• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesah pelayaran Abdullah Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Kesah pelayaran Abdullah Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Title Kesah pelayaran Abdullah Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad

Copyright © Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

KESAH PELAYARAN ABDULLAH.

1. Riwayat hidup Munshi Abdullah dengan rengkas:-

a. Di-peranakan tahun A.D 1795 di-negeri Melaka zaman pemerentahan Belanda.

b. Keturunan-nya: bapa-nya ia-itu orang Arab champor India dan emak-nya orang India.

c. Di-pelihara oleh bapa-nya yang bengis – tahu bahasa Taamil, Arab, Hindustani, Inggeris dan Melayu – bergelar Munshi.

d. T.M. 1819 ia tinggal di-Singapura – jadi setia-usaha Tuan Raffles dan juga guru.

e. T.M. 1852 ia meninggal dunia di-Mekah.

f. Belayar pergi ka-Kelantan pada 1 haribulan Muharram Sanat 1253 hari Rabu bersamaan dengan 27 haribulan March T.M. 1838.

g. Balek pada 9 lekor haribulan Muharram, Sanat 1254, pada malam hari Sabtu.

h. Mencheritakan pelayaran-nya dari Singapura ka-Kelantan dalam buku-nya yang bernama “KESAH PELAYARAN ABDULLAH” mulai pada Sanat 1253 dan tamat pada 1 haribulan Dzul-Kaedah, Sanat 1254 bersamaan dengan 5 lekor haribulan, August, T.M. 1852.

i. Kitab2 yang di-karang-nya ia-lah: 1) Kesah Pelayaran Abdullah dan 2) Kitan Hikayat Abdullah.

2. Persediaan Abdullah belayar pergi ka-Kelantan:-

a. Pada Sanat 1253 Hijrah (tahun Islam) Abdullah, Grandpre dan Baba Go An dalam dua buah sekochi Maggie-Lauder dan Water-Witch.

b. Surat Tuan Bonham tiga pucho bersampul dengan kain kuning ka-Kelantan kapada Raja Bendahara, Raja Temenggong dan Yang di-Pertuan Kelantang (Raja Kelantan)

c. Sebab hendak tahu Kelantan ada perang atau tidak-minta perlindongan dan lepaskan perahu2 dagang balek ka-Singapura yang di-punyai oleh saudagar2 China dan Yahudi.

3. Pelayaran Abdullah dari Singapura ka-Pahang:-

a. Bertolak dari Singapura pada 1 haribulan, Muharram, Sanat 1253 bersamaan dengan 27 haribulan, March, T.M. 1838, sekochi yang bernama Maggie- Lauder dan Water-Witch.

(3)

b. Sampai Pengerang (di-selatang Johor) – singgah ambil ayer, kayu, chagak, batang dayong dan beli kajang – berjumpa Baba Cheng Kheh, Enche’ Eng dan Baba Cheng Hai – ada 10 atau 12 pondok2 orang dan kerja-nya buat belat (kelong kechil).

c. Baba Go An khuatir (bimbang) dan muka-nya puchat bila dengar perkhabaran perompak – kata-nya ia mabok laut.

d. Dalam pelayaran berjumpa perahu bawa ayam dengan 4 orang lelaki, sa- orang perempuan tua dan sa-orang kanak2 – Abdullah kenal dengan perempuan tua itu – mereka datang dari Kuala Sedili hendak pergi ka- Tekong.

e. Di-Tanjong Kelisa berhenti bermalam – ambil dan berjumpa dengan orang Jakun.

f. Baba Go An ajak balek – ta’ jadi – pelayaran di-teruskan – akhir-nya sampai ka-Kuala Pahang.

4. Negeri Pahang:-

a. Sungai-nya: ayer-nya tiada berbalas pasang (surut semata) – ayer-nya tawar dan dalam – ada pulau kechil dan besar. ‘

b. Tanah-nya: Tanah-nya subor tetapi hutan romba.

c. Orang-nya: Tiap2 orang memakai senjata – tiap sa-ratus dua orang yang bekerja – suka dengan pakaian yang chantek dan bagus – tiada mahu menchari kehi-dupan(makan) – suka menghisap madat – keadaan mereka kurus dan puchat.

d. Rumah-nya: Rumah atap kechil dan besar – di-darat ada banyak semak keliling-nya – tiada beperatoran di-dalam hutan, tepi pantai – di-bawah-nya ada asap menghalau nyamok.

e. Orang China: Tinggal di-Kampong China – bangsa Khek berbinikan

perempuan Bali dan Melayu – di-rumah-nya ada berhala – lebeh berbahasa China daripada berbahasa Melayu.

f. Adat-nya: Orang di-sini suka pakaian chantek – suka membawa senjata, mengisap madat, mengaji Koran, megasap nyamok di-bawak rumah, memakai wang ta ‘boleh di-ubah, hukuman bunoh salang dan sula.

g. Keturunan: Saiyid dan Shaikh. Saiyid keturunan Nabi Muhammad dan Shaikh daripada sahabat2 Nabi. Kedua2 keturunan ini sangat di-pandang mulia dan tinggi oleh orang2 Melayu sa-bagaimana juga mereka menghor-mati raja2.

Mereka ini kaya2 rumah-nya indah2 dari-pada orang2 Melayu.

(4)

h. Hukuman-nya: (a) Salang ia-itu orang yang di-hukum di-ikat kaki tangan-nya – di-taroh di-huluan perahu kemudian di-kayohkan di-anak sungai atau laut – kemudian di-chuchok orang itu dengan keris sampai mati. Sudah mati di- bawah naik ka-darat – di-minta sa-tampang pada tiap2 buah rumah orang China di-tepi laut itu untok menanam orang itu. (2) Sula ia-lah orang yang salah – di-chuchok dengan puchok nipah dari tempat buang ayer besar dengan puchok nipah sampai mati.

i. Wang-nya bernama Tampang. Wang ini untok membeli (perbelanjaan) ia-itu tiap2 16 tampang sama dengan $1/-, tetapi wang wang ini tidak boleh di- pechah2kan kapada ¼, ½ dan ¾. Adat memakai wang ini ta ‘dapat di-ubah.

j. Pekerjaan: Bertenun kain sutera – bertanam padi – keladi – keledek dan mengambil barang2 hutan.

* Tengku Sulaiman putera kapada Bendahara Pahang.

5. Pelayaran Abdullah dari Pahang ka-Terengganu:-

a. Pada pukul 7 pagi, 11 haribulan Muharram, hari Sabtu – meninggalkan Pahang bersama2 dengan che’ Buntal dan che’ Ribut (orang Pahang).

b. Dalam pelayaran itu menunda ikan dapat ikan tenggiri batang dan kachang2.

c. Pada pukul 5 pagi esok-nya sampai di-Pulau Kapas (Terengganu) berjumpa dengan mata yang menjaga di-kuala sungai.

6. Negeri Terengganu:-

a. Sungai-nya besar dan ayer-nya tawar – banyak pohon nyior – pantai-nya pasir semua-nya puteh.

b. Adat-nya: Bila orang datang berkerumun dengan champak buang – Pasar pada waktu petang sahaja. Raja suka mengambil anak-bini orang sahaja.

Orang tidak suka makan daging dan minyak sapi – mereka lebeh suka makan ikan dan sayor tempoyak, pekasam, hulam dll.

c. Orang2 perempuan menchari kehidupan (makan) – orang lelaki makan tidor dan membaiki senjata.

d. Larangan-nya: Berjalan di-kampong raja ta ‘boleh memakai payong kuning – tidak bolek memakai kasut – tidak boleh memaki pakaian kuning dan orang perempuan pula tidak boleh pakai kain Khasah (kasa).

e. Memakai wang buat belanja dalam negeri ia-lah bernama Pitis berchap dengan Malikul Adil.

f. Anak2 raja suka menyambong ayam dan mengisap madat.

g. Raja2 suka merampas harta benda orang.

(5)

7. Rumah-nya: Rumah2 orang di-sini tiada terator – ada asap di-bawah rumah-nya – kampong-nya penoh dengan pohonkelapa – ada Madarasah.

8. Orang China: Orang China yang tinggal di-sini ada dengan Kapitan-nya – kelakuan, pakaian, perkataan dan tabiat-nya saperti orang Melayu.

9. Keperchayaan-nya: Orang2 Melayu di-sini perchaya dengan Puaka, Penunggu dan Jin – perkara ada maseh di-tiap2 orang Melayu hingga pada masa sekarang.

Cherita-nya: Ada sa-buah perigi di-Terengganu – di-tepi ada pokok pandan- barang siapa sudah mandi mandi di-situ hendak di-simpulkan daun pandan itu terlebeh dahulu kemudian baharu-lah pergi – kalau tidak di-buat bagitu orang yang mandi itu akan dapat kesusahan (sakit), sebab di-perigi itu ada penunggu-nya.

10. Pekerjaan-nya: Orang2 bekerja menangkapikan – 30 atau 40 orang dalam sa-buah perahu – pergi ka-laut – ketua perahu itu menyelam ka-dalam ayer-dapat tahu ada ikan baharu-lah di-pasang jaring-nya (pukat) – Bertenun kain sutera.

*Sultan Muhammad ibni Sultan Mansor Shah menjadi raja di-negeri Kelantan.

11. Pelayaran Abdullah dari Terengganu ka-Kelatan:-

a. Pada pukul 9 malam pada hari itu juga meninggal kan Terengganu.

b. Chuchu Kapitan China Baba Teik Li dan Baba Cheng Kiat memberi 10 biji kelapa muda, remis asin sa-chepu, tebu dua berkas (ikat), minyak sapu satu chepu.

c. Pagi hari-nya sampai di-Pulau Redang (Kelantan).

d. Di-Sabak berjumpa dengan Tengku Temena (anak raja) dengan bawaan che

‘Buntal dan che ‘Ribut.

12. Negeri Kelantan:-

a. Kuala sungai: Lebar – kiri kanan-nya pasir bertimbun macham bukit – ada sa- buah balai tempat raja berhenti bermain.

b. Sungai-nya: Ayer jerneh dan tawar – banyak ikan ia-itu juara, patin toman dan tapa. Ikan tapa besar-nya boleh menelan sa-ekor kerbau.

c. Balairong: (tempat mengadap raja) – bangunan-nya macham masjid – tiang enam belas – tempat mengadap tiga tingkat – lantai-nya papan – besar 30 kaki empat persegi – pagar-nya buloh.

(6)

d. Adat-nya:

1. Beribu2 orang dengan senjata 6 atau 7 champak buang sa-bilah parang atau keris atau pedang tersisip di-pinggang-nya.

2. Mengira umor ia itu dengan menanam pokok kelapa. Mithalan-nya: Tiap2 sa-orang kanak2 di-lahirkan ka-dunia hendak-lah ibu-bapa atau saudara kanak2 itu menanam pokok kelapa. Bila di-tanya orang akan budak umor- nya – tunjok-lah sahaja pokok kelapa itu.

e. Raja membela gajah – gajah kenaikan raja2 pada masa dahulu.

f. Orang2 perempuan berjual dan berjaja.

g. Tempat sireh: Satu tempat untok mengisi sireh. Tempat ini apabila orang datang di-hulurkan sahaja kapada orang yang datang itu ini sudah adat bagi orang2 Melayu bukan-nya ka-pada orang kebanyakan bahkan raja2 juga.

h. Suka berjudi dan mengisap madat – tiada mahu mengerjakan perkerjaan ugama yang di-suroh oleh Allah.

i. Hari perayaan saperti bersunat, bertindek dan kahwin orang2 besar kerja-nya berjudi dan mengisap madat.

j. Orang2 tidak boleh pindah ka-n egeri lain – hukuman-nya bunoh dan harta- nya di-rampas.

13. Pakaian perempuan-nya berkemban (ikat kain sarong sa-paras dada) – rambut-nya bersanggul lintang – pakai bunga melor siku keluang dan kerawang.

* Siku keluang tanda kebudayaan orang2 Melayu.

14. Pakaian raja: Berseluar sutera – baju chita bunga – sapu tangan batek – rambut panjang samapi ka-bahu – keris tersisip di-pinggang-nya (Raja Bendahara).

15. Pakaian anak raja: Rambut-nya panjang sampai ka-bahu – tiada berbaju – di-pakai- nya kain selendang di-buat-nya kain sampai ka-lutut-nya – sa-bilah keris di-

pinggang-nya.

16. Rumah-nya: Rumah2 orang di-sini pondok atap – lantai-nya jongkang jongkit – atap- nya bintang – bintangan (atap sudah bochor dan nampak langit).

17. Permainan-nya: Menora atau Mendora (Makyong) ia-jenis permainan yang di-tiru daripada Siam. Permainan-nya lelaki dengan perempuan bertopeng dan ada dengan cherita-nya.

(7)

18. Pekerjaan orang2 di-situ ia-lah membuat sador, gula batu, bertenun kain sutera, memukat ikan dan bertanam padi.

19. Kesah peperangan dalam negeri Kelantan:-

a. Raja Tua (Yang di-Peruan Kelantan) meninggalkan 4 orang anak ia-itu Raja Bendahara, Raja Temenggong dan Raja Kampong – Laut serta sa-orang lagi Yang di-Pertuan Kelantan (Raja Kelantan) – tidak di-akui.

b. Raja Siam akan menentukan siapa akan menjadi Yang di-Pertuan Kelantan - Kelantan di-bawah ta ‘alok Siam – Kelantan menghantar hadiah ka-Siam 5 atau 6 ribu ringgit dan emas juga.

c. Peperangan saudara di-Kelantan di-sebabkan budak2 jahat. Pada suatu malam 6 atau 7 orang (Raja Bendahara) bersama2 dengan 20 orang (Yang di-Pertuan) pergi melihat menora di-Kampong Laut.

d. Jadi-lah pergadohan di-antara kedua pehat – mati sa-orang (Raha Bendahara) – tidak di-beri tanaman oleh Bendahara.

e. Di-lihat-nya orang – di-tembak-nya dengan meriam rumah Raja Bendehara – anak-bini berterjuanan dan meratap.

f. Masing2 berkubu – jarak-nya tiap2 kubu 10 atau 12 depa jauh-nya – meriam beratus2 – orang beribu2 – senjata berkaparan.

g. Di-kubu Raja Bendahara ada 50 atau 60 orang jaga kubu –ada lela 5 atau 6 puchok – senapang dan lembing. Meriam di-atas madat (kubu).

h. Orang2 China di-bawa masok ka-dalam kubu Raja sebab takut belut.

i. Makanan dalam kubu: Makan beras timbul – Harga sa-helai sireh $1/- dan sa-ekor inkan $1/- ta ‘boleh dapat.

j. Perperang tidak berhadapan – tembak – menmbak dari kubu masing dengan meriam.

k. Raja Bendahara kirim surat suroh keluar – orang tiada mahu – Raja

Bendahara tiada mahu orang-nya mati – di-kepong supaya tidak di-beri satu pun makanan masok.

l. Orang suka kapada Raja Bendahara – waktu malam 10 atau 15 orang lari ka- kubu raja – tidak di-pengapakan.

m. Adat2 dalam perang: Perahu dagang tidak di-benarkan keluar – Hutang habis kalau orang-nya mati (orang yang berhutang).

n. Membuat pekerjaan raja makanan bawa sendiri.

o. Tuan Haji (Penglima Besar) – Raja Bendahara suroh tanya dengan Abdullah berkenaan dengan ubat bedil.

(8)

20. Pelayaran Abdullah balek ka-Singapura:-

a. Belayar dengan pelangkah (keperchayaan).

b. Dalam pelayaran mereka bernyanyi (adat).

c. Singgah di-Kuala Besut, Kuala Terengganu dan Kuala Kemaman mengambil ayer.

d. Di-Kuala Kemaman berjumpa dengan Tengku Wok – ada perigi berpuaka.

e. Melalui negeri Pahang singgah berlaboh di-antara Pulau Tioman dengan Sungai Endau.

f. Berjumpa perahu top – bertanyakan khabar – nokhada-nya orang Bugis – ada 4 orang Bugis dan 6 orang China datang dari Selat hendak ka-Pahang.

g. Berjumpa dengan 12 buah perahu perompak.

h. Nampak perahu payar (patrol boat) di-laut Pengerang.

i. Sampai di-Singapura pada 19 lekor haribulan Muharram Sanat 1254 malam Sabtu.

21. Abdullah sampai sa-mula di-Singapura:-

a. Abdullah, Grandpre dan Baba Go An tiba di-Singapura – jumpa Baba Ban Tiong. Wang upah tiada boleh di-bayar – esok jumpa Baba Kim Swi.

b. Abdullah dan Grandpre hendak summons – di-bayar $120 kapada Grandpre suroh diam2.

c. Wang Abdullah tidak di bayar pertolongan Tuhan baharu-lah di-bayar $80/-.

d. Abdullah mencheritakan raja2 Melayu dan membandingkan pemeren-tahan- nya dengan Inggeris.

e. Mengarang Kitab Kesah Pelayaran-nya ia-itu pada masa ia pergi ka- Kelantan.

f. Tamat Kitab Kesah Pelayaran Abdullah ia-itu pada 1 haribulan Dzul-Kaedah Sanat 1254, pada hari Juma’at, 5 lekor haribulan August T.M. 1852.

Referensi

Dokumen terkait

Idea yang dipaparkan tanpa motif Udaklah dapat dikatakan sebuah perutusan1 padabal perutusan adalah suatu yang paling penting buat aebuah cerpen.. Cerita yang tanpa

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain