Buruh Asing dan Pengangguran di
Malaysia
Analisis Data:Metodologi (Bagi tahun 2000 – 2015)• Augmented Dickey-Fuller (ADF)
• Model Lag Teragih Autoregresif (ARDL)
• Ujian Normaliti Jarque Bera
• Ujian LM Korelasi Bersiri Breusch- Godfrey
• Ujian Heteroskedastisiti Bersyarat Autoregresif (ARCH)
• CUSUM dan CUSUMSQ Dapatan:
Terdapat hubungan yang negatif di antara buruh asing dan pengangguran di Malaysia, dalam jangka panjang dan jangka pendek.
Sumber: KDN, 2015 (atas), Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020 (bawah) Sorotan
Chow et. al. (2017) membincangkan isu sama ada hubungan antara pekerja asing dan pekerja tempatan adalah pengganti atau pelengkap di pasaran buruh. Dalam dapatan, terdapat kesan pengganti di kalangan pekerja asing dan pekerja tempatan.
Wong et. al. (2017) mengkaji kesan faktor-faktor makroekonomi terhadap kekuatan kerja asing di Malaysia.
Hasilnya, dalam jangka panjang dan pendek kadar pengangguran memberi kesan negatif terhadap kemasukan pekerja asing di Malaysia.
Tan et. al. (2018) pula mendapati pekerja asing memberi sumbangan yang positif terhadap KDNK, dan tidak semestinya bersaing untuk pekerjaan yang sama dengan pekerja tempatan di peringkat nasional.
Hamzah et. al. (2020) mendapati faktor yang menarik kedatangan pekerja asing ke Malaysia ialah kestabilan politik dan keamanan, dasar penswastaan, pembangunan ekonomi, kebergantungan kepada pekerja asing, perbezaan kadar upah, permintaan tinggi dari pelbagai sektor dan penyediaan pelbagai kemudahan.
AboElsoud et. al. (2020) mendapati kadar pengangguran dan migrasi ke luar negara adalah berhubungan negatif dan signifikan.
Pengenalan
Berdasarkan statistik oleh Unit Perancang Ekonomi Malaysia (2015), terdapat banyak kemasukan buruh asing di Malaysia dari negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Pakistan, Myanmar, Nepal dan India.
Manakala bagi pengangguran pula, dari awal tahun 2000 hingga 2015, kadar pengangguran di Malaysia adalah agak stabil, dalam purata di antara 3 hingga 4 peratus.
Persoalannya: Apakah hubungan di antara kemasukan buruh asing and pengangguran di Malaysia?
Oleh:
Nur Ezza Syahzira Binti Nassil dan Dayangku Aslinah Abd. Rahim*
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS.
Keterangan lanjut, hubungi*: [email protected]