• Tidak ada hasil yang ditemukan

cara unik tuanku syed faizuddin jumpa asnaf dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "cara unik tuanku syed faizuddin jumpa asnaf dalam"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

CARA UNIK TUANKU SYED FAIZUDDIN JUMPA ASNAF DALAM PROGRAM KAYUHAN PEDULI MAIPS KE-100

KANGAR 22 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetuai 167 peserta Program Kayuhan Peduli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPs) Ke-100 Tuanku Raja Muda Perlis Menyantuni Golongan Asnaf hari ini.

Kayuhan itu bermula pada pukul 8.30 pagi dari pekarangan Masjid Putra dan berakhir di Perkampungan Sunnah Siri II 2015 di Masjid Alwi di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Alumni Unimap dan MAIPs dengan kerjasama Unit Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimap.

Turut serta dalam kayuhan itu termasuk Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimap, Prof. Madya Dr. Mohd.

Fo’ad Sakdan.

Utusan Malaysia yang menjadi media rasmi juga disertai lapan wakil termasuk Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad;

Editor Foto, Kadir Bachok dan Ketua Biro Utusan Malaysia cawangan Perlis, Syarilfuddin Shaari.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua MAIPs berkenan singgah bersama rombongan kayuhan di empat buah rumah asnaf di Kampung Ujung Bukit, Kampung Telok Jambu dan Kota Keran.

Baginda telah mempelopori cara cukup unik bagi menyampaikan zakat iaitu dengan melakukan kayuhan basikal ke rumah asnaf yang dilakukan sejak

(2)

tahun 2013 sekali gus membantu mempromosi gaya hidup lebih sihat dan konsep ini juga membuatkan rakyat begitu dekat dengan Raja Muda Perlis.

Bagi Program Kayuhan Ke-100 ini, rumah asnaf pertama yang disinggah ialah Hashim Ismail, 52, di Kampung Ujung Bukit, Bintong, diikuti rumah asnaf Kamis Omar, 66, dan rumah Rukiah Karim di Kampung Teluk Jambu, Bintong dan berakhir di rumah asnaf Muhd. Izzat Izzuddin Abd Aziz , 26 tahun, yang membela seorang adik orang kurang upaya (OKU) di Kota Keran.

Kesemua penerima itu diberikan wang zakat bernilai RM500 setiap seorang dan wang fidyah dalam bentuk beras 10 kilogram dan kotak ‘Kits Peduli MAIPs’ yang mengandungi beras dan makanan asasi bernilai RM100.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail juga singgah di Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) Residensi di Jalan Datuk Wan Ahmad, Kangar.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kedua-dua baginda turut meluangkan masa menyertai sukaneka dan beramah mesra dengan peserta PDK tersebut.

Kayuhan itu juga singgah di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra sebelum pogram berakhir di Masjid Alwi yang disambut oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Asri Zainul Abidin.

Baginda juga menyampaikan sumbangan zakat yang bernilai RM10,500 kepada 15 penerima asnaf lain.

-- Unit Media UniMAP --

Referensi

Dokumen terkait

Learn From The Disciplined, Civilised Japanese Culture - Raja Muda Of Perlis From Effendy Harun TOKYO, April 2 Bernama -- The Raja Muda of Perlis, Tuanku Syed Putra Faizuddin Putra

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah selain menjalin keakraban antara dua negara, bidang berkenaan turut memanfaat pelbagai pihak termasuk pemilik

TUANKU RAJA MUDA PERLIS CHANCELLOR OF THE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS UniMAP AT THE OFFICIAL DINNER HELD IN CONJUNCTION WITH THE VISIT BY UNITED NATIONS ENVIRONMENT PROGRAMME

Raja Perlis ketujuh ini senantiasa didampingi dengan penuh setia oleh anakanda baginda yang menjadi Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku

Raja Muda Perl is, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAp, bertitah wakaf bukan sahaja dapat membantu pembangunan universiti malah dapat memastikan proses

e J Raja Perlis Oleh SHOLINA OSMAN · ~ tra Jamalullail dan Raja Puan Muda [email protected] Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen KANGAR.- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA 20 November 2016 RAJA MUDA PERLIS BERKENAN BERSAMA RAKYAT DALAM KENDURI DI KAMPUNG PADANG BESAR--, Kenduri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin

Patik juga merafak sembah menjunjung penuh kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Canselor UniMAP, Dan Duli Yang Teramat Mulia