• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOC UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "DOC UKM"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

EEEX/EPPE 3033: PERKEMBANGAN PEMIKIRAN EKONOMI Kuliah 8

KUMPULAN INSTITUSIONALIS - Pengenalan

- Apakah latarbelakang kumpulan?

- Apakah doktrin utama kumpulan?

- Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?

- Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada masanya?

- Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan?

- Pengasas

- Thomas Bunde Veblen - Wesley Clair Mitchell - John Kenneth Galbraith

MATLAMAT

Di dalam kuliah ini, pelajar seharusnya boleh memahami pandangan menyeluruh kumpulan Institusionalis.

OBJEKTIF

Setelah megikuti kuliah ini, pelajar dapat menghuraikan perkara- perkara berikut:

- Ciri-ciri asas ekonomi Institusionalis

- Golongan yang mendapat kebaikan dari sistem - Kebaikan, kesesuaian dan kelemahan sistem

- Sumbangan pemikiran pengasas ekonomi Institusionalis

(2)

Apakah latarbelakang kumpulan?

- Perkembangan pemikiran dari Amerika Syarikat yang bermula pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

- Latar belakang –

- Tidak berpuas hati dengan keadaan sosio-ekonomi semasa.

Cotoh: isu-isu buruh, kebajikan pekerja dan masyarakat, pendidikan dll.

- Pada penghujung abad ke-19 muncul ramai ahli politik dan ekonomi alam sekitar Amerika yang mempersoalkan andaian neoklasik yang mengandaikan pencapaian kebajikan sosial maksimum melalui pasaran bebas. Sedangkan pada realitinya, berlaku kemelesetan ekonomi, kemiskinan, isu monopoli, pembaziran sumber dll.

- Reformasi sosial

- Munculnya Kumpulan Institusi. Dua kaedah mencapai reformasi sosial

- menyusun masyarakat seiring dengan aliran sosialis - meningkatkan campur tangan kerajaan

Apakah doktrin utama kumpulan?

- Perspektif yang luas; Melihat ekonomi secara lebih menyeluruh dan bukan sebagai entiti kecil. Ekonomi sebenarnya saling berkait rapat dengan pelbagai aspek termasuklah politik, sosiologi, undang-undang, adat tradisi, ideologi, dll.

- Menumpukan kepada institusi: Kepentingan peranan institusi dalam perkembangan ekonomi. Institusi bermaksud pertubuhan atau organisasi dan entiti yang diuruskan oleh sekumpulan manusia.

Institusi juga melibatkan budaya hidup yang mencakupi undang- undang, adat resam dan cara berfikir. Pemikiran ini menumpukan kepada gelagat sekumpulan manusia dalam institusi dan bukannya gelagat individu.

- Pendekatan Evolusi Darwin. Menganalisis ekonomi mengikut arus perubahan kerana masyarakat dan institusi sentiasa berubah. Tema utama dalam ekonomi sepatutnya adalah evolusi dan fungsi institusi ekonomi. Menganalisis evolusi ekonomi dengan pengetahuan dalam pelbagai bidang lain seperti antropologi, sosiologi, sains, politik, falsafah, dll.

(3)

- Menolak idea keseimbangan; Ekonomi tidak semestinya berada dalam keadaan keseimbangan dan gunatenaga penuh. Ketakseimbangan adalah perkara biasa. Ekonomi terdedah kepada kitaran perniagaan.

Justeru peranan kerajaan secara kolektif diperlukan untuk

memperbetulkan kekurangan dan ketakselarasan dalam ekonomi.

- Perbezaan kepentingan: berlawanan dengan kepentingan yang harmoni dalam pemikiran sebelumnya. Walaupun manusia cuba menguruskan sesebuah institusi dengan meletakkan kepentingan persetujuan bersama, masih wujud perbezaan pendapat antara kumpulan. Contoh: Perbezaan pendapat antara pekerja dan majikan, pembeli dan pengeluar. Oleh itu perlu campur tangan kerajaan untuk mendamaikan pelbagai pihak kepada kebaikan bersama.

- Reformasi liberal; menyokong perubahan untuk membawa kepada pengagihan kekayaan/ pendapatan yang lebih saksama. Perlu campur tangan atau kawalan kerajaan dalam pelbagai isu seperti agihan pendapatan, agihan sumber, peningkatan kebajikan dll. Menafikan bahawa harga pasaran adalah penunjuk kepada kebajikan individu dan masyarakat dan pasaran yang bebas akan membawa kepada

peruntukan sumber yang cekap dan pengagihan pendapatan yang adil.

Menentang prinsip laissez faire dan menyokong peranan besar kerajaan dalam ekonomi dan hal-hal kemasyarakatan.

Siapakah yang mendapat manfaat kumpulan?

- memenuhi kehendak peniaga kecil, kumpulan buruh, pegawai kerajaan, ahli reformasi, ketua organisasi pengguna, ahli kesatuan yang menuntut perubahan sosial

Bagaimana kumpulan itu sesuai, berguna atau benar pada masanya?

- Melibatkan banyak pihak yang memerlukan perubahan idea seperti golongan pertengahan dan pelbagai kumpulan yang merasakan diri mereka terancam dan perlukan pembelaan (campur tangan kerajaan) untuk meningkat kebajikan kerana keupayaan peranan pasaran bebas untuk mengoptimum kebajikan dipertikai.

(4)

Doktrin manakah menjadi penyumbang kekal kumpulan?

-

Melibatkan pelbagai isu hari ini seperti

- analisis makroekonomi agregat Keynesian - isu alam sekitar

- kesatuan sekerja - perlindungan sosial - undang-undang buruh

Pengasas

- Thomas Bunde Veblen (1857-1929)

- The Theory of Leisure Class –1899. Golongan kaya mempunyai ciri

- penggunaan kekayaan untuk tujuan menunjuk-nunjuk (conspicuous consumption).

- Kecenderungan mengelak daripada melakukan

pekerjaan yang berguna. Suka melakukan perkara yang kurang produktif dan berfaedah untuk terus menjaga status

- berfikiran konservatif. Lambat berubah untuk mengikuti peredaran zaman.

- Dalam tahun 1950, artikel Harvey Leibenstein menyatakan utiliti diperoleh daripada penggunaan satu unit barangan untuk

menunjuk-nunjuk bergantung bukan sahaja kepada nilai intrinsik barang tetapi juga bergantung kepada harga barang tersebut.

- Barang Veblen bukan sahaja menghasilkan utiliti intrinsik, tetapi juga utiliti penggunaan menunjuk-nunjuk yang berkait rapat dengan harga.

(5)

- Keluk permintaan bagi barang yang digunakan untuk tujuan menunjuk mencerun ke atas.

- Rajah menunjukkan analisis Leibeinstein keluk

permintaan D1, D2 dan D3 yang bercerun negatif. Ini adalah dengan andaian apabila berlaku perubahan harga, utiliti penggunaan menunjuk-nunjuk adalah

konstan sepanjang keluk. Contoh, bagi keluk permintaan D2, pengguna akan membeli lebih banyak barang jika harganya menurun dengan andaian pengunaan menunjuk-nunjuk tidak berubah. Keluk D3 pula

menunjukkan utiliti pengunaan menunjuk-nunjuk yang lebih tinggi berbanding dengan keluk D2.

- Walau bagaimanapun, utiliti pengunaan menunjuk-nunjuk bagi barang Veblen adalah tidak konstan sekiranya harga berubah. Ia akan menurun jika harga jatuh dan

sebaliknya. Contoh: Jika harga jatuh dari P3 ke P2 dan P1, maka utiliti pengunaan menunjuk-nunjuk yang jatuh akan mengalihkan keluk permintaan dari D3 ke D2 dan seterusnya ke D1.

- Kejatuhan harga akan menghasilkan kesan harga biasa dan kesan Veblen. Kesan harga apabila harga katuh dari P2 ke P1 ialah BE dengan andaian utiliti penggunaaan menunjuk konstan. Kuantiti meningkat dari Q2 ke Q3.

Kesan Veblen ialah EA bila harga jatuh dari P2 ke P1.

Kuantiti jatuh dari Q3 ke Q1.

- Kejatuhan harga dari P3, P2, dan ke P1 akan membina dan menghasilkan kesan bersih kejatuhan dalam kuantiti

(6)

yang diminta dari Q3 ke Q2 dan ke Q1. Titik-titik persilangan A, B,dan C jika disambung akan

membentuk keluk permintaan DV yang bercerun positif.

- Ini menunjukkan semakin rendah harga barang, semakin kurang kuantiti diminta.

- Adakah keluk permintaan sebegini realistik? Ia

bergatung kpd permintaan individu bagi barang tertentu.

- Pandangan terhadap naluri pekerjaan/pembuatan atau penghasilan barang

- Manusia cenderung untuk bekerja dengan baik dan mengelakkan pembaziran.

- Naluri pekerjaan mendorong generasi sekarang untuk menambahbaikkan kehidupan untuk generasi akan datang

- Pandangan terhadap kredit dan kitaran perniagaan - kredit penting dalam perniagaan moden

- pinjaman wang meningkatkan keuntungan selagi kadar pulangan perniagaan melebihi kadar bunga

- Kritikan terhadap neoklasik

- kritikan terhadap kedaulatan pengguna, iaitu pengguna menentukan komposisi barang yang dikeluarkan dan oleh itu juga menentukan peruntukan sumber dalam

masyarakat untuk memaksimumkan kebajikan.

- jika sebahagian pengguna menggunakan barang untuk menunjuk-nunjuk, kerajaan perlu

memainkan peranan untuk menghalang penggunaan yang membazir.

- kritikan terhadap neoklasik yang menyokong skim pengagihan kekayaan dan pendapatan.

- teori ekonomi hanyalah rekaan untuk

menjustifikasikan hakmilik swasta dan hakmilik pendapatan. Ekonomi perniagaan hanya untuk mempertahankan komuniti perniagaan sahaja bukannya masyarakat secara keseluruhan.

- kritikan terhadap persaingan sempurna

- kebanyakan ahli perniagaan mempunyai sedikit kuasa monopoli terhadap harga yang dikenakan dan mereka menggunakan pengiklanan untuk memperkuatkan kedudukan perniagaan.

(7)

- Wesley Clair Mitchell

- Wesley Clair Mitchell (1874-1948). Anak murid Veblen yang bijak.

- mementing penyelidikan empirikal daripada teori. Menubuhkan National Bureau of Economic Research pada tahun 1920.

- mengkaji kitaran perniagaan. Mengkaji secara kolektif keadaan- keadaan yang menyebabkan kitaran perniagaan, bukannya memfokus satu-satunya penyebab kepada kitaran perniagaan.

- Kitaran perniagaan (KP) berlaku dalam ekonomi yang menggunakan wang (faktor kewangan). Aktiviti ekonomi tertumpu kepada membuat dan membelanja wang semata-mata.

- Kitaran perniagaan tersebar luas dalam ekonomi kerana akiviti ekonomi antara institusi saling berkaitan.

Pertumbuhan kredit membesarkan saling kebergantungan kewangan.

- Turun naik kitaran perniagaan bergantung kepada jangkaan keuntungan masa depan. Jangkaaan keuntungan masa depan akan mengembangkan ekonomi. Oleh kerana firma cuma mementingkan keuntungan, kerajaan perlu menitikberatkan kebajikan sosial dalam mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.

- Kitaran perniagaan berlaku secara sistematik bukannya kejutan daripada keseimbangan. Kitaran berlaku

daripada tekanan dalam ekonomi. Setiap fasa kitaran menghasilkan fasa yang lain.

- John Kenneth Galbraith (1908-2006)

- Beliau mengkritik teori neoklasik berkaitan kebebasan konvensional (Convensional Wisdom)- idea yang diketahui umum, diterima secara meluas tetapi tidak semestinya benar atau relevan

- Dua ideanya yang mencabar idea ekonomi lampau.

- Kesan pergantungan (dependence effect).

- Syarikat besar mendominasi ekonomi dan

membentuk kemahuan pengguna dengan strategi syarikat dan pengiklanan yang meluas. Syarikat menentukan apa yang perlu dikeluarkan dan membentuk citarasa pengguna untuk membeli

(8)

keluaran mereka. Teori pilihan pengguna

neoklasik menyatakan kemahuan sebagai diberi dan pengguna memaksimumkan utiliti. Menurut Galbraith, pengguna bukan raja yang menentukan kemahuan, tetapi syarikat yang menentukannya.

Galbraith berpendapat seseorang tidak dapat mempertahankan bahawa pengeluaran sebagai memuaskan kemahuan pengguna sekiranya pengeluaranlah yang mencipta kemahuan pengguna.

- Teori permintaan penggunaan Galbraith dikatakan menimbulkan agihan sumber yang tidak cekap bagi pengeluaran barangan awam. Ini dinamakan sebagai ketakseimbangan sosial (social

imbalance). Penciptaan kemahuan yang palsu oleh syarikat mendorong sumber kepada barang swasta dan jauh daripada barang awam. Kerajaan memainkan peranan dengan mengenakan cukai untuk mewujudkan barang dan perkhidmatan awam.

- Teori firma Galbraith.

- Motif keuntungan maksimum cuma berlaku dalam firma kecil – sektor pasaran

- Firma besar atau sektor korporat mempunyai motif lain selain daripada memaksimumkan keuntungan – sektor perancangan.

- Sebabnya: firma besar tidak dikawal oleh pemilik tetapi dikawal oleh pemegang saham yang diterajui oleh lembaga

pengarah. Oleh itu matlamat mereka ialah untuk:

- Tujuan perlindungan (Protective purpose)- keuntungan mencukupi untuk memberi kepuasan kepada pemegang saham.

- Tujuan Pertumbuhan syarikat (Affirmative purpose). – aspek pertumbuhan jualan, hasil, keselamatan pekerja dll.

(9)

- Implikasi dasar

- Firma besar boleh mempunyai kelebihan.

Kemajuan teknologi, R&D, peningkatan produktiviti dan kualiti – perkembangan mengikut skala. Sebarang dasar kerajaan tidak perlu untuk menyekat perkembangan firma besar. Tidak perlu kepada “antitrust law”

- Ketakmampuan laissez-faire untuk memenuhi keperluan barangan awam.

Galbraith mencadangkan peranan kerajaan perlu dalam hal ini, terutamanya dasar kerajaan untuk mengawal pelakuan

lembaga pengarah syarikat agar memenuhi kehendak awam. Contoh dasar adalah penetapan harga barangan awam, upah minimum, dasar percukaian dll. Dasar ini dinamakan dasar agihan semula

pendapatan melalui kawalan kerajaan . - Kritikan Terhadap Galbraith

- Dikatakan menidakkan kebebasan pengguna (consumers free will), kepentingan pengguna.

- Firma yang gagal memperoleh keuntungan, dalam jangkamasa panjang mempunyai risiko akan diambilalih (takeover).

Referensi

Dokumen terkait

Dari fenomena telah dikemukakan, dapat disimpulkan pendidikan merupakan dasar yang penting untuk generasi bangsa yang akan datang yaitu siswa remaja, salah satu

1 Kemampuan untuk mendorong peningkatan perkembangan kehidupan ekonomi dan sosial budaya. 2 Nilai-nilai agama, adat-istiadat, serta pandangan dan nilai-nilai yang

Sebutkan hal-hal apa saja yang dapat dilakukan oleh gereja untuk mendorong remaja bertumbuh dalam pengenalan akan Kristus!. Pada era sekarang ini, generasi remaja di gereja

Faktor lain yang mendorong urbanisasi sendiri adalah para generasi muda yang ingin memperbaiki kehidupan mereka serta kesempatan untuk menambah ilmu di desa

Tujuannya adalah untuk memenuhi kebutuhan pangan baik di masa sekarang ataupun di masa yang akan datang, dengan mendorong dilakukannya pembangunan yang tidak merusak

1 Kemampuan untuk mendorong peningkatan perkembangan kehidupan ekonomi dan sosial budaya. 2 Nilai-nilai agama, adat-istiadat, serta pandangan dan nilai-nilai yang

UNTUK ITU, KARENA KEHIDUPAN MANUSIA SELALU HARUS BERDIALOG DENGAN SEJARAH MASA LALU UNTUK DAPAT MEMBANGUN SEJARAH DI MASA SEKARANG, SERTA MEMPROYEKSIKAN PANDANGAN KE

untuk seluruh warga dunia dan menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik untuk para peladang kami, pada masa kini dan untuk generasi yang akan datang.. Pertama sekali, kami