.

Walaupun pada waktu itu, pengetahuan saya tentang Eropah tidak ada sama sekali kerana pelajaran Ilmu Alam di darjah II baru setakat mengenal apa yang dikatakan busut,. bukit, gunung dan baru me­

ngenal mata angin pecah lapan, dan saya belum faham akan apa yang saya baca, namun oleh sebab buku itu adalah hadiah yang saya terima sebagai Hadiah Pertama dalam peperiksaan Darjah I ( 1934) maka saya baca juga buku itu

3

Di samping itu, saya baca juga buku-buku luar sekolah seperti

Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Tenglcorak Kering

dan apa sahaja buku yang dibeli dan dibawa pulang oleh bapa saya.

Malah, apabila akhbar

Utusan Melayu

terbit pada 1939,

Utusan Zaman

menjadi bacaan kegemaran saya, terutamanya

ruangan Wak Ketok

dan

ruangan Cerita Rekaannya.

Saya baca bacaan yang tersebut di atas tadi kerana dua sebab yang utama. Pertama:

membaca untuk memenuhi masa bacaan saya

4

Dan kedua: membaca untuk memperolehi sedikit pendapatan menambahkan wang saku sekolah saya

5

2

3

4

Baca Haji Muhammad Ariff Ahmad, kertas kerja kepada Simposium Daruliman II, Kuala Tereng­

ganu, Malaysia 12 - 13 April 1985.

Pada :zaman itu, sekolah Melayu di Singapura memulakan tahun persekolahannya seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Bulan Puasa (Ramadhan) ialah priode cuti akhir tahun; tidak seperti sekarang:

semua sekolah dimulai dari 2 atau 3 Januari tiap tahun Masihi.

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942) hingga sekarang buku itu belum pulang kepada saya.

Waktu kanak-kanak saya, kawalan bapa saya agak ketat. Setelah membuat kerja-kerja sekolah dan kerja rumah, saya disuruh bapa duduk membaca [ sama ada membaca buku. majalah, surat khabar atau membaca Quran] di bawah perhatian datuk saya, Abdul Raza1c bin Sharngan.

Waktu masuk sekolah [1933) saya diberi wang saku dua sen sehari, tetapi waktu saya naik darjah III, adik saya Mohayan bin Ahmad (almarhum) masuk darjah satu, maka saya dapat wang saku satu se- tengah sen [tiga sen untuk dikongsi dua beradik].

(6)

mamoir [5]

Pada zaman saya bersekolah dahulu [1933-1940], hanya segelintir anak-anak gadis yang dapat peluang bersekolah. Kebanyakan ibu bapa memberi alasan: kalau anak gadisnya di­

hantar ke sekolah, kelak mereka akan pandai menulis surat kepada 'budak jantan'

6

! Beberapa orang jiran wanita [gadis-gadis dan ibu-ibu] daripada golongan yang tidak bersekolah itu, sekali dalam seminggu [biasanya pada malan Jumaat] berkumpul dan mengundang saya membacakan buku cerita untuk mereka. Mereka berkongsi memasak bubur kacang atau menyediakan pisang goreng dan kopi-O menjadi cemilan sambil mendengar saya membacakan buku cerita untuk mereka itu.

Selain daripada membacakan hikayat yang saya bawa dari simpanan bapa saya, kadang­

kadang mereka meminta saya bacakan buku-buku roman masyarakat [sekarang disebut orang:

novel atau novellete] setebal antara 16 ke 28 muka surat, yang mereka beli daripada penjaja kitab. Antara buku-buku yang pemah saya bacakan ialah Tuan Kadi Mengambil Cina Buta, Manusia Binatang, Bernang di Lautan Rahsia dan lain-lain.

Lepas membacakan cerita, saya diupahi lima atau sepuluh sen; kadang-kadang mereka masukkan sesen seorang ke dalam mangkuk putih. Selepas membacakan buku cerita, jumlah wang terkumpul itu diberikan kepada saya sebagai upah membaca. Kalau demikian mereka lakukan maka lumayan jugalah pendapatan saya - cukuplah untuk belanja sekolah seminggu, dan lepaslah pula yuran scout saya yang sepuluh sen sebulan itu.

Ada juga kalanya, cerita yang saya bacakan itu seakan-akan membosankan mereka;

tampak mereka tidak seronok. Pada peringkat itu, terpaksalah saya gunakan segala kebijaksa­

naan untuk menghidupkan cerita yang murung itu. Saya hidupkan cerita itu dengan menokok tambahkan di sana sini dengan kisah-kisah yang saya ada-adakan sendiri ataupun dengan me­

masukkan bahagian-bahagian cerita yang pemah saya baca dari buku-buku lain. Hal itu saya lakukan semata-mata hendak menyeronokkan pendengar-pendengar cerita _saya sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Ketika saya belajar di Darjah IIIB [ 1936], guru darjah saya telah mengadakan peraduan bercerita antara murid-murid darjah III seluruhnya

7•

Dengan_menceritakan kisah seorang anak yang bemama Mat Jamin', saya menang nombor satu dalam peraduan bercerita itu. Kisah khayal dan angan-angan Mat Janin saya jadikan asas cerita, tetapi plot dan klimaks cerita itu itu saya ubah.

Kisah

Mat Jamin

itu saya ceritakan:

"Mat Jamin anak miskin tetapi rajin. Pulang dari sekolah dia mengambil upah berjaja pisang goreng dengan dalal sesen bagi tiap julan sepuluh sen. Wang dalal itu dicelengi [ disim­

pan dalam tabung yang dibuat daripada tin susu]. Dua tahun menabung simpanannya agak banyak juga. Dikeluarkan sebahagiannya dijadikan modal berjual bubur kacang. Diupahi kakaknya lima belas sen sehari untuk memasak seling (setengah cupak) kacang hijau tiap hari ..

6

7 8

Satu lagi sumber wang saku sekolah saya ialah menerima upah menuliskan surat jawapan gadis­

gadis yang tak bersekolah itu kepada pemuda-pemuda yang menyurat kepadanya. Selain menerima upah itu, saya dapat berlatih menulis surat dengan bahasa yang baik.

Guru itu ialah Encik Harun b Bajuri (almarhum). Pada masa itu beliau masih guru pelatih.

Nama Mat Jamin itu saya cipta dari nama 'Mat Janin' atau 'Mat Jenin', seorang khayalis yang di­

ceritakan dalam kisah burung terbang dipipiskan /ada - satu daripada cerita-cerita yang terdapat di­

dalam buku Tangga Pengetahuan [lama] - buku bacaanjawi bagi darjah III pada masa itu.

(7)

mamoir (6)

"Pulang sekolah, sambil mengambil dalal berjaja pisang goreng Mat Jamin jajakan juga bubur kacangnya. Tamat darjah IV, Mat Jamin masuk sekolah Inggeris. Kerja sekolah bertam­

bah banyak, Mat Jamin tidak dapat berjaja lagi. Namun, kerana modalnya sudah bertambah juga maka dengan bantuan ibu bapanya, Mat Jamin telah membuka warung kecil di sudut

kawasan rumah bapanya. Warung Keluarga' nama warungnya ..

"Tamat sekolah, lapan tahun kemudian, Mat Jamin bekerja sebagai kerani di Pejabat Daerah. Di samping menjadi kerani di ·Pejabat Daerah, dengan bantuan teman-teman yang telah berhenti sekolah tanpa pekerjaan, Mat Jamin berpeluang berbuat ladang kacang hijau.

Warung Keluarga terus maju dan ladang kacang hijaunya mendatangkan basil yang lumayan.

Akhirnya Mat Jamin berkahwin dengan anak 0.0. yang menjadi ketua pejabatnya."

Cerita

Mat Janin

yang saya baca mengisahkan Mat Janin berangan-angan dari upah memanjat kelapa hendak menjadi saudagar yang kaya raya kemudian hendak berkahwin dengan puteri raja. Dalam angan-angan itu Mat Jenin tercapai pelepah tua lalu jatuh dari pokok kelapa dan mati. Kisah

Mat Jamin

saya ceritakan cita-cita dan usaha seorang anak miskin sehingga berjaya memperbaiki kehidupan keluarga, dan akhimya, berkawin dengan anak 0.0. Inilah kelainan

ceritaMat Jamin

daripada cerita

Mat Jenin.

Cerita borak saya yang mendapat hadiah pertama itu rupanya membebankan saya dengan kerja yang tidak ada kena mengena dengan pelajaran sekolah saya. Semenjak saya menang hadiah bercerita itu, apabila darjah saya hendak mengadakan lakonan ataupun pasukan scout saya hendak mengadakan temasya unggun api, mereka meminta saya buatkan cerita.

saya tidak menulis tetapi saya ceritakan hal-hal yang lucu, kemudian kami sama-sama mengatur cerita itu menjadi persembahan yang menyeronokkan juga9

Ada serangkap pantun yang tersiar di salah satu terbitan majalah

Tanah Melayu

dalam

tahun 1935; sampai sekarang masih saya ingat pantun itu:

lkan selangat banyak bertulang, /sinya lemak digemari orang;

Sulaiman bin Ahmad nama pengarang, Sedikit cakap b

any

ak temberang.

Saya tidak pasti sama ada pengarang majalah

Tanah Melayu

itu bemama Sulaiman bin Ahmad, tetapi nama itu banyak kali disebut dan banyak keluaran majalah

Tanah Melayu

itu.

Bagaimanapun, yang terkesan oleh saya ialah kenyataan pantun itu:

Sulaiman bin Ahmad nama pengarang, sedikit cakap banyak temberang..

Barangkali saya menang peraduan ber­

cerita itu pun disebabkan banyak 'temberang' saya dalam cerita Mat Jamin itu.

3.2 Mula-mula Jadi Penulis

Pada tahun 1938-39, saya telah tamat sekolah dan lulus Darjah V dengan sijil pertama, tetapi untuk menunggukan umur menjadi 16 tahun, saya terpak� duduk belajar di Darjah V setahun lagi sebelum menjadi guru pelatih pada 18 November 1940. Pada tahun itu saya me-

9 Yang lebih lucu ialah apabila teman-teman scout yang mengambil bintang pelawak, dengan cerita lucu saya mereka lulus meraih bintang pelawak itu, sedangkan apabila saya masuk ujian, saya tidak lulus untuk mendapatkan bintang pelawak tersebut.

(8)

mamoir [7]

menangi satu peraduan menulis pantun bagi murid-murid Darjah V seluruhnya.

Pantun yang memenangi hadiah itu ialah:

1. Tempat tinggal di Kampung Cantik,

10

Dekat dengan Wayang Satu;

Naik basikal dua beradik,

Ke Tang/in Tinggi sekolah dituju.

2.

Bulan bercahaya di /angit biru, Bintang berkelip beribu-ribu;

Pindah rumah ke Tiong Bahru,

11

Tapi sekolah tetap di situ.

3.

Anak /cueing terkejar-kejar,

Yang satu bermain ekor ibunya;

Empat tahun sudah be/ajar,

lni/ah konon tahun akhimya.

4. .

Naik sudah ke Darjah Lima,

Be/ajar dengan Cikgu Rahmat;

12

5. Jam bu gajus tinggi pokoknya,

Di Kubur Waka/ dia tumbuhnya;

Ka/au bagus dapat markahnya,

Nak jadi guru konon-kononnya ..

Kemenangan itu, rupa-rupanya, telah mendorong saya mulai suka menulis. Di luar ke­

sedaran saya, perlahan-lahan saya telah berubah dari seorang pencerita menjadi seorang penulis. Sebenarnya, hadiah yang saya terima kerana kemenangan itu tidaklah seberapa - hanya sehelai singlet tak berlengan dan tak padan dengan saiz saya; mujurlah saya -ada seorang adik angkat berumur dua tahun yang sesuai memakainya - namun hadiah itu merupakan sesuatu yang mendorong saya menjadi penulis.

Apabila saya menjadi Petrol Leader Rajaudang di Pengakap Pasukan 41 Singapura pada tahun 1940

13,

saya diminta guru pengakap, S.M. Kasmin Daud (almarhum) menuliskan kegiatan-kegiatan pengakap Pasukan 41 untuk siaran majalah Scouting for boys yang diterbit­

kan Malaya Publishing House di Singapura. Untuk tulisan-tulisan di majalah pengakap itu saya pakai nama

P.L Rajaudang (41).

10

II 12 13

Kampung Cantik terletak di Duneam Road, bersempadankan Whitley Road, Marryn Road dan Kheam Hock Road. Waktu itu saya tinggal di 175 Kampung Cantik, Duneam Road. Kampung Cantik itu sekarang dikenal dengan nama Duneam Estate dan di depan bekas rumah saya telah terbina jalan 'Dalkeith Road'.

Di Tiong Bahru Road. saya tinggal di rumah No 714, dalam kawasanjirat Cina. Di bekas tapak rumah itu sekarang terbina stesen MRT Bukit Merah.

Haji Rahmat bin Haji Tahir (almarhwn) iaitu guru darjah VA yang menganjurkan peraduan menulis pantun itu.

Saya masulc pengakap Pasukan 24 Singapura pada Januari 1937. Menjadi 2nd Petrol Leader Harimau 1938, kemudian pindah ke Pasulcan 41 menjadi P.L. Harimau 1939, dan P.L. Rajaudang pada 1940.

(9)

mamoir [8]

Saya menulis juga di ruangan Fikiran Orangramai Utusan Melayu [Di Berita Harian sekarang, ruangan begininya dinamakan Forum Pembaca]. Dalam Fikiran Orangramai saya pakai nama

M.Arba

[singkatan nama: Muhammad Ariff bin Ahmad]. Penamaan ini saya tiru stail Za'ba [Zainal Abidin bin Ahmad (almarhum)] dan seorang penulis di Majalah Guru dan

· Saujana, Asha [Asri bin Ahmad (almarhum)].

Dalam masa pendudukan Jepun, saya diminta Encik Buang Omar (almarhum), pemim­

pin kumpulan Sandiwara Syonan Tengah, menuliskan skrip sandiwara untuk dimainkan kum­

pulannya menerusi radio. Berdasarkan kisah 'manusia binatang' yang saya lupa-lupa ingat, saya tuliskan sebuah skrip sandiwara Japan babak yang saya beri nama O/eh-oleh Pembelaan Seorang lbu

14

Pada Jumaat 21 Gogatsu 2603 [= 21 Mei 1943] Skrip itu telah dikeudarakan 'Sandiwara Syonan Tengah' menerusi Syonan Chuo Hosyo Kyoku. Lapan minggu kemudian, pada 16 Julai 1943, skrip kedua saya lnikah Balasanmu pula dikeudarakan 'Sandiwara Syonan Tengah'.

Dalam zaman pendudukan Jepun itu saya nama

M. Foerida.

M bagi 'Muhammad' dan Foerida ialah kebalikan nama saya yang ditulis dengan huruf katakana: Aa+ri+fu. Kebetulan, satu daripada lima makna furl [saya ejakan Foeri] dalam bahasa Jepun ialah konon-kononnya, dan da [kependekan kata desu atau de arimasu] adalah 'kata penanda' yang menunjukkan furl itu ialah 'kata nama'.

Dalam zaman pendudukan Jepun itu ada enam orang guru muda yang berumur belum sampai 20 tahun, ingin jadi penulis. Mereka ialah Masuri Salikun [Masuri S.N.], Munir Ali [Rosemera], Abu Yamin Kasun, Amir Hassan, Awang Ramli dan saya. Kami gelar kumpulan ini dengan nama Angkatan Pengarang Muda. Kecuali saya, rakan-rakan berlima itu meneroka puisi moden. Bagaimanapun, yang sampai berjaya menjadi penyair terkenal ialah Masuri dan Rosemera. Saya menulis dalam pelbagai bentuk tulisan, tidak mengkhusus kepada puisi. Abu Yamin akhir-akhimya menulis tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama (Islam).

Dalam zaman pendudukan Jepun itu, telah juga saya cuba menulis cerita-cerita rekaan;

tetapi dalam cerita rekaan banyak saya sentuh hal-hal yang sebenarnya berlaku pada zaman itu, misalnya tentang serakahnya tentera Jepun yang menggugat kehidupan banyak pasangan suami isteri; tentang hal tentera Jepun merampas kebun-kebun ubi yang diusahakan rakyat; tentang keadaan penderitaan romusya (buruh paksa) yang didatangkan dari Indonesia dan ditin

gg

alkan di bedeng-bedeng (asrama) dekat Henderson Road, dan lain-lain.

Saya pemah dipanggil Pengarang Semangat Asia, Pak Sako [Dr Ishak Haji Muham­

mad (almarhum)] ke pejabatnya di Cecil Street, dan dinasihatinya. "Cerita begini berbahaya ..

tidak selamat! Kalau kamu mahu hidup lama lagi, jangan tulis hal-hal yang seperti ini .. " Kata Pak Sako kepada saya sambil merenyuk-renyukkan tulisan saya lalu mencampakkannya ke dalam bakul sampah di dekat mejanya. Saya terkulat-kulat mendengar nasihatnya itu.

Kesan dari nasihat yang teruk itu� hati saya menjadi. kecut. Hal itu menyebabkan apabila hendak menulis saya terlalu berhati-hati; saya selalu lebih banyak memikirkan tentang resikonya daripada menuliskan apa yang hendak saya tulis. Maka teringatlah saya akan pantun di majalab 'Tanah Melayu' dahulu:

14 lihat lampiran 8.

(10)

Su/aiman bin Ahmad nama pengarang, Sedikit cakap banyak temberang ..

manoir (9)

Referensi

Dokumen terkait

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain

a. Di-peranakan tahun A.D 1795 di-negeri Melaka zaman pemerentahan Belanda. Keturunan-nya: bapa-nya ia-itu orang Arab champor India dan emak-nya orang India. Di-pelihara oleh

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Oleh kerana majalah-majalah dan suratkhabar yang menyiarkan tulisan kami adalah menggunakan tulisan Jawi, maka soal kebakuan ejaan tidak pernah timbul pada masa itu:

Jika minyak dan air menjadi lambang status tingkat masyarakat, maka peribahasa yang bertanya minyak dengan air adakah bercampur i tu mengungkap bahawa orang