• Tidak ada hasil yang ditemukan

E-PROCEEDINGS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "E-PROCEEDINGS"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

153 APLIKASI AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH DALAM ISU TEMPAHAN SLOT

SEMBAHYANG JUMAAT PASCA COVID-19 Syed Muhammad Adib Termizi b Ahmad al-Jafari

Alumni Ph.D USIM, Pensyarah Bebas Singapura

E-mail: [email protected]

ABSTRAK

Ilmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah adalah antara ilmu terpenting dalam bidang syariah. Ia amat membantu para mujtahid dalam mengeluarkan hukum bagi permasalahan kontemporeri yang tidak memiliki nas yang khusus. Penularan virus Covid-19 telah mencipta norma kehidupan baru, yang mana sebahagian daripadanya memerlukan penjelasan dari sudut hukum syarak. Antara norma baru tersebut adalah kemestian menempah tempat untuk melaksanakan sembahyang Jumaat.

Sebahagian masyarakat Islam enggan melakukan tempahan ini, dengan alasan mereka hendak mendahulukan saudara Muslim lain. Justeru kertas kerja ini bertujuan melihat sejauh mana keabsahan alasan tersebut di sisi syarak. Kajian kuantatif ini menggunakan metodologi analisis bagi menganalisa kaedah-kaedah fiqh yang bersangkutan dengan permasalahan kajian dan juga pendapat para ulama terhadap kaedah-kaedah tersebut. Metode perbandingan juga diguna pakai dalam menilai pendapat-pendapat ulama bagi memilih pendapat yang paling sesuai untuk diaplikasikan sebagai hukum terhadap tempahan tempat bagi sembahyang Jumaat. Hasil kajian menunjukkan kaedah yang melarang mendahulukan saudara muslim lain dalam hal ibadah adalah lebih tepat berbanding sebaliknya.

Kata kunci: Covid-19, fiqh kontemporari, Kaedah-kaedah fiqh, Sembahyang Jumaat.

Pendahuluan:

Dengan penurunan kadar jangkitan Covid-19, kefahaman yang bertambah mengenai cara virus ini menular dan pendekatan terbaik untuk membendungnya serta terhasilnya vaksin untuk melindungi seseorang dari jangkitannya, negara-negara yang terjejas oleh pandemik ini mula melangkah kepada fasa pembukaan semula dari penutupan penuh (lockdown). Dalam fasa ini aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, ekonomi, pelancongan dan sebagainya mula dibuka secara bertahap. Begitu juga dengan aktiviti keagamaan di masjid seperti sembahyang Jumaat.

Tatacara pengendalian piawaian tertentu telah disertakan bersama kebenaran pelaksanaan sembahyang Jumaat bagi memastikan keselamatan para jemaah. Antara piawaian yang ditetapkan adalah had jemaah yang boleh dimuatkan dalam sesebuah masjid hanya terbatas pada bilangan tertentu. Ketetapan ini memerlukan sistem pengurusan yang baik supaya tidak berlaku kesesakan, pertelingkahan dan sebagainya. Dengan itu sistem tempahan tempat atau slot diperkenalkan. Maka setiap Muslim yang hendak menghadiri sembahyang Jumaat perlu memastikan bahawa dia telah berjaya mendapatkan tempat untuk menghadiri sembahyang Jumaat pada minggu tersebut.

Sistem ini telah menimbulkan persepsi daripada sebahagian masyarakat bahawa sembahyang Jumaat masih lagi tidak wajib kerana penularan virus Covid-19. Sebahagian yang lain pula berpendirian sistem seperti ini adalah tidak dibenarkan kerana ia adalah penghalang bagi menunaikan sembahyang Jumaat. Terdapat juga yang enggan merebut peluang bagi menunaikan

(2)

154 sembahyang Jumaat dengan alasan mendahulukan saudara Islam yang lain. Justeru penulis akan cuba merungkaikan permasalahan yang terbit dari sistem ini melalui kaedah-kaedah fiqh yang terkandung dalam kitab para fuqaha klasik.

Pengertian dan Kepentingan Ilmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah: A- Pengertian al-Qawaid al-Fiqhiyyah:

Al-Qawaid adalah kata banyak dari kaedah. Ia bererti asas bagi sesuatu. Para fuqaha pula mendefinasikan kaedah dengan:

"ﻪﺗﺎﻴﺋﺰﺟ ﻢﻈﻌﻣ ىﻠﻋ ﻖﺒطنﻳ ﱯﻠﻏأ ﻢﻜح"

Maksudnya: “Hukum (aturan) kebanyakannya bersesuaian dengan sebahagian besar bahagian- bahagiannya (juz’iyyat)”. Ada yang mengertikannya dengan:

ﻟا"

ﻋﺎق ﻲﻠﻛ ﻢﻜح :ةﺪ

"ﻪﺗﺎﻴﺋﺰﺟ ﻊﻴﲨ ىﻠﻋ ﻖﺒطنﻳ

Maksudnya: “Hukum menyeluruh (kulli) yang meliputi bahagian-bahagiannya” (Musbikin: 2001 &

Lajnah Asatizah Kulliyah al-Syariah wa al-Qanun: 2007).

Fiqh boleh diertikan dengan kefahaman. Dari segi istilah pula ia adalah:

ﻢﻠﻌﻟا"

"ةﻴﻠﻴﺼﻔتﻟا ﺎﻬتﻟدأ ﻦﻣ بﺴتﻜﳌا ةﻴﻠﻤﻌﻟا بﺴتﻜﳌا ةﻴﻠﻤﻌﻟا ةﻴﻋﺮﺸﻟا مﺎﻜحﻷ

Maksudnya: “Ia adalah ilmu tentang hukum-hukum syariat yang diperbuatkan yang diperolehi dari dalil-dalil yang terperinci” (al-Faddani: 1991 & al-Waili: 1987).

Adapun pengertian al-Qawaid al-fiqhiyyah sebagai satu cabang ilmu adalah:

"ﺎﻬنﻣ ﺎﻬﻣﺎﻜحأ ﻢﻬﻔﻳ ةﲑﺜﻛ تﺎﻴﺋﺰﺟ ﻪﻴﻠﻋ ﻖﺒطنﻳ يﺬﻟا ﻲﻠﻜﻟا ﺮﻣﻷا"

Ertinya: “Sebuah pekara kulli yang bersesuaian dengan bahagian-bahagian yang banyak, daripadanya diketahui hukum-hukum tersebut” (al-Subki: 1991).

B- Kepentingan al-Qawaid al-Fiqhiyyah:

Dengan pengertian di atas dapat disimpulkan al-Qawaid al-Fiqhiyyah adalah kaedah-kaedah fiqh umum yang terhimpun di bawahnya kebanyakan hukum bagi masalah-masalah fiqh dari berbagai tajuk. Kaedah-kaedah ini tersusun ringkas, namun maknanya tersangat luas sehingga dapat merangkumkan hukum-hukum furu’ yang merentasi tajuk-tajuk yang terdapat dalam fiqh Islami.

Walaupun kaedah-kaedah ini bersifat kebanyakan dan bukan menyeluruh, menguasainya dapat membantu menghafal dan mengetahui hukum dari masalah-masalah fiqh yang luas. Kaedah ini juga dapat memelihara dan menyelaraskan hukum-hukum fiqh agar ia tidak bertentangan di antara satu sama lain. Di samping itu ia juga memberikan gambaran umum mengenai hukum dan masalah fiqh dan dapat membina keupayaan fiqh dalam diri pelajar (al-Malakah al-Fiqhiyyah).

Qawaid al-Fiqhiyyah berkepentingan dalam menjaga keselarasan hukum-hukum fiqh dan memudahkan dalam mempelajari ilmu fiqh. Ia juga menyenangkan seorang mujtahid dalam mengeluarkan hukum bagi permasalahan baru yang tidak mempunyai sebarang nas, dengan menggunakan perbandingan terhadap masalah-masalah yang menyerupainya. Berkata Saidina Umar kepada Abu Musa al-Aysari:

"ﺎﻫﺮﺋﺎﻈنﺑ رﻮﻣﻷا ﺲﻗو ﻩﺎﺒﺷﻷاو لﺎﺜﻣﻷا فﺮﻋا"

(3)

155 Bermaksud: “Kenali segala persoalan yang serupa dan bersamaan, kemudian qiyaskanlah segala urusan dengan hal yang sebanding dengannya” (al-Sayuthi: 2015, al-Waili: 1987 & Ibnu Nujaim:

1983).

Kewajipan Sembahyang Jumaat dan Keuzuran Yang Menggugurkannya:

Para ulama dari setiap mazhab telah bersepakat bahawa sembahyang Jumaat adalah fardhu ‘ain ke atas setiap lelaki Muslim yang telah baligh, berakal, merdeka dan bermukim (Ibu al-Munzir: 1999).

Mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran kerana kewajipan ini disabitkan melalui dalil qati’e. Firman Allah SWT:

ْﻟا اوُرَذَو ِﱠا ِﺮْﻛِذ َﱃِإ اْﻮَﻌْﺳﺎَﻓ ِةَﻌُﻤُْﳉا ِمْﻮَـﻳ ْﻦِﻣ ِة َﻼﱠﺼﻠِﻟ َيِدﻮُﻧ اَذِإ اﻮُنَﻣآ َﻦﻳِﺬﱠﻟا ﺎَﻬﱡـﻳَأ َ ﴿ ْﻢُتْـنُﻛ ْنِإ ْﻢُﻜَﻟ ٌْﲑَﺧ ْﻢُﻜِﻟَذ َﻊْﻴَـﺒ

َنﻮُﻤَﻠْﻌَـﺗ

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman apabila diseru untuk melaksanakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (al Quran. Al Jumuah: 9).

Suruhan di dalam ayat ini membawa erti mewajibkan. Ia dikuatkan lagi dengan beberapa hadis Nabi SAW yang menunjukkan kewajipan sembahyang ini dan ancaman ke atas mereka yang meninggalkannya seperti:

1- Saidatina Hafsah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

ر ﻢﻠتﳏ ﻞﻛ ىﻠﻋ } {بﺟاو ةﻌﻤﳉا حاو

Ertinya: “Menjadi kewajipan ke atas setiap orang yang telah baligh untuk pergi menunaikan sembahyang Jumaat”. (Hadis Ibnu Huzaimah. Tt. Bab: Dalil anna Fardha al-Jumaah ala al-Balighin Duna al-Athfal.

#1721)

2- Saidina Abu Hurairah dan Abdullah bin Amru mendengar Nabi SAW bersabda:

{ﲔﻠﻓﺎغﻟا ﻦﻣ ﻦﻧﻮﻜﻴﻟ ﰒ ،ﻢ ﻮﻠﻗ ىﻠﻋ ﷲ ﻦﻤتخﻴﻟ وأ تﺎﻌﻤﳉا ﻢﻬﻋدو ﻦﻋ ماﻮﻗأ ﲔﻬتنﻴﻟ}

Ertinya: “Hendaklah golongan yang meninggalkan sembahyang Jumaat berhenti dari perbuatan tersebut atau Allah akan menutup hati-hati mereka sehingga mereka menjadi golongan yang lalai”. (Hadis Muslim. Tt. Bab:

al-Targliz fi Tarki al-Jumuah. #865).

Namun begitu, syarak memberikan kelonggaran kepada beberapa golongan yang mempunyai keuzuran demi memudahkan mereka dan menghindarkan kemudharatan dari mereka atau masyarakat sekelilingnya. Sabda Nabi SAW:

{ﺾﻳﺮﻣ وأ ﱯﺻ وأ ةأﺮﻣا وأ كﻮﻠﳑ ﺪﺒﻋ :ةﻌﺑرأ ﻻإ ةﻋﺎﲨ ﰲ ﻢﻠﺴﻣ ﻞﻛ ىﻠﻋ بﺟاو ﻖح ةﻌﻤﳉا}

Maksudnya: “Sembahyang Jumaat itu adalah sebuah hak yang wajib ke atas setiap Muslim ditunaikannya secara berjemaah kecuali keatas empat golongan: hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit” (Hadis Abu Daud. Tt. Bab: al-Jumuah li al-Mamluk wa al-Marah. #1067).

Dalam riwayat lain, baginda bersabda:

(4)

156

ﳌا ﻊﲰ ﻦﻣ}

لﺎﻗ رﺬﻌﻟا ﺎﻣو :اﻮﻟﺎﻗ .رﺬﻋ ﻪﻋﺎﺒﺗا ﻦﻣ ﻪﻌنﳝ ﻢﻠﻓ يدﺎن ﱵﻟا ةﻼﺼﻟا ﻪنﻣ ﻞﺒقﺗ ﱂ ،ضﺮﻣ وأ فﻮﺧ" :

{"ىﻠﺻ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendengar panggilan orang yang memanggil (azan) dan tidak ada uzur yang menghalanginya dari menjawab panggilan tersebut (mendatangi masjid). Para sahabat bertanya: “Apakah keuzuran itu? Nabi menjawab: “Ketakutan dan sakit, (maka) tidak akan diterima darinya sembahyang yang dilakukannya itu” (Hadis. Abu Daud. Tt. Bab: Taysdid fi Tarki al-Jamaah. 551).

Dari sebab-sebab gugurnya kewajipan Jumaat yang terdapat dalam dua hadis di atas, para ulama cuba menyertakan perkara lain yang mengandungi makna ketakutan dan sakit atau serupa dengan golongan yang disebutkan Nabi SAW. Mereka membahagikan keuzuran yang menggugurkan kewajipan Jumaat kepada tiga bahagian (al-Humam: Tt. al-Qarafi: 1994. al Mahalli: 1998. Ibnu Qudamah: 2004):

Bahagian pertama: keuzuran yang terkait dengan diri seorang muslim itu sendiri seperti kelaparan dan kehausan yang sangat, tidak mempunyai pakaian yang dapat menjaga maruahnya, menahan buang air besar dan kecil yang teramat sangat, dalam pelayaran, terlalu lemah dan sebagainya.

Bahagian kedua: Keuzuran yang bersangkutan dengan keadaan dan persekitaran seperti hujan yang teramat lebat, angin ribut, jalan yang berlumpur yang dapat mengotori pakaiannya dan seumpama itu.

Bahagian ketiga: Keuzuran yang berkaitan dengan perkara lain seperti menemani orang yang sedang sakit yang tidak mempunyai teman selainnya, menemani orang yang sedang nazak, takut terhadap kezaliman orang lain ke atas diri atau hartanya, menjaga anak kecil yang tiada penjaga selainnya dan seumpamanya.

Penangguhan Sembahyang Jumaat Disebabkan Penularan Virus Covid-19:

Virus Covid-19 adalah sejenis virus dari kumpulan virus corona yang menyerang sistem pernafasan seseorang. Virus ini dapat menular dengan pantas dan ketika artikel ini ditulis, ia telah meragut lebih dari lima juta seratus ribu nyawa di seluruh dunia (worldometers.info: 2021). Virus yang awalnya dikesan di Wuhan, China didapati boleh berevolusi dengan amat pantas dan pelbagai varian baru telah muncul melalui proses mutasi yang menyebabkan kesukaran dalam mengawalnya atau mencari penawar untuknya.

Virus ini semakin digeruni apabila diketahui, seseorang yang terinfeksi olehnya tidak akan menunjukkan sebarang gejala kecuali setelah dua hingga empat belas hari kemudian, dalam tempoh tersebut orang disekelilingnya dan yang bersentuhan dengannya boleh dijangkiti virus merbahaya ini tanpa disedari (Ministry of Health, Singapore: 2020).

Disebabkan ancaman terhadap nyawa yang dibawa oleh virus ini, pemerintah dari setiap negara telah mengambil langkah drastik bagi membendung penularannya dengan menerapkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan. Langkah ini telah menjejaskan pelbagai aspek kehidupan dan banyak aktiviti terpaksa dihentikan atau ditangguhkan termasuk aktiviti keagamaan seperti sembahyang Jumaat.

Boleh dikatakan telah terjadi kesepakatan (ijma’) di antara badan fatwa seluruh dunia dalam isu penangguhan sembahyang Jumaat. Keputusan ini diambil bagi menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya menghindarkan seseorang dari kemudaratan. Ini disebabkan virus Covid-19

(5)

157 mudah menular dalam sebuah perhimpunan yang besar. Keputusan ini berdasarkan beberapa nas yang melarang memudaratkan diri dan masyarakat seperti berikut:

1- Firman Allah SWT:

﴾َﻦْﻳِﺪَتْﻌُﻤْﻟا ﱡبُِﳛ َﻻ َﷲ ﱠنِإ اْوُﺪَتْﻌَـﺗ َﻻَو﴿

Maksudnya: “Dan janganlah melampaui batas sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”. (al-Baqarah: 190)

2- Firman Allah SWT:

﴾ِةَﻜُﻠْﻬﱠـتﻟا َﱃِإ ْﻢُﻜﻳِﺪْﻳَِ اﻮُقْﻠُـﺗ َﻻَو﴿

Maksudnya: “Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (al-Baqarah: 195).

3- Sabda Nabi SAW:

{راﺮﺿ ﻻو رﺮﺿ ﻻ}

Maksudnya: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh membuat hal yang memudaratkan”. (Hadis. Malik.

2004. Bab: al-Qadha fi al-Mirfaq. #600).

Para ulama juga telah menyenaraikan kusta dan penyakit menular yang lain sebagai sebab yang dapat menggugurkan kewajipan sembahyang (al-Dardir: Tt). Selain ia merupakan sebuah penyakit, virus ini juga menanam ketakutan dalam masyarakat awam. Ini bermakna, penyakit yang berpunca daripada virus ini mempunyai kedua-dua sebab yang disebutkan Nabi SAW sebagai sebab yang dapat menggugurkan kewajipan Jumaat, iaitu: ketakutan dan sakit.

Daripada dalil-dalil ini, lahirlah kaedah fiqh (لاﺰﻳ رﺮﻀﻟا) iaitu: Kemudaratan itu mesti dihilangkan (Ibnu Nujaim: 1983, al-Sayuthi: 2015), yang amat bersesuaian dengan masalah ini.

Al-Dharar (رﺮﻀﻟا) adalah sesuatu yang bertentangan dengan maslahat dan manfaat. Ia adalah setiap perkara buruk dan menyusahkan yang terkena kepada tubuh badan atau berkurangnya hak yang sepatutnya didapatkan oleh seseorang (al-Zubaidi: 2012).

Dimaksudkan dengan menghilangkan kemudaratan adalah setiap kemudaratan yang dijangka akan berlaku melalui pembuktian kajian dan data perlu dicegah sebelum ianya terjadi. Begitu juga kemudaratan yang sedang berlaku, hendaklah diusahakan untuk menghilangkannya semampu yang mungkin (Shabah: 1436H). Dalam usaha menghindarinya dan menghilangkannya, syarak membenarkan melakukan perkara yang diharamkan jika dipercayai ia adalah berkesan untuk mengatasi kemudaratan itu.

Kenyataan ulama ini berdasarkan kaedah: (تارﻮﻈﶈا حﻴﺒﺗ ت روﺮﻀﻟا) iaitu, kemudaratan itu mengharuskan melakukan perkara yang haram (al-Wansyari: 2006 & al-Zarkasyi: 1985). Keharusan ini bersyarat iaitu hendaklah kemudaratan yang hendak dihilangkan atau dihindari itu lebih besar keburukannya dari implikasi buruk dalam melakukan sesuatu yang diharamkan.

Berdasarkan perbincangan di atas, penangguhan sembahyang Jumaat disebabkan penularan Covid- 19 membawa kepada meninggalkan perkara yang wajib dan disuruh. Ini kerana melaksanakannya dalam situasi terdapat penyakit yang menular akan mendedahkan orang ramai kepada virus ini dan Allah SWT telah melarang hamba-hambaNya menjatuhkan diri mereka dalam kebinasaan. Oleh

(6)

158 sebab itu, para ulama dan mufti mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan sembahyang Jumaat.

Kaedah lain yang boleh diaplikasikan bersama kaedah (لاﺰﻳ رﺮﻀﻟا) ini adalah:

1- (ﻊﻧﺎﳌا مﺪﻗ ىﻀتقﳌاو ﻊﻧﺎﳌا ضرﺎﻌﺗ اذإ) iaitu jika berhimpun larangan dan suruhan hendaklah didahulukan larangan (al-Zarkasyi: 2006; al-Zurqa: 1989 & al-Hamawi: 1985).

2- (ﱀﺎﺼﳌا بﻠﺟ ىﻠﻋ مﺪقﻣ ﺪﺳﺎﻔﳌا ءرد), iaitu menolak kerosakan hendaklah didahulukan daripada memperolehi kemaslahatan (al-Wansyari: 2006 & al-Subki:1991). Kaedah ini menyerupai beberapa kaedah fiqh lain seperti:

A) (ﺎﻤﻬﻔﺧأ بﺎﻜﺗر ارﺮﺿ ﺎﻤﻬﻤﻈﻋأ ﻲﻋور ن ﺪﺴﻔﻣ ﺎﺿرﺎﻌﺗ اذإ), iaitu apabila bertentangan dua kerosakan, hendaklah dihindari kerosakan yang besar dengan dilakukan kerosakan yang kecil (al-Sayuthi: 2015).

B) (ﺎﻤﻬﺤﺟرأ ﻲﻋور ةﺪﺴﻔﳌاو ةﺤﻠﺼﳌا ضرﺎﻌﺗ اذإ) iaitu jika bertentangan kemaslahatan dan kerosakan hendaklah dihindari mana yang lebih besar di antara keduanya (al-Zuhaili: 2006).

C) (فﺧﻷا رﺮﻀﻟ لاﺰﻳ ﺪﺷﻷا رﺮﻀﻟا) iaitu kemudaaratan yang lebih besar dihilangkan dengan mengerjakan kemudaaratan yang lebih ringan (al-Barkati: 1986).

D) (ﻦﻳﺮﺸﻟا نﻮﻫأ رﺎتﳜ) iaitu hendaklah dipilih keburukan yang paling ringan di antara dua keburukan (al- Zuhaili: 2006 & Aal Burnu: 1996). Al-Zarkasyi (1985) mengungkapkannya dengan ( ِﻦْﻳَْﲑَْﳋا ِْﲑَﺧ ُعﺎَﺒِّﺗا

ِّﺮَﺷ ُبﺎَنِتْﺟاَو

ِﻦْﻳﱠﺮﱠﺸﻟا ) iaitu mengikuti yang terbaik dari dua yang baik dan menghindari yang terburuk dari dua yang buruk).

Kemaslahatan nyawa dan ancaman terhadapnya lebih dititik beratkan oleh syarak dari ritual ibadah (Jumaah: Tt & al-Mahasin: Tt). Disebabkan itu kewajipan haji gugur bila terdapat ancaman dalam perjalanan, puasa Ramadan boleh ditangguhkan disebabkan sakit, cara pelaksanaan sembahyang berubah disebabkan kesakitan dan ketakutan dan lain-lain lagi. Demikian juga halnya dalam penangguhan sembahyang Jumaat disebabkan virus Covid-19. Kerosakan yang disebabkan oleh virus ini lebih besar berbanding kemaslahatan yang dapat dicapai dari perhimpunan untuk melaksanakan sembahyang Jumaat. Disebabkan itu, menghindari kemudaratan yang dibawa oleh virus ini hendaklah diberikan perhatian yang lebih berbanding maslahat sembahyang Jumaat.

Kewajipan Berusaha Mendapatkan Slot Sembahyang Jumaat Pasca Covid-19

Ketika kes jangkitan Covid-19 berkurangan, masjid-masjid telah dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat dengan bilangan jemaah yang terhad. Mereka yang ingin menghadiri sembahyang Jumaat, dituntut untuk mematuhi tatacara pengendalian piawaian tertentu, yang mana di antaranya adalah mendapatkan tempat atau slot di masjid melalui sistem tempahan yang disediakan.

Walaupun virus Covid-19 masih menular, pengaplikasian kaedah (لاﺰﻳ رﺮﻀﻟا), hendaklah bersama sekali dengan kaedah-kaedah fiqh yang menjadi batasan dan syarat untuk kaedah ini. Antara kaedah yang menjadi batasan kepada kaedah (لاﺰﻳ رﺮﻀﻟا) dan (تارﻮﻈﶈا حﻴﺒﺗ تاروﺮﻀﻟا) adalah:

1- (ﺎﻫرﺪقﺑ رﺪقﺗ ةروﺮﻀﻟا) iaitu keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya (Ibnu Nujaim: 1983, al- Sayuthi: 2015 & al-Subki: 1991).

(7)

159 Bermakna jika diharuskan membuat hal yang terlarang demi menghindari atau menghilangkan sesebuah darurat, hendaklah ia dilakukan seminima mungkin, dimana dengannya kemudharatan itu akan dapat dihilangkan. Antara contoh yang dibawakan oleh para fuqaha, seseorang itu dibenarkan meminum seteguk dua arak ketika tercekik makanan dan tidak dibenarkan lebih dari itu. Orang yang kebuluran dan tiada makanan dibenarkan memakan bangkai dalam kadar yang dapat menyelamatkan nyawanya dan tidak boleh sehingga kekenyangan.

Begitu juga dalam hal penangguhan sembahyang Jumaat akibat dari penularan Covid-19, ia dibenarkan kerana terdapat ketakutan akan berlaku jangkitan pada perhimpunan orang ramai. Akan tetapi apabila ketakutan ini dapat dikurangkan dengan pemahaman yang bertambah terhadap cara virus ini menular, terdapatnya langkah-langkah pencegahan dan terhasilnya vaksin bagi melindungi diri seseorang, maka perlu diseimbangkan antara kebimbangan terhadap penularan virus Covid-19 dan penangguhan sembahyang Jumaat.

Atas alasan untuk mengimbangi ketakutan terhadap penularan virus Covid-19 yang semakin dapat dikawal, sembahyang Jumaat dibenarkan untuk diadakan semula dengan langkah-langkah penjagaan tertentu yang memberi keyakinan virus ini dapat dihindari seperti mengehadkan bilangan jemaah yang hadir. Kaedah ini membawa erti yang hampir sama dengan kaedah:

A)- (ﻪﻟاوﺰﺑ ﻞطﺑ رﺬﻌﻟ زﺎﺟ ﺎﻣ) iaitu sesuatu yang diharuskan kerana uzur akan terbatal keharusan itu disebabkan hilangnya uzur tersebut (al-Sayuthi: 2015).

B) (عﻮنﻤﳌا دﺎﻋ ،ﻊﻧﺎﳌا لاز اذإ) iaitu jika penghalang itu telah hilang, maka yang dihalang itu mestilah dikembalikan (al-Barkati: 1986).

C) (ﱪﻛﻷا ﻊﻓر يﺬﻟا ﺮغﺻﻷا رﺮﻀﻟا ةﻟازإ ﺖﺒﺟو ،ﱪﻛﻷا رﺮﻀﻟا ﻊﻓﺪﻧا ﺎﻣ ﱴﻣ) iaitu jika telah hilang kemudaratan yang besar, wajib dihilangkan kemudaratan yang kecil yang mengangkat kemudaratan yang besar itu (Musbikin:

2001).

Dalam hal ini, ketakutan adalah keuzuran yang mengharuskan meninggalkan sembahyang Jumaat.

Apabila ia telah tiada atau berkurangan maka terbatallah keharusan menangguhkan sembahyang Jumaat dan ia kembali menjadi fardhu ‘ain walau dengan adanya tatacara pengendalian piawaian tertentu yang berperanan sebagai cara pengurusan ibadah.

Oleh yang demikian, menjadi kewajipan bagi setiap lelaki muslim yang mencukupi syarat wajib sembahyang Jumaat, berusaha untuk memenuhi tuntutan tatacara pengendalian piawaian yang ditetapkan, termasuk berusaha mendapatkan tempat melalui sistem tempahan yang disediakan agar dia dapat melaksanakan sembahyang Jumaat. Ini bedasarkan kaedah: (بﺟاو ﻮﻬﻓ ﻪﺑ ﻻإ بﺟاﻮﻟا ﻢتﻳ ﻻ ﺎﻣ), iaitu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan adanya sesebuah perkara, maka perkara itu pun menjadi wajib. (al-Qarafi: 1995; al-Subki: 1991 & Zaidan: 2001). Kaedah ini ditujukan khusus kepada perkara yang pelaksanaan kewajipan tergantung ke atasnya dan tiada dalil khusus yang mewajibkannya.

Jika dia tidak mendapatkan tempat setelah berusaha maka ia adalah sebuah keuzuran baginya untuk tidak menghadiri sembahyang Jumaat kerana ia terhalang dari melaksanakannya dengan undang- undang yang ditetapkan sepertimana mereka yang terhalang dengan perkara lain yang boleh menimbulkan mudarat. Antara keuzuran yang tergolong dalam perkara ini seperti yang diberikan oleh para ulama adalah seseorang yang terhalang kerana takut rosak masakannya atau terbakar rotinya, terhalang dengan menjaga amanah yang ditakuti hilang jika dia menunaikan Jumaat dan tidak ada orang lain yang dapat menjaganya dan lain-lain lagi.

(8)

160 Hukum Mendahulukan Saudara Islam dalam Penempahan Slot Sembahyang Jumaat Dengan jumlah terhad yang boleh menunaikan sembahyang Jumaat di sesebuah masjid, sudah semestinya ada di antara kaum Muslimin yang berkeinginan untuk menghadirinya tidak dapat berbuat demikian disebabkan kekangan tempat. Ini menimbulkan perasaan belas kasihan dari sebahagian masyarakat lantas mereka mengambil langkah untuk tidak berusaha untuk menempah slot bagi sembahyang Jumaat dengan alasan untuk memberi saudara Islam lain peluang untuk melaksanakannya.

Sikap ini dinamakan (رﺎﺜﻳﻹا) yang bermaksud mendahulukan saudara lain ke atas dirinya. Para ulama telah bersepakat bahawa ia adalah sebuah sifat yang terpuji jika bersangkutan dengan keperluan peribadi seperti makan, minum dan sebagainya atau berkaitan dengan perkara duniawi seperti meninggalkan perniagaan agar peniaga lain mendapatkan keuntungan dan seumpama itu. Firman Allah SWT:

﴾ٌةَﺻﺎَﺼَﺧ ْﻢِِ َنﺎَﻛ ْﻮَﻟَو ْﻢِﻬِﺴُﻔْـﻧَأ ىَﻠَﻋ َنوُﺮِﺛْؤُـﻳَو﴿

Maksudnya: “mereka (kaum Ansar) mengutamakan (Muhajirin), atas diri mereka sendiri, meskipun mereka juga memerlukan”. (al-Hasyar: 9).

Setelah kesepakatan ini, para ulama berselisih dalam masalah mendahulukan saudara lain dalam perkara-perkara membuat ketaatan:

Pendapat pertama: Dilarang seseorang untuk mendahulukan saudaranya dalam membuat amal kebaikan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Segolongan ulama dari pendapat ini mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah haram dan mereka menggambarkannya di dalam kaedah (ماﺮح بﺮقﻟا ﰲ رﺎﺜﻳﻹا) (al-Juwaini: 2004). Manakala yang lain seperti al-Nawawi (1392H) mengatakan ianya hanya makruh dan terbentuk darinya kaedah (ﻩوﺮﻜﻣ بﺮقﻟا ﰲ رﺎﺜﻳﻹا), (al-Sayuthi: 2015

& Ibnu Nujaim: 1983). Terdapat juga yang berpendapat bahawa meninggalkan mendahulukan saudara Islam lain dalam perbuatan ketaatan adalah lebih baik (ﱃوﻷا فﻼﺧ) (al-Nawawi: 1392H).

Imam al-Sayuthi cuba menghimpunkan perbezaan ini dengan mengatakan bahawa jika perbuatan seseorang dalam mendahulukan saudaranya yang lain membawanya kepada meninggalkan perbuatan fardu, maka hukumnya adalah haram. Tetapi jika ia hanya membawa kepada meninggalkan perkara sunnah atau melakukan perkara makruh, maka hukum mendahulukan itu adalah makruh. Begitu juga halnya dalam mendahulukan saudaranya dalam perkara khilaf awla yang tiada larangan khusus di dalamnya (al-Sayuthi: 2015).

Sandaran pendapat yang pertama ini adalah:

1- Firman Allah SWT:

َﲔِقﱠتُﻤْﻠِﻟ ْتﱠﺪِﻋُأ ُضْرَْﻷاَو ُتاَوﺎَﻤﱠﺴﻟا ﺎَﻬُﺿْﺮَﻋ ٍةﱠنَﺟَو ْﻢُﻜِّﺑﱠر ﻦِّﻣ ٍةَﺮِﻔْغَﻣ َٰﱃِإ اﻮُﻋِرﺎَﺳَو ﴿

Maksudnya: “Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan mu dan syurga yang luasnya seluas langit-langit dan bumi, ia disediakan untuk mereka yang bertakwa”. (Aal Imran: 133).

2- Firman Allah SWT:

﴾َنﻮُﺴِﻓﺎَنَـتُﻤْﻟا ِﺲَﻓﺎَنَـتَـﻴْﻠَـﻓ َﻚِﻟَٰذ ِﰲَو﴿

(9)

161 Maksudnya: “Dan untuk yang demikian itu (berbuat kebaikan) hendaknya orang-orang berlumba-lumba” (al- Muthaffifin: 26)

Dalam kedua-dua ayat ini, Allah SWT menegaskan bahawa di dalam membesarkan Allah SWT dan mencari keredaaan-Nya serta keampunan-Nya, hendaknya seseorang itu bersikap bersegera dan berlumba-lumba. Sifat mendahulukan saudara Islam yang lain, menafikan petunjuk dari kedua ayat ini dan bersalahan dengan tujuan ketaatan dan ibadah iaitu membesarkan Allah SWT (al-Sayuthi:

2015).

3- Sabda Nabi SAW:

لاﺰﻳ ﻻ}

{ﷲ ﻢﻫﺮﺧؤﻳ ﱴح نوﺮﺧﺄتﻳ مﻮﻗ

Maksudnya: “Tidaklah sebuah kaum itu berlambat-lambat (dalam mentaati Allah) melainkan Allah akan melambatkan bagi mereka”. (Hadis. Muslim. Tt. Bab: Iqamah al-Sufuf wal Taswiyatuha. #438)

4- Sabda Nabi SAW yang menyuruh bersegera dalam sesebuah ibadah atau mendapatkannya walau dengan cara mengundi seperti:

َـتْﺳ َﻻ ِﻪْﻴَﻠَﻋ اﻮُﻤِﻬَتْﺴَﻳ ْنَأ ﱠﻻِإ اوُﺪَِﳚ َْﱂ ﱠُﰒ ِلﱠوَْﻷا ِّفﱠﺼﻟاَو ِءاَﺪِّنﻟا ِﰲ ﺎَﻣ ُسﺎﱠنﻟا ُﻢَﻠْﻌَـﻳ ْﻮَﻟ}

ِﰲ ﺎَﻣ َنﻮُﻤَﻠْﻌَـﻳ ْﻮَﻟَو ،اﻮُﻤَﻬ ﱠـتﻟا

ِﲑ ِﺠْﻬ

{ِﻪْﻴَﻟِإ اﻮُقَـﺒَـتْﺳ َﻻ

Maksudnya: “Jika manusia mengetahui ganjaran yang terdapat dalam melaungkan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk mendapatkannya kecuali melalui undian, maka mereka akan melakukan undian itu, dan jika sebuah kaum mengetahui apa yang ada dalam bersegera untuk sembahyang nescaya mereka akan berlumba kepadanya”. Hadis. Muslim. Tt. Bab: Iqamah al-Sufuf wal Taswiyatuha.

#437)

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa Nabi SAW menyuruh merebut sesebuah amal kebaikan dan tidak melepaskannya kepada saudaranya yang lain. Jikamana mendahulukan saudara Islam lain dalam melaksanakan sebuah suruhan agama adalah dibenarkan, sudah pasti Nabi SAW tidak akan memberi galakan untuk merebutnya.

Pendapat kedua: Diharuskan bagi seseorang Muslim mendahulukan saudaranya yang lain walau dalam urusan ibadah. Diantara ulama yang berpandangan seperti ini adalah Imam ibnu al-Qayyim (1994).

Beliau berpandukan keumuman ayat kesembilan dalam surah al-Hasyar yang tidak membezakan antara mendahulukan saudara lain sama ada dalam urusan dunia atau ibadah. Bahkan beliau menganggap puncak kemurahan dan kemuliaan adalah apabila seseorang itu boleh mendahulukan saudaranya yang lain dalam ibadah.

Antara sandaran lain bagi pendapat ini adalah:

1- Saidatina Aisyah membenarkan Saidina Umar untuk disemadikan bersama Nabi SAW, walau pada awalnya beliau telah menyediakan tempat itu untuk dirinya.

2- Saidina Abu Bakar al-Siddiq meminta dari Saidina Mughirah agar dirinya yang menyampaikan berita kegembiraan kepada Nabi SAW mengenai kedatangan delegasi dari Taif.

(10)

162 3- Mendahulukan saudara Islam lain dalam melakukan ibadah dan ketaatan adalah ibadah juga, kerana ia memasukkan kegembiraan ke dalam hati mereka. Maka ia adalah menggantikan ibadah dengan ibadah dan bukan meninggalkan ibadah secara keseluruhannya.

Akan tetapi pendapat Ibnu al-Qayyim ini bertentangan dengan pendapatnya sendiri di dalam kitab- kitabnya yang lain seperti Madarij al-Salikin, al-Ruh (Tt) dan Thariq al-Hijratain (1394H). Beliau mengatakan di dalam Madarij al-Salikin (Ibnu al-Qayyim: 1996): “Setiap sebab yang membawa kebaikan kpeada hati kamu, masa kamu dan keadaan kamu bersama Allah, maka janganlah kamu mendahulukan sesiapa dengannya, kerana jika kamu mendahulukan orang lain di dalamnya, maka sebenarnya kamu telah mendahulukan syaitan ke atas Allah sedangkan kamu tidak mengetahuinya”.

Disebabkan pertentangan ini, Imam al-Sayuthi meletakkan kaedah (ﻩوﺮﻜﻣ بﺮقﻟا ﰲ رﺎﺜﻳﻹا) di bawah kaedah-kaedah fiqh yang disepakati oleh para ulama (al-Sayuthi: 2015).

Pendapat pilihan:

Mereka yang diwajibkan sembahyang Jumaat dituntut oleh syarak agar bersikap bersegera dalam melaksanakannya dan meninggalkan setiap perkara yang dapat melalaikannya dari melaksanakan kewajipan mingguan ini. Allah SWT menjadikan jual beli sebagai contoh perkara yang perlu ditinggalkan kerana ia dapat melalaikan seseorang dari melaksanakan sembahyang Jumaat. Firman Allah SWT:

ْﻮَـﻳ ﻦِﻣ ِةٰﻮَﻠﱠﺼﻠِﻟ َىِدﻮُﻧ اَذِإ ْآﻮُـنَﻣاَء َﻦﻳِﺬﱠﻟٱ ﺎَﻬﱡـﻳََٰٓ ﴿ َنﻮُﻤَﻠْﻌَـﺗ ْﻢُتنُﻛ نِإ ْﻢُﻜﱠﻟ ٌْﲑَﺧ ْﻢُﻜِﻟَٰذ ۚ َﻊْﻴَـﺒْﻟٱ ْاوُرَذَو ِﱠٱ ِﺮْﻛِذ َٰﱃِإ ْاْﻮَﻌْﺳٱَﻓ ِةَﻌُﻤُْﳉٱ ِم

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman apabila diseru untuk melaksanakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli, yan gdemikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”. (al-Jumuah: 9).

Dalam konteks menempah tempat atau slot bagi menghadiri sembahyang Jumaat, ia termasuk dalam sikap bersegara yang disuruh oleh ayat di atas. Dengannya seseorang tidak diharuskan mendahulukan saudara Islamnya yang lain dalam membuat tempahan ini, kerana ia boleh dikategorikan sebagai sikap yang dapat menghalang dirinya daripada melaksanakan kewajipan Jumaat.

Oleh itu penulis melihat kaedah (ماﺮح بﺮقﻟا ﰲ رﺎﺜﻳﻹا) iaitu: “Mendahulukan orang lain dalam perkara ibadah adalah haram” adalah lebih tepat berbanding pendapat yang lain kerana hukum sembahyang Jumaat pada fasa pembukaan semula adalah wajib seperti yang telah disebutkan melainkan jika seseorang itu mendahulukan orang yang mempunyai kemuliaan di sisi agama seperti bapanya atau seorang yang alim.

Penutup

Dalam fasa pembukaan semula pada zaman Covid-19 ini, sembahyang Jumaat dihukumkan fardu

‘ain. Ini kerana ketakutan yang menjadi sebab kewajipan sembahyang Jumaat digugurkan telah berkurangan dengan adanya langkah-langkah kawalan dan pencegahan. Oleh itu sembahyang Jumaat wajib dilaksanakan dalam kadar yang memberi keyakinan terhadap keselamatan awam.

Kewajipan ini mewajibkan setiap Muslim yang memenuhi syarat wajib Jumaat untuk berusaha mendapatkan tempat melalui sistem tempahan slot bagi melaksanakan sembahyang Jumaat kerana terdapat kaedah yang menyebutkan (بﺟاو ﻮﻬﻓ ﻪﺑ ﻻإ بﺟاﻮﻟا ﻢتﻳ ﻻ ﺎﻣ) iaitu “Kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan adanya sesebuah perkara, maka perkara itu pun menjadi wajib”.

(11)

163 Rujukan

Al-Quran al-Karim.

Aal Burnu, Muhammad Shadqi. 1996. Al-Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah. Beirut:

Muassasah al-Risalah.

Abu Daud, Sulaiman bin Asha’ts al-Sajistani. Tt. Sunan Abi Daud. Beirut: Dal al-Fikr.

Al-Barkati, Muhammad A’mim. 1986. Qawaid al-Fiqh. Karatchi: al-Shadaf Bablaysraz.

Al-Dardir, Ahmad bin Muhammad. Tt. Syarah al-Saghir. Mesir: Dar al-Ma’rif.

Al-Faddani, Muhammad Yasin. 1991. Al-Fawaid al-Janiyah. Beirut: Darul Basyair al- Islamiyah.

Al-Hamawi, Ahmad bin Muhammad. 1985. Gharmzu uyun al-Bashair fi Syarh al-Aysbah wa al- Nazhair. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Humam, Muhammad bin Abdul Wahid. Tt. Fathu al-Qadir. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Juwaini, Abdullah bin Yusuf. 2004. Al-Jamu’ wa al-Farq. Beirut: Dar al-Jil li al-Nashar wa al- Thibaa’h wa al-Tawzie.

Al-Mahalli, Muhammad bin Ahmad. 1998. Syarah al-Mahalli ala Minhaj al- Thalibin. Beirut: Dar al- Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Mahasin, Lahrayhs Asa’d. Tt. Tartib al-Maqasid al-Dharuriyyah bayna al-Mutaqaddimin wa al-Mua’sirin wa Ahammiyatuha lil Mufti. Algeria: Jamiah Al Jalfah.

Al-Qarafi, Ahmad bin Idris. 1994. al-Dzakhirah. Beirut: Dar al-Gharb al-Islamiy.

Al-Qarafi, Ahmad bin Idris. 1995. Nafais al-Usul. Beirut: Maktabah Nizar Mustafa.

Al-Sayuthi, Abdur Rahman bin Abu Bakar. 2015. Al-Aysbah wa al-Nazair fi al-Furu’. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Subki, Abdul Wahab bin Ali. 1991. Al-Aysbah wa al-Nazair. Beirut: Dar al-Kutub al- Ilmiyah.

Al-Waili, Muhammad bin Hamud. 1987. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah Tharikhuha wa Atharuha fi al-Fiqh. Tanpa pencetak.

Al-Wansyarisi, Ahmad bin Yahya. 2006. Idhah al-Masalik Ila Qawaid al-Imam Malik. Beirut: Dar ibnu Hazm.

Al-Zarkasyi, Muhammad bin Abdullah. 1985. Al-Mantsur fi al-Qawaid al-Fiqhiyyah Kuwait:

Waizarah al-Awqaf al-Kuwaitiyyah.

Al-Zubaidi, Muhammad Murthada. 2012. Taju al-A’rus min Jawhari al-Kamus. Beirut: Dar Kutub Ilmiyah.

Al-Zuhaili, Muhammad Mustafa. 2006. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Thatbiqatuha fi al- Mazahib al- Arba’h. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Al-Zurqa, Ahmad. 1989. Syarah al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-Qalam.

Ibnu al-Munzir, Muhammad bin Ibrahim. 1999. Al-ijma’. UAE: Maktabah al-Furqan.

(12)

164 Ibnu al-Qayyim, Muhammad bin Abi Bakar. 1394H. Thariq al-Hijratain. Kaherah: Dar al-

Salafiyyah.

Ibnu al-Qayyim, Muhammad bin Abi Bakar. 1994. Zad al-Maa’d. Beirut: Muassasah al- Risalah.

Ibnu al-Qayyim, Muhammad bin Abi Bakar. 1996. Madarij al-Salikin. Beirut: Dar al-Kitab al- A’rabi.

Ibnu al-Qayyim, Muhammad bin Abi Bakar. Tt. al-Ruh. Beirut: dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Ibnu Huzaimah, Abu Bakar Muhammad bin Ishak. Tt. Sahih Ibnu Huzaimah. Beirtut: Al- Maktab al-Islami

Ibnu Nujaim, Zainuddin bin Ibrahim. 1983. Al-Aysbah wa al-Nazair. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibnu Qudamah, Abdullah bin Ahmad. 2004. al-Kafi. Kaherah: Dar al-Aqidah.

Jumaah, Ali. Tt. Tartib al-Maqasid al-Syariah. T. Pencetak.

Lajnah Asatizah Kulliyah al-Syariah wa al-Qanun, Al Azhar. 2207. Al-Qawaid al- Fiqhiyyah baina Nazariyat wa al-Thatbiq. Kaherah: Matba’h Kulliyah al-Syariah wa al- Qanun bi al-Kaherah, al-Azhar.

Malik bin Anas. 2004. Al-Muwattha. Abu Dhabi: Muassasah Zayd bin Sultan Aal Nahyan li al- A’mal al-Khairiyah wa al-Insaniyyah.

Musbikin, Imam. 2001. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi. Tt. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-A’rabi.

Shabah, Mazin Misbah. 1436H. “Qaedah: al-Dhararu Yuzal, Hujjiyatuha wa Dhawabituha”.

Majallah al-Adl 67: 202-282.

Worldometers. 2021. Covid-19Coronavirus Pandemic: Coronavirus Cases around the World. Akses: 21 Nov.

Zaidan, Abdul Karim. 2001. Al-Wajiz fi Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah fi al-Syariah al- Islamiyyah.

Beirut: Muassasah al-Risalah.

Referensi

Dokumen terkait

Objektif bagi kajian ini adalah mencari kaedah dan proses bagi menghasilkan bahan bakar (biofuel) dari ubi kayu atau tumbuhan lain iaitu isi buah durian serta merekabentuk

dan sukar untuk mengutarakan sesuatu perkara kepada orang lain Alat elektropalatograf (EPG) adalah salah satu kaedah yang membantu memperbaiki. masalah

Antara kelebihan yang terdapat dalam laman web ini adalah seperti ruangan forum dan chat di mana para pengguna boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat bersama pengguna lain

Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur bacaan arah di atas tanah iaitu dari kedudukan anda ke tempat lain dan sebagai panduan panduarah.. Perkara-perkara

Sementara itu, pendapat lain tentang pembagian kelas kata bahasa Indonesia yang paling mutakhir adalah yang dikemukakan oleh Moeliono bahwa kata dibagi ke dalam lima

Dapatan ini menonjolkan satu teori lain iaitu teori neoklasik yang menyatakan bahawa remaja melakukan sesuatu perbuatan kontroversial (seperti merokok) kerana mereka merasa adalah

Salam...sesungguhnya perbedaan pendapat itu adalah rahmat bagi alam,kita sebaga pendokong dan pewaris ilmu BBM sememangnya perlu memahami antara satu dan yg lain

Kedua keputusan ini adalah berbeza dengan keputusan jawatankuasa fatwa yang lain iaitu membenarkan serahan tanah wakaf tanpa melaksanakan proses istibdāl, perkara ini merujuk