• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Title M23

Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

SBC - RADIO 2: RECORDING ON •••••••••••• mpm23 [160]

PROGRAMME MESTIKA PUSAKA [M23]

PRODUCER , _: NORDIN KASSIM

SCRIPTWRITER: HAJI MUHAMMAD ARIFF AHMAD PRESENTER 1 :

...

PRESENTER 2 : •...•.•.•...

DATE OF BROADCAST:

J� ��r:. f.f:: ... .

DATE OF REPEAT: ••• �). �f. -� ..

�f ... .

Sept 09, -1988

--- ---

GRAM · SIGNATURE TUNE [THEME SONG].. UNDER ..

ANNC Salam sejahtera dan salamukhuwah .•

Para pendengar yang berbahagia lagi bertuah!

Syukurlah bahawa kita berada dalam keadaan sihat dan.afiat:

Maka dengan izin Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa, dapat kita bertemu lagi dalamkesempatan berbeka bicara me­

nerusi ruangan kesayangan kita, MESTIKA PUSAKA ..

Sebagai tanda kesyukuran itu, marilah kita menfaatkan saat sejahtera ini dengan mengikuti satu lagi beka bicara yang mengenai beberapa peribahasa warisan yang terpusaka ••

Dengan demikian, mudah-mudahan •• sambil menikmati periba­

hasa-peribahasa pusaka itu bertambah pula kebijaksanaan kita sehingga dapat kita menfaatkan kebijaksanaan itu se­

bagai pembimbing kita mendaki kehidupan yang penuh dengan liku dan ranjau ..

GRAM THEME SONG.. LINK MUSIC .•

PRES l

PRES 2

PRES l

Para pendengar yang cendekia lagi bijaksana!

Mari kita mulakan beka bicara peribaha�a pada kesempatan ini dengan bertitik tolak dari · sebuah pantun peribahasa yang berkata:

Burung merbuk terbang melayang,

Hinggap bertenggek di dahan mati;

Kalau menepuk air di dulang ••

Nanti memercik ke muka sendiri!

Peribahasa: menepuk air di dulang mercik ke muka sendiri itu �nyindir seseorang yang membuka atau mendedahkan ke­

aiban saudara-maranya, nescaya dia akan beroleh malu juga;

malu kerana rahsia saudaranya diketahui umum .•

[161] PRES 1 contd: Bagaimanapun ..

(3)

PRE°S 1 (contd}

PRES 2

PRES l

PRES 2

mpm23 [161]

Bagaimanapun, keaiban itu bukanlah sesuatu yang cemar se-. mata-mata •• bukan pula mesti sesuatu yang tercela •• kadang -kadang keaiban itu hanya suatu perkara •• bersifat periba­

di yang terahsia .. bukan untuk dijadikan khabar cerita •.

malu •• bermalu atau mempunyai malu adalah suatu nilai mo­

ral yang semulajadi •• bagi orang-orang Melayu yang punya harga diri. Orang-orang yang tidak bermalu dianggap tidak bersopan •• tidak punya harga diri! Justeru, untuk memeli­

hara maruah diri tadi .• seseorang itu keberatan rahsia pe­

ribadinya ditelanjangi ..

menepuk air di dulang, tidak sama dengan membukakan �ekung - di dada.. Namun demikian halnya, hati orang yang didedah rahsianya .• pasti tersinggung juga •• kerana peribahasa te­

lah mengungkap dengan jelas: siapa makan lada dialah be­

rasa peda •• maka peribahasa: menepuk air di dulang mercik ke muka sendiri tadi .. mengingatkan manusia supaya berhati­

hati: antara orang bersaudara •• haruslah pelihara memeli­

hara •• jangan sampai ada .. rahsia peribadi yang terbuka ..

menjadi ketara .. dari selatan sampai ke utara!

Ka lau bicara, biarlah yang membina.. apabila bertinda�, biarlah yang berguna .. kerana bicara dan bertindak sesuka hati •• ada resikonya sendiri-sendiri .. sama ada: ikut hati mati, ikut resa binasa •• mungkin pula: sebab pulut santan binasa; sebab mulut badan merasa!

Karmina pepatah: ikut hati mati, ikut resa binasa .• tadi menyindir seseorang yang mengikut hawa nafsunya.. yang berbuat sesuatu mengikut kehendaknya •• termasuk yang men­

dedahkan aib saudaranya •• pasti dia ditimpa celaka juga .•

Demikian pula karmina pep�tah: sebab pulut santan binasa;

sebab mulut badan merasa itu menyindir orang yang berbica- . ra tanpa kira .. orang yang bercakap semahu-mahunya .. asal

mulutnya mengeluarkan suara .. kerapkali diri sendiri juga yang ditimpa celaka!

Akan makna peribahasa: membukakan pekung di dada itu ber­

beza sedikit dengan makna peribahasa yang mula-mula .•

"pekung" melambangkan keburukan yang sukar disembunyikan ••

[162] PRES 2 contd: sama ••

(4)

PRES 2 (contd)

PRES l

PRES 2

mpm23 [162]

sama seperti kata peribahasa: bangkai gajah dapatkah ditu­

dung dengan nyiru?

Selain daripada penyakit jahat .• pekung itu berbau kuat ••

seka l i pun i a terbebat, sampa i tak dapat di l i hat.. pekung itu dapat juga dikesan siasat ••

Bagaimanapun, membukakan pekung di dada •• boleh juga men­

datangkan menfaat •• jika pekung didedah dengan niat: untuk diubat.. bukan_ dedah, dedah me lulu •• dengan maksud memberi malu! Demikianlah halnya dengan mendedahkan keburukan se­

seorang •• untuk mengubah kejahatan menjadi kebaikan adalah . . luhur dan berkebajikan •• seperti kehendak peribahasa:·se-.

sat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan •• seperti pi­

nang pulang ke tampuk •• seperti sirih pulang ke gagang!

Peribahasa: sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan itu menyarankan supay� seseorang yang telah melakukan ke­

salahan •• sebaik-baik ia sedar akan kesalahannya, hendak­

lah dia menyesali kesalahannya; lalu mulai berbuat baik ..

dan terus berbuat kebajikan selama-lamanya.

Akan peribahasa: seperti pinang ke tampuk itu, walaupun ia membawa makna bahawa seorang yang sudah lama berdagang •.

pulang juga dia ke kampung halaman •• namun peribahasa itu membawa juga makna yang khusus •• iaitu: suami isteri yang sudah terputus •• atau yang sudah lama bercerai •• tiba-tiba mereka berbaik semula.

Demikian pula peribahasa: seperti sirih pulang ke gagang ••

ia boleh bermakna orang dagang yang pulang ke kampung ha­

laman •• dan boleh pula bermakna suami isteri yang sudah lama bercerai, rujuk kembali ••

Sesebuah negara yang yang sudah di tak 1 uk i musuh.. t iba­

t i ba merdeka dan di pero 1 eh semu 1 a o 1 ah yang punya, bo 1 eh juga diumpamakan seperti pinang pulang ke tampuk; seperti sirih pulang ke gagang.

Pinang pulang ke tampuk •• atau sirih pulang ke gagang ada­

lah dua hal yang mustahil berlaku •• ·namun, jika datang Ke­

hendak Allah, maka keadaan itu berlaku •• adalah merupakan sesuatu yang diharap-harap dan dialu-alukan!

GRAM LINK MUSIC ••

[163] PRES 1: Para pendengar .•

(5)

PRES l

PRES 2

PRESS l

P.a_ra pendengar yang jauhari lagi bi stari !

Peribahasa: seperti minyak dengan air itu kadang-kadang disebut juga: minyak dengan air bolehkah bercampur? atau minyak dengan air adakah bercampur?

Peribahasa itu membahasakan dua orang •• atau dua kumpulan orang yang bermusuhan tidak mungkin bersatu •• sama ada:

bersatu fahaman atau bersatu tujuan.

Minyak dan air adalah dua macam cecair •. yang kental padu­

annya.. sehingga jika keduanya dibubuh seba lang •• unsur­

unsur itu hanya berpadu sesamanya; tidak mesra dengan yang lainnya - air sama air •• minyak sama· minyak •• masing�ma­

sing dengan halnya.

"balang" ialah bekas atau wadah yang boleh diisi dengan cecair •• seperti minyak dan air .•

Memandang kepada ni la i minyak yang lebih maha 1 daripada harga air •. maka peribahasa: seperti minyak dengan air ••

menurut kacarnata nenek moyang kita: telah dianggap melam­

bangkan keadaan orang kaya dan orang mi skin. Orang kaya mampu membeli minyak maka mereka dapat makan makanan ber­

goreng; manaka la orang 1ni skin harus makan makanan bereb�s sahaja. Jika minyak dan air menjadi lambang status tingkat masyarakat, maka peribahasa yang bertanya minyak dengan air adakah bercampur i tu mengungkap bahawa orang mi skin tidak layak bergaul dengan orang kaya ••

Kalaupun ditakdirkan, kebetulan •• si miskin dan si kaya tinggal sekawasan •• hanyalah kawasan itu yang bersamaan ••

tetapi keadaannya berlainan: yang kaya menjadi tuan •• yang miskin jadi pelayan •. yang kaya tinggal di gedung berting­

kat •• yang mi skin menumpang di bangsal pisang sesikat ••

masing-masing dengan halnya •• seperti kata peribahasa:

enggang sama enggang, pipit sama pipit!

Peribahasa: enggang sama enggang, pipit sama pipit itu me­

ngungkap bahawa tiap-tiap sesuatu itu haruslah dijodohkan dengan yang sama padan.. atau yang sama tarafnya - jika peribahasa itu berbicara tentang jodoh!

Jika peribahasa itu diterapkan ke keadaan masyarakat biasa [164] PRES 1 contd: maka peribahasa ••

(6)

PRES 1 (contd)

PRES 2

PRES 1

GRAM PRES 1

PRES 2

mpm23 [164]

mijka peribahasa itu membawa makna yang sama dengan makna peribahasa: minyak dengan air bolehkah bercampur?

11enggang11 ialah .sejenis burung atau unggas yang oesar •.

manakala "pipit" ialah burung yang berbadan kecil. Enggang dengan pipit dianggap tidak setaraf walaupun kedua-duanya adalah burung juga. Demikianlah halnya dengan 11minyak11 dan air" .• unsur-unsur itu tidak mungkin _mesra bersatu •• se­

perti air dengan susu •• walaupun kedua unsur itu bernama cecair juga ••

Ada pula peribahasa yang berkata: enggang lalu ranting pa-. . tah. Peribahasa itu menyatakan malangnya nasib orang yang.

biasa berbuat salah •. apabila berlaku sesuatu kesalahan di tempat bekas pesalah itu berada .. maka pada ghalibnya: be­

kas pesa lah itulah yang menjadi suspek pertama da lam kes salah tadi, walaupun sebenarnya, bekas pesalah ity tidak tahu menahu tentang kesalahan itu .•

Demikianlah hukum manusia .. hukum mayapada yang termaktub dalam pantun pusaka:

Setali pembeli kemenyan, Sekupang pembeli ketaya;

Sekali lancung keujian ••

Seumur orang tak percaya ••

• LINK MUSIC ••

Para pendengar yang mulia lagi bahagia!

Peribahasa: gaharu dibakar kemenyan berbau menyindir seseorang yang memperl ihatkan kebolehannya· supaya ia di­

percayai orang •• namun, meyakinkan orang bukanlah sesuatu yang mudah •• seseorang itu hanya akan dipercaya .• setelah ia cukup teruji •• kemudian terbukti segala janji.

11gaharu11 ialah sejenis kayu yang harum •• harumnya hanya diperolehi apakala ia dibakar dengan api. Jika dibakar tidak berbau •• tahulah orang bahawa kayu itu bukan gaharu!

Der.iikianlah orang yang minta dipercayai.� jika tidak ke­

lihatan bukti •• setelah ia diuji •• maka mempercayainya tidaklah bererti!

Peribahasa: kemenyan sebesar lutut, jika tiada dibakar

[165] PRES 2 contd: manakan ••

(7)

PRES 2 (contd)

PRES 1

PRES 2

�nakan berbau? itu membawa makna: kepanda ian seseorang itu haruslah dimenfaatkan •• pengetahuan atau kepandaian itu haruslah diajarkan kepada orang lain yang memerluinya.

Dengan memenf aatkannya ilmu itu menjad i berkembang dan subur •• kebalikannya jika ilmu itu disimpan dan dipendam ••

maka makin disimpan semakin ilmu itu hilang •• akhirnya ilmu itu menjadi harta yang sia-sia •• �ang berilmu menjadi lupa •• yang mengharapkan ilmu tak dapat apa-apa!

Adapun kebijaksanaan peribahasa tadi ialah mendorong manu­

sia supaya mencari dan memberi ilmu •• supaya pemikiran ma­

nusia itu bertambah maju.

Di daerah lain periba�asa itu disebut sebagai: apakah gu­

nanya kemenyan sebesar·tungku kalau tidak dibakar?

Perbezaan antara kedua peribahasa itu ialah tentang ban­

dingannya •• peribahasa pertama: membandingkan besar keme­

nyan itu dengan II l utut" ••. manaka la per i bahasa kedua: mem­

bandi ngkannya dengan 11tungku11

11tungku11 ialah dapur tempat orang memasak .• tungku lebih besar daripada 11lutut11 Bagaimanapun, perbezaan itu hanya pada saiznya •. pada maknanya sama belaka •• iaitu: ilmu ja­

ngan disimpan sahaja •• jika disimpan ia akan hilang percu­

ma.. Ka lau hendak menyimpan, ikut lah nas ihat peribahasa yang berkata: emas berpeti, kerbau berkandang ••

Peribahasa: emas berpeti, kerbau berkandang •• atau variasi -nya: kerbau berkandang, emas berpura •• mengajar manusia supaya menjaga dan menyimpan harta bendanya.. mas ing-ma­

s ing hendaklah disimpan dengan betul ditempatnya •• supaya selamat dan sejahtera miliknya.

"emas berpeti" bererti: menyimpan emas harus di dalam peri.

Oemikian pula: "kerbau berkandang" bermakna: memel ihara kerbau harus dikandangi. Oengan perkataan lain boleh kita tambahi.. peribahasa tadi.. dengan frasa: isteri berumah, anak bersekolah .. yang membawa maksud: memelihara isteri harus dirumahi •• memelihara anak hari disekolahi .•

11emas berpura" pada variasi peribahasa •• bermakna pula:

s impan 1 ah emas di da lam pura. 11pura II i al ah pund i-pund i, kantung atau dompet .. tempat menyimpan wang atau emas.

[146] PRES l: Kalau emas .•

(8)

PRES l

mpm23 [146]

Kalau elilas disepah-sepah •• kalau keri>au dibiar ,,ierayau .• itulah ala111at harta akan pupus •. tanda kekayaan akan

.

menurun •• r:1ernbawa manu·sia ke suatu bencana •• rnenjadi porak peranda dan papa kedana ..

Demikianlah perbezaan manusia mernaju ilmu dan 1i1ei,1elihara hart a •• memaju i l111u dengan i>anyak d ihebah .. secara munasa­

bah .. selilakin banyak ilmu itu 1aer,1beri_ faedah •. merr1elihara harta harus menyimpannya dengan sempurna •• makin rapi har­

ta dijaga •• semakfo bertambah masa ke r,1asa •• semakinlah r,mkr:iur kaya raya ••

J ika 1 au kedua perkara.. i lrnu dan harta. • d ikenda 1 ikan de­

ngan saksar,1a: ilmu diraih dengan harta •• narta dipelihara dengan ilmu •• selamatlah manusia llidup di dalaiTI dunia .•

semoga di akhirat mereka sejahtera pula!

GRAM LINK MUSIC ..

ANNC Para pendengar yang setia lagi budiman!

Namt1aknya, hanya setakat inilah sahaja beka i>icara peri­

bahasa yang serapat kita bualkan dala� kesewpatan sekarang.

Mudah-mudahan, Jerkat kesabaran pendengar budiman rnengi­

kuti siaran ini dengan tekun dan penuh minat, akan dapat­

lah para pendengar 1i1engarnbi 1 ii<tibar dari i<ei.>ijaksanaan peribahasa-peribahasa tadi. Semoga pendengar set ia dapat memenfaatkan pula-segala kebijaksanaan itu, sesuai dengan matlamat persembahan MESTIKA PUSAKA ini •• [PAUSE]

Akhirnya, bagi pihak penerbit, penyar.1pai, penulis skrip saya ucapkan salam ukhuwah, diiringi doa sen�ga kita sen­

tiasa sihat afiat dan akan dapat pula kita berterau lagi di lain kesempatan ..

GRAM SIGNATURE TUNE.. FADE.. OFF.

mpm24 insya-Allah.

Referensi

Dokumen terkait

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain

a. Di-peranakan tahun A.D 1795 di-negeri Melaka zaman pemerentahan Belanda. Keturunan-nya: bapa-nya ia-itu orang Arab champor India dan emak-nya orang India. Di-pelihara oleh

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah