• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Title M14

Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad Copyright © 1988 Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

SBC - RADIO 2: RECORDING ON ••••• � ••••••• mpm14 [96]

PROGRNfotE MESTIKA PUSAKA [Ml4]

PRODUCER SCRIPTWRITER PRESENTER l

: NORDIN KASSIM

HAJI MUHNfo1AD ARIFF AHMAD

. . ... .

PRESENTER 2 : •.•••••.••.••.•••••••.•••

. 07 uUL-

ie.�

DATE OF BROADCAST .•••••••••••• � ••••••••

DATE OF REPEAT:

�.J:l!Y.� ... �� .... .

Jun 28, -1988

======================================================================

GRAM : SIGNATURE TUNE [THEME SONG] •• UNDER ANNC Salam sejahtera dan·salam ukhuwah ••

Para pendengar yang_mulia lagi berbahagia!

Syukurlah ke haderat Allah yang telah mengurniai kita si- · hat dan afiat; yang dengannya membo lehkan k ita bertemu lagi dalam kesempatan berbeka bicara menerusi ruangan kesayangan kita: MESTIKA PUSAKA ••.

Sebagai tanda bersyukur itu, marilah kita menfaatkan saat sejahtera ini dengan mengikuti satu lagi beka bicara ten­

tang beberapa peribahasa warisan yang terpusaka •• [PAUSE]

Mudah-mudahan, menerusi beka bicara kita· pada kesempatan ini, sambil menikmati peribahasa-peribahasa pusaka itu bertambahlah kebijaksanaan kita dan dapat pula kita men­

faatkan kebijaksanaan itu sebagai pembimbing kita mendaki kehidupan yang penuh dengan liku dan ranjau ••

GRAM . : THEME SONG. • LINK MUS IC.

PRES Para pendengar yang ceria lagi cendekia!

PRES 2

Sebagai yang kita maklumi bahawa Adat Temenggung telah bertitik tolak dari perbilangan adat yang mengatakan:

siapa menjala siapa terjun siapa berhutang siapa membayar sf apa sa 1 ah s i apa bert_id>ang siap� meiilbunuh siapa kena bunuh

Perbilangan ialah serangkai pepatah dan bidalan yang tim­

bal menimbal merupakan hukum atau perlembagaari ·hidup manu­

sia yang diterapkan menerusi peribahasa ••

· Peribahasa: sfapa menjala siapa terjun, membawa kebijaksa­

naan bahawa seseorang yang berkehendakkan sesuatu haruslah [97] PRES 2 contd: dia ••

(3)

PRES 2 (contd)

PRES l

PRES 2

PRES l

mpnil4 [97]

dia gigih bekerja sehingga berjaya ••

11menjala0 melambangkan usaha mencari laba •• manakala "ter­

jun• membawa makna berani dan percaya •• melakukan kerja.

Demikian pengajaran peribahasa: siapa menjala siapa terjun - siapa yang mahu meraih laba atau mahu berjaya mestilah sanggup berusaha dengan tekun, gigih dan penuh percaya ••

dengan budi bicara sendiri •• dengan t�naga dan upaya sen­

diri. Seseorang yang berharapkan orang lain berbuat sesua­

tu untuknya •• bukanlah orang bijaksana!

11 s i apa berhutang s i apa membayar11 mener jemahkan. tanggung­

jawab yang perlu diselesaikan sendiri •• Tiap manusia yang . merdeka punya tenaggungjawab terhadap diri •• terhadap ke­

luarga •• terhadap bangsa, negara dan agama; tiap tanggung­

jawab itu ibarat huta'ng yang dituntut supaya dilunaskan dengan sempurna.

Orang yang mengelakkan diri dari tanggungjawabnya •• ialah manusia tidak berguna.. manusia pengecut tidak berjiwa!

Demikianlah menurut kacamata •• peribahasa adat nan ter­

pusaka ••

"siapa salah siapa bertimbang11 pula membawa kebijaksanaan yang sama dengan peribahasa: tangan berani mencencang bahu mestilah sanggup memikul •• iaitu seseorang yang telah ber­

buat salah haruslah s�nggup menghadapi pengadilan dan me­

nerima hukuman ••

Adat Temenggung tidak mengajar orang "lempar batu·sembunyi tangan" yang bererti: setelah melakukan sesuatu kejahatan atau kekejian seseorang itu lalu berpura-pura tidak tahu ••

setelah ·melakukan sesuatli yang bersalah adat.. ia lalu bersikap pura-pura tidak terlibat.

Orang yang bersikap tidak bertanggungjawab .• yang·melempar batu sembunyi tangan •• disindir juga dengan karmina: kem­

bang jarak kembang jagung; berani buat beranilah tanggung!

Demikian· seterusnya, kebijaksanaan bidalan: siapa membunu�

siapa kena bunuh itu ia lah apabila menghukum mest ilah adil •• mesti saksama. Hukuman mestilah dijatuhkan dengan jitu dan tepat •• jangan tersilap: jangan lain orang yang makan nangka; lain orang .yang kena getahnya •• iaitu: lain [98] PRES l contd: orang ••

(4)

PRES l (contd)

PRES 1

GRAM PRES 1

mpml4 (98]

orang yang berbuat salah, lain orang pula yang kena tuduh.

Dengan berlaku adil dan saksama •• hak hidup manusia dapat terpe 1 i hara. • ti dak ada yang teran i aya. • ti dak ada yang bermaharaja le la.. semua manusia hidup ·sama rata.. duduk berdiri sama setara •• duduk sama rendah berdiri sama tinggi •• barulah ceria hidup dapat dinikmati!

Demikianlah perbilangan adat Temenggung yang berkata:

siapa menjala siapa terjun siapa berhutang siapa membayar siapa salah siapa bertimbang siapa membunuh siapa kena bunuh

itu membawa kebijaksanaan bahawa barangsiapa yang mahu me-. . nikmati hidup bahagia aan berjaya •. haruslah dia berusaha dengan gigih dan penuh percaya •• bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, bangsa, negara dan agama •• berani mengha­

dapi resiko dan tidak pura-pura •• serta adil saksama bila dia punya kuasa ••

LINK MUSIC.

Para pendengar yang jauhari lagi bistari!

Haqiqat.hidup ini seperti kita hidup dalam alam perlumbaan

•• maka untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan kita harus menyertai perlumbaan •• berdahulu-dahuluan •• kalau kita mahukan kejayaan dalam kehidupan. Kita harus sentiasa di depan; untuk jadi ikutan •• bukan di belakang�belakang mengharap belas kasihan orang •• !

Ada peribahasa yang berkata: siapa cerdik tinggi naik; si­

apa calak menang berhitung ••

"cerdik" ialah semacam "pandai" [walaupun pandainya tak seberapa tetapi cepat menangkap maksud dan kias serta da­

pat mempengaruhi dan meyakinkan]. "calak" dalam peribahasa itu bermakna "banyak berkata-kata".. dan "berhitung" di situ bukan bererti "membilang", tetapi bermakna berunding yakni berkira-kira untuk mengandai dan meramalkan sesuatu yang sedang dirundingkan ••

Peribahasa itu membawa makna: orang yang pandai berk�ta­

kata [walaupun kadang-kadang perkataannya itu tidak benar]

orang akan terpengaruh dan percaya kepada perkataannya!

[99] PRES 2: Dalam ••

(5)

PRES 2

PRES l

PRES 2

PRES l

mpm14 [99]

Dal�m hidup ini kita eerlu "pandai" dan kadang-kadang kita perlu pula "cerdik"; t�rutama ketika dalam perbahasan atau prundingan. Tanpa cerdik sukar juga hendak kita tundukkan orang yang degil •• maka itu: jika dia mahu kita menangi ••

akal cerdik perlu kita miliki ••

Pendengar budiman pasti telah mendengar peribahasa .yang berkata: si bodoh makanan si cerdik;,si lemah makanan si gagah. Nahl Jika kita tidak mahu jadi makanan si cerdik ••

kita mesti jadi orang cerdik!

Peribahasa yang berkata: siapa cepat boleh dah�lu, siapa kemudian putih mata •• membawa maksud bahawa orang yang ce-. .

.

patlah yang selalu me.ndapat keuntungan •• manakala orang yang lewat atau yang kemudian berhampa tangan.

Kekata "boleh" dalam peribahasa itu mungkin sebenarnya ia­

lah "beroleh" yang bermakna "mendapat" - siapa cepat ber­

oleh dahulu bermakna 11siapa yang cepat dialah yang menda­

pat dahulu" sesuai dengan karmina yang berkata: pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat ••

"beroleh" be�makna 11mendapat11; berasal dari kekata oleh yang bermakna "dapat" •• manakala 11boleh" bermakna 11diizin­

kan11 •• boleh masuk bermakna 11diizinkan masuk" ••

"putih mata" da lam peribahasa: s iapa cepat bo leh dahulu, siapa kemudian putih mata •• bermakna: hampa tangan atau gagal mendapat apa-apa •• sesuailah dikatakan bahawa siapa kemudian berputih mata, kerana orang yang datang lewat ti­

dak mendapat (beroleh) apa-apa •• kerana peluang yang hanya satu .• sudah diambil [menjadi rezeki] si pendahulu ••

"putih mata" itu mengungkap juga: beroleh malu kerana gagal mendapat apa-apa •• ataupun kehilangan hak miliknya.

Kehilangan hak boleh. juga ditafsirkan sebagai kehilangan peluang •• padahal peluang itu hanya satu.

Lain l ah ha l nya bag i seseorang yang mempunya i "eek i dua lawang".

Peribahasa: ceki dua lawang itu mengungkap orang yang mem­

punyai dua peluang untuk beroleh keuntungan •• jika pel�ang yang satu me leset maka mungk in dia bero leh keuntungan me­

nerusi lawang yang lain ••

[100] PRES l contd: lawang ••

(6)

PRES 1 (contd)

PRES 2

GRAM PRES 1

PRES 2

mpm14 [100]

"lawang" ialah pintu; dan pintu itu mengungkap peluang yang akan menguntungkan. •ceki" ialah sejenis perrnainan judi Cina yang menggunakan kad; kad itu dikenal sebagai

11daun ceki11; satu set ceki mengandungi 120 keping kad.

Dalam bahasa percakapan "lawang" atau •peluang" itu di­

sebut juga II lubang". Frasa II lubang ker ja" bermaksud 11pe­

luang bekerja11 ••

Peribahasa: gali lubang tutup lubang •• menyindir seseorang yang mengambil peluang meminjam wang untuk membayar hutang yang sed i a di tanggungnya. Orang yang hi dup dengan ga 1 i lubang tutup lubang tidak akan bebas daripada hu�ang •• - ia sentiasa membayar hu_tang; tetapi masih terbelenggu oleh hutang. • kerana hutang 1 ama be 1 um hi 1 ang. • hutang baru sudah datang!

: LINK MUSIC.

Para pendengar yang bahagia lagi bijaksana!

Hidup secara nafsi-nafsi •• iaitu hidup bersendiri-sendiri;

atau hidup mementingkan diri sendiri seperti yang biasa menjadi amalan orang Barat itu dibahasakan peribahasa de­

ngan perkataan: siapa lu siapa gua!

Melihat kepada kekata 11lu11 dan 11gua11 itu dapatlah kita te­

lahi bahawa tabiat dan sikap hidup menyendiri itu bukanlah car a hi dup orang Mel ayu yang seja ti. • hi dup mement i ngkan diri sendiri bukanlah · watak semula jadi nenek moyang kita! Maka jikalau ada orang kita yang hidup menyendiri ••

sama ada kerana dia tidak mahu bergaul dalam masyarakat ••

ataupun kerana dia dihen�at.. t idak digemari masyarakat, maka orang itu dibahasakan peribahasa: seperti kera sum­

bang, iaitu mengambil sempena keadaan kera yang tidak di­

gemari dan terhencat dari kumpulannya!

Orang yang berlumba-lumba melakukan sesuatu untuk kepen­

t ingan mas ing-mas ing, tanpa mengendahkan ha l masyarakat­

nya.. atau orang-orang yang sekumpulan tetapi tidak se­

muafakat •• masing-masing menonjolkan diri sendiri supaya lebih terpandang daripada yang lain, dibahasakan orang dengan per i bahasa: baga i enau da lam be l ukar, me l epaskan [101] PRES 2 contd: pucuk ••

(7)

PRES 2 (contd)

PRES 1

PRES 2

PRES 1

mpml4 (101]

: pucuk masing-masing ••

•enau• ialah pokok _kabung yang menghasilkan gula kabung.

·pokok ini memberikan faedah juga kepada manusia •• tetapi yang diambil ibarat di sini ialah keadaannya yang menon- ·.

jolkan diri itu.

Dalam kehid�pan bermasyarakat, orang-orang yang bersikap:

bagai enau dalam belukar itu termasuk_golongan yang ter­

cela •• Bukanlah tak pernah kita jumpa: orang yang bersikap demikian rupa, dalam banyak kumpulan manusia •• atau di su­

atu badan jawatankuasa!

Peribahasa: siapa makan cabai dialah berasa pedas ataupun variasinya: siapa yang makan lada dialah yang kepedasan itu ·menyindir orang-orang yang pernah rnelakukan perbuatan salah, apabila mendengar orang berkata tentang perbuatan demikian maka ia akan terasa tersindir walaupun yang.

diceritakan orang itu bukanlah pekerjaannya ••

Ada peribahasa lain yang membawa makna yang sama peribaha­

sa itu ialah siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh ••

Peri bahasa: s i apa berkotek s i apa berte 1 ur mempunya i po 1 a yang sama seperti pol a peribahasa: siapa lu siapa gua ••

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain daripada makna kedua peribahasa tadi.

"kotek" dalam peribahasa itu bererti "bunyi ayam betina";

biasanya bunyi selepas ayam itu bertelur. Makna peribahasa itu ia lah "barangsiapa yang menjawab dahulu kerana terasa tersindir oleh perkataan seseorang, tak dapat tidak dialah orang yang telah mengerjakan kesalahan yang dik�takan o­

rang tadi.

Di daerah yang lain peribahasa itu disebut juga: barang­

siapa yang berketuk ialah yang bertelur.

Demikian pula dengan peribahasa: siapa berkata harus ber­

kota yang di daerah lain peribahasa itu disebut: barang yang dikata itulah kota.

(102] PRES 1 contd: "kota" ••

(8)

PRES l (contd)

PRES 2

GRAM · ANNC

mpml4 [ 102]

"kota" dalam peribahasa itu bukanlah "benteng pertahanan"

atau kawasan sebagai pusat bandar •• tetapi "kota" di situ bermakna "bukti kebenaran" yang dikatakan. Peribahasa itu menuntut supaya janji itu ditepati atau ditunaikan ••

Memang berbuat janji itu mudah •• kerana janji itu letaknya pada lidah •• bila-bila masa boleh berubah •• tetapi hendak membukt ikan janj i.. a tau hendak mengotakan kata.. bukan kepalang beratnya •. setidak-tidaknya: satu korban nilai­

nya!

Jika tak mahu ditagih bukti.. jangan pepandai mengikat janji •• kerana, ada janji membawa bahagia •• ada pula.janji · yang membawa.celaka.

Sesungguhnya •• bahagia atau bahaya, datang kepada kita ••

kerana perbuatan kita yang tidak waspada!

Ada peribahasa yang mengajar manusia, dengan berkata: si­

apa gatal dialah menggaru.. "gatal" dalam peribahasa itu mengungkap perasaan ·sangat ingin hendak melakukan perbuat­

an yang tidak-tidak •• manakala "menggaru" ialah berbuat sesuatu untuk menghilangkan gatal itu.

Jadi, peribahasa: siapa gatal dialah menggaru itu memberi makna: barangsiapa yang melakukan sesuatu yang tiada senonoh maka dialah yang harus menanggung akibatnya ••

: LINK MUSIC.

Para pendengar yang mulia lagi terhormat!

Nampaknya, setakat inilah beka bicara peribahasa kita yang sempat kita bualkan dalam kesempatan pada kali ini. Mudah­

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan penuh minat maka akan dapatlah pende­

ngar memenfaatkan persembahan MESlIKA PUSAKA tadf •. [PAUSE]

Akh i rnya, bag i pi hak penerb it, penyampa i , penu 1 is sk rip dan sekalian yang terlibat dalam persembahan ini, saya ucapkan salam ukhuwah diiringi doa semoga kita sekalian sentiasa dikurniai Allah sihat afiat. Dengan demikian, mudah-mudahan. kita akan berpeluang pula bertemu lagi dalam ruangan MESTIKA PUSAKA pada lain kesempatan •.

GRAM : SIGNATURE TUNE •• FADE •• OFF.

mpml5 insya-Allah

Referensi

Dokumen terkait

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

a. Di-peranakan tahun A.D 1795 di-negeri Melaka zaman pemerentahan Belanda. Keturunan-nya: bapa-nya ia-itu orang Arab champor India dan emak-nya orang India. Di-pelihara oleh

Idea yang dipaparkan tanpa motif Udaklah dapat dikatakan sebuah perutusan1 padabal perutusan adalah suatu yang paling penting buat aebuah cerpen.. Cerita yang tanpa

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)